Monday, March 25, 2013

SAMM dan gabungan Blogger Revolusi 13 mulakan gerakan haramkan Umno

Kenyataan Media
100 org pemain cyber berkumpul memulakan gerakan Haramkan Umno
26 Mac 2013

SAMM & GABUNGAN BLOGGER REVOLUSI 13 MULAKAN GERAKAN HARAMKAN UMNO

Pada 24 Mac 2013 di Kuala Lumpur, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Gabungan Blogger Revolusi 13 telah mengadakan taklimat bersama hampir 100 orang pemain cyber (blogger/facebookers) pro perubahan. Pertemuan ini ialah siri awal ke arah memulakan gerakan yang dikenali sebagai 'Haramkan Umno'.

Umno sebuah organisasi politik yang ditubuhkan pada 946 telah diharamkan pada 4 Febuari 1988 melalui satu keputusan tinggi. Ini kerana pertembungan perebutan jawatan Presiden antara Dr.Mahathir dan Tengku Razaleigh telah dimenangi oleh Dr.Mahathir dengan taktik jahat antaranya ialah membawa perwakilan haram. Kes ini dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan Umno diharamkan. Kemudian Razaleigh telah cuba merayu keputusan pengharaman Umno tetapi sebaliknya Dr.Mahathir telah menggunakan kuasanya dengan memecat Tun Salleh Abbas (Ketua Hakim Negara pada ketika itu) dan menggagalkan persidangan rayuan pengharaman Umno. Rupanya apabila Umno asal (1946) diharamkan, Dr.Mahathir meraih keuntungan dengan menubuhkan Umno Baru dan terus memperkukuhkan cengkaman kuasanya.

Setelah mendapat hak penubuhan Umno baru beliau meminda akta pertubuhan 1966. Semenjak itu Umno amat besar kepala mereka memikirkan undang - undang negara sudah berada di bawah tapak kaki mereka. Semua perundangan termasuk akta pertubuhan diambil sambil lewa. Setelah Umno asal diharamkan maka semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan terbatal. Kemudian Umno baru ditubuhkan maka seharusnya semua proses penajaan dan penubuhan harus dibuat semula dari awal, namun merasakan mereka amat berkuasa maka banyak peringkat Umno telah tidak bertindak dalam mendaftarkan organisasi Umno peringkat tertentu semula. Kemudian keadaan bertambah parah ada juga berikutnya banyak cawangan Umno yang tidak menghantar dokumen tahunan seperti dikehendaki akta pertubuhan 1966.

Natijahnya tanpa sedar ribuan cawangan Umno merupakan cawangan haram. Umno menggunakan sistem perwakilan maka cawangan haram menghantar perwakilan ke bahagian secara automatik bahagian menjadi haram. Bahagian menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno secara automatik Umno itu sendiri haram.

Pada tahun 2008 dalam Umno bahagian Tanah Merah telah berlaku pergolakan perebutan jawatan, ada yang mahu bertanding jawatan utama ketika itu didapati tidak membayar yuran dan terdiri ahli dari cawangan haram. Maka kes mahkamah dibawa dan melalui proses mahkamah dibuktikan 126 cawangan Umno di Tanah Merah ialah cawangan yang tidak berdaftar dan cawangan dibatalkan pendaftaran iaitu cawangan haram. Ini diakui oleh Setiausaha Agung Umno sendiri dan Pendaftar pertubuhan cuma kes di mahkamah dibuang kerana pengadu yang membawa kes ke mahkamah telah dipecat melalui surat pemecatan yang dikatakan telah di back dated kan dan pengadu telah hilang status sah sebagai ahli (hilang local standi) untuk membawa kes ke mahkamah. 

Umno Tanah Merah terus bermesyuarat dengan dengan perwakilan cawangan haram dan perwakilan dari mesyuarat haram Tanah Merah telah menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno pada tahun itu yang seharusnya turut memberikan implikasi pengharaman PAU tersebut. 

Dari maklumat dalaman tiada cawangan Umno berdaftar di Jeli, Bachok dan Tumpat. Hanya sebilangan kecil cawangan Umno berdaftar di Kota Bharu. Carian dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan adalah haram. (sumber SIASAH 2010)

Carian juga telah dibuat di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Shah Alam, Pulau Pinang dan Alor Setar ke atas ratusan cawangan Umno namun Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan fail gagal dicari dan berada di Putrajaya. Persoalanya mengapa di Putrajaya ? 

Berdasarkan Seksyen 10 Akta Pertubuhan 1966 menyatakan semua warga Malaysia diberi hak untuk memeriksa dokumen pendaftaran mana - mana organisasi berdaftardi Malaysia kecuali beberapa dokumen sulit seperti laporan kewangan. Malangnya carian di Putrajaya juga gagal mendapatkan maklumat yang dibenarkan berdasarkan akta pendaftar pertubuhan 1966 malah diwujudkan borang Pertubuhan 27 untuk membolehkan carian sepertinya dilakukan.

Diyakini seluruh negara 3/4 dari cawangan Umno adalah terdiri dari cawangan haram, malah ada bahagian Umno juga yang terdiri dari bahagian tidak sah pendaftaranya.

Jadi kini tidak pelik bagaimana negara boleh berdepan dengan 1001 masalah dan krisi,  ini kerana negara ditadbir oleh sebuah organisasi politik haram. 

Maka SAMM dan gabungan Blogger Revolusi 13 mengajak seluruh rakyat pro perubahan untuk bersama dalam gerakan 'Haramkan Umno'. 

Peranan semua 

  1. menyampaikan penerangan  'kenapa Umno organisasi haram?'  ke seluruh pelusuk negara.

  2. menggerakkan desakan carian status cawangan Umno di peringkat masing - masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian cawangan Umno tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan hantar ke email haramkanumno@gmail.com 

  3. Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit, maklumat berkaitan pendaftaran Umno yang tidak sah ke email haramkanumno@gmail.com
Maklumat berkenaan gerakan ini boleh diperolehi di www.anakmudamalaysia.com dan beberapa laman FB dan blog sekutu. 

Gerakan ini juga akan memfailkan satu petisyen mahkamah berkenaan perkara ini dalam masa terdekat. Ini satu gerakan serius selain dari usaha menggunakan seluruh ruang teknikal perundangan, gerakan ini juga akan  menjadikan PRU ini sebagai satu proses referendum rakyat untuk menolak organisasi haram sebagai pemerintah negara.

Mohon kerjasama semua pemain cyber dan editor media rasmi agar sama membantu hebahan dan dalam masa terdekat akan diadakan satu pelancaran terbuka 'Gerakan Haramkan Umno' di ibukota.

Sekian.

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan






10 comments:

  1. Anonymous11:06 PM

    buatlah gerakan apa namapon.

    umno haram, sikitpon tak jadi kudis kalau akidah islam yang kita junjung tidak diabaikan.

    lagi banyak perkara haram dalam islam (YANG ORANG ISLAM AMALKAN) itu yang sangat penting diperangi bukan nama pertubuhan umno.

    betul lah melayu mudah lupa: bodoh sombong, pandai tak guna diikut, bodoh tak bolih diajar.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous2:34 AM

      Akidah islam apabenda kalau PM Malaysia sendiri tolak hukum hudud.. Bukankah hukum hudud tu hukum dari ALLAH s.w.t.. sebab melayu mudah lupa lah asyik kene tipu dengan umno je, sebab bodoh sombong lah melayu terus diperbodohkan oleh umno,sebab ALLAH S.W.T bagi akal dan kepandaian lah kene BIJAK buat pilihan, yang bodoh tak boleh diajar bukannya kami tapi korang penyokong UMNO dan BN.. puiii !

      Delete
    2. Anonymous7:34 AM

      Wahai anon 11.06, inilah proses memerangi semua gerombolan yg ingkar mengamalkan ajaran islam sejati..penipu,perompak,samseng,maksiat,judi,rasuah dan segala macam kemungkaran. Termasuklah hangpa yg bodoh sombong ni.
      Lain kali kalau x tau, tanya....ubat kudis tu untuk disapu. Hang pi makan buat apa. Inilah jadinya, melantun lantun bangang......

      Delete
  2. Anonymous3:34 AM

    X jd kudis bg ko tp jd nanah bg org lain yg sygkn agama,bangsa dan negara,ruang mana yg boleh diguna pakai utk memerangi perkara haram dibawah pentadbiran kerajaan haram? tv1/tv2/tv3? utusan? elok jugak melayu mudah lupe dr teringat terus muke pemimpin bn yg kuar tv sepanjang ms!!

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:23 AM

    SAMM kena teliti satu perkara yg nampaknya berjuang bermati-matian, hasilnya org lain dapat. Kenapa di Johor org C.... ramai dipilih oleh DSAI utk jadi Ahli Parlimen dan DUN? Sepatutnya berilah kerusi2 ini kpd anak Melayu Johor. Contohnya di Gelang Patah, di Bdr JB, di Setulang, di Bakri. Di JB, Datuk Shahril Samad ,abang Khalid Samad dari BN bertanding dgn nyonya yg kami tak kenal. Nyonya PKR. DAP + PKR Cina yg ramai dlm parlimen dan DUN. Tolong beri penekanan dlm hal ini, jangan pula org lain mengambil kesempatan menangguk di air yg keruh. Matlamat kita hendak jatuhkan Melayu korup digantikan dgn melayu jujur dan amanah, bukan org lain yg ambil kesempatan. Begitu juga kuota Melayu dijaga dlm semua hal.Jika tidak Melayu akan jadi bangsa yg merempat di negara sendiri.Apa2 dasar mesti jaga kepentingan Melayu lebih dari yg lain. Demi masa depan anak bangsa kita yg serba ketinggalan.Harap maklum.

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:43 AM

    SAMM tolong bangkitkan hal undang2 tanah dan hartanah org2 melayu supaya status rezab melayu tidak boleh dipinda dgn cara apa sekalipun, terutama utk pembangunan yg akhirnya berpindah milik kpd bangsa lain. Tanah rizab melayu /harta milikan Melayu tidak boleh dijual kpd bangsa lain /digadai dsbnya.Peguam2 yg dilantik oleh pembeli membuat pindah milik kpd bangsa lain. Sebab itu perlu ada undang2 yg tegas utk mencegah hal ini berlaku. Pemindahan milikan ini akan menyebabkan anak bangsa kita merempat di masa akan datang. Batalkan lot2 antara bangsa melaui undang2 perumahan dan tanah. Di Johor Bahru, warga Singapura membeli lot2 antara bangsa .Rumah2 berharga 540,000-1juta ke atas tidak mampu dibeli oleh org melayu. Yg mampu beli adalah warga Spura. Ini sungguh merugikan bangsa kita.Harap maklum.

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:18 AM

    Satu hal lagi,tentang rombakan projek mega dpd kroni yg nak dibuat jika PR menang. Kpd siapa pula hendak diberikan? Dulu syarikat gula dpd Robert Kuok kpd Syed Mokhtar. Jangan pula nanti yg dapat apek kaya. Lebih elok jika diambil aleh oleh Agensi kerajaan negeri / negara atau milik persatuan / pertubuhan seperti Pahlawan, anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal, org kurang upaya dan cacat. Tak secara langsung golongan ini yg berjumlah 40% ,dapat dibela nasib mereka dan tidak terpinggir melalui projek perniagaan. Pemantauan projek mega dibawah parlimen supaya tidak ada penyelewengan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak bagus balas membalas dendam, tidak bagus ada perniagaan monopoli, olih sebab kedua dua itu, maka saya cadang memberi tampak lesen impot beras,gula dan sebagainya kapada dua atau tiga syarikat lain lagi. Terima kaseh.

      Delete
  6. Waaaah par blogger niiih.
    nitip link ya,...?
    www.berhati.com (bersihkan Rumah Ibadah bersihkan hati)
    media partner of : www.108csr.com & www.108jakarta.com

    ReplyDelete
  7. Anonymous7:57 AM

    Berita gempar sudah jadi kenyataan. Google tajuk ini i.5 unit pesawat untuk angkut Sabahan mengundi sedang siap ii. Tu dia pengundi asing tiba di KLIA berselindung sebagai pekerja kilang. iii. GEMPAR! 47,000 warga pakistan tulin jadi ahli UMNO iv. 40,000 -warga-asing. misi tawan selangor. Perlu buang semua nama pengundi import dari ic projek Sabah. Jika tidak Pakatan rakyat akan kalah disebabkan pengundi hantu ini.

    ReplyDelete