Rabu lalu, akhbar the Sun melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarah para pegawainya supaya menyiasat ucapan Mohd Ali itu sewaktu merasmikan konvensyen PPP Melaka pada 15 Oktober lalu.
Berita berkaitan kemudianya turut disiarkan oleh beberapa media yang menyebut mengenai Pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibawah arahan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO telah bertemu dengan beberapa individu tertentu untuk menyiasat perkara tersebut.
Ini jelas salahguna kuasa, bagaimana mungkin pegawai kerajaan yang dibayar gaji menggunakan wang cukai dan hasil negara (baca;Rakyat) dipergunakan untuk menyiasat krisis dalaman parti politik. UMNO, PPP mahupun BN ialah parti politik yang seharusnya terpisah dari Kerajaan. Kita bukan negara komunis satu parti yang tidak memisahkan kerajaan dan parti 'komunis' memerintah.
Sama ada Abdullah secara sedar menyalah gunakan kuasanya atau dia sendiri tidak memahami sistem bagaimana negara ini harus dikendalikan. Tindakan salahguna kuasa ini seharusnya dikecam dalam keadaan pentadbiran Abdullah yang lemah dan rakyat semakin terhimpin seharusnya Abdullah menggunakan seluruh guna tenaga pegawai dibawahnya untuk memperbaiki pentadbiranya dan mencari jalan menyelesaikan masalah yang terkait terus dengan rakyat terbanyak, bukan membuang masa menyelesaikan masalah dalaman parti politik.
Selain membazirkan guna tenaga pegawai tersebut, siasatan tersebut juga melibatkan elaun tambahan.
Lebih jauh lagi hasil siasatan pasukan pegawai JPM yang secara salahguna kuasa diarahkan oleh Abdullah itu tidak mampu mengubah berbuat apa - apa. Ini semua terjadi kerana kelemahan Abdullah dan pemimpin di bawah beliau bertindak sendirian kerana mula hilang rasa hormat terhadapnya yang dilihat sebagai presiden Umno paling lemah dalam sejarah.
Jika benar Abdullah mempunyai kredibeliti selaku Presiden Umno atau Pengerusi BN panggil sahaja Ali Rustam untuk memberikan penjelasan,tidak perlu salahguna kuasa dan bazirkan wang rakyat bentuk pasukan penyiasat gunakan pegawai JPM. Abdullah juga menyedari hakikat ini tetapi beliau terpaksa menyalahguna kuasa mengarahkan pegawai JPM untuk konon menyiasat untuk meredakan PPP, khususnya Presiden PPP Datuk Dr. M.Kayveas yang juga Timbalan Menteri di JPM.
Badan Pencegah Rasuah seharusnya bertindak terhadap perkara ini, yang merupakan salahguna kuasa dan jika ini dibiarkan ia akan menjadi contoh negatif kepada rakyat.
news berkaitan sila klik JPM siasat ucapan Ali hina PPP , Even God can’t sink Umno
iklan : sesiapa yang nak beli Insurans hayat atau AM sila dapatkan teman dari seperjuangan "berbelanja sambil membantu perjuangan" Razak 0196500425, Ariffin @ Rebin 0162862481 , Faisal Mustaffa 0193382786
No comments:
Post a Comment