Ketika artikel ini sedang ditulis, proses mengangkat sumpah Menteri Besar baharu Selangor sedang berjalan. Krisis berbulan-bulan ini akhirnya ditamatkan dengan satu kisah fairy tales yang membuktikan betapa dahsyatnya drama-drama politik yang dimainkan oleh parti-parti politik di Negara ini.
Tidak kira sama ada dalam kelompok Pemerintah ataupun Oposisi, fairy tales ini senantiasa berlaku.
Saya bukanlah memihak kepada mana-mana sosok dalam krisis Selangor ini. Artikel ini hanya satu curahan pandangan apa yang saya pelajari sepanjang krisis ini.
Krisis Selangor ini telah menunjukkan kepada saya bahawa sistem politik Malaysia tidak pernah mahu melalui zaman perubahan.
Ia akan terus kekal begini selagi mana kedua-dua pihak tidak mempunyai keazaman politik yang sebenar-benarnya untuk membawa pencerahan politik Negara.
BJ Habibie semasa tempoh pendeknya sebagai Presiden Republik Indonesia telah pun mengorak satu langkah yang agak bijak apabila memisahkan anggota Kabinet dengan jawatan kepartian. Anggota-anggota Kabinet beliau perlu memilih sama ada mahu kekal sebagai anggota Kabinet ataupun memegang jawatan dalam Parti Politik.
Inilah sebenarnya satu usaha pendemokrasian murni yang memperjelaskan mengenai terma Politik Rakyat dan Politik Fraksi.
Saya melihat ada sesuatu yang bagus daripada idea ini. Pemisahan kuasa ini akan mengelakkan Kabinet Pentadbiran Negara ini menjadi urusan parti. Pentadbiran Negara tidak boleh sewenangnya diperkudakan untuk memperkukuh satu-satu parti politik sama ada dari segi politik mahupun dari segi kewangan.
Dalam masa yang sama juga, Pentadbiran Negara tidak boleh merasa terlalu kuat dan angkuh sehingga seringkali tersasar dalam melaksanakan dasarnya. Dan disinilah letaknya satu peranan penting yang boleh dimainkan oleh parti politik iaitu menyediakan satu sistem secara tidak langsung untuk melakukan tugas semak dan imbang terhadap perjalanan kuasa eksekutif dalam Negara ini.
Mana mungkin Parti Politik akan mempunyai keupayaan untuk menegur atau mengambil tindakan terhadap Ketua Eksekutif dan anggota Kabinet sekiranya Kabinet itu dipimpin oleh Presiden Parti dan juga mereka-mereka yang menjawat hierarki tertinggi dalam Parti-Parti dalam Gabungan Pemerintah.
Dari satu sisi yang lain juga, Ketua Eksekutif dan anggota kabinet perlulah inklusif bukannya eksklusif. Pemimpin pemerintah harus bertanggungjawab kepada seluruh rakyat bukan hanya memimpin satu parti semata-mata.
Adalah tidak betul sekiranya kita meletakkan bahawa kebertanggungjawaban Pentadbiran Negeri itu menjadi hak eksklusif satu-satu parti politik semata-mata. Malahan, situasi di mana Ketua Eksekutif itu juga merupakan seorang penjawat jawatan tertinggi dalam hierarki parti akan menjadikan ia berpotensi untuk memanipulasi tindakan dan keputusan demi kepentingan peribadi dan juga partinya semata-mata hingga tersasar daripada agenda rakyat yang total.
Saya juga sebenarnya tidak memilih untuk menulis mengenai kejayaan TSKI semasa menjadi MB Selangor. Ia subjektif. Kita pun tidak tahu apa yang mampu dilaksanakan oleh penggantinya. Hanya masa yang akan menentukan. Namun, saya tetap berpandangan langkah PR meletakkan TSKI di kerusi MB itu merupakan satu langkah yang bagus.
TSKI merupakan sosok yang tidak berada dalam hierarki tertinggi Parti dalam gabungan PR yang memerintah Selangor. Kerana itu, kita dapat melihat TSKI bukanlah seorang Ketua Eksekutif yang memiliki pertindihan tanggungjawab dan kepentingan.
Umum mengetahui sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau sering sahaja tidak senada dengan aspirasi parti tetapi sebenarnya beliau meneruskan kepercayaannya dalam memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat serta penjawat awam di bawah naungannya.
Namun akhirnya, usaha pendemokrasian murni ini tercalar dan hancur hanya kerana sosok ini lebih gemar mengamalkan politik rakyat, daripada politik fraksi, yang hanya setia kepada individu atau fraksi tertentu dalam dinasti parti politik.
Merenung jauh melihat kemelut Selangor ini, akhirnya kita telah kembali ke keadaan normal politik Malaysia. Slogan politik baru, politik nilai, merakyatkan politik dan mendahulukan rakyat akhirnya akan kekal sebagai satu slogan yang akan dijeritkan sebaik sahaja gendang Pilihanraya dibunyikan.
Hakikatnya, politik Malaysia ini terus kekal terbelit dengan disiplin kepartian dan juga kesetiaan kepada individu atau fraksi tertentu dalam dinasti parti politik bukannya sebuah citra politik dari rakyat, untuk rakyat dan kepada rakyat.
Pengajaran penting yang dapat saya ambil dari TSKI adalah bagaimana untuk memulakan kerja dalam senyap. Bekerja dalam sunyi untuk melayani kerenah bangsa. Walaupun penuh sepak terajang dan hiruk pikuk pencitraan politisi lainnya, beliau sememangnya mempunyai cita-cita unggul sebagai seorang tokoh yang berkhidmat untuk rakyat.
Walaupun dalam selang masa yang singkat, tetapi memiliki rentetan prestasi yang banyak.Terima kasih TSKI kerana hadir mewarnai kisah politik Malaysia.
Dan persoalan penting yang harus kita fikirkan pasca-kemelut Selangor ini, sejauh mana kesediaan mengikut jejak langkah BJ Habibie dalam memartabatkan Politik Rakyat bukannya Politik Fraksi Dinasti Kepartian seterusnya menguatkuasakan satu peraturan baru dalam memilih seorang ketua Eksekutif yang diluar lingkaran kekuasaan hierarki tertinggi parti politik?
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Sunday, September 28, 2014
Dari Politik Rakyat, Kita Kembali Ke Politik Fraksi Dinasti Parti - AAA
Tindakan Kejam DBKL Undang Respon Negetif Pengguna Media Sosial
Kenyataan Media
24 September 2014
Tindakan Kejam DBKL Undang Respon Negetif Pengguna Media Sosial
Telah tersebar secara meluas di laman sosial, sebuah klip footage berdurasi hampir 3 minit yang menunjukkan bagaimana kejamnya pendekatan pengu
asa DBKL ketika menjalankan tugas. Klip tersebut memperlihatkan penguasa DBKL merampas barang peniaga untuk tujuan disita hingga menimbulkan pergelutan antara penguasa dan orang awam.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius cara yang sangat tidak beretika pihak DBKL menangani peniaga kecilan yang juga merupakan rakyat tempatan. Apakah DBKL tidak mempunyai perasaan dan hati perut?
Harus diingat, rakyat Malaysia ketika ini menghadapi kemelut kewangan yang parah. Fakta menunjukkan nisbah hutang isi rumah telah mencecah 854 bilion bersamaan 86.8% Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK). Hampir 80% rakyat Malaysia tidak mampu menyimpan (saving) di atas kesempitan hidup dengan kenaikan harga barang/perkhidmatan yang tidak terkawal.
Justeru, berniaga secara kecil-kecilan menjadi trend rakyat Malaysia untuk menampung keperluan bulanan selain kerja tetap. Dalam masa sama, peluang untuk mendapat ruang perniagaan telah dimonopoli oleh golongan tertentu termasuklah warga asing. Ini yang berlaku dalam negara dan ia tidak dapat dikawal.
Sebagai contoh, wujud pasar kemboja, pasar vietnam di merata ceruk. Pusat perniagaan Chow Kit pula telah dikuasai warga asing manakala pusat perniagaan barang tiruan terbesar negara iaitu Petaling Street telah diiktiraf sejak sekian lama. Malah, Petaling Street dibangunkan dengan bumbung dan pintu gerbang yang menelan perbelanjaan besar serta mendapat layanan istimewa dari penguasa.
Mengapa wujud perbezaan layanan seperti ini? Apakah kerana rakyat tempatan yang baru hendak mulakan perniagaan tidak mampu membayar 'wang perlindungan' maka perniagaan halal mereka diberkas?
Persoalan ini turut diluahkan oleh ramai pengguna laman sosial yang telah menonton klip tersebut. Orang ramai berpendapat DBKL tidak berani mengambil tindakan terhadap warga asing yang berniaga di merata tempat tetapi bertindak kasar dengan warga tempatan. Ini bukan kes pertama DBKL bertindak buas dan tidak berperi kemanusiaan, banyak lagi gerai rakyat tempatan diroboh penguasa DBKL telah dilaporkan.
SAMM memberi amaran kepada DBKL supaya tidak menguji kesabaran rakyat. Janganlah bertindak seperti zionis terhadap rakyat sendiri, malah zionis Israel tidak pernah menindas rakyatnya sendiri.
SAMM juga mencadangkan supaya diwujudkan mekanisma pengeluaran permit 'on the spot' kepada peniaga tempatan, dengan syarat-syarat tertentu seperti tahap kebersihan jualan (jika berbentuk hidangan) dan persekitaran.
Pokoknya, soal peniaga kecilan ini wajar diselesaikan cara yang berhemah dan tiada keperluan untuk bertindak kasar khususnya terhadap warga tempatan.
"Rakyat bersatu tidak dapat dikalahkan"
Friday, September 26, 2014
Monday, September 22, 2014
Adakah Sabah memerlukan referendum ?
Kenyataan Umum
22 September 2014
ADAKAH SABAH MEMERLUKAN REFERENDUM ?
Referendum Scotland 2014 telah berakhir dengan majoriti warga Scotland (55.3%) mengundi untuk terus Scotland untuk bersama England. Mood untuk melihat Scotland berdiri sendiri ini punya tali sejarah yang panjang dan perbagai alasan baru seperti ekonomi. Scotland punya simpanan hasil bumi yang cukup untuk membangunkan Scotland sebagai sebuah negara baru. Perletakan Jawatan Alex Salmond yang lantang membangkitkan sentimen kemerdekaan Scotland tidak memadamkan secara total gelojak kemerdekaan Scotland khususnya apabila yang mengundi untuk keluar ialah majoritinya kelompok muda.

Namun ini harus dipelajari secara teliti dan jujur oleh Malaysia, bagaimana tuntutan rakyat Scotland ini dilayan. Kita punya kes hampir serupa iaitu Sabah. Dari beban sejarah, Sabah agak terasing dari Malaysia. Sabah tidak pernah 'memasuki Malaysia' namun Malaysia hanya terbentuk apabila Sabah, Sarawak, Malaya (Tanah Melayu) dan Singapura sama bersetuju membentuk Malaysia.
Sama ada kita sedar atau tidak
- Filipina tidak pernah sama sekali menggugurkan tuntutan terhadap Sabah.
- Referendum Sabah yang membuat keputusan bersama Malaysia kini mula dipertikai apabila disedari ia bukan referendum sebenar kerana hanya sekitar 4 % sahaja penduduk Sabah ketika itu terlibat. Jika diteliti dengan jujur Referendum itu hanya kajian ilmiah yang menggunakan teknik 'sampling' yang dipropagandakan oleh British secara berlebihan pada ketika itu.
Fakta yang kita tidak boleh ketepikan juga ialah Sabah merupakan negara yang paling kaya hasil buminya tetapi Sabah terus - terusan rakyatnya tertinggal miskin teruk. Itu belum lagi jika dibezakan dengan pembangunan dari negeri lain di Malaysia.
Semua ini menjadikan sentimen Sabah - Malaysia menjadi seolah bom jangka. Keadaan mula semakin parah apabila Sabah menjadi simpanan tetap pengekalan kuasa politik kuasa parti politik yang diwariskan oleh Penjajah.
Belum selesai isu kedaulatan Sabah, bumi di bawah bayu ini dilanda krisis identiti apabila dibawah Dr. Mahathir lambakan orang asing mendapat kad pengenalan secara pintu belakang. Ini mengakibatkan pribumi Sabah makin terhimpit dengan kebanjiran warga negara segera demi kemenangan pilihanraya.

Kesedaran rakyat makin memuncak, untuk memperlahankan protes rakyat maka satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja Siasat Pendatang Asing Sabah telah diistiharkan pada tahun 2012. SAMM menjangkakan ini semua kosmetik semata - mata, pengumuman dapatan nanti akan bersifat ilmiah dan tanpa satu perkara kukuh pun. Namun akhirnya ia bukan sekadar kosmetik namun satu tindakan membuang masa kerana langsung tidak ada pembentangan dibuat.
Dari maklumat yang SAMM perolehi pembentangan terpaksa ditangguh kerana memerlukan masa memujuk semua terlibat untuk mengubah hasil dapatan Suruhanjaya sebelum dibentang kepada umum. Antara yang perlu disurukkan ialah fakta dimana Sabah kini dihuni oleh majoriti mereka yang mendapat Kad Pengenalan dari pintu belakang, malah ada ganerasi PATI kini sudah menjawat jawatan penting pentadbiran pun. Pribumi terus terhimpit dari perbagai aspek.
Menjadi persoalanya sekarang ialah mengenai kesetiaan. Serangan Lahad Datu antara puncanya ialah kebanjiran warga asing di Sabah. Keadaan bertambah teruk sebenarnya, dari kewujudan Zon Keselamatan kini sudah menjadi kawasan Darurat dengan perintah berkurung yang masanya bukan semakin berkurangan tetapi semakin bertambah.
Keadaan semakin kritikal sebenarnya. Soalnya adakah Malaysia mampu dari aspek kewangan ? Dalam keadaan negara makin merangkak menyusun kewangan kini berapa sebenarnya perbelanjaan yang telah dicurah dan terpaksa terus dicurah ke zon keselamatan ? Adakah kita mampu ?
Menjadi kekuatiran ialah akhirnya kita terpaksa menjemput campur tangan kuasa besar yang sentiasa menanti peluang untuk bersekedudukan di kawasan tersebut. Malah dari maklumat yang diperolehi sememangnya Amerika sudah mula menempatkan kedudukan dikawasan tersebut.
Kepada penguasa Malaysia, melihat kembali cara England mengendalikan Scotland kita harus belajar sesuatu. Tidak ada propaganda berlebihan, tidak ada rusuhan atau ugutan kaum atau agama dicipta, tidak ada akta hasutan diguna, tidak ada IC palsu yang disah pakai tersebar. Akhirnya Scotland tetap bersama England.
Tetapi kita di Sabah keadaan makin kritikal.
Akhirnya kepada warga Sabah juga diperingatkan jangan sesekali ada istilah menolak Kuala Lumpur kerana selama ini yang menjadi Ketua Menteri ialah orang Sabah sendiri, cuma apa yang berlaku ialah pemimpin Sabah dan pemimpin Kuala Lumpur yang saudara pilih ialah mereka yang saling menjaga kepentingan menutup rompakan mereka dan ikatan inilah menjadi akar masalah.
Sekian.
Jika “badan tidak dipilih” memilih ketua kerajaan, masa depan negara akan tidak menentu.
Kenyataan Umum
22September 2014
Jika “badan tidak dipilih” memilih ketua kerajaan, masa depan negara akan tidak menentu.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyokong penuh kenyataan Gabungan BERSIH bahawa sistem demokrasi berparlimen akan hancur khususnya jika kemelut pemilihan Menteri Besar Selangor berakhir dengan mengenepikan pihak yang mempunyai majoriti (Adun).
Pengerusinya Marian Chin Abdullah dilaporkan dalam Malaysiakini berkata, jika “badan tidak dipilih” memilih ketua kerajaan, masa depan negara selepas pilihan raya umum ke-14 akan tidak menentu.
SAMM yang juga bernaung di bawah Gabungan BERSIH berpendapat, undang-undang tubuh negeri harus dipatuhi oleh semua pihak. Jika 'rule of law' ini dilanggar atas kepentingan tertentu, negara akan menjadi kucar-kacir setelah perlembagaan dipinggirkan malah Rukun Negara yang diikrar menjadi pertaruhan.
Dikesempatan ini selaku mewakili aspirasi kelompok muda, memperingatkan PKR, Anwar mungkin atau tak mungkin menjadi PM, kemelut Selangor mungkin atau tidak mungkin selesai mengikut kehendak kita tetapi ia bakal mejadi sejarah adakah parti yang mendabik dada menjaja tema Reformasi ini bakal akur dan tersungkur dengan tekanan dalam mempertahankan asas demokrasi iaitu majority. Tidak timbul soal derhaka dengan menghantar satu nama, Dr. Mahathir sendiri menyatakan dia sendiri hantar satu nama kepada semua Istana ketika dia PM. Pilihlah sendiri sama ada kita memilih melawan dengan prinsip atau tunduk menyerah dengan desakan feudalisma kerana kita akan dikenang sejarah seperti mana yang kita mahukan. Jangan sia siakan berbelas tahun sejarah perlawanan panjang.
Ya kita menjunjung Raja berpelembagaan tetapi kita sama sekali menolak feudalisma sempit yang mengikut membuta tuli.
Sekian.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Sunday, September 21, 2014
Tahniah SPRM harap teruskan kepada Jerung lebih besar
Kenyataan Umum
21 September 2014
Tahniah SPRM harap teruskan kepada Jerung lebih besar
Seminggu dua ini perhatian rakyat ditarik kepada perkembangan tangkapan rasuah libat Jabatan Kastam Di Raja Malaysia. Tangkapan seolah 'crackdown' melumpuhkan rangkaian sindiket besar yang telah sekian lama beroperasi.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memerhatikan dengan penuh minat dan dekat perkembangan ini.
SAMM ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam usaha serius ini dari pihak SPRM sehinggalah pihak Kastam sendiri juga orang ramai yang memberikan kerjasama sehingga terbongkar dan tertangkapnya skandal besar yang merugikan negara ini. Sedar ini bukan operasi biasa yang menahan pegawai bawahan tetapi turut mengheret pegawai kanan bergelar Datuk.
Mungkin jangka pendek dari aspek imej ia agak sedikit mencalar namun SAMM juga mengajak semua melihat ia dari aspek positif, ia bukan sahaja menunjukkan keseriusan kerajaan menangani ketirisan kehilangan wang negara berikutan kegiatan rasuah dan ke arah mempertingkatkan integriti negara, cuma SAMM berharap tangkapan dan operasi seperti ini tidak terhenti di peringkat itu atau di Jabatan Kastam sahaja. Yakin banyak lagi ruang tindakan serius.
Kepada semua pihak jadikanlah apa yangberlaku ke atas pegawai - pegawai kanan tersebut sebagai sempadan dan contoh. Apa nasib anak isteri mereka, kerana kemewahan sekejap maruah dan masa depan keluarga diperjudikan.
Operasi ini juga dianggap tepat dengan masanya dimana isu cukai sudah tentu menjadi perhatian khusus menjelang Belanjawan 2015 yang akan dibacakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi di Parlimen Malaysia. Ini membawa erti bukan sahaja kenaikan cukai perlu diberikan perhatian untuk menambah pendapatan negara tetapi penguat kuasaan tegas juga mampu menambah pendapatan negara.
Sekali lagi SAMM mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dan berharap ia tidak terhenti di peringkat ini sahaja. Bagi SAMM banyak ruang kelemahan yang boleh diperbaiki tetapi untuk operasi serius besar ini penghargaan harus diberikan.
Sekian

PERDAGANGAN MALAYSIA-ISRAEL: KERAJAAN TERUS BERMUKA-MUKA
Kenyataan Media
19 September 2014
Portal berita Times of Israel pada tarikh 14 September 2014 telah mengeluarkan satu artikel bertajuk Malaysia favors Palestinians But Buys From Israel. Artikel tersebut telah mengesahkan berlakunya hubungan perdagangan dalam diam antara Malaysia dan Israel walaupun Malaysia sering menunjukkan sikap kritikal terhadap Israel.
Malah, Times of Israel juga memetik angka dan statistik yang sama seperti yang didedahkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selama ini iaitu peningkatan drastik jumlah perdagangan dengan Israel bagi tahun 2013 dan juga mengesahkan sumber maklumat yang diperolehi SAMM adalah benar dan tepat.
Kegagalan MITI dan Kerajaan Persekutuan untuk berlaku tegas dalam melaksana kempen Boycott, Divestment and Sanction dan menarik balik kelulusan kabinet tahun 1996 itu, telah menjadikan Perdana Menteri dan Malaysia ditonjolkan sebagai seorang yang bermuka-muka oleh media asing.
Turut didedahkan oleh portal berita tersebut bahawa statistik perdagangan dengan Israel telah dimasukkan ke dalam ruangan "Lain-lain Negara". Sifat munafik pemerintah cuba disorok dan rakyat negara ini disajikan dengan air mata pemimpin terhadap nasib Palestine.
Lebih mengejutkan, portal tersebut menyebut bahawa selain daripada perdagangan yang dinyatakan dalam statistik rasmi, sebenarnya terdapat banyak lagi perdagangan tersembunyi yang berlaku. Adakah MITI tahu mengenai transaksi perdagangan tersembunyi yang dilakukan oleh pedagang-pedagang kapitalis ini? Apakah tindakan MITI terhadap transaksi tersembunyi ini?
MITI dan Kerajaan Persekutuan terus angkuh dan mengingkari janji untuk menilai semula perdagangan dengan Israel. SAMM sebelum ini telah mendedahkan nilai perdagangan yang menjangkau USD 1.5 billion bagi tahun 2013 dan untuk tempoh 6 bulan pertama tahun 2014, nilai transaksi berjumlah USD 884.7 juta iaitu peningkatan 27% daripada tempoh yang sama tahun 2013.
Apalagi helah dan dolak-dalik yang akan dikemukakan oleh MITI dan Kerajaan Persekutuan kali ini?
Kamu teruskan berbohong kepada rakyat Malaysia tetapi SAMM tidak akan berhenti membongkarkan transaksi perdagangan antara Malaysia-Israel terutamanya dalam transaksi yang melibatkan hasil pertanian negara yang dihantar ke Israel.
SAMM juga akan membongkar satu lagi pendedahan terbaru mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel dalam masa terdekat.
che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Thursday, September 18, 2014
AZMIN BERHENTILAH MENJADI WATAK BAIK DI DEPAN TETAPI DURI DI BELAKANG
KENYATAAN TERBUKA
13 September 2014
AZMIN BERHENTILAH MENJADI WATAK BAIK DI DEPAN TETAPI DURI DI BELAKANG
13. Azmin dicabar nafikan
14. Ketika Ketua Umum, Presiden malah PKR itu sendiri diserang bertubi – tubi oleh media , Umno termasuk beberapa pimpinan parti kawan, Azmin tidak membantu langsung malah terus menambah masalah dengan hanya focus untuk menjadi MB. Kononya dia setia tetapi dialah penghuru hara.
Sekian.
che’GuBard
Anggota seumur hidup
Parti Keadilan Rakyat (keADILan)
13 September 2014
AZMIN BERHENTILAH MENJADI WATAK BAIK DI DEPAN TETAPI DURI DI BELAKANG
1. Saya che’GuBard atau nama sebenar Badrul Hisham Bin Shaharin anggota seumur hidup PKR dengan nombor keanggotaan N060000001 yang kini digantung kerana membuat laporan dan mendedahkan penyelewengan penipuan pemilihan parti yang terkait dengan YB Azmin Ali. Aktif dalam parti semenjak 1999 (Parti Keadilan Nasional). Saya pernah memegang perbagai jawatan antaranya ialah Ketua Cabang Rembau, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Exco Pemuda / AMK dan banyak lagi yang mana saya menangi secara bertanding.
2. Sebelum mula taklimat media hari ini, saya jawab tuduhan menggunakan media termasuk TV3 dan Utusan yang memang terkenal dengan pusingnya. Apabila ramai anggota bawahan menggunakan media…ini salah parti khususnya Jawatankuasa Disiplin kerana Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Perhubungan PKR sendiri yang mana pada Mei 2013 menggunakan media termasuk Utusan & TV3 untuk menyerang Presiden Parti. Banyak laporan dibuat tetapi sehingga kini tidak ada tindakan. Maka adakah bagi anggota bawah salah guna media tetapi bagi orang atas seperti Azmin ada set undang – undang lain ? Kalau nak ambil tindakan ke atas saya sila ambil tindakan kepada Azmin dahulu.
3. Pemilihan 2014 saya tidak bertanding tetapi saya tetap melawan penipuan kerana prinsip saya ialah di mana sahaja penipuan seperti itu ialah pembunuhan demokrasi maka ia harus dilawan secara terang. Sehingga ini saya tidak pernah menggugurkan desakan saya terhadap tindakan dalam aduan saya kepada parti berkenaan berkara ini.
4. JPP dibawah Yb Datuk Johari Abdul yang begitu lemah sehingga Berjaya dimanipulasi oleh kartel Azmin untuk melakukan penipuan.
5. Tidak perlulah saya mulakan sesi hari ini dengan mengambil semula peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri yang mana alasan – alasan konspirasi pemecatan tersebut telah dibekalkan oleh keluarga Azmin Ali sendiri yang mendapat akses kepada Anwar sudah tentu kerana wujudnya Azmin di Pejabat Anwar. Sya sendiri tidak setuju mengungkit sedari awal itu kerana saya tidak mahu nafikan serba sedikit sumbangan Azmin terhadap gerakan tetapi juga tidak perlulah dipropagandakan pengorbanan Azmin itu dan ini.
6. Ada bertanya adakah saya marahkan Azmin kerana dia mungkin jadi Menteri Besar ? Rekod saya bertembung dengan Azmin ini sejak awal lagi sejak menyedari kepakaranya ialah menjadi baik dihadapan umum tetapi dialah yang mengucar kacirkan keadaan demi kepentingan dia dan kelompok dia. Watak Azmin ini sejak awal lagi menjadi punca kelemahan parti dan gerakan rakyat.
7. Ketika parti (baca ; rakyat) hampir boleh menumbangkan Bn dia selaku Pengarah Pilihanraya telah menukar hampir kesemua calon ‘favourite’ sama digugurkan atau ditukar kawasan bertanding. Tanyalah semua di peringkat Pimpinan Pusat termasuk Biro Politik, untuk dia memastikan calon – calonnya berjaya ditempatkan dia telah merahsiakan senarai calon malah Anwar Ibrahim sendiri punya masalah dengan akses kepada senarai calon yang terhad. Ini telah menyebabkan keadaan huru hara ssat akhir bila senarai calon bertukar. Bila keadaan kecoh akar umbi dan marah dia telah turun bertemu ramai pihak dengan menyalahkan ia semua kerja Ketua Umum dan inilah senjata yang digunakan ketika pemilihan. Kepada calon yang bertanding dia ‘claim’ dialah yang bersungguh – sungguh letakkan walaupun Anwar tolak, bagi yang kecewa dia sebut dia telah berusaha tetapi Anwar yang tolak. PRU 12 dan PRU 13 menyaksikan kegiatan yang sama berlaku dan menghancurkan harapan rakyat.
8. Di hadapan umum dia bersetuju Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB malah kononya menolak pencalonan tetapi umum perlu mengetahui lobinya untuk menjadi MB secara sulitlah telah menjadi punca kekalutan PKR, PR dan Selangor ini.
9. Memang sejak awal dia impikan jawatan Menteri Besar Selangor, kem dialah yang membakar api dan menyusun sentimen mempertikaikan pentadbiran Menteri Besar.
10. Selepas PRU 13 dia menjaja cerita kononya Anwar telah menjanjikan dia jawatan MB tetapi menipu dan tidak melantik dia. Kekecewaan itu telah menyebabkan dia mula menyerang Ketua Umum, Presiden, PKR dan PR melalui perang saraf yang tersusun sehingga terbuka menyerang melalui media sosial bawah kendalianya.
11. Ketika mood dan momentum rakyat dikemuncak sehingga menyebabkan regim ketakutan, Azmin dan kuncu – kuncunya mencurah air kepada api kebangkitan. Mood melawan penipuan PRU 13 (Blackout 505) diperlekehkan Azmin sendiri. Dia melalui Khalid Jaafar dan rangkaian kecil Sekolah Politik yang diwujudkan telah menjadi agen penyebar masej, jangan buat kerja sia – sia dengan berdemonstrasi. Blackout 505 antara sejarah kebangkitan kesedaran rakyat mendapat perhatian dalam dan luar negara, bukan sedikit terlibat termasuk ditahan dan menderma masa, tenaga dan kewangan. Ia diputuskan peringkat PKR dan PR tetapi Azmin boleh mengeluarkan tweet ditujukan kepada Anwar Ibrahim mengatakan kita hanya menipu dan mempergunakan rakyat malah secara biadap dia menerima penipuan sebagai kemenangan kepada Bn.
12. Dia jugalah yang menggunakan media dan orang – orangnya memulakan serangan peribadi kepada Ketua Umum dan keluarga. Bukan musuh tetapi dia membuat kerja musuh dengan Kartel Azminlah yang mencipta istilah Istana Segambut, Keputusan mesyuarat dalam bilik / dalam kelambu dan Azizah pemimpin remote.
a. Dia hanya menafikan tidak mahu jawatan MB tetapi dia melobi secara hitam dibelakang dan lobinyalah yang menjadi punca masalah besar kini.b. Konon tak nak jawatan MB tetapi sehingga kini tanpa henti terus menemui secara sendiri atau wakilnya bertemu pimpinan tertinggi PAS mahupun DAP memujuk namanya turut dicalonkanc. Selepas PRU 13 PR capai muafakat hantar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon MB tetapi Azmin telah menghantar namanya sendiri ke Istana tanpa pengetahuan pimpinan pusat PKRd. Azmin perlu menjawab, Azmin yang lobi Datuk Seri Hj Hadi Awang atau sebaliknya untuk Hj. Hadi hantar namanya sendiri. Malah lobi dan usaha tersebut sehingga membawa kepada keadaan membawa 2 – 3 ADUN PKR untuk membentuk kerajaan di Selangor ? Soalnya 2 – 3 ADUN PKR campur dengan jumlah ADUN PAS tidak akan membentuk majoriti kecuali bersama dengan Umno. Maknanya perbincangan Azmin sehingga kepada bergabung dengan Umno. Namun setelah cerita ini diketahui Azmin bertemu dengan DSAI menceritakan semuanya dan kononya Hj. Hadi yang melontar semua idea dan dia hanya dilamar. Inilah antara punca pergeseran dalam PR. Sepatutnya selaku Timbalan dia mainkan peranan penyatu tetapi kerana ketamakan mahu menjadi MB dia telah menjadikan pergeseran tambah jelas.e. Azmin tidak memberhentikan kartelnya mencipta berita palsu, membocorkan maklumat mesyuarat termasuk yang sulit kepada media. Contohnya melalui beberapa media kartelnya melontarkan konon PKR setuju hantar 3 nama sedangkan itu maklumat tipu, terbaru usaha meraih simpati dimana media melaporkan kononya Azmin akan dipecat jika Sultan menamakan dia sebagai MB. Azmin tidak sedar dia akan mencipta masalah baru antara PKR dan Istana.f. Selepas ADUN – ADUN menandatangani akuan sumpah menyokong Wan Azizah, dia telah melakukan pertemuan denggan 6 ADUN (diyakini ada pertemuan lain juga) untuk memujuk rayu ADUN tersebut mengalihkan sokongan kepadanya selaku MB.
14. Ketika Ketua Umum, Presiden malah PKR itu sendiri diserang bertubi – tubi oleh media , Umno termasuk beberapa pimpinan parti kawan, Azmin tidak membantu langsung malah terus menambah masalah dengan hanya focus untuk menjadi MB. Kononya dia setia tetapi dialah penghuru hara.
15. Azmin melalui kartelnya sentiasa berusaha menunjukkan PKR sendiri tidak ‘solid’ dalam keputusan calon MB. Terbaru dia telah memecahkan belahkan AMK tanpa mempedulikan Ketua AMK, Kartel Azmin dalam AMK telah mengeluarkan kenyataan memberikan gambaran bukan sekadar PKR tidak ‘solid’ dalam pencalonan MB tetapi turut mencipta persepsi PKR sendiri yang melengahkan penyelesaian krisis MB Selangor dan PKR bersalah kerana menyebabkan kemurkaan Istana. Ia hanya kerana ingin meneruskan lobi mencalonkan Azmin Ali sebagai calon MB.
16. Azmin dan kartelnya secara konsisten memberikan tekanan kepada pimpinan PKR kononya PKR telah memilih jalan salah dan mencipta konfrantasi dengan Istana kerana tidak mengemukakan namanya.
17. Tidak terhenti di situ Azmin sendiri bertemu beberapa individu untuk mendapat akses melobi ke Istana. Akhirnya PKR dilihat lekeh dan tak solid sebab lobi Azmin dan kartelnya ini.
18. Dikesempatan ini selaku anak muda saya memperingatkan PKR, Anwar mungkin atau tak mungkin menjadi PM, kemelut Selangor mungkin atau tidak mungkin selesai mengikut kehendak kita tetapi ia bakal mejadi sejarah adakah parti yang mendabik dada menjaja tema Reformasi ini bakal akur dan tersungkur dengan tekanan dalam mempertahankan asas demokrasi iaitu majority. Tidak timbul soal derhaka dengan menghantar satu nama, Dr. Mahathir sendiri menyatakan dia sendiri hantar satu nama kepada semua Istana ketika dia PM. Pilihlah kita memilih melawan dengan prinsip atau tunduk menyerah dengan desakan kerana kita akan dikenang sejarah.
19. Kesimpulanya ;
a. Azmin selaku Timbalan amat memalukan kerana ketika bertanding antara yang dijaja dan dipropagandakan ialah kesetiaannya tetapi dia kini jelas bukan sahaja dia tidak mempertahankan keputusan parti malah dia sendiri tidak hormat keputusan tersebut
b. Dialah antara punca utama keretakan PR dan Azmin harus ambil tanggungjawab
c. Azmin dicabar mempersembahkan surat ke Istana segera, maklumkan bahawa Azmin tidak akan menerima jika dinamakan sebagai MB dan mempertahankan keputusan parti Wan Azizah sebagai MB. Dalam kebijaksanaan Sultan tentu ia menjadi pertimbangan.
d. Krisis jawatan MB ini harus diselesaikan segera, ya betul rakyat sudah letih tetapi kita juga harus memilih bagaimana harus dikenang dalam sejarah. Konsep dan prinsip Raja Berpelembagaan perlu dipertahankan. Demokrasi dan prinsip asas majoriti perlu didukung tinggi.
20. Buat Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail, kepimpinan dan seluruh anggota parti inilah yang saya sebut sekian lama tetapi trerus diberikan paying emas buat dia dan kartelnya kini memjadi barah dalam parti. Ramai anak muda dan penyokong diluar sana bosan dan memperlahankan penglibatan dengan parti kerana dia dan kartelnya. Yakin dan percaya dia telah melanggar banyak disiplin parti tetapi kena tindakan disiplin tidak diambil ke atasnya ?
21. Saya kini digantung, tak berbertempoh. Gantung ini tidak akan membunuh semangat juang membetulkan negara tetapi harus membetulkan parti ini dahulu. Gantung ini tidak mematikan saya. PKR rumah perjuangan saya, saya akan terus berjuang disini. Kepada rakyat semua yakinlah parti ini parti muda dengan gagasan pembaharuan yang besar. Ia akan terus diperlukan dan perlu keberanian untuk memperteguhkan prinsip juangnya. Selagi anak muda dalam parti bukan kaki angguk dan ampu kita masih terus memikul harapan pembaharuan negara.
Sekian.
che’GuBard
Anggota seumur hidup
Parti Keadilan Rakyat (keADILan)
Tuesday, September 16, 2014
GST Untuk Petrol dan Diesel: Bila Kerajaan Mahu Umum?
Kenyataan Media
14 September 2014
GST Untuk Petrol dan Diesel: Bila Kerajaan Mahu Umum?
Jaminan Kerajaan Barisan Nasional kononnya perlaksanaan Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan menyebabkan kenaikan melampau harga barang bakal menjadi satu mitos moden. Ia berikutan kegagalan kerajaan mengumumkan petrol dan diesel termasuk dalam senarai pengecualian GST.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat jangkaan awal bahawa GST menyebabkan kenaikan harga barang tidak mampu dikawal. Rakyat adalah mangsa kerana bukan sahaja tidak bersedia, malah tidak mengetahui betapa perbelanjaan mereka akan berganda khususnya selepas April 2015.
Apabila komoditi petrol dan diesel dikenakan cukai GST, kenaikan hampir 15sen seliter ini akan menjadi satu 'chain reaction' kenaikan harga barang yang merosakkan kuasa membeli rakyat Malaysia.
Lebih malang ketika rakyat dikenakan GST, pelancong yang hadir ke negara ini dibenarkan 'refund' semula cukai GST yang dikenakan (setelah berbelanja hingga ke suatu angka) tetapi apakah akan ada mekanisma yang membolehkan pihak tertentu seperti penggunaan petrol/diesel kenderaan syarikat/perdagangan 'refund' GST? Ramai rakyat yang tidak tahu mengenai perkara ini, kerajaan wajar umum semua perkara GST.
Perlaksanaan GST versi Malaysia dilihat penuh dengan helah tersembunyi tidak seperti perlaksanaan GST negara barat yang telus dan pulangan perkhidmatan kerajaan yang cemerlang. Contohnya, kerajaan telah umum tiada GST untuk bayaran tol namun setiap kali pengisian semula kad pra-bayar Touch n Go akan dikenakan GST. Dalam masa sama, kerajaan secara berperingkat memperkenal tol tanpa laluan tunai yang memaksa pengguna memiliki kad pra-bayar (Touch n Go).
SAMM juga menggesa pihak kerajaan mengumumkan senarai 85 barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai sebelum pembentangan bajet 2015. Senarai tersebut harus menjadi pengetahuan dan perbincangan umum sebelum ia digazetkan.
Bagi SAMM, rakyat selama ini bisa sahaja membayar apa jua cukai yang berpatutan, tetapi harus tidak rela ditipu atas nama cukai GST.

Thursday, September 11, 2014
Perdana Menteri didesak tengok EPU dibawah Wahid Omar.
Kenyataan Terbuka
26 Ogos 2014
sekian.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
26 Ogos 2014
- Pada 26 Ogos 2014 SAMM telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan bahawa program Rasionalisasi Subsidi idea Perdana Menteri telah disabotaj dari dalam kabinetnya sendiri. SAMM telah bertemu sekumpulan ahli korporat dan mendengar sendiri bagaimana kegiatan menyalin kertas cadangan berlaku dibeberapa peringkat Kerajaan khususnya di EPU.
- Lebih parah lagi dikatakan penyalinan (penyaduran) kertas kerja ini berlaku sehingga mengakibatkan kelewatan dan kecelaruan dalam hendak memulakan pelaksanaan Rasionalisasi Subsidi.
- Desakan dan persoalan berkenaan perkara tersebut nampaknya tidak mendapat respon Datuk Sri' Wahid Omar iaitu Menteri yang bertanggungjawab. Namun keberanian SAMM ke depan menyatakan perkara ini telah menyebabkan beberapa maklumat berkenaan kecelaruan dalam EPU terus disalurkan. sila klik untuk membaca lanjut
- SAMM kali ini mendesak Perdana Menteri Malaysia agar turun dan melihat sendiri apa yang berlaku di EPU, terlalu banyak sangat kecelaruan dan kekeliruan berlaku. Terbaru ada beberapa ahli korporat sendiri mengeluh mengenai Projek runding terus. Sekarang ini ramai pihak keliru tentang kaedah yang digunakapakai apabila mahu melaksanakan projek kerajaan sama ada secara inisiatif swasta atau tender terbuka. Difahamkan oleh kumpulan ahli korporat yang ditemui menyatakan pihak EPU, didapati sesuka hati sahaja tukar syarat peraturan bila dilaksana secara direct nego / runding terus. Bukan sahaja peraturan boleh berubah - ubah menyusahkan tetapi runding terus membina kelompok kroni yang sama mendapat perbagai projek.
- SAMM ingin mendesak agar semua kerajaan sama ada negeri atau pusat berhenti mengamalkan kaedah runding terus untuk mengelak amalan pilih bulu. maka SAMM ingin mencadangkan semua pemberian projek kerajaan dibuat secara tender terbuka supaya tidak ada kekeliruan.
- Kepada YAB Perdana Menteri jangan ingat ini keluhan dari pembangkang tetapi ia keluhan dari kelompok korporat termasuk rapat dengan parti memerintah. Jangan nanti Perdana mentri menuduh ini semua usaha pembangkang dan akan diambil kesempatan oleh pembangkang.
sekian.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
akta hasutan bukti kita masih dijajah.
Kenyataan Terbuka
11 September 2014
SAMM bersama mendokong Gerakan Anak Muda Hapuskan Akta Hasutan (Hasut)
11 September 2014
SAMM bersama mendokong Gerakan Anak Muda Hapuskan Akta Hasutan (Hasut)
- Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mengecam tangkapan dan pendakwaan berantai menggunaan Akta Hasutan (1948). Ini dilihat sebagai satu tindakan politik semata - mata. Rejim yang kini dipimpin Najib Razak kelihatan tertekan dengan label 'lemah dan lembek' yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohammad maka sebagai membuktikan dia 'keras' maka akta hasutan digunakan secara berantai dan tindakan ini juga bagi menyenyapkan dan menakutkan rakyat yang semakin jelas mengkritik rejim pimpinan Najib.
- Jika diteliti pendakwaan amat tidak relevan, beberapa teman awal didakwa kerana berceramah dalam Pidato Perpaduan sempena ulangtahun peristiwa hitam 13 Mei yang dianjurkan SAMM. Mereka menghasut rakyat perlu bersatu menolak perkauman dan Umno serta sekutu merupakan antara punca 13 Mei, maka mereka ditahan dan didakwa dibawah akta hasutan.
- Kemudian seorang ahli akedemik didakwa kerana mengeluarkan hasutan di Balai Polis dalam sesi rakaman percakapan soal siasatnya, ertinya dia telah menghasut pegawai penyiasat anggota PDRM. Seorang ahli agama pula yang terbaru, dipaksa bermalam dalam tahanan dan didakwa hanya kerana tulisan status Facebooknya pada tahun 2012. Lucukan, semua berpotensi kini hanya untuk buktikan kepada Dr. Mahathir bahawa Najib itu keras dan siapa yang kena menjadi mangsa untuk menakutkan pengkritik Najib.
- Akta hasutan 1948 merupakan janji Najib pada 2012, dan diulang melalui temubualnya dalam BBC pada Julai 2013. Namun nampaknya Najib sendiri mungkir janji. Bab ini tak pelik kerana bukan sekali malah banyak kali dia mungkir janji.
- Penggunaan Akta Hasutan 1948 khususnya dalam bulan Kemerdekaan ini menampakan betapa kita masih dijajah. Akta yang dibuat pada tahun 1948 oleh penjajah sebelum Merdeka akhirnya terus menghantui rakyat menyekat kebebasan menyatakan pandangan. Ini undang undang penjajah yang diteruskan oleh pewarisnya
- Penggunaan akta hasutan ini merupakan satu pembodohan, mangsanya bukan sahaja ahli politik tetapi pelajar, ahli akedemik, pendakwah agama termasuk rakyat biasa. Tujuanya ialah menyekat pandangan serta pendapat berbeza. Tidak tahukah kita sejarah membuktikan semua ketamadunan besar bermula dengan pertembungan idea dan pandangan. ia ditinggalkan penjajah untuk digunakan pewarisnya untuk memastikan pembodohan berterusan selepas mendapat 'merdeka'.
- Lebih parah lagi akta hasutan ini hanya digunakan kepada yang melawan rejim menguasa sahaja. Menteri dan penyokong rejim katalah apa dikhalayak pasti tidak kena akta hasutan. Akta hasutan hanya digunakan untuk mempertahankan rejim hujung usia.
- Sekali lagi SAMM mengecam tindakan menggunakan akta lapuk dalam usaha berterusan pembodohan rakyat ini. SAMM mendokong usaha kumpulan - kumpulan khususnya anak muda dalam Gerakan Anak Muda Hapuskan Akta Hasutan (Hasut) yang menumpukan kempen jalanan dalam mempertingkatkan kesedaran.
sekian.
Tahniah, perjumpaan SAMM ransang pemuda Umno turut menyumbang
Kenyataan media
11 September
KEHADIRAN SAMM DI KEMENTERIAN KEWANGAN RANSANG PEMUDA UMNO TURUT MENYUMBANG PEMIKIRAN MUDA DALAM BELANJAWAN 2015
Pada 5 September 2014 SAMM telah diberikan temujanji dengan YB Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan untuk menerangkan sendiri beberapa dapatan hasil Bengkel Pengurusan Ekonomi Negara anjuran SAMM pada tahun 2012. Dimana beberapa cadangan tersebut telah disalurkan sebelum ini kepada perbagai pihak seperti ahli - ahli parlimen PR tetapi seolah tidak mendapat perhatian.
Namun apabila disampaikan kepada pihak Kementerian Kewangan kami mendapat respon positif serta diberi ruang bertemu dan menyampaikan sendiri idea praktikal tersebut .
Antara cadangan tersebut ialah Pindaan Perintah Levi yang kali terakhir dipinda 1983. Pindaan ini akan meningkatkan pendapatan negara sehingga RM300juta setahun dan bakal memberikan impak letusan ekonomi khususnya di kawasan selatan Semenanjung Malaysia.
Kami menghargai keterbukaan Kementrian Kewangan menerima kehadiran SAMM. Walaupun sebelum ini SAMM dikenali perbagai label negatif ganas dan radikal namun kami mahu buktikan anak muda dijalanan bukan tidak punya idea dan pemikiran tetapi kami memilih untuk berada didepan dan berlawan dengan cara serta nada anergatik muda.
Namun di Malaysia perlu diakui masih ramai yang pemikiran sempit politik kepartiannya. Bukan sahaja che'GuBard dilebel masuk Umno tetapi Datuk Ahmad Maslan sendiri teruk diserang khususnya oleh blogger Umno kerana bertemu SAMM. Namun kami percaya Ahmad Maslan tahu apa yang dilakukannya serta kami yakin kami melakukan perkara yang betul.
Jika dilihat dalam aspek perbezaan sudah tentu banyak titik pertembungan antara kami dengan pihak penguasa, namun jika kita boleh sama mengenepikan perbezaan dan mencari kesamaan saling menerima pandangan pasti impaknya positif. Menyedari impak kesan ekonomi global yang kesan langsungnya terus kepada rakyat maka cabarannya kini ialah menambah pendapatan negara dalam keadaan meminimakan impak kepada rakyat disinilah SAMM cuba bersama dan sudah tentu desakan mewujudkan urustadbir baik menjadi keutamaan.
Ternyata kehadiran SAMM juga membawa impak yang kami tak sangka, mungkin tertekan dengan kehadiran SAMM yang mereka lihat pembangkang. Maka Pemuda Umno sendiri beberapa hari selepas itu telah hadir pula bertemu Datuk Ahmad Maslan mengajukan pula cadangan anak muda Umno untuk Belanjawan 2015. SAMM melihat ini semua positif dimana perlu ada banyak pandangan dan sumbang saran dari perbagai pihak khususnya kelompok muda. Nampaknya kehadiran kami bukan sahaja membawa cadangan, memecahkan tembok pemisah pembinaan negara malah turut menjadi ransangan kepada kelompok muda lain turut terlibat aktif dalam menyumbang idea dan pandangan.
11 September
KEHADIRAN SAMM DI KEMENTERIAN KEWANGAN RANSANG PEMUDA UMNO TURUT MENYUMBANG PEMIKIRAN MUDA DALAM BELANJAWAN 2015
Pada 5 September 2014 SAMM telah diberikan temujanji dengan YB Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan untuk menerangkan sendiri beberapa dapatan hasil Bengkel Pengurusan Ekonomi Negara anjuran SAMM pada tahun 2012. Dimana beberapa cadangan tersebut telah disalurkan sebelum ini kepada perbagai pihak seperti ahli - ahli parlimen PR tetapi seolah tidak mendapat perhatian.
Namun apabila disampaikan kepada pihak Kementerian Kewangan kami mendapat respon positif serta diberi ruang bertemu dan menyampaikan sendiri idea praktikal tersebut .
Antara cadangan tersebut ialah Pindaan Perintah Levi yang kali terakhir dipinda 1983. Pindaan ini akan meningkatkan pendapatan negara sehingga RM300juta setahun dan bakal memberikan impak letusan ekonomi khususnya di kawasan selatan Semenanjung Malaysia.
Kami menghargai keterbukaan Kementrian Kewangan menerima kehadiran SAMM. Walaupun sebelum ini SAMM dikenali perbagai label negatif ganas dan radikal namun kami mahu buktikan anak muda dijalanan bukan tidak punya idea dan pemikiran tetapi kami memilih untuk berada didepan dan berlawan dengan cara serta nada anergatik muda.
Namun di Malaysia perlu diakui masih ramai yang pemikiran sempit politik kepartiannya. Bukan sahaja che'GuBard dilebel masuk Umno tetapi Datuk Ahmad Maslan sendiri teruk diserang khususnya oleh blogger Umno kerana bertemu SAMM. Namun kami percaya Ahmad Maslan tahu apa yang dilakukannya serta kami yakin kami melakukan perkara yang betul.
Jika dilihat dalam aspek perbezaan sudah tentu banyak titik pertembungan antara kami dengan pihak penguasa, namun jika kita boleh sama mengenepikan perbezaan dan mencari kesamaan saling menerima pandangan pasti impaknya positif. Menyedari impak kesan ekonomi global yang kesan langsungnya terus kepada rakyat maka cabarannya kini ialah menambah pendapatan negara dalam keadaan meminimakan impak kepada rakyat disinilah SAMM cuba bersama dan sudah tentu desakan mewujudkan urustadbir baik menjadi keutamaan.
Tahun ini sekali lagi SAMM akan mengumpulkan pemikiran anak muda akar umbi dari teman muda mahasiswa sehinggalah teman anak muda dikampung dan bandar dalam membincangkan pandangan dan peranan anak muda berkait dasar fiskal negara, ekonomi dan urustadbir Kerajaan pasca Belanjawan 2015 supaya garapan pandangan dan idea anak muda dapat diangkat dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan negara. SAMM berharap akan mengadakan bengkel dengan penglibatan semua pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang demi pembinaan negara.
Sekian
che'GuBard
Harap Azmin berhenti melobi di belakang dan hantar surat ke Istana maklum sokong Wan Azizah
Catatan Pagi
11 September 2014
11 September 2014
- sila baca tulisan ini dengan latar kejadian permulaan dimana pemecatan DSAI dari TPM secara hina oleh Dr. Mahathir kerana konspirasi melibatkan keluarga kakitangan yang sangat rapat denganya.
- PKR kelihatan seperti parti yang anggota bawahnya tidak ada disiplin kerana bebas menggunakan media menyerang parti. Selain inilah cabaran yang harus diterima sebagai parti muda di era internet dimana maklumat tersebar segera dan semua boleh memberikan input secara bebas. Namun ia harus diteliti puncanya juga.
- Ia ialah kesalahan Jawatankuasa Disiplin Parti, Presiden termasuk Ketua Umum sendiri apabila membiarkan orang bertaraf Timbalan Presiden Parti sendiri terlibat menggunakan media secara terbuka menyerang Presiden dan keluarga. Malah serangan tersebut kelihatan secara tersusun dibuat sehingga melibatkan penyokong penyokong Timbalan Presiden menyerang keluarga Preisden dan Ketua Umum. Istilah seperti Isana Segambut, Keputusan dalam Kelambu, Wan Azizah pemimpin 'remote' semuanya bukan dimulakan oleh Umno sebaliknya dimulakan oleh musuh dalam selimut yang ditunjangi Timbalan Presiden sendiri.
- Pada Mei 2013 Azmin Ali telah menggunakan bukan sahaja TV3 malah Utusan dan banyak lagi media menyerang Presiden parti dengan mengatakan Presiden amalkan nepotisma dan perbagai konotasi negatif. Aduan rasmi dibuat namun tidak ada tindakan.
- Penggunaan media termasuk media sosial menyerang Ketua Umum, malah mempertikaikan keputusan parti oleh Azmin bermula awal lagi. Iaitu sejak dia mengatakan kepada ramai bahawa Ketua Umum tipu sebab tak lantik dia jadi MB Selangor walaupun sudah dijanjikan sebelum itu.
- Ketika keputusan parti malah dipersetujui PR untuk menggerakkan rakyat selepas PRU 13 dalam kempen Blackout 505, Azmin dengan sengaja menggerakkan penyokong dan pengikutnya menggagalkan Blackout 505. Budak - budak sekolah politik IKD dibawah Khalid Jaafar menyebarkan propaganda tak perlu turun kempen Blackout 505 hanya sia sia, terima sahaja kekalahan. Malah Azmin sendiri dalam akaun twitternya menyerang Ketua Umum sebagai menggunakan rakyat demi kepentingan peribadi. Percaya ini berlaku kerana dia tak dilantik MB.
- Bermula 2010 lagi penipuan dalam pemilihan sudah berlaku teruk. 2014, sekali lagi pemilihan PKR banyak terdapat penipuan sehinggalah melibatkan cubaan rasuah kepada anggota JPP, namun semua tidak disiasat. Hampir semua operasi penipuan berlatar belakangkan pasukan Keadilanraya yang diketuai Azmin Ali, begitu juga hampir semua aduan tidak ada tindakan. Aduan dan surat che'GuBard berkenaan pemilihan semuanya tidak berjawab. sila klik Aduan Rasuah kait Azmin Ali
- Sama seperti 2010 mereka memaklumkan kepada Ketua Umum sudah dibalas surat dan aduan cheGuBard tetapi saya tidak dapat apa pun, begitu juga sekarang ini saya pasti mereka dah maklum kepada DSAI bahawa mereka sudah balas tetapi tidak wujud balasan itu.
- Cuma mahu memberikan jawapan kenapa kita mahu mempersalah anggota bawahan menggunakan media menyerang parti sedangkan Timbalan Presiden sendiri guna media termasuk Utusan dan TV3 serang bukan sahaja parti tetapi menyerang peribadi Ketua Umum dan keluarga.
- Satu lagi ialah kegagalan badan displin parti ambil tindakan kepada pembocor maklumat biro politik parti menyebabkan bukan sahaja banyak lagi maklumat bocor malah maklumat tipu konon sumber dalaman terus dipermainkan di media. Contohnya Awani dan beberapa media sering menyatakan maklumat seperti Azmin turut tersenarai sebagai calon MB dan seumpamanya. Ianya maklumat palsu yang menjadi psywar rekaan pasukan tertentu yang menjadikan parti ini bahan tertawa. sila klik PKR gagal tangani pembocor maklumat
- Lobi Azmin yang nak jadi MB tak sudah - sudah akhirnya membawa ke episod pemecatan Khalid Ibrahim dan fasa lantikan baru dari Istana. Namun jelas PKR pada peringkat ini seperti hilang kawalan dan seolah tidak dihormatikawan pun. Kenapa ini berlaku ? Jawapanya muda PKR yang diperlihatkan tidak 'solid' kepimpinannya sudah tentu akan dipermainkan /tidak dihormati bukan sahaja oleh musuh, oleh Istana malah oleh sahabat sendiri. Ini berlaku kerana konon kita solid untuk hantar satu nama tetapi ada yang buat lobi belakanguntuk dirinya. Tanyalah pemimpin PAS bagaimana Azmin melalui perbagai saluran melobi sehingga Presiden PAS sendiri mahu membawa namanya tetapi apabila lobinya pada PAS terbongkar dia sendiri mengadap DSAI konon menyatakan Presiden PAS yang mahu melamar dia. Ini antara punca meretakkan lagi hubungan PR.
- Di depan umum khususnya media Azmin kelihatan begitu suci, dia bercakap ke media akan tolak sebarang cadangan namanya dan menyokong Wan Azizah tetapi dibelakang ia terus melobi termasuk melobi ke Istana. Masihingat selepas PRU 13 bagaimana PR bersetuju menghantar nama Khalid Ibrahim seorang tetapi dia dan kuncu - kuncunya dalam PKR Selangor menghantar satu lagi nama konon mendapat sokongan ramai yang perlu dipertimbang Sultan yang akhirnya dia kecewa kerana gagal mendapat sokongan parti peringkat Pusat. Itu sebab selepas itu ia menyerang Anwar dan keluarga.
- Persoalanya sudah - sudahlah itu Azmin, tidakkahkamu melihat petaka akibat ketamakan itu. Bukan sahaja Selangor malah PKR juga PR sedang berada dihujung tanduk. Hentikan usaha lobi belakang ini, hantar surat ke Istana nyatakan bahawa anda tidak mahu menjadi Menteri Besar menghormati kebijaksanaan Sultan agar menolak sebarang khabar bahawa PKRitu tidak 'solid' keputusan untuk menamakan Wan Azizah dan kamu nyatakan sokongan tanpa belah bagi. Jangan hanay di media sahaja tetapi hantar signal berbeza di Istana dan penyokong kamu dengan harapan Wan Azizah ditolak dan kamu ialah plan B nya.
Wednesday, September 10, 2014
Sumbangan anda diperlukan untuk gerakan SAMM
SAMM ialah sebuah gerakan anak muda (tidak ada struktur dan hiraki formal) yang menghimpunkan anak muda Malaysia dari perbagai latar yang percaya akan keperluan bangkit dengan keberanian dan sepenuh daya mendesak perubahan. Perubahan bukan satu takdir yang harus ditunggu sebaliknya merupakan satu tanggungjawab anak muda untuk sama mendesak dan menggerakkan massa ke arahnya.
Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perlawanan rakyat yang ditindas sebelum ini. Perjuangan ini ibarat mata rantai, kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik ketika zaman kita, anak muda harus berani mencipta sejarah. SAMM memerlukan sumbangan dana semua untuk terus bergerak.
Sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun
Solidariti Anak Muda (akaun maybank 555041113224).
www.anakmudamalaysia.com
Tuesday, September 09, 2014
SAMM bertemu Kementerian Kewangan sampai cadangan Belanjawan 2015
Kenyataan Media
5 September 2014
PEMBENTANGAN CADANGAN BELANJAWAN 2015
1.
Pertama sekali terima kasih kepada Kemnterian
Kewangan Malaysia khususnya Timbalan Menteri Kewangan YB Datuk Ahmad Maslan
yang sudi memberi ruang kepada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
membentangkan beberapa cadangan untuk Belanjawan 2015 bagi menambah pendapatan negara
sambil mengurangkan bebanan rakyat.
2.
Set cadangan ini adalah hasil Bengkel Pengurusan
Ekonomi 2012 anjuran SAMM. Cadangan ini telah dibuat dua tahun lepas dan
sebelum ini telah juga diajukan kepada beberapa ahli parlimen termasuk dari
Pakatan Rakyat. Namun kemungkinan suara anak muda biasa seperti SAMM ini tidak
dilihat penting maka ia seolah tidak diangkat.
3.
Apabila melihat ruang dimana Kerajaan melalui
Kementerian Kewangan mengalukan pandangan dan pendapat semua pihak dalam
menyediakan draf belanjawan 2015, maka SAMM telah cuba mengajukan beberapa
pandangan dan terima kasih apabila hari ini kami diberi ruang oleh YB Datuk
Ahmad Maslan sendiri untuk membentangkan pandangan cadangan kami.
4.
Tahniah kepada pihak Kementerian Kewangan kerana
ruang dan keberanian memberikan kumpulan rakyat biasa seperti SAMM memainkan
peranan dalam memacu sama negara ini.
5.
Jika dilihat dalam aspek perbezaan sudah tentu
banyak titik pertembungan antara kami dengan pihak penguasa, namun jika kita
boleh sama mengenepikan perbezaan dan mencari kesamaan saling menerima
pandangan pasti impaknya positif. Menyedari impak kesan ekonomi global yang
kesan langsungnya terus kepada rakyat maka cabarannya kini ialah menambah
pendapatan negara dalam keadaan meminimakan impak kepada rakyat disinilah SAMM
cuba bersama dan sudah tentu desakan mewujudkan urustadbir baik menjadi
keutamaan.
6.
Antara cadangan hari ini ialah Pindaan Perintah
Levi yang kali terakhir dipinda 1983. Pindaan ini akan meningkatkan pendapatan
negara sehingga RM300juta setahun dan bakal memberikan impak letusan ekonomi
khususnya di kawasan selatan Semenanjung Malaysia.
7.
Ya betul
SAMM selama ini dikenali dengan perbagai konotasi negatif tetapi kelompok anak
muda dalam SAMM kami juga menyususn anak muda dalam menyatakan pandangan
radikal yang praktikal dalam mentadbir negara. Kami melihat pagi ini sebagai
satu ruang dan permulaan jambatan untuk semua pihak terlibat dengan
tanggungjawab dalam memastikan Malaysia kembali berdaya saing.
8.
Tahun ini sekali lagi SAMM akan mengumpulkan
pemikiran anak muda akar umbi dari teman muda mahasiswa sehinggalah teman anak
muda dikampung dan bandar dalam membincangkan pandangan dan peranan anak muda
berkait dasar fiskal negara, ekonomi dan urustadbir Kerajaan pasca Belanjawan 2015 supaya garapan pandangan dan idea anak muda
dapat diangkat dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan negara.
Sekian ;
che’GuBard
Pengasas SAMM
Pengasas SAMM
Thursday, September 04, 2014
Surat terbuka : Datuk Zahid benarkah nilai 5 jam tangan kamu sahaja mencecah RM1.5j ?
4 September 2014
Surat terbuka buat ;
YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,
Menteri Dalam Negeri.
- Surat ini tidak ada kena mengena dengan tindakan angkuh YB. Datuk Seri mutaakhir ini yang bertindak dalam kes akta hasutan mahupun bertindak terhadap Pasukan Peronda Sukarela bawah Kerajaan Pulau Pinang sebaik sahaja sukarelawan tersebut selesai menyelia bantu dan menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri.
- Pada 29 Ogos (Jumaat) lalu jam 1.13 ptg ketika Jalan Tun Razak sangat sesak kedengaran siren polis mengasak semua ketepi kerana ada Menteri yang menggunakan Velfire hitam dengan no daftar KDN 38 hendak lalu. Ketika itu jalan terlalu sesak tidak membenarkan kenderaan ke kiri atau ke kanan termasuk ke depan. Namun konvoi menteri tersebut angkuh ingin lalu segera sehingga pengawal peribadinya yang bermotorsikal berkuasa besar menendang dan memukul beberapa buah kenderaan termasuk kenderaan yang saya naiki. Namun sesungguhnya surat terbuka ini bukan juga berkenaan hal tersebut.
- Saya difahamkan oleh teman - teman bahawa YB Datuk Seri punya koleksi kereta mewah dan cukup minat dengan motor berkuasa besar. Namun itu hanya saya dengar dan tidak tahu kesahihanya. Surat terbuka ini adalah kerana saya tertarik dengan penampilan kemas dan bergaya YB Datuk Seri khususnya koleksi jam tangan mewah bergaya yang hampir setiap kali muncul dikhalayak jam tangan berbeza digayakan.
- Di teliti 5 koleksi gambar yang diperolehi 4 dari media tempatan dan 1 dari media negara jiran memperlihatkan jam mewah yang sangat bergaya. Oleh kerana minat saya cuba kenal pasti jenis jam tersebut dan dikenal pasti harganya.
- http://www.
themalaysianinsider.com/ bahasa/article/zahid-hamidi- umno-hormat-keputusan-taib- mahmud-perubahan-ikut-acuan- sarawak - http://www.utusan.com.my/
utusan/Dalam_Negeri/20130518/ dn_01/Tunggu-tindakan-tegas--- Zahid-Hamidi - http://www.thestar.com.my/
News/Nation/2013/09/03/zahid- race-not-a-factor/ - http://www.thesundaily.my/
node/76604 - http://en.tempo.co/read/news/
2013/10/04/074519230/Malaysia- Prepares-Controversial- Preventive-Crime-Act - Setelah diteliti gambar dan jam tangan yang digunakan dikenal pasti tiap gambar tersebut YB Dr. memperagakan jam tangan mewah.
-
1) IWC PERPETUAL CALENDER Retail Price: USD $41,1002) RICHARD MILLE RM011 LE MANS ROSE GOLD Retail Price: USD $120,0003) RICHARD MILLE RM011 ASIA BOUTIQUE EXCLUSIVE Retail Price: USD$109,0004) RICHARD MILLE RM028 DIVER ROSE GOLD Retail Price: USD$145,0005) RICHARD MILLE RM033 EXTRA THIN Retail Price: USD$80,000
- Harap YB Dr. tak tersinggung dengan surat terbuka ini. Saya mengumpulkan gambar dan menyelidik koleksi jam tangan YB Dr. kerana minat saya dan terpegun dengan koleksi jam mewah YB Dr. Harapnya saya tidak disiasat dibawah akta hasutan atau dikepung oleh gangster di stesen minyak seperti Amir Bazli Abdullah hanya kerana surat terbuka ini.
Hanya ingin bertanya benarkah benarkah model jam yang saya cuba padankan dengan yang YB Datuk Seri Dr. gayakan. Saya andaikan tak mungkin seorang Menteri menyokong usaha pemalsuan barangan dengan memakai barang tiruan. Maka jika benar modelnya maka jumlah koleksi 5 jam tangan tersebut mencecah RM1.5 juta nilainya.
Persoalanya ialah banyak wang YB Datuk Seri Dr. ya ? Itu baru 5 jam tangan dan banyak lagi gambar YB Dr. muncul dengan jam tangan berbeza, saya yakin pasti ada puluhan lagi koleksi jam tangan mewah dalam koleksi, maka berapa nilai semua jam tangan sahaja ? Bagaimana dibeli atau siapa yang hadiahkan ? atas urusan apa hadiah jam mewah sebegitu harganya ?
Ketika rakyatberkira wang syiling untuk membeli barang, adakah wajar YB Datuk Seri Dr. memiliki dan memperagakan koleksi jam tangan mewah ? Itu baru jam belum diteliti lagi yang lain.
Adakah rakyat sahaja harus ubah cara hidup dan dihimpit kesusahan sedangkan pak Menteri dan keluarga terus memperagakan kemewahan.
Jika benar maka teringatlah saya dengan cerita bagaimana YB Datuk Seri menjadi panglima kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika awal pemecatanya dan selepas didera di dalam ISA, YB Datuk Seri telah kendur dan berpatah balik ke pangkuan Umno. Mujurtidak tahan tekanan dan berpatah balik jika tidak pasti koleksi mewah ini terlepas untuk saya nikmati diperagakan YB Datuk Seri.
senarai harga jam mewah sila klik untuk mendapat imej jelas
- Amat mengharapkan respon positif dari YB Datuk Seri atas pertanyaan saya dalam surat ini dimana saya juga merupakan peminat jam, cuma seperti marhaen biasa kami cuma ada minat tetapi hanya dapat menikmatinya dengan melihat digayakan ditangan Menteri seperti YB Datuk Seri dan keluarga
Sekian.
che'GuBard
klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
Dapatkan buku terbaru bongkar hubungan Malaysia - Israel. Perbagai data dan dokumen sokongan bukti betapa munafiqnya bila kita bercakap simpati Palestin.
dapatkan buku ini sebelum diharamkan klik http://chegubard.blogspot.com/ 2014/08/ buku-terbitan-terbaru-samm-bong kar.html?m=1
dapatkan buku ini sebelum diharamkan klik http://chegubard.blogspot.com/
Wednesday, September 03, 2014
Apakah salah Politik Dinasti Mendominasi Malaysia?
Merdeka ke 57 tahun ini saya memilih untuk menulis mengenai keberadaan politik dinasti di Malaysia. Jika diselusuri sejarah ibu pertiwi ini kita akan dapat melihat suburnya politik dinasti ini di dalam sistem demokrasi Malaysia. Ia tidak sekadar tumbuh di dalam parti-parti politik malah telah mula masuk ke dalam sistem pentadbiran Persekutuan dan Negeri.
Politik Dinasti ini bukan satu perkara yang asing di dalam dunia ini. Dalam dunia politik moden hari ini, Amerika Syarikat yang dikatakan contoh negara paling demokrasi pun tidak dapat menghindari politik dinasti. Dinasti Bush dan Kennedy merupakan dinasti politik yang terkenal di Amerika Syarikat.
Di sekitar Asia Tenggara juga, politik dinasti telah menjadi seperti satu budaya politik rantau ini. Di Indonesia, wujud Soekarno-Megawati Soekarnoputri membentuk Dinasti Soekarno. Siapa tidak kenal Ninoy-Corazon-Noynoy yang membentuk legasi Dinasti Aquino dalam politik Filipina.
Singapura juga memperlihatkan bagaimana politik dinasti ayah dan anak iaitu Lee Kuan Yew-Lee Hsien Loong. Thailand juga tidak terkecuali, gandingan abang adik, Thaksin-Yingluck Shinawatra.
Malaysia juga telah memperlihatkan banyak gandingan-gandingan yang membentuk dinasti dalam iklim politik kita.
Dinasti Tun Razak, Dinasti Tun Mahathir, Dinasti Tun Abdullah Badawi, Dinasti Anwar Ibrahim, Dinasti Kit Siang, Dinasti Anwar Ibrahim, Dinasti Chua Soi Lek, Dinasti Yusuf Rawa dan banyak lagi. Politik Dinasti ini telah menjadi satu budaya tradisional dalam demokrasi Malaysia.
Politik dinasti ini boleh membawa kebaikan lantaran mempunyai latar politik yang ampuh dan memahami urustadbir dalam ertikata yang sebenarnya. Mereka tahu bagaimana untuk menjaga rakyat serta mereka faham untuk menjalankan pentadbiran sementelah mereka telah terdedah begitu lama dalam aspek politik kerana legasi ayah mereka.
Keterbiasaan dalam mengetuai rakyat memainkan peranan yang penting. Ia banyak membantu untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Sementelah dinasti ini muncul kerana undi daripada rakyat yang mungkin disebabkan keyakinan rakyat bahawa keluarga politik ini akan mampu menambahbaik kehidupan mereka.
Namun begitu, Politik Dinasti ini juga menterjemahkan betapa ia berupaya untuk mempengaruhi halatuju negara. Pemimpin silih berganti tetapi hakikatnya negara diperintah oleh legasi yang sama. Menjadi pemimpin politik sudah menjadi seperti perusahaan keluarga di mana setiap susur galur keluarga ini dijangka akan menuruti langkah ayah atau ibu dan berterusan untuk beberapa zaman.
Kemungkinan yang juga tidak boleh ditolak mentah-mentah adalah keluarga politik ini mempunyai kesempatan untuk membina kekuatan kewangan dan sumber untuk memastikan mereka akan terus menang dalam pilihanraya sama ada bersandarkan kekuatan nama keluarga ataupun melalui strategi pilihanraya yang lebih “kreatif”.
Dan yang paling teruk sekali dalam Politik Dinasti ini adalah apabila Keluarga Politik yang korup menguasai arena politik tanahair.
Politik Dinasti ini diharap ia tidak sampai memberikan kesan negatif dalam politik tanahair. Dinasti politik telah menjadi satu budaya namun jangan sampai ia menjadi sesuatu yang struktural dan mempengaruhi pertembungan politik yang menjadi perhatian rakyat.
Jika memilih untuk menolak Politik Dinasti pula, kita tidak boleh sehingga menindas hak politik seseorang warga untuk dipilih dan memilih.Kita sepatutnya mula melihat kepada tempoh senggang masa bagi seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin-pemimpin sedia ada untuk melangkah jauh ke dalam pentas politik.
Penutup
57 tahun usia kemerdekaan ini kita harus mula memikirkan ke mana arahtuju politik negara ini. Sama ada kekal di takuk lama atau terus melangkah berani ke depan. Tidak lagi kita perlu untuk terus melihat ke belakang dengan isu-isu stereotaip menjelang merdeka - slogan perpecahan dan perpaduan kerana usia begini pasti rakyat faham apa itu nikmat berada di dalam keadaan damai. Apa yang penting adalah bagaimana kita ingin memetakan negara kita dalam transisi perjalanan politik dunia.
Selamat Hari Kemerdekaan ke 57 Semenanjung Malaysia
Selamat Hari Kemerdekaan ke 51 Sabah
Ahmad Anwar Asyraf
Penyelas SAMM Johor
klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
Dapatkan buku terbaru bongkar hubungan Malaysia - Israel. Perbagai data dan dokumen sokongan bukti betapa munafiqnya bila kita bercakap simpati Palestin. dapatkan buku ini sebelum diharamkan klik http://chegubard.blogspot.com/ 2014/08/ buku-terbitan-terbaru-samm-bong kar.html?m=1
Penyelas SAMM Johor
klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
Dapatkan buku terbaru bongkar hubungan Malaysia - Israel. Perbagai data dan dokumen sokongan bukti betapa munafiqnya bila kita bercakap simpati Palestin. dapatkan buku ini sebelum diharamkan klik http://chegubard.blogspot.com/