When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Saturday, November 30, 2019
Thursday, November 28, 2019
UGUTAN TINDAKAN UNDANG - UNDANG OLEH TONY PHUA KIAM WEE
Ruj. Sdr : KPLT.2090.19./CL
Tarikh : 27 November 2019
Kepada :
YB. Tony Phua Kiam Wee,
Ahli Parlimen Damansara juga
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia.
melalui
KPLU & Tan Advocates Solicitors,
D79, Oasis Square, 2A, Jalan PJU 1A/7A,
Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
email : chengleong@kpltan.com
Saudara ;
UGUTAN TINDAKAN UNDANG - UNDANG OLEH TONY PHUA KIAM WEE
Perkara di atas di rujuk.
1 November 2019 saya telah menerima satu email melalui cheGuBard@gmail.com dari chengleong@kpltan.com yang 'dikepilkan' 17 helaian surat berbahasa Inggeris bertarikh 29 Oktober 2019 yang meminta saya meminta maaf kepada Sdr. Tony Phua Kiam Wee kononnya kerana saya menfitnah dia dalam 3 posting yang mana disertakan salinannya dalam surat tersebut.
Sebagai respon saya telah membalas surat tersebut melalui email yang sama seperti di bawah :
Perkara di atas dirujuk.
2. Pertamanya saya meminta masa untuk menjawab surat ini dilanjutkan sehingga selepas PRK Tanjong Piai selesai kerana saya terlibat menyusun kempen memberi penumpuan mengalih dan mengepung undi masyarakat Melayu kepada calon Pakatan Harapan. Saya terlibat dalam jentera propaganda sulit di peringkat bawah. Oleh kerana itu juga salinan yang dihantar ke kedua dua alamat tersebut juga saya masih belum baca dan mujurlah pihak tuan menghantar melalui email ini.3. Keduanya meminta untuk surat tersebut dapat dihantar dalam Bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan) agar saya membantu pemahaman, mengelak salah faham dan saya dapat membalas dengan baik nanti.4. Adapun kenyataan saya secara bertulis atau lisan adalah untuk mencari kebaikan untuk negara secara amnya dan memastikan pengukuhan berterusan sokongan rakyat terhadap PH secara khususnya namun jika ada yang terkesan saya mohon maaf. Saya akan menjawab secara butiran penuh selepas PRK Tanjong Piai (selepas 16 November) dan selepas saya menerima (melalui email ini) salinan surat sama dalam Bahasa Melayu.
Kemudian pada 15 November 2019 saya telah mendapat e mail dari alamat yang sama menghantar semula surat yang sama dalam Bahasa Kebangsaan - Bahasa Melayu. Beberapa hari saya ambil untuk merujuk dan memeriksa balas dengan beberapa orang sumber saya termasuk beberapa pemimpin kerajaan.
Sebagai balasan saya nyatakan seperti di bawah :
1. Tindakan ini membuktikan saudara memberikan perhatian kepada tulisan dan kenyataan saya yang menegur dan ingin sama membaiki kerajaan dan pemerintah Malaysia hari ini untuk memperkukuhkan ia demi rakyat. Terima kasih atas perhatian tersebut.
2. Saya memohon maaf jika ada kenyataan saya yang menyusahkan saudara namun saya mempertahankan kenyataan saya iaitu hak dan kepentingan bumiputera wajib dipertahankan demi kestabilan negara ini. Jelas beberapa tindakan khususnya dalam pengurusan syarikat berkaitan kerajaan agak tidak kena dan menjejaskan kepentingan bumiputera.
3. Tindakkan ugutan saman dan tekanan perundangan mengingatkan saya terhadap kerajaan Malaysia sebelum ini. Saudara sendiri sebelum ini begitu hebat melaungkan mengenai hak rakyat untuk mempersoalkan kepincangan dan apa yang tidak puas hati secara terbuka. Malah kita pernah sama menggesa kakitangan kerajaan yang punya maklumat salah laku wajib membocorkan demi kepentingan negara. Sebagai pemegang amanah / penjawat awam / pemimpin negara pula menjadi tanggungjawab menjawab kritikan terbuka dengan cara penerangan. Selalu pemimpin ada runag media dan sebagainya. Namun nampaknya bila ada kuasa saudara lupa dengan laungan saudara sendiri sebelum ini.
4. Saya sedia mendengar penjelasan saudara dan jika ada kesalahan saya sedia membetulkan apa yang saya tulis atau berkata - kata namun ugutan tindakan undang - undang tidak sama sekali mampu mengubah saya. Untuk pengetahuan saudara sejak 1998 saya telah ditahan pihak berkuasa tidak kurang dari 35 kali. Saya pernah ditahan secara kasar di depan keluarga dan anak anak saya. Saya pernah ditahan ketika saya mengajar di sekolah. Saya pernah dikepung ketika sedang memandu oleh belasan kenderaan penguasa dan ditahan ditepi jalan. Rumah saya juga pernah dibaling bom botol yang mana saya yakin ia ada kaitan pendedahan pembaziran dan korupsi yang saya lakukan ketika itu. Maka ugutan tindakan undang - undang tidak akan gentarkan saya untuk terus bercakap apa yang saya yakin ia benar lebih lagi saya tidak punya apa pun. Saya dan keluarga duduk dirumah sewa, kereta saya guna pinjaman bank 9 tahun atas nama kawan saya kerana nama saya tidak layak dapat pinjaman bank sebab tak ada pendapatan tetap. Dua akaun bank kurang RM3,000 malah ada masanya hanya beberapa puluh ringgit baki. Saya tidak punya harta lain seperti tanah jauh lagi saham secara langsung atau melalui proksi. Saya hanya menanggung kehidupan saya dan keluarga melalui beberapa perniagaan runcit kecil sahaja.
5. Jangan menumbangkan Bn dan menggantikan dengan kerajaan baru hari ini usaha kamu sahaja. Ia usaha ramai malah majoritinya tidak dikenali dan tidak duduk dalam kerajaan itu sendiri pun hari ini. Makanya semua ada hak menegur demi mempertahankan kerajaan malah sentiasa mengasak penambahbaikan. Teguran saya juga saya masih 'minima' bukan melalui sidang media dan libat aksi fizikal terbuka hanya tulisan disosial media sahaja dengan harapan kamu sendiri atau pihak berkaitan membaca dan membetulkan keadaan.
6. Jika saman dan tindakan undang - undang pilihan kamu saya gusar akan terdedah dokumen - dokumen dan akan disapina saksi saksi yang akan memberikan kesan negatif kepada kerajaan hari ini. Ingat antara asas teguran saya ialah mengenai usaha melantik Dato Voon Tin Yow (yang merupakan Lembaga Pengarah Ecoworld) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ke dalam GLC yang selama ini menjadi teras Bumiputera iaitu Sime Darby Proterty dengan gaji RM265,000 sebulan. Saudara tentu sangat tahu siapa terlibat dalam cadangan ini. Hasil pendedahan saya disambut asakan beberapa pihak telah berjaya menggagalkan cadangan ini.
Keduanya pendedahan saya ialah cadangan gabungan dimana UEM Sunrise yang 'dipaksa' gabung dengan Ecoworld. Adakah cadangan gabungan ini tidak wujud ? Syarikat teras bumiputera akan ditelan syarikat berkepentingan majoriti besar bukan bumiputera yang sedang mengalami masalah. Cadangan ini tidak ditarik sehingga kini cuma pendedahan saya dan asakan beberapa pihak hanya dilihat melambatkan sedikit proses tersebut.
Dalam semua ini apa peranan Kementerian Kewangan di mana saudara Lim Guan Eng merupakan Menteri Kewangan dan kamu merupakan setiausaha politiknya ?
Sebagai penutup sekali lagi saya nyatakan saya mohon maaf jika menyusahkan kamu namun saya tegaskan keyakinan saya ialah dalam negara ini yang majoritinya bumiputera maka demi menjamin kelansungan kestabilan kepentingan pegangan ekonomi majoriti bumiputera wajib dipertahankan. Menjadi hak semua warga membuat teguran dan menjadi kewajiban pemerintah menjawab dan menjelaskan kedudukan sebenar.
Sekian dan terima kasih.
che'GuBard
Tuesday, November 26, 2019
PENJARA DAN DENDA TERHADAP BEKAS KETUA AMK AMPANG HARUS DIJADIKAN PENGAJARAN
Catatan Umum
26 November 2019
PENJARA DAN DENDA TERHADAP BEKAS KETUA AMK AMPANG HARUS DIJADIKAN PENGAJARAN
Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengekalkan hukuman Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur iaitu penjara 6 bulan dan denda RM30,000 ke atas Adam Rosly Abdullah, bekas Ketua AMK Ampang bagi 6 kesalahan memalsukan penyataan dan dokumen kepada SPRM pada 2018 yang mana ia berkaitan siasatan pemilikan harta mewah termasuk rumah mewah yang mendapat jolokan "Disney Ampang" bernilai jutaan yang dibeli secara tunai.
Walaubagaimana pun difahamkan dia memfailkan permohonan menangguhkan hukuman sementara memulakan proses rayuan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya iaitu peluang terakhir rayuan.
Saya antara yang awal mendedahkan mengenai kekayaan luar biasa watak ini. Sebagai ahli politik muda yang baru muncul walaupun ketika itu PKR hanya memerintah Selangor dan masih pembangkang di peringkat pusat namun kesombongan dia menunjuk kekayaan khususnya melalui media sosialnya begitu menjolok mata. Dengan taraf pendidikan 'seadanya' , latar belakang tidak menyakinkan dia tiba - tiba muncul menunjuk kekayaan dengan gelaran 'Datuk' hanya berusia 20 an hanya selepas aktif dalam PKR dan berjawatan Ketua AMK Ampang, maka sangat meragukan.
Hukuman ini harus dijadikan pengajaran buat semua. Kedudukan politik serta kuasa yang diperolehi masing masing hari ini adalah hasil perjuangan rakyat dan sebarang pengkhianatan seharusnya dikenakan hukuman berat. Jangan ingat kamu pandai selindung kerana rakyat tidak bodoh dan tidak mudah diperbodoh.
Hukuman ke atas Adam adalah atas pendakwaan kerana menipu dalam sesi soal siasat seperti mengatakan dia beli rumah jutaan ringgit kerana dapat pinjaman mudah dari Along. Peguam negara sepatutnya melanjutkan pendakwaan dengan mengaitkan pengubahan wang haram atau seumpamanya serta merampas hartanya kerana gagal membuktikan bagaimana dia mengumpul kekayaan sebegitu rupa. Bukan sahaja rumah mewah 'Disney Ampang' melalui media sosialnya dia turut berlagak dengan beberapa rumah mewah lain serta kenderaan mewahnya.
Untuk peringkat ini ucapan tahniah harus diucapkan kepada SPRM dan Pejabat Peguam Negara kerana bertegas dengan ahli politik walaupun kini mereka kerajaan.
catatan oleh ;
che'GuBard
26 November 2019
PENJARA DAN DENDA TERHADAP BEKAS KETUA AMK AMPANG HARUS DIJADIKAN PENGAJARAN
Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengekalkan hukuman Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur iaitu penjara 6 bulan dan denda RM30,000 ke atas Adam Rosly Abdullah, bekas Ketua AMK Ampang bagi 6 kesalahan memalsukan penyataan dan dokumen kepada SPRM pada 2018 yang mana ia berkaitan siasatan pemilikan harta mewah termasuk rumah mewah yang mendapat jolokan "Disney Ampang" bernilai jutaan yang dibeli secara tunai.
Walaubagaimana pun difahamkan dia memfailkan permohonan menangguhkan hukuman sementara memulakan proses rayuan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya iaitu peluang terakhir rayuan.
Saya antara yang awal mendedahkan mengenai kekayaan luar biasa watak ini. Sebagai ahli politik muda yang baru muncul walaupun ketika itu PKR hanya memerintah Selangor dan masih pembangkang di peringkat pusat namun kesombongan dia menunjuk kekayaan khususnya melalui media sosialnya begitu menjolok mata. Dengan taraf pendidikan 'seadanya' , latar belakang tidak menyakinkan dia tiba - tiba muncul menunjuk kekayaan dengan gelaran 'Datuk' hanya berusia 20 an hanya selepas aktif dalam PKR dan berjawatan Ketua AMK Ampang, maka sangat meragukan.
Hukuman ini harus dijadikan pengajaran buat semua. Kedudukan politik serta kuasa yang diperolehi masing masing hari ini adalah hasil perjuangan rakyat dan sebarang pengkhianatan seharusnya dikenakan hukuman berat. Jangan ingat kamu pandai selindung kerana rakyat tidak bodoh dan tidak mudah diperbodoh.
Hukuman ke atas Adam adalah atas pendakwaan kerana menipu dalam sesi soal siasat seperti mengatakan dia beli rumah jutaan ringgit kerana dapat pinjaman mudah dari Along. Peguam negara sepatutnya melanjutkan pendakwaan dengan mengaitkan pengubahan wang haram atau seumpamanya serta merampas hartanya kerana gagal membuktikan bagaimana dia mengumpul kekayaan sebegitu rupa. Bukan sahaja rumah mewah 'Disney Ampang' melalui media sosialnya dia turut berlagak dengan beberapa rumah mewah lain serta kenderaan mewahnya.
Untuk peringkat ini ucapan tahniah harus diucapkan kepada SPRM dan Pejabat Peguam Negara kerana bertegas dengan ahli politik walaupun kini mereka kerajaan.
catatan oleh ;
che'GuBard
Monday, November 25, 2019
AMALAN KEADILAN RIMBA MAKIN KUAT SEJAK ANWAR MENJADI PRESIDEN
Catatan Umum
25 November 2019
AMALAN KEADILAN RIMBA MAKIN KUAT SEJAK ANWAR MENJADI PRESIDEN
Pertama saya ingin menyatakan simpati kepada Sdr. Zakaria Abdul Hamid, Ketua Cabang PKR Bera yang diumumkan dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam. Saya mengenali beliau sejak 1998. Ketika saya mula bergerak melalui Parti Keadilan Nasional (PKN) Cawangan Seremban Jaya seterusnya dilantik menjadi Ketua Penerangan Pemuda Barisan Alternatif Negeri Sembilan watak Zakaria sudah menjadi Exco Pemuda Pusat PKN. Beberapa kali bertembung dalam mesyuarat dan program diperbagai peringkat. Pemecatan tanpa dipanggil membela diri beliau dari parti sangat kejam dan berbentuk keadilan rimba.
Untuk pengetahuan semua, pemecatan tidak melalui proses yang betul ini sememangnya menjadi amalan parti sejak lama dulu. Saya sendiri pernah digantung tanpa dipanggil membela diri selama lebih setahun tahun sebelum dipecat pada Ogos 2016. Malah lebih lucu saya dipecat dua kali dalam sebulan, satu melalui surat yang mana tandatangan setiausaha agung dipalsukan dan kemudian dua minggu selepas itu dikeluarkan satu surat lain dengan tandatangan setiausaha agong yang sebenar. Saya masih menyimpan bukti ketika itu mengenai pemalsuan dan kemudian bagaimana setelah tercabar kerana saya kata setiausaha agong penakut dan mendiamkan jenayah pemalsuan tandatangan maka setiausaha agong keluarkan surat lain dengan tandatangan dia yang sebenar. Bukan sahaja tanpa dipanggil malah tanpa mesyuarat dan sokongan yang cukup majlis pimpinan pusat saya dipecat.
Untuk rekod bukan saya atau Zakaria sahaja tetapi ramai sudah mengalami nasib yang sama walaupun sudah berjuang lama namun hanya menegur maka dipecat tanpa proses yang betul.
Saya dipecat kerana mempersoalkan orang yang mendapat payung kuning Anwar Ibrahim ketika itu. Bezanya kini orang yang mendapat keistimewaan dan kumpulanya pula menghadapi saat sukar bermula hanya kerana menegur Anwar dan tidak tunduk akur sepenuhnya. PKR makin parah amalan keadilan rimbanya sejak Anwar menjadi Presiden.
Tak apalah bak kata orang tua hidup umpama roda kerana itu kita seharusnya berpegang prinsip, keadilan bukan kerana di mana kita berada atau mangsa berada tetapi ialah berkenaan betul atau salah dan proses atau sistem harus betul. Dulu semua keputusan Anwar akan dahulukan kawan lama walaupun keputusan ada yang jelas tidak adil, namun kini Anwar makin parah semua keputusan berdasarkan siapa yang sanggup 100% memacaikan diri dan keadaan tampah parah kerana kebanyakan pengampu keliling dia ialah aktivis reformasi 2008 dan 2018.
Belum jadi Perdana Menteri Anwar sudah menunjukkan kediktatorannya. Contohnya ialah
25 November 2019
AMALAN KEADILAN RIMBA MAKIN KUAT SEJAK ANWAR MENJADI PRESIDEN
Pertama saya ingin menyatakan simpati kepada Sdr. Zakaria Abdul Hamid, Ketua Cabang PKR Bera yang diumumkan dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam. Saya mengenali beliau sejak 1998. Ketika saya mula bergerak melalui Parti Keadilan Nasional (PKN) Cawangan Seremban Jaya seterusnya dilantik menjadi Ketua Penerangan Pemuda Barisan Alternatif Negeri Sembilan watak Zakaria sudah menjadi Exco Pemuda Pusat PKN. Beberapa kali bertembung dalam mesyuarat dan program diperbagai peringkat. Pemecatan tanpa dipanggil membela diri beliau dari parti sangat kejam dan berbentuk keadilan rimba.
Untuk pengetahuan semua, pemecatan tidak melalui proses yang betul ini sememangnya menjadi amalan parti sejak lama dulu. Saya sendiri pernah digantung tanpa dipanggil membela diri selama lebih setahun tahun sebelum dipecat pada Ogos 2016. Malah lebih lucu saya dipecat dua kali dalam sebulan, satu melalui surat yang mana tandatangan setiausaha agung dipalsukan dan kemudian dua minggu selepas itu dikeluarkan satu surat lain dengan tandatangan setiausaha agong yang sebenar. Saya masih menyimpan bukti ketika itu mengenai pemalsuan dan kemudian bagaimana setelah tercabar kerana saya kata setiausaha agong penakut dan mendiamkan jenayah pemalsuan tandatangan maka setiausaha agong keluarkan surat lain dengan tandatangan dia yang sebenar. Bukan sahaja tanpa dipanggil malah tanpa mesyuarat dan sokongan yang cukup majlis pimpinan pusat saya dipecat.
Untuk rekod bukan saya atau Zakaria sahaja tetapi ramai sudah mengalami nasib yang sama walaupun sudah berjuang lama namun hanya menegur maka dipecat tanpa proses yang betul.
Saya dipecat kerana mempersoalkan orang yang mendapat payung kuning Anwar Ibrahim ketika itu. Bezanya kini orang yang mendapat keistimewaan dan kumpulanya pula menghadapi saat sukar bermula hanya kerana menegur Anwar dan tidak tunduk akur sepenuhnya. PKR makin parah amalan keadilan rimbanya sejak Anwar menjadi Presiden.
Tak apalah bak kata orang tua hidup umpama roda kerana itu kita seharusnya berpegang prinsip, keadilan bukan kerana di mana kita berada atau mangsa berada tetapi ialah berkenaan betul atau salah dan proses atau sistem harus betul. Dulu semua keputusan Anwar akan dahulukan kawan lama walaupun keputusan ada yang jelas tidak adil, namun kini Anwar makin parah semua keputusan berdasarkan siapa yang sanggup 100% memacaikan diri dan keadaan tampah parah kerana kebanyakan pengampu keliling dia ialah aktivis reformasi 2008 dan 2018.
Belum jadi Perdana Menteri Anwar sudah menunjukkan kediktatorannya. Contohnya ialah
- jika benar parti membuat keputusan Timbalan Presiden tidak dibenarkan merasmikan Kongres AMK dan Wanita 2019 maka berdasarkan perlembagaan tugas merasmi seharusnya diberikan pegawai parti mengikut hiraki kekananan. Jika Timbalan Presiden tidak boleh kenapa tidak diberikan kepada Naib Presiden menang bertanding seperti Tian Chua, Izzah, Zuraidah atau Xavier adakah mereka tidak layak ? Tindakan memberikan tugasan merasmi itu kepada isteri Anwar (Azizah) yang tidak ada jawatan rasmi dalam parti dilihat sangat nepotisme. Walaupun Azizah ialah Timbalan Perdana Menteri tetapi ia adalah urusan parti bukan urusan kerajaan.
- dipertikaikan ketidak hadiran Azmin dan Zuraidah. Ya saya setuju Azmin ataupun Zuraidah ada salah mereka kerana tidak hadir tetapi ini bermula dengan tindakan diktator Anwar membuat lantikan jawatan lantikan tidak melalui musyawarah malah jelas beberapa negeri ketua ketua cabang sudah nyatakan terbuka siapa pilihan mereka namun yang mendapat majoriti sebagai Ketua Negeri diketepikan sebaliknya Anwar umumkan pilihanya sesuka hati. Jika Azmin dan Zuraidah dipertikai ketidak hadiran bagaimana pula dengan Izzah yang sebaik sahaja menang bertanding umum letak jawatan berdasar rekod rasmi parti tolak dan dia masih Naib Presiden. Dia tidak datang mesyuarat juga. Bagaimana dengan Rafizi lepas kalah Timbalan Presiden untuk dipujuk diumumkan sebagai Naib lantikan juga tidak datang mesyuarat adakah dipertikaikan ? Nampaknya salah jika bukan kem Anwar tetapi jika kem Anwar buatlah apa pun maka semua 'dilindungi'.
- protokol parti juga celaru beberapa kali Anwar tidak hadir mempengerusikan mesyuarat seperti biro politik sewajarnya ketika itu pegawai parti paling kanan seperti Timbalan atau Naib mempengerusikan mesyuarat sebaliknya Presiden mewakilkan isterinya mempengerusikan mesyuarat Biro Politik parti.... ia sangat celaru....
Respon SPRM terbaru mengenai kekhilafan (kesilapan) pihak SPRM sehingga mengakibatkan pemecatan Zakaria dan seorang lagi. Ini lebih memalukan nampak sangat tindakan tidak ikut prosedur sebaliknya hanya atas arahan atasan.
Anwar sebelum ini dilhat ahli politik bijak namun kebijakan dan kematangannya nampaknya tenggelam mutaakhir ini dalam keghairahan dan syahwat yang sangat tinggi untuk dia duduk sebagai Perdana Menteri ke 8. Maka wajar rakyat Malaysia mula merasa sedikit gusar kerana belum jadi PM Anwar sudah diktator dan bagaimanalah dia nak mengemudi negara kerana mengendalikan parti sendiri pun Anwar jelas gagal.
che'GuBard
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR & Ketua Cabang Rembau
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR & Ketua Cabang Rembau
Thursday, October 24, 2019
Menteri Undang - undang terlibat dalam seleweng duit 1MDB ??
Catatan Umum
24 Oktober 2019
Nampak kesungguhan SPRM dan Jabatan Peguam Negara dalam mengheret mereka yang menjadi penyamun di siang hari ke muka pengadilan. Namun bagi kebanyakan rakyat ini tidak cukup kerana ia masih pendakwaan dan penyiasatan terpilih. Contohnya ialah jelas bila tersebar cek dan resit penerimaan 'sumbangan' dari Najib Razak sebanyak RM 2 juta kepada Parti Liberal Demokratik melalui satu resit rasmi bernombor A 1030 dan dengan jelas cek tunai itu telah ditunaikan oleh Bekas Presiden LDP VK Liew yang mana di belakang cek itu tertera tandatangan dan no. kad pengenalan VK Liew.
Persoalanya kini adakah tidak ada pendakwaan atau dipanggil siasatan hanya kerana VK Liew 'sempat' lompat kapal dan kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang & Hal Ehwal Parlimen).
Apa yang merisaukan ialah kesungguhan SPRM dan Jabatan Peguam Negara akan cair dan sia sia begitu sahaja kerana komen-komen netizen dalam laman sosial mempersoalkan bagaimana ramai pemimpin pembangkang boleh didakwa Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 sedangkan ramai pemimpin kerajaan termasuk yang lompat terlepas begitu sahaja walaupun ada bukti mereka juga terlibat.
Tujuan tulisan ini bukan untuk menuduh tetapi memohon penjelasan. Jika ia tidak benar malah yang terbabit sendiri wajar segera muncul memberikan penjelasan.
catatan oleh ; che'GuBard, warganegara Malaysia
Friday, October 11, 2019
Saifuddin Nasution Ismail Menteri gagal harus letak jawatan, batalkan saranan bodoh menteri
10 Oktober 2019, saya dapat beberapa masej melalui whats app group menyatakan ada kumpulan yang menamakan diri mereka TUNTUT anjur tunjuk perasaan untuk hantar memorandum mengenai desakan membatalkan Program Subsidi Petrol Bersasar. Saya sebenarnya sangat benci bila Menteri Saifuddin mengumumkan batalkan subsidi petrol. Menurut Saifuddin harga petrol akan diapungkan mengikut harga pasaran dunia bermula 1 Januari 2020, hanya yang berada dalam senarai penerima BRIM yang kini dikenali BSH yang memiliki kenderaan akan menerima RM30 bagi pemilik kereta dan RM12 bagi pemilik motorsikal. Itu pun wujud beberapa syarat jenis kenderaan pula.
Bagi saya ini semua menipu rakyat yang sebenarnya ia menunjukkan kegagalan kerajaan dan ketidak kemampuan kerajaan bagi memastikan kebajikan rakyat. Bila kerajaan tidak mampu maka kerajaan terpaksa apungkan nasib rakyat kepada pasaran.
Kepada Saifuddin mana pergi hujah kamu ketika kita berbelas tahun bersama di pentas pentas ceramah sebagai pembangkang. Kamu sendiri pernah hujahkan sepatutnya rakyat Malaysia menikmati harga minyak murah kerana kita negara pengeluar minyak. Kita tidak boleh bezakan harga minyak Malaysia dengan negara lain bukan pengeluar minyak di dunia. Nampaknya bila jadi menteri kamu jadi lupa dengan semua hujah kamu dan kamu kianat rakyat. Nama rakyat hanya mainan untuk dapat kuasa , bila berkuasa rakyat dipijak ?
Saya nak semua ingat pada 2018 ketika dibentangkan Budget 2019 Kerajaan Malaysia telah mengumumkan berkenaan budget bersasar namun sehingga Budget 2020 dibentangkan kamu (Saifuddin) gagal melakukan apa yang diperuntukan dalam belanjawan 2019. Ternyata kamu Menteri gagal kerana program dan peruntukan yang sepatutnya diselesaikan dalam budget 2019 sebaliknya kamu GAGAL hanya mampu dilaksanakan 2020.
Lagi malang walaupun pelaksanaan hanya tahun 2020 tetapi 2019 kementerian terbabit tetap 'berjaya' membazirkan RM25 juta lebih kononya untuk membangunkan satu sistem kad RON95 bagi mengendalikan program subsidi bersasar. Projek tersebut serta wang tersebut telah diberikan kepada sebuah syarikat atas nama GHL Transact Sdn Bhd. Namun bila diumumkan subsidi bersasar tahun depan hanya diberikan kepada penerima BSH dengan wang akan dimasukkan terus ke akaun penerima 4 bulan sekali ternyata wang RM25juta lebih milik rakyat hangus atas alasan bangang. Kalau setakat nak pakai senarai BSH kenapa perlu bazirkan wang rakyat RM25 lebih untuk buat sistem ?
Untuk pengetahuan Menteri yang gagal, bukan semua M40 tersenarai dalam penerima BSH kerana ramai yang gagal dalam bab dokumentasi dan syarat pengesahan yang dikenakan. Malah bukan sedikit rakyat khususnya kelompok B40 tidak menggunakan kenderaan atas namanya. Sistem pinjaman bank yang sangat ketat beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan ramai rakyat terpaksa menggunakan nama orang lain untuk memiliki kenderaan. Maknanya program subsidi bersasar yang menteri umum ialah program subsidi tersasar sebenarnya. Maka ia adalah 'penarikan subsidi' yang benar benar mendera rakyat. Bukan itu sahaja kos bahan api kenderaan perdagangan dan kos kehidupan M40 yang meningkat secara langsung akan menyebabkan kenaikan harga barang kerana kos perniagaan meningkat. Ini akan meningkatkan inflasi secara mendadak. Bayaran 4 bulan sekali pula akan menyebabkan kelopongan dan ia bakal menyebabkan kecelaruan yang lebih luar kawal.
Sudahlah Menteri gagal menurunkan kos kehidupan, kenaikan harga barang dan perkhidmatan berterusan gagal dikawal malah pengumuman menteri menunjukkan kerajaan makin gagal menjaga hidup rakyat dan terpaksa menyerahkannya kepada pasaran dunia semata.
Saya hadir 11 Oktober 2019, 3 petang untuk menyatakan kekecewaan terhadap Saifuddin Nasution selaku menteri yang gagal dan mendesak dia meletakkan jawatan. Malah kepada Perdana Menteri kalau berani membuat rombakan kabinet wajib menggugurkan Menteri gagal ini.
Sekitar jam 3 petang, 11 Oktober 2019 ada sekitar 100 orang yang mana sebahagiannya ialah mahasiswa yang membawa bantahan mengenai kenaikan besar mendadak mengenai kos pengajian. Kelihatan kehadiran polis lebih 4 kali ganda dari demonstran. Bermula dengan semua tenang dan hanya ada jeritan dan sedikit ucapan. Kelihatan demonstran memegang beberapa sepanduk tertulis slogan menunjukkan kepada barisan kereta mewah yang sedang memasuki parlimen Malaysia. Mulanya Polis setuju membenarkan semua demonstran duduk di bahu jalan sambil menunggu wakil ahli parlimen turun. Namun tiba - tiba kelihatan polis mengasak peserta supaya berundur maka terjadi tolak menolak dengan beberapa demonstran yang tidak puas hati selepas itu kelihatan beberapa peserta demonstran ditahan termasuk ditekan ke jalan tar untuk ditahan.
Nampaknya keadaan tetap tidak berubah, kemudian turun seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai wakil pejabat Anwar Ibrahim turun dan meminta dua orang wakil untuk masuk ke Bangunan Parlimen. Kenapa Anwar ? Saya pun tak pasti ...... ada anggota Polis yang bertanya kepada saya kenapa wakil Anwar yang tiba tiba turun ada plan ke ? Saya jawab entahlah saya datang untuk nyatakan protes dan solidariti kepada rakyat yang bakal didera dengan penarikan subsidi.
Buat teman - teman yang rapat dengan kekuasaan hari ini tolonglah tegur dan ingatlah janji serta ikrar kamu ketika tidak punya kuasa. Busi kamu nanti dikuatiri dilihat umpama anjing mengemam tulang kerana takut buka mulut dan terjatuh tulang direbut yang lain.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL sila letak jawatan kerana kamu GAGAL !
Video : Cabar Syed Hussin senaraikan syarikat atau projek yang dikatakan diberikan pada kroni atau anak beranak Mahathir
Saya bukan penyokong Mahathir dan saya sudah kecewa dengan Anwar yang semakin jelas wajah sebenarnya. Namun saya tegaskan Syed Husin hanya rootweiler Anwar kerana bila bab janji pada rakyat tidak ditunai dia bungkam tapi bila isu ghanimah jawatan dia menyalak tak henti henti.
Dia main sebut sahaja tanpa ada maklumat atau kajian lengkap asal boleh menyalak ke Mahathir puaskan tuannya Anwar. Contoh saya sangat yakin dia tidak punya maklumat pun apabila dia sebut mengenai projek dan syarikat yang dikawal oleh kroni Mahathir yang dia namakan Daim Zainuddin, Syed Mokhtar serta dia juga sebut anak - anak Mahathir. Dia hanya lontar bola untuk rakyat mainkan sahaja. Ini semua mainan Profesor Kangkung (meminjam istilah Anwar).
Jika dia bukan rootweiler Anwar atau Profesor Kangkung saya cabar dia senaraikan nama syarikat dan projek yang dikawal oleh kroni Mahathir atau anak - anaknya. Namun saya jangka Syed Husin akan gagal jawab kerana dia tidak ada jawapan atau tidak berani jawab.
Sunday, October 06, 2019
Syed Husin dicabar senaraikan kontrak, projek atau syarikat yang diberikan kepada kroni jika tidak dia hanya "rootweiler' Anwar
Catatan Umum
6 Oktober 2019
Syed Husin dicabar senaraikan kontrak, projek atau syarikat yang diberikan kepada kroni jika tidak dia hanya "rootweiler' Anwar
Merujuk kepada wawancara Syed Hussin dengan Malaysiakini yang disiarkan pada 5 Oktober 2019 dimana dia mengatakan Malaysia di era KLEPTOKRASI KRONI dengan menyatakan
Syed Husin bisu bila kerajaan gagal menunaikan janji pada rakyat namun tiba - tiba dia muncul bising bila berkenaan janji ghanimah jawatan Perdana Menteri pada Anwar. Ramai tertanya adakah Anwar telah berjaya jadikan Syed Husin sebagai "rottweiler" nya bagi menyalak kepada Mahathir.
Nampaknya strategi Anwar ialah dia sendiri akan terus cuba menjadi baik dengan Mahathir dan beberapa ekor rootweilernya akan dilepaskan utk terus menyerang dan menyalak.
Terbaru Syed Husin menyerang Mahathir dengan menamakan Mahathir sebagai "kleptokrat kroni", siapa mengenali Syed Husin dan Anwar akan tahu perkataan itu bukan perkataan Syed Husin pun, ia sangat 'berbau' perkataan ciptaan Anwar .
Dalam kenyataan di Malaysiakini jelas Syed Husin selaku tukang salak Anwar telah menyatakan banyak syarikat dan projek diserahkan kepada kroni Mahathir terutamanya kepada Daim Zainuddin dan Syed Mokhtar serta anak anak Mahathir.
Di sini saya mencabar Syed Husin jika benar dia berani dan kenyataan itu bukan skrip diberi sebaliknya hasil dapatan dia sendiri. Dia WAJIB menyenaraikan senarai syarikat atau projek kerajaan yang dimaksudkan dikuasai kroni Mahathir seperti Daim atau anak - anak Mahathir. Jika Syed Husin mampu dan berani menyenaraikan maka saya menarik tuduhan saya bahawa Syed Husin 'rootweiler' Anwar malah sedia bersama dia dalam membongkarkan kepincangan.... atau jika Syed Husin tidak mampu ternyata dia cuba bermain politik baling batu sembunyi tangan dan hanya sebagai tukang salak Anwar semata mata.
catatan umum ; che'GuBard
lanjut klik http://chegubard.blogspot.com/2019/10/video-cabar-syed-hussin-senaraikan.html
6 Oktober 2019
Syed Husin dicabar senaraikan kontrak, projek atau syarikat yang diberikan kepada kroni jika tidak dia hanya "rootweiler' Anwar
Merujuk kepada wawancara Syed Hussin dengan Malaysiakini yang disiarkan pada 5 Oktober 2019 dimana dia mengatakan Malaysia di era KLEPTOKRASI KRONI dengan menyatakan
"Banyak syarikat dan projek diberikan kepada kroninya, terutama (pengerusi Majlis Penasihat Negara) Daim Zainuddin, (ahli perniagaan) Syed Mokhtar Albukhary serta anak-anaknya," katanya (https://www.malaysiakini.com/news/494521)
Syed Husin bisu bila kerajaan gagal menunaikan janji pada rakyat namun tiba - tiba dia muncul bising bila berkenaan janji ghanimah jawatan Perdana Menteri pada Anwar. Ramai tertanya adakah Anwar telah berjaya jadikan Syed Husin sebagai "rottweiler" nya bagi menyalak kepada Mahathir.
Nampaknya strategi Anwar ialah dia sendiri akan terus cuba menjadi baik dengan Mahathir dan beberapa ekor rootweilernya akan dilepaskan utk terus menyerang dan menyalak.
Terbaru Syed Husin menyerang Mahathir dengan menamakan Mahathir sebagai "kleptokrat kroni", siapa mengenali Syed Husin dan Anwar akan tahu perkataan itu bukan perkataan Syed Husin pun, ia sangat 'berbau' perkataan ciptaan Anwar .
Dalam kenyataan di Malaysiakini jelas Syed Husin selaku tukang salak Anwar telah menyatakan banyak syarikat dan projek diserahkan kepada kroni Mahathir terutamanya kepada Daim Zainuddin dan Syed Mokhtar serta anak anak Mahathir.
Di sini saya mencabar Syed Husin jika benar dia berani dan kenyataan itu bukan skrip diberi sebaliknya hasil dapatan dia sendiri. Dia WAJIB menyenaraikan senarai syarikat atau projek kerajaan yang dimaksudkan dikuasai kroni Mahathir seperti Daim atau anak - anak Mahathir. Jika Syed Husin mampu dan berani menyenaraikan maka saya menarik tuduhan saya bahawa Syed Husin 'rootweiler' Anwar malah sedia bersama dia dalam membongkarkan kepincangan.... atau jika Syed Husin tidak mampu ternyata dia cuba bermain politik baling batu sembunyi tangan dan hanya sebagai tukang salak Anwar semata mata.
catatan umum ; che'GuBard
lanjut klik http://chegubard.blogspot.com/2019/10/video-cabar-syed-hussin-senaraikan.html
Friday, May 10, 2019
Surat terbuka kepada SPRM : Penyelewengan tapak Bazar Ramadhan Di MBMB
Kepada :
YBhg. Dato' Sri Mohd Shukri Abdull,
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
Ibu Pejabat SPRM,
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.
10 Mei 2019
LAPORAN SALAH GUNA KUASA PENGANJURAN BAZAAR RAMADHAN DI MBMB
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
YBhg. Dato' Sri Mohd Shukri Abdull,
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
Ibu Pejabat SPRM,
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.
10 Mei 2019
LAPORAN SALAH GUNA KUASA PENGANJURAN BAZAAR RAMADHAN DI MBMB
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Saya telah mendapat maklumat menyatakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah bertindak menyerahkan pengurusan Bazaar Ramadan Klebang 2019 kepada Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Klebang yang kemudian menyerahkan kepada sebuah syarikat MNM Bersama Eenterprise.
Setelah diteliti MNM Bersama dimiliki oleh Mohd Nasir Mamat. Individu ini juga merupakan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Tangga Batu yang juga merupakan Naib Ketua Cabang Tangga Batu. Selaku pemegang jawatan politik berkenaan maka sudah tentu penama punya akses terus membepngarui JAPERUN Klebang.
Maka timbul persoalan salahguna kuasa atau pertembungan kepentingan
- Bagaimana MBMB membuat keputusan untuk menyerahkan pengurusan tapak perniagaan tersebut kepada JAPERUN ? Sangat diketahui dengan kedudukan politik penama sudah pasti dia punya akses untuk mempengaruhi keputusan.
- Bagaimana di peringkat JAPERUN pula boleh membuat keputusan menyerahkan pemngurusan tapak perniagaan kepada syarikat yang dimiliki penama yang semamngnya tidak boleh dinafikan punya kases terus kepada JAPERUN atas kedudukan politiknya ?
MBMB punya seharusnya menjelaskan berapa pendapatan yang MBMB perolehi apabila kami turun menemui perniaga jelas mereka mengakui membuat bayaran RM2300 untuk saiz 9 x 18 (10 x 20). Harga ini boleh dikatakan sangat tinggi dan inilah antara punca peniaga perlu menjual barang mahal dan akhirnya pengguna biasa menjadi mangsa barang mahal.
Untuk pengetahuan SPRM berdasarkan rekod yang kami perolehi dari MBMB menyatakan MBMB punya polisi menggalakkan tapak perniagaan diuruskan oleh pihak komuniti (MPKK) atau persatuan peniaga sendiri seperti Pasar Ramadhan luar Masjid Al Falah yang dikendalikan oleh MPKK Stulang Daeng. Sesuai dengan menolak penganjuran syarikat dan menggalakkan komuniti diperkasa, maka MBMB telah menolak permohonan syarikat contohnya Zai Collaboration yang memohon tapak Bazaar Ramadhan di Lot 12018, Klebang.
Satu lagi jelas entiti perniagaan yang dapat projek ini daftar niaga lain bidang macam mana jabatan/agensi kerajaan boleh luluskan perniagaan yang bidangnya tidak didaftarkan. Ia jelas kesalahan bawah pendaftaran perniagaan pula.
Namun ramai melihat secara istimewa syarikat MNM Bersama Enterprise mendapat hak penganjuran melalui MBMB dan JAPERUN KLEBANG yang mana syarikat punya akses politik langsung maka timbung persoalan salah guna kuasa. Malah harga tapak yang mahal jelas menunjukkan penganjuran bersifat keuntungan juga menjadi persoalan. Maka dengan itu SPRM diminta untuk masuk menyiasat perkara ini.
sekian ;
BADRUL HISHAM SHAHARIN a.k.a che'GuBard
https://www.facebook.com/CheGuBard-Original-330750857632133/
https://www.facebook.com/CheGuBard-Original-330750857632133/
Thursday, April 25, 2019
Episod Hospital Mawar atau Pusat Hemodialisis Mawar sudah memasuki fasa menarik...
SPRM mengesahkan membuat lawatan ke Hospital tersebut dan mengesahkan peralatan yang diberi (guna wang) kerajaan dan kemudian didapati ada perjanjian pinjaman bank atas perlatan yang sama dan kemudian audit menyatakan peralatan itu tidak sampai telah disahkan ketika lawatan SPRM memang tidak ada... ia bernilai juta RM.
SPRM juga mengesahkan beberapa watak dalam laporan yang dihantar mula dipanggil dan disiasat. Hospital ini diasaskan dengan dana awam oleh Datuk Dr Yeow seorang pemimpin MCA berpengaruh.
Posting mengandungi video pendek telah diadukan kepada admin fB dan ia telah diturunkan oleh admin fB pagi tadi selepas kira kira 40 jam dinaikkan. Hari ini juga Chong May Lee yang juga pemimpin DAP yang juga CEO Putra Specialist Hospital mengugut agar tidak dikaitkan dalam skandal Hospital Mawar , dia juga menyatakan sedang berbincang dengan peguamnya untuk saman.
Pertama bagi saya nak ingatkan Chong May Lee yang mana kamu dalam kerajaan dan akses media kamu lebih mudah dan luas. Jangan sombong dengan ugutan, jawab sahaja, beri penjelasan. Tidak boleh di elak Putra dan syarikat Intelek Ceria Sdn Bhd (ICSB)yang membuat perjanjian "pelik" dengan hospital Mawar ada kene mengena cuma secara langsung atau tidak langsung itu saja boleh diperhujahkan. ICSB sememangnya merupakan pemegang kepentingan saham dalam hospital pakar putra di Batu Bapa Pahat.
Selaku org politik yang menggotai parti yang mementingkan integriti kamu seharusnya menggunakan ruang ini untuk perjelaskan dan turut menyertai desakan bagi mengasak orang orang kuat MCA ini diseret ke muka pengadilan kerana penyelewengan dana awam.
untuk membaca lanjut klik http://chegubard.blogspot.com/2019/04/membongkar-skandal-hospital-mawar-yang.html
Pegawai MB paling lemah dalam sejarah hina wartawan
Seperti yang saya pernah sebut sebelum ini Aminuddin Harun merupakan Menteri Besar paling lemah dalam sejarah mungkin bukan sahaja di Negeri Sembilan tetapi di Malaysia (lemah zahir dan batin). Bukan sahaja dia itu sendiri lemah tetapi malangnya pejabat dia itu penuh dengan orang yang tak mampu buat kerja malah ego tak tentu hala.
Terbaru Pegawai Khasnya telah membuat satu posting di facebook dengan terus menghina wartawan SINAR HARIAN sebagai "bingai" istilah ini selalu digunakan dalam dialek NS bagi menghina orang bodoh dan lemah. (klik https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2197630916984176&id=100002118669901) . Ini satu yang biadap dan sombong , kamu mewakili pejabat Menteri Besar tidak perlu biadap sebegitu rupa.
Kebetulan selepas membaca kenyataan orang kuat MB paling lemah dalam sejarah itu melintas pula di 'timeline facebook' kenyataan wartawan SINAR HARIAN , cik Mimie Zulkifli ( klik https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10216960534342378&id=1136812253 )
Saya cuba memahami perasaan seorang wartawan biasa, dia bukan orang politik dia menulis dari kenyataan bertulis yang diedarkan di Dewan Undangan Negeri, yang dikeluarkan oleh pejabat MB paling lemah itu sendiri
Ini bermaksud pejabat MB paling lemah itu sendiri yang mengeluarkan kenyataan yang lemah dan apabila dilaporkan oleh media , media pula dipersalahkan. Sebenarnya ini bukan rungutan pertama kawan kawan media di Negeri Sembilan. Ramai sebelum ini bercakap memang susah nak cari sudut untuk membuat laporan tiap kali MB paling lemah itu bercakap atau mengeluarkan kenyataan. Jika tidak dilaporkan pasti pejabat MB bising tapi bila dilaporkan wartawan akan disalahkan kerana laporan yang lemah dan sebagainya. Sudah MB itu sendiri lemah nak buat macam mana ?
Walaupun Aminuddin itu lemah sangat namun dalam perihal ini , Aminuddin perlu meminta pemilik FB 'Riduan MN' yang merupakan orang kuatnya memadamkan status menghina wartawan dan meminta pemilik akaun itu meminta maaf secara terbuka kepada wartawan berkenaan. Jika tidak ramai pasti mula mempercayai bahawa status tersebut diarahkan oleh Aminuddin sendiri tulis kerana tidak tahan diserang kerana kenyataan lemahnya sendiri.
catatan ; che'GuBard, 25 April 2019
Beyblade Battle Taman Al Quran
Pihak pusat pengajian Taman al-quran ingin menganjurkan satu pertandingan BEYBLADE buat warga rembau.
Mari memeriahkan program.
HARI : RABU
TARIKH : 1 MEI 2019
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 29 APRIL 2019
PENDAFTARAN : 8.30 PAGI
MULA PERTANDINGAN : 9.00 PAGI
TEMPAT : PUSAT PENGAJIAN TAMAN AL-QURAN (hadapan sekolah taman seri rembau)
..........................
Terma & Syarat ;
- Semua jenis beyblad
- Tidak dibenarkan menukar beyblade semasa pertandingan
- Terbuka individu sahaja
- Seorang satu penyertaan
- Format pertandingan "DOUBLE KNOCKOUT"
- Satu game 3 rounds
- Terbuka kepada 4 tahun hingga 60 tahun
- Adik adik hendak mendapat kebenaran ibu ayah
- Seberang kehilangan & keselamatan adalah tanggungjawab sendiri
- Keputusan juri Muktamad
- Penyertaan 100
- Yuran Rm5. 00
๐ฅ๐ฅSebarang penyertaan sila hubungi
Encik Zul http://www.wasap.my/
*daftar awal elakkan kesesakkan
*kalah jangan nangis๐๐๐๐
*sebarkan
Cabar Anwar sama seperti cabar Hadi
Baru ini Anwar dalam satu Program yang dinamakan Meet Anwar @ USIM sekali lagi menyatakan punya bukti dan akan dedahkan nama pemimpin PAS yang menerima RM90 juta
Hadi cabar Anwar dedah pemimpin Pas mana yang terima RM90 juta dimana Anwar kata ada maklumatnya...
Budak Pemuda Pas kata Anwar tak akan dedah... sebab Anwar hanya cakap tanpa maklumat... ya aku percaya seperti mana Hadi sebut pasal ada maklumat calon PKR edar PIL KUDA .... Hadi tak akan dedah maklumat walau dicabar macam mana pun sebab Hadi hanya cakap kosong sahaja...
Monday, April 15, 2019
Membongkar skandal HOSPITAL MAWAR yang menelan puluhan juta wang rakyat
Catatan Umum
15 April 2019
Pengenalan
Sejak sebelum sebelum PRK Rantau kami telah 'menjelajah' bertemu banyak yang 'menjaga' kepentingan awam dalam Negeri Sembilan. Kebanyakan pegawai kanan yang kami temui terkejut kerana mereka menyatakan ramai orang PH khususnya PKR yang terutamanya menyatakan rapat dengan Menteri Besar jumpa mereka tetapi semua pasal projek dan peluang membuat keuntungan tetapi kami ialah kelompok pertama yang berjumpa bagi mencari dan membongkar kehilangan wang rakyat sebelum ini. Terlalu banyak yang kami temui, malah kami tertanya kenapa Menteri Besar Negeri Sembilan terlalu lemah tidak sedar apa yang terjadi, jika malas atau tidak tahu nak cari fail fail yang dibawa lari kenapa tidak fail yang ada disusun dan dibongkar. Sudahlah lemah kami yang buat kerja nak buat pembongkaran dihalang pula menjelang PRK Rantau oleh jentera dibawah kawalannya. Takpa abaikan dulu Menteri Besar paling lemah dalam sejarah Negeri Sembilan itu tanpa mengenepikan fakta jika dia bijak dan cekap menyusun kerjanya sudah tentu banyak yang sudah terbongkar dan Bn pasti tidak mampu mengangkat muka dalam PRK Rantau baru ini. Sebab itu saya sebut Menteri Besar lemah ini bertanggungjawab terhadap keputusan PRK baru ini.
Tulisan kali ini akan memfokuskan sebuah insitusi yang dikenali sebagai Pusat Hemodialisis Mawar atau kemudian dikenali sebagai Mawar Renal Medical Centre (MRMC) juga kami PHM. Ditubuhkan pada 2008 oleh Mendiang Dato Dr. Yeow Chai Thiam yang merupakan Bekas ahli dewan negara, bekas Ketua MCA NS, 20 tahun ADUN Lukut dan beberapa penggal sebagai Exco Kerajaan Negeri Sembilan. Sejak penubuhanya hingga kini jika dirujuk kepada laman sesawang http://www.mawar.com.my insitusi ini menekankan ia sebagai sebuah badan tidak bersifat keuntungan. Malah Menurut balu pengasasnya yang kini merupakan Pengerusi MRMC iaitu Datin Chua Lay Ping menyatakan secara jelas mereka memulangkan keuntungan yang diperolehi kepada orang miskin.
Kebetulan selepas PRU 14 Hospital yang dikendalikan oleh balu Dr. Yeow ini kelihatan mengalami masalah kewangan. Kerajaan Negeri cuba menawarkan pengambilalihan namun dilihat tidak mencapai persetujuan bersama. Ia membawa kepada beberapa perkara sehingga Hospital tersebut ditutup dan ratusan pekerja 'tergantung' nasib mereka dan gaji tidak dibayar. Beberapa laporan media cuba memberi gambaran negatif kepada kerajaan kerana gagal mengendalikan krisis melibatkan hospital ini dengan baik sehingga ratusan pekerja menjadi mangsa. Dalam pencarian sebelum PRK Rantau kami turut terjumpa beberapa dokumen berkenaan Hospital ini dan kami sangat pelik kenapa tidak terangkan terus kepada rakyat, bongkar penyelewengan seret yang terlibat ke muka pengadilan dan selamatkan hospital serta kakitangan yang terlibat.
RM18.14 juta wang rakyat diberikan Kerajaan Bn kepada PHM sambil mereka terus membuat keuntungan
Perlu diingat Hospital ini diasaskan dengan dana sumbangan awam dan wang dana rakyat yang disalurkan oleh kerajaan 'mungkin' kerana pengaruh dan kedudukan politik Dr.Yeow pada ketika itu. Kami telah mendapati yang PHM merupakan penerima bantuan kewangan dari KKM yang terbanyak dari kalangan semua NGO pada 2011. Sehingga 2015, PHM telah menerima bantuan kewangan mencecah RM 18.14juta di dalam bentuk subsidi dan geran.
Secara ringkas, RM 9 juta telah diberi kepada PHM untuk membeli peralatan perubatan untuk Hospitalnya (Mawar Medical Center), RM 3.14 juta untuk peralatan dialisis dan pembinaan pusat rawatan dialisis dan baki adalah dalam bentuk bayaran subsidi rawatan dialsis dan ubatan kepada para pesakit yang diberikan secara berterusan.
SOALAN RINGKAS: PHM telah menerima banyak subsidi dan bantuan kewangan dari pelbagai pihak sejak penubuhannya dan dianggarkan PHM menjana keuntungan antara RM 30 - RM 100 untuk setiap rawatan dialisis bergantung kepada bayaran yang di bayar oleh agensi agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menaja para pesakit (contoh JPA, SOCSO, BAITULMAL, dll), justeru PHM sepatutnya ada sebuah institusi yang menguntungkan.
JADI KENAPA PHM BOLEH MEMPUNYAI DEFISIT DAN HUTANG SEHINGGA RM30 JUTA? KEMANAKAH HILANGNYA SEMUA WANG DAN KEUNTUNGAN?
KE MANA PERGINYA PERALATAN YANG ‘DIBELI’?
Berdasarkan perjanjian bantuan kewangan di antara PHM dengan KKM pada 2009, sebanyak RM 4 juta telah diperuntukan kepada PHM untuk membeli 4 peralatan iaitu: 1 ‘Magnetic Resonance Imaging’ (MRI), 1 ESWL ‘External Lithotriper’, 1 ESWL ‘Internal Lithotripter’ dan 1 Phaco Machine.
Walaupun dengan pemberian geran tersebut, PHM juga telah membuat pinjaman bank untuk membeli peralatan yang sama. Adakah bank telah di tipu apabila memberi kelulusan pinjaman untuk membeli peralatan yang telah diberi geran/bantuan oleh kerajaan?
Dan yang lebih mengelirukan, walaupun setelah memperolehi pinjaman bank dan geran kewangan dari KKM, TIDAK SEMUA PERALATAN TERSEBUT KINI DIJUMPAI oleh pihak berkuasa walaupun di atas kertas, kesemua peralatan tersebut telahpun dibeli oleh PHM!
Jadi, jika wang tersebut tidak digunakan untuk membeli peralatan yang dijanjikan, kemana perginya wang tersebut?
Kesemua dokumen di atas menerangkan bagaimana jutaan wang rakyat disalur kerajaan kepada PHM untuk membeli peralatan , namun dokumen dokumen dokumen berikutnya menyatakan pula PHM membuat pinjaman bank untuk membeli perlatan. Kalau dah dapat bantuan untuk apa buat pinjaman pula ? Kemudian keratan dokumen terakhir pula ialah audit terkini yang menyatakan peralatan yang diberikan kerajaan dan kemudian dibuat loan untuk pinjaman pula tetapi tidak sampai .....
PINJAMAN BANK UNTUK PROJEK GAJAH PUTIH?
Kami mendapat maklumat yang PHM telah membuat 2 pinjaman dengan bank HSBC (November 2011) dan Affin Bank (June 2012) yang berjumlah RM 12 juta.
Kami ingin tahu, apakah justifikasi PHM membuat pinjaman tersebut dan ke mana perginya wang tersebut?
MAWAR MEDICARE MANAGEMENT SDN BHD: SATU ‘CONFLICT OF INTEREST’?
Kami mendapati pada 2015-2016, sebuah syarikat yang bernama Mawar Medicare Management S/B yang mempunyai alamat surat-menyurat yang sama dengan PHM dah syarikat ini dikatakan kepunyaan Datin Chua Lay Ping dan anak perempuannya Yeow Win Yean telah cuba untuk menjadi PENGENDALI kepada PHM.
Persoalannya, jika betul, kenapa pengerusi PHM dan anak perempuannya, melalui syarikat lain (yang mempunyai alamat syarikat yang sama dengan PHM) mahu mengambil alih kuasa pengendalian PHM? Bukankah ini suatu situasi yang pelik?
BEBERAPA PEMBAYARAN TUNAI DAN CEK YANG TIDAK DAPAT DITERANGKAN
Dari penggalian maklumat dan siasatan yang telah kami lakukan, kami mendapati nama seorang individu yang telah timbul berulang-ulang kali. Nama individu tersebut adalah Wong SeinLoong. Wong telah dikatakan diambil bekerja di PHM dan tugas kerja hariannya adalah mendepositkan wang dari jabatan kewangan PHM ke bank. Kami mendapati dia juga merupakan seorang pengarah bagi beberapa syarikat pemiutang kepada PHM. Syarikat- syarikat tersebut adalah V Chem Enterprise, VSI Renovation & Trading, Kei Yao Enterprise S/B dan CL Fast Way Enterprise. Dari bukti yang kami kumpulkan, dikatakan dia telah melesapkan wang berjumlah hampir RM 2.8 juta di antara Februari 2015 hingga Oktober 2015. Selain dari itu, kami juga menjumpai 2 cek dari PHM yang ditujukan kepada pakcik dan ibu Wong ini berjumlah RM 950,000!
Sebanyak 3 cek berlainan juga telah dikeluarkan oleh PHM untuk individu bernama Wilson Lee Choon Yung yang berjumlah rm150,000.
Selain dari cek, kami juga mendapat bukti yang mengatakan wang tunai sebanyak RM 150,000 telah diambil oleh Datin Chua Lay Ping pada 2015 dan sebanyak RM 45,000 lagi dikatakan diambil oleh Wong Sein Loong bagi pihak mendiang Dato Dr Yeow Chai Thiam, mantan pengerusi PHM ketika itu. Sebanyak RM 100,000 lagi wang tunai dikatakan di ambil oleh encik Henderic Koo (CEO PHM ketika itu) dan mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun Datin Chua Lay Ping.
Soalan yang perlu dijawab:
i) Kenapa PHM mengambil individu yang merupakan pengarah syarikat-syarikat yang menjadi pemiutang PHM berkerja? Dan lebih pelik lagi kenapa individu tersebut ditugaskan untuk mengambil wang tunai dari PHM untuk didepositkan ke bank setiap hari?
ii) Kenapa PHM mengeluarkan 2 cek bernilai RM 475,000 setiap satu yang bertarikh 17 mei 2012 kepada pakcik Wong Sein Loong, iaitu Lim Tau Foo (PBB no. cek 126536) dan ibunya, Lim Siew Kim (PBB no. cek 126535)? Apakah tugas yang mereka berdua telah lakukan sehingga PHM perlu membayar wang hampir RM 1 juta kepada mereka?
iii) Kenapa tiada tindakan lanjut di ambil oleh pihak berkuasa ke atas Wong Sein Loong apabila dia telah ke hadapan dan membuat sidang media untuk akhbar Kwong Wah Yit Poh berkenaan isu pemberian wang ini?
iv) Siapakah individu yang bernama Wilson Lee Choon Yung ini? Dia telah dikatakan menerima 3 cek dari PHM bernilai RM 50,000 setiap satu yang bertarikh 31 Desember 2015 (PBB no. cek 004395), 31 Januari 2016 (PBB no. cek 004396) dan 29 Februari 2016 (PBB no. cek 004397).
Kenapa dia dibayar?
v) Siapa yang membenarkan Datin Chua Lay Ping yang dikatakan telah mengambil wang tunai dari PHM sebanyak RM 50,000 pada Julai 2015 dan RM 100,000 lagi pada Ogos 2015? Atas alasan apa beliau dikatakan boleh mengambil wang dari PHM?
vi) Siapa yang memberi kebenaran kepada Wong Sein Loong yang dikatakan telah mengambil wang bagi pihak mendiang Dato Dr Yeow Chai Thiam dalam 2 masa berlainan pada Ogos 2014 yang berjumlah RM 45,000?
vii) Kenapa Henderic Koo yang dikatakan telah mengambil wang sebanyak RM 100,000 dari PHM dan mendepositkan wang tersebut ke akaun Datin Chua Lay Ping dalam beberapa transaksi bernilai RM 10,000? Siapa yang memberi kebenaran kepadanya untuk mengambil wang tunai dari PHM?
beberapa pembayaran tanpa asas dalam jumlah yang besar
PERCANGGAHAN DI DALAM PERJANJIAN ‘SETTLEMENT’. ADAKAH INI DIBUAT DENGAN SENGAJA UNTUK MENGUNTUNGKAN INDIVIDU TERTENTU?
Satu perjanjian di antara Mawar Associates (terdiri daripada PHM, Datin Chua Lay Ping dan Yeow Win Yean) dan 23 pemiutang telah ditandatangani pada Ogos 2017. Di dalam perjanjian tersebut, telah dipersetujui oleh semua pihak di mana PHM dan Mawar Associates perlu membayar semua pemiutang yang berjumlah RM 650,000. Sebanyak RM 200,000 dari jumlah RM 650,000 perlu dibayar oleh PHM dan bakinya dibayar bersama oleh Mawar Associates.
Apa yang menghairankan kami
Dalam perjanjian itu, dipersetujui bahawa saham milikan Aslirom S/B, Empatsempurna (M) S/B, Jazone Enterprise S/B, Nathill Station (M) S/B, Rumpun Tirai S/B dan Usetacom S/B telah dipindahmilik kepada Mawar Associates. Tetapi, selepas kami selidiki, PHM TIDAK menjadi pemegang saham bersama di dalam syarikat tersebut walaupun secara jelas di dalam perjanjian Mawar Associates terdiri dari 3 pihak. Kenapa PHM tidak diberi pegangan saham keatas syarikat tersebut?
Di dalam perjanjian yang mencurigakan dan pelik itu, kami mendapati hanya PHM yang dikatakan terpaksa membayar kesemua jumlah hutang iaitu RM 650,000 dan bukan hanya RM 200,000 seperti yang dinyatakan di atas.
Adakah terdapat individu-individu yang mendapat keuntungan dan memenuhi poket mereka dari perjanjian yang berat sebelah ini?
ADAKAH PERJANJIAN TERKINI DI ANTARA PHM DAN INTELEK CERIA SDN BHD (ICSB) SAH DI SISI UNDANG-UNDANG?
Kami telah berjaya mendapatkan perjanjian ‘Management and Operation’ di antara PHM dengan pihak ketiga bernama Intelek Ceria Sdn. Bhd. yang ditandatangani pada 7 Disember 2018 lalu. Apabila kami membaca dan mengkaji perjanjian ini, kami tertanya-tanya adakah perjanjian ini sah memandangkan PHM adalah satu institusi NGO. Beberapa perkara yang ingin kami utarakan dan persoalkan
Klaus 2.3.2
Kenapa ahli badan eksekutif tertinggi PHM perlukan kebenaran dari syarikat pengurusan jika mereka hendak melakukan rombakan atau menukar ahli mereka?
Kenapa tercatat di dalam perjanjian ini semua ahli badan eksekutif tertinggi PHM perlu ditukar selepas 2 tahun dan pengganti mereka mesti terdiri dari wakil yang dipilih oleh syarikat pengurusan? Kenapa syarikat pengurusan diberi kuasa sedemikian rupa? Salah seorang ahli badan eksekutif tertinggi adalah wakil pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. Mengikut perjanjian ini, syarikat pengurusan mempunyai kuasa untuk menggugur dan menggantikan wakil dari jabatan kesihatan 2 tahun lagi. Adakah ini wajar?
Klaus 4.4
Kenapa PHM mahu membeli tanah premis di Jalan Rasah (atas kebenaran KKM) bagi pihak syarikat pengurusan dan kemudiannya memindahkan hakmilik tanah kepada mereka?Tanah tersebut adalah milik kerajaan dan ia telah digazetkan untuk digunakan sebagai tapak hospital institusi NGO. Adakah klaus ini sengaja diletak sebagai ‘loop hole’ bagi membolehkan tanah ini digunakan untuk tujuan yang menguntungkan sesetengah pihak di masa hadapan?
Klaus 5.1.4
Kenapa kuasa tandatangan cek diberi kepada syarikat pengurusan semata-mata? Bukankah kedua pihak patut mempunyai hak kuasa tandatangan yang sama supaya penyelewangan dapat di elakkan?
Klaus 6.4.2
Kenapa ahli badan eksekutif tertinggi PHM tidak dibenarkan untuk mempertikaikan laporan kewangan tahunan yang dibuat oleh syarikat pengurusan? Mengikut perjanjian ini, jika pertikaian berlaku, kedua pihak hanya boleh menerima laporan yang disediakan oleh syarikat pengurusan dan laporan dari pihak luar tidak akan diterima pakai. Kenapa?
Klaus 6.6
PHM adalah institusi tidak berkeuntungan. Jadi, kenapa perlu diujar tentang pemberian bonus kepada syarikat pengurusan?Ini telah melanggar M&A asal PHM.
Cagaran
PHM hanya mempunyai 5 aset hartanah dan aset-aset ini telah dijadikan sebagai cagaran di dalam perjanjian tersebut. Berdasarkan situasi sekarang, PHM berkemungkinan besar akan kehilangan aset-aset ini kepada syarikat pengurusan.
Penutup
Terlalu banyak dokumen yang dapat dikumpul termasuk butiran akaun bank dan kehilangan duit melalui transaksi ke akaun peribadi, namun jika itu semua dikongsi pasti kami menanggung risiko perundangan. Dengan pendedahan ini pun kami sudah berisiko.
Satu laporan SPRM akan dibuat dalam masa terdekat, namun tanpa pendedahan ini rakyat tidak akan tahu apa yang berlaku. Jika pendedahan ini dibuat melalui Kerajaan Negeri pasti impaknya lebih besar, namun apakan daya Menteri Besar sangat lemah.
catatan oleh
che'GuBard dan pasukan khas