Masih teringiang lagi antara isi kempen hebat kem Barisan Nasional Pilihanraya 2004 di Dun Rantau ialah 'harus undi calon BN Rantau kerana beliau akan jadi MB Negeri Sembilan' dan pengalaman korporat beliau akan memacu ekonomi Negeri Sembilan. Beliau tidak akan rasuah kerana memang sudah kaya raya dan pentadbiran kerajaan negeri akan berimej korporat yang cekap!
Kini 2 tahun lebih terbukti semua hujah tersebut palsu dan hanya retorik. Malah Kem BN-Umno Negeri Sembilan juga semakin kucar kacir di bawah Mohamad yang sangat lemah.
Contoh paling hampir ialah ketika Mohamad mengumumkan kononya Negeri Sembilan terima pelaburan RM1.56 dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, sekali gus melepasi sasaran RM1 bilion setahun yang ditetapkan kerajaan negeri. (BH 20 Sept.2007) malangnya ketika yang sama beberapa kilang tutup dan mengalihkan pelaburan ke luar negara. Terbaru che'GuBard difahamkan, kilang pembuat tilam Dunlopillo di Senawang akan ditutup dan operasinya akan berpindah ke Vietnam.
Beberapa Agensi kerajaan khususnya PBT pula mengalami krisis yang teruk dengan bebanan hutang. PBT di Negeri Sembilan telah mengumpulkan tunggakan hutang sebanyak RM17 juta kepada Southern Waste Management (SWM). (HM 28 Sept.2007). Hutang yang besar tersebut telah mengakibatkan operasi SWM tertanggu dan mengancam kebajikan pekerja - pekerjanya.
JBANS juga sedang mengalami krisis kewangan yang teruk kerana beroperasi dengan tidak efisyen dan gagal memungut tunggakan dengan 'pengguna - pengguna' kormersial. Tindakan hanay ditumpukan kepada pengguna domestik kecil seperti kita. Krisis kewangan di JBANS ialah kerana kelemahan pengurusan. Antara punca kerugian JBANS ialah kadar kehilangan air yang tinggi. Ia berlaku bukan kerana kecurian air domestik tetapi kecurian air oleh pengguna kormesial, penggunaan bahan penyaluran air yang tidak berkualiti (kerana amalan korupsi) dan kegagalan menyediakan pasukan bertindak yang cekap. Di Taman Bukit Chedang (Fasa dua) contohnya sebuah rumah telah banyak kali membuat aduan mengenai paip bocor sebelum meter berhampiran dengan rumahnya. Melalui aduan surirumah ini kepada Pusat Aduan Rakyat menyatakan JBANS meminta beliau jangan risau kerana kebocoran sebelum meter dan tuan rumah tidak terlibat membayar kos air yang bocor. Sehingga kini kebocoran telah berlanjutan selama lebih 3 bulan dan setiap saat wang rakyat tercurah kelongkang bersama air yang bocor.
28 September lepas Lapan galang jejambatyang sedang dalam pembinaan di Lebuh RayaKajang-Seremban (Kaseh) yang melintasi JalanPajam-Nilai dekat sini. Kegemparan berita ini seharusnya dibaca sebagai kegagalan Kerajaan Negeri memastikan projek insfrastruktur berjalan lancar.Nasib baik tiada rakyat yang mati terhempat galang tersebut. Bukan sahaja kerana faktor keselamatan tetapi kelewatan penyiapan projek.
Projek mega ini dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia kepada KASEH Sdn Bhd pada 1997 dengan konsesi selama 33 tahun. 10 tahun telah berlalu namun hanya pakej 1 dari Kajang ke Semenyih baru dibuka. Bila pakej yang lain hendak disiapkan ? ( Pakej 1: Bermula di Kajang sehingga Pajam - 18.0 km , Pakej 2: Bermula di Pajam sehingga Temiang - 17.5 km dan Pakej 3: Seremban By-Pass - 13.0 km )
Difahamkan pihak KASEH Lebuhraya Sdn Bhd milik Antah Holding Bhd masih bergelut dengan masalah kewangan sehingga terpaksa 'menjemput' IJM Corporation Bhd untuk melunaskan baki pembinaan lebuhraya berkenaan. Malangnya sehingga kini kerajaan negeri gagal menangani mahupun membincangkan permasalan projek insfrastruktur penting yang lewat ini.
Rakyat berharap agar kemudahan yang diterima nanti setimpal dengan cukai yang telah dibayar ! Kelewatan & penangguhan pembinaan lebuhraya ini hanya akan merugikan semua pihak dari sudut masa & wang ringgit.
Telah terbukti Mohamad tidak punya idea untuk menyelasaikan masalah krisis kewangan ini kecuali dengan membebankan rakyat semula. Majlis Perbandaran Nilai pada 2006 contohnya telah menaikkan 85.19% cukai taksiran dan cukai tanah di Jempol pernah mencatatkan kenaikan lebih 400%.
Mohamad bukan sahaja gagal memperbaiki keadaan Negeri Sembilan malah kelemahan beliau telah membuka ruang krisis, amalan korupsi dan pembaziran yang melampau.
Melihat sedikit sejarah kemunculan Mohamad secara bidan terjun menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, beliau sendiri begitu asing dalam dunia pentadbiran dan pengurusan kerajaan malah dalam Umno itu sendiri. Beliau muncul kerana kejayaan beliau menyakinkan Khairy Jamaluddin (menantu Perdana Menteri) bahawa beliau mampu menjaga kepentingan politik dan ekonomi Kem Abdullah (baca ; Khairy).
Kemunculan secara bidan terjun dan asing dengan persekitaran pentadbiran kerajaan dan Umno telah menyebabkan beliau bergantung harap dengan abangnya, Azman Hassan. Kelemahan ini telah menyebabkan campur tangan keluarga berlaku dalam banyak peringkat baik dalam Umno mahupun pengurusan kerajaan. Kerana campur tangan ini Pusat Aduan Rakyat Negeri Sembilan beberapa kali telah mendapat aduan dari kakitangan kerajaan bagaimana Azman yang tidak punya jawatan dalam kerajaan tetapi banyak kali masuk campur dalam urusan dan buakn setakat mempengaruhi tetapi mengubah keputusan keputusan penting yang dibuat.
Mohamad juga mencatatkan rekod, kali pertama dalam sejarah Umno dimana Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri terpaksa melantik abang kandung sebagai Setiausaha kerana tidak mempercayai tokoh Umno setempat yang lain. Ini banyak menerima kritikan dan protes senyap banyak pemimpin Umno setempat. Ramai yang tidak berpuas hati kerana Azman kelihatan lebih berkuasa dari Mohamad dalam banyak hal. Malah rungutan banyak ahli perniagaan di Negeri Sembilan ialah dahulu ketika dibawah Isa Samad dapat tandangan Menteri Besar sudah cukup memberikan jaminan mendapat sesuatu projek tetapi kini tandatangan Menteri Besar tidak akan beerti apa - apa tanpa tandatangan abang Menteri Besar.
Harapan mengangkat seorang Menteri Besar tokoh korporat yang kaya untuk mengurangkan korupsi ternyata khayalan kosong kempen peribadi Mohamad.
Adun BN Lenggeng merangkap Ketua Umno Bahagian Seremban, Ishak Ismail pernah membangkitkan bagaimana kelemahan Mohamad telah mengundang campurtangan keluarga yang memburukkan keadaan pentadbiran kerajaan dan amalan korupsi dalam Negeri Sembilan. Ishak bukan sahaja menyatakan perkara ini secara terbuka di media tetapi turut menyebut di dalam sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan. Mohamad gagal menjawab tetapi cuma mengalihkan isu.
Mohamad atau lebih tepat lagi Azman sedar mengenai kritikan terhadap pentadbiran Mohamad baik dalam sebagai Menteri Besar mahupun Ketua Perhubungan Umno. Mohamad memulakan langkah sumbang sebagai Menteri Besar. Dengan penuh ego dan sombong beliau tidak mahu duduk di kediaman rasmi Menteri Besar yang pernah diduduki oleh Isa dahulu. Beliau bukan sahaja telah mengambil alih rumah tetamu Kerajaan yang baru siap ketika itu malah turut membelanjakan RM4.5 juta untuk kerja pengubahsuaian tambahan. Kelemahan ini cuba ditutup dengan mengalihkan isu.
Menyadari imej yang semakin teruk, banyak kempen atau acara disusun untuk menaikkan imej Mohamad. Cuma malangnya semua ini memerlukan wang yang banyak dan membazir. Kerajaan negeri dan agensi dibawahnya seperti dimaklumkan awal banyak mengalami krisis kewangan. Maka demi meneruskan program dan kempen menaikkan imej Mohamad dana baru terpaksa dicari, maka Setiausaha Kerajaan Negeri dipaksa untuk mengambil alih akaun amanah mufti untuk diletakkan dibawah unit kewangan negeri, maka dana dalam akaun ini akan mudah digunakan untuk acara menaikkan imej seperti menyampaikan bantuan dan seumpamanya. Tidak salah dan sememangnya bagus menyampaikan bantuan tetapi selalunya kos menganjurkan acara penyampaikan bantuan lebih besar dari bantuan yang disampaikan.
Perkembangan terbaru dalam Umno telah lebih menggusarkan kem Mohamad di Negeri Sembilan, pertembungan senyap Kem Abdullah dan Najib mungkin akan membawa kepada pengampunan dan penerimaan Isa Samad semula ke dalam Umno. Cakap cakap dalam Negeri Sembilan yang mula meraikan Isa Samad meletakkan Mohamad dalam keadaan tidak selesa bukan satu yang rahsia apabila sememangnya disedari ramai usaha Mohamad menamatkan pengaruh Isa Samad hampir gagal. Ramai yang membezakan cara pendekatan Isa yang sering merendah diri 'ala orang kampung' dengan Mohamad yang ego dan sombong 'ala korporat'.
Selain terpaksa berdepan dengan banyak kemelut dan permasalahan atas kelemahan sendiri, Mohamad makin kelemasan kerana terpaksa berusaha menyelamatkan seorang lagi tokoh bidan terjun yang menjadi Ketua Pemuda Umno Bahagian dia iaitu Khairy Jamaludin menantu Presiden Umno. Beliau mencipta lebih banyak musuh kerana terpaksa mempertahankan Khairy yang kini sedang menghadapi protes pemuda - pemuda cawangan dalam bahagian Rembau dimana Mohamad merupakan Ketua Bahagian.
Desas desus bahawa Mohamad akan 'diangkat ke Parlimen' juga menggusarkan kroni - kroni baru adik beradik Mohamad. Maka mungkin atas nasihat adik beradik, maka Mohamad mula bertindak untuk menyukarkan jalan pulang Isa Samad.
GERAK Negeri Sembilan telah mendapat maklumat bagaimana pertimbangan politik diambil untuk membeli saham Allson Klana demi menjarakkan tokoh korporat dengan Isa Samad. Allson Klana dan 'pembangun' Bandar Baru Nilai cukup sinonim dengan seorang tokoh korporat yang sering dikaitkan sebagai 'funder' dana politik Isa Samad. Maka Mohamad bertindak nekad membeli Allson Resort dengan nilai RM70 juta. Media cuba menggambarkan bagaimana seorang Menteri Besar menggunakan kemahiran korporatnya membeli Allson Klana tanpa menggunakan wang tunai, tetapi media menggelapkan cerita bagaimana saham Allson Klana ditukar dengan milikan saham dibawah Menteri Besar Incroprated. Maknanya dari menguasai cuma satu syarikat (Allson Klana) pemilik Glen Glamour Sdn. Bhd. memiliki kepentingan dalam banyak syarikat bawah MBI yang tentu lebih menjanjikan keuntungan. GERAK Negeri Sembilan sedang mendapatkan beberapa dokumen sokongan berkaitan dan laporan BPR serta pendedahan terbuka akan dibuat dalam masa terdekat.
Ternyata dari apa segi sekalipun Negeri Sembilan semakin melemah dan hilang daya saing dibawah Mohamad.
benarkah khabar angin yang tersebar kini Md Hasan akan pergi ke parlimen kuala pilah untuk duduk menteri pusat ganti rafidah dan khairy atau rais (rembau) akan ganti MB....
ReplyDeleteBLOG NIE TAK POPULAR LANGSUNG..TAK RAMAI ORANG MASUK...SIAPA LAH PENULIS BLOG NI
ReplyDelete