17 Jun 2017
Kemenangan rakyat menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU ke 14 yang lalu seharusnya meletakkan negara makin 'ke dalam' landasan betul dengan mengangkat kedaulatan undang - undang dan perlembagaan sebagai teras pegangan. Namun beberapa perkembangan mutaakhir ini sangat membimbangkan dan lebih malang lagi dengan pembangkang yang lemah dan kebanyakan 'gerakan' serta individu yang kononya bergerak atas nama pro progresif pula seolah masih 'mabuk padang' kemenangan.
Kegusaran pertama ialah sebaik sahaja kekalahan Barisan Nasional , Mahathir mengumumkan kewujudan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Daim yang kemudian mengumumkan kewujudan beberapa jawatankuasa kecil. Jawatankuasa ini pula kemudian bertindak diluar batas seolah negara ini diperintah oleh jawatankuasa ini. Kabinet belum dibentuk malah jauh lagi bermesyuarat, Menteri belum angkat sumpah, parlimen juga belum bersidang namun jawatankuasa ini telah begitu berkuasa memanggil semua agensi termasuk agensi pelaksana, agensi perundangan (penguatkuasaan) malah lebih biadap turut memanggil mereka di dalam agensi kehakiman. Malaysia seolah dikendalikan dari Menara Ilham dengan persetujuan Pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana bukan lagi Putrajaya.
Pertamanya wajib diingat bahawa jawatankuasa ini adalah "unconstitutional" ia diwujudkan tanpa keabsahan undang undang. Mereka juga tidak terikat mana mana kontrak jauh sekali ada sumpah taat setia pada negara. Maka mereka ialah jawatankuasa haram. Bukan sahaja agensi pelaksana, pengaatkuasa, keadilan kelihatan bebas dipanggik melapor kepada jawatankuasa haram ini malah kabinet sendiri seolah terletak dibawah jawatankuasa ini.
Tidak pernah dalam sejarah dalam mana - mana negara komenwel mana - mana anggota atau kabinet itu sendiri memanggil ketua hakim 'mengarahkan' letak jawatan. Namun di Malaysia telah tercatat sejarah paling hitam dalam semua negara komenwel apabila sebuah jawatankuasa haram memanggil Ketua Hakim Negara 'arah' letak jawatan dan kemudian memberikan kenyataan terbuka menghina dan mendesak perletakan jawatan.
Atas desakan jawatankuasa haram yang diketuai oleh manusia paling korup di Malaysia iaitu Daim maka akhirnya Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah meletakkan jawatan dengan mempersembahkan surat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong memaklumkan perletakkan jawatan bermula 31 Julai 2018.
Tidak cukup dengan itu sekali lagi negara ini mencipta sejarah hitam sebagai negara tidak berpelembagaan dengan mengadakan Majlis Angkat Sumpah Ketua Hakim Negara Baru pada 11 Julai 2018. Majlis yang diadakan secara tergesa - gesa atas desakan tangan ghaib itu diadakan malam hari di Istana Negara. Sekali lagi Malaysia mencatat sejarah hitam dunia dengan kali pertama dalam sejarah negara yang punya dua Ketua Hakim. Persoalanya kenapa perlu tergesa gesa angkat sumpah ketua hakim baru di malam hari dalam keadaan ketua hakim masih duduk dikerusi itu sehingga 31 Julai.
Prinsip pemisahan kuasa antara kuasa eksekutif, perundangan & kehakiman hancur tanpa kita sedar, dan ia bakal menjadi tanda aras baru yang bakal menjadikan negara Malaysia ini jauh dari menjadi negara hukum yang menjamin keadilan dan hak.
Itu belum lagi menyebut dalam perihak bagaimana lantikan Peguam Negara yang baru yang bukan sahaja PH menipu pengundi dengan melanggar janji manifesto mereka malah mereka juga melangar norma perjalanan negara hukum demi memenuhi nafsu lantikan mereka. Pada janji ke-15 manifesto PH - di bawah tajuk Memisahkan Pejabat Pendakwa Raya Negara Daripada Pejabat Peguam Negara, HARAPAN menyatakan:
Peguam negara akan dilantik daripada kalangan anggota parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan.
Jawatan Pendakwa Raya pula akan dipegang oleh individu lain yang bebas dan bertindak tanpa mengira kepentingan politik kepartian.
Beliau akan mengetuai Pejabat Pendakwa Raya Negara yang mempunyai autonomi dalam melaksanakan kuasa-kuasa pendakwaan, iaitu sama seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain yang demokrasinya lebih matang.
Selepas melanggar manifesto dalam perihal meletakkan lantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dibawah parlimen kini adakah PH sekali lagi melanggar janji manifestonya pula dalam bab pemisahan kuasa Pendakwaraya dan Peguam Negara.
Atau dalam senarai ahli parlimen yaang menang bertanding tidak ada yang layak dilantik sebagai Peguam Negara seterusnya menjadi Menteri yang berperanan sebagai penasihat undang - undang bagi kerajaan sehingga terpaksa berdepan dengan polimik hanya untuk melantik Tommy Thomas selaku Peguam Negara yang akan menjadi Menteri yang menjadi penasihat undang - undang dalam kerajaan.
Dalam bab ini Peguam Negara masih dilantik oleh Perdana Menteri dan tidak bebas masih sama dan tidak ada bezanya dengan sebelum ini malah lebih parah Peguam Negara yang Mahathir lantik ini bakal menjadi Menteri (anggota kabinet) pula jika berdasarkan janji manifesto mereka.
perlantikan speaker DEWAN RAKYAT juga melanggar janji manifesto PH |
Keadaan semakin celaru semalam mengenai perlantikan Speaker Dewan Rakyat. Sebelum itu saya mengajak semua mengimbau peristiwa 20 Disember 1999, Perdana Menteri (Mahathir) ketika itu telah mencadangkan perlantikan Mohamed Zahir Ismail sebagai Speaker Dewan Rakyat. Pencalonan ini disokong oleh Presiden MCA, Lim Liong Sik.
Perlantikan ini telah dibantah oleh ahli ahli parlimen Barisan Alternatif ketika itu kerana dikatakan telah dicalonkan tidak mengikut peraturan Dewan (termasuk isu notis 14 hari). Antara yang mengambil tempat dalam perbahasan tersebut adalah Mohammad Sabu, Mahfuz Omar, Teresa Kok, Chong Eng, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr Tan Seng Giaw, Kerk Kim Hock, Fong Po Kuan dan Tan Kok Wai.
Selepas bantahan tersebut tidak diterima, Dr Tan Seng Giaw telah mengisytiharkan keluar dewan dengan berkata, "Ada bantahan... Satu walk-out". Semua ahli parlimen Barisan Alternatif telah keluar dewan pada ketika itu sambil disorak oleh beberapa ahli parlimen BN, "Oi balik balik berambus get lost" dan "tidak angkat sumpah tidak boleh masuk ooo".
Ahli-ahli Parlimen BA kemudiannya telah masuk semula ke dalam Dewan bagi upacara angkat sumpah. Termasuk Allahyarham Us Fadzil Noor, Dr Wan Azizah, Dr Tan Seng Giaw dan Husam Musa.
Kali ini ia berlaku sekali lagi dibawah Perdana Menteri yang sama. Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat no 4 jelas menyebut:
"Aturan memilih Tuan Yang di-Pertua hendaklah seperti yang tersebut di bawah ini:
(1) Tiap-tiap ahli yang hendak mencadangkan nama seorang ahli Dewan itu atau seorang yang layak dipilih menjadi ahli Dewan itu yang hendak dipilih jadi Tuan Yang di-Pertua, hendaklah mempastikan terlebih dahulu iaitu ahli itu suka berkhidmat jika ia dipilih, dan juga hendaklah memberitahu kepada Setiausaha dengan bersurat sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum mesyuarat"
Tarikh tutup penamaan calon Speaker ialah pada Isnin, 02 Julai 2018 iaitu 14 hari sebelum 16 Julai 2018 tarikh permulaan sidang.
Umum mengetahui, Mohamad Ariff Md Yusof hanya disahkan pencalonannya sebagai Speaker oleh Kerajaan pada semalam, 15 Julai 2018. Sebelum pada itu PH mencadangkan nama Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul sebagai calon kemudian ditukar sebab bantahan dalaman dan Johari tarik diri hanya dimaklumkan minggu lepas.
Jadi, bagaimana SU Dewan Rakyat boleh berkata dia telah menerima surat pencalonan bertarikh 02 Julai 2018 ? Tidak perlu menulis panjang kerana saya bekas orang yang duduk dalam kelambu PKR dan sehingga kini ramai teman rapat dalam sana. Cuma kepada mereka yang bersungguh membela kejadian 'back dated' notis menamakan speaker janganlah terlalu hipokrit dan jujurlah paling tidak dengan diri sendiri dan rekod susah payah berjuang. Adakah perjuangan yang panjang hanya untuk merebut tempat dan mengulang semula kepincangan negara dalam keadaan lebih parah.
Macai sentiasa ada di mana - mana cuba bertukar watak. Ketika tahun 1999 dan banyak siri selepas itu ketika pembangkang keluar dewan sebagai bantahan maka macai Bn akan mengecam perbagai termasuk memanggil yang keluar dewan itu sebagai beruk dan anjing kerana kononya tidak menghormati dewan. Begitu juga kini bila pembangkang (yang sebahagian besar darinya dahulu kerajaan keluar dewan) maka macai kerajaan akan membuat kecaman termasuk memanggil mereka beruk dan anjing. Ini bukti jelas sejarah itu berulang ulang dan terpulang pada kita untuk menjadikanya pengajaran, cuma setakat ini terbukti yang berubah hanya watak namun roh perubahan reformasi itu terlalu jauh.
Contoh satu lagi jika dulu ketika PAS tidak keluar dewan kerana membantah maka penyokong PH memanggil mereka pasu bunga, namun ketika hari ini ahli parlimen seperti Rembau tidak keluar dewan tidak pula dipanggil pasu bunga sebaliknya dipanggil hero dan hebat.
Untuk makluman semua saya dan beberapa teman - teman baru dan lama dari perbagai fraksi sedang berbincang untuk membuat beberapa tindakan. Antara tindakan dibincangkan untuk membawa perlanggaran hukum serius dalam negara ke perhatian dunia termasuk bertemu Queen Council bagi meneliti perkembangan terbaru ini. Kepada rakyat keseluruhanya ekonomi Malaysia sebenarnya makin terjejas, pelabur menjauh. Kenyataan dari China dan Jepun serta beberapa buah negara meragui dasar ekonomi Mahathir ada asasnya apabila undang - undang (prinsisp asas bernegara hukum) dilanggar sebegitu rupa. Nilai Matawang negara makin jatuh, indeks BSKL sangat tidak stabil. Akibatnya barang keperluan khususnya barang makanan yang majoriti keperluan datang dari luar negara harganya makin menaik.
Perubahan ?
catatan umum cheGuBard, warga negara Malaysia
nota kaki : ramai nasihat saya supaya belajar berdiam sebab kini peluang sedang banyak, malah ada yang menawarkan untuk sama mengisi 'jawatan' dalam kemenangan.... namun saya mohon maaf sejak 1998 bila saya buat keputusan 'berlawan' saya hanya belajar satu... nyatakan benar itu benar dan salah itu salah... insyaAllah selebihnya pulangkan pada yang Esa.
akhbar Jepun juga melaporkan ketidakpercayaan terhadap ekonomi Malaysia |
Rakan dah naik ke bulan dia madih dlm kelambu.
ReplyDeletePasti sukar berpegang kepada prinsip BENAR, tetapi saya percaya tuan akan KUAT dan TENANG bila berpegang dengannya. Nafas kebenaran lebih panjang daripada nafas kebatilan. Semoga yang terbaik tuan dengan rahmatNya!
ReplyDeleteFuh..hebat gila che gu bard..seram aku baca post ni..
ReplyDeleteGood article. It is indeed very alarming to see the almost 360-degree negative change in PH. I don't expect Tu(r)n M to be honourable because he is the king of u-turns. But what about the rest in DAP, PKR and Amanah? Where is your honour? How can you flip-flop and twist and turn to justify the current non-fulfilment of 95 percent of your manifestos? Your noses are growing longer by the day.
ReplyDeleteHi Chegubard...i agree with you. Salah tetap salah walau dilakukan oleh mak atau bapa atau anak kita sendiri.
ReplyDeleteUlar menyusuri akar takkan hilang bisanya. Bangkit!
ReplyDeleteTq atas pandangan dan pendirian
ReplyDeleteT.kasih atas pandangan.memang agak sukar berkata yg benar.moga tuan sentiasa di pihak yg benar
ReplyDeleteHye; send your mobile number.
ReplyDelete