Tuesday, October 30, 2007

PEOPLE SHOULD NOT BE AFRAID OF THEIR GOVERNMENTS ;
GOVERNMENTS SHOULD BE AFRAID OF THEIR PEOPLE
(V For Vendetta - Alan Moore)
Harga tepung gandum pula naik lagi, jelas kerajaan yang lemah dibawah pimpinan Abdullah ini gagal mengurus negara dengan baik. Rakyat terus di biar menderita kerana kerajaan tidak takut kepada rakyat...kerana tiap kali pilihanraya mereka pasti menang .... kerana pilihanraya tidak bebas, bersih dan adil......
Ayuh... kejutkan Perdana Menteri kita yang kuat tidur khayal bermimpi....kejutkan Timbalan Perdana Menteri yang mempunyai isteri boros dan tamak sehingga memaksa beliau melakukan rasuah 'besar'......
Hanya satu kata melawan penindasan...menumbangkan kezaliman... LAWAN !!!
Perhimpunan 100,000 rakyat, 10 Nov. 3ptg, Dataran Merdeka ke Istana Negara...
rakyat mengadap Raja bersama Selamatkan Malaysia


Monday, October 29, 2007

Rakyat jangan takut....10 Nov. 2007

a
Tinggal hanya beberapa hari lagi, perhimpunan 100,000 untuk menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil akan berlansung di Dataran Merdeka 10 November ini.

Ini adalah satu perhimpunan sekalian rakyat. Ini adalah perhimpunan aman bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong. Ini adalah perhimpunan raksaksa bagi memanifestasikan keluhan rakyat mengenai perjalanan sistem pilihanraya di negara ini yang terlalu banyak sumbing dan tempangnya. Justeru, tiada sebab ia perlu dihalang oleh sesiapa saja samada polis mahupun kerajaan sendiri.

Banyak pula kebelakangan ini desas-desus dan usaha-usaha untuk menggagalkan perhimpunan ini. Kononnya ianya tidak berpermit, kononnya peserta perhimpunan akan dihalang dengan cara termasuk sekatan jalanraya menuju ke Dataran Merdeka, kononnya anggota FRU telah bersap sedia untuk "menggempur" perserta perhimpunan, kononnya nanti ada yang bakal "tertembak" dan 1001 jenis desas-desus lain yang cuba untuk menakutkan orang ramai untuk turut serta perhimpunan berkenaan.

Kita ingin nyatakan kepada mereka BAHAWA semakin kuat rakyat dihalang akan semakin kuat penentangan yang datang, semakin kejam rakyat diperlakukan semakin membara semangat rakyat untuk berada di jalanan bagi mempastikan kezaliman itu berakhir dan semakin tinggi keangkuhan kerajaan untuk menutup suara rakyat maka semakin cepat kerajaan yang ada di campakkan ke lembah kekalahan dan kehinaan.

Kita ingin menyeru kepada pihak Polis agar tidak secara wewenangan melakukan sekatan-sekatan ataupun tindakan-tindakan provokasi ataupun penyalah-gunaan kuasa untuk mendera dan bertindak kejam ke atas para hadirin yang hadhir di perhimpunan berkenaan.

aSudah cukup banyak kejadian di masa lalu polis-polis telah bertindak ganas dan kasar, menggunakan kekerasan tidak kena pada tempatnya, menyembur gas pemedih mata secara kejam dan zalim semata-mata beralasan untuk menyuraikan satu perhimpunan aman, menyeret-memukul-mendera rakyat menjadi tabiat polis di mana sahaja demonstrasi aman diadakan, provokasi polis serta pengunaan senjata api untuk "menembak" rakyat yang tidak berdosa adalah insiden Batu Burok yang masih segar di dalam ingatan sekalian rakyat.

Kepada sekalian rakyat, kita serukan agar JANGAN GENTAR dan JANGAN TAKUT kepada sebarang kezaliman dan kekejaman yang mugkin berlaku. Precedent mahkamah telah pun ada untuk menjutawankan mereka yang disiksa dan didera polis. Keputusan mahkamah 18 Oktober lalu dimana Sdra Abd. Malek Hussin dibayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta atas penderaan serta penahanan secara salah selama 57 hari pada zaman reformasi lain sepatutnya menjadi peransang untuk sekalian rakyat marhaen yang tidak bersalah untuk tidak lagi gentar dengan sebarang ugutan polis atau sesiapa sahaja selepas ini. Itu habuan yang tidak kecil, namun yang lebih penting darinya ialah usaha bakti tuan-tuan untuk mewariskan kepada rakyat dengan satu sistem pilihanraya yang telus, adil dan bersih.

Rakyat telah sekalian lama dikatunkan oleh pemerintah dengan sistem pilihanraya yang kotor, jijik lagi berat sebelah. Diperbodohkan pula oleh menteri-menteri alang kepalang kematangannya yang kini menjaga kementerian-kementerian penting di dalam negara. Rakyat dihina dengan tindak-tanduk pegawai-pegawai kerajaan seperti Peguam Negara dan Biro Pencegah Rasuah dengan pembebasan perasuah-perasuah dari kalangan orang ternama. Pengundi-pengundi ditipu hidup-hidup oleh Suruhanjaya Pilihanraya yang gagal menjalankan amanah negara supaya bertindak adil dan saksama. Rakyat dihidangkan dengan berita-berita yang senget sebelah oleh media massa arus perdana. Kesemuanya ini perlu dihentikan segera dan perhimpunan 10 November adalah titik mulanya!

Dan tiada siapa berhak untuk menahan dan menghalang rakyat untuk bertemu Yang Di Pertuan Agong jika Yang Di Pertuan Agong sendiri sudah sedia untuk menerima rafak sembah rakyatnya.

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN

Peserta perhimpnan perlu menjaga disiplin sepanjang masa kerana kita berhimpun secara aman. Kita berhimpun untuk merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Hadirkan diri dan jangan timbulkan lakukan apa-apa tindakan sebelum mendapat izin dan makluman dari pimpinan perhimpunan.

Datang dan sertai kelompok orang yang ramai mengikut pertubuhan masing-masing dan jangan berjalan sendirian.

Jangan membawa senjata api atau apa-apa juga benda-benda tajam atau bahan bakar.

Jangan berlari, jangan membaling apa-apa, jangan rosakkan sebarang kenderaan atau apa juga yang ditemui di sepanjang jalan seperti pokok-pokok, tanaman bunga, papantanda, bendera dan sebagainya serta jangan memaki atau berbahasa kesat kepada sesiapa sahaja.

Elakkan menghisap rokok di sepanjang jalan kerana puntung rokok yang dibuang mungkin boleh mengakibatkan kebakaran dan kemusnahan.

Seandainya kenderaan anda ditahan oleh polis

1) Dapatkan kad kuasa polis yang menahan dengan baik untuk pastikan beliau sememannya seorang anggota polis.


2) Ambil gambar dari beberapa kamera yang berbeza terhadap insiden itu


3) Jangan lari, jangan takut tetapi jangan timbulkan sebarang ketegangan


4) Kawal emosi serta berhubung dengan pimpinan sekadar segera

Polis yang berpakaian preman (SB-SB) amat mahir untuk menimbulkan provokasi di dalam keadaan-keadaan seperti itu. Justeru itu tuan-tuan pastikan:

1) mengenali provokator yang bertindak lain dari apa yang diarahkan pimpinan

2) mengenalpasti mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya ada di dalam sebarang perhimpunan aman seperti membakar bendera, membaling batu, memaki hamun, merosakkan kenderaan dan harta benda serta bertindak ganas

3) mengambil gambar-gambar mereka dan perlakuan mereka dari kamera atau videocam yang banyak dan berbeza-beza (penting untuk evidence jika ada kes mahkamah dan penting juga jika satu rampas ada 10 yang lain)

4) bertanya kawan jika ada yang mengenali "orang yang bertindak ganjil" it

5) bertindak untuk menasihat "perbuatan ganjil" itu dihentik

6) melihat kelompok yang membawa sepanduk/banner, supaya hanya sepanduk/banner yang diluluskan sahaja dibawa (ertinya tiada sepanduk/banner yang bermaksud lain daripada motif atau motto perhimpunan)

7) pakaian yang digunakan oleh peserta tidak ada tulisan atau gambar motif keterlaluan, sebaik-baiknya pakaian berwarna kuning atau memakai pakaian rasmi perhimpunan.

Semuga PERHIMPUNAN 10 NOVEMER 2007 ini berjaya dengan cemerlangnya dan menjadi titik tolak baru di dalam sejarah kebangkitan rakyat negara ini serta mendapat keberkatan Allah s.w.t. hendaknya.

yg di quote dari greenboc

Terbaru mengenai 10 Nov. ..akan disertai bandar besar dunia

Sememangnya sudah dari awal menjangkakan perhimpunan 10 November ini sememangnya akan menjadi pelakar sejarah baru Malaysia...

Usaha terbaru berikutan respon ramai rakyat Malaysia dan aktivis antarabangsa yang simpati dengan perjuangan rakyat serta memandang serius usaha BERSIH ini maka sedang diusahakan perhimpunan solidariti di depan Kedutaan Malaysia di beberapa kota besar dunia. Setakat ini dah dikenal pasti London, Seoul, Bangkok.... dan banyak lagi yang bakal menyusul. Maknanya Malaysia akan menjadi perhatian dunia... Revolusi Kuning akan mencatat sejarah seiring revolusi aman rakyat di dunia antarabangsa.

Satu laman web khusus untuk perhimpunan juga sudah berada di alam maya...sila layari http://10nov.himpunan.info

Terbaru dari teman di Malaysia ialah mengenai bantuan polis mengumumkan mengenai perhimpunan tersebut amat membantu promosi. Jawatankuasa BERSIH akan bertemu dengan PDRM untuk urusan keselamatan. Kepada rakyat jangan gusar kita turun secara aman, dengan bungan dan belon serta serba kuning.... dunia sedang memberikan sokongan.... Rekod - rekod kebangkitan rakyat di seluruh dunia polis mahupun tentera pun pasti akan berpaling memihak rakyat jika kebangkitan umpama gelombang tsunami yang tak tertahan....

Anak muda dijemput untuk bersama dalam pengedaran risalah dibawah.......

Inilah jadual pengedaran risalah dan handbill di KL untuk minggu depan. Bersama kita melakar sejarah ..

  • 3 Nov — 3 pm - Berkumpul di Masjid India
  • 4 Nov — 2 pm - Lot 10, Bukit Bintang
  • 5 Nov — 4.30 pm - KL Sentral
  • 6 Nov — 5pm — Stesen LRT Universiti (Pantai Dalam)
Dalam perkembangan lain pemimpin politik regim penguasa mula panas dengan mood kebangkitan 'revolusi aman Kuning' kali ini. Banyak penulis cyber Umno telah mula menyerang dan meletakkan perbagai tohmahan terhadap perhimpuan tersebut. Laman rasmi Pemuda Umno juga hari ini menyiarkan tulisan yang jelas menggambarkan ketakutan mereka. Harap mereka sewajarnya takut kerana apa yang di desak rakyat ialah pilihanraya bebas, bersih dan adil yang selama ini dielakkan kerana memastikan mereka terus berkuasa untuk rasuah dan salahguna kuasa...

Hanya 'geng jahat' sahaja yang takut bila orang desak mengenai kebaikan !

Sunday, October 28, 2007

iklan : sesiapa yang nak beli kereta Proton harap boleh beli melalui Rizal (bendahari GERAK NS)0123535698 "membeli sambil membantu perjuangan"

Siasatan pegawai JPM ke atas Ali Rustam ; satu lagi salahguna kuasa UMNO

Rabu lalu, akhbar the Sun melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarah para pegawainya supaya menyiasat ucapan Mohd Ali itu sewaktu merasmikan konvensyen PPP Melaka pada 15 Oktober lalu.
Berita berkaitan kemudianya turut disiarkan oleh beberapa media yang menyebut mengenai Pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibawah arahan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO telah bertemu dengan beberapa individu tertentu untuk menyiasat perkara tersebut.
Ini jelas salahguna kuasa, bagaimana mungkin pegawai kerajaan yang dibayar gaji menggunakan wang cukai dan hasil negara (baca;Rakyat) dipergunakan untuk menyiasat krisis dalaman parti politik. UMNO, PPP mahupun BN ialah parti politik yang seharusnya terpisah dari Kerajaan. Kita bukan negara komunis satu parti yang tidak memisahkan kerajaan dan parti 'komunis' memerintah.
Sama ada Abdullah secara sedar menyalah gunakan kuasanya atau dia sendiri tidak memahami sistem bagaimana negara ini harus dikendalikan. Tindakan salahguna kuasa ini seharusnya dikecam dalam keadaan pentadbiran Abdullah yang lemah dan rakyat semakin terhimpin seharusnya Abdullah menggunakan seluruh guna tenaga pegawai dibawahnya untuk memperbaiki pentadbiranya dan mencari jalan menyelesaikan masalah yang terkait terus dengan rakyat terbanyak, bukan membuang masa menyelesaikan masalah dalaman parti politik.
Selain membazirkan guna tenaga pegawai tersebut, siasatan tersebut juga melibatkan elaun tambahan.
Lebih jauh lagi hasil siasatan pasukan pegawai JPM yang secara salahguna kuasa diarahkan oleh Abdullah itu tidak mampu mengubah berbuat apa - apa. Ini semua terjadi kerana kelemahan Abdullah dan pemimpin di bawah beliau bertindak sendirian kerana mula hilang rasa hormat terhadapnya yang dilihat sebagai presiden Umno paling lemah dalam sejarah.
Jika benar Abdullah mempunyai kredibeliti selaku Presiden Umno atau Pengerusi BN panggil sahaja Ali Rustam untuk memberikan penjelasan,tidak perlu salahguna kuasa dan bazirkan wang rakyat bentuk pasukan penyiasat gunakan pegawai JPM. Abdullah juga menyedari hakikat ini tetapi beliau terpaksa menyalahguna kuasa mengarahkan pegawai JPM untuk konon menyiasat untuk meredakan PPP, khususnya Presiden PPP Datuk Dr. M.Kayveas yang juga Timbalan Menteri di JPM.
Badan Pencegah Rasuah seharusnya bertindak terhadap perkara ini, yang merupakan salahguna kuasa dan jika ini dibiarkan ia akan menjadi contoh negatif kepada rakyat.
iklan : sesiapa yang nak beli Insurans hayat atau AM sila dapatkan teman dari seperjuangan "berbelanja sambil membantu perjuangan" Razak 0196500425, Ariffin @ Rebin 0162862481 , Faisal Mustaffa 0193382786

10 November pemulaan lakaran baru....

Anwar Ibrahim, TG Nik Aziz, TG A.Hadi Awang, L.Kit Siang, Syed Shahir (MTUC), Ezam (GERAK) dan beratus lagi pemimpin politik, NGO dan Kesatuan sekerja telah menyatakan kesediaan untuk hadir bersama dalam perhimpunan BERSIH 10 November 2007 3 petang Dataran Merdeka. Jelas seperti tiada apa lagi yang mampu menidakkan hujah bahawa perhimpunan tersebut akan menjadi perhimpunan rakyat terbesar dan paling merah serta aman.
Kesungguhan Jawatankuasa Induk Bersih serta disokong oleh Jawatankuasa - Jawatankuasa kecil khususnya Jawatankuasa teknikal mobilisasi dan pelaksanaan perhimpunan yang telah memergiatkan perjumpaan untuk menyusun atur program akan meletakkan perhimpunan terbesar dan aman serta meriah ini paling tersusun yang pernah diadakan. Pembentukan 'marshal, unit sukarelawan keselamatan' yang menjangkau ratusan juga menyakinkan bahawa perhimpunan ini akan berjalan aman malah antara mereka telah terlatih untuk memantau kewujudan unsur provokasi.
Perhimpunan terbesar rakyat yang datang dari seluruh negara ini akan berhimpun di Dataran Merdeka dan kemudian berarak ke Istana Negara bakal mengimbau sejarah hubungan rakyat dan Raja Melayu...mengimbau sejarah kebangkitan rakyat menentang Malayan Union. Ketika itu rakyat bangkit mendaulatkan Raja yang tercalar maruah hampir hilang kuasa diperlakukan agen penjajah Sir Harold MacMichael. Rakyat sanggup berdepan halangan, ugutan dan ancaman bangkit sehingga rancangan Malayan Union terpaksa dibatalkan.
Kali ini senario hampir sama 10 November bakal menjadi permulaan lakaran sejarah baru. Hubungan Raja dan rakyat ; isunya Rakyat tertekan dengan amalan korupsi pemimpin politik pemerintah, kelemahan pimpinan, harga barang naik, kos hidup naik, tol naik, cukai naik.... semua ini berlaku kerana rakyat gagal memilih peminpin mereka sendiri kerana amalan demokrasi hampir mati. Pilihanraya tidak bersih dan adil...pemerintah politik tidak takutkan rakyat kerana mereka pasti akan menang kerana Pilihanraya umpama papan catur yang boleh di atur mereka.
Rakyat hidup derita bekerja membanting tulang...bangun pagi pulang lewat.. tetapi sesetengahnya hidup selesa bukan kerana berusaha tetapi kerana hubungan baik dengan pemimpin politik terus mewah dan kaya kaut keuntungan negara...kita putih mata...
Regim pemerintah mengusai media terus memperdaya kita.... kononya negara ini mewah dan berjaya tetapi hakikat fikirkanlah sendiri.... pembaziran projek mega..rasuah.. apa makna menghantar angkasawan ke angkasa dengan membayar berjuta juta wang pembayar cukai tetapi masih ada pelajar terhimpit kerana kewangan yang sempit...apakah itu perkiraan bijak membangunkan modal insan... Bangkit anak muda semua!
Rakyat baik di bandar dan desa yang selama ini terhimpit dengan perbagai masalah ...keluh kesah kita tidak pernah mereka dengar... Ayuh... atas nama rakyat.... atas nama SELAMATKAN MALAYSIA ! kita berhimpun pada 10 November 2007 3 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Peranan para aktivis khususnya anak muda jangan rehat kita hanya ada beberapa hari menjelang permulaan baru lakaran sejarah negara.... kita diambang kemerdekaan kedua negara...kemerdekaan RAKYAT!....
Apa yang boleh anda lakukan sebelum perhimpunan :
  • cetak risalah, poster, artikel berkaitan perhimpunan dari sumber internet sebarkan di surau, masjid pasar malam...(kalau segan malam sebelum tidur masukkan secara senyap dalam pos box jiran tetangga)
  • spray masej perhimpunan dengan warna kuning di dinding atau jalan tempat laluan orang ramai
  • forward email sebanyak mungkin ke teman dan kenalan...fwd sms... dan gunakan mesin fax fax risalah atau apa sahaja berkaitan ke nombor fax dalam simpanan....
  • pakai baju kuning ke tempat kerja atau ke mana sahaja... ikat riben kuning di antena kereta...

Berapa ramai akan datang ? Soalan yang tidak mampu terjawab... mood semaki nmemuncak mungkin 10,000 ..mungkin 100,000 atau mungkin sejuta... panduan kepada semua...

  • batalkan semua pertemuan..jika ada yang buat temujanji ajak mereka ke dataran merdeka hari tersebut. Ceramah atau rapat politik pada 10 Nov. perlu dibatalkan.... !!!
  • dinasihatkan datang dengan kenderaan awam atau berkongsi kenderaan....jika datang dengan kenderaan persendirian sila parking kenderaan di stesen LRT atau monorail di luar pusat bandar..seperti di KL Central dan seumpamanya... guna LRT berhenti di Stesen Masjit Jamek, guna Komuter (KTM) berhenti di Stesen KL atau Bank Negara....

untuk arahan lanjut rujuk blog http://chegubard.blogspot.com ini atau http://bersih.org

Saturday, October 27, 2007

Anwar akan bersama perhimpunan 10 Nov.


Mood perhimpunan 10 November ini semakin membara..... melalui pemerhatian dari jauh bahang terasa ....ratusan mailling list (egroup) sudah mula menghantar masej- masej perhimpunan. Beberapa komuniti maya seperti myspace, friendster, facebook juga tidak ketinggalan dalam menyebarkan masej perhimpunan. itu belum lagi peranan bloggers yang merancakkan mobilisasi dan hebahan.

Email dari teman - teman di Malaysia juga menggambarkan usaha mobilisasi yang mulanya sejuk dan tidak teratur mula tersusun. Sebelum meninggalkan Negeri Sembilan 24 Oktober lepas sempat untuk duduk berdiskusi bersama beberapa pemimpin NGO dan politik setempat membincangkan mengenai perhimpunan 10 November. 23 Oktober DPPNS, GERAK NS, PAR NS dan keADILan NS telah mengadakan sidang media menyatakan keseriusan mereka untuk memobilisasi ahli, aktivis dan massa setempat.

Dalam pada masa itu rakyat tertanya - tanya apakah perbezaan perhimpunan kali ini ? ...mengenai pemimpin adakah semua pemimpin bersedia untuk turun bersama rakyat.... tulisan Abdullah Karim cukup menggambarkan pertanyaan massa rakyat...

Jawapanya YA perhimpunan ini amat berlainan...ia akan menjadi perhimpunan paling ramai, paling aman dan paling tersusun serta meriah yang pernah diadakan untuk menyelamatkan negara ini selepas perhimpunan menentang Malayan Union.

Dahulu ketika Sir Harold MacMichael menipu dan mengugut Raja - Raja Melayu untuk menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Malayan Union rakyat telah bangkit menentang dan membela negara serta raja - raja Melayu. MacMichael secara sulit telah bertemu semua Raja Melayu dan mengugut kononya mempunyai bukti Raja Melayu menyokong Jepun dan jika tidak menandatangani sokongan pembentukan Malaysan Union boleh ditangkap serta didakwa. rakyat yang sedar mengenai hakikat tersebut telah bangkit dengan menginsafi betapa bangsa, tanahair termasuk raja raja Melayu akan hilang hak dan maruah jika terbentuknya Malayan Union. Akhirnya kerana keberanian dan gelombang rakyat ketika itu Bangsa dan negara berjaya dan terselamat. Tidak keterlaluan apa yang dinikmati oleh Raja -Raja Melayu kini merupakan hasil perjuangan rakyat.

Kini kali sejarah berulang kembali..... Gelombang kuning akan menghimpunkan ratusan ribu rakyat di Kuala Lumpur 10 November jam 3 petang di Dataran Merdeka akan berarak dengan tema Selamatkan Malaysia....hasil risikan BERSIH ke Istana telah bersetuju membuka pintu menerima masuk mengadap rakyat... masanya mungkin tiba Raja - Raja Melayu membalas jasa kebangkitan rakyat menentang Malayan Union..... Negara diambang kehancuran bila demokrasi sudah hilang rohnya.

Kegusaran rakyat untuk bersama akan semakin hilang kerana pada 26 Oktober dalam blog Anwar Ibrahim beliau sendiri telah mencoretkan kesediaan bersama massa rakyat pada 10 November. Hampir semua pemimpin PAS akan hadir..cuma kita masih menunggu penyataan peribadi TG Nik Aziz...begitu juga DAP dan parti politik lain..begitu juga pertubuhan bukan kerajaan yang bersedia hadir dan menggerakkan ahli pemerak untuk hadir kini berjumlah 32 pertubuhan dan yang terbaru ialah penyataan sokongan dari GERAK...

Saya kini sedang serius mengumpul wang (dalam tangan sudah punya USD180 perlu cari USD530 lagi).... jika tidak ada aral melintang insyaAllah saya juga akan pulang dari bumi kimchi ini untuk bersama teman menuntut kembalikan hak rakyat "Selamatkan Malaysia!"

GERAK tukar nama ke arah menjadi NGO serantau

GERAK kini dikenali dengan nama Gerakan Rakyat Anti Korupsi atau dalam bahasa Inggerisnya Civil Movement Againts Corruption. Ini bersesuain dengan perkembangan GERAk yang mula 'berevolusi' ke arah menjadi NGO's serantau.
Perkara ini telah di umumkan secara rasmi oleh Pengerusi GERAK, Mohamad Ezam Mohd Nor, September lepas dalam satu Majlis di kediamanya. Ezam menyatakan tindakan ini diambil kerana gerak kerja GERAK akan lebih memfokuskan usaha pendidikan, mobilisasi dan pembongkaran rasuah yang menjadi Musuh Nombor 1 Negara dan menjadi permasalahan utama rantau ini juga.
Walaubagaimanapun pejabat GERAK di Kelana Jaya akan terus beroperasi seperti biasa.
GERAK tidak menolak peranan demokrasi atau usaha memartabatkan demokrasi secara khsusus tetapi melihat kembali keadaan semasa masyarakat, korupsi perlu diperangi sehingga ke akar umbi dahulu. Masyarakat yang bebas korup minda, perekonomian dan sosialnya sudah pasti akan mengangkat dan menghormati martabat insaniah setiap warganya.
GERAK Malaysia akan bergabung dengan GERAK di Indonesia yang merupakan gabungan NGO-NGO di 26 buah daerah di Indonesia. Kata persetujuan telah diperolehi untuk beberapa tindakan bersama dalam isu memerangi rasuah ini dan kemungkinan pejabat serantau GERAK juga akan dibuka di Jakarta. Untuk itu juga GERAK Malaysia sedang dirombak dari segi struktur dan modus operandinya. Ramai aktivis - aktivis muda akan digabung dalam GERAK Malaysia bukan sahaja sebagai mengisi GERAK kerja biasa tetapi ada yang turut dinamakan sebagai Lembaga Pengarah.
GERAK mendapat sambutan yang begitu memberansangkan dari jumpa keahlian dan penyataan sokongan. Ramai termasuk kakitangan kerajaan mahupun sumber dalaman parti pemerintah telah mula berhubung dengan GERAK meenyatakan sokongan dan kesediaan bekerjasama. Tidak kurang juga banyak email dari orang ramai yang menghantar salinan laporan polis dan BPR yang mereka buat untuk perhatian dan bantuan.
Berkaitan Perhimpunan BERSIH 10 November 2007, GERAK secara rasminya telah menyatakan sokongan terhadap usaha BERSIH untuk menuntut Pilihanraya bebas dan adil. GERAK akan cuba menggerakkan seluruh aktivis berdaftarnya dari seluruh negara, dan makluman mengenai BERSIH termasuk perhimpunan 10 November akan disebarkan kepada jaringan GERAK di seluruh dunia.

Thursday, October 25, 2007

Kerajaan NS semakin melemah dibawah Mohamad

Masih teringiang lagi antara isi kempen hebat kem Barisan Nasional Pilihanraya 2004 di Dun Rantau ialah 'harus undi calon BN Rantau kerana beliau akan jadi MB Negeri Sembilan' dan pengalaman korporat beliau akan memacu ekonomi Negeri Sembilan. Beliau tidak akan rasuah kerana memang sudah kaya raya dan pentadbiran kerajaan negeri akan berimej korporat yang cekap!
Kini 2 tahun lebih terbukti semua hujah tersebut palsu dan hanya retorik. Malah Kem BN-Umno Negeri Sembilan juga semakin kucar kacir di bawah Mohamad yang sangat lemah.
Contoh paling hampir ialah ketika Mohamad mengumumkan kononya Negeri Sembilan terima pelaburan RM1.56 dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, sekali gus melepasi sasaran RM1 bilion setahun yang ditetapkan kerajaan negeri. (BH 20 Sept.2007) malangnya ketika yang sama beberapa kilang tutup dan mengalihkan pelaburan ke luar negara. Terbaru che'GuBard difahamkan, kilang pembuat tilam Dunlopillo di Senawang akan ditutup dan operasinya akan berpindah ke Vietnam.
Beberapa Agensi kerajaan khususnya PBT pula mengalami krisis yang teruk dengan bebanan hutang. PBT di Negeri Sembilan telah mengumpulkan tunggakan hutang sebanyak RM17 juta kepada Southern Waste Management (SWM). (HM 28 Sept.2007). Hutang yang besar tersebut telah mengakibatkan operasi SWM tertanggu dan mengancam kebajikan pekerja - pekerjanya.

JBANS juga sedang mengalami krisis kewangan yang teruk kerana beroperasi dengan tidak efisyen dan gagal memungut tunggakan dengan 'pengguna - pengguna' kormersial. Tindakan hanay ditumpukan kepada pengguna domestik kecil seperti kita. Krisis kewangan di JBANS ialah kerana kelemahan pengurusan. Antara punca kerugian JBANS ialah kadar kehilangan air yang tinggi. Ia berlaku bukan kerana kecurian air domestik tetapi kecurian air oleh pengguna kormesial, penggunaan bahan penyaluran air yang tidak berkualiti (kerana amalan korupsi) dan kegagalan menyediakan pasukan bertindak yang cekap. Di Taman Bukit Chedang (Fasa dua) contohnya sebuah rumah telah banyak kali membuat aduan mengenai paip bocor sebelum meter berhampiran dengan rumahnya. Melalui aduan surirumah ini kepada Pusat Aduan Rakyat menyatakan JBANS meminta beliau jangan risau kerana kebocoran sebelum meter dan tuan rumah tidak terlibat membayar kos air yang bocor. Sehingga kini kebocoran telah berlanjutan selama lebih 3 bulan dan setiap saat wang rakyat tercurah kelongkang bersama air yang bocor.
28 September lepas Lapan galang jejambatyang sedang dalam pembinaan di Lebuh RayaKajang-Seremban (Kaseh) yang melintasi JalanPajam-Nilai dekat sini. Kegemparan berita ini seharusnya dibaca sebagai kegagalan Kerajaan Negeri memastikan projek insfrastruktur berjalan lancar.Nasib baik tiada rakyat yang mati terhempat galang tersebut. Bukan sahaja kerana faktor keselamatan tetapi kelewatan penyiapan projek.
Projek mega ini dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia kepada KASEH Sdn Bhd pada 1997 dengan konsesi selama 33 tahun. 10 tahun telah berlalu namun hanya pakej 1 dari Kajang ke Semenyih baru dibuka. Bila pakej yang lain hendak disiapkan ? ( Pakej 1: Bermula di Kajang sehingga Pajam - 18.0 km , Pakej 2: Bermula di Pajam sehingga Temiang - 17.5 km dan Pakej 3: Seremban By-Pass - 13.0 km )

Difahamkan pihak KASEH Lebuhraya Sdn Bhd milik Antah Holding Bhd masih bergelut dengan masalah kewangan sehingga terpaksa 'menjemput' IJM Corporation Bhd untuk melunaskan baki pembinaan lebuhraya berkenaan. Malangnya sehingga kini kerajaan negeri gagal menangani mahupun membincangkan permasalan projek insfrastruktur penting yang lewat ini.

Rakyat berharap agar kemudahan yang diterima nanti setimpal dengan cukai yang telah dibayar ! Kelewatan & penangguhan pembinaan lebuhraya ini hanya akan merugikan semua pihak dari sudut masa & wang ringgit.
Telah terbukti Mohamad tidak punya idea untuk menyelasaikan masalah krisis kewangan ini kecuali dengan membebankan rakyat semula. Majlis Perbandaran Nilai pada 2006 contohnya telah menaikkan 85.19% cukai taksiran dan cukai tanah di Jempol pernah mencatatkan kenaikan lebih 400%.
Mohamad bukan sahaja gagal memperbaiki keadaan Negeri Sembilan malah kelemahan beliau telah membuka ruang krisis, amalan korupsi dan pembaziran yang melampau.
Melihat sedikit sejarah kemunculan Mohamad secara bidan terjun menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, beliau sendiri begitu asing dalam dunia pentadbiran dan pengurusan kerajaan malah dalam Umno itu sendiri. Beliau muncul kerana kejayaan beliau menyakinkan Khairy Jamaluddin (menantu Perdana Menteri) bahawa beliau mampu menjaga kepentingan politik dan ekonomi Kem Abdullah (baca ; Khairy).
Kemunculan secara bidan terjun dan asing dengan persekitaran pentadbiran kerajaan dan Umno telah menyebabkan beliau bergantung harap dengan abangnya, Azman Hassan. Kelemahan ini telah menyebabkan campur tangan keluarga berlaku dalam banyak peringkat baik dalam Umno mahupun pengurusan kerajaan. Kerana campur tangan ini Pusat Aduan Rakyat Negeri Sembilan beberapa kali telah mendapat aduan dari kakitangan kerajaan bagaimana Azman yang tidak punya jawatan dalam kerajaan tetapi banyak kali masuk campur dalam urusan dan buakn setakat mempengaruhi tetapi mengubah keputusan keputusan penting yang dibuat.
Mohamad juga mencatatkan rekod, kali pertama dalam sejarah Umno dimana Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri terpaksa melantik abang kandung sebagai Setiausaha kerana tidak mempercayai tokoh Umno setempat yang lain. Ini banyak menerima kritikan dan protes senyap banyak pemimpin Umno setempat. Ramai yang tidak berpuas hati kerana Azman kelihatan lebih berkuasa dari Mohamad dalam banyak hal. Malah rungutan banyak ahli perniagaan di Negeri Sembilan ialah dahulu ketika dibawah Isa Samad dapat tandangan Menteri Besar sudah cukup memberikan jaminan mendapat sesuatu projek tetapi kini tandatangan Menteri Besar tidak akan beerti apa - apa tanpa tandatangan abang Menteri Besar.
Harapan mengangkat seorang Menteri Besar tokoh korporat yang kaya untuk mengurangkan korupsi ternyata khayalan kosong kempen peribadi Mohamad.
Adun BN Lenggeng merangkap Ketua Umno Bahagian Seremban, Ishak Ismail pernah membangkitkan bagaimana kelemahan Mohamad telah mengundang campurtangan keluarga yang memburukkan keadaan pentadbiran kerajaan dan amalan korupsi dalam Negeri Sembilan. Ishak bukan sahaja menyatakan perkara ini secara terbuka di media tetapi turut menyebut di dalam sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan. Mohamad gagal menjawab tetapi cuma mengalihkan isu.
Mohamad atau lebih tepat lagi Azman sedar mengenai kritikan terhadap pentadbiran Mohamad baik dalam sebagai Menteri Besar mahupun Ketua Perhubungan Umno. Mohamad memulakan langkah sumbang sebagai Menteri Besar. Dengan penuh ego dan sombong beliau tidak mahu duduk di kediaman rasmi Menteri Besar yang pernah diduduki oleh Isa dahulu. Beliau bukan sahaja telah mengambil alih rumah tetamu Kerajaan yang baru siap ketika itu malah turut membelanjakan RM4.5 juta untuk kerja pengubahsuaian tambahan. Kelemahan ini cuba ditutup dengan mengalihkan isu.
Menyadari imej yang semakin teruk, banyak kempen atau acara disusun untuk menaikkan imej Mohamad. Cuma malangnya semua ini memerlukan wang yang banyak dan membazir. Kerajaan negeri dan agensi dibawahnya seperti dimaklumkan awal banyak mengalami krisis kewangan. Maka demi meneruskan program dan kempen menaikkan imej Mohamad dana baru terpaksa dicari, maka Setiausaha Kerajaan Negeri dipaksa untuk mengambil alih akaun amanah mufti untuk diletakkan dibawah unit kewangan negeri, maka dana dalam akaun ini akan mudah digunakan untuk acara menaikkan imej seperti menyampaikan bantuan dan seumpamanya. Tidak salah dan sememangnya bagus menyampaikan bantuan tetapi selalunya kos menganjurkan acara penyampaikan bantuan lebih besar dari bantuan yang disampaikan.
Perkembangan terbaru dalam Umno telah lebih menggusarkan kem Mohamad di Negeri Sembilan, pertembungan senyap Kem Abdullah dan Najib mungkin akan membawa kepada pengampunan dan penerimaan Isa Samad semula ke dalam Umno. Cakap cakap dalam Negeri Sembilan yang mula meraikan Isa Samad meletakkan Mohamad dalam keadaan tidak selesa bukan satu yang rahsia apabila sememangnya disedari ramai usaha Mohamad menamatkan pengaruh Isa Samad hampir gagal. Ramai yang membezakan cara pendekatan Isa yang sering merendah diri 'ala orang kampung' dengan Mohamad yang ego dan sombong 'ala korporat'.
Selain terpaksa berdepan dengan banyak kemelut dan permasalahan atas kelemahan sendiri, Mohamad makin kelemasan kerana terpaksa berusaha menyelamatkan seorang lagi tokoh bidan terjun yang menjadi Ketua Pemuda Umno Bahagian dia iaitu Khairy Jamaludin menantu Presiden Umno. Beliau mencipta lebih banyak musuh kerana terpaksa mempertahankan Khairy yang kini sedang menghadapi protes pemuda - pemuda cawangan dalam bahagian Rembau dimana Mohamad merupakan Ketua Bahagian.
Desas desus bahawa Mohamad akan 'diangkat ke Parlimen' juga menggusarkan kroni - kroni baru adik beradik Mohamad. Maka mungkin atas nasihat adik beradik, maka Mohamad mula bertindak untuk menyukarkan jalan pulang Isa Samad.
GERAK Negeri Sembilan telah mendapat maklumat bagaimana pertimbangan politik diambil untuk membeli saham Allson Klana demi menjarakkan tokoh korporat dengan Isa Samad. Allson Klana dan 'pembangun' Bandar Baru Nilai cukup sinonim dengan seorang tokoh korporat yang sering dikaitkan sebagai 'funder' dana politik Isa Samad. Maka Mohamad bertindak nekad membeli Allson Resort dengan nilai RM70 juta. Media cuba menggambarkan bagaimana seorang Menteri Besar menggunakan kemahiran korporatnya membeli Allson Klana tanpa menggunakan wang tunai, tetapi media menggelapkan cerita bagaimana saham Allson Klana ditukar dengan milikan saham dibawah Menteri Besar Incroprated. Maknanya dari menguasai cuma satu syarikat (Allson Klana) pemilik Glen Glamour Sdn. Bhd. memiliki kepentingan dalam banyak syarikat bawah MBI yang tentu lebih menjanjikan keuntungan. GERAK Negeri Sembilan sedang mendapatkan beberapa dokumen sokongan berkaitan dan laporan BPR serta pendedahan terbuka akan dibuat dalam masa terdekat.
Ternyata dari apa segi sekalipun Negeri Sembilan semakin melemah dan hilang daya saing dibawah Mohamad.

Dapatkan T-shirt kempen BERSIH

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) meminta orang ramai yang hadir ke Himpunan 100 ribu umat di ibu kota 10 November depan, dengan berpakaian kuning. Untuk itu BERSIH mengeluarkan t-shirt berwarna kuning yang dijual dengan harga yang istimewa. Sila hubungi Azif 016-6858558 untuk mendapatkan t-shirt tersebut.

T-shirt tertera nama Bersih dan dibelakangnya tertera empat tuntutan utama Bersih terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan Malaysia bakal dipakai oleh semua peserta yang akan menyertai himpunan aman itu nanti.

Namun bagi yang tidak mampu mendapatkan t-shirt tersebut bolehlah menmakai apa jua yang berwarna kuning. Kuning diangkat menjadi warna protes yang dipersetujui oleh semua gabungan BERSIH. Kuning dipilih kerana ia warna yang terang dan menarik.

Kuning ini boleh diterjemahkan denagn perbagai tetapi secara peribadi kuning boleh diterjemahkan sebagai warna 'AWAS' kepada penguasa. Sesuai dengan mood protes BERSIH kuning akan menghantar masej kepada penguasa supaya mengembalikan demokrasi secara pilihanraya yang bersih dan adil.... rakyat sudah bosan dan sedar mengenainya..jika penguasa gagal memberi jaminan pilihanraya yang adil dan bersih maka rakyat akan bangkit menuntutnya.

Jawatankuasa teknikal perhimpunan telah bersetuju dengan tema Selamatkan Malaysia untuk Perhimpunan 10 November 3 Petang tersebut. Rakyat Malaysia diseru turun beramai ramai secara aman dengan bunga kuning, belon dan pakaian serba kuning.

Dari tarikh 3 - 10 November rakyat boleh mula menyatakan protes dengan menggunakan warna kuning sama ada riben kuning di baju atau kereta, tali leher kuning, beg kuning atau apa sahaja......

Adakah rakyat Malaysia bersedia dengan tuntutan perubahan Aman seumpama Orange Revolution yang menyaksikan kebangkitan rakyat Ukraine menolak keputusan pilihanraya turun beramai - ramai secara aman di jalanraya dan mengangkat kemudian rakyat sendiri mengisytiharkan Viktor Yushchenko sebagai Presiden secara aman. Ini berlaku kerana amaran - demi amaran diberikan untuk membersihkan pilihanraya tetapi tidak dipedulikan oleh pemerintah Ukraine sebelum itu.

Sunday, October 21, 2007

Peluang untuk aktivis melanjutkan pelajaran di Seoul

Selepas kejayaan program MAINS (Master of Arts in Inter-Asia NGO Studies) maka kini SungkongHoe University dan ARENA sekali lagi membuka tawaran untuk pemohon yang terdiri dari aktivis NGO dari seluruh Asia untuk membuat permohonan.

Khususnya kepada teman - teman aktivis di Malaysia amat digalakkan untuk merebut peluang ini. Silibus yang disusun dengan merentasi aspek intelektual dan praktikal amat bermakna untuk mempertajamkan skill dan menambah pengalaman. Kepada pelajar yang diterima akan menerima biasiswa penuh tajaan Kerajaan Korea Selatan dan beberapa organisasi antarabangsa.

Kepada yang berminat boleh melayari
laman rasmi MAINS dan boleh juga untuk menghantar salinan permohonan ke chegubard@gmail.com untuk mendapatkan sokongan.

Saturday, October 20, 2007

Pesta Perhimpunan Rakyat "Selamatkan Malaysia"

Pulang kali ini dah janji (dalam hati) untuk tidak keluar dan nak duduk sahaja sebelah che'NurZaima Jahida. Raya kali ini pun langsung tidak kemana mana hanya duduk rumah di Bangi dan dua hari di Seremban. Namun Khamis lepas 'langgar janji' apabila menerima ajakan 'hunter' dan Black untuk bertemu dengan Siva bincang mengenai perhimpunan 10 Nov. Pertemuan 10 malam di Lotus PJ selama 3jam itu telah meniup semangat marhaenis diri ini.

Akhirnya pagi tadi telah menghadiri mesyurat BERSIH yang dipengerusi oleh Hj. Mohamad Sabu dan telah diberikan amanah untuk bersama dalam Jawatankuasa Teknikal Mobilisasi dan Perlaksanaan Perhimpunan "Selamatkan Malaysia" 10 November 2007.


Telah dipersetujui Perhimpunan Aman itu akan diadakan di Dataran Merdeka Jam 3petang. Tugas Jawatankuasa yang dianggotai ialah untuk memastikan perjalanan perhimpunan tersebut lancar dan aman.

Tema "Selamatkan Malaysia" yang dicadangkan che'GuBard telah diterima sebagai tema perhimpunan tersebut. Warna Kuning pula diangkat sebagai warna protes. Jawatankuasa teknikal pula yang bermesyuarat selepas mesyuarat jawatankuasa Induk BERSIH telah menetapkan bahawa semua yang dirancang akan diumumkan secara terbuka melalui sidang media. Tidak akan ada perancangan uang disembunyikan, akan bekerjasama sepenuhnya dengan pasukan keselamatan maka tidak akan ada keraguan soal rancangan sulit atau ancaman keselamatan seharusnya wujud. Perhimpunan ini bukan sahaja bakal mencatat sejarah sebagai perhimpunan rakyat terbesar tetapi akan menjadi yang paling aman dan terancang.

Semua aktivis termasuk semua bloggers dirayu untuk membantu hebahan dan mobilisasi. Pengumuman - pengumuman rasmi akan dibuat dari masa ke semasa sekerap mungkin untuk menyebarkan makluman mengenai perhimpunan ini di web rasmi BERSIH

Amat menghargai kepercayaan yang diberi tetapi perlu maklum che'GuBard hanya menyokong dan memberikan idea kerana 24 Oktober ini akan pulang semula ke Korea Selatan...tetapi diri ini berjanji akan berkongsi dan usaha membantu apa yang termampu.... InsyaAllah akan cuba kumpul dana akan pulang seminggu sebelum 10 November 2007 untuk bersama Pesta rakyat menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Esok malam satu perjumpaan dengan contact person negeri negeri akan diadakan di Kuala Lumpur dan Isnin malam satu pertemuan dengan DPPNS, AMK NS, GERAK NS dan beberapa aktivis di Negeri Sembilan akan diadakan. Tenaga aktivis Muda Negeri Sembilan diharap sebagai tenaga sokongan utama selepas Selangor dan Wilayah. Selasa 9.00 pagi Satu Sidang Media Khas akan dibuat di Seremban mengumumkan keputusan pertemuan malam sebelumnya dan 11pagi di IbuPejabat keADILan pula Jawatankuasa Induk BERSIH pula akan mengadakan sidang media khas mereka.

Erm... harap che'NurZaima Jahida faham walaupun balik ke Malaysia dalam masa yang amat singkat (11-24 Oktober) dia masih ditinggalkan bukan tidak sayang tapi tidak mahu wariskan Malaysia yang 'hancur' kepadanya.

Kepada rakyat Malaysia ayuh jangan mengeluh bangkit bina pasukan ampuh. Kita turun ramai ramai 10 November 2007, 3petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.... ia satu pesta tuntutan rakyat...turun seisi keluarga pakai baju kuning, belon kuning, pendek kata serba kuning...tapi kena gosok gigi dulu jangan bagi kuning !............

Thursday, October 18, 2007

Sah Dollah tak pikir rakyat....asyik tidur dan jalan-jalan.

Jeff Oii seorang bloggers yang aktif telah menulis di blognya mengenai satu kenyataan boss ferrari yang mengesah bahawa bagaimana hujung tahun lepas beliau berseronok dengan Perdana Menteri Malaysia di Australia dalam bot layar.
Apa salahnya ? Salahnya ialah ketika P.M berseronok itu, rakyat negeri yang paling kuat menyokong UMNO sedang bergelut dengan masalah...banjir ! berikut ialah petikan dari blog Jeff Oii.
December is summer for Australia, which lies in the southern hemisphere.Last December, Johor -- the bastion of Umno -- had the worst floods since 1969, causing at least 17 deaths and damaging multi-million worth of laymen's properties and belongings.Kota Tinggi, the constituency for Umno and Foreign Minister Syed Hamid Albar, was in deep waters coded Red Alert by the meteorological department.Then, people were grumbling that our YBs were out of town, and the PM was engaged to open a nasi kandar shop in Perth, which was closed down swiftly months after.The country was in remote control control mode, and Screenshots had a record of this.Ten month had passed and only now do we know what our PM did last summer when Johor was in floods.The testimony came from Datuk Seri Jean Todt, Datuk Michelle Yeoh's fiance, via The Star (Lifestyle, October 8, 2007):From the mouth of Ferrari Boss... SOURCE: The Star (see PDF here)Christmas 2006 and New Year Day 2007 coincided with the climax days of the Big Floods in Johor.From money politics to moral politics, pardon the movie, now we know what you did last summer, Mr Prime Minister.
Rakyat seharusnya mula sedar dan malu untuk terus berada di bawah PM yang kuat tidur dan tidak tahu apa malah asyik melancong dan berjalan - jalan.

Monday, October 15, 2007

Salam eidulfitri !


che'GuBard, Zarerah Hanim Md Zaki dan che'NurZaima Jahida dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terdapat sebarang salah silap sepanjang mengenali atau berurusan sehari hari.

Selamat Hari Raya Eidulfitri, maaf lahir dan bathin.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengajak semua merakam ingatan buat semua keluarga pejuang yang kehilangan insan tersayang khususnya menjelang Syawal. Rakaman takziah buat keluarga Syed Shahir (Presiden MTUC) yang kehilangan isteri tersayang. Ingatan juga dirakam buat keluarga mangsa kezaliman ISA.

Syawal yang seharusnya disambut bahagia ini pasti tidak terlepas dengan keluhan kerana tekanan hidup. Kita tidak pernah mempertikaikan apa yang dilakukan demi menaikkan nama negara (kononnya) tetapi berbilion wang negara terbazir ketika majoriti rakyat lebih memerlukan. Pentadbiran negara yang lemah membenarkan pembaziran dan amalan korupsi lebih menyiksakan rakyat bawahan.

Tarbiyah Ramadhan harus memperkuatkan.... Ketibaan Syawal harus menyedarkan... rakyat perlu henti mengeluh, ayuh bangkit membina barisan yang ampuh...

Hanya satu kata melawan kezaliman.... LAWAN !

Wednesday, October 10, 2007

Berita dukacita...

اِنا لله وَاِنا اِلَيْهِ رَاجِعُون

Semalam melalui email dari Biro Penerangan keADILan memaklumkan mengenai Bekas Setiausaha Politik kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nasaruddin Abdul Jalil, telah meninggal dunia jam 7 malam semalam. Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di No 42, Jalan 16/C, Petaling Jaya, Seksyen 16. Anwar Ibrahim dan keluarga sempat menziarahi selepas program ceramah di Puchong malam semalam. che'GuBard tidak pernah berpeluang kenal Datuk Nasaruddin ini tetapi anak beliau Saudara Salman merupakan aktivis aktif keADILan di Lembah Pantai. Salam takziah buat saudara Salman sekeluarga dari kejauhan.
Pagi ini tiba - tiba dikejutkan dengan satu lagi berita dukacita Ibunda Saudara Sd Johari (Pengerusi GERAK Selangor) telah kembali ke rahmahtullah sekitar jam 6.30 pagi ini (waktu Malaysia). Sungguh perit rasanya melepaskan pemergian insan tersayang dihujung Ramadhan menjelang Syawal. Berat bahu memandang berat lagi bahu memikul. Mengenali insan pejuang - pejuang ini tentu mereka akan tabah. Insyallah barokah Ramadhan dan doa anak yang solleh akan bersama mereka yang pergi.... Salam buat SD Jo dari cheGuBard sekeluarga. Nombor tel. Sd Johari 0193085333

p/s : Maaf tak dapat ziarah kerana jarak yang tidak mengizinkan, Era pula dalam pantang dan Paklang tidak berapa sihat.

Tuesday, October 09, 2007

MB NS terhimpit dengan periuk bubur lambuk

Semenjak Datuk Seri Mohamad Hassan, menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan beliau begitu bersungguh sungguh cuba menampilkan imej beliau yang prihatin, membantu rakyat selain dari imej 'kecerdikan' dan kelicikan beliau sebagai ahli korporat.

Khususnya ketika menjelang perayaan dan keraian tertentu seperti bulan Ramadhan begitu banyak wang negeri akan dipunggah untuk tujuan membina imej beliau. Beliau juga tanpa segan silu memunggah wang zakat (baitulmal) untukmenganjurkan program membina imej, beliau tidak mahu menghadapi sebarang halangan malah untuk memudahkan urusan Bahagian Kewangan Negeri dipaksa untuk mengambil alih akaun amanah mufti sekalipun. Maka lebih senang beliau menggunakan wang tersebut untuk majlis bantuan yang dipenuhi bendera Umno. Bantuan yang diagih sedikit tapi perbelanjaan sampingan selalunya amat tinggi.

Mohamad pernah terpalit dengan skandal menggunakan wang RM 4.5 juta untuk memperbaiki dapur rumahnya dan tambahan RM 5 juta untuk membeli perabut dari wang peruntukan kerajaan negeri yang seharusnya disalurkan kepada rakyat miskin. Ini didedahkan oleh Laporan audit 2005 yang tertera dengan jelas Mohamad menyalahgunakan dana untukr akyat miskin.

Sehingga kini oleh kerana kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin masih belum mampu mengawal adik beradik sendiri yang sering campur tangan dalam urusan kerajaan negeri.

2 Oktober lepas dalam satu media arus perdana beliau sekali lagi cuba memberikan kenyataan retorik bahawa beliau amat prihatin untuk membantu orang miskin. 15 September yang lepas pula Mohamad sekali lagi membazirkan sebanyak 3,000 kilogram (kg) beras digunakan, selain ramuan lain seperti 1,200 kg daging, 1,200 kg santan, 200 kg udang kering dan 400 kg kacang tanah hanya untuk mencipta nama Buku Rekod Malaysia sebagai Kenduri Bubur Lambur terbanyak.

Respon terbaru dari teman - teman di Negeri Sembilan, rakyat kecewa dengan apa yang berlaku. Ramai rakyat negeri susah tetapi punya Menteri Besar yang sombong dan sibuk membazir wang rakyat membina imej peribadi.

Berikut ialah berita berkaitan :

  1. Laporan Rasuah MB NS lepas raya
  2. Nasib penduduk miskin NS terabai
  3. masih ramai yang msikin di NS
Mohamad makin terhimpit kali ini 200 periuk bubur akan lebih menghimpit. Teman - teman di Negeri Sembilan dikahabrkan bukan sahaj mempergiatkan usaha membantu tetapi menyebar luaskan maklumat, penerangan meningkatkan kesedraan rakyat.

Kalau ditanya kepada Mohamad Hassan dia pasti cakap 'saya mendapat sokongan rakyat saya sikit pun tak tergugat...pembangkang buatlah apapun saya tak takut...' itulah juga ayatnya ketika saya mendepani beliau dalam pilihanraya yang lepas malah dengan sombong ketika itu dia kata dia pasti menang besar dan kemungkinan Calon keADILan akan hilang deposit....tetapi pada hari yang sama beliau menghantar seorang Datuk untuk membeli dengan harapan saya menarik diri. Laporan polis dibuat tapi macam biasa PDRM kuda Umno.

kepada teman - teman di NS tahniah...terus tingkatkan kesedaran dan perhebat serangan.... kita berjumpa di awal syawal nanti...

Monday, October 08, 2007

GERAK kesal sikap BPR dan Nazri

Kenyataan Media
Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK)
8 Oktober 2007

Merujuk kepada perkembangan terkini dimana dua individu dari Parti Keadilan Rakyat (keADILan) telah diberikan notis 'ugutan' mendesak mereka mendedahkan identiti sumber klip video perbualan seorang peguam mengenai perlantikan hakim.

Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) menggesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menarik balik notis yang mengarahkan dua individu dari Parti Keadilan Rakyat (pkr) supaya mendedahkan identiti sumber klip video perbualan seorang peguam mengenai pelantikan hakim-hakim. GERAK melihat tindakan BPR itu boleh dianggap sebagai satu percubaan untuk bertindak balas terhadap sumber klip video tersebut.

GERAK menggesa BPR supaya memfokuskan kepada siasatan mengenai kesahihannya dan kesalahan yang didakwa dilakukan dalam klip video tersebut. Klip video itu didedahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menunjukkan peguam Datuk VK Lingam berbual melalui telefon, didakwa mengatur perlantikan hakim. Berdasar kontek perbualan tersebut, Anwar mendakwa orang yang berbual dengan Lingam adalah Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz.

Khamis lalu, Naib Presiden PKR, R Sivarasa dan penyelaras politik Anwar - Sim Tze Tzin - telah menerima notis dari BPR itu yang memberi mereka tempoh tujuh hari untuk mendedahkan sumber klip video tersebut.
Notis itu menyatakan bahawa kegagalan untuk berbuat demikian adalah melanggar Seksyen 29 (c) Akta Mencegah Rasuah 1997. Di bawah Seksyen 58 akta yang sama, mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dua tahun penjara.

Dilaporkan juga di media kemudian BPR juga merakam kenyataan Anwar berhubung pendedahan klip video tersebut pada hari berikutnya, tetapi beliau tidak diberikan notis tersebut.

GERAK memahami mengenai wujudnya undang undang yang menyatakan 'melindungi maklumat jenayah adalah satu jenayah' tetapi melindungi saksi sumber maklumat bukan satu jenayah lebih lebih lagi di Malaysia yang tidak mempunyai akta perlindungan saksi yang jelas.

BPR perlu dilihat sebagai badan bebas dan berkecuali dalam menyiasat kes ini bukanya bertindak keras sehingga menyebabkan orang ramai mempunyai persepsi bahawa BPR sebahagian dari komplot melindungi individu dan nama - nama yang disebut dalam video tersebut.

GERAK secara ikhlas menggesa BPR supaya menarik balik notis yang dikeluar terhadap Sivarasa dan Sim dan menumpukan siasatannya kepada kesahihan dan dakwaan kesalahan yang dilakukan. Menurutnya lagi, sebarang tanggapan layanan tidak adil terhadap sumber maklumat akan menjejaskan kerjasama rakyat dan ia juga akan menjejaskan semua usaha kerajaan untuk memerangi rasuah dan salahlaku secara berkesan, dengan sokongan rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan GERAK amat menyesali dengan kenyataan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang seolah cuba mengelirukan rakyat. Nazri dilaporkan dalam media mengatakan bahawa pemberi maklumat perlu diddahkan tanpa rasa ragu ragu kerana terdapat undang - undang yang melindunginya. Untuk pengetahuan Nazri Malaysia sehingga kini tidak mempunyai sebarang undang - undang yang jelas untuk melindungi saksi, dan salah satu misi GERAK ialah memperjuangkan akta perlindungan saksi di Malaysia.

GERAK dengan serius ingin menasihati Nazri untuk berfikir dahulu sebelum memberikan kenyataan kerana ternyata kenyataan beliau mengenai perlindungan saksi bukan sahaja tidak tepat malah cadangan pembedahan plastik yang dikemukakan mampu menjadikan Malaysia bahan tertawa antarabangsa. sila klik

Pengerusi GERAK, Saudara Mohamad Ezam Mohd Nor sendiri pernah mempunyai pengalaman buruk mendedahkan rasuah yang terbukti wujud berdasarkan kertas siasatan BPR tetapi akhirnya perasuah tersebut tidak disentuh pun malangnya Ezam terpenjara.

GERAK juga menyatakan sikap jelas menolak panel penyiasat yang tidak punya kuasa dan hanya menghabiskan wang buget negara dengan menuntut satu suruhanjaya di Raja diwujudkan segera bagi menyelesaikan krisis kehakiman yang wujud.

Kes ini ialah merupakan ujian buat sekian kalinya kepada kejujuran perang Rasuah Kerajaan BN Bawah Pimpinan Datuk Seri Hj Abdullah Hj Ahmad Badawi setelah banyak kali gagal dan kempi anti Rasuah menjadi bahan tertawa dunia.

'KORUPSI MUSUH NO.1 NEGARA'

Badrul Hisham Shaharin
Eksekutif Ko OrdinatorGERAK

liputan harakahdaily / liputan KLPos.com

Che Guevara still inspires, four decades after death

Forty years after the death of Ernesto "Che" Guevara, the turbulent life of Cuba's revolutionary hero continues to inspire films and books, while his stoic image and self-sacrifice have become iconic for leftists worldwide.

His legacy remains as vivid today in communist-ruled Cuba as it was, with schoolchildren still instructed to pledge each morning that: "Pioneers for communism, we will be like Che."

A 1960 Alberto Korda photograph of a defiant-looking Guevara, his long, dark hair flying from beneath a beret, is considered one of the best known photos in the world and a classic image of the 20th century.

On October 8, 1967, the Bolivian army and two Cuban-American CIA agents captured Che in the village of La Higuera, Bolivia, where he had been leading a clutch of rebels who survived clashes, hunger and illness.

Che was taken to an abandoned school and the following afternoon he was summarily executed by Bolivian sergeant Mario Teran. He was 39.

The Argentine-born Cuban hero will be given anniversary honors in the small city of Santa Clara, Cuba where he led a key battle of the Cuban Revolution and where a mausoleum has held his remains since 1997.

In Cuba, ailing leader Fidel Castro, 81, was not expected to be seen at the commemorations of Che's death. Interim president Raul Castro, leading Cuba since his brother's intestinal surgery over a year ago, and who was said not to be as close to Che, could fill in for Fidel.

In Bolivia, a ceremony is also planned with marchers expected to trudge through the night and light a tribute flame for Che in La Higuera on October 7. In neighboring Villagrande, where his remains were found in 1997, a political-themed ceremony is set for October 8.

Evo Morales, the Andean nation's first ethnic indigenous president and a close ally of Fidel Castro, is effusive in his praise for the Argentine-born doctor by training, free spirit and socialist inspiration.

In President Hugo Chavez's Venezuela and Daniel Ortega's Nicaragua, Che's image is also somewhat of an unofficial icon.

After years of waning attention, Che's revolutionary mythology was aggressively revived in 1997 with the discovery of his remains amid some controversy, and then their dispatch to Cuba -- in the midst of severe economic hardship -- by Fidel Castro's government.

The remains were paraded amid great fanfare through Havana streets before being interred in Santa Clara with Fidel Castro looking on.

Some critical analysts said Cuba used the events to distract from economic problems at home. Other more sympathetic observers noted that whatever the motivating factors or timing, the communist government often spotlights Che's symbolic legacy as self-sacrificing to appeal to Cubans to endure hardship.

The far left in 1960s Europe led the world in latching onto Che internationally. Now that famous Korda image adorns countless T-shirts and backpacks worn by young people and sports stars.
Gandhi he was not -- Guevara was a declared supporter of political violence.

After studying medicine in his home country, Che hooked up with Fidel and Raul Castro in Mexico before joining the bearded guerrillas who toppled US-backed leader Fulgencio Batista and took power in Havana in January 1959.

For six months, Che supervised the repression of counter-revolutionaries, and went on to head the Cuban Central Bank and the Industry Ministry before opting to head overseas again to spread the fight, first in Congo in 1965 (now the Democratic Republic of Congo), and then in Bolivia.

Guevara helped steer revolutionary Cuba into Moscow's orbit but he later broke with the Soviet notion of peaceful coexistence with the West in favor of seeking power militarily, closer to Maoism.

Che Guevara had a daughter with a Peruvian revolutionary, both of whom are dead. He had four children with his Cuban wife Aleida March: Aleida, Camilo, Celia and Ernesto, all of whom are still alive.

40th anniversary death of che'


On October 9th, 1967, Ernesto "Che" Guevara was put to death by Bolivian soldiers, trained, equipped and guided by U.S. Green Beret and CIA operatives. His execution remains a historic and controversial event; and thirty years later, the circumstances of his guerrilla foray into Bolivia, his capture, killing, and burial are still the subject of intense public interest and discussion around the world.

As part of the 40th anniversary of the death of Che Guevara, i would like to publish again document from the National Security Archive's Cuba Documentation Project is posting a selection of key CIA, State Department, and Pentagon documentation relating to Guevara and his death.

This electronic documents book is compiled from declassified records obtained by the National Security Archive, and by authors of two new books on Guevara: Jorge Castañeda's Compañero: The Life and Death of Che Guevara (Knopf), and Henry Butterfield Ryan's The Fall of Che Guevara (Oxford University Press).

The selected documents, presented in order of the events they depict, provide only a partial picture of U.S. intelligence and military assessments, reports and extensive operations to track and "destroy" Che Guevara's guerrillas in Bolivia; thousands of CIA and military records on Guevara remain classified. But they do offer significant and valuable information on the high-level U.S. interest in tracking his revolutionary activities, and U.S. and Bolivian actions leading up to his death.

Friday, October 05, 2007

1 Syawal dijangka pada 13 Okt

KUALA LUMPUR: Umat Islam seluruh negara dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 13 Okt ini berdasarkan perkiraan hari yang dilakukan Persatuan Falak Syar'i Malaysia.
Yang Dipertuanya Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata penentuan 1 Syawal menggunakan dua kaedah iaitu dengan amalan melihat kelahiran anak bulan dan melalui perkiraan hari dalam bulan Ramadan.
"Jika anak bulan tidak kelihatan, tetapi posisi dan umur anak bulan memenuhi beberapa syarat kebolehnampakan atau kemungkinan dilihat maka anak bulan dikira boleh dilihat dan sebaliknya jika tidak memenuhi syarat itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Khamis, 11 Okt iaitu bersamaan 29 Ramadan 1428 Hijrah.
Penyimpan Mohor Besar akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh hari raya melalui radio dan televisyen. BERNAMA

Siapa lagi sebelum Nurinjazlin dan jangan ada selepas ini

Siapa Sebelum Nurin Jazlin ?

Apa yang telah berlaku kepada Nurin Jazlin Jazimin merupakan satu peristiwa yang telah mendapat perhatian seluruh negara. Kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak yang hanya berumur 8 tahun ini tidak dapat dibayangkan. Begitu juga dengan trauma yang terpaksa dihadapi oleh ibubapa, adik beradik dan keluarga arwah Nurin Jazlin, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sedarkah kita bahawa kejadian culik, rogol dan bunuh ini bukanlah perkara yang baru tetapi sebelum ini ada beberapa kes lagi. Kebanyakan kes-kes ini melibatkan remaja dan kanak-kanak.

Pada 18 Mei 1999 Audrey Melissa Bathinathan, 17 tahun telah dijumpai berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur, tempat beliau belajar. Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya. Noor Suzaily Mukhtar, 24 tahun telah ditemui di Taman Bukit Tinggi pada 7 Oktober 2000 Klang. Mangsa telah dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.

Pada 23 Oktober 2000 Nor Shuhada Borak, 6 tahun ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan. Mangsa dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh. Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan dibunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah pada 14 Februari 2001. Mangsa mati akibat dijerut dengan menggunakan tali.Nurul Hanis Kamil telah dibunuh dalam semak selepas pulang dari sekolah di Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada 3 Julai 2001.

Sementara itu seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol dan diliwat sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong pada 13 Ogos 2001. Norshakila Ramli Choo, 6 tahun telah dirogol sebelum dibunuh di Taman Tasik Permai Ampang pada 1 April 2002.Seorang pelajar sekolah menengah telah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4.00 petang pada 8 Oktober 2002. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan

Pada 6 November 2002 Siti Nurliyana Shamimi Rosdi seorang kanak-kanak berumur dua tahun telah diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Hasil bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan. Mangsa juga mengalami pendarahan dalam otak dipercayai akibat dipukul dengan benda keras. Noritta Samsudin berumur 22 tahun telah dijumpai mati di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2003. Mangsa dikatakan telah dirogol sebelum dibunuh.

Pada 13 Jun 2003 Canny Ong lay Kian telah dilarikan dari tempat letak kereta Bangsar Shopping Center . Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang di tepi Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur .Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Januari 2004.Pada 17 Januari 2004 seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani telah dirogol, diliwat sebelum dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada dinding tandas pondok pengawal tersebut dalam keadaan mencangkung. Mazny Abdullah dari Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah dibunuh pada 23 November 2004. Siti Syazwani Ahmad Dusuki, 9 tahun telah dibunuh selepas dirogol di Taman Rhu pada 22 Disember 2004.

Masih ingatkah lagi kita kepada apa yang telah berlaku kepada mereka ini? Bila membaca kisah Nurin Jazlin ramai yang merasa sedih dan hiba malah ada juga yang terkejut dan marah. Kita merasa perkara yang sama bila kejadian sebelum Nurin Jazlin berlaku tapi selepas itu kita lupa. Sudah tiba masanya sesuatu dilakukan untuk mencegah daripada berulangnya kes-kes seumpama ini. Ketika ini ramai yang bercakap dan memberi pelbagai cadangan selepas apa yang berlaku pada Nurin Jazlin.

Persoalannya bilakah pandangan dan cadangan ini boleh dilaksanakan? Bila pula kita sendiri akan mengambil tindakan untuk mengubah keadaan ini? Adakah kita hendak menunggu Siapa Selepas Nurin Jazlin baru ada kesedaran?

Wednesday, October 03, 2007

international solidarity day for Burma

Free Burma!

Free Burma!International Bloggers' Day for Burma on the 4th of OctoberInternational bloggers are preparing an action to support the peaceful revolution in Burma. We want to set a sign for freedom and show our sympathy for these people who are fighting their cruel regime without weapons. These Bloggers are planning to refrain from posting to their blogs on October 4 and just put up one Banner then, underlined with the words „Free Burma!“.www.free-burma.org

There is no update on 4th October !

Gerakan akui hilang 'indentiti' parti perbagai kaum.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) hari ini mengakui semakin hilang identiti asal mereka sebagai parti perbagai kaum dan kini majoriti rakyat hanya melihat GERAKAN sebagai satu lagi parti kaum cina selain MCA.

Hakikat ini diakui sendiri oleh ketua Wanitanya Datuk Tan Lian Hoe dalam satu temubual dengan mStar Online. Lian Hoe mengakui amat sikit iaitu kurang dari 10 % ahli GERAKAN terdiri dari orang Melayu itupun setelah parti tersebut berusaha bersungguh sungguh.

Pemimpin parti itu tidak harus menyalahkan media mahupun rakyat kerana mempunyai persepsi tersebut. Malah parti itu harus muhasabah dengan melihat kembali kedudukan mereka yang duduk dalam lubuk politik perkauman, BN. Malah tindakan Gerakan untuk kononya berunding dengan MCA ke arah penggabungan pada satu ketika semata mata kerana ingin menyelamatkan sokongan kaum cina kepada BN menguatkan sangkaan bahawa Gerakan kini tidak lebih sebagai alat politik perkauman yang mewakili satu kaum.

Parti yang bakal mengadakan tahunannya bermula Jumaat ini dengan Tema persidangan kali ini "Anak Malaysia Cemerlang, Bangsa Malaysia Gemilang dan Negara Malaysia Terbilang", harus serius membincangkan perkara ini.

Gerakan yang merupakan sebuah parti berbilang kaum diasaskan bersama oleh allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas, Tan Sri Dr Tan Chee Khoon, Dr J.B.A Peter, Tun Dr Lim Chong Eu, Prof Wang Gangwu dan bekas pemimpin Parti Buruh V. Veerapan pada 1968.

Bawah pimpinan Syed Hussein, Gerakan berjaya memenangi beberapa kerusi penting di beberapa negeri di utara Semenanjung, terutama di Pulau Pinang, dalam pilihan raya umum 1969. Parti itu bagaimanapun menyertai Barisan Nasional pada 1972 dan semenjak itu Gerakan hilang identiti sebagai parti perbagai kaum yang memperjuangkan konsep bangsa Malaysia.

Gerakan sebagai sebuah parti yang bermula dengan ideologi dan matlamat perjuangan yang jelas dan kuat malangnya tenggelam dengan semangat politik perkauman sempit seleps menyertai Barisan Nasional. Jelas penggabungan dalam Barisan Nasional adalah warisan pentadbiran penjajah iaitu pecah dan perintah berasaskan kaum. Semenjak dijajah rakyat di bumi ini dipecah - pecahkan berdasarkan kaum kerana dengan itu rakyat akan melemah dan sebarang usaha menyatukan rakyat akan digelar tindakan subversif yang membahayakan dan perlu ditentang. Penjajah amat lega walaupun terpaksa meninggalkan bumi ini kerana semangat anti penjajah yang semakin tinggi tetapi cara pentadbiran mereka (pecah dan perintah) dapat diwariskan dan diteruskan.

Dasar pecah perintah warisan penjajah inilah merupakan penghalang jelas untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju yang kuat. Masalah perkauman ini menjadi lebih parah apabila ia menjadi bom masa yang dipergunakan parti - parti perkauman untuk mengukuhkan pengaruh setiap kali menjelang pilihanraya. Umno contohnya parti yang amat tinggi semangat perkaumanya hanya memikirkan untuk mengumpulkan sokongan melayu, untuk itu mereka sanggup menggunakan apa jua cara termasuk membangkitkan semangat anti kaum lain. Begitu juga gabungan parti lain dalam BN. Malah parti gabungan BN di Sabah dan Sarawak lebih parah dengan mewujudkan semangat anti semenanjung. Malangnya semangat perkauman ini diwujudkan hanya untuk mengembeling sokongan bukan untuk memajukan bangsa tersebut.

Hakikat ini sendiri disedari oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menggariskan dasar Malaysia Negara Maju 2020 dengan menetapkan matlamat pertama sebagai :

  1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
malangnya penekanan Dr.Mahathir tersebut sendiri tenggelam dalam arus deras politik perkauman yang mendasari BN.

Sebagai anak muda Malaysia che'GuBard menyeru dengan semangat penubuhan Gerakan pada 1968 parti itu seharusnya membuat keputusan yang berani demi pertahankan idelogi besar dan mengenepikan fahaman politik sempit perkauman. Gerakan sebuah parti bermatlamat bagus tetapi berada di tempat yang salah.

Kepada anak muda Melayu, cendikiawan Melayu dan ahli politik Melayu pula kita perlu sedar semangat gerakan Nasionalisme Melayu telah lama gagal. Gerakan Nasionalisme Melayu merupakan salah satu gerakan nasionalisme di dunia ini yang dianggap gagal. Gerakan Nasionalisme Melayu merupakan satu satunya gerakan politik yang cuba merintis jalan ke arah menubuhkan sebuah negara bangsa yang kuat telah gagal semenjak merdeka.

Gerakan Nasionalisme Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan telah disabotaj oleh sebuah parti Melayu yang bukan sahaja mempunyai nama Inggeris tetapi mewarisi semangat pecah perintah dan penerus sistem penjajah.

Sekarang masanya kita harus berani mengorak langkah ke arah bangsa yang berjatidirikan Malaysia.