Monday, November 25, 2019

AMALAN KEADILAN RIMBA MAKIN KUAT SEJAK ANWAR MENJADI PRESIDEN

Catatan Umum

25 November 2019

AMALAN KEADILAN RIMBA MAKIN KUAT SEJAK ANWAR MENJADI PRESIDEN

Pertama saya ingin menyatakan simpati kepada Sdr. Zakaria Abdul Hamid, Ketua Cabang PKR Bera yang diumumkan dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam. Saya mengenali beliau sejak 1998. Ketika saya mula bergerak melalui Parti Keadilan Nasional (PKN) Cawangan Seremban Jaya seterusnya dilantik menjadi Ketua Penerangan Pemuda Barisan Alternatif Negeri Sembilan watak Zakaria sudah menjadi Exco Pemuda Pusat PKN. Beberapa kali bertembung dalam mesyuarat dan program diperbagai peringkat. Pemecatan tanpa dipanggil membela diri beliau dari parti sangat kejam dan berbentuk keadilan rimba.

Untuk pengetahuan semua, pemecatan tidak melalui proses yang betul ini sememangnya menjadi amalan parti sejak lama dulu. Saya sendiri pernah digantung tanpa dipanggil membela diri selama lebih setahun tahun sebelum dipecat pada Ogos 2016. Malah lebih lucu saya dipecat dua kali dalam sebulan,  satu melalui surat yang mana tandatangan setiausaha agung dipalsukan dan kemudian dua minggu selepas itu dikeluarkan satu surat lain dengan tandatangan setiausaha agong yang sebenar. Saya masih menyimpan bukti ketika itu mengenai pemalsuan dan kemudian bagaimana setelah tercabar kerana saya kata setiausaha agong penakut dan mendiamkan jenayah pemalsuan tandatangan maka setiausaha agong keluarkan surat lain dengan tandatangan dia yang sebenar. Bukan sahaja tanpa dipanggil malah tanpa mesyuarat dan sokongan yang cukup majlis pimpinan pusat saya dipecat.

Untuk rekod bukan saya atau Zakaria sahaja tetapi ramai sudah mengalami nasib yang sama walaupun sudah berjuang lama namun hanya menegur maka dipecat tanpa proses yang betul.

Saya dipecat kerana mempersoalkan orang yang mendapat payung kuning Anwar Ibrahim ketika itu. Bezanya kini orang yang mendapat keistimewaan dan kumpulanya pula menghadapi saat sukar bermula hanya kerana menegur Anwar dan tidak tunduk akur sepenuhnya. PKR makin parah amalan keadilan rimbanya sejak Anwar menjadi Presiden.

Tak apalah bak kata orang tua hidup umpama roda kerana itu kita seharusnya berpegang prinsip, keadilan  bukan kerana di mana kita berada atau mangsa berada tetapi ialah berkenaan betul atau salah dan proses atau sistem harus betul. Dulu semua keputusan Anwar akan dahulukan kawan lama walaupun keputusan ada yang jelas tidak adil, namun kini Anwar makin parah semua keputusan berdasarkan siapa yang sanggup 100% memacaikan diri dan keadaan tampah parah kerana kebanyakan pengampu keliling dia ialah aktivis reformasi 2008 dan 2018.

Belum jadi Perdana Menteri Anwar sudah menunjukkan kediktatorannya. Contohnya ialah

  • jika benar parti membuat keputusan Timbalan Presiden tidak dibenarkan merasmikan Kongres AMK dan Wanita 2019 maka berdasarkan perlembagaan tugas merasmi seharusnya diberikan pegawai parti mengikut hiraki kekananan. Jika Timbalan Presiden tidak boleh kenapa tidak diberikan kepada Naib Presiden menang bertanding seperti Tian Chua, Izzah, Zuraidah atau Xavier adakah mereka tidak layak ? Tindakan memberikan tugasan merasmi itu kepada isteri Anwar (Azizah) yang tidak ada jawatan rasmi dalam parti dilihat sangat nepotisme. Walaupun Azizah ialah Timbalan Perdana Menteri tetapi ia adalah urusan parti bukan urusan kerajaan.
  • dipertikaikan ketidak hadiran Azmin dan Zuraidah. Ya saya setuju Azmin ataupun Zuraidah ada salah mereka kerana tidak hadir tetapi ini bermula dengan tindakan diktator Anwar membuat lantikan jawatan lantikan tidak melalui musyawarah malah jelas beberapa negeri ketua ketua cabang sudah nyatakan terbuka siapa pilihan mereka namun yang mendapat majoriti sebagai Ketua Negeri diketepikan sebaliknya Anwar umumkan pilihanya sesuka hati. Jika Azmin dan Zuraidah dipertikai ketidak hadiran bagaimana pula dengan Izzah yang sebaik sahaja menang bertanding umum letak jawatan berdasar rekod rasmi parti tolak dan dia masih Naib Presiden. Dia tidak datang mesyuarat juga. Bagaimana dengan Rafizi lepas kalah Timbalan Presiden untuk dipujuk diumumkan sebagai Naib lantikan juga tidak datang mesyuarat adakah dipertikaikan ? Nampaknya salah jika bukan kem Anwar tetapi jika kem Anwar buatlah apa pun maka semua 'dilindungi'.
  • protokol parti juga celaru beberapa kali Anwar tidak hadir mempengerusikan mesyuarat seperti biro politik sewajarnya ketika itu pegawai parti paling kanan seperti Timbalan atau Naib mempengerusikan mesyuarat sebaliknya Presiden mewakilkan isterinya mempengerusikan mesyuarat Biro Politik parti.... ia sangat celaru....
Respon SPRM terbaru mengenai kekhilafan (kesilapan) pihak SPRM sehingga mengakibatkan pemecatan Zakaria dan seorang lagi. Ini lebih memalukan nampak sangat tindakan tidak ikut prosedur sebaliknya hanya atas arahan atasan.

Anwar sebelum ini dilhat ahli politik bijak namun kebijakan dan kematangannya nampaknya tenggelam mutaakhir ini dalam keghairahan dan syahwat yang sangat tinggi untuk dia duduk sebagai Perdana Menteri ke 8. Maka wajar rakyat Malaysia mula merasa sedikit gusar kerana belum jadi PM Anwar sudah diktator dan bagaimanalah dia nak mengemudi negara kerana mengendalikan parti sendiri pun Anwar jelas gagal.


che'GuBard
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR & Ketua Cabang Rembau

2 comments:

  1. Anonymous1:34 PM

    Bro
    Lu dah lepas tarikh luput....

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:16 PM

    Tanpa pengorbanan Zakaria ni,PKR Pahang dah lenyap selepas PRU 2004 dulu.Tapi selepas PKR menang besar dalam PRU 2008,Dato Fauzi yg baru melompat dari Umno pula yg di lantik oleh Anwar jadi Pengerusi PKR Pahang.Anwar memang kaki temberang dan daktator hebat.

    ReplyDelete