11 September 2014
SAMM bersama mendokong Gerakan Anak Muda Hapuskan Akta Hasutan (Hasut)
- Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mengecam tangkapan dan pendakwaan berantai menggunaan Akta Hasutan (1948). Ini dilihat sebagai satu tindakan politik semata - mata. Rejim yang kini dipimpin Najib Razak kelihatan tertekan dengan label 'lemah dan lembek' yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohammad maka sebagai membuktikan dia 'keras' maka akta hasutan digunakan secara berantai dan tindakan ini juga bagi menyenyapkan dan menakutkan rakyat yang semakin jelas mengkritik rejim pimpinan Najib.
- Jika diteliti pendakwaan amat tidak relevan, beberapa teman awal didakwa kerana berceramah dalam Pidato Perpaduan sempena ulangtahun peristiwa hitam 13 Mei yang dianjurkan SAMM. Mereka menghasut rakyat perlu bersatu menolak perkauman dan Umno serta sekutu merupakan antara punca 13 Mei, maka mereka ditahan dan didakwa dibawah akta hasutan.
- Kemudian seorang ahli akedemik didakwa kerana mengeluarkan hasutan di Balai Polis dalam sesi rakaman percakapan soal siasatnya, ertinya dia telah menghasut pegawai penyiasat anggota PDRM. Seorang ahli agama pula yang terbaru, dipaksa bermalam dalam tahanan dan didakwa hanya kerana tulisan status Facebooknya pada tahun 2012. Lucukan, semua berpotensi kini hanya untuk buktikan kepada Dr. Mahathir bahawa Najib itu keras dan siapa yang kena menjadi mangsa untuk menakutkan pengkritik Najib.
- Akta hasutan 1948 merupakan janji Najib pada 2012, dan diulang melalui temubualnya dalam BBC pada Julai 2013. Namun nampaknya Najib sendiri mungkir janji. Bab ini tak pelik kerana bukan sekali malah banyak kali dia mungkir janji.
- Penggunaan Akta Hasutan 1948 khususnya dalam bulan Kemerdekaan ini menampakan betapa kita masih dijajah. Akta yang dibuat pada tahun 1948 oleh penjajah sebelum Merdeka akhirnya terus menghantui rakyat menyekat kebebasan menyatakan pandangan. Ini undang undang penjajah yang diteruskan oleh pewarisnya
- Penggunaan akta hasutan ini merupakan satu pembodohan, mangsanya bukan sahaja ahli politik tetapi pelajar, ahli akedemik, pendakwah agama termasuk rakyat biasa. Tujuanya ialah menyekat pandangan serta pendapat berbeza. Tidak tahukah kita sejarah membuktikan semua ketamadunan besar bermula dengan pertembungan idea dan pandangan. ia ditinggalkan penjajah untuk digunakan pewarisnya untuk memastikan pembodohan berterusan selepas mendapat 'merdeka'.
- Lebih parah lagi akta hasutan ini hanya digunakan kepada yang melawan rejim menguasa sahaja. Menteri dan penyokong rejim katalah apa dikhalayak pasti tidak kena akta hasutan. Akta hasutan hanya digunakan untuk mempertahankan rejim hujung usia.
- Sekali lagi SAMM mengecam tindakan menggunakan akta lapuk dalam usaha berterusan pembodohan rakyat ini. SAMM mendokong usaha kumpulan - kumpulan khususnya anak muda dalam Gerakan Anak Muda Hapuskan Akta Hasutan (Hasut) yang menumpukan kempen jalanan dalam mempertingkatkan kesedaran.
sekian.
No comments:
Post a Comment