1 Jun 2018
belum 100 hari Mahathir jadi PM, kroni / proksinya kembali mendapat projek RM30 bil
1. Sudah dikatakan Mahathir yang sangat licik kembali demi keluarga, anak - anaknya serta kroni dan proksinyanamun manusia licik ini sangat cekap mencipta persepsi dan kini dalam tempoh 12 bulan ini semua yang keluar dari mulut Mahathir akan didengar sebagai lagu yang lunak yang tidak sama sekali boleh dibantah. Tidak perlu menunggu lama 1 Jun kroni lamanya yang menjadi sebahagian punca jahanam wang rakyat sekitar 1998. Berbilion wang rakyat terpaksa dijahanamkan untuk bail out projek Ekran Berhad milik Tan Sri Ting Pek Kiing.
antara dokumen yang terdedah 1999 |
2. Pada 12 Disember 1999 jam 12.22 tengahari Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis yang menyebut dengan terperinci mengenai salah guna kuasa Mahathir, Daim, Ling Leong Sik berkaitan jahanamnya berbilion wang rakyat untuk bail out projek Bakun yang gagal, projek tanpa tender yang diberikan kepada Ekran Berhad milik kawan Mahathir iaitu Pek Kiing. Laporan ini antara jenayah besar dan penting Mahathir dan laporan Anwar buat ketika dalam Anwar dizalimi dalam tahanan regim Mahathir ketika itu. Serentak dengan laporan itu tersebar dan terdedah juga beberapa keping surat antara Ekran (Pek Kiing) dengan Daim juga Mahathir. Ketika itu saya juga antara webmaster terlibat turut menerima salinan untuk disebarkan. klik sini untuk butiran laporan polis Anwar yang masih saya simpan.
3. Namun semua tidak diambil tindakan , ia terus disenyapkan serentak seperti pendedahan berbilion wang rakyat dirompak Mahathir, kroni dan proksinya. Semua agensi termasuk mahkamah dicengkam hebat oleh kuku besi diktator selaku Perdana Menteri ke 4. Malah siapa berani bercakap dari dibuang kerja, ditangkap malah dipenjara tanpa bicara (ISA) dengan tuduhan palsu iaitu mengumpul senjata dan bom untuk membuat huru hara.
4. Tidak perlu menunggu lama belum 100 hari lagi pasukan Mahathir sudah menunjukkan belang. 1 Jun 2018 individu yang dibail out berbilion menjahanamkan wang rakyat muncul lagi. Ting Pek Kiing dapat projek tambak laut untuk pembangunan mewah bernilai RM30 billion. Apa kelayakan Pek Kiing ? Berapa pula wang rakyat akan jahanam untuk bail out projek ini lepas gagal nanti ? Projek ini katanya akan dapat dana dari luar adakah dana luar sebelum ini dikatakan penjajahan bentuk baru ? Bagaimana dengan kesan alam sekitar ? kesan impak sosial setempat ? adakah semua akan hancur diketepikan seperti projek Bakun juga ?
5. Ingat.... Ingat... ingat .... 1. Empangan Bakun , antara kontrak (projek) Mahathir bagi pada kroni / proksinya Tan Sri Ting Pek Khiing bernilai hampir RM21 bilion (termasuk 650km kabel dasar laut )....tanpa tender ! Ingat Ekran syarikat Pek King tak pernah buat empangan pun.
6. Idea Bakun ni awal 80an masa awal Mahathir jadi PM. 1986 di Persidangan Alam Sekitar di Rio dia menipu konon nya projek di hentikan sebagai menyelamat alam sekitar. 1996 dikatakan Ting Pek Khiing dibayar pampasan RM1 bil kerana pemberhentian projek namun sambung semula 1997 masa krisis kewangan.
7. Ketika itu dilaporkan Projek Bakun melibatkan kawasan hampir seluas Singapura, tidak kurang dari 10,000 orang kaum Penan terlibat dengan perpindahan. Ekran milik Ting Pek Khiing diberi kontrak tanpa tender. Pacific Chemical milik Ting diberikan hak membalak 20K hektar, FCW dijanjikan kontrak kabel RM4 bil. Julai 1998 PM masa tu arah Anwar masih Menteri Kewangan mendapat arahan bayar pada Ting RM120 juta dari sejumlah RM2.2 bil yang di tuntut , tanpa ikut prosedur Kewangan. Sehingga 1997 sejumlah RM1.6 bil ganti rugi dibayar termasuk RM400 juta kontak terowong pada Dong Ah Korea dan RM1 bil pembelian turbines. Antara kontraktor asing terlibat - ABB ,CBPO Brazil,Lehmeyer Jerman, Harza USA , IMPSA Argentina, Alstorm. 1977 ABB dibayar ganti rugi USD 100 juta. 1999 TNB diarah ambil alih dimana pampasan USD250 juta dibayar lagi pada Ekran. KWSP, KWAP di jadikan sasaran.
8. 2003 Sime Darby dan China Hydro ambil alih melibatkan RM 1.8 bil kontrak kepada IMPSA dan Alstom. Entah banyak mana lesap hingga 2007 Synergy Drive yang ada kaitan dengan Temasik pulak ambil alih dan terakhir, Kerajaan Sarawak ambil alih dengan bayaran RM2.5 bil + RM5.6 bil hutang tertunggak dijamin kerajaan pusat. Paling lekeh RM20 bil hangus kerana Projek Bakun ini.
9. Sentimen sedih mengajak rakyat berkorban, termasuk mengutip derma. Tapi tahukah rakyat kekayaan keluarga Mahathir sangat melampau, Contohnya antara banyak koleksi kereta mewah Mokhzani bernilai RM8 juta. Kalau anak cucu serta kroni Mahathir termasuk Daim beri 10 % kemewahan hasil melanun negara ia lebih dari cukup untuk membayar hutang negara. Namun sentimen sedih, emosi dan kononya ajak berkorban dilancarkan dalam masa sama kroninya mula menyebat projek berbilion.
Saya sangat yakin Anwar dan pasukannya memerhatikan perkara ini dan sedar sesuatu yang salah sedang berlaku..... kepada semua yang lain bukalah mata dan minda jangan mudah sangat bila cakap soal korup Mahathir atau kartel Azmin walau dengan bukti , mudah dipatah hanya dengan tuduhan dibayar dedak Najib. Kini Najib sudah 'tergolek' saya sendiri seronok melihat perjuangan selama ini mendedah keborosan mereka terbukti benar, namun yang didepan mata telah berlaku dan sedang dilakukan semula tak kan nak senyap sahaja ?
catatan oleh ;
che'GuBard, Bekas Ahli MPP PKR dan anggota seumur hidup PKR yang dipecat kerana mendedahkan korupsi libat pimpinan PKR.
sila klik jawapan selepas penafian dangkal mukhriz http://chegubard.blogspot.com/2018/06/penafian-anak-mahathir-mengenai-projek.html
nota tapak kaki : Heran jgk krjaan luluskan prjek RM30 billion Ting Pek Khing di Langkawi
1992 diwahyukan projek Plaza Rakyat
1994 diwahyukan projek mega Bakun
jual saham.. saham tak laku. KWSP, Khazanah, TNB, hicom dan KWAP diarahkan beli.. tambah lg 'letter of comfort' drpd gomen.. masih undersubscribe 65%
1998 kena saman dgn sharepartner dan Daewoo.
Hutang dgn Phileo Allied Bank, RHB Bank, Malayan Banking, Public Bank, Hong Leong Bank and Affin Bank.
2010 Mahkamah Tinggi KL declare Ting bankrap.
La ni dok ada RM30 billion nak buat Projek tambakan laut, dgn condo mewah, dermaga kapal persiaran, kapal layar mewah di pesisir pantai Langkawi.. duit dari mana ? 2010 Pek Kiing Muflis... layak ke dia ?
Ingat budak² wechat akan percaya semua ni?
ReplyDeleteCybertrooper ni..
DeleteDrama semakin menarik
ReplyDeleteKebenaran akan kalahkan kebatilan ..insaallah.
ReplyDeleteFackkk you.. orang len bayar 10 inggit nk msok tender.. ko mudh2 buat mimik muka.. orang dh kasi... bila aq nk kaya ceni.. 20 tender aq msok... p sana p sini.. hmmm, Last Word GODAIII!!
ReplyDeleteFackkk you.. orang len bayar 10 inggit nk msok tender.. ko mudh2 buat mimik muka.. orang dh kasi... bila aq nk kaya ceni.. 20 tender aq msok... p sana p sini.. hmmm, Last Word GODAIII!!
ReplyDeleteBaliklah kpd Islam, Inn syaa Allah selamat.
ReplyDeleteTak mahu sokong TGHH pun takpa,yg penting sokong Islam.
Ye betul. Kenbali kpd Islam, jln yg selamat dunia akhirat
DeleteBaliklah kpd Islam, Inn syaa Allah selamat.
ReplyDeleteTak mahu sokong TGHH pun takpa,yg penting sokong Islam.
Bdk² baru nak berjinak dgn Politik x kan faham semua ni..
ReplyDeleteHurmm
Bagi akulah CheguBard,tulisan ini hanya komfirm/ mengesahkan ala yang ada di dalam akal aku dan lain lain rakyat di luar sana.
ReplyDeleteKau Melayu maka kau tau lah Melayu Islam tu bagaimana irama, rentak dan alumanan mereka.
Kamu hanya mengesahkan bahawah MELAYU ISLAM SUDAH TIDAK LAYAK DI JADIKAN PERDAMA MENTERI ATAU MENTERI KEWANGAN BUMI ALLAH INI.
SUDAH TIDAK LAYAK.
LANGSUNG SUDAH TIDAK LAYAK.
Yang kamu tidak 'move on' serentak dengan Malaysia Baru' ini apa hal? Masih terlekat dalam lumpur Putra World Trade Center dengan budaya, DNA dan doktrin dinosaur yang di tumbang jatuh itu?
Apa hal?
Mana constructive points, fakta membina negara dan rakyat majmuk yang sudah berubah itu?
Project to mengambil dekat 6 tahun untuk di realisasikan.
Kalau BN tidak di tumbang, siapa agak kamu akan tandatangani batu asas, projek persendirian, 'private initiative' itu?
Move on, we all did, stuck in the dinosaur mud.
Berani kerana benar.
ReplyDeleteKita lihat Dan bertindak jika benar
ReplyDeletePKR sila take note jika perkara ini benar
ReplyDeletekami taknak keluar mulut buaya masuk plak mulut naga....
ReplyDeleteMadet ada idea bercakap pasal 1MDB pon terpaksa rujuk berguru dan belajar dgn Nuar dan Rafizi hi hi..
ReplyDeleteNuar dah cakap isu 1MDB 4/5 tahun dulu lg, tup2 Madet jd jaguh wpon cuma jd ekor/murid kat belakang ha ha..
Dia bercakap korupsi Najib yg berbillion2 tu pon belajar dan bersifukan Nuar juga..
Biar kan CAHAYA yg ada diminda rkyat kini menyuloh tepat kemukanya dgn fakta2 ANGKA yg wajib ditelan oleh blogger2 pengampu nya sprt siSyed siBudin dll itu..
Klu aku menCURI sekupang @ sepuloh sen berani mengaku bhw aku dah menCURI secara gentleman wpon ramai org TAK tau..adakah Madet Daim Sammy dll berani membuka "RAHSIA" bobrok sjarah ddlm hati mrk tu mcm aku???
Bard, yakinlah kini sudah muncul CAHAYA baru tenaga super hyper mega META dari angkasa raya langit terbuka yg akan menyuloh tembus kudus kdlm HATI kita semua..termasuk hati kuda2 tua yg masih juga coba berilusi dgn DARK-energy n berconspiracy tak abis2 lg hi hi..
Madey dulu kata Anwar suka main Anus jantan. Betul ka apa yg Madey cakap tu dulu?
Deletesaya percaya
ReplyDeleteOrg x membaca, x cari ilmu mmg xkan caya.. Taksub sgt
ReplyDeleteDrama je lebih..
ReplyDeleteMari kita buat survey trhdp rkyat tentang 'rasa' serta FIRASAT mrk kpd individu2 dibwh ini:
ReplyDelete1-- Adakah anda sbg rakyt berFIRASAT bhw Mahathir pernah songlap berbillion2 wang negara ini?
2-- Adakah FIRASAT anda merasakan bhw Daim juga ada terlibat berbillion2 songlap wang negara?
3-- Bgmn pula FIRASAT anda trhdp Anwar yg dah 2 kali meringkuk ddlm penjara gara2 LIWAT-1 dan LIWAR-2 itu, adakah beliau juga tlh songlap billion2?
Soklan 3 kat atas tu last2 skali kita ajukan kat blogger2 APA ka nama siSyed OUTdbox dan siBudin, so nak tengok FIRASAT dorang pulak, sapa sebenar2nya yg terror mencuri dan dah mnjd mahaguru sifu penCURI paling lagend dinegara ini dan oleh krn nya naseb siNajib tu pon jd begitu!?
Semoga soalan2 diatas itu mnjd CAHAYA CAHAYA CAHAYA dan sebenar2 CAHAYA yg terang kpd jiwa serta minda seluruh rkyat Msia..dan harap2 Astro Awani boleh memulakan langkah berani ddlm 'survey' -KUASA rkyat KUASA keramat ini!!
Chegubard
ReplyDeleteSaya terkejut juga baca artikel taukeh Bakun kembali dengan usul pembangunan MEGA & MEGAH di Langkawi. Bakun sudah telan berbillion ringgit dan menghalau keluar ratusan penduduk asal di situ di samping menghapuskan ribuan spesis flora dan fauna. Tidak cukupkan kemajuan fizikal di Langkawi setakat ini? Semua tanah yang dimasukkan dalam projek tu milik siapa? Dan tapak tambakan laut itu nanti milik siapa? Bukankah RM20b tu lebih sesuai bangunkan pelbagai aspek keperluan sosio-ekonomi di Kedah???
Pada hemat saya, kerajaan PH di bawah Tun Dr Mahathir terlalu fokus kepada aspek projek fizikal dan retorika ekonomi daripada pembangunan yang seimbang !!! Kembalikan tanahair ini kepada kegemilangan ekonomi pertanian...
ReplyDeleteSetuju
DeleteSetuju
DeletePolitic is dirty.Sometimes like a two headed- snake.
ReplyDeleteSblm ni matlamat Pakatan untuk UBAH, REFORMASI & BERSIH. Tapi knp skrg matlamat perjuangan dah lain? Bagaimana nak UBAH/BERSIH kalau Ketua Penyamunnya yg diangkat jd Pemimpin & semua kesalahan rasuahnya diAuto-Suci kan hanya dgn perkataan MAAF? Menteri2 corrupt lain disiasat sana-sini, tapi Mastermind nya tak diambil tindakan pulak? Adakah PAKATAN sedang menuju utk diperangkap dgn konsep ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ ini?
ReplyDeleteSalam chegubard, saya amat menyokong penulisan2 ini. Teruskan berjuang menegakkan kebenaran. Tomahan2 rakyat dibawah yang taksub inilah yang membuka ruang pemimpin di atas tidak kira siapapun untuk terus mencuri harta negara yang kaya. In sha allah allah merahmati chegubard
ReplyDeleteSaya pernah tengok wawancara pengacara Capitol TV dengan Cikgu Bard sebelum ini. Bagi dia semua yang Kementarian Pelajaran dan KPT buat semua tak betul.Bila ditanya apa saranan beliau, tak dak apa2 point yang dia cakap. Kerana hormatkan tamu, pengacara TV Capitol tu pun layanlah dia.
ReplyDeleteSaya cadangkan Cikgu Bard jadi Pengerusi PAC, jika ada. Biar dia dedahkan semua perkara, semua orang.
Kalau ada yang rasa terfitnahc samanlah dia... apa susah.
Sejarah nan tak terlupakan,
ReplyDeletekatering kantor