GERAK kini dikenali dengan nama Gerakan Rakyat Anti Korupsi atau dalam bahasa Inggerisnya Civil Movement Againts Corruption. Ini bersesuain dengan perkembangan GERAk yang mula 'berevolusi' ke arah menjadi NGO's serantau.
Perkara ini telah di umumkan secara rasmi oleh Pengerusi GERAK, Mohamad Ezam Mohd Nor, September lepas dalam satu Majlis di kediamanya. Ezam menyatakan tindakan ini diambil kerana gerak kerja GERAK akan lebih memfokuskan usaha pendidikan, mobilisasi dan pembongkaran rasuah yang menjadi Musuh Nombor 1 Negara dan menjadi permasalahan utama rantau ini juga.
Walaubagaimanapun pejabat GERAK di Kelana Jaya akan terus beroperasi seperti biasa.
GERAK tidak menolak peranan demokrasi atau usaha memartabatkan demokrasi secara khsusus tetapi melihat kembali keadaan semasa masyarakat, korupsi perlu diperangi sehingga ke akar umbi dahulu. Masyarakat yang bebas korup minda, perekonomian dan sosialnya sudah pasti akan mengangkat dan menghormati martabat insaniah setiap warganya.
GERAK Malaysia akan bergabung dengan GERAK di Indonesia yang merupakan gabungan NGO-NGO di 26 buah daerah di Indonesia. Kata persetujuan telah diperolehi untuk beberapa tindakan bersama dalam isu memerangi rasuah ini dan kemungkinan pejabat serantau GERAK juga akan dibuka di Jakarta. Untuk itu juga GERAK Malaysia sedang dirombak dari segi struktur dan modus operandinya. Ramai aktivis - aktivis muda akan digabung dalam GERAK Malaysia bukan sahaja sebagai mengisi GERAK kerja biasa tetapi ada yang turut dinamakan sebagai Lembaga Pengarah.
GERAK mendapat sambutan yang begitu memberansangkan dari jumpa keahlian dan penyataan sokongan. Ramai termasuk kakitangan kerajaan mahupun sumber dalaman parti pemerintah telah mula berhubung dengan GERAK meenyatakan sokongan dan kesediaan bekerjasama. Tidak kurang juga banyak email dari orang ramai yang menghantar salinan laporan polis dan BPR yang mereka buat untuk perhatian dan bantuan.
Berkaitan Perhimpunan BERSIH 10 November 2007, GERAK secara rasminya telah menyatakan sokongan terhadap usaha BERSIH untuk menuntut Pilihanraya bebas dan adil. GERAK akan cuba menggerakkan seluruh aktivis berdaftarnya dari seluruh negara, dan makluman mengenai BERSIH termasuk perhimpunan 10 November akan disebarkan kepada jaringan GERAK di seluruh dunia.
gerak ini ibarat sesumpah yang boleh bertukar2 sama macam Ezam dan pengikut setianya badrul....
ReplyDeletekau tu cakap saja... kenalkan lah diri.... apapun Ezam ke che'GuBard ke nampak jelas mereka telah dan sedang melakukan sesuatu kerja keraha perubahan ... kau buat apa...
ReplyDeleteaku sokong GERAK, keADILan atu mana - mana organisasi atau individu yg lakukan kerja ke arah perubahan bukan cakap banyak tapi kosong macam AMK bawah Sh****l
hahahaa... Sam demam kena gigit nyamuk... demo kat masjid negara amk organize ada 20 org hahahaha semua yg dtg hari itu lalu dan tengok pelik jerk hahaha...
ReplyDeletekebetulan Ezam solat di Masjid negara... yang salam dan berjalan bersama Ezam lebih dr yg demo dengan AMK hahahahahaa...