KUALA LUMPUR, 25 Sept — Budaya politik ganas yang dibawa oleh Umno
kini sudah menjadi ikutan mahasiswa universiti rentetan insiden
pengerusi Pro Mahasiswa Nasional Universiti Malaya, Edikoup Lakip
Sediyanto dibelasah pagi tadi, kata Badrul Hisham Shaharin (gambar), pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Dalam
insiden 4 pagi pagi tadi, Edikoup telah dipukul sekumpulan lima orang
samseng ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Seksyen 17,
Petaling Jaya.
“Saya sangat kesal dengan insiden ini.
“Jika kita perhatikan, situasi politik semasa dalam negara akan
memberikan refleks kepada mahasiswa umumnya,” kata Badrul yang dikenali
sebagai Chegubard.
Badrul juga menyelar budaya politik ganas seperti ini yang
dianggapnya mempunyai persamaan dengan insiden membaling kasut ke dalam
masjid dan cat yang didakwanya didalangi samseng Umno.
“Bulan lalu rombongan Jelajah Merdeka Rakyat diserang dengan pelbagai
bentuk ancaman seperti insiden baling kasut dalam masjid dan menyimbah
cat ke bas. Saya lihat budaya ganas ini menjadi ikutan kini di kalangan
mahasiswa,” kata Badrul.
Dalam sidang akhbar sama, Badrul berkata SAMM selaku sekutu Gerakan
Asalkan Bukan Umno (ABU) mengumumkan pihaknya bersama 25 NGO lain akan
menggerakkan mobalisasi ke seluruh negara bagi memastikan penyertaan
besar Konvoi Mega ‘R’ sebagai tanda solidariti kepada tuntutan hak
royalti minyak Kelantan.
Badrul juga menegaskan isu tuntutan hak royalti ini bukanlah isu negeri tetapi melibatkan isu pengkhianatan besar negara.
“Ini merupakan satu pengkhianatan kepada negara dan sebagai rakyat
Malaysia, semua individu dan NGO wajar memberikan sokongan kepada usaha
mengembalikan hak rakyat negeri Kelantan khususnya, dan negara amnya,”
katanya lagi.
The Malaysian Insider pada minggu lalu membuat laporan NGO Royalti
(R) merancang untuk menyerahkan memorandum tuntutan royalti kepada
perdana menteri Najib Razak di Kompleks Jabatan Perdana Menteri 3
Oktober ini.
Pada hari sama, NGO R juga bakal mengadakan satu perhimpunan di
Istana Kehakiman Putrajaya di mana perbicaraan kes saman kerajaan
Kelantan kepada Petronas akan berlangsung. Pada Ogos lalu, Najib menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi
mengkaji isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri
di Pantai Timur.
Najib mendakwa kerajaan Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran
tunai daripada hasil petroleum kerana pengeluaran petroleum tidak
dilakukan dalam kawasan perairan mereka.Najib turut berkata jawatankuasa
itu akan membuat kajian menyeluruh dalam tempoh enam bulan dan akan
membuat syor yang sesuai kepada kerajaan.
Namun, jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh bekas Ketua
Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, mendapat kritikan dan dituduh
sebagai satu permainan politik kerajaan.
Majlis tersebut akan dihadiri oleh Pimpinan Pakatan Rakyat, Ketua
Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kelantan, Tuan
Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pada 3 Oktober, kepimpinan kerajaan Kelantan akan ke Mahkamah
Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya mendengar perbicaraan kes
tuntutan royalti Kelantan.
Setakat ini, Gerakan R berjaya mengumpulkan 150,000 tandatangan
rakyat Kelantan dan satu memorandum akan diserahkan ke Pejabat Perdana
Menteri (JPM) pada 3 Oktober
Pertanda nak kalah dah makin jelas.... Janganlah bersedih
ReplyDeleteKamu orang semua perasan dgn perjuangan kamu
Saya dan rakan2 mengiyakan saja golongan macam bercakap pasal perjuangan tapi memang tak sokong. Buang masa saja berdebat dgn orang yang hati dan akal fikiran dah tertutup. Golongan yang selalu kata orang lain jahat & tak betul tapi kejahatan depan mata tak nampak atau buat-buat tak nampak.
Belajarlah sejarah bagaimana jatuhnya Kalifah Uthmaniah. Asalnya dari strategy anasir luar. Dalam perjuangan kamu dah ada pun tapi buat2 tak nampak