surat aku janji tidak mendedahkan butiran yang telah diserahkan pada SPRM jika tidak bioleh dipenjara dua tahun atau denda sehingga sepuluh ribu
Sidang media sebelum laporan SPRM
Bersama teman - teman selepas laporan SPRM
Pada 16 September 2012, mengambil semangat Hari Malaysia, cheGuBard dengan di iringi teman - teman telah membuat satu laporan SPRM mengenai satu dokumen yang hantar di kediaman di N.Tebal, Pulau Pinang.
Satu sampul surat tidak bertanda telah dihantar dengan ditinggalkan di peti surat. Setelah diteliti sampul surat itu mengandungi dokumen sebanyak 25 helai dokumen yang berkaitan dengan Persatuan Bekas Polis Malaysia. Merujuk seperti mana yang telah diumumkan dalam sidang media sebelum laporan SPRM dibuat. Antara dokumen tersebut ialah ;
- Surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM 500,000.
- Surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada kementerian kewangan bertarikh 6 April 2012
-
2 minit minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang
menyebut dengan jelas nama Datuk Seri Chua Soi Lek di mana pada tarikh 19 November 2011 telah berlaku pertemuan dimana persatuan mohon bantuan untuk dapatkan sumbangan dari Jabatan Perdana Menteri.
Dalam minit mesyuarat yang sama juga merakamkan yang membantu mendapatkan geran bantuan dari Perdana Menteri tetapi diputuskan pembayaran ‘komisyen’ sebanyak 40% dari apa yang perolehi harus dibayar ke sebuah syarikat yang ditetapkan.
- Dilampirkan juga penyata kira – kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.
Persoalanya dalam negara ini korupsi sudah amat teruk umpama sel barah yang merosak dalam tubuh. Peruntukan geran bantuan kebajikan juga sudah terlibat ‘komisyen’ yang sangat tinggi. Berapa banyak wang rakyat hangus kerana membayar komisyen ini.
Persoalanya :
- anngota keselamatan sendiri harus buka mata bagaimana persatuan yang harus menjaga kamu selepas pencen pun terlibat dalam komisyen dalam mendapatkan wang bantuan kebajikan ?
- Adakah atau apakah kaitan pemimpin tertinggi Bn yang disebut dalam minit mesyuarat yang ditemui untuk meminta bantuan dapatkan dana geran kebajikan dengan syarikat yang dikenali sebagai pengantara itu ?
- Jabatan Perdana menteri harus keluar dengan penjelasan mengenai perkara ini ? Adakah ini amalan biasa untuk mendapatkan dana politik di peringkat tertentu ?
Bukan
sahaja pembelian kapal selam tetapi geran bantuan kebajikan juga sudah
perlu bayar komisyen. Malaysia sudah terlalu parah nampaknya. Kesemua
dokumen tersebut telah dibuat carian dan disahkan salinan dari dokumen
asal yang betul.
SAMM mendesak satu siasatan menyeluruh bukan sahaja geran bantuan Perdana menteri terhadap persatuan ini sahaja tetapi harus meneliti semua geran bantuan yang sama. Diyakini ini banyak lagi kejadian seperti ini dan ia menjadi amalan biasa yang salah tetapi sudah dilihat halal. Jika diteliti rasanya atas nama kebajikan tetapi disonglap komisyen orang politik dijangka nilai menjangkau ratusan juta telah hilang.
che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
16 September 2012
2 minit minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama Datuk Seri Chua Soi Lek di mana pada tarikh 19 November 2012 telah berlaku pertemuan dimana persatuan mohon bantuan untuk dapatkan sumbangan dari Jabatan Perdana Menteri.
ReplyDeletesekarang baru sept 2012!
terima kasih atas teguran... sudah diperbetul
ReplyDeleteyou are most welcome! bro...salam
ReplyDeleteKita sekarang dah ada akta perlindungan pemberi maklumat,kenapa tidak berurusan dengan rasmi dengan pihak berkuasa terbabit.Nah, ikut akta ini dedahkah segalanya dan biar depa siasat cukup-cukup.Orang bagi maklumat pula dapat perlindungan. Kalau isu ni dicampur aduk dengan politik, ia akan muncul dalam selera citarasa politik dan geramnya hati tiada kesudahan. Kalau siapa nak lebih serius baca saja undang-undang berkenaan dihalaman peguam negara agc.gov.my. Sekarang ni semuanya mudah belaka.
ReplyDeletekrisis dalam persatuan bekas polis ini sudah berlarutan selama hampir 6 tahun, bermula 2005, ini lah akibatnya bila kes d bawa ke mahkamah bila pemilihan yg d buat dgn mematuhi Undang2 Tubuh tidak d patuhi. Perlembagaan persatuan sudah jelas siapa ahli yg bawa kes ke Mahkamah keahliannya dlm persatuan gugur mandatori.
ReplyDeleteBila dpt kuasa melalu Mahkamah.. ialah yg berlaku, tahniah Cikgu Bard membongkar segala penyelewengan dlm persatuan, nak harap akhbar yg di kuasai kerajaan .. semua ok aje.. walaupun beribu lapuran di buat.. ROS double standard.. klu lain2 Ngo cept dia btindak .. ini buka cerita, faktanya ruj dlm Buletin ROS esdniri.. kes persatuan ..adua di buat sejak tahun 2008 .. senyap..