Kenyataan Terbuka
21 Disember 2011
SAMM pertahankan tindakan Adam Adli dan kesian dengan Pemuda Umno yang tertipu alat propaganda sendiri
Solidariti Anak Muda Malaysia dengan ini menyatakan secara terbuka mempertahankan tindakan Adam Adli, 22 tahun siswa UPSI yang bertindak meminjam tiang bendera di PWTC untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa. SAMM juga menyatakan solidariti bersama SMM memperjuangkan kebebasan akedemik.
Pertama yang perlu dilihat ialah isu kebebasan akedemik itu, tunjuk rasa mahasiswa pada 17 Disember lepas ialah untuk menuntut kebebasan akedemik di dalam negara ini. Jika regim Umno tidak campur tangan dan wujud kebebasan akedemik maka tunjuk rasa tersebut pasti tidak berlaku. Kehadiran kumpulan lebih 400 siswa di PWTC (Bangunan Umno) selepas mereka menghantar memorandum di SUHAKAM ialah selepas pimpinan Umno, Dato' Saifuddin Abdullah setuju menerima rombongan mereka untuk menghantar memorandum, malah beliau turut sudi berucap dalam himpunan tersebut memberikan jaminan bagi pihak Umno.
Semasa himpunan belansung, beberapa siswa telah bertindak meminjam tiang bendera di PWTC untuk menaikkan bendera gerakan mahasiswa. Namun tindakan ini telah difitnah oleh Utusan Malaysia dengan menambahkan perkataan pijak , koyak dan seumpamanya. Ini merupakan amalan biasa bagi alat propaganda Umno ini untuk menimbulkan kemarahan orang ramai. Namun malangnya pemuda Umno sendiri yang telah termakan penipuan alat propaganda mereka sendiri dengan mengeluarkan amaran tidak bertamadun.
Ketahuilah tiang bendera itu hanya dipinjam hanya 5 - 10 minit sahaja dan kemudian kumpulan mahasiswa yang sama menaikkan semula bendera asal seperti sediakala. Cuma dalam 6 tiang bendera kenapa mahasiswa menurunkan bendera Najib Razak itu kena difikirkan ia mungkin saja manifestasi anak muda yang sudah muak dengan Najib itu sendiri.
SAMM mengecam tindakan pemuda Umno yang menggunakan gangster sehingga membawa ugutan ke rumah ibubapa Adam di Pulau Pinang. Adam diugut dalam media baru termasuk sms, panggilan telefon. Setelah berjumpa Adam saya nasihatkan Adam membuat laporan polis. Pada 19 Disember lepas saya hadir untuk menyokong Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan dan berbincang dengan polis. Kami diterima baik oleh Tuan Foo dari Bukit Aman. Selepas selesai Adam terus memberikan kenyataan ringkas di depan wartawan yang sedang menunggu di luar. Sejak dari turun kereta hingga masuk ke kawasan Bukit Aman hingga keluar semula kami diekori oleh sekumpulan lelaki yang saya kenali antaranya anggota polis ada beberapa orang memakai topi berjenama senjata api. Ketika Adam selesai memberikan kenyataan seorang lelaki yang bertopi berjenama senjata api yang bersama dengan kumpulan polis terbabit terus menyerang Adam. Namun cubaan mencederakan Adam berjaya dielakkan apabila beberapa teman bertindak menolak lelaki tersebut. Malangnya polis yang ramai hanya melihat. Suspek cukup dikenali kerana polis turut memanggil namanya sebagai 'lan'. Bukan sengaja meletakkan curiga kepada polis dengan kejadian ini tetapi sehingga hari ini laporan polis ugutan terhadap Adam turut tidak dilayan. Semalam seharian Adam terpaksa 'berulang hubung' antara IPD Dang Wangi dan IPD Tanjung Malim kerana tidak ada pegawai penyiasat untuk laporan polis beliau. Maka sehingga jam 8 malam Adam keluar dari Balai HS Lee tanpa ada pegawai penyiasat sedia mengambil kesnya.
Tidak cukup dengan ugutan gangster, Umno turut membuat demonstrasi di depan Upsi (maknanya umno juga sudah mengiktiraf aksi jalanraya)untuk mendesak Adam dibuang pengajian. Begitulah Umno yang terperangkap dengan pemikiran politik lama berdepan dengan kebangkitan anak muda khususnya mahasiswa.
Tiba - tiba dalam kes Adam ini Umno merujuk budi bahasa dan seumpamanya, tetapi bagaimana pula dengan tindakan proksi Umno menghantar kek tahi kepada ketua menteri dan kakitangan awam atau tindakan pemuda kencing digambar Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz.
Gambar atas ialah tindakan kurang ajar pemuda yang digunakan dengan bangga di blog - blog umno gambarnya. manakala dua gambar berikut ialah tindakan (ahli) Umno menghantar kek tahi ke ketua menteri Pulau Pinang, kemudian dia memotong kek tersebut dan sajikan kepada kakitangan awam. Kecewa kek tahinya tidak ada yang ambil akhirnya dia sendiri makan kek tersebut. Tindakan hina ini bukan kali pertama sebelum ini proksi Umno pernah hantar pakaian dalam juga kepada kakitangan awam di KOMTAR, Pulau Pinang. Namun Umno, utusan dan lain - lain tidak melihat ini sebagai menghina malah ia dianggap tindakan beradap dan hero.
beberapa tahun lepas SAMM pernah muncul didepan Pejabat Perdana Menteri untuk secara 'terhormat' menghantar kek 'elok' sempena hari ulangtahun kelahiran Altantuya bagi mengingatkan mengenai kejadian kejam pembunuhan yang berkaitan dengan penyelewengan pembelian alat pertahanan negara. Namun polis telah bertindak kasar dan menangkap serta menahan kami dalam lokap. Salahkah jika dikatakan tindakan dan istilah mengancam keselamatan itu terpilih berdasar faham parti politik ?
Polis diminta bersikap profesional. Jika Adam Adli salah sila dakwa dia berdasar undang - undang tak kisah lah jika ada akta menurun bendera dakwanya. Sebagai anak muda seharusnya ketika dia melakukan perkara tersebut dia juga harus sedia berdepan risikonya.
Kepada rakyat lihatlah cara tidak bertamadun Umno berdepan dengan tuntutan rakyat. Jika apa-apa berlaku kepada Adam maka Najib presiden Umno yang membiarkan budaya ugutan dan gansterisma dalam umno ini terus dilindungi harus bertanggungjawab. Khairy Jamaluddin selaku ketua pemuda Umno menyatakan pendirian sama ada dia bersetuju cara pemuda Umno membuat ugutan termasuk membuat rakaman video ugutan atas nama pemuda Umno.
Kepada anak muda terus bangkit, jangan takut. Ketika hujung usia regim di Mesir dan dibanyak negara , gerakan rakyat bukan sahaja berdepan dengan tindakan polis/tentera melindungi regim tetapi berdepan dengan gangster upahan yang takut pelindung mereka hilang kuasa.
Bersatulah semua gerakan rakyat untuk menumbangkan regim. Ayuh sama kita kibarkan bendera kebersamaan dalam perjuangan dengan mengenepikan perbezaan.
Bersekutu mendesak perubahan, Asalkan Bukan Umno.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia.
fb die..
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/profile.php?id=100002024750645
ni plak blog die...
http://azmykelanajaya.blogspot.com/
chegubad, datang la ganu, kami mahasiswa sini perlukan anda, kekekeke.
ReplyDeleteapasal satu orang jer komen.... nampak sangak ko memang tak guna chegubard... anak haram.... menyesal pak mak hang beromen dulu.... patut, pak hang pancut atas tetek jer.. keluar sampah macam ko dan pkr tu...
ReplyDeletePAS 4 ALL.... PKR liabiliti PAKATAN RAKYAT!!!!!!!!!
dasar melayu bodoh..ko ni pemecah belah org melayu..sama mcm nuar ko tu...ko tanggung azab Allah..ko & partilah yg menyebabkan [erpaduan melayu mkn teruk & Islam dipijak2...tunggu pembalasan karma..Allah akan uji ko..ingat tu!!!
ReplyDeleteBekas PAS
Pahang
skang ni sume salah umno... itik mati kena langgar basikal pun salah umno... tong sampah penuh kat pejabat pkr shah alam pun salah umno.. haih...
ReplyDeleteah malay goblok bin idiot
ReplyDeleteHa3, ramai macai UMPORNO dalam blog anda chegu bard... bersabarlah.. mereka bukan setakat buta tapi bengap sangat.. pemimpin negara merompak harta kekayaan tak dipandang langsung oleh kaki pencacai macam depa niii!! tapi hang chegu bard diserang habis2an.. bangang tak berfikir.. negara semakin muflis dengan kerakusan pemimpin UMPORNO.. depa masih dok merapu menyerang pihak yang tak sepatutnya.
ReplyDeletemahasiswa per tahan hak rakyat? Anwar Ibrahim cuba mengusut masai kan agenda perjuangan mahasiswa. mengapa tidak bebankan mereka selepas sahaja mereka bergepar graduan. apa yang gelojoh sangat sampai perlu mereka berpolitik sedangkan masih dalam misi mengejar ilmu dan pernah kah ada bukti bukti sahih graduan graduan yg sudah berkerjaya di halang berpolitik?
ReplyDeletememang semua salah umno, sebab dah 54 tahun umno diberi peluang utk memerintah negara ni, bukan makin baik, malah makin hancur. kalau nak senaraikan memang panjang. satu contoh dah cukup, sapa bawak lari duit 1 trillion ke luar negara selama dua dekad ni? sila jawab.
ReplyDeleteaku pon bekas PAS yang kecewa dgn pas
ReplyDeletesbb terlalu tunduk dengan DAP !!
kan elok negara ISLAM !
ni tak !! negara berkebajikan pulak !!
ishh tujuan asal larik !!
haah, dia dah buat prinsip parti aper2 masalah "INI UMNO PUNYA SALAH"... dah macam ni jer standard dorang!
ReplyDeletesila jaga percakapan anda.. ni blog untuk org ilmiah dan boleh berfikir sahaja.. kalo setakat nk maki2.. pegi tempat lain... baca dan nilai.. bukan hentam..
ReplyDelete