4 Jun 2018
1. Mahathir tentunya mengeluh kerana keadaan tidak semudah ketika dia menjadi Perdana Menteri. Mudah melanun atau mengagihkan hasil negara kepada keluarga, proksi dan kroni kerana tiada capaian internet dan media sosial yang menyebabkan maklumat bergerak pantas. Contohnya u turn sepenuhnya terpaksa dibuat ke atas projek RM30 billion milik kroni / proksinya Tan Sri Ting Pek Kiing. Tersebar di media perdana mengenai pengumuman Pek Kiing sendiri yang menyatakan beliau memiliki projek bernilai RM30billion di Langkawi dan Mahathir sudah menyatakan pendirian akan melancarkan projek berkenaan.
2. Serentak dengan itu blog cheGuBard.blogspot.com (http://chegubard.blogspot.com/2018/06/belum-100-hari-kroni-proksi-mahathir.html)
telah mendedahkan siapa Ting Peck Kiing ..... Bagaimana berbilion wang rakyat terpaksa digunakan untuk bail out hutang dia selepas projek Bakun yang bermula dengan kertas cadangan kemudian rugi dan menjadi projek gagal. Projek gagal tapi hutan balak musnah menjadi harta kekayaannya. Namun tidak puas dengan itu bagi menggantikan kegagalanya wang negara berbilion disalurkan semula padanya. Ini terkandung juga dalam laporan polis Anwar Ibrahim 1998 yang mana turut menyebut serta mendedahlkan dokumen penglibatan jelas Mahathir dan Daim dalam perkara itu. Tulisan di blog telah diakses lebih 300,000 pembaca manakala mendapat ribuan share dan salinan terbit semula artikel ini di facebook, whats app dan lain lain media sosial.
3. Tertekan dengan itu Mukhriz anak Mahathir selaku Menteri Besar Kedah membuat penafian dangkal mengenai projek yang diumumkan Peck King. Namun Mahathir tidak menafikan hanya menyatakan "siapa ada duit boleh datang ke Langkawi buat projek.." . Untuk pengetahuan semua penafian dangkal Mukhriz kononya seolah tidak mengetahui hujung pangkal mengenai pengumuman Pek Kiing ini nampak sangat muslihatnya. Ia hanya penafian setelah tertekan dengan serangan media sosial (internet). Ramai mengecam bagaimana belum 100 hari , janji dengan rakyat banyak yang tak tertunai tetapi kroni yang pernah menjahanamkan berbilion wang rakyat dapat projek RM30 billion.
gambar dari show room di Langkawi |
4. Ternyata penafian anak Mahathir ini kononya dia tidak tahu langsung dan seolah terkejut hanya menyelamatkan diri. Kita punya maklumat lengkap bagaimana projek ini sebenarnya sudah mendapat 'kelulusan' ketika Mukhriz menjadi Menteri Besar bawah BN dulu namun selepas Mukhriz tersingkir projek ini senyap. Namun seperti mendapat nafas baru Pek Kiing mengumumkan semula projek ini dan siap menyebut bahawa Mahathir sendiri selaku Perdana Menteri setuju hadir melancarkan secara rasmi. Tidak mungkin Pek Kiing menipu dalam perkara ini, jika dia menipu beranikah tindakan ke atas nya diambil kerana menggunakan nama Perdana Menteri sebegitu rupa adalah salah dan membuat pengumuman projek palsu juga boleh diambil tindakan oleh kerajaan.
5. Bukan sahaja sudah mendapat 'kelulusan' projek ini untuk pengetahuan semua sudah pun mempunyai show room nya sendiri di Langkawi dan sudah menjalankan aktiviti perniagaan. Penafian Mukhriz hanya untuk meredakan kemarahan khususnya netizen sebaliknya projek ini sudah sedia untuk diluncurkan. Tahniah ketika rakyat yang susah, harga barang keperluan gagal diturunkan namun diminta menderma sebaliknya rakan penyamun Mahafiraun yang dibail out guna wang rakyat era 1998 kini sedang menikmati kek kekayaan RM30 billion.
jemput klik baca artikel sebelumnya http://chegubard.blogspot.com/2018/06/belum-100-hari-kroni-proksi-mahathir.html
catatan ; che'GuBard, warganegara Malaysia
pemuja madey senyap je ke
ReplyDelete