- Bukankah ramai ulama Umno yang telah mengistiharkan demonstrasi / himpunan jalanraya itu haram ? Adakah Ketua Pemuda Umno itu Jumaat lepas sudah melanggar fatwa haram demonstrasi atau beliau sendiri sudah mengeluarkan fatwa membatalkan fatwa lama dan umum fatwa demonstrasi sudah menjadi halal ?
- Bukakah pemuda Umno yang selama ini sungguh - sungguh dalam mendesak demonstrasi wajib dalam stadium kerana dalam stadium juga boleh suarakan rasa dan perasaan, tetapi bagaimana pula mereka pula buat demosntrasi di jalanan sehingga banyak jalan ditutup dan tidakkah peniaga rugi kerana orang ramai jalan ditutup ? atau mereka akhirnya sedar hakikat sebenar bila orang ramai berhimpun peniaga alkan lebih untung dan tanpa arahan untuk polis masuk ganggu dan pecah kedai - kedai maka semua akan dapat manafaat.
- sikap perkauman menebal tidak boleh terpisah dengan Umno. Khairy dan pemuda umno menggunakan kesempatan demonstrasi dan menunggang sentimen membela Rasullulah dengan politik perkaumannya. Pemuda Umno membawa bahan sepanduk dan laungan anti DAP berkumandang. Malah dalam kenyataannya Ketua Pemuda Umno itu secara terus terang meminta PAS meninggalkan PR hanya kerana DAP didominasi oleh orang cina. Manusia ini jugalah yang sama akan berbaju Cheongsam dan berpeluh menghafal beberapa patah perkataan berbahasa cina apabila nak rayu undi cina, hipokrit dan munafik ! Jika minta PAS kerana dominasi cina , kini Khairy dicabar nyatakan dengan jelas tidak perlukan undi orang cina lagi.
- Pemuda Umno perlu faham mereka kini parti pemerintah maka sekadar demonstrasi tidak cukup ! Kerajaan sendiri yang dikuasai Umno harus bertindak. Mereka laungkan anti Amerika, Anti Israel, Anti Yahudi tetapi ketahui atau tidak mereka bahawa ketika banyak kerajaan dunia termasuk yang minoriti Islam juga telah memboikot Israel tetapi Malaysia meneruskan hubungan dagang membantu ekonomi Israel. klik link dibawah untuk penjelasan lanjut hubungan dagang Malaysia bantu Israel ;
- Jawapan Menteri sahkan hubungan dagang Malaysia - Israel
- Munafik ! Malaysia bekal sawit ke Israel
- Malaysia berdagang dengan Israel secara terus dan sedar
- Dalam isu berkaitan juga diingatkan Tun Dr. Mahathir sendiri pernah bertemu Soros dan dihadapan Soros dan media mengatakan peristiwa kejatuhan ekonomi 1997-1999 tidak ada kene mengena dengan Soros (klik sini)
- Tidak cukup dengan itu tahukah kita betapa munafiknya regim penguasa, kita ajak rakyat boikot hanya kerana nak kan undi semata buktinya kita juga benarkan syarikat besar pro Israel memiliki hartanah dan menjadikan negara ini sebagai pusat operasi (klik sini untuk baca lanjut)
- Mengenai dana asing, tahukah pemuda umno bahawa parti komponen Bn juga menerima dana asing untuk menjalankan aktiviti, malah kerajaan sendiri menerima dana asing (klik untuk baca lanjut) Di pertegaskan ;
- saya sokong hak rakyat berhimpun dan menyatakan pendapat seperti termaktub dijamin dalam perlembagaan negara dan konvensyen hak asasi dunia
- tidak ada agama boleh dihina, menjadi hak malah wajib bagi umat Islam bangkit bela penghinaan terhadap Rasullulah. Apa yang berlaku mampu wujud kegelisahan antarabangsa, kerajaan negara terbabit seharusnya mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit menghina. Penganut agama lain juga harus bersama.
- umat Islam juga harus menerbitkan karya lebih baik melawan penghinaan tersebut. Filem perlu lawan filem.
- sudah 55 tahun kita merdeka tetapi hampir semua isu dikait sentimen perkauman ini berlaku kerana parti politik perkauman yang hidup atas api perkauman. Sudah tiba masa untuk kita tolak politik perkauman dan melihat ke depan membina negara ini bersama dalam meraikan penyatuan perbezaan.
- isu dana asing ialah politik bodoh, dalam dunia globalisasi dan lebih lagi Malaysia mengamalkan sikap pro kapitalis pasaran bebas, maka dana asing pasti berlegar.
- sikap anti Yahudi sebenarnya berbau perkauman,tahu atau tidak kita ada anak bangsa Yahudi mati kerana pertahan hak orang Islam Palestin. Ayuh kita arahkan ke sasaran lebih tepat iaitu anti negara Israel. Namun adakah negara ini benar berani bertindak anti Israel kerana kita sendiri banyak berdagang terus dengan negara tersebut.
- Ajak rakyat boikot adalah hipokrasi, jika benar berani haramkan kemasukan barang yang dianjurkan boikot.
- Akhirnya sudahlah dengan bermain sentimen munafik mengalihkan isu sebenar rakyat demi meraih undi. Hakikat sebenarnya negara kini hilang daya saing, kenaikan harga barang menekan hidup rakyat, pendapatnegara meningkat tetapi hutang negara meningkat dengan lebih mendadak sehingga paling tinggi dalam sejarah ini kerana pengurusan lemah dan rasuah berleluasa.
- Ini masalah sebenar rakyat, rakyat memerlukan penyelesaian permasalahan ini. Kehidupan makin menekan. Segelintir kecil menguasai sejumlah besar ekonomi dan rakyat terbanyak berebut kek ekonomi ang kecil.
- Sekian ;
- che'GuBard
- Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Saturday, September 22, 2012
Khairy dicabarnya nyatakan tidak perlu undi orang cina dan dedah juga program pemuda (komponen) Bn yang juga guna dana asing
Seperti di jangka Ketua Pemuda Umno akan perkuda isu 'filem / karikatur' hina Rasullullah untuk politik domestik Umno dan peribadi beliau. Ada beberapa persoalan yang perlu di jawab dan perlu di beri perhatian ;
No comments:
Post a Comment