Wednesday, April 19, 2006

5 pemimpin Angkatan Muda ditahan di Tasek Gelugor

Sunday, April 16, 2006

Oleh Zulkifli Mohamed

TASEK GELUGOR: Lima pemimpin Angkatan Muda Keadilan, termasuk Timbalan Ketua Penerangannya Badrul Hisham Saharin ditahan polis pagi ini, kerana menyertai perhimpunan aman dan mengedarkan risalah berkaitan kenaikan harga minyak di Kompleks Tasek Gelugor, di sini, Ahad.Empat yang lain ialah Exco Angkatan Muda Pusat, Rezal Huzairi Md Zaki, Ketua Penerangan Angkatan Muda Pulau Pinang, Amir Mohd Ghazali, Ketua Penerangan Angkatan Muda Tasek Gelugor, Sabri Salleh dan Setiausaha Angkatan Muda Kepala Batas, Latif Abdullah.Kesemua mereka ditahan kira-kira jam 11 pagi dan dibawa dengan sebuah trak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Butterworth.Selepas 5 minit perhimpunan berlangsung, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Supritendan Sukri Awang terus meluru kepada para penunjuk perasaan dan mengarahkan perhimpunan bersurai dalam masa lima minit.Ketika itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Kedah, Khairul Anuar Ramli baru hendak memulakan ucapannya.“Perhimpunan ini kena diberhentikan kerana telah banyak kali menyusahkan pihak polis,” katanya ketika berlangsung rundingannya dengan Ketua Penerangan Keadilan Pulau Pinang, Johari Kassim.Tasek Gelugor menjadi lokasi ke-10 dalam siri demontarasi aman di sebelah utara.Arahan beliau dipatuhi, setelah mereka diarahkan meninggalkan kawasan tepi jalan raya yang menjadi lokasi perhimpunan.Bagaimanapun, beliau mengarahkan para penunjuk perasaan berkumpul di perkarangan Kompleks berkenaan untuk satu sidang media oleh pemimpin Angkatan Muda .Ketika berlangsung kira-kira 10 minit sidang media oleh Badrul Hisyam, Sukri sekali lagi polis meluru dan mengarahkan para pemimpin Angkatan Muda ditahan, termasuk Latif dan Amir yang sedang memegang satu-satunya sepanduk pada hari itu yang tertera: ‘Pak Lah! kami orang kampung, tak kaya, barang naik lagi kedana la kami. Pak Lah tak sayang kami ka?”Rezal Huzairi dan Sabri pula ditahan ketika mengedarkan risalah kenaikan harga minyak kepada orang ramai, termasuk kepada anggota polis.Seorang pemuda yang mempunyai ‘masalah mental’ hampir ditahan polis, kerana mengetuai orang ramai melaungkan ‘reformasi’ ketika trak yang membawa tahanan aktivis Angkatan Muda mula bergerak.Kad pengenalannya turut diperiksa polis, bagaimanapun dia dibebaskan setelah pihak polis mengetahui hal sebenarnya.Perhimpunan pada pagi itu dihadiri kira-kira 100 orang.Lima trak polis dan sebuah water canon bersiap sedia di Balai Polis Tasek Gelugor. Sementara sekatan jalan raya diadakan dari kedua-dua arah Tasek Gelugor dan Kepala Batas.Ketika berita ini ditulis (1.00 tengah hari), kesemua mereka belum diambil sebarang keterangan.“Belum ada sebarang keterangan diambil,” jelas salah seorang tahanan, Amir Ghazali ketika dihubungi di Ibu Pejabat Polis berkenaan.Semalam (Sabtu), kira-kira 3 petang, sepasukan FRU dan sebuah ‘water canon’ yang bersedia di Dewan Millenium Kepala Batas, pulang hampa setelah tiada sebarang perhimpunan aman di sana.Sebelum itu, telah tersebar maklumat palsu tersebut melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) oleh pihak-pihak tertentu.Ketika ini, para pemimpin Barisan Alternatif (BA) sedang berkumpul di Ibu Pejabat Polis berkenaan untuk memberikan sokongan moral kepada para tahanan.

Tuesday, April 18, 2006

UMNO perkuda Polis

PULAU PINANG: Pemimpin Umno terus memperalatkan polis untuk menahan pemimpin Barisan Alternatif (BA) yang menyertai perhimpunan rakyat bagi membantah kenaikan harga minyak dan gas di zon utara, pada 16 April lalu.Seorang pemimpin Angkatan Muda yang ditahan dalam demontrasi di Tasek Gelugor, di sini berkata, polis telah memaklumkan bahawa mereka diarah oleh ‘pemimpin Umno’ untuk menahan pemimpin BA.“Kami dimaklumkan polis terpaksa bertindak atas arahan pemimpin Umno kerana gerakan reformasi berupaya menggulingkan kerajaan,” jelasnya kepada Malaysia Today.Selain itu, dedahnya, polis juga merungut kerana mereka terpaksa kerja lebih masa, meskipun pada hari cuti bagi mengawal demontrasi.Perhimpunan di Tasek Gelugor, pada pagi Ahad lalu hanya sempat berlangsung kira-kira 10 minit sebelum polis melakukan tangkapan ke atas lima pemimpin Angkatan Muda, termasuk Timbalan Ketua Penerangannya Badrul Hisham Shaharin.Turut ditahan pada jam 11 pagi itu ialah Exco Angkatan Muda Pusat, Rezal Huzairi Md Zaki, Ketua Penerangan Angkatan Muda Pulau Pinang Amir Mohd Ghazali, Ketua Penerangan Angkatan Muda Tasek Gelugor Sabri Salleh dan Setiausaha Angkatan Muda Kepala Batas Latif Abdullah.Mereka hanya dibebaskan pada kira-kira jam 5.30 petang, selepas enam jam disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Butterworth.Kesemuanya dikehendaki melaporkan diri semula pada 2 Mei depan di Ibu Pejabat Polis berkenaan.Di sebelah petang, di pusat bandar Sungai Petani, Kedah, perhimpunan hanya sempat berlangsung kira-kira 10 minit, sebelum polis bertindak mengarahkan orang ramai bersurai.Ketua Angkatan Muda Kedah, Ir Zamri Yusof hanya dibenarkan mengadakan sidang akhbar selama 20 minit, berhubung isu kenaikan harga minyak.Pada masa yang sama, di Alma, Bukit Mertajam, hanya kira-kira 20 minit perhimpunan dan pengedaran risalah membantah kenaikan harga minyak dapat diadakan, sebelum diarahkan berhenti oleh pihak polis.Hanya Badrul Hisyam yang baru dibebaskan, dan AJK Keadilan Perak, Gobalakrisnan sempat berucap pada perhimpunan itu.Perhimpunan di Tasek Gelugor dan Sungai Petani dipantau ratusan anggota polis, anggota FRU dan meriam ‘water canon’.Sementara itu, sumber jabatan bomba Sungai Petani mendedahkan semua kakitangannya diarah bersiap sedia menghadapi ‘perhimpunan haram’ pada hari tersebut.“Cuti semua kakitangan dibekukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” jelas sumber berkenaan.Tindakan itu katanya, telah menimbulkan rungutan kakitangan terbabit terhadap para penunjuk perasaan.Pada 23 April depan, untuk kali kedua perhimpunan yang sama akan diadakan di Kompleks Dato’ Kailan Kepala Batas, bermula jam 5 petang.

Wednesday, April 12, 2006

Empat demo ‘Protes Sampai Turun’ di utara bermula 16 April

Oleh Zulkifli Mohamed

PULAU PINANG: Empat demo aman ‘Protes Sampai Turun’ anjuran Angkatan Muda keADILan akan menggegarkan kawasan utara meliputi Tasek Gelugor, Bukit Mertajam, Kepala Batas dan Sungai Petani pada 16 dan 23 April depan.16 April, AhadPada 16 April Angkatan Muda Keadilan Tasek Gelugur dan Kepala Batas akan mengadakan demo tersebut di Kompleks Tasek Gelugor di sini, bermula jam 10.00 pagi.

Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Tasek Gelugor, Sabri Salleh pihaknya akan turut mengedarkan risalah berkaitan kenaikan harga minyak kepada orang ramai pada hari tersebut.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Pusat, Badrul Hisham Saharin dijangka turut serta pada hari itu.

Pada sebelah malamnya, jam 9.00 akan diadakan pidato ‘Pentas Perdana’ yang dibarisi oleh Badrul Hisham Saharin, AJK Keadilan Perak Gobalakrisnan dan Exco Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah di Markas PAS Padang Menora, Tasek Gelugor.Sebelum itu, pada jam 5.00 petang, demo yang sama akan diadakan di Tapak Pasar Malam Alma, Bukit Mertajam. Program anjuran Keadilan dan PAS Bukit Mertajam.Di Sungai Petani, Kedah, bermula jam 4.00 petang, ‘Protes Sampai Turun’ bagi kenaikan harga minyak dan cukai tanah di negeri itu, bagi siri ketiga akan diadakan di hadapan bangunan jam besar di bandar tersebut.

Program anjuran Angkatan Muda Kedah.23 April, Ahad Pada 23 April, bermula jam 5.00 petang sekali lagi Kompleks Dato’ Kailan, Kepala Batas menjadi lokasi demontrasi aman. Program tersebut anjuran PAS Kepala Batas dengan kerjasama Keadilan bahagian itu.26 Mac lalu lebih seribu penunjuk perasaan menghadiri perhimpunan di kawasan Parlimen Perdana Menteri tersebut, walaupun mendapat gangguan pihak polis.Turut hadir ketika itu, Naib Ketua Angkatan Muda Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin dan beberapa exco Angkatan Muda Keadilan.

Thursday, April 06, 2006

Cabaran DEBAT : kerajaan lemah dan korup punca Minyak dan Gas naik harga

2.30 petang, 6 April 2006 - Berikutan kenyataan media Setiausaha UMNO NS mengenai debat isu minyak yang telah diadakan pada 24 MAC lalu maka sehubungan dengan itu Angkatan Muda Negeri Sembilan menghantar satu surat pelawaan / cabaran debat kepada beliau.

Seperti yang telah diumumkan awal maka jam 10.30 pagi ini, 3 orang Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Negeri Sembilan yang diketuai oleh Setiausaha Angkatan Muda Negeri, saudara Amiruddin Wahab dan penolong setiausaha Angkatan Muda Negeri Saudara Azizi telah menghantar surat ke pejabat UMNO negeri dan mengadakan sidang media selepas itu.

Cuma yang 'terlalu menariknya' ialah sambutan yang mereka terima di pejabat UMNO Negeri Sembilan pagi ini.

Mereka telah disambut oleh 12 orang anggota tidak kurang dari 5 anggota polis beruniform dan 15 orang anggota polis tidak beruniform - dapat dikenal pasti kerana mereka merupakan anggota cawangan khas yang sentiasa terlibat memantau prog. keADILan (termasuk trafic yang ditempatkan di depan bangunan UMNO melarang semua kenderaan parking di depan). Pemuda UMNO Negeri Sembilan pula telah menggerakkan tidak kurang dari 50 orang ahli mereka yang memenuhi ruang hadapan pejabat UMNO Negeri. Helikopter polis juga berkeliaran di ruang udara atas Pejabat UMNO selama hampir 30 minit. (24 anggota 'lsf' berada di depan bangunan umno sehingga jam 10.30 pagi dan kemudian balik).

Kumpulan pemuda UMNO yang 'berkawal' di sekeliling bangunan UMNO di ketuai oleh bekas adun rantau Ghani Hasan (adik menteri besar negeri sembilan).

Malangnya hanya dua wartawan akhbar cina yang hadir membuat liputan dan kemudian mereka balik tanpa menunggu habis sidang media. Salah seorang dari mereka memaklumkan dihubungi editor mengarahkan mereka pulang kerana orang atas minta jangan buat liputan mengenainya.

Surat tersebut telah diterima oleh salah seorang kerani yang tidak mahu memperkenalkan diri tetapi menandatangai akuan terima surat cabaran debat tersebut. Dalam surat tersebut Angkatan Muda Negeri Sembilan menyatakan cabaran debat dan memberikan masa 14 hari untuk UMNO negeri sembilan menjawabnya.

rombongan 3 orang wakil angkatan muda negeri meninggalkan bangunan umno negeri sembilan jam 11.05 pagi tanpa kejadian tidak diingini.

maklumat tambahan call 0176688404.

amiruddin wahab menyatakan rasa kesal kerana umno menunjukkan sikap seperti gangster. namun ini menunjukkan ketakutan penguasa kerana tertekan dengan isu kenaikan minyak ini. amk ns harap umno berani tampil untuk mempertahankan hujah mereka mengenai kenaikan minyak dan kami (amk) mempunyai terlalu banyak bukti dan fakta untuk diperdebatkan membuktikan kenaikan ini berlaku kerana kelemahan pentadbiran kerajaan dan amalan korupsi yang membarah.

kami memberikan masa 14 hari untuk mereka jawab.

gambar atas : sebahagian dari pemuda umno yang berkawal di satu sudut bangunan umno, juga kelihatan ghani hassan

gambar sebelah : amirudin menerangkan kepada wartawan mengenai penghantaran surat sebelum menghantar surat. masa selepas hantar surat wartawan dah tiada untuk sidang PC

Tuesday, April 04, 2006

SMS perhimpunan Guling Kerajaan 15 April 'palsu'

3 April 2006

Semenjak seminggu lalu saya telah di hujani ratusan panggilan yang meminta pengesahan mengenai satu perhimpunan yang bakal diadakan di Wisma Anwar Ibrahim, Rasah pada 15 April 2006. Setelah di siasat berita kononya akan ada perhimpunan ini tersebar melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Puluhan teman – teman telah mendapat sms yang dihantar dari nombor yang sama iaitu 0172731385 dengan pesanan yang berbunyi seperti berikut :

“Perhimpunan 100000 rakyat M’sia berkampung di WISMA ANWAR IBRAHIM (dekat tol Rasah) sempena meingati Perhimpunan 100000 KESAS, ia terdiri 14 aktivis2 Black14 sdr Mahfus Omar,Ezam mohd Nor,Tian Chua,Dr.Hatta,Mohamad Sabu, Faizal Sanusi, NGO2-GRik,Blk pulau dn lain2. TEMA : JATUHKAN KERAJAAN BN tempat wisma anwar Ibrahim,Tmn Seputeh, jln look,Rasah,NS 8.30pm 15/4/06. Bawa bersama lilin tanda protes kenaikan harga minyak. c’gu Bad 0176688404”

Di sini saya dan pihak Pusat Aktivis Gerakan Reformasi (PAGER) Malaysia (badan yang mengendalikan operasi Wisma Anwar Ibrahim) ingin menafikan terlibat mengadakan atau merancang mengadakan perhimpunan seperti yang dinyatakan.

Saya meminta teman – teman supaya jangan terlibat memanjangkan (forward) pesanan tersebut.

Sebarang program melibatkan parti atau kegiatan pro reformasi yang di anjurkan saya atau teman – teman aktivis akan dibuat pengumuman rasmi secara terbuka . Semua program yang sahih boleh dirujuk kepada http://keadilanrakyat.org/ atau tersiar dalam akhbar suara keADILan atau sekurang – kurangnya akan tersebar melalui sistem sms ADIL News Net.

yang benar ;

Badrul Hisham Shaharin
Timbalan Ketua Penerangan
merangkap
Pengarah PAGER Malaysia
0176688404
badrul_angkatanmuda@yahoo.com

www.chegubard.blogspot.com

Monday, April 03, 2006

RMK 9 - disebalik .....

Rancangan Lima Tahun Malaysia yang dikenali dengan penjanamaan baru RMK9 telah dibentangkan sehari sebelum 1hb April 2006 yang sudah semua orang tahu sebagai hari "April fool". Maka akan tercatat dalam sejarah bahawa RMK9 ini adalah satu-satu Rancangan Lima Tahun yang telah dilancarkan dengan kelewatan tiga bulan. Tidak seperti Rancangan Lima Tahun sebelum dibentangkan sebelum tahun dilaksanakan.Sesuatu yang menarik ialah rancangan itu dipanggil "Misi Nasional" seseolah RMK terdahulu tidak mempunyai misi nasional. Sebenarnya sebutan yang lebih kemas bagi RMK9 bukan Misi Nasional tetapi adalah Misi Rakyat.Semasa RMK yang pertama diperbuat oleh perancang-perancang ekonomi masa itu, bukan sahaja dasar2 baru diperbuat tetapi juga pembentukan entiti perbadanan dilahirkan. Jauh beza dengan RMK9 yang mana kedua-dua tidak ada melainkan penubuhan universiti, dan antara yang dititik beratkan ialah bagaimana dilaksanakan oleh jentera kerajaan. Maka dikeluarkan buku merah dan fungsi pejabat daerah dikemaskan. Hasil dari penelitian itu, maka dimaklumkan kepada pegawai kerajaan bahawa dalam setahun ada 365 hari dikali dengan lima tahun berjumlah 1825 hari tetapi waktu berkerja setiap pegawai kerajaan dalam semua ketegori termasuk buruh kasar hanya 1000 hari, selainnya dihabiskan kerana cuti am, sakit, dan macam -macam lagi.Maka RMK9 yang terlewat tiga bulan ini akan mengejar masa hanya 1000 hari untuk dilaksanakan dimana, lebih kurang 200 hari setahun, Itu belum lagi dikira jumlah jam yang akan digunakan dalam seribu hari itu, kalau semua berkerja 8 jam sehari maka bererti kerajaan ada masa 8 ribu Jam dan jika dibagi kepada 24jam sehari maka bererti kerajaan ada hanya 333.3 hari sahaja.Maka cabaran yang terbesar kepada Kerajaan, bolehkah kerajaaan menggesa semua pegawai kerajaan termasuk Menteri2 dan Menteri Besar yang pasti akan berkerja dalam setahun 66 hari sahaja setahun dimana lebih kurang 300 hari akan dihabiskan perkara-perkara yang lain.Perlaksanaan RMK9 bergantung kepada Menteri-Menteri dan Menteri Besar dengan sokongan implementasi oleh Pegawai Kerajaan. Jika berdasarkan prestasi Menteri-Menteri sudah pasti jawapan sudah ada dihadapan mata, bahawa RMK9 akan gagal, kegagalan ini bukan kerana rancangan tidak baik tetapi kerana kerajaan punya Menteri yang tidak baik. Sebilangan besar sudah tua, tidak punya innovasi dan yang terpenting kepada Menteri-Menteri ini seperti Nazri Aziz ialah kekayaan. Dalam kes Nazri ini wang RM350 ribu hilang macam hilang RM 3 sahaja. Menteri macam Azmi Khalid sudah pasti sibok melayan isterinya janda yang glamor itu, Shafie Afdal yang gagal itu tidak punya idea apa2 kerana percaya kalau Pak Lah berhenti jadi PM, Datuk Najib akan kekalkan dia dan silap2 jadi Ketua Menteri Sabah kerana dia mengaku dia "budak" Datuk Najib.Belum hari isnin lagi, Menteri sama Menteri sudah berlaga, Menteri Perlancongan kata caj kemasukan akan dikenakan RM20 tapi Kata Shafie Afdal kata ini belum muktamat dan sepatunya diumumkan oleh TPM. Bayangkanlah gila tak gila kabinet Islam Hadhari... dia sama-sama Menteri pun tak seragam sebab macam pernah dikatakan bahawa masalah Menteri-Menteri Islam ialah ada had dan ada hari, suka sangat ambik kerja orang, kerja dia tak buat macam Shafie Afadal ini.. apa dia buat di Kementerian dia dalam krisis yang melanda Kerajaan dan Parti UMNO ini, dia tak kisah soal kedua-dua ini kerana dia seorang yang sudah kaya, hilang jawatan atau parti kalah dalam pilihanraya umum akan datang, peduli apa dengan UMNO, mereka boleh bersenang lenang dengan hasil rasuah dan membuat kekayaan semasa menjadi Menteri. Itu sebab Shafie Afdal layak hanya jaga perahu penambang kat Sempurna itu. Malang Pak Lah dan D Najib Razak hendak orang macam ini, apa rakyat boleh buat. Kesimpulan RMK9 satu cabaran yang besar oleh Perdana Menteri, dan menjadikan rancangan ini bukan lagi "trial and error" sebaliknya harus dipastikan berjaya. Zaman bersedih sudah tamat, begitu juga zaman nak menangis, Rakyat bukan nak tengok pemnimpin yang menangis atau sebak menyampaikan ucapan. Soekarno sebagai contoh yang baik, kelukakan dan kesedihan dalam perjuangan untuk rakyatnya tidak pernah tunjukan dengan menangis sebaliknya dengan perangsang dan keceriaan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.Oleh itu menggunakan air mata untuk menunjukan kesedihan atau apa juga adalah minda budak-budak, jadi jika kita mahu rakyat memperkasakan minda dan fikiran "world class" pemimpin mesti menunjukan contoh yang baik, keberanian adalah penting. Tetapi yang dibenarkan didalam Islam ialah menangis kerana kekesalan kerana melakukan dosa. Mungkin Perdana Menteri sudah menyesali sikapnya yang tidak mahu mendengar nasihat kawan-kawan yang dikatakan "tidak mencari kawan-kawan untuk berfoya-foya" tetapi kawan-kawan rakan seperjuangnya akan perihal tingkah laku anak menantu-menantu yang begitu berkuasa sehingga seorang Pegawai diDBKL menjadi serba salah bagi membuat keputusan pemberian tender pembersihan sungai di DBKL kerana surat yang disokong oleh anak menantunya itu seperti memaksa untuk diberi kepada syarikat yang dia sokong, tak diberi kena tukar, nak diberi syarikat itu tidak layak.. kata pegawai itu.

Saturday, April 01, 2006

Debat Rakyat


Pertamanya merujuk kenyataan Saudara Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Sembilan dalam Utusan Malaysia 25 Mac 2006 bertajuk ‘UMNO nafi sertai debat isu minyak’, di mana dalam laporan saudara menyatakan

  • Menafikan penglibatan Umno dalam debat isu minyak
  • Menafikan Umno menerima jemputan

Di sini ingin saya tegaskan untuk pengetahuan saudara.Sememangnya Umno tidak terlibat dalam penganjuran kerana ia dianjurkan oleh Angkatan Muda Negeri Sembilan dengan kerjasama PROTES (gabungan ngo dan parti politik menentang kenaikan harga minyak)
Sememangnya kami tidak menjemput Umno tetapi kami menjemput

  • YB Ir Jamlus Aziz (selaku Ketua Pemuda UMNO NS dan Exco Kerajaan Negeri Sembilan)
  • YB T.Rajagopalu (selaku exco yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal pengguna)
  • Surat jemputan bertarikh 7 Mac 2006 {Ruj. Kami : amns/keluar/2006/ (235)}telah disampaikan melalui email dan faks pada hari yang sama dan penghantaran tangan telah dihantar ke tingkat 1, Wisma Negeri telah dibuat pada 13 Mac.

Kami mengaggap serius kenyataan Perdana Menteri Malaysia iaitu mengarahkan semua ahli UMNO termasuk ahli BN berani untuk turun kebawah dan mengambil setiap kesempatan untuk memberikan penerangan kepada rakyat mengenai kenaikan harga minyak. Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri itu kami mengganggap sudah tentu kedua wakil rakyat yang kami undang berani untuk menggunakan kesempatan ini untuk tampil dan memberikan penerangan isu berkenaan. Maka selepas menghantar jemputan kami terus membuat hebahan dengan menggunakan poster dan banner. Sehingga tarikh program debat kami tidak mendapat sebarang makluman bahawa mereka tidak mahu hadir.
Pada program tersebut kira – kira 600 orang membanjiri kawasan dalam dan luar dewan yang hanya mampu mengisi 250 orang sahaja. Bagaimanapun semua mereka termasuk kami penganjur hampa kerana kegagalan untuk panelis dari parti pemerintah hadir dan tidak menghantar wakil.

CABAR UMNO NEGERI SEMBILAN ATAU WAKILNYA DEBAT !
Sehubungan dengan itu kami juga memuji sedikit keberanian saudara untuk memberikan komen mengenai isu ini di media arus perdana. Setelah kegagalan Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan berdebat dengan kami dalam isu kenaikan minyak ini maka, dengan ini secara rasmi kami mempelawa untuk Umno Negeri Sembilan untuk berdebat.
Kami bersedia untuk menghantar wakil di mana sahaja tempat dan waktu yang ditetapkan oleh pihak saudara dengan satu sahaja syarat iaitu ia mestilah diadakan secara terbuka.
Kami amat mengharapkan pihak saudara mempunyai sedikit keberanian dan sikap bertanggungjawab untuk berhujah secara terbuka mempertahanklan mengenai relevannya tindakan kerajaan menaikkan harga minyak.
Bukan seperti biasa hanya membuat penerangan dalam program rasmi kerajaan yang dihadiri kakitangan kerajaan dan pelajar yang rata tidak berani bersoal balas kerana takutkan tindakan tekanan kerana bakal dilabel pembangkang kerana bertanyakan soalan.
Kami bersedia untuk membentangkan dan memperdebatkan fakta mengenai betapa kelemahan kerajaan menjadi punca kenaikan harga minyak dan gas ini.
Kami memberikan masa 14 hari untuk mendapatkan respon dari saudara.

Sekian dan terima kasih.

Angkatan Muda Negeri Sembilan

1000 demo pun kerajaan takkan turun minyak

Maka berkatalah seorang Menteri yang berkelulusan undang-undang dan diberi tugas menjaga Parlimen, bahawa, biar 100 kali diadakan demonstrasi kerajaan tidak akan menurunkan harga minyak dan demonstrasi yang diadakan itu tidak menggambarkan perasaan rakyat di Malaysia yang berjumlah 26 juta orang. Kadang-kadang kala ada masanya Menteri Kabinet Islam ada Had dan ada Hari ini bila bercakap dan membuat kenyataan terlupa membuat kerja rumah.Kalau diambil kira semasa British mencadangkan Malayan Union pada 1hb April 1946, jumlah yang berhimpun di anggarkan seramai 10 ribu orang. Apakah ini juga bererti bahawa perhimpunan itu tidak cukup untuk menggambarkan hasrat orang - orang Melayu yang pada masa itu berjumlah 2 juta orang untuk menentang Malayan Union?Hasil dari demonstrasi itu lah yang menyebabkan gagasan Malayan Union itu dibatalkan dan boleh juga dikatakan UMNO sendiri ditubuhkan bermula dengan tunjuk perasaan. Ini secara relatif menunjukkan bahawa budaya demonstrasi ini sebenarnya dibawa oleh UMNO sendiri dan UMNO itu sendiri tertubuh dengan berlaku tunjuk perasaan orang Melayu di Batu Pahat yang baru2 ini diperingatkan semula dengan Presiden UMNO sendiri hadir.Bagi sebuah negara Maju samada di Amerika, Australia dan Jepun mereka telah menerima hakikat bahawa demonstrasi adalah satu sistem demokrasi yang diamalkan oleh rakyat masing-masing bagi melahirkan manifestasi mereka. Kesemua demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat di negeri masing - masing tidak pula dijawab oleh Menteri-menteri mereka bahawa itu "tidak menggambarkan rakyat yang sebenar". Yang berbeza di luar negera para demonstrasi melibatkan semua orang dan akan menjadi lebih terkesan bila demonstrasi tersebut melibatkan ahli-ahli Parlimen sendiri, tetapi di Malaysia ahli Parlimen Pro Kerajaan sudah pasti tidur di rumah dan yang pembangkang hanya berani di dalam Parlimen.Kesan setiap demonstrasi bukan bergantung kepada jumlah yang datang tetapi bergantung kepada sikap keperihatinan mereka. Semasa Queen Elizabeth melawat Singapura, terdapat seorang individu yang ber-demo berpakaian beruang yang menentang pembunuhkan beruang bagi tujuan membuat topi askar penjaga Istana Buckingham, tidak pula kerajaan British buat kenyataan bahawa individu tersebut yang ber-demonstrasi itu tidak menggambarkan rakyatnya yang berjuta-juta. Ini perbezaan yang dikatakan orang, yang pandai tidak semesti bijak dan yang bijak tak semesti pandai tetapi yang perlu dan penting ialah "bijaksana".Di Malaysia itulah kemelut besar dalam kepemimpinan negara ini. Malaysia terlalu kurang kepimpinan yang bijaksana. Bertindak tegas memanglah satu sikap yang terpuji tetapi mestilah diseimbangkan dengan keadaan. Cuba perhatikan satu cara yang sama tetapi tindakan berbeza. Di Bangunan Parlimen, yang mana di bawah jagaan Daerah Polis Sentul. Ketua Polisnya seorang India dan sudah pasti tidak beragama Islam, mengambil pendekatan berunding dengan Ketua kumpulan itu dan hasil dari perundingan itu ialah penyelesaian untuk bersurai kerana tidak dibenarkan masuk ke Parlimen. Mereka sebaliknya membuat keputusan untuk berkumpul dan berjalan ke Suhakam yang jauhnya dua kilometer. Segalanya berjalan agak lancar, tetapi bila masuk ke Jalan Raja Laut, di mana ianya dibawah jagaan Daerah Polis Dang Wangi, mereka berdepan dengan truk "water cannon" untuk tujuan perang saikoloji. Sebenarnya mereka-mereka yang membuat bantahan aman ini jika tidak diganggu, adalah manusia biasa dan setelah selesai mereka akan bersurai dengan baik.Hari ini adalah soal kenaikan harga minyak disebabkan pengurangan subsidi cukai telah masuk satu bulan dan ianya masih belum reda. Tunjuk perasaan akan terus diadakan dan yang berdemonstrasi sudah tahu jawapan kerajaan yang akan tidak menarik balik pengurangan subsidi cukai minyak.Kerajaan Barisan Nasional akan terus tergugat dengan isu ini dan demonstrasi isu minyak ini akan berjalan terus sehingga kerajaan dapat meyakinkan rakyat keperluan pengurangan subsidi cukai minyak tersebut. Soalnya, bagaimana kerajaan hendak meredakan isu itu sedangkan jawapan dan penerangan oleh para Menteri dan pegawai parti lebih banyak kearah kenyataan provakasi seperti yang dinyatakan oleh Menteri yang jaga undang-undang itu.Isu harga minyak sebenar dah boleh disenyapkan jika kerajaan mengambil pendekatan mengimbangi pengguna minyak seperti yang dilakukan dengan penurunkan harga kereta yang mana sepatutnya diturunkan khusus untuk kereta-kereta yang berkuasa kuda bawah 1500, supaya penggunaan kereta berkuasa rendah akan meringankan mereka daripada menanggong kos pembelian minyak yang tinggi. Malangnya kerajaan tidak mempunyai satu pertunjukan sebenar harga kereta yang diturunkan. Kerajaan juga sewajarnya menurunkan cukai jalan kereta atau dihapuskan seperti yang dilakukan kepada motorsikal di bawah kuasa kuda tertentu.Soalnya sekarang... adalah lebih baik kerajaan melantik seorang sahaja jurucakap dalam isu-isu semasa dan orang yang paling sesuai adalah Menteri Penerangan sendiri. Tidak seperti sekarang ini, ada Menteri yang bercakap dalam isu yang bukan portfolio beliau sehingga menimbulkan salah tafsiran. Pihak media juga terpaksa di beri panduan bagaimana berita isu ini harus ditulis supaya rakyat dan pembaca faham, tidak seperti sekarang, apa yang di lihat dan di dengar dalam berita TV jauh beza jika di baca di dalam akhbar.

Tuesday, March 14, 2006

sibuk ....sibuk...'betulke aku sibuk?'

Salam buat semua pembaca blog aku yang mulai hensem ini.....nampaknya tiba tiba jumlah kemasukan pembaca meningkat aku percaya maybe sebab aku di linkkan oleh beberapa teman bloger khususnya faisal....tq

Erm............ seminggu dua nie aku rasa betul - betul sibuk.....apa yang aku sibukkan akupun tak tahu...... mak aku punyalah marah sebab dalam tiga minggu ini hanya 3 malam aku tidur rumah di Seremban selebihnya aku di Johor, Penang, Perak, Kl heeeeee...seluruh negara....tapi pagi nie aku sedar bahawa sebenarnya aku sibuk sebab aku sendiri.....

dah tu habis semua keje aku nak buat ..... heee.....tamak betul aku.....aku sibuk sebab kerja dan perancangan yang lemah dalam susun jadual dan keutamaan kerja....maybe mula hari ini aku kena buat susunan keutamaan kerja....

Pejabat GERAK pun tak selesai setting lagi.....mesin photostat n fax dah bawa masuk cuma meja dari pejabat tengku belum bawa lagi.....line fon dah settle dah 'terima kasih pada tengku tolong banyak kerja yang sepatutnya aku selesaikan'....kalau tengku tak ada lagi le aku kelam kabut..... Hope this week Era boleh tolong selesaikan database 800 lebih aktivis berdaftar GERAK yang dah dua bulan aku gagal nak siapkan itu ...heeeeee....

Lagi satu yang menambah sibuk semalam lak ambil card dengan letter head dari kilang.....mereka silap print logi GERAK salah n colour salah ! Pagi ini kena hantar balik .....

Angkatan Muda Negeri pun terabur lagi.....perjumpaan AJK negeri dengan AJK bahagian baru minggu nie di susun ...... aku dah bagi tahu Hj supaya teruskan sahaja jangan tunggu aku baru nak gerak...... Hope Amir (Setiausaha Angkatan Muda Negeri) boleh perbaiki performance.....

Latihan Bahagian Rasah yang sepatutnya dijadualkan 19 ini terpaksa ditangguhkan kerana persiapan yang bukan tak rapi tapi aku tak buat pun heeee.......nanti aku bincang balik dengan Chai.

Demo lah ceramah lah trainning lah kena teruskan juga walaupun aku sibuk.....

nak update blog pun rasa macam tak sempat pun........(kepada pelayar baru tu bacale arkib dengan tekan ikut bulan banyak gak bahan - bahan lain sementara aku ada masa nak tulis bahan baru)..............tapi dalam tak sempat tupun aku bangga dengan diri aku kerana aku dapat sudahkan baca dua buah buku satu buku biografi Che Guevara - David Sandhison (Ezam punya buku) dan Korupsi - Pramoedya AnantaToer (Yusmadi punya buku).

tapi tak apa lah apa - apa pun mulai minggu ini aku akan susun keutamaan kerja agar banyak kerja boleh selesai dan aku rasa tak le sibuk sangat.....

Friday, March 10, 2006

GAMBAR KEM KEPIMPINAN ANGKATAN MUDA JOHOR

Antara gambar yang sempat dirakamkan ketika che'GuBard mengendalikan Kem Kepimpinan Angkatan Muda Johor, 25-26 Febuari 2006 di Sedili, Johor.
pic 1 : menerangkan kepada Nurin mengenai
perjalanan kem
Sepanjang mengendalikan kem dua hari ini che'Gubard banyak dibantu oleh Yusof (Ketua Angkatan Muda Melaka), Paklang (selaku Kem Komandan) dan sudah tentu Era. Shamsul Iskandar juga datang untuk sesi malam.
Pic 2 : Yusof dan Era sedang meengemaskini modul dan bahan latihan sebelum pendaftaran. (banyaknya laptop Angkatan Muda Johor guna)
Kem ini diadakan secara ala kadar dari segi persiapan logistiknya. Biasalah kewangan yang terlalu menghimpit seingat che'GuBard seorang peserta membayar RM 25 untuk menyertai kem ini.
Pic 3 : sesi pengenalan bawah khemah 'perang' jerk. (masa awal tak berapa ramai lagi sebab pagi sabtu ramai kerja.

Pic 4 : Kol. (B) Mislan (kiri) sempat berkongsi pengalaman ketika menjadi tentera dan terlibat dalam operasi di luar negara. Beliau juga berkongsi pandangan mengenai politik dalam negara. Paklang (baju merah) kem Komandan yang memastikan disiplin kem dipatuhi sepanjang kem.
Pic 5 (kiri) : che'Gubard mengajar yang lain kena dengar heeee....
Pic 6 (kanan) : tapi che'GuBard tahu ada yang pura - pura dengar yang itu namanya Najib maybe malam sibuk bantu persiapan kem kut.



pic 7 : sesi makan kelihatan Dr. Zaliha (Pengerusi Perhubungan Johor) yang memang best dan sporting ! che'GuBard kenal Dr. Z nie kali pertama pun di tempat yang sama pada tahun 2002, masih ingat dia minim air perigi masin.
Pic 8 : heee.....inilah satu kelemahan che'GuBard ...bab makan tak leh control mesti kena makan banyak.......
pic 9 : yang makan kat tengah macam pengerusi mesyuarat tu namanya Din (Ketua Angkatan Muda JB) ramai yang mengeluh tak boleh handle Din) tapi sebenarnya Din best sempoi dan sporting cuma gila - gila remaja dia tu buat orang takleh tahan kut......

Pic 10 : Dua org yang pakai baju merah nie peserta yang datang dari Melaka (ikut Yusof). Ajk Angkatan Muda Bahagian Masjid Tanah. Hidayah (kiri) nie ler jadi bunga penyeri sepanjang kem.

Pic 11 : antara cubaan mengurat Hidayah yang berjaya che'GuBard rakamkan sendiri ...kantoi..

Pic 12 : sesi LDK kumpulan Rosli sibuk berbincang bawah pokok


Pic 13 : Ketua Kumpulan nie abg. Khalid, dia nie unik sikit suka pakai seluar kotak, tapi dia baik hati. che'GuBard balik pun dia hantar sampai stesen Bas dan tunggu sampai bas jalan malam tu.

Pic 14 : sepanjang kem kami dipantau oleh Polis Cawangan Khas. Apalah diorang nie nak mengabiskan duit negara bayar elaun kerja luar dan suruh pegawai SB buat kerja takda faedah. Sebelah itu pic antara yang memantau kami (Pajero SB)

Pic 15 : hanya ini sahaja pic yang boleh dikongsi di sini...pic semasa sesi latihan tak boleh le sebab ini latihan dalaman parti heeee......tahniah kepada semua yang berjaya menamatkan kursus ada 25 orang peserta yang daftar masuk tapi ini sahaja yang berjaya menamatkan kursus ini.

Tuesday, March 07, 2006

Lagu tiga kupang (minyak naik lagi)


Lagi Tiga Kupang (minyak naik lagi)

Lagi tiga kupang
Minyak naik lagi
Rakyat kena bohong
Konon subsidi tinggi

Bila harga minyak
Borong naik saja
Tentu rakyat hairan
Pak Lah buat apa?

Pak Lah sungguh lemah
Ekonomi tak tau jaga
Lebih baik undur
Rakyat pasti gembira.. yeah!!

Berita tiap malam
Mahu tutup pekung
Kroni BN beri ilham
Tipu orang kampung kampung..
kampung kampung kampung..
kampung kampung kampung

(ulang le mana - mana yang patut)

Ciptaan / Gubahan: Sabri Zainal Abidin - harakahdaily

Monday, March 06, 2006

Rakyat ubah cara hidup.....

salam.......................

Minyak naik lagi.....Dollah (Ketua Kampung Malaysia) kata " Rakyat perlu ubah cara hidup " Rakyat kata " Kita perlu ubah kerajaan ".......

Ketua Kampung nie suruh kita ubah cara hidup dan guna kenderaan awam.....nie aku nak habaq mai....... dua minggu berturut turut aku ada program luar KL minggu lepas di Penang dan hujung minggu sebelum itu di Sedili, Johor.....aku guna kenderaan awam ikut nasihat ketua kampung nie..............

Ya Allah Seksa nya..............ikulah esok surat terbuka aku kepada Ketua Kampung yang kita kasihi ini menceritakan betapa seksanya pengguna kenderaan awam di negara yang dicintai ini...........

Esok (8 Mac 2006) surat terbuka buat ketua kampung ku................

Jemputan bercanda di tepi tasik

AKTIVITI: BERCANDA DI TEPIAN TASIK
TARIKH: 11.3.06 [Sabtu]
MASA: 10 pagi - lewat malam
TEMPAT: Artport, Galeri Shah alam, Tasik Shah Alam.
TIKET: Donasi [sumbangan ikhlas dari anda ini akan digunakan untuk membayar kos instrument dan juga kos-kos berbayar yang lain. Jadi, donate-lah sebanyak mungkin.J.terima kasih.]
[ATURCARA]> Pameran dan jualan zines/buku-buku underground.>
Penerangan ringkas tentang acara yang dianjurkan.> Diskusi tentang zine/alternatif literatur. Panelis: ________, ______ & _______.> Persembahan musik band-band independent tempatan dan juga band jemputan khas dari Jepun.*juga akan terdapat persembahan pemusik bebas [busking] dari rakan-rakan sekitar KL sepanjang aktiviti berlangsung

lanjut layari http://www.bilik.blogspot.com/

'Undur Dolah’ bergema di Permatang Pauh


Oleh Zulkifli Mohamed

PERMATANG PAUH: “Undur, undur....undur Dolah ! Hancur, hancur....hancur kapitalis! Hidup, hidup....hidup rakyat! Minyak naik....rakyat susah! Minyak naik....polis pun susah,” antara laungan anak-anak muda ketika menyertai demontrasi aman membantah kenaikan harga minyak berhampiran Plaza Tol Kubang Semang, di sini petang semalam.Tidak cukup dengan itu, pelbagai sepanduk bertulisan Melayu, Cina dan Inggeris menghiasi demontrasi tersebut.Antaranya tertera, “Satu lagi projek BN…petrol naik, elektrik naik, inflasi naik. Kenaikan harga minyak amat membebankan rakyat. Pemimpin kaya rakyat derita. Petronas untung sampai gila - rakyat terus merana. Mana pi untung duit Petronas? Minyak naik lagi..cemerlang-gemilang-temberang, BN = Barang Naik, Don’t suck our blood with oil. Oil hike keep cronies fat. Pak Lah -you allow lawless bus operators to renew licence-how to expect public transports improvement?”Demo lebih sejam bermula 5.30 petang itu ekoran keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan disel iaitu yang tertinggi dalam sejarah negara.Pada sebelah pagi bantahan yang sama menuntut Abdullah meletakkan jawatannya diadakan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sebelah pulau.Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan, Badrul Hisham Saharin yang berucap pada perhimpunan di Permatang Pauh, berkata Abdullah sewajarnya meletakkan jawatan kerana kegagalannya mengurus tadbir dengan baik, terbaru membebankan rakyat dengan menaikkan harga minyak dan gas.Kerajaan katanya menaikkan harga bahan bakar itu ketika harga minyak dunia turun.“Padahal ketika ini harga minyak dunia lebih rendah sekitar USD61 setong, berbanding USD75 setong tahun lalu,” jelasnya.Justeru katanya harga barangan pasti melonjak naik, termasuk kadar elektrik.“Jangan salahkan peniaga yang terpaksa menaikkan harga barangan kerana kelemahan kerajaan mentadbir negara,” tegasnya.Sehubungan itu, beliau berharap rakyat menilai semula mandat besar yang diberikan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.Timbalan Pengerusi II Keadilan Pulau Pinang, Cheah Kah Peng pula mendakwa kerajaan tidak mengambilkira kesulitan rakyat khususnya peniaga kecil.“Kerugian yang dialami MAS, Proton dan seumpamanya cuba ditampung dengan menaikkan harga minyak, sekaligus rakyat menjadi mangsa,” katanya pada perhimpunan itu.
--------------------------------------------------------
PULAU PINANG, 6 Mac (Hrkh) - Dua demontrasi aman semalam yang dianjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik pembangkang mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan atau tarik balik pengumuman kenaikan harga minyak petrol, disel dan gas sebanyak 30 sen mulai 28 Februari lalu.
Perhimpunan aman sebelah pagi diadakan di hadapan Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) manakala pada sebelah petang pula di Plaza Tol Kubang Semang, Permatang Pauh.
Kedua-dua perhimpunan tersebut mendapat reaksi yang membanggakan apabila ramai pengguna jalan raya membunyikan hon tanda sokongan terhadap gesaan dan tujuan tersebut.
Bukan itu sahaja malahan mendapat bantuan penuh daripada Pasukan Polis, Special Branch (SB) dan Polis Trafik yang bertindak mengawal lalu lintas.
Antara NGO yang kelihatan ialah Save Ourselves (SOS) dan Suaram manakala pimpinan politik pula ialah DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.
Selain dari memberikan ucapan pendek pimpinan dan jentera parti menyampaikan risalah tentang statistik kenaikan minyak dan gas bermula beberapa tahun lalu.
Penyelaras Fight Fuel Hike Front, Ong Boon Keong menyifatkan kenaikan itu tidak pun menyelesaikan masalah pengangkutan khasnya di Pulau Pinang sebaliknya menambahkan lagi kesengsaraan rakyat.
Sementara itu di Plaza Tol Kubang Semang, Timbalan Ketua Penerangan PKR, Badrul Hisyam Shaharin menegaskan, Dato' Seri Abdullah tidak wibawa untuk memimpin negara kerana beliau dibayangi oleh orang lain.
Sepatutnya, beliau menggunakan kuasa yang dimiliki untuk memperbaiki kelemahan pengtadbiran bekas Perdana Menteri lepas bukan laksanakan kerakusan.
"Ramai orang tidak menyangka beliau merupakan pemimpin yang paling kuat menekan rakyat dengan kenaikan barangan keperluan seharian, minyak, toldan sebagainya, " ujar beliau kepada pemberita. Katanya lagi, untuk mentadbir negara bukan semudah menganjurkan 'My Team' yang sedang diperkasakan oleh menantunya, Khairy Jamaludin.
Mereka sanggup memunggah wang Telekom Malaysia (TM) semata-mata untuk memperkemaskan pengaruh mertuanya di samping menguatkan kedudukannya politiknya lebih lagi untuk berhadapan dengan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo yang menjadi seteru ketat Khairi ketika ini.

Friday, March 03, 2006

Kompilasi Khas : Seriuskah Abdullah perangi rasuah ?

KUALA LUMPUR, 3 Mac - Ketika ditanya mengenai rasuah baru-baru ini, Bangkok Post melaporkan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah berkata, ia perlu dibanteras.
Bagaimanapun, seolah-olah menyatakan kegagalannya, beliau menyatakan bahawa ia bukan satu tugas yang mudah kerana bukti dan fakta perlu dikemukakan sebelum seseorang itu boleh didakwa. (more…)

anak muda

Laskar Cinta
-
wahai jiwa-jiwa yang tenang..jangan sekalikali kamu..
mencoba jadi Tuhan dengan mengadili dan mengahakimi....
bahawasanya kamu memang tak punya daya dan upaya,serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yg sejati..
bukankah kita memang tercipta laki laki & wanita dan menjadi suku suku bangsa dan bangsa.. yang pasti berbedabukankah kita harus saling mengenal dan menghormati.....
bukan untuk saling bercerai berai dan berperang angkat senjata

satu bangsa ...satu arah....

aik ? Boleh pulak UMNO kerjasama dengan Komunis !

http://www.umno-online.com/

sila rujuk laman Umno - Online pada 2 Mac 2005 menyiarkan berita utama mengenai kerjasama komunis party china dengan UMNO.......

1. ingat menjelang ulangtahun merdeka yang lepas bagaikan gempa Malaysia kerana isu komunis apabila timbul isu komunis juga ada peranan dalam kemerdekaan negara. Maka juak2 UMNO nie pun termasuk para menteri khususnya Zam dan Khairy macam hilang pertimbangan mengamuk tidak tentu pasal dalam hal ini. RTM dan media milik UMNO diperkudakan secukupnya memburukkan imej komunis tetapi yang hairanya kenapa secara tiba - tiba umno bangga dapat kerjasama dengan parti komunis china ? ini buktikan umno sekarang ini hanya berpolitik berdasarkan sokongan semata - mata kerana logik dan edologi atau idealisma yang kukuh.

2. jika umno ada ideologi yang kukuh seperti yang digembar gemburkan sebelum ini seperti khairy (menantu abdullah yang anti komunis) ayat ini keluar dari mulut dia sendiri.......... sepatutnya kerjasama harus antara negara china dan kerajaan malaysia bukan antara dua parti.

3. bagi GERAK terlanjur dah jalin hubungan parti berasaskan perkauman ini seharusnya belajar bagaimana ketelusan yang diamalkan dalam china komunis party ini. rujuk http://gerakmalaysia.org/web/?p=52 bagaimana parti komunis itu mempunyai rekod mendakwa 115,000 pemimpin perbagai peringkat kerana perbagai salah laku korupsi. disember lepas menteri tanah dan sumber china di hukum kerana rasuah.

4. begitulah seriusnya china di bawah pemerintahan komunis menjalankan kempen anti rasuah bukan seperti malaysia yang menunya hanyalah tangkapan ikan bilis ...rakyat bosan dengan cerita koperal ditangkap kerana rasuah rm30 .....rakyat nantikan 18 kes profail tinggi yang dikatakan rais yatim ..................

kenyataan atas nama

Badrul Hisham Shaharin
Ketua Ko ordinator
Gerakan Demokrasi dan Anti korupsi

DEBAT KARTUN HINA NABI

Debat Umum: Kartun Hina Nabi

Penyiaran karikatur Nabi Muhammad S.A.W tahun lalu oleh surat khabar Denmark, Jyllands-Posten bukan sahaja menimbulkan kemarahan kelompok Muslim, namun memberi kesan sosial, politik dan kebudayaan termasuk persoalan dialog Timur-Barat.

Selain bantahan dalam pelbagai bentuk, media juga dikecam dan sensitiviti umat Islam terhadap kartun yang disiarkan media menjadi begitu tinggi. Di negara kita, beberapa surat khabar ditutup, sama ada yang menyiarkan imbasan kembali karikatur berkenaan mahupun material lain yang dianggap ‘menghina Nabi’.

Open Dialogue Centre (ODC) dengan rasa bertanggungjawab cuba menghubungkan beberapa pihak yang mewakili beberapa pandangan, termasuk di kalangan pemimpin politik dan NGO.

Satu debat umum akan berlangsung dengan butiran berikut:

Pendebat: 1. Mohamad Hanipa Maidin
Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS

2. Hasmi Hashim
Karyawan, Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT)

Moderator: Fathi Aris Omar
Ketua Wartawan, The Star

Tarikh: 7 Mac 2006 (Selasa)

Tempat: Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya.

Tentatif: 8:00 malam - 8:30 malam -Kehadiran dan Pendaftaran.
8:45 malam - 11:00 malam -Debat.
11:00 malam -Bersurai.

Selain nama pendebat daripada Pas dan KsJT, kami masih berusaha untuk mendapatkan seorang lagi pendebat daripada mana-mana parti politik atau NGO lain kerana sudah beberapa kali usaha berkenaan menjadi begitu sulit sekali.

Perkembangan terbaru menunjukkan isu ini mulai reda, tetapi kita harus sedar bahawa ianya telah juga memberi kesan kepada perkembangan media massa umumnya di Malaysia. Oleh itu, ODC berharap dengan debat ini bakal menjernih dan memulihkan kembali semangat kebebasan media yang diikuti oleh rasa tanggungjawab.

Sekian dimaklumkan.

Thursday, January 12, 2006

RM 10 JUTA DIBAZIRKAN UNTUK MENYEBAR PROPAGANDA DAN DAKYAH BN

8 Januari lepas di Kulim Kedah Menteri penerangan, Datuk Seri Abdul kadir Sheikh Fadzir telah melancarkan sebuah lori yang diubah menjadi pentas bergerak yang digelar pentarama.

Kementerian mengeluarkan belanja setengah juta bagi membeli sebuah lori ini. Dalam ucapannya beliau mengatakan kementerian akan memiliki 20 lagi lori seumpama itu dengan kos rm10juta menjelang September 2006.

Katanya lagi pentarama ini akan digunakan untuk kempen yang lebih berkesan menyampaikan maklumat kepada rakyat terutamanya golongan muda. Bagi menarik golongan muda Pentarama ini bakal menampilkan bakat – bakat tempatan selain artis terkenal.

Angkatan Muda kesal dengan pembaziran rm10 juta wang rakyat ini. Adakah belum cukup kementerian penerangan malay boleh dikatakan hampir semua media elektronik dan media cetak diperalatkan untuk menyampaikan dakyah dan propaganda BN ? Apa guna lori yang dijadikan pentas bergerak bukankah hampir seluruh rakyat Malaysia sudah memiliki tv dan radio atau sekurang – kurangnya boleh mendapatkan akses maklumat melalui akhbar harian yang semuanya dikuasai parti pemerintah ?

Nampaknya kenyataan pengerusi spr mengenai bagaimana Bn mencabul system demokrasi dengan mempergunakan media langsung tidak dipedulikan pemimpim BN. Malah dengan perasmian pentarama ini dilihat pemimpin BN lebih bernafsu mencabul system demokrasi negara.

Pentarama ini hanya akan menjadikan remaja yang taksub dengan hiburan dan akhirnya semua ini akan diperalatkan untuk kempen BN menjelang pilihanraya akan datang.

Badrul Hisham Shaharin
Timbalan
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Malaysia