Saturday, October 24, 2009

355 km Rekod Perjalanan Rosmah Ketika Altantuya Dibunuh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat perjalanan 355 kilometer dalam tempoh

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat perjalanan 355 kilometer dalam tempoh tiga hari antara 19 hingga 21 Oktober 2006. Persoalannya, ke mana beliau pergi?

Mengikut rekod dan kenyataan pemandunya yang hanya dikenali sebagai Fauzi, Rosmah meninggalkan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri (TPM) di Putrajaya jam 6.48 pagi pada 19 Oktober, menaiki kereta WLQ 11 untuk ke rumahnya di Taman Duta.

Meter perjalanan ketika itu menunjukkan angka 86,197 dan Rosmah pada hari sama, menghadiri satu majlis di bangunan Tabung Haji dan hanya pulang ke kediaman rasmi jam 11.20 malam.

Keesokannya, Rosmah keluar rumah jam 6.32 pagi dengan menaiki kereta sama ke Taman Duta dan tidak pulang sehingga jam 1.01 pagi. Meter perjalanan menjadi 86,315.

Pada hari ketiga, Rosmah mengulangi rutin sama. Keluar rumah jam 6.40 pagi untuk ke Taman Duta dan pulang ke Putrajaya jam 9.34 malam. Meter perjalanan mencecah 86,550.

Mengikut buku log yang didedahkan Malaysia Today, kediaman TPM dikunjungi dua pegawai tentera pada 19 dan 20 Oktober, masing-masing pada jam 10.01 malam dan 6.05 pagi tapi sebab kehadiran tidak disebut.

Bermakna, kedua-dua pegawai itu berada di kediaman TPM ketika Altantuya Shaariibuu dibunuh menggunakan C4 kerana laporan rasmi menyatakan wanita Mongolia itu mati antara jam 10.00 malam hingga 1.00 pagi.

Pada 10.01 malam sehingga jam 6.05 pagi, kedua-dua pegawai itu mengunjungi kediaman TPM lagi selama lapan jam antara jam 10.01 malam hingga 6.05 pagi, mengikut buku log.

Persoalannya, benarkah mereka benar-benar berada di premis itu? Jika ya, ia bukan masa sesuai untuk mengunjungi sesiapapun, apatah lagi seorang TPM.

Identiti kedua-dua pegawai tentera itu tidak pernah didedah sehingga kini, menambahkan misteri yang menyelubungi pembunuhan yang mendapat perhatian seluruh dunia.

Membantah kenaikan demi rakyat

Friday, October 23, 2009

Tian Chua didapati bersalah tuduhan gigit

Ahli parlimen Batu yang juga pengarah strategi PKR, Tian Chua hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya menjalankan tugas.

Majistret Mohd Faizi Che Abu berkata beliau mendapati Tian Chua bukan saksi yang berwibawa kerana pembelaannya hanya merupakan penafian semata-mata.

Hukuman akan diatuhkan selepas majistret mendengar rayuan selepas rihat.

Malah, kata Mohd Faizi, rakaman video yang dikemukakan oleh pihak tertuduh menunjukkannya menghalang dirinya ditangkap.

Katanya, walaupun rakaman video tersebut tidak menunjukkan berlakunya pelakuan menggigit, tetapi beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan memberi keterangan bahawa beliau menumbuk tertuduh dan Tian Chua bertindak balas dengan menggigit.

Mohd Faizi juga berkata, bukan anggota polis tersebut yang dibicara tetapi tertuduh yang menghadapi perbicaraan.

Katanya, beliau mendapati kewibawaan anggota polis itu tidak terjejas kerana beliau mengaku, dalam keterangannya, telah menumbuk Tian Chua.

(persoalanya : Yang dituduh menggigit tetapi gagal dibuktikan dihukum tetapi bagaimana yang ternyata mengaku menumbuk ?)

Dalam reaksinya, Tian Chua berkata beliau tidak fikir ianya satu penghakiman yang adil kerana mendakwa majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan.

Katanya, ia tidak membuktikan bahawa tindakan menggigit itu berlaku.

Tian Chua, 46, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Pada 18 Mei, Mohd Faizi mengarahkan Tian membela diri selepas majistret itu memutuskan bahawa pihak pendakwa mempunyai kes terhadap ahli parlimen Batu itu.

Tian didakwa mengikut Sekseyen 332 Kanun Keseksaan dan boleh berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya hukuman penjara melebihi setahun atau jika denda yang dikenakan melebihi RM2,000 maka Tian hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu jika selepas semua rayuannya gagal.

Tian ditahan sewaktu Bersih mengadakan protes membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan usia persaraan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.


Wednesday, October 21, 2009

Kemungkinan besar Teoh dibunuh

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

NONEManakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.

Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:

1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.

2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.

3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

Teoh - setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Porntip mempunyai 27 tahun pengalaman dalam bidang sains forensik.

Pakar Thai itu tiba di mahkamah pada jam 8.50 pagi. Beliau turut mengadakan tayangan slaid bagi membantu mahkamah memahami keterangannya.

"Dari gambar post-mortem, saya dapati ada kesan lebam di bahagian kanan leher, yang kami (pakar patologi) panggil 'handle bruise', dan kecederaan ini selaras dengan kecederaan disebabkan cekekan," kata Dr Porntip yang telah mengendali lebih 10,000 bedah siasat.

Beliau berkata kecederaan itu tidak dinyatakan dalam laporan autopsi disediakan oleh Dr Khairul Azman dan Dr Prashant, yang telah diberikan kepadanya untuk diperiksa.

"Saya juga dapati kecederaan tusukan di bahagian dubur yang boleh disebabkan perbuatan memasukkan objek dalam bahagian berkenaan. Saya tidak pernah melihat kecederaan seumpama itu dalam kes jatuh dari tempat tinggi," kata beliau, sambil menunjuk kepada gambar-gambar bedah siasat yang dipaparkan pada slaid.

Dr Pornthip berkata beliau juga mendapati kesan melelas di paha bahagian atas Teoh yang mungkin disebabkan disebat.

"Satu lagi kecederaan yang saya temui ialah keretakan tempurung kepala, yang mungkin disebabkan oleh hentakan tumpul yang tepat kepada tempurung kepala sebelum jatuh," kata Dr Porntip, saksi ke-30 di inkues itu.

Beliau berkata kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri bila ia jatuh dari tingkat lima, berdasarkan tiadanya kecederaan reaksi pada badan, dan menambah luka-luka kelihatan seperti kecederaan sebelum jatuh, dan kecederaan dada yang teruk adalah akibat impak primari di lantai.

Ditanya oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, bagi pihak kerajaan Selangor, tentang kes melelas di bahagian bawah kasut Teoh, pakar itu berkata: "Kelihatan seperti badannya telah diheret.

"Dalam kes-kes jatuh biasa dari tempat tinggi, kasut tidak meninggalkan kesan melelas seperti ini," jelas beliau.

Ditanya oleh koroner Azmil Muntapha Abas sama ada permukaaan lantai mungkin menyebabkan kesan heretan, Dr Porntip menjawab: "Permukaan keras dan kasar".

"Bagaimanapun, pasukan forensik saya tidak menemui sesuatu yang boleh menyebabkan kesan ini bila mereka memeriksa tingkat 14 (pejabat MACC) pada kali terakhir," katanya.

Misteri Tingkat 4 - Rosmah Mansor Gantikan Khairy Jamaludin

Dulu Khairy, sekarang Rosmah menjadi kepala "Tingkat 4" pejabat Perdana Menteri.

Pegawai kanan Kementerian Kewangan dikatakan semakin gusar dengan campurtangan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, dalam urusan Perbendaharaan Negara,termasuk penyediaan Belanjawan 2010 dan pemberian kontrak dan tender kerajaan.

sumber-sumber kerajaan berkata campurtangan itu sudah di "tahap kritikal' dengan Rosmah mempertikaikan keputusan tertentu Timbalan Perdana Menteri Muhyyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Campurtangan Rosmah itu tidak menerima sebarang teguran daripada Najib walaupun beliau adalah juga Menteri Kewangan.

Sumber-sumber memberitahu Suara Keadilan, Rosmah menaruh minat yang amat mendalam terhadap penyediaan Bajet 2010 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen pada sesi Persidangan Dewan Rakyat 23 Oktober depan.

Isteri kedua Najib itu dikatakan mempunyai akses kepada semua bahan-bahan serta dokumen yang berkaitan dengan belanjawan tersebut sehinggakan menimbulkan rasa gelisah dan tidak senang hati di kalangan pegawai tinggi kementerian.

Campurtangan Rosmah dalam keputusan pada peringkat tertinggi kerajaan meletakkan pengurusan negara dalam keadaan bahaya dan kewibawaannya di kompromi.


Sumber juga memberitahu Rosmah memperlihatkan keghairahan beliau terhadap semua aspek perbelanjaan setiap kementerian terutama yang berkaitan dengan pembelian atau "procurement" serta pemberian kontrak-kontrak.

"Rosmah memberi perhatian mendalam kepada aspek penyediaan Bajet 2010 terutamanya yang berkenaan dengan pembelian dan kontrak-kontrak kementerian yang penting," kata sumber itu.

Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi Rosmah mempunyai sebuah pejabat di Pejabat Perdana Menteri dan mempunyai beberapa kakitangan bagi membantu beliau.

Malah pelancaran laman website beliau, www.pmo.gov.my/datinrosmah telah mengundang kritikan kerana didakwa menggunakan dana awam dan salahguna kuasa untuk menyenggara laman web peribadinya.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin berkata sebagai isteri Perdana Menteri beliau sepatutnya menjadi pemanis dan penyokong kepada suaminya bukan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan.

"Saya meletakkan kelemahan perjuangan pembudayaan dan agenda wanita dan remaja di negara ini di atas bahu Shahrizat (Jalil) selaku menteri yang bertanggungjawab.

"Disebabkan menteri gagal maka Rosmah pun mengambil kesempatan ini untuk menonjolkan diri sebagai juara wanita di negara ini.

"Saya tidak lihat kerjasama yang tulen antara Rosmah dan Shahrizat untuk memajukan golongan wanita malah mereka kelihatan bersaing. Kalau Shahrizat sekadar menjadi penghias kabinet lebih elok biar Rosmah bertanding," cabar Ketua Wanita KEADILAN itu.

Zuraida mendakwa Rosmah juga masuk campur semasa kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini dengan menghadiahkan tiga buah rumah teres kepada kampung Bagan Pinang untuk dijadikan pusat remaja. Gula-gula politik itu diberikan atas nama program Permata Negara di bawah naungan beliau.

Rosmah juga dikatakan telah campurtangan membuat keputusan-keputusan penting bersabit bantuan untuk pelarian Palestin dengan membelakangkan ahli jawatankuasa Penaung Tabung Kemanusiaan Palestin yang mempunyai baki dana RM11 juta.

Di kalangan kenalan dan mereka yang mengenal beliau secara rapat, Rosmah diketahui mempunyai cita-cita yang tinggi.

Malah seorang kenalan sekolah beliau semasa belajar di Kolej Tunku Kursiah mengatakan Rosmah pernah mendabik dada bahawa beliau pasti akan berkahwin dengan seorang Perdana Menteri pada satu hari kelak.

Monday, October 19, 2009

Umno nafi bakal ada 2 PRK lagi di NS

Hari ini Malaysiakini melaporkan mengenai penafian Umno mengenai bakal adanya PRK di dua kawasan di Negeri Sembilan.

Perkara ini pernah cheGuBard tulis dalam blog ini dan ulas dalam ceramah.

Kawasan yang pertama ialah kawasan DUN Johol dalam parlimen Kuala Pilah. Wakil Rakyatnya Datuk Roslan Md Yusu, yang kini gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kerana menderita sakit barah. Menurut sumber yang rapat dengan beliau, Roslan yang pada awalnya mengalami barah postat namun selepas pembedahan membuang sel kanser postat, sel kanser tersebut menjangkit ke tulang dan beliau kini menghadapi kanser tulang tahap serius. Lebih serius lagi beliau mengalami kecederaan tulang (belakang) sebelum ramadhan lepas dan kini hanya terlantar.

Banyak rungutan kedengaran di kawasan beliau dimana beliau payah ditemui dan banyak kes masalah rakyat tertangguh.

Dalam laporan Malaysiakini penafian akan berlaku pilihanraya kecil di DUN Johol dibuat oleh Datuk Hassan Malek selaku Timbalan Ketua Bahagian Kuala Pilah. Dalam kenyataan penafian tersebut kononya isu perletakan jawatan (mengosongkan kerusi) kerana masalah kesihatan dan gagal menemui rakyat tidak timbul kerana kononya jentera Umno yang lain termasuk Hassan sendiri sering ke Johol untuk membantu.

Menurut satu lagi sumber dalaman Umno sememangnya ADUN Johol sudah menghantar permohonan perletakan jawatan tetapi masih 'tertahan' di peringkat atasan. Namun kemingkinan kemenangan Bagan Pinang akan sedikit memberanikan Umno.

che'GuBard mendoakan yang terbaik buat Roslan (ADUN Johol). Namun berpendapat demi keadilan kepada pengundi Johol sewajarnya beliau yang sudah tidak larat menjalankan tugas dibenar mengundur diri dan kuasa diberikan semula kepada pengundi untuk memilih pengganti mereka. Adalah satu kezaliman jiga kepada Roslan apabila beliau yang sedang menderita sakit dan seharusnya menumpukan perhatian kepada perjuangan kesihatan beliau masih dipaksa terperangkap dengan masalah politik.

che'GuBard juga meminta semua jentera khususnya jentera setempat agar tidak termakan penafian Umno mengenai PRK DUN Johol kerana Umno sendiri sudah mengaktifkan bilik gerakan mereka di dalam Johol malah jauh dari itu ada beberapa pemimpin Umno setempat sudah mula melobi untuk menjadi calon PRK Johol.

Satu lagi kawasan kemungkinan diadakan PRK di Negeri Sembilan ialah Lenggeng, di mana ADUN Lenggeng, YB Mustafa Salim sedang dalam kes perbicaraan rasuah. Kes tersebut cukup mudah, fakta kes ialah Mustafa meminta wang dari kontraktor. Kontraktor tersebut telah membuat aduan kepada SPRM. SPRM telah memberikan wang (perangkap) untuk diserahkan oleh kontraktor tersebut kepada Mustafa. Ketika penyerahan SPRM telah menyerbu dan menangkap Mustafa bersama wang.

Namun bagi cheGuBard kemungkinan kawasan DUN Lenggeng untuk berdepan PRK agak tipis. SPRM dan mahkamah akan dipergunakan untuk melewatkan proses pensabitan atau kemungkinan membebaskan Mustafa.

Kena ingat tarikh akhir untuk diadakan PRK ialah 8 mac 2010. Undang - undang Pilihanraya Malaysia selepas tiga tahun dari tarikh PRU maka tidak akan diadakan PRK walaupun apa alasan. Maka Bn akan pastikan semua wakil rakyatnya yang sakit di pasang segala jenis wayar penyambung hayat sekurang - kurangnya akan bernafas sehingga 8 Mac depan dan yang masuk kes mahkamah akan dilewatkan prosesnya sehingga tarikh itu juga.

Salam takziah

Sebentar tadi(19 okt o9) ibu kepada SAIFUL IZHAM RAMLI (ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN) telah kembali ke rahmatullah,jenazah kini berada di rumah keluarga beliau di TAMAN PERUDA SG PETANI.cheGuBard yang kini berada di Terengganu dalam kerangka aktiviti 2 hari danBagi pihak seluruh keluarga besar KEADILAN Rembau mengucapkan takhziah di atas pemergian ibu saiful. Jenazah akan di kebumikan selepas solat asar. Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan yang beriman.

Al Fatihah.

Rasuah Menteri Kesihatan - mana SPRM ?

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini membuat laporan di ibupejabat polis daerah Sentul berhubung dakwaan 'hadiah' kereta dari syarikat binaan Axis Construction Sdn Bhd (ACSB) kepada isteri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Laporan tersebut dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan dalam lamaweb Malaysia Today pada 14 Oktober lalu.

Artikel tersebut- 'To The Health Minister YB Dato Liow' - mendakwa isteri Liow - Lee Su Loo - dikatakan menerima sebuah Toyota Alphard (dengan nombor pendaftaran WSB 15) yang berharga hampir RM600,000 pada hari jadinya pada bulan Januari.

Artikel itu seterusnya mendakwa bahawa ACSB membayar wang pendahuluan kereta tersebut berjumlah lebih RM300,000 melalui cek Bank Hong Leong bernombor HLB 373727.

ACSB juga dikatakan membayar ansuran bulanan kereta berkenaan dengan mendepositkan kira-kira RM5,000 setiap bulan ke dalam satu akaun simpanan di Public Bank (nombor akaun 4487469902).

Artikel tersebut mendakwa Axis Construction merupakan firma binaan yang tersenarai dalam senarai penerima kontrak dari kementerian kesihatan.

[Baca berita penuh]

Kenapa Kerajaan Pakatan dijatuhkan di Perak ?

Tulisan ini disalin dari sebuah laman yang dikenali sebagai Perak Express.com..... sejauh mana kebenarannya ? Jika ia benar sudah pasti ia amat malang bagi rakyat....


Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.

Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.

(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)



Thursday, October 15, 2009

Pindaan perlembagaan, serlahkan kepalsuan Umno!


KUALA LUMPUR, 15 Okt: Tindakan Umno menghapuskan sistem kuota pemilihan serta melonggarkan konsep ketuanan Melayu, menyerlahkan lagi keengganan parti perkauman Melayu itu untuk berubah demi kepentingan rakyat.

Ianya kerana beberapa pindaan pada perlembagaan dalam Pemilihan Agung Umno (PAU) sekarang didakwa, masih bersifat perubahan yang palsu.

Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, selagi Umno tidak berani menyerahkan kuasa pemilihan sepenuhnya kepada perwakilan, selagi itu Umno terus dibelit dengan amalan rasuah.

Ujarnya lagi, perubahan yang diperkatakan oleh kebanyakan pemimpin Umno tersebut hanya mengulangi retorika lama; yang telah pun menjadikan Pakatan Rakyat lebih disokong rakyat berbanding Barisan Nasional sejak tsunami politik, 8 Mac lalu

"Pindaan yang dibuat bukan bersifat organik (semula jadi), tapi lebih meniru trend perubahan rakyat yang sedia ada dan meniru prinsip-prinsip bersama dalam Pakatan Rakyat sendiri," katanya.

"Yang dibuat oleh Najib itu sebenarnya dalam keadaan terpaksa...mereka tidak cukup berani sehingga mengadakan beberapa sekatan lain (pindaan) yang baru...setelah menyedari Umno tidak lagi bersama kehendak rakyat...Umno sedang ditinggalkan sendiri oleh ahli-ahlinya," tegasnya.

Dakwanya lagi, beberapa pindaan dan retorika Najib itu sebenarnya hasil ciplak dari beberapa gagasan perjuangan PKR.

Beliau yang juga Ketua Cabang Rembau mendakwa bahawa kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Dun Bagan Pinang baru-baru ini sendiri tidak mampu dijadikan sumbu kekuatan Umno; kerana mereka sedar Isa menang dengan menggunakan taktik rasuah dan kronisme.

Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Isa menafikan pendedahan rasuah dan kronisme yang dibuat dalam blog peribadinya, chegubard.blogspot.com semalam.

Beliau yang mengikuti PAU sejak kelmarin juga mendakwa, tindakan Umno yang terus-menerus menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peribadi yang dimaki-hamun, membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu masih menjadi simbol perubahan yang mampu membenamkan survival politik Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Sementara itu, che'GuBard yang dihubungi juga mendakwa, beberapa pindaan tersebut lebih bertujuan menyelesaikan masalah-samalah dalaman Umno seperti rasuah, kronisme dan penipuan dalam proses pemilihan pemimpin mereka sendiri.

Tegasnya lagi, pindaan perlembagaan itu langsung tidak mampu mengubah sistem kenegaraan yang lebih korupsi seperti dalam sistem kehakiman, Polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya.

Ujarnya lagi, definisi baru Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bahawa kepimpinan Melayu Umno berpaksi pada keadilan dan rahmah, merupakan suatu retorik kosong Ahli Parlimen Rembau itu sahaja.

Beliau juga mendakwa Umno sudah mengalami Anwarism, setelah melihat rakyat terus memberi harapan kepada kepemimpinan perubahan Ketua Pembangkang itu.

"Umno dipengaruhi oleh Anwarism, perkataan seperti wahdatul, inklusif adalah perkataan ruji DS Anwar...," responnya dalam rangkaian sosial maya, Twitter semalam.

Semalam, Najib menjelaskan pindaan perlembagaan termasuk mengenakan syarat minima untuk bertanding bagi menggantikan sistem kuota yang diamalkan dalam PAU sebelum ini.

Beberapa media elektronik arus perdana melaporkan, pindaan itu masih tergantung pada persetujuan dalam Pemilihan Agong Khas kelak.

Jelas Najib lagi, syarat minima untuk bertanding jawatan di peringkat bahagian perlu menjadi ahli parti selama tiga tahun.

Manakala, seseorang yang mahu bertanding jawatan Tertinggi dalam parti, termasuk Presiden sekurang-kurangnya pernah menjadi anggota jawatankuasa bahagian selama sepenggal.

Cadangan tersebut, menurut Najib, mampu menjadikan Umno lebih telus, terbuka dan demokratik.

Semalam, Khairy juga mendifinikan kepimpinan Melayu adalah keadilan dan rahmah, bukannya atas kekuasaan Melayu yang sempit.

Beberapa pindaan terbaru yang dicadangkan itu dikatakan secara tidak langsung menghalang muka-muka baru yang besih dan berintegriti untuk memimpin parti perkauman Melayu itu.

Sekaligus, Umno bakal terus dipalitkan dengan pelbagai dakwaan yang rasuah, perkauman Melayu, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya; yang langsung tidak memperlihatkan wajah hakiki 1Malaysia.

Ini kerana, PAU sahaja yang dilihat baru, sedangkan kepimpinannya masih dari kalangan muka-muka lama.

Wednesday, October 14, 2009

Pemimpin Umno Teluk Kemang kenyang disuap Isa

Isa jadi calon tunggal ? ye betul tidak ada dalam Umno yang larat nak lawan dia kerana kenyang disuap....

Menurutnya, Akta Tanah sebenarnya tidak membenarkan mana-mana individu memiliki tanah takrif persisiran pantai yang menjadi milik kerajaan negeri.

Namun apa yang berlaku sebaliknya. Setelah diselidiki ternyata tanah-tanah disepanjang pantai Port Dickson dimiliki dan apa yang lebih mengejutkan pemiliknya adalah kroni-kroni terdekat Isa Samad.
  • "Apakah dengan adanya geran ini, diluluskan pada zaman Isa Samad menjadi Menteri Besar menandakan bahawa berlaku penyelewengan kuasa dalam skala yang begitu besar di peringkat negeri?"
Dari geran tersebut, empat tanah dengan pemiliknya berjaya didedahkan, ianya adalah ;

i. Lott tanah laut di Bt 3, Jalan Pantai, Telok Kemang antara Astana Hotel dan Corus Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh YB Ismail Taib (Adun Linggi sekarang) Exco Kerajaan Negeri dan Ibrahim Embi – rujukkan foto yang ada.

ii. Lot tanah laut antara Corus Hotel dan Mayang Sari Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh Hashim Ismail (anak buah kepada Tan Sri Isa Samad) dan Zul Ghafar.

iii. Legend Hotel Sea Front dan tanah laut yang dimiliki oleh Hajjah Rohani (Ketua Wanita Bahagian) serta beberapa ajk wanita bahagian.

iv. Lot tanah Costa Rica Hotel dan laut milik syarikat yang dikuasai oleh Sabri Aini (AJK Bahagian) dan Paiman.

Daripada pendedahan tersebut, Isa Samad layak menerima anugerah "IKON RASUAH" seperti mana yang diwar-warkan.

adalah dicabar, Isa samad menafikan segala dakwaan tersebut bersama bukti sekiranya beliau masih bermaruah dan mempunyai integriti.

Apa jadi zon ajaib Bukit Pelanduk?

Orang politik, tak kira parti apa pun, memang pandai mencipta alasan. Saya seronok membaca alasan Mentori Bosa Negori Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. Bila orang bising sangat tentang projek terbengkalai di Port Dickson, pantainya yang kotor serta sebahagian penduduknya yang hidup dengan pendapatan yang begitu kecil, sedap sungguh dia jawab. Memang cara jawapan yang out of the box, yo lah tu!

Port Dickson akan dibangunkan mengikut zon seperti pelancongan dan industri agar pembangunannya lebih tersusun dan terancang, kata beliau. Mak aih! Sodap jawapan ekau, Mat!

Cuma kita nak tanya, apa jadi tanah estet seluas 1520 ekar dan 2045 ekar lagi milik penternak babi tradisonal yang katanya hendak dijadikan kawasan penternakan babi berpusat di Bukit Pelanduk yang pernah disebut oleh Menteri Kesihatan sebagai kawasan ternakan babi yang terpadat dan terbesar di Asia Tenggara?

Zon yang bagaimana di situ sehingga tanah yang sepatutnya dijual kepada penternak babi dengan harga RM8,500 tiba-tiba dijual pula kepada syarikat berkaitan MCA (atau MLC - selalu kita sebuat GLC atau syarikat berkaitan kerajaan, kali ni MLC la pulak) dengan harga RM145,000?

Zon apakah sebenarnya di situ sehingga tidak boleh diketahui umum sehingga semua rekod dan dokumen mengenai penukaran status tanah zon ajaib itu tidak boleh diketahui umum?

Rakyat nak tanya siapa? Nak tanya Datuk Seri Mentori Bosa atau bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang kini menjadi calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (orang Port Dickson tak sebut Mentori Bosa sebab mereka tidak bercakap loghat utama Negeri Sembilan macam keluarga orang rumah den, orang Rembau) atau nak tanya bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Yeow Chai Thiam?

Atau nak tanya Pengarah Urusan Brem Holding, Datuk Khoo Chai Kaa?

Datuk Seri Mentori Bosa kono jawab fasal zon ajaib di Bukit Pelanduk tu. Kalau tak nanti, dituduh lak bersubahat! (Posting ini ditulis dengan ucapan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membangkitkan isu babi)

Ketika jadi MB Isa agih tanah pantai, Umno bisu



Surat ini pernah cheGuBard dedahkan lebih 4 bulan lepas, akhbar cina memberikan liputan luas malangnya akhbar berbahasa Melayu tidak ada yang ingin siarkan kerana dihalang tangan ghaib.

Surat ini diperolehi dari seorang teman yang rapat dengan pejabat tanah di Port Dickson.

Isunya ialah ketika hampir pilihanraya 2004, Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Sembilan telah memberikan kelulusan khas beberapa tanah antaranya ialah tanah pantai di Port Dickson.

Atas ini dipaparkan salinan dokumen Pemberi Milikan Tanah KERAJAAN seluas lebih kurang 4.046 meter persegi (Empat Ribu Empat Puluh Enam meter persegi) di Pantai Purnama, Mukim Pasir Panjang, Daerah Port Dickson.

Tanah tersebut telah diberi status HAKMILIK KEKAL kepada (tauke kaya) Yeow Chai Boon.

Siapa Yeow Chai Boon..?

Yeow Chai Boon ialah salah seorang daripada 4 individu yang dikatakan menjadi "Banker" kepada Isa Samad dan menjadi penaja besar kepada UMNO/Beer eNd dalam pilihanraya Bagan Pinang selain daripada Tan Sri Dr Gan Kong Seng, Dato' Chua Tiong Moon dan Dato' Yap Kat Boon.

Nah... ini ialah bagaimana KERAjaan UMNO/Beer eNd "memperjuangkan" hak-hak dan juga kepentingan orang melayu dan juga Malaysia, dengan cara menggadaikan kesemuanya kepada kroni-kroni mereka.

Dengan kuasa yang ada pada mereka, mereka boleh sahaja melanggar mana-mana undang-undang tanpa dikenakan apa-apa tindakan. tanah rizab dijual dan diberi status HAKMILIK KEKAL kepada kroni-kroni sesuka hati mereka.

Selain daripada ini, masih terdapat banyak lagi tanah-tanah rizab dan juga tanah-tanah adat telah dijual kepada kroni-kroni mereka tanpa pengetahuan orang ramai. aku ada deretan senarai tanah-tanah yang tersebut dan untuk pengetahuan korang, bukan sahaja tanah-tanah persisiran pantai sahaja yang tergadai, malah tanah laut, laut dan pulau pun turut tergadai dek kerakusan pemimpin Umno.

Satu lagi pemilik tanah itu juga abang kepada exco kerajaan negeri ketika itu. Ketika Isa mempengerusikan mesyuarat yang memberikan tanah pada abangnya dia ada dalam mesyuarat tersebut.

SPRM teruskanlah buta dan pekak !!!

Monday, October 12, 2009

Pengalaman Suara Johor di bagan Pinang


Salam,malam dah lama rasanye SJ tak menulis,SJ tidak sehat,tapi kerana semangat yang kuat SJ pergi juga ke Bagan Pinang bersama AMK dari Batu Pahat.Hari ini bila SJ nak menulis berasa sedikit sedih kerana kekalahan di Bagan Pinang,tapi bagi SJ kekalahan ini bukanlah tiket untuk kita lari dari medan perjuangan,kalah tidak bererti perjuangan telah tamat.Perjuangan harus diteruskan.SJ amat berpuas hati dengan cara PR berkempen di sini,

walaupun berada dalam kekurangan SJ lihat PR berkempen secara berterusan walaupun ada beberapa kelemahan dari segi penyusunan program.



SJ berada di sana bermula pada hari Rabu malam Khamis,Pengalaman SJ sepanjang di sana memperlihatkan betapa jahanam nya rejim BN,pada malam sesampainya SJ di sana belum sempat melepaskan penat lelah sepanjang perjalanan,terus dilanda dengan kekecohan yang berlaku di Kampung Si Rusa,SJ bersama anak buah Che'gubard terus bergegas ke tempat kejadian,sesampainya di tempat kejadian dengan niat untuk membantu pemuda-pemuda PAS yang sedang memasang poster,dengan tidak semena-mena terdengar lolongan dari Anjing-anjing BN yang sedang mabuk..."woi ni PD kami budak-budak PD tak mau PAS,ni semua Sial jahanam,pukimak"inilah kata-kata yang dilemparkan terhadap petugas PAS yang sedang memasang poster ketika itu.



Dalam keadaan yang kelam kabut,SJ bersama Yasir terus ke hadapan lagi,dan bila SJ paling ke belakang SJ lihat pemuda-pemuda BN yang sudah mabuk sedang terpekik terlolong ibarat anjing kelaparan..Mereka mengeluarkan kata-kata lucah,kata-kata penghinaan terhadap TGNA dan semua pemimpin Pakatan Rakyat.Bila keadaan semakin kelam kabut SJ Yasir juga sudah tidak kelihatan.Oleh kerana terlalu ramai dan dalam keadaan ketakutan yang tidak dapat digambarkan SJ berjalan ke belakang kembali untuk mendapatkan kereta semula,setiba berhampiran kereta SJ terlihat Bro Fauzi Ketua AMK Batu Pahat sedang dikepung hampir 8 orang pemuda BN yang sudah dirasuk setan..mereka bertanya dengan suara yang agak kasar "Ko orang mane ni,buat apa kat sini,ko balik sekarang"jika ikut keadaannya mungkin bro fauzi sudah teruk dihentam,tapi dengan pertolongan allah anjing-anjing tadi meninggalkan bro Fauzi kerana rakan nya yang lain sudah memanggil untuk mara ke hadapan menghalau petugas PR yang lain.

Selepas anjing-anjing tadi beredar kami dari jauh melihat keadaan yang sedang berlaku Yasir entah sudah ke mana,dari jauh kelihatan ramai petugas-petugas PAS dipukul,dihalau macam anjing tidak mengira tua dan muda.Begitu Baculnya pemuda BN dengan golongan tua pun mereka sebat,inikah akhlak pemuda yang memperjuangkan bangsa dan agamanya??ke manakah sifat kemelayuan yang ada.Pemuda BN begitu bacul hingga hendak menyerang Petugas PR kena minum mabuk dan telan 'Ubat' dulu baru berani,apa kejadahnya kalu keberanian itu datang dari syaitan?? Di manakah maruah pemuda BN yang kononnya lantang berani,berani apa macam tu nak menyerang dalam keadaan tidak sedar..boleh berambusla macam tu...

Kejadian itu tidak habis di situ sahaja,pada malam tersebut juga Rumah Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan juga diserang,mereka datang mengetuk pintu dengan biadap memanggil keluar untuk dipukul.Kemudian mereka menyerang semua UPU-UPU PAS di sana dan ramai pemuda PAS yang cedera ketika itu dibelasah ada juga yang diparang,ketika itu Bagan Pinang bagaikan Medan Jihad untuk petugas-petugas PR.SJ juga rasa adakah hari esok untuk SJ ketika itu kerana keadaan terlalu tegang pada malam itu.Selepas keadaan menjadi semakin tegang Pemimpin PAS setempat memberikan arahan untuk kita beramai-ramai datang pertahankan Markaz Induk PAS yang dijangka bakal diserang juga pada malam itu.Seperti yang dijangkakan anjing-anjing tadi datang pula menyalak di Markaz Induk PAS ini.Ketika itu SJ ada bersama che'gubard.Pada malam kejadian berlaku tiada polis dan FRU yang kelihatan,persoalannya ke manakah mereka ketika itu? menurut lapioran Pemuda PAS setempat apabila mereka pergi untuk membuat laporan polis balai polis ditutupi dan tiada anggota di dalam hanya kerani sahaja yang ada.Di sini menimbulkan kemusykilan.



Pada malam itu chegubard telah membuat laporan tersebut pada pihak atasan dengan nada yang cukup tegas.Kerana ini melibatkan nyawa,ketika itu pemuda Bn tadi sudah mula datang ke sini dengan bermotorsikal dan membuat kecoh di sini.Alhamdulillah dengan keberanian chegubard memberi kata dua kepada polis tidak lama kemudian kereta peronda polis pun tiba di tempat kejadian.Suasana yang hampir berlaku kekecohan akhirnya menjadi tenang apabila pemuda BN yang datang tadi mula meninggalkan kawasan markaz.Kami bersyukur kepada allah kerana kejadian yang tidak diingini tidak berlaku di sini.Kesimpulannya terlalu banyak provokasi yang dicetuskan oleh BN durjana,akan tetapi TV3 jahanam ini terus melaporkan berita songsang.SJ berada di sana dan SJ berani mengatakan laporan yang dibuat TV3 adalah laporan jahanam!!TV3 anjing jalanan!!



Pada hari pembuangan undi juga banyak berlaku kekecohan di sana sini yang ditimbulkan oleh penyokong BN.SJ dah tau memang inilah perangai penyokong BN mereka tiada benda untuk memperkatakan selain berjoget menunjuk bontot dan menjerit 'Anwar Bontot',ini provokasi yang sama ketika SJ di Bukit Selambau.Pemuda BN hanya pembawa kepada provokasi untuk pergaduhan.inilah perangai pemuda yang kononnya berjuang demi bangsa dan agama.

Jika hendak diperkatakan tentang kejadian di Bagan Pinang terlalu banyak yang berlaku,SJ ucapkan tahniah kepada AMK Negeri Sembilan khasnya kepada anak-anak buah Che'gubard yang melayan kami dari Johor dengan baik dan bekerjasama dengan cukup baik.Inilah ikon anak muda yang sebenar yang tidak pernah takut dan gentar terhadap momokan Bn Durjana.Terima Kasih kepada semua AMK seluruh Malaysia yang turut membantu kempen di PRK Bagan Pinang.Syabas kepada Yasir and The Gang.Semoga semangat kalian semua dijadikan contoh dan iktibar oleh anak muda di seluruh negara.

Di Bawah ada sedikit gambar sekitar di apa yang berlaku di Bagan Pinang.

Gambar -Gambar Keganasan



dihentak dengan topi keledar di kepala......




ditumbuk oleh pemuda BN Durjana.....!!!



petugas PAS sedang dibelasah oleh pemuda BN.....



malam kegansan BN di PD Marina tempat SJ dan rakan-rakan menginap...



pemuda BN ditangkap selepas membuat keganasan....



Di Sini hampir belaku keganasan.....hampir menjadi medan jihad....



keganasan mat rempit BN yang sudah mabuk di PD Marina....



banyak senjata dibawa oleh pemuda BN seolah-olah hendak bertempur.....



sekitar kawasan kejadian di PD Marina.....



mata bengkak ditumbuk oleh pemuda BN Durjana......



dibelasah hingga patah gigi oleh pemuda BN....!!



Di Sini SJ dan rakan-rakan dihalau dengan ganas oleh pemuda Bn yang sudah mabuk.....!!



masih terkenang SJ pada malam kejadian disini dihalau macam anjing...!!!-suarajohoronline

Isa menang di Bagan Pinang


Keputusan Penuh:
  • Majoriti: 5,435 undi
  • Pemenang: Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad, 60 (BN)

2 calon bertanding:


Nama Parti Bil Undi
Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad, 60
BN
8,013
Zulkefly Mohamad Omar, 45
Pas
2,578
Shahruddin Abd Hamid, 52
Bebas
tidak bertanding; gagal kemuka kertas pencalonan

Friday, October 09, 2009

Bagan Pinang bagai zon perang malam kelmarin

TELOK KEMANG, 9 Okt : Dalam keadaan mabuk, kumpulan pemuda samseng Umno ini melakukan sekatan jalan raya di Batu 4 dekat sini dan menahan beberapa buah kereta yang dilihat mempunyai lambang-lambang atau logo PAS sekaligus membelasah pemandu-pemandu terbabit sehingga cedera.

Lebih teruk, sebilangan mereka menceroboh masuk ke beberapa buah rumah kampung khususnya di Bagan Pinang dan melakukan tindakan yang sama ke atas penghuni rumah yang dipercayai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Ada kawasan tertentu yang tercetusnya kes yang sama, seorang tua diselamatkan oleh sekumpulan anggota tentera daripada terus menjadi sasaran samseng ini.

Dan lebih dasyat, kejadian sekumpulan samseng Umno membelasah dan menetak dengan parang seorang petugas PAS berlaku betul-betul di depan Balai Polis Telok Kemang.

Demikian dakwa Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau menyifatkan kelakuan samseng pemuda Umno pada 7 Oktober lalu memukul dan menyerang petugas Pakatan Rakyat hanya menjadikan Bagan Pinang kini bagai 'zon perang'.

"Saya hairan bagaimana ada kejadian sebegini berlaku di hadapan Balai Polis Telok Kemang.

"Ketika 'ketegangan' memuncak sekitar jam 3.00 pagi hingga 5,00 pagi, saya sendiri beberapa panggilan dibuat kepada pihak polis, namun setiap panggilan tidak berjawab," katanya kepada Harakahdaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang.

Badrul juga turut menahan sebuah kereta peronda polis untuk meminta bantuan seorang anggota berpangkat kostabel namun polis terbabit memohon maaf kerana tidak dapat berbuat apa-apa dan meninggalkan beliau begitu sahaja.

Ada anggota polis yang menjawab panggilan kecemasan yang dibuat beliau tetapi memberitahu bahawa mereka merupakan anggota dan pasukan polis luar yang tidak tahu selok belok jalan dan kawasan untuk menangani kes terbabit, kata Badrul.

"Mereka yang diganggu termasuk petugas Pakatan Rakyat yang berusia.

"Saya tahu pemuda Umno ini mabuk dan mereka ini keluar dari Umno Command Centre, mereka buat 'road block' sendiri di Batu 4, mereka tahan siapa sahaja yang lalu yang pakai logo PAS," ujarnya.

Beliau turut mendakwa, salah seorang anak pemimpin tinggi Umno di Negeri Sembilan terbabit dengan keganasan ini.

Beliau menamakan anak pimpinan Umno yang terbabit itu sebagai 'Bob' yang dibayangkan seorang yang bertubuh besar dan berkulit cerah.

Tindakan samseng jentera Umno itu sebenarnya hanya menjadikan suasana pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang yang pada awalnya tentera, kini seperti 'zon perang'.

Justeru beliau menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membuat 'onar' iaitu Pemuda Umno.

"Jangan sampai mengasak atau meberi tekanan kepada Pemuda Pakatan Rakyat sampai ke dinding. Kesabaran kami ada hadnya," jelasnya tegas dan tidak menolak kemungkinan insiden ini akan berlaku dalam dua tiga hari lagi.

Sehingga kini, difahamkan terdapat 9 laporan polis telah dibuat berhubung tindakan ganas samseng Umno ini dan gambar-gambar mangsa belasah parang dan pedang samurai itu telah tersebar di papan-papan poster markas, internet, rakaman telefon dan diedarkan sebagai risalah.

Malah ada sms yang meminta Pemuda Pakatan Rakyat dan PAS untuk tingkatkan keselamatan dan siap siaga bagi mendepani sebarang kemungkinan yang tidak diingini beberapa hari menjelang hari pengundian Ahad ini.

Aktiviti 'last lap' di Tapak Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia telah bersama dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dengan bersama menganjurkan Karnival Anak Muda bersama Pakatan Rakyat di Bt. 6 1/2 Jalan Pantai Port Dickson iaitu tanah lapang di sebelah PD World Marina Resort.

Hampir setiap malam ceramah perdana diadakan disamping kemeriahan 100 lebih gerai jualan perbagai barangan dan makanan.

Berikut ialah aktiviti 'last lap'

Hari ini (9 Okt. 2009) jam 5 petang Zunar bersama kartunis Gedung Kartun akan bersama memeriahkan tapak karnival dengan perbagai aktiviti. Datang beramai - ramai untuk bersama.

Malam ini pula dijadualkan Nurul Izzah Anwar bersama teman - teman pimpinan muda akan bersama dalam siri ceramah umum pula.

Esok jam 3 petang acara perdana anak muda bersama Juara Cub Prix Asia, Yasir Said akan diadakan di depan tapak Karnival Anak Muda. 100 motor pertama akan dapat minyak hitam percuma. Nasihat permotoran dan keselamatan. Saudara Yasir Said akan datang bersama team 'big bike'. Jangan lepaskan peluang bersama.

Wednesday, October 07, 2009

Rayuan pusingan akhir

antara bahan kempen yang dikeluarkan
Bn memunggah budak sekolah dan membayar mereka




Kesempatan pilihanraya ini cheGuBard gunakan untuk mendidik rakyat berfikir. Bahan kempen yang menarik dan santai namun bersifat serius menjadi tumpuan cheGuBard dan kawan - kawan.
Antaranya ialah banner gergasi 15 kaki x 12 kaki yang tertera dengan jelas mengingatkan janji Bn di Rembau. (gambar atas). 3 keping disediakan.
Bahan kempen lain seperti mengenegahkan isu tanah adat, air dan perbagai lagi turut disediakan. Terima kasih kepada semua penderma. Untuk bahan kempen dan mengerakkan team dari Rembau kami menerima sumbangan rasmi RM500 dari keADILan Negeri Sembilan dan RM 1000 dan RM 200 serta RM 300 dari penyumbang individu.
Dengan wang modal yang terhad kami keluarkan bahan kempen tidak kurang dari 20 jentera bertugas setiap hari. Tumpuannya ialah menghantar bahan kempen ke rumah - rumah secara senyap, mempamerkan (menggantung bahan kempen spt bendera, banner dan lain - lain). Selain dari jentera kempen rayu undi yang diketuai oleh Yusof tapa dan Zahirul (AJK dan Ketua AMK Rembau)
Rembau berpusat di Bt. 6 1/2 Jalan Pantai (sebelah PD World Marina).
Di sini kami telah berjaya meratakan tanah seluas hampir 2 ekar untuk dijadikan tapak Karnival anak muda. Di sinilah ceramah dijalankan setiap malam, gerai jualan dibuka dan aktiviti anak muda berlansung.
Semuanya lancar dengan dana yang amat terhad, kami juga telah terpakai buget untuk membayar sewa pejabat Rembau selama 2 bulan untuk perbelanjaan PRK ini. Namun semuanya 'indah' kerana nikmat mendapat PRk tempat sendiri.
Namun sikap penakut Umno untuk menjawab isu telah mencuri bahan kempen kami. Mereka gunakan pegawai penguatkuasa namun setelah gagal berhujah penguat kuasa gagal mencuri namun gangster upahan Umno akan melaksanakan tugasan di awal subuh hari.
Namun ia tidak mematah semangat. Kami akan teruskan. Kepada penyumbang yang sudi menyumbang harap dapat membantu sikit untuk kami membuat serangan bahan kempen saat akhir.
Boleh terus bank in kan ke akaun
  • Maybank no. 555126105482 atas nama Angkatan Muda Keadilan Rembau
  • Hong Leong bank 19951001018 atas nama Badrul Hisham Shaharin

selepas menyumbang sila sms ke 0123696474 untuk maklumkan.


PD diperkaya projek terbengkalai




Bagan Pinang terletak dalam kawasan perlancongan utama di Negeri Sembilan iaitu Pantai Port Dickson. Namun status itu tidak menjanjikan permandangan yang menarik di Port Dickson dan taraf hidup yang berbeza buat penduduknya.
Sudahlah sistem salinan kuno yantg mengalirkan air kotor terus ke laut masih wujud lebih parah lagi terlalu banyak projek terbengkalai. Namun Bn tanpa segan walaupun bukti projek-projek terbengkalai banyak namun mereka masih menyanyikan lagu lama tanpa Bn tiada pembangunan.....
Isa Samad tokoh politik lama jelas tidak mampu mengawal diri selaku calon. Selalunya calon kurang menyerang lebih merayu tetapi itu bukan Isa Samad. Dia menyerang termasuk kerajaan Kelantan di serangnya, katanya Tok Guru tak pentingkan pembangunan, Masjid pun gagal buat.
Ingatan buat semua khususnya pengundi bagan Pinang. Di Si Rusa tidak ada Masjid kecuali menumpang masjid tentera. Sudah terlalu lama rasanya pecah tanah Masjid Si Rusa. papan Tanda kemegahan juga hampir tumbang. Lihat atas tanah nya penuh lalang seperti tidak ada harapan untuk diteruskan. Bukti surat lama juga ada melantik jawatankuasa namun semuanya dusta yang tegak bukan masjid tapi lalang

Kehadiran Tun Dr Mahathir tidak berkesan (sinar harian)

SEREMBAN – Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membantu calon Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) sebenarnya tidak memberikan kesan kepada calon yang bertanding. Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, kenyataan itu berdasarkan keputusan pilihan raya kecil sebelum ini di Bukit Selambau, Kedah dan Bukit Gantang, Perak yang memihak kepada calon Pakatan Rakyat (PR). Katanya, masyarakat dan rakyat umumnya mengetahui Tun (Dr Mahathir) pernah membantu calon dalam kempen pilihan raya kecil sebelum ini di Kedah dan Perak.

“Walaupun Tun turun membantu berkempen terhadap calon BN, namun ia masih gagal mempengaruhi pengundi di kawasan terbabit untuk memilih Barisan Nasional. “Kehadiran Tun sudah tentunya akan memberikan kesan kepada pengundi jika ia disokong dan jasanya dikenang, namun perkara sebaliknya berlaku,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Badrul Hisham berkata, beliau menyokong tindakan bekas Perdana Menteri itu yang bertegas tidak akan berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang berdasarkan prinsipnya sebelum ini.
“Tun ternyata berpegang kepada prinsipnya tidak menyokong calon yang terbabit dengan gejala politik wang. Ia jelas dalam kenyataannya sebelum ini yang turut meminta pucuk pimpinan BN tidak memilih calon yang sedemikian.
“Saya menyokong pendirian Tun berhubung perkara ini, namun bersimpati dengannya kerana pucuk pimpinan BN seolah-olah tidak mempedulikan na-sihatnya selaku bekas pemimpin tertinggi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tun yang bertegas tidak akan berkempen membantu calon BN dalam PRK DUN Bagan Pinang kerana menolak individu atau calon yang dikatakan pernah terlibat dengan gejala politik wang.