Ketika artikel ini sedang ditulis, proses mengangkat sumpah Menteri Besar baharu Selangor sedang berjalan. Krisis berbulan-bulan ini akhirnya ditamatkan dengan satu kisah fairy tales yang membuktikan betapa dahsyatnya drama-drama politik yang dimainkan oleh parti-parti politik di Negara ini.
Tidak kira sama ada dalam kelompok Pemerintah ataupun Oposisi, fairy tales ini senantiasa berlaku.
Saya bukanlah memihak kepada mana-mana sosok dalam krisis Selangor ini. Artikel ini hanya satu curahan pandangan apa yang saya pelajari sepanjang krisis ini.
Krisis Selangor ini telah menunjukkan kepada saya bahawa sistem politik Malaysia tidak pernah mahu melalui zaman perubahan.
Ia akan terus kekal begini selagi mana kedua-dua pihak tidak mempunyai keazaman politik yang sebenar-benarnya untuk membawa pencerahan politik Negara.
BJ Habibie semasa tempoh pendeknya sebagai Presiden Republik Indonesia telah pun mengorak satu langkah yang agak bijak apabila memisahkan anggota Kabinet dengan jawatan kepartian. Anggota-anggota Kabinet beliau perlu memilih sama ada mahu kekal sebagai anggota Kabinet ataupun memegang jawatan dalam Parti Politik.
Inilah sebenarnya satu usaha pendemokrasian murni yang memperjelaskan mengenai terma Politik Rakyat dan Politik Fraksi.
Saya melihat ada sesuatu yang bagus daripada idea ini. Pemisahan kuasa ini akan mengelakkan Kabinet Pentadbiran Negara ini menjadi urusan parti. Pentadbiran Negara tidak boleh sewenangnya diperkudakan untuk memperkukuh satu-satu parti politik sama ada dari segi politik mahupun dari segi kewangan.
Dalam masa yang sama juga, Pentadbiran Negara tidak boleh merasa terlalu kuat dan angkuh sehingga seringkali tersasar dalam melaksanakan dasarnya. Dan disinilah letaknya satu peranan penting yang boleh dimainkan oleh parti politik iaitu menyediakan satu sistem secara tidak langsung untuk melakukan tugas semak dan imbang terhadap perjalanan kuasa eksekutif dalam Negara ini.
Mana mungkin Parti Politik akan mempunyai keupayaan untuk menegur atau mengambil tindakan terhadap Ketua Eksekutif dan anggota Kabinet sekiranya Kabinet itu dipimpin oleh Presiden Parti dan juga mereka-mereka yang menjawat hierarki tertinggi dalam Parti-Parti dalam Gabungan Pemerintah.
Dari satu sisi yang lain juga, Ketua Eksekutif dan anggota kabinet perlulah inklusif bukannya eksklusif. Pemimpin pemerintah harus bertanggungjawab kepada seluruh rakyat bukan hanya memimpin satu parti semata-mata.
Adalah tidak betul sekiranya kita meletakkan bahawa kebertanggungjawaban Pentadbiran Negeri itu menjadi hak eksklusif satu-satu parti politik semata-mata. Malahan, situasi di mana Ketua Eksekutif itu juga merupakan seorang penjawat jawatan tertinggi dalam hierarki parti akan menjadikan ia berpotensi untuk memanipulasi tindakan dan keputusan demi kepentingan peribadi dan juga partinya semata-mata hingga tersasar daripada agenda rakyat yang total.
Saya juga sebenarnya tidak memilih untuk menulis mengenai kejayaan TSKI semasa menjadi MB Selangor. Ia subjektif. Kita pun tidak tahu apa yang mampu dilaksanakan oleh penggantinya. Hanya masa yang akan menentukan. Namun, saya tetap berpandangan langkah PR meletakkan TSKI di kerusi MB itu merupakan satu langkah yang bagus.
TSKI merupakan sosok yang tidak berada dalam hierarki tertinggi Parti dalam gabungan PR yang memerintah Selangor. Kerana itu, kita dapat melihat TSKI bukanlah seorang Ketua Eksekutif yang memiliki pertindihan tanggungjawab dan kepentingan.
Umum mengetahui sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau sering sahaja tidak senada dengan aspirasi parti tetapi sebenarnya beliau meneruskan kepercayaannya dalam memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat serta penjawat awam di bawah naungannya.
Namun akhirnya, usaha pendemokrasian murni ini tercalar dan hancur hanya kerana sosok ini lebih gemar mengamalkan politik rakyat, daripada politik fraksi, yang hanya setia kepada individu atau fraksi tertentu dalam dinasti parti politik.
Merenung jauh melihat kemelut Selangor ini, akhirnya kita telah kembali ke keadaan normal politik Malaysia. Slogan politik baru, politik nilai, merakyatkan politik dan mendahulukan rakyat akhirnya akan kekal sebagai satu slogan yang akan dijeritkan sebaik sahaja gendang Pilihanraya dibunyikan.
Hakikatnya, politik Malaysia ini terus kekal terbelit dengan disiplin kepartian dan juga kesetiaan kepada individu atau fraksi tertentu dalam dinasti parti politik bukannya sebuah citra politik dari rakyat, untuk rakyat dan kepada rakyat.
Pengajaran penting yang dapat saya ambil dari TSKI adalah bagaimana untuk memulakan kerja dalam senyap. Bekerja dalam sunyi untuk melayani kerenah bangsa. Walaupun penuh sepak terajang dan hiruk pikuk pencitraan politisi lainnya, beliau sememangnya mempunyai cita-cita unggul sebagai seorang tokoh yang berkhidmat untuk rakyat.
Walaupun dalam selang masa yang singkat, tetapi memiliki rentetan prestasi yang banyak.Terima kasih TSKI kerana hadir mewarnai kisah politik Malaysia.
Dan persoalan penting yang harus kita fikirkan pasca-kemelut Selangor ini, sejauh mana kesediaan mengikut jejak langkah BJ Habibie dalam memartabatkan Politik Rakyat bukannya Politik Fraksi Dinasti Kepartian seterusnya menguatkuasakan satu peraturan baru dalam memilih seorang ketua Eksekutif yang diluar lingkaran kekuasaan hierarki tertinggi parti politik?
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
This is a really good tip particularly to those fresh to the blogosphere.
ReplyDeleteBrief but very precise info… Many thanks for sharing this one.
A must read article!
Look into my webpage post_22847744
Idea yang bernas untuk menentang kenaikan harga petrol. Sila ke:
ReplyDeletehttp://manjongmari.blogspot.com/2014/10/jom-kita-semua-lawan-kenaikan-harga.html