Saturday, August 18, 2018

Ujian litmus pertama 'Imam Jalanraya"

Catatan Umum

19 Ogos 2018


1. Sebaik sahaja PH menang PRU ke 14 lalu ramai mula jaga periuk masing masing takut untuk dekat dengan che'GuBard. Biasalah bila ber 'boss'  Mahathir anda bukan sahaja tidak boleh melawan malah tidak boleh langsung dilihat dekat dengan orang yang berani melawan walaupun atas apa alasan.

2. Namun berbeza dengan watak Haji Muhammad Sabu atau lebih dikenali abang Mad. Sekali sahaja ucapan tahniah sebaik dinamakan Menteri Pertahanan melalui aplikasi whats app dibalas dengan bertanya khabar dan pelawaan sarapan pagi di Restoran Nasi Kandar. Sampailah berjumpa sarapan bersama nampaknya Abang Mad walaupun menjadi menteri dia tetap Abang Mad yang sama. Pesan dia masih ku ingat, saya tetap sayang cikgu. Cikgu teruslah jadi pemantau yang menegur siapa sahaja termasuk lah saya, katanya.

3. Beberapa minggu lepas telah heboh diperkatakan mengenai kewujudan kes seorang individu yang saya juga kenal dan anggap abang yang dilantik menjadi setiausaha politik abang Mad. Individu tersebut telah diputuskan oleh mahkamah pada 2013 dan pada awal 2014 telah disah senaraikan muflis oleh Jabatan Insovensi . Di bawah dikepilkan nota carian Jabatan Insovensi


4. Namun yang mengundang persoalan ialah secara tiba tiba selepas Abang Mad dinamakan sebagai Menteri Pertahanan dan individu tersebut dimaklumkan sebagai Setiausaha kanan maka secara tiba tiba sejumlah wang lebih RM823 ribu telah dibayar secara tunai dirakam dalam fail Jabatan Insolvensi bagi menggugurkan status muflis individu terbabit. Jadual seperti dibawah.


5. Selepas perkara ini terdedah dan ada pihak membuat laporan SPRM. Maka perbagai alasan cuba diberikan antaranya ialah duit itu pinjaman dari kawan - kawan dan ada juga alasan duit itu sumbangan derma beberapa pihak. Secara moralnya kes ini 100 % telah salah kerana sejak tahun 2013 hutang tidak mampu dibayar namun secara selepas dinamakan sebagai Setiausaha Kanan Menteri Pertahanan tiba - tiba muncul pula orang nak bagi pinjam. Lebih RM823 ribu dipinjamkan , selaku penjawat awam berapa gaji akan diperolehi dan penjawat awam biasanya tidak boleh terlibat perniagaan besar lebih lagi berjawatan penting seperti Setiausaha Kanan Menteri bagi mengelakkan pertembungan kepentingan. Maka berapa tahun pinjaman itu boleh dibayar dan berapa pula kadar faedah dikenakan. Apa kepentingan peminjam juga menjadi persoalan ?

Jika alasan sumbangan ia sudah dua kali salah. Persoalan kenapa tiba - tiba wujud penderma selepas dinamakan setiausaha kanan menteri ?

Kita ingat lagi bagaimana nak cari derma untuk Abang Mad selepas dihukum oleh Mahkamah sebelum PRU 14 juga sangat susah, begitu juga tokoh penting AMANAH seperti Mazlan Aliman sendiri terpaksa 'merintih' bagi denda mahkamah yang dikenalan ke atasnya itupun jumlahnya hanya sekitar RM300 ribu sahaja.

6. Paling mengundang kelucuan ialah apabila muncul beberapa watak yang mempersoalkan pendedahan mengenai perkara ini. Contohnya Chin Tong, Ahli Parlimen DAP yang juga Timbalan Menteri Pertahanan yang kononya mengecam tindakan pendedahan kerana katanya tindakan pendedahan itu salah dan mengganggu siasatan SPRM serta mengheret kepada penghakiman media. Nampaknya cepat sungguh beberapa watak dalam kerajaan Malaysia Baru menjadi watak dalam Regim Lama yang digulingkan.

Sewajarnya pendedahan seperti ini wajar diraikan dan mereka harus menjawab secara terbuka. Tak kan lah keupayaan pertahanan negara berapa pesawat boleh terbang, berapa tak boleh terbang boleh didedah kepada umum termasuk negara asing tetapi isu pembayaran pelik 'bail out' muflis setiausaha menteri menjadi begitu rahsia.


7. Ini juga bakal menjadi ujian pertama SPRM, adakah mereka akan bertindak atau akur arahan senyapkan kes ini atau lebih teruk lagi menjadi 'clorox' membersihkan seperti yang dilakukan sebelum ini. 

Selain itu selepas tempoh 100 hari ini saya secara peribadi selaku rakyat Malaysia punya koleksi fail korupsi, kali ini saya akan dedahkan butiran kepada umum dan kemudian saya akan serahkan kepada SPRM satu demi satu untuk melihat sejauh mana SPRM dalam Malaysia Baru ini berbeza.

Kepada Abang Mad, simpati dan sangat berharap lulus ujian litmus pertama ini. Bertindaklah sebelum dokumen duit datang dari mana terbongkar pula.


catatan oleh che'GuBard, warganegara Malaysia

Tuesday, July 17, 2018

Malaysia semakin jauh dari negara hukum.

Catatan Umum

17 Jun 2017


Kemenangan rakyat menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU ke 14 yang lalu seharusnya meletakkan negara makin 'ke dalam' landasan betul dengan mengangkat kedaulatan undang - undang dan perlembagaan sebagai teras pegangan. Namun beberapa perkembangan mutaakhir ini sangat membimbangkan dan lebih malang lagi dengan pembangkang yang lemah dan kebanyakan 'gerakan' serta individu yang kononya bergerak atas nama pro progresif pula seolah masih 'mabuk padang' kemenangan.

Kegusaran pertama ialah sebaik sahaja kekalahan Barisan Nasional , Mahathir mengumumkan kewujudan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Daim yang kemudian mengumumkan kewujudan beberapa jawatankuasa kecil. Jawatankuasa ini pula kemudian bertindak diluar batas seolah negara ini diperintah oleh jawatankuasa ini. Kabinet belum dibentuk malah jauh lagi bermesyuarat, Menteri belum angkat sumpah, parlimen juga belum bersidang namun jawatankuasa ini telah begitu berkuasa memanggil semua agensi termasuk agensi pelaksana, agensi perundangan (penguatkuasaan) malah lebih biadap turut memanggil mereka di dalam agensi kehakiman. Malaysia seolah dikendalikan dari Menara Ilham dengan persetujuan Pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana bukan lagi Putrajaya.

Pertamanya wajib diingat bahawa jawatankuasa ini adalah "unconstitutional" ia diwujudkan tanpa keabsahan undang undang. Mereka juga tidak terikat mana mana kontrak jauh sekali ada sumpah taat setia pada negara. Maka mereka ialah jawatankuasa haram. Bukan sahaja agensi pelaksana, pengaatkuasa, keadilan kelihatan bebas dipanggik melapor kepada jawatankuasa haram ini malah kabinet sendiri seolah terletak dibawah jawatankuasa ini.

Tidak pernah dalam sejarah dalam mana - mana negara komenwel mana - mana anggota atau kabinet itu sendiri memanggil ketua hakim 'mengarahkan' letak jawatan. Namun di Malaysia telah tercatat sejarah paling hitam dalam semua negara komenwel apabila sebuah jawatankuasa haram memanggil Ketua Hakim Negara 'arah' letak jawatan dan kemudian memberikan kenyataan terbuka menghina dan mendesak perletakan jawatan.

Atas desakan jawatankuasa haram yang diketuai oleh manusia paling korup di Malaysia iaitu Daim maka akhirnya Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah meletakkan jawatan dengan mempersembahkan surat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong memaklumkan perletakkan jawatan bermula 31 Julai 2018.

Tidak cukup dengan itu sekali lagi negara ini mencipta sejarah hitam sebagai negara tidak berpelembagaan dengan mengadakan Majlis Angkat Sumpah Ketua Hakim Negara Baru pada 11 Julai 2018. Majlis yang diadakan secara tergesa - gesa atas desakan tangan ghaib itu diadakan malam hari di Istana Negara. Sekali lagi Malaysia mencatat sejarah hitam dunia dengan kali pertama dalam sejarah negara yang punya dua Ketua Hakim. Persoalanya kenapa perlu tergesa gesa angkat sumpah ketua hakim baru di malam hari dalam keadaan ketua hakim masih duduk dikerusi itu sehingga 31 Julai.

Prinsip pemisahan kuasa antara kuasa eksekutif, perundangan & kehakiman hancur tanpa kita sedar, dan ia bakal menjadi tanda aras baru yang bakal menjadikan negara Malaysia ini jauh dari menjadi negara hukum yang menjamin keadilan dan hak.

Itu belum lagi menyebut dalam perihak bagaimana lantikan Peguam Negara yang baru yang bukan sahaja PH menipu pengundi dengan melanggar janji manifesto mereka malah mereka juga melangar norma perjalanan negara hukum demi memenuhi nafsu lantikan mereka. Pada janji ke-15 manifesto PH - di bawah tajuk Memisahkan Pejabat Pendakwa Raya Negara Daripada Pejabat Peguam Negara, HARAPAN menyatakan:

Peguam negara akan dilantik daripada kalangan anggota parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan.
Jawatan Pendakwa Raya pula akan dipegang oleh individu lain yang bebas dan bertindak tanpa mengira kepentingan politik kepartian.
Beliau akan mengetuai Pejabat Pendakwa Raya Negara yang mempunyai autonomi dalam melaksanakan kuasa-kuasa pendakwaan, iaitu sama seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain yang demokrasinya lebih matang.
Selepas melanggar manifesto dalam perihal meletakkan lantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dibawah parlimen kini adakah PH sekali lagi melanggar janji manifestonya pula dalam bab pemisahan kuasa Pendakwaraya dan Peguam Negara.

Atau dalam senarai ahli parlimen yaang menang bertanding tidak ada yang layak dilantik sebagai Peguam Negara seterusnya menjadi Menteri yang berperanan sebagai penasihat undang - undang bagi kerajaan sehingga terpaksa berdepan dengan polimik hanya untuk melantik Tommy Thomas selaku Peguam Negara yang akan menjadi Menteri yang menjadi penasihat undang - undang dalam kerajaan.

Dalam bab ini Peguam Negara masih dilantik oleh Perdana Menteri dan tidak bebas masih sama dan tidak ada bezanya dengan sebelum ini malah lebih parah Peguam Negara yang Mahathir lantik ini bakal menjadi Menteri (anggota kabinet) pula jika berdasarkan janji manifesto mereka.

perlantikan speaker DEWAN RAKYAT juga melanggar janji manifesto PH

Keadaan semakin celaru semalam mengenai perlantikan Speaker Dewan Rakyat. Sebelum itu saya mengajak semua mengimbau peristiwa  20 Disember 1999, Perdana Menteri (Mahathir) ketika itu telah mencadangkan perlantikan Mohamed Zahir Ismail sebagai Speaker Dewan Rakyat. Pencalonan ini disokong oleh Presiden MCA, Lim Liong Sik.

Perlantikan ini telah dibantah oleh ahli ahli parlimen Barisan Alternatif ketika itu kerana dikatakan telah dicalonkan tidak mengikut peraturan Dewan (termasuk isu notis 14 hari). Antara yang mengambil tempat dalam perbahasan tersebut adalah Mohammad Sabu, Mahfuz Omar, Teresa Kok, Chong Eng, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr Tan Seng Giaw,  Kerk Kim Hock, Fong Po Kuan dan Tan Kok Wai.

Selepas bantahan tersebut tidak diterima, Dr Tan Seng Giaw telah mengisytiharkan keluar dewan dengan berkata, "Ada bantahan... Satu walk-out". Semua ahli parlimen Barisan Alternatif telah keluar dewan pada ketika itu sambil disorak oleh beberapa ahli parlimen BN, "Oi balik balik berambus get lost" dan "tidak angkat sumpah tidak boleh masuk ooo".

Ahli-ahli Parlimen BA kemudiannya telah masuk semula ke dalam Dewan bagi upacara angkat sumpah. Termasuk Allahyarham Us Fadzil Noor, Dr Wan Azizah, Dr Tan Seng Giaw dan Husam Musa.

Kali ini ia berlaku sekali lagi dibawah Perdana Menteri yang sama. Peraturan Mesyuarat  Dewan Rakyat no 4 jelas menyebut:
"Aturan memilih Tuan Yang di-Pertua hendaklah seperti yang tersebut di bawah ini:
(1) Tiap-tiap ahli yang hendak mencadangkan nama seorang ahli Dewan itu atau seorang yang layak dipilih menjadi ahli Dewan itu yang hendak dipilih jadi Tuan Yang di-Pertua, hendaklah mempastikan terlebih dahulu iaitu ahli itu suka berkhidmat jika ia dipilih, dan juga hendaklah memberitahu kepada Setiausaha dengan bersurat sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum mesyuarat"

Tarikh tutup penamaan calon Speaker ialah pada Isnin, 02 Julai 2018 iaitu 14 hari sebelum 16 Julai 2018 tarikh permulaan sidang.

Umum mengetahui, Mohamad Ariff Md Yusof hanya disahkan pencalonannya sebagai Speaker oleh Kerajaan pada semalam, 15 Julai 2018. Sebelum pada itu PH mencadangkan nama Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul sebagai calon kemudian ditukar sebab bantahan dalaman dan Johari tarik diri hanya dimaklumkan minggu lepas.

Jadi, bagaimana SU Dewan Rakyat boleh berkata dia telah menerima surat pencalonan bertarikh 02 Julai 2018 ? Tidak perlu menulis panjang kerana saya bekas orang yang duduk dalam kelambu PKR dan sehingga kini ramai teman rapat dalam sana. Cuma kepada mereka yang bersungguh membela kejadian 'back dated' notis menamakan speaker janganlah terlalu hipokrit dan jujurlah paling tidak dengan diri sendiri dan rekod susah payah berjuang. Adakah perjuangan yang panjang hanya untuk merebut tempat dan mengulang semula kepincangan negara dalam keadaan lebih parah.

Macai sentiasa ada di mana - mana cuba bertukar watak. Ketika tahun 1999 dan banyak siri selepas itu ketika pembangkang keluar dewan sebagai bantahan maka macai Bn akan mengecam perbagai termasuk memanggil yang keluar dewan itu sebagai beruk dan anjing kerana kononya tidak menghormati dewan. Begitu juga kini bila pembangkang (yang sebahagian besar darinya dahulu kerajaan keluar dewan) maka macai kerajaan akan membuat kecaman termasuk memanggil mereka beruk dan anjing. Ini bukti jelas sejarah itu berulang ulang dan terpulang pada kita untuk menjadikanya pengajaran, cuma setakat ini terbukti yang berubah hanya watak namun roh perubahan reformasi itu terlalu jauh.

Contoh satu lagi jika dulu ketika PAS tidak keluar dewan kerana membantah maka penyokong PH memanggil mereka pasu bunga, namun ketika hari ini ahli parlimen seperti Rembau tidak keluar dewan tidak pula dipanggil pasu bunga sebaliknya dipanggil hero dan hebat.

Untuk makluman semua saya dan beberapa teman - teman baru dan lama dari perbagai fraksi sedang berbincang untuk membuat beberapa tindakan. Antara tindakan dibincangkan untuk membawa perlanggaran hukum serius dalam negara ke perhatian dunia termasuk bertemu Queen Council bagi meneliti perkembangan terbaru ini. Kepada rakyat keseluruhanya ekonomi Malaysia sebenarnya makin terjejas, pelabur menjauh. Kenyataan dari China dan Jepun serta beberapa buah negara meragui dasar ekonomi Mahathir ada asasnya apabila undang - undang (prinsisp asas bernegara hukum) dilanggar sebegitu rupa. Nilai Matawang negara makin jatuh, indeks BSKL sangat tidak stabil. Akibatnya barang keperluan khususnya barang makanan yang majoriti keperluan datang dari luar negara harganya makin menaik.

Perubahan ?

catatan umum cheGuBard, warga negara Malaysia

nota kaki : ramai nasihat saya supaya belajar berdiam sebab kini peluang sedang banyak, malah ada yang menawarkan untuk sama mengisi 'jawatan' dalam kemenangan.... namun saya mohon maaf sejak 1998 bila saya buat keputusan 'berlawan' saya hanya belajar satu... nyatakan benar itu benar dan salah itu salah... insyaAllah selebihnya pulangkan pada yang Esa.

akhbar Jepun juga melaporkan ketidakpercayaan terhadap ekonomi Malaysia


Wednesday, June 27, 2018

Siri 2 (che'GuBard & Peguam Negara) Dendam Apandi berpunca poendedahan kegiatan Faridah Begum

Catatan Umum

27 Jun 2018

1. Dalam siri satu penulisan saya tegaskan kenapa saya meraikan pemecatan Ghani selaku Peguam Negara dalam keadaan semua dibutakan konon dia hero. Tulisan kedua ini bagi menjelaskan saya meraikan pemecatan Ghani bukan beerti saya merayakan perlantikan Apandi. Lantikan Apandi sendiri tidaklah terlalu kontroversi seperti lantikan Ghani yang dilihat sebagai naik pangkat kerana berjaya dalam misi menjahanamkan Anwar arahan Mahathir Mohamad. Setakat rekod Apandi Ali selaku ahli Umno dari tahun 1982 hingga 1991 tidaklah seganas rekod (Tan Sri) Zaki Azmi yang pernah memegang jawatan Umno pusat iaitu Jawatankuasa pemilihan Umno Malaysia kemudian dilantik sebagai ketua Hakim pada 2008

2. Namun yang paling menjolok mata ialah bagaimana isterinya Faridah Begum Binti KA Abdul Kader dikesan mempunyai kepentingan dalam puluhan syarikat termasuk yang mempunyai kaitan dengan projek kerajaan. Faridah Begum dikesan merupakan pengarah kepada syarikat antaranya BHL Management Sdn Bhd, Chersonese International (M) Sdn Bhd, Coral Fields Resources Sdn Bhd, FJ Diving Sdn Bhd, Kemayan Corporation Sdn Bhd, Lembah Jaguh Sdn Bhd dan banyak lagi. Antara puluhan syarikat yang merekod pegangan isteri Peguam Negara ini mendapat hak Kuari dan projek kerajaan. Malah ada syarikat miliknya sedang mendapat perintah gulung (winding up) dengan tujuan menutup hutang yang sangat besar. che'GuBard antara yang awal mendedahkan kegiatan perniagaan 'luar biasa' isteri peguam negara ini.

3. Jujurnya pernah dinasihatkan untuk jangan terlalu 'detail' dengan pendedahan berkaitan peguam negara kerana kalau peguam negara berdendam susah nanti. Namun bagi saya mati itu sekali bertemu pencipta itu pasti. Maka tak ada apa yang perlu saya takutkan. Bukan itu sahaja saya juga menemui anak Apandi punya kepentingan dalam syarikat yang perolehi AP bahan keperluan makanan asas rakyat. Bukan sekadar data syarikat malah akaun bank yang agak luar biasa kaitan keluarga terutama isteri Peguam negara ketika itu saya dedahkan. Pendedahan saya salurkan kepada perbagai pihak. Termasuk ada disebut dalam perhimpunan agong sayap Umno dan beberapa pihak lain.

4. Saya tahu Apandi mula 'marking' saya apabila saya mula menyerang pertemuan London dia bersama pemimpin utama pembangkang (ketika itu) dan peranan isterinya dalam media pro pembangkang (ketika itu). Hasilnya saya diserbu oleh puluhan anggota polis bersenjata di stesen minyak tengah malam pada 12 April 2018, dilokap dan didakwa dibawah akta hasutan konon menghina Sultan Selangor kerana isu Azmin MB pintu belakang.

5. Jelas memang Apandi demdami saya kerana ketika pagi 13 April 2018 di Mahkamah, pendakwa raya memberitahu Peguam Negara sudah siap untuk mendakwa beberapa lagi kes ke atas saya. Namun mujur PRU pada 9 Mei Barisan Nasional kalah dan Peguam Negara bertukar. Namun bagi cheGuBard pertukaran peguam negara tidak bermakna kerana ia masih proses yang sama. Perdana Menteri 'melantik' Peguam Negara, Agong suka atau tidak kena terima. Maka sudah tentu Peguam Negara kena mengikut telunjuk Perdana Menteri yang punya kuasa.

6. Ini sangat bercanggah dengan janji manifesto pembangkang, kononya mereka berjanji Peguam negara dan pejabat pedakwaan akan berbeza dan diasingkan. Peguam negara akan terdiri dari ahli parlimen hanya untuk menasihat negara dari perjalanan undang undang. Pendakwaan kuasa pejabat pendakwaan, namun ternyata semua hanya janji manis semata. Hakikatnya hingga kini tetap sama.

7. Peguam negara memainkan peranan sama, kes pendakwaan tetap terpilih. Kadir Jasin dan ramai macai Mahathir menjalankan 'arahan' menfitnah Agong konon belanja habiskan berratus juta wang rakyat, malah ada macai yang siap menamakan perempuan pertama dan perempuan kedua agong menghabiskan beratus juta wang rakyat..... namun seperti biasa kerana mereka macai perdana menteri maka mereka tidak didakwa .... namun kes akta hasutan saya diteruskan oleh Peguam Negara Malaysia baru dengan lebih tegas. Bukan itu sahaja Peguam Negara Malaysia baru beberapa hari sebelum raya telah menghantar pos laju ke rumah saya memaklumkan Pejabat Peguam Negara telah membuat rayuan ke atas saya yang dituduh selaku penganjur Blackout 505 iaitu perhimpunan protes penipuan PRU ke 13. Ia kes lebih 5 tahun lepas di mana dibantu peguam YB Gobind Sigh saya dibebaskan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, kemudian menang juga rayuan oleh Peguam Negara (Apandi ketika itu) di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan kini Pejabat Peguam Negara (Tommy Romas) kini merayu pula di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada tarikhnya 20 Ogos 2018 hanya kerana arahan dendam kerana saya tanpa henti memukul bosnya Mahathir Mohammad.

8. Sekali lagi saya tegaskan tidak ada perubahan reformasi pun, dalam bab perundangan dan pelaksanaan keadilan kerana yang rapat dan mampu menjilat penguasa akan dilindungi yang tidak mahu tunduk akan ditekan zalimi.

catatan umum ; che'GuBard, warga negara Malaysia

jemput baca siri 1 klik http://chegubard.blogspot.com/2018/06/siri-1-saya-dan-peguam-negara-meraikan.html

siri 1 (saya dan Peguam Negara) : Meraikan pemecatan Ghani Patail bukan meraikan lantikan Apandi.

Catatan Umum

26 Jun 2018


1. Apabila (Tan Sri) Abdul Ghani Patail 'dipecat' dari jawatan Peguam Negara saya secara peribadi telah meraikan pemecatan tersebut dengan menulis status dilaman sosial saya seperti Facebook dan Twitter. Oleh kerana saya meraikan pemecatan ini maka ramai telah menuduh saya orang Najib. Sedangkan ramai mungkin lupa 'lahanat' Ghani ini telah menggunakan kedudukannya selaku Peguam Negara untuk melakukan kerja kerja jahat.

2. Sebagai Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Abdul Gani dipilih untuk menerajui pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes rasuah dan liwat tahun 1998. Anwar secara terbuka menegaskan Abdul Gani dan kemudian Penolong Pesuruhjaya Polis Musa Hassan mereka-reka bukti terhadapnya semasa perbicaraan, khususnya laporan perubatan mata lebam kononnya memukul diri sendiri semasa di dalam penjara. Tuduhan Anwar itu kemudian disokong surat terbuka pegawai kanan polis CID Datuk Mat Zain Ibrahim.

3. Pada 11 Disember 2010, muncul gesaan Gani Patail untuk jelaskan hubungan dia dengan bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli yang terbabit skandal kewangan sehingga MAS kerugian RM8 bilion pada 2001. Tajudin Ramli (skandal ini dikatakan turut dilindungi Mahathir) tidak didakwa sehingga beberapa lama. Sebagai bukti hubungan mereka , gambar-gambar percutian Abdul Gani bersama Shahidan Shafie beredar di internet. Shahidan dikenali sebagai proksi Tajudin .

4. Pada  Ogos 2011, muncul tuduhan bahawa beliau disogok oleh bekas timbalan pengerusi eksekutif Ho Hup Bhd, Datuk Vincent Lye, atas sokonganya dalam pertikaian lembaga pengarah syarikat Ho Hup. Tuduhan ketika itu dana Ho Hup digunakan untuk membayar kerja-kerja pengubahsuaian rumah isteri kedua ketua pendakwa raya itu di Negeri Sembilan. beberapa laman web menyiarkan foto  invois-invois bertarikh 13 Julai 2009, daripada sebuah syarikat di Petaling Jaya kepada Ho Hup berkaitan kerja-kerja pemasangan lampu atas nama “AG's Bangalow at Seremban 2 — Sri Carcosa”.Satu invois tulisan tangan juga bertarikh 13 Julai 2009 kepada Lye untuk kerja-kerja pengubahsaian bagi Sri Carcosa di Seremban 2, baucar daripada Ho Hup bertarikh 12 Ogos 2009 bagi kerja-kerja yang telah dijalankan bagi rumah “AG Tan Sri Ghani Patail Bangalow di Seremban 2 — Sri Carcosa” bernilai RM18,000 dan satu cek RM18,000 yang dikeluarkan kepada pihak yang menjalankan kerja-kerja pengubahsaian. Namun Ghani hanya membuat penafian dangkal dalam perkara ini juga seperti biasa agensi anti rasuah digunakan untuk mengeluar kenyataan mensucikan peguam negara.

5. Gani juga direkodkan sebagai gagal dan lemah selaku Peguam Negara dalam mewakili tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh iaitu kawasan kedaulatan negara yang dituntut Singapura. Bukan sahaja lemah dan kalah malah Ghani gagal failkan rayuan dalam kes ini. Melalui akaun bersumpah pegawai kanan PDRM ketika itu mendedahkan satu transaksi wang besar di Hong Kong hasil 'kelemahan' yang disengajakan itu. Malah turut wujud dakwaan ada peranan agen asing dalam pejabat Peguam Negara ketika itu. SAMM sendiri menggerakkan laporan polis serentak di seluruh negara namun biasalah ketika itu Ghani Peguam Negara dan ia pasti dilindungi.

6. Yang dicatatkan diatas hanyalah cebisan kecil mengenai kerja buat Ghani ketika dia dalam Pejabat Peguam Negara. Banyak lagi kerja buatnya yang menjahanamkan. Adakah dengan semua rekod ini maka pemecatanya tidak boleh diraikan. Hanya orang yang buta perut sahaja akan bersedih dengan pemecatan Ghani malah menjadikan Ghani pula hero kononya.

7. che'GuBard dan keluarga besar SAMM melawan Ghani selaku Peguam Negara maka hasilkanya keluarga besar SAMM dan che'GuBard sendiri menjadi sasaran. Bukan sedikit tekanan SAMM lalui kerana itu. Namun apabila cheGuBard meraikan pemecatan Ghani maka SAMM dituduh penjilat Najib. Ingat meraikan pemecatan si lahanat Ghani bukan beerti kami suka lantikan Apandi Ali. che'GuBard dan SAMM juga melawan Apandi jauh lebih dalam dan teliti, hasilnya sehingga kini. cheGuBard sedia ke penjara.


sila ikuti sambungan ke dua .....


cacatan oleh cheGuBard, warga negara Malaysia

sila klik http://chegubard.blogspot.com/2018/06/siri-2-chegubard-peguam-negara-dendam.html untuk membaca siri 2

Saturday, June 09, 2018

Produk ajaib: cuci kotoran di tudung 30 saat


Memperkenalkan.......

Clear Sprayz

Basically, PRODUK ni merupakan produk inovasi bumiputera Malaysia paling latest yang boleh selesaikan masalah kotoran sepantas 30 saat berasaskan teknologi US.
Dia ada banyak fungsi dan kebaikan tanpa sebarang risiko dan tidak meninggalkan kesan pada fabrik.
Ni saya dah cuba senaraikan kotoran yang boleh dibersihkan dengan segera :
✔ Kuah Sate
✔ Rendang
✔ Kari
✔ Minyak
✔ Sambal
✔ Kicap
✔ Sos Cili
✔ Sos Tomato
✔ Dakwat Pen
✔ Coklat
✔ Lipstik

Berminat sila what's app
www.wasap.my/601120739987

Info ringkas produk ni....
✔ Tidak meninggalkan kesan pada fabrik
✔ Cecair Cepat Kering
✔ Ada wangian
✔ Mesra Solat
✔ Kandungan : 30ml
(Jangkaan: 200 semburan tiap botol)
Harga Retail: rm35 sebotol
Harga Promo: rm30 sebotol
Lagi promo 4 botol hanya RM100 sahaja (pos percuma)

Kami juga mencari 10 orang Agen .... buat duit sambil beraya... Untuk 10 orang sahaja..
#takadamasalahmakanraya
#berayatanparisautudungmahalkotor
#barangbarubarangpanas
Berminat sila what's app
www.wasap.my/601120739987


Wednesday, June 06, 2018

Lantikan Peguam Negara, Manifesto Pakatan Harapan dan Kematangan Anwar Ibrahim

Catatan Umum

6 Jun 2018

1. Beberapa hari kebelakangan ini hinggalah pagi semalam negara berbincang polimik mengenai perlantikan Peguam Negara. Peguam Negara sebelum ini Apandi Ali tidak pasti apa istilah sesuai digunakan sama ada berhenti atau dipecat tetapi yang pasti dia bukan lagi Peguam Negara. Selepas itu Mahathir selaku Perdana Menteri seperti amalan biasa sebelum ini mengemukakan nama ke Istana  Negara (baca : DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong).

2. Muncul polimik diberitakan Istana Negara meminta cadangan dalam bentuk senarai beberapa nama namun Mahathir pula diberitakan berkeras hanya menamakan satu sahaja nama iaitu Tommy Thomas. Istana Negara mengeluarkan kenyataan 1 Jun menyatakan belum ada persetujuan. Kenyataan ini dibaca oleh ramai sebagai masej Istana tidak bersetuju dengan nama yang diberikan. Kenyataan Istana Negara itu disambut dengan serangan bertubi - tubi cybertrooper berbayar dan tidak berbayar pro Mahathir. Kadir Jasin yang merupakan Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan tanpa berlengah terus menulis artikel dan terus menjadikan tulisan beliau tular. Kadir menyerang DYMM Seri Paduka Baginda Yg. Di Pertuan Agong dengan cuba menggambarkan betapa membazirnya Baginda Tuanku. Ini merupakan taktik biasa Mahathir, bila Istana tidak mengikut kehendaknya pasti Istana akan diserang khususnya akan dilabel sebagai membazir dan memeras rakyat seperti sebelum ini.



antara grafik yang tular menyerang Agong (ini pilih yang paling sopan, malah ada yang lebih biadap)
perbelanjaan yang dikatakan pembaziran Agong dikatakan juga data
dari rasmi Kerajaan turut disebarkan oleh cytro pro Mahathir

Sedangkan maklumat itu Salah, maklumat sebenar laman rasmi MOF berbeza

keratan akhbar Utusan ketika PM ke 4 'berperang' dengan Raja Melayu 

ribuan komen di laman sosial menyerang Agong kerana
diinspirasikan oleh cytro kawalan Mahathir

3. Bukan itu sahaja blogger lain (kawalan Mahathir) seperti Syed Akhbar Ali juga menghalakan 'meriam' ke Istana. Istana sememangnya wujud rasa tidak selesa selepas diseret oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM (lantikan Mahathir) yang baru dengan menyatakan pihaknya beberapa kali menemui Raja - raja Melayu berkenaan isu 1MDB juga SRC . Namun sehari selepas itu Istana Negara mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu. Kenyataan penafian Istana itu disambut oleh Kadir Jasin dengan desakan tiba masanya mengkaji peranan / kerelevanan Institusi Raja Melayu. Namun seperti biasa  ketika Mahathir Perdana Menteri ke 4 , semasa timbul konflik dengan Istana maka Anwar Ibrahim lah merupakan watak sama ada menjadi panglima mengumpul sokongan rakyat ataupun menjadi 'negotiator' antara PM dan Istana. Walaupun Kadir Jasin, Syed Akhbar Ali, Zainuddin Maidin dan ramai cytro Mahathir menyerang Anwar dalam alam maya namun Anwar meneruskan kematanganya bertandang dari Istana ke Istana dan oleh kerana hubungan baik yang dia bina segera inilah polimik lantikan peguam negara yang tertangguh berhari hari akhirnya selesai dalam satu malam apabila Anwar menggunakan kematanganya mengadap Agong dan menerang duduk perkara. Ternyata berjaya menamatkan polimik kali ini.



4. Jika orang lain mengeluarkan komen atau apa saja berkaitan Raja Melayu pasti akan diseret ke Mahkamah dengan perbagai undang - undang tetapi oleh kerana mereka orang Mahathir maka semua mereka pasti akan terlindung. Nampaknya tidak ada yang berubah dalam perihal ini sama sahaja seperti dalam zaman bawah regim Bn, pelaksanaan undang - undang berdasarkan kepentingan siapa yang berkuasa.

5. Umno dan beberapa kelompok pro atau rapat dengan Umno terus tenggelam dalam sentimen kaum dan agama dalam menangani isu peguam negara ini. Nampaknya kelompok ini mungkin masih tidak sedar bahawa kerana keterlaluan dalam isu kaum dan agama inilah antara sebab mereka tewas dalam keadaan tidak sedar dalam PRU lepas.

6. Isu yang seharusnya dibincangkan ialah apa bezanya lantikan Apandi Ali yang punya rekod bersama Umno dilantik menjadi peguam negara yang dibantah sebelum ini, dengan lantikan Tommy Thomas yang menjadi peguam mewakili salah seorang yang kini menjadi Menteri. Lebih malang lagi kes berkaitan masih tidak selesai lagi dimahkamah. Maka pasti akan berlaku pertembungan kepentingan yang sangat jelas apabila Peguam Negara menggugurkan kes pendakwaan terhadap Menteri Kabinet yang mana beliau sendiri pernah terlibat mewakilinya.

7. Pada janji ke-15 manifesto PH - di bawah tajuk Memisahkan Pejabat Pendakwa Raya Negara Daripada Pejabat Peguam Negara, HARAPAN menyatakan:

Peguam negara akan dilantik daripada kalangan anggota parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan.
Jawatan Pendakwa Raya pula akan dipegang oleh individu lain yang bebas dan bertindak tanpa mengira kepentingan politik kepartian.
Beliau akan mengetuai Pejabat Pendakwa Raya Negara yang mempunyai autonomi dalam melaksanakan kuasa-kuasa pendakwaan, iaitu sama seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain yang demokrasinya lebih matang.
Selepas melanggar manifesto dalam perihal meletakkan lantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dibawah parlimen kini adakah PH sekali lagi melanggar janji manifestonya pula dalam bab pemisahan kuasa Pendakwaraya dan Peguam Negara.

Atau dalam senarai ahli parlimen yaang menang bertanding tidak ada yang layak dilantik sebagai Peguam Negara seterusnya menjadi Menteri yang berperanan sebagai penasihat undang - undang bagi kerajaan sehingga terpaksa berdepan dengan polimik hanya untuk melantik Tommy Thomas selaku Peguam Negara yang akan menjadi Menteri yang menjadi penasihat undang - undang dalam kerajaan.

Dalam bab ini Peguam Negara masih dilantik oleh Perdana Menteri dan tidak bebas masih sama dan tidak ada bezanya dengan sebelum ini malah lebih parah Peguam Negara yang Mahathir lantik ini bakal menjadi Menteri pula jika berdasarkan janji manifesto mereka.

8. Apandi Ali sebelum ini sangat marah dengan saya kerana saya antara yang terlibat awal mendedahkan peranan serta akaun isterinya Faridah Begum. Malah saya antara awal yang mendedahkan pertemuan London dia dengan pemimpin politik, sehingga saya ditekan dalam kes pendakwaan akta hasutan malah peguam yang mewakili saya dalam proses ikat jamin sendiri menyatakan pelik kerana Peguam Negara kelihatan sangat marah dengan saya kerana selain kes tersebut DPP turut menyampaikan 'amaran' saya akan didakwa dengan beberapa kes lain kerana 'serang' Peguam Negara.  Harapnya kali in i pula dengan tulisan cetusan pandangan ini Tommy Thomas tidak pula menjadikan ia geram peribadi ke atas saya.

catatan santai oleh ; che'GuBard, warganegara Malaysia.

Tuesday, June 05, 2018

Timbalan Menteri Belia yang juga pemimpin MIC gunakan syarikat dia Pengarah agih peruntukan EPU 37 juta

CATATAN UMUM

5 Jun 2018


1. Pada tahun 2015 Perdana Menteri ketika itu Najib Razak telah mengumumkan satu peruntukan khas kepada masyarakat India iaitu sebanyak RM37 juta. Peruntukan melalui Unit Perancangan Ekonomi (EPU) itu telah diseliakan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu Saravanan Murugan yang juga merupakan Naib Presiden MIC telah menggunakan kedudukanya mengagihkan sebanyak RM19 juta melalui sebuah organisasi' yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dikenali sebagai Yayasan Naam

2. Apa yang menariknya ialah sebuah syarikat yang didaftarkan dengan SSM dinamakan 'Yayasan Naam' dengan nombor daftar syarikat 1076303-w turut merekodkan ketika itu Saravanan sebagai sebagai seorang dari tiga lembaga pengarah. Peruntukan kerajaan yang besar atas nama masyarakat India telah dilobi diletak selia dibawah Kementerian yang Saravanan Timbalan Menteri dan kemudian agihan atau peruntukan disalurkan kepada 'syarikat' yang Saravanan merupakan lembaga pengarahnya. Adakah ini bukan 'korupsi' ?

3. Menurut rekod dan data yang diperolehi kebanyakan dari peruntukan RM19 juta itu digunakan untuk projek pembangunan belia masyarakat India dengan menjadikan mereka petani moden melalui projek fetigasi (penanaman) Cili.  Dalam laman web 'Naam' sendiri menyatakan peserta yang terpilih untuk menjalankan program akan menerima bantuan kewangan dari pada TEKUN. Ini membawa maksud RM19juta tersebut hanya untuk latihan. Nilai wang dan hasil projek pertanian moden tersebut sendiri sangat menjolok mata.

4. Projek agihan peruntukan kerajaan untuk masyarakat India melalui 'entiti berdaftar bawah SSM' dimana Saravanan Lembaga Pengarahnya ini majoritinya pula mencatatkan kegagalan. Kunjungan ke beberapa tapak Pusat Latihan dan program bawah projek ini beberapa hari lepas menunjukkan bahawa projek ini ibarat hanya melepaskan batuk ditangga dan hanya untuk habiskan peruntukan.

5. SPRM perlu memulakan siasatan mengenai peruntukan RM19 juta dan juga keseluruhan RM37 juta kononya untuk pembangunan masyarakat India yang disalur uruskan melalui entiti yang didaftarkan bawah SSM yang mana Saravanan merupakan lembaga pengarahnya. Kami juga dapat maklumat ada syarikat tertentu dilantik kendali latihan dan bekalkan peralatan perkebunan. Bagaimana pemilihan syarikat dan bagaimana dengan nilai serta kualiti barangan perkebunan adakah ia sesuai dengan harga dan keperluan ? 

Sekali lagi melihat betapa belia masyarakat India tercicir sedangkan jumlah peruntukan pembangunan milik mereka sangat besar, maka sewajarnya SPRM boleh bertindak segera bagi mendapatkan semula atau menyita semua entiti terbabit bagi mengembalikan hak rakyat.

antara tapak projek yang tak tahu menelan belanja berapa juta
berakhir dengan gagal. Gambar terbaru beberapa hari lepas



catatan ; che'GuBard, warganegara Malaysia

Monday, June 04, 2018

Penafian anak Mahathir mengenai projek RM30billion Pek Kiing hanya untuk redakan kemarahaan

Catatan Umum

4 Jun 2018

1. Mahathir tentunya mengeluh kerana keadaan tidak semudah ketika dia menjadi Perdana Menteri. Mudah melanun atau mengagihkan hasil negara kepada keluarga, proksi dan kroni kerana tiada capaian internet dan media sosial yang menyebabkan maklumat bergerak pantas. Contohnya u turn sepenuhnya terpaksa dibuat ke atas projek RM30 billion milik kroni / proksinya Tan Sri Ting Pek Kiing. Tersebar di media perdana mengenai pengumuman Pek Kiing sendiri yang menyatakan beliau memiliki projek bernilai RM30billion di Langkawi dan Mahathir sudah menyatakan pendirian akan melancarkan projek berkenaan.

2. Serentak dengan itu blog cheGuBard.blogspot.com (http://chegubard.blogspot.com/2018/06/belum-100-hari-kroni-proksi-mahathir.html
telah mendedahkan siapa Ting Peck Kiing ..... Bagaimana berbilion wang rakyat terpaksa digunakan untuk bail out hutang dia selepas projek Bakun yang bermula dengan kertas cadangan kemudian rugi dan menjadi projek gagal. Projek gagal tapi hutan balak musnah menjadi harta kekayaannya. Namun tidak puas dengan itu bagi menggantikan kegagalanya wang negara berbilion disalurkan semula padanya. Ini terkandung juga dalam laporan polis Anwar Ibrahim 1998 yang mana turut menyebut serta mendedahlkan dokumen penglibatan jelas Mahathir dan Daim dalam perkara itu.  Tulisan di blog telah diakses lebih 300,000 pembaca manakala mendapat ribuan share dan salinan terbit semula artikel ini di facebook, whats app dan lain lain media sosial.

3. Tertekan dengan itu Mukhriz anak Mahathir selaku Menteri Besar Kedah membuat penafian dangkal mengenai projek yang diumumkan Peck King. Namun Mahathir tidak menafikan hanya menyatakan "siapa ada duit boleh datang ke Langkawi buat projek.." . Untuk pengetahuan semua penafian dangkal Mukhriz kononya seolah tidak mengetahui hujung pangkal mengenai pengumuman Pek Kiing ini nampak sangat muslihatnya. Ia hanya penafian setelah tertekan dengan serangan media sosial (internet). Ramai mengecam bagaimana belum 100 hari , janji dengan rakyat banyak yang tak tertunai tetapi kroni yang pernah menjahanamkan berbilion wang rakyat dapat projek RM30 billion.

gambar dari show room di Langkawi

4. Ternyata penafian anak Mahathir ini kononya dia tidak tahu langsung dan seolah terkejut hanya menyelamatkan diri. Kita punya maklumat lengkap bagaimana projek ini sebenarnya sudah mendapat 'kelulusan' ketika Mukhriz menjadi Menteri Besar  bawah BN dulu namun selepas Mukhriz tersingkir projek ini senyap. Namun seperti mendapat nafas baru Pek Kiing mengumumkan semula projek ini dan siap menyebut bahawa Mahathir sendiri selaku Perdana Menteri setuju hadir melancarkan secara rasmi. Tidak mungkin Pek Kiing menipu dalam perkara ini, jika dia menipu beranikah tindakan ke atas nya diambil kerana menggunakan nama Perdana Menteri sebegitu rupa adalah salah dan membuat pengumuman projek palsu juga boleh diambil tindakan oleh kerajaan.



5. Bukan sahaja sudah mendapat 'kelulusan' projek ini untuk pengetahuan semua sudah pun mempunyai show room nya sendiri di Langkawi dan sudah menjalankan aktiviti perniagaan. Penafian Mukhriz hanya untuk meredakan kemarahan khususnya netizen sebaliknya projek ini sudah sedia untuk diluncurkan. Tahniah ketika rakyat yang susah, harga barang keperluan gagal diturunkan namun diminta menderma sebaliknya rakan penyamun Mahafiraun yang dibail out guna wang rakyat era 1998 kini sedang menikmati kek kekayaan RM30 billion.

jemput klik baca artikel sebelumnya http://chegubard.blogspot.com/2018/06/belum-100-hari-kroni-proksi-mahathir.html

catatan ; che'GuBard, warganegara Malaysia

Saturday, June 02, 2018

Gerakan “Third Force” dan Kalimullah dikesan bagi halang Anwar menjadi PM

Catatan Umum

2 Jun 2018

Sebelum ini saya ada membuat catatan dalam blog ini mengenai wujud satu team yang diseliakan oleh Kalimullah yang mana dia awal sebelum ini porpular sebagai orang KJ yang menjadi antara punca kejatuhan Abdullah Badawi. http://chegubard.blogspot.com/2018/05/hello-kalimullah-jentik-jentik-cubaan.html Untuk pengetahuan semua , ramai tidak mengetahui selepas pengunduran Abdullah Kalimulah selain terus rapat dengan KJ , dia juga berteduh dibawah payung Muhiyuddin.

Dari sumber dalaman yang sahih saya difahamkan dan sangat percaya wujud satu gerakan yang dinamakan “Third Force” oleh pihak yang bercita tinggi dalam politik dan golongan ini bertujuan untuk melaga - lagakan Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim supaya peralihan kuasa untuk Anwar jadi PM dalam masa 2 tahun ini gagal. Puak ini juga sedang merancang untuk melengahkan serta menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi Ahli Parlimen. Kumpulan ini juga dengan dana yang besar telah mengumpulkan 'cybertrooper' berbayar mereka yang terdiri dari muka baru dan lama. Sasaran mereka menghancurkan imej Anwar Ibrahim dengan menggambarkan Anwar lemah dan tamak. Malah kumpulan ini mula menyusun gerakan dalam PKR itu sendiri khususnya dalam pemilihan parti.

Setelah diselidiki 'cap jari' Kalimullah dikesan dibanyak tempat. Ramai merasakan kurang senang dan meminta Kalimullah Hassan supaya jangan campur tangan secara melampau khususnya dalam pemilihan parti PKR yang akan datang. Gerakan “Third Force”  ini mula dihidu oleh beberapa kelompok khususnya yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Namun tanpa menafikan mereka sangat licik.

Ramai anggota PKR dan aktivis reformasi 1998 mahu kekal kedudukan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah di dalam parti PKR. Kami juga mahu kekal kedudukan 3 pemimpin tertinggi didalam Pakatan Harapan iaitu Anwar sebagai Ketua Umum, Wan Azizah sebagai Presiden dan Mahathir sebagai Pengerusi.

Kalimullah dan anggota juga perlu tahu bahawa janji Pilihanraya PH kepada rakyat adalah Mahathir cuma sebagai PM sementara sehingga Anwar ambil alih. Ini janji Pilihanraya yang dibuat kepada rakyat sama saperti janji GST dan lain lain.

Ramai sebenarnya sokong penuh dengan pendapat Rafizi Ramli bahawa PH menang bukan atas faktor Mahathir semata - mata. Jika faktor Mahathir maka sudah pasti Pribumi menang 50 kerusi Parliamen dan bukan hanya 12 kerusi Parliamen saja. Pihak Kalimullah dan “Third Force” nya perlu terima hakikat sebenar dan jangan ingat yang jawatan Perdana Menteri hak mutlak parti Pribumi.

Memahami demokrasi yang semakin terbuka maka tiada halangan jikalau Kalimullah mahu jadi business agent atau media hitman kepada Lim Guan Eng, Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin selepas KJ bakal kosong kantung terkapai kapai berlawan pemilihan Umno.

Semua perlu berhati - hati supaya memastikan Kalimullah dan agen pemodal tua tidak terlibat dalam urusan pemilihan parti PKR yang akan diadakan pada tahun ini. Ramai mahu peralihan kuasa Perdana Menteri dari Mahathir kepada Anwar berjalan lancar tanpa apa2 gangguan dari mana2 pihak lain seperti yang ramai cita - citakan ke arah perubahan Malaysia.

Ingat dalam 'kejutan kemenangan' kumpulan pemodal tua sedang membuat kerja bagi memastikan perubahan terhenti sekadar bertukar parti tetapi kelompok pemodal sama terus dilindungi.

catatan che'GuBard, bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan bekas Ketua Cabang PKR Rembau.

Friday, June 01, 2018

belum 100 hari : Kroni / Proksi Mahathir yang pernah hanguskan berbilion wang rakyat kembali dapat projek RM30 billion

Catatan Umum

1 Jun 2018

belum 100 hari Mahathir jadi PM, kroni / proksinya kembali mendapat projek RM30 bil

1. Sudah dikatakan Mahathir yang sangat licik kembali demi keluarga, anak - anaknya serta kroni dan proksinyanamun manusia licik ini sangat cekap mencipta persepsi dan kini dalam tempoh 12 bulan ini semua yang keluar dari mulut Mahathir akan didengar sebagai lagu yang lunak yang tidak sama sekali boleh dibantah. Tidak perlu menunggu lama 1 Jun kroni lamanya yang menjadi sebahagian punca jahanam wang rakyat sekitar 1998. Berbilion wang rakyat terpaksa dijahanamkan untuk bail out projek Ekran Berhad milik Tan Sri Ting Pek Kiing. 

antara dokumen yang terdedah 1999
2. Pada 12 Disember 1999 jam 12.22 tengahari Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis yang menyebut dengan terperinci mengenai salah guna kuasa Mahathir, Daim, Ling Leong Sik berkaitan jahanamnya berbilion wang rakyat untuk bail out projek Bakun yang gagal, projek tanpa tender yang diberikan kepada Ekran Berhad milik kawan Mahathir iaitu Pek Kiing. Laporan ini antara jenayah besar dan penting Mahathir dan laporan Anwar buat ketika dalam Anwar dizalimi dalam tahanan regim Mahathir ketika itu. Serentak dengan laporan itu tersebar dan terdedah juga beberapa keping surat antara Ekran (Pek Kiing) dengan Daim juga Mahathir. Ketika itu saya juga antara webmaster terlibat turut menerima salinan untuk disebarkan. klik sini untuk butiran laporan polis Anwar yang masih saya simpan.

3. Namun semua tidak diambil tindakan , ia terus disenyapkan serentak seperti pendedahan berbilion wang rakyat dirompak Mahathir, kroni dan proksinya. Semua agensi termasuk mahkamah dicengkam hebat oleh kuku besi diktator selaku Perdana Menteri ke 4. Malah siapa berani bercakap dari dibuang kerja, ditangkap malah dipenjara tanpa bicara (ISA) dengan tuduhan palsu iaitu mengumpul senjata dan bom untuk membuat huru hara.

4. Tidak perlu menunggu lama belum 100 hari lagi pasukan Mahathir sudah menunjukkan belang. 1 Jun 2018 individu yang dibail out berbilion menjahanamkan wang rakyat muncul lagi. Ting Pek Kiing dapat projek tambak laut untuk pembangunan mewah bernilai RM30 billion. Apa kelayakan Pek Kiing ? Berapa pula wang rakyat akan jahanam untuk bail out projek ini lepas gagal nanti ? Projek ini katanya akan dapat dana dari luar adakah dana luar sebelum ini dikatakan penjajahan bentuk baru ? Bagaimana dengan kesan alam sekitar ? kesan impak sosial setempat ? adakah semua akan hancur diketepikan seperti projek Bakun juga ?

5. Ingat.... Ingat... ingat .... 1. Empangan Bakun , antara  kontrak (projek) Mahathir bagi pada kroni / proksinya Tan Sri Ting Pek Khiing bernilai hampir RM21 bilion (termasuk 650km kabel dasar laut )....tanpa tender ! Ingat Ekran syarikat Pek King tak pernah buat empangan pun.

6. Idea Bakun ni awal 80an masa awal Mahathir jadi PM. 1986 di Persidangan Alam Sekitar di Rio dia menipu konon nya projek di hentikan sebagai menyelamat alam sekitar. 1996 dikatakan Ting Pek Khiing dibayar pampasan RM1 bil kerana pemberhentian projek namun sambung semula 1997 masa krisis kewangan.

7. Ketika itu dilaporkan Projek Bakun melibatkan kawasan hampir seluas Singapura, tidak kurang dari 10,000 orang kaum Penan terlibat dengan perpindahan. Ekran milik Ting Pek Khiing diberi kontrak tanpa tender. Pacific Chemical milik Ting diberikan hak membalak 20K hektar, FCW dijanjikan kontrak kabel RM4 bil. Julai 1998 PM masa tu arah Anwar masih Menteri Kewangan mendapat arahan bayar pada Ting RM120 juta dari sejumlah RM2.2 bil yang di tuntut , tanpa ikut prosedur Kewangan. Sehingga 1997 sejumlah RM1.6 bil ganti rugi dibayar termasuk RM400 juta kontak terowong pada Dong Ah Korea dan RM1 bil pembelian turbines.  Antara kontraktor asing terlibat - ABB ,CBPO Brazil,Lehmeyer Jerman, Harza USA , IMPSA Argentina, Alstorm. 1977 ABB dibayar ganti rugi USD 100 juta. 1999 TNB diarah ambil alih dimana pampasan USD250 juta dibayar lagi pada Ekran. KWSP, KWAP di jadikan sasaran.

8. 2003 Sime Darby dan China Hydro ambil alih melibatkan RM 1.8 bil kontrak kepada IMPSA dan Alstom. Entah banyak mana lesap hingga 2007 Synergy Drive yang ada kaitan dengan Temasik pulak ambil alih dan terakhir, Kerajaan Sarawak ambil alih dengan bayaran RM2.5 bil + RM5.6 bil hutang tertunggak dijamin kerajaan pusat. Paling lekeh RM20 bil hangus kerana Projek Bakun ini.

9. Sentimen sedih mengajak rakyat berkorban, termasuk mengutip derma. Tapi tahukah rakyat kekayaan keluarga Mahathir sangat melampau, Contohnya antara banyak koleksi kereta mewah Mokhzani bernilai RM8 juta. Kalau anak cucu serta kroni Mahathir termasuk Daim beri 10 % kemewahan hasil melanun negara ia lebih dari cukup untuk membayar hutang negara. Namun sentimen sedih, emosi dan kononya ajak berkorban dilancarkan dalam masa sama kroninya mula menyebat projek berbilion.

Saya sangat yakin Anwar dan pasukannya memerhatikan perkara ini dan sedar sesuatu yang salah sedang berlaku..... kepada semua yang lain bukalah mata dan minda jangan mudah sangat bila cakap soal korup Mahathir atau kartel Azmin walau dengan bukti , mudah dipatah hanya dengan tuduhan dibayar dedak Najib. Kini Najib sudah 'tergolek' saya sendiri seronok melihat perjuangan selama ini mendedah keborosan mereka terbukti benar, namun yang didepan mata telah berlaku dan sedang dilakukan semula tak kan nak senyap sahaja ?

catatan oleh ;

che'GuBard, Bekas Ahli MPP PKR dan anggota seumur hidup PKR yang dipecat kerana mendedahkan korupsi libat pimpinan PKR.


nota tapak kaki : Heran jgk krjaan luluskan prjek RM30 billion Ting Pek Khing di Langkawi
1992 diwahyukan projek Plaza Rakyat 1994 diwahyukan projek mega Bakun jual saham.. saham tak laku. KWSP, Khazanah, TNB, hicom dan KWAP diarahkan beli.. tambah lg 'letter of comfort' drpd gomen.. masih undersubscribe 65% 1998 kena saman dgn sharepartner dan Daewoo. Hutang dgn Phileo Allied Bank, RHB Bank, Malayan Banking, Public Bank, Hong Leong Bank and Affin Bank. 2010 Mahkamah Tinggi KL declare Ting bankrap. La ni dok ada RM30 billion nak buat Projek tambakan laut, dgn condo mewah, dermaga kapal persiaran, kapal layar mewah di pesisir pantai Langkawi.. duit dari mana ? 2010 Pek Kiing Muflis... layak ke dia ?

Anwar lodges police report over Bakun Dam corruption

By Anwar Ibrahim
This is the English version of the text of the report by Datuk Seri Anwar Ibrahim on 12 November 1999. It gives us the background to the most expensive project in Sarawak todate of which the cost overruns from RM4 billion to RM15 billion remains a mystery and the Sarawak government is now contemplating to spend our Sarawakians money to the tune of RM7 billion to buy this white elephant from the federal government. – HU Editor

Report prepared by Anwar Ibrahim over the alleged corruption over the Bakun Dam issue.

Prime Minister and Finance Minister among top officials named

Police Report Federal Court Kuala Lumpur
Police Report No. Tun HS Lee 30375/99
Dated 12th November 1999 at 12.22 p.m.

I hereby submit documents from Tan Sri Ting Peck Khing (whose Ekran Berhad company was awarded the Bakun Dam project by the government) addressed to Tun Daim Zainuddin (present Finance Minister) and Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (Prime Minister of Malaysia), plus a directive from Dato Seri Dr. Mahathir to me, as the Finance Minister then, to speed up the approval of payment to Tan Sri Ting, contravening the law and financial procedures and without prior reference to the auditors, Price Waterhouse (who did an audit to determine how much work had Ekran completed/not completed after Bakun dam was deferred amid the economic crisis), who were appointed to scrutinise the application for compensation from Ekran, who were undertaking the construction of the Bakun Dam project in Sarawak.
The application for payment of compensation was sent by Tan Sri Ting direct to Tun Daim although he did not have any authority to approve it. The application was also sent direct to Dato Seri Dr. Mahathir, who again demonstrated his method of implementing mega projects such as Perwaja (Mahathir’s pet steel company who suffered billion dollars loss in which investigation is supposedly still on going), Putrajaya (the multi-billon new administrative centre of the Federal Government) and KLCC (Kuala Lumpur City Centre, the world’s tallest building).
He had approved the Bakun project without complying with privatisation or tender procedures. He had launched the project even before Cabinet approval. As per my previous police report with regards to Perwaja, he had established direct links with Tan Sri Ting, bypassing the Ministry and agency concerned.
The Cabinet only approved it later and he asked me to monitor it as the Chairman of the Cabinet Committee on Bakun. In fact, in the application for compensation, as stated in the letters attached, I was totally ignored, though at that point in time, I was the Finance Minister and the Chairman of the Cabinet Committee for Bakun. My firmness and reluctance to arbitrarily approve the allocation without complying with the financial procedures and regulations resulted in my being doubted.
The majority interest in the Bakun project is held by Ekran, which is controlled by Dato Seri Dr. Mahathir’s close friend and business partner of Tun Daim, that is Tan Sri Ting Peck Khing. Rasip Harun, the business partner of Tun Daim, also held equity.
Rasip Harun and Robert Tan Hua Choon, another business partner of Tun Daim, controlled Jasa Kita. Jasa Kita was involved in the abuse of the Telecom shares allocation scandal, which was supposedly allocated by Daim to the Indian community while he was the Finance Minister.
On the other hand, the shares concerned were diverted to three companies related to Dato Samy Velu (President of the Malaysian Indian Congress, the major Indian component party of the ruling natioanl coalition government). This included Clearway (a company), in which Robert Tan’s driver, Baharuddin M. Arip, was a Director, as well as Jasa Kita.
Robert Tan’s other company, Spanco, was hastily given approval for the privatisation of government transport by the Privatisation Unit of the Prime Minister’s Department. The company’s services were criticised as weak and costly, and I had asked for some clauses in the agreement to be reviewed.
Because Tun Daim had an interest, all my comments and objections were sidelined by Dato Seri Dr. Mahathir.
The Bakun project requires Sarawak government support. Therefore, Ekran secured the involvement of two sons of the Chief Minister, Tan Sri Abdul Taib Mahmud: that is, Mahmud Abu Bekir and Sulaiman Abdul Rahman who hold equity in Ekran and Pacific Chemicals.
Thereby, Ekran easily obtained timber concessions for thousands of acres surrounding the dam area, although the local residents and environmental organisations strongly protested.
Other than that, Dato Seri Ling Liong Sik’s (President of the Malaysian Chinese Association, the major Chinese component party of the ruling national coalition government) son was also appointed to the management of the project with generous remuneration.
With the endorsement and approval of Dato Seri Dr Mahathir, the decision to approve the project was made without reference to the Board of Directors of the Bakun company, or the Finance Ministry, or the Cabinet Committee.
At that point in time, when the project viability was in doubt, the Prime Minister directed HICOM Holdings, EPF (Employees Provident Fund), and TNB (Tenaga Nasional Berhad, the West Malaysian electricity generator and provider) to also hold equity.
The said companies, along with SESCO (Sarawak Electricity Supply Corporation, the electricity generator and provider), continuously protested because Tan Sri Ting had made the decision on his own, “with the Prime Minister’s agreement”, without the prior approval of the Board of Directors.
The contract was arbitrarily awarded to companies related to Ekran. For example, Pacific Chemicals (another of Tan Sri Ting’s flagship company) was given logging contracts covering 20,000 hectares in the Bakun area. FCW Holdings (another of Tan Sri Ting’s company) was promised a 4 billion ringgit (about US$1 billion) contract for the manufacture of submarine cables that also involves Dato Seri Dr. Mahathir’s son’s interests.
In the end, when it became obvious that the project was going to fail, and that we would be repeating the experience of Perwaja’s losses having to be borne by the government, I used the economic crisis that we were facing at that time as the excuse to cancel the project.
Furthermore, too many decisions involving these companies were found to be lacking tin transparency, raising problems with the KLSE (Kuala Lumpur Stock Exchange) and the Securities Commission.
Action against Ekran did not take place because of the protection given by the Prime Minister and Tun Daim. The termination of the project not only incurred the anger of both of them, but also of the families and crony companies who had interests.
The application for compensation amounting to 2.2 billion Ringgit (about US$580 million) was excessive – as revealed in Tan Sri Ting’s letter to Tun Daim dated 11 July 1998 (Exhibit one). His letter to Dato Seri Dr. Mahathir mentioned advance payment of 120 million Ringgit (about US$31.6 million). The Prime Minister, in his memo dated 12 August 1998, instructed me to pay, disregarding financial procedure regulations (Exhibit two).
I am aware that several previous police reports, accompanied by documents and letters, in particular those involving Dato Seri Dr. Mahathir and Tun Daim, have not been investigated nor has any action been taken, as if these leaders are immune from investigation and action.
On the other hand, the Alternative (Opposition) Party leaders are subjected to repressive actions and pressure. I urge the police to act professionally.
Again, I submit documents and letters, which show that conflicts of interest, bribery, and abuse of power involving Dato Seri Dr Mahathir and Tun Daim exist.
We are still waiting for investigation and action by the police (whose minister is the Mahathir appointed Deputy Prime Minister, and former Foreign Minister Dato Abdullah Badawi) and the Anti-Corruption Agency (which reports to the Prime Minister).
Exhibits one and two are attached herewith.
Thank you.
(Signed by Dato Seri Anwar Ibrahim)
...,.........................................................
NAK TAHU TAK SIAPA TAN SRI TING PEK KHIING YANG NAK DIBERI PROJEK 30 BILLION DARI TUN M UNTUK BUAT NEW LANGKAWI CITY

Tiada orang lebih kenal beliau selain Anwar Ibrahim.  Jom baca biografi TPK yang Anwar sempat tulis dtahun 1999

SKANDAL EMPANGAN BAKUN : LAPORAN POLIS OLEH ANWAR IBRAHIM

Laporan Anwar pada 12.11.1999 di Balai Polis berhubung dengan skandal Projek Empangan Bakun.
TUN HS LEE 30375/99
12.22 tengahari, 12 Nov 1999

Laporan Polis
Mahkamah Persekutuan
K. Lumpur

Saya ingin mengemukakan dokumen surat-surat dari Tan Sri Ting Peck King kepada Tun Daim Zainuddin dan kepada Dato' Seri Dr Mahathir Muhammad serta nota arahan Dato' Seri Dr Mahathir kepada saya selaku Menteri Kewangan supaya segera meluluskan pembayaran kepada Tan Sri Tingtanpa mematuhi peraturan dan prosedur kewangan atau merujuk terlebih dahulu kepada Syarikat Juruaudit Price Waterhouse yang telah dilantik meneliti permohonan pampasan dari Syarikat Ekran yang menyelenggara pembinaan projek Empangan Bakun di Sarawak.

Permohonan bayaran gantirugi telah dibuat oleh Tan Sri Ting terus kepada Tun Daim meskipun beliau tidak berkaitan dari segi bidang kuasa atau otoriti meluluskannya. Permohonan juga dibuat terus kepada Dato' Seri Dr Mahathir yang sekali lagi membuktikan cara beliau mengendalikan projek-projek mega seperti Perwaja, Putrajaya dan KLCC. Projek Bakun telah beliau luluskan tanpa mematuhi Prosedur Penswastaan atau tender. Beliau melancarkan projek tersebut sebelum kabinet meluluskannya. Sapertimana juga dalam laporan polis saya yang terdahulu bersabit projek Perwaja, beliau menjalin perhubungan langsung dengan Tan Sri Ting dan mengenepikan kementerian dan agensi berkaitan. Kabinet hanya menggerakkan kemudiannya dan meminta saya mengawasinya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Bakun. Bahkan dalam kes permohonan pampasan tersebut sapertimana yang tertera dari surat-surat yang disertakan, saya diketepikan samasekali meskipun pada ketika itu saya adalah Menteri Kewangan dan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Bakun. Ketegasan saya serta keengganan meluluskan peruntukan dengan sewenang-wenangnya tanpa mematuhi peraturan kewangan dan dasar berhemat menyebabkan saya dicurigai.

Kepentingan terbesar projek Bakun dipegang oleh Syarikat Ekran yang dikuasai oleh sahabat karib Dato' Seri Dr Mahathir dan rakan seperniagaan Tun Daim iaitu Tan Sri Ting Peck King.. Rasip Haron, rakan perniagaan Tun Daim turut memegang ekuiti. Rasip Haron dan Robert Tan Hua Choon, seorang lagi rakan perniagaan Tun Daim menguasai syarikat Jasa Kita.Jasa Kita terlibat dalam skandal Saham STM (Telekom) kerana penyalahgunaan pengagihan saham yang kononnya diperuntukkan oleh Tun Daim ketika menjadi Menteri Kewangan kepada masyarakat India. Tetapi disebaliknya, saham-saham tersebut disalorkan kepada tiga syarikat yang mempunyai hubungan dengan Dato' Samy Vellu. Ini termasuk Syarikat Clearway di mana pemandu Robert Tan, Baharuddin M. Arip adalah pengarah Clearway dan Jasa Kita.

Syarikat Robert Tan lainnya, Spanco kemudiannya dengan secara terburu-buru mendapat kelulusan penswastaan kenderaan Kerajaan, oleh unit Penswastaan Jabatan Perdana Menteri. Perkhidmatan syarikat dipertikai sebagai lemah dan mengenakan kos yang mahal, bahkan saya telah meminta beberapa peruntukan perjanjian diteliti semula. Oleh kerana Tun Daim umumnya mempunyai kepentingan, segala teguran dan bantahan diketepikan oleh Dato' Seri Dr Mahathir.

Projek Bakun memerlukan dukungan penuh Kerajaan Negeri Sarawak. Maka syarikat Ekran telah mendapatkan penyertaan dua orang putera Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri iaitu Mahmud Abu Bakir dan Sulaiman Abdul Rahman sebagai pemegang ekuiti dalam Ekran dan Pacific Chemicals. Maka Ekran dengan mudah memperolehi konsesi ribuan hektar balak disekitar kawasan Empangan, meskipun masyarakat asli tempatan dan pertubuhan alam sekitar membantah keras. Selain itu, anak Dato' Seri Ling Liong Sik turut dilantik dalam pengurusan projek dengan ganjaran lumayan.

Dengan restu dan kelulusan Dato' Seri Dr Mahathir, keputusan dan projek serta kontrak diluluskan tanpa merujuk kepada Lembaga P engarah Syarikat Bakun atau Kementerian Kewangan. Diketika itu, tatkala viabiliti projek dicurigai, Perdana Menteri telah mengarahkan supaya HICOM Holdings, KWSP dan TNB turut memegang ekuiti. Syarikat-syarikat tersebut bersama SESPO Sarawak terus-menerus membantah kerana Tan Sri Ting mengambil keputusan bersendirian "dengan persetujuan Perdana Menteri" " tanpa mendapat kelulusan Lembaga Pengarah terlebih dahulu. Kontrak dianugerahkan dengan sewenang-wenang kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ekran. Umpanya, Pacific Chemicals memperolehi kontrak pembalakan kawasan Bakun seluas hampir 20 000 hektar. FCW Holdings dijanjikan kontrak 4 billion ringgit pembinaan kabel submarine dasar laut yang turut melibatkn kepentingan syarikat anak Dato' Seri Dr Mahathir.


Tan Sri Ting Pek King - Pengerusi EKRAN Berhad


Dan akhirnya setelah nyata projek tesebut akan gagal dan buntu serta akan mengulangi pengalaman kerugian Perwaja yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan, saya menggunakan alasan krisis ekonomi yang melanda ketika itu untuk membatalkan projek tesebut. Lagi pun terlalu banyak keputusan didapati tidak telus dan menimbulkan masalah dengan Bursa Saham Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Sekuriti. Tindakan terhadap Ekran gagal diambil kerana perlindungan yang diberikan oleh Perdana Mentei dan Tun Daim. Pembatalan projek bukan sahaja menimbulkan kemarahan mereka berdua tetapi juga keluarga dan syarikat kroni yang berkepentingan.

Permohonan pampasan sebanyak 2.2 billion ringgit adalah keterlaluan sepertimana yang terpapar dalam surat Tan Sri Ting kepada Yun Daim bertarikh 11 Julai 98 (Eksibit Satu). Surat beliau kepada Dato' Seri Dr Mahathir menyebut mengenai pembayaran awal sebanyak 120 juta ringgit. Perdana Menteri dalam notanya bertarikh 12 Ogos '98 mengarahkan saya membayar tanpa merujuk kepada peraturan dan prosedur kewangan (Eksibit Dua).

Saya sedar bahawa beberapa laporan polis terdahulu beserta dokumen dan surat terutama yang melibatkan *Dato' Seri Dr Mahathir dan Tun Daim tidak disiasat dan diambil tindakan.* Seolah-olah pemimpin-pemimpin tersebut adalah kebal dari siasatan dan tindakan. Disebaliknya, pemimpin-pemimpin parti alternatif terdedah kepada tindakan dan tekanan berlebihan. Saya menggesa agar pihak polis berkhidmat secara profesional. Sekali lagi saya mengemukakan dokumen dan surat yang menunjukkan bahawa wujudnya *percanggahan kepentingan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan Dato' Seri Dr Mahathir dan Tun Daim.* Kami masih menunggu siasatan dan tindakan pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah.


Disertakan Eksibit Satu dan Eksibit Dua.
Terima kasih.

Wassalammualaikum WarahmatuLlah.

(tandatangan : Anwar Ibrahim)