Thursday, June 30, 2016

Kisah sebenar tentang penjualan Taman Manggis dan Kontroversi banglow

http://dapmalaysia.org/taman_manggis_faq/

Kisah sebenar tentang penjualan tanah Taman Manggis dan kontroversi rumah banglow

Pengenalan

UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah membuat pelbagai tuduhan palsu terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung penjualan tanah Taman Manggis dan rumah Ketua Menteri. Melalui media arus perdana yang dikawal oleh BN, kerajaan negeri dan Ketua Menteri telah difitnah dan diserang berhabis-habisan.

Berikut adalah cerita sebenar di sebalik isu-isu tersebut.

Latarbelakang isu tanah Taman Manggis

Tanah Taman Manggis terletak di persimpangan Jalan Zainal Abidin dan Jalan Burmah di George Town, Pulau Pinang. Menurut pelan susun atur tahun 2001 yang dikemukakan oleh Jabatan Perumahan Negara (di bawah Kementerian Perumahan) Taman Manggis telah ditandakan sebagai “pembangunan masa depan.” Minit Mesyuarat EXCO Negeri Pulau Pinang pada 2005 mendedahkan bahawa kerajaan negeri BN ketika itu mahu menawarkan tanah tersebut kepada pemaju swasta bagi projek pembangunan bercampur untuk membina rumah-rumah kedai dan kuarters kerajaan.

Satu lagi minit Mesyuarat EXCO pada tahun 2007 menunjukkan bahawa permohonan kerajaan persekutuan untuk membina perumahan awam telah ditolak oleh kerajaan negeri BN.

Pada tahun 2010, Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) telah membeli tanah seluas satu ekar yang dikenalpasti untuk “pembangunan masa depan” tersebut melalui tender terbuka untuk membina sebuah hospital bagi tujuan menggalakkan pelancongan perubatan di negeri Pulau Pinang.

Bagi tujuan perumahan awam dan mampu milik pula, kerajaan negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan sebidang lagi tanah di Jalan S.P. Chelliah yang berkeluasan 11 ekar.

Tender terbuka bermakna tawaran diberi kepada syarikat yang membayar harga tertinggi bagi setiap kaki persegi. KLIDC adalah pembida tertinggi dalam tender terbuka tersebut.

Lembaga Tender Negeri Pulau Pinang yang menganugerahkan bidaan kepada KLIDC pula dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang bukan ahli Lembaga Tender.

Tuduhan oleh BN terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang tentang penjualan tanah Taman Manggis bukan baru. Pada tahun 2012, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin telah menfitnah Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa ada unsur rasuah dalam penjualan tanah Taman Manggis kepada KLIDC. Shaik Hussein Mydin kemudiannya meminta maaf kepada Ketua Menteri di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi dalam kamar dan menarik balik tuduhan tersebut dalam mahkamah terbuka.

Latarbelakang isu rumah banglow Lim Guan Eng

Pada tahun 2008, Phang Li Koon membeli sebuah rumah banglo yang dibina pada awal 1980-an di No. 25, Jalan Pinhorn, Pulau Pinang dengan harga RM 2.5 juta.
Pada 1 Julai 2009, satu perjanjian penyewaan 3 tahun dimeterai dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan sewa RM5,000 sebulan. Tempoh itu kemudian dilanjutkan selama 3 tahun lagi sehingga 30 Jun 2015.
Oleh sebab beliau menyewa rumah kepada Lim Guan Eng, Phang telah menghadapi pelbagai serangan daripada BN dan NGO pro-BN, mengakibatkan tekanan yang tidak wajar terhadap dirinya. Justeru, pada awal 2012, Phang telah memberikan perjanjian lisan kepada isteri Ketua Menteri, Betty Chew untuk menjual rumah tersebut kepada mereka pada nilai RM2.8 juta. Betty Chew ketika itu meminta Phang untuk memberi lebih banyak masa untuk pertimbangan dan Phang setuju.
Pada tahun 2014, Lim Guan Eng dan Phang menandatangani perjanjian bertarikh 23 Jun 2014 di mana Phang bersetuju untuk memberi Lim Guan Eng tempoh sewaan opsyen 5 tahun untuk membeli rumah tersebut pada RM2.8 juta dengan deposit sebanyak RM100,000.
Sebelum tempoh penyewaan lanjutan tamat pada 30 Jun 2015, Phang membuat keputusan untuk melupuskan hartanah itu berdasarkan persefahaman menurut perjanjian pada tahun 2014 dengan harga yang telah dipersetujui sebanyak RM2.8 juta. Lim telah membeli rumah tersebut dengan pinjaman bank sebanyak RM2.1 juta dan bayaran tunai RM700,00
Phang berasa kurang senang hati tentang demonstrasi dan upacara pengkebumian yang dijalankan di depan rumah oleh NGO-NGO pro-BN serta bom api yang dilontarkan ke dalam rumah. Pada 28 Julai 2015, perjanjian jual-beli rumah telah ditandatangani. Penilaian untuk duti setem oleh kerajaan persekutuan pada 27 Ogos 2015 telah menetapkan nilai rumah pada RM4.27 juta.
Berkenaan fitnah bahawa Ketua Menteri berkata beliau tidak tahu nilai rumah tersebut, sebenarnya, Ketua Menteri menjawab soalan tentang dakwaan UMNO bahawa rumah tersebut bernilai RM6.5 juta. Beliau menjawab bahawa beliau tidak tahu tentang dakwaan UMNO tersebut.
Dalam akuan berkanun Phang Li Koon bertarikh 22 Mac 2016, beliau menegaskan bahawa beliau tidak dipaksa atau ditekan oleh Ketua Menteri atau mana-mana pihak untuk menjual rumahnya pada nilai RM2.8 juta, iaitu harga yang beliau persetujui pada tahun 2012 dan kemudiannya disahkan dalam perjanjian pada tahun 2014. Beliau menjualnya atas kehendak bebas sendiri atas dasar kesanggupan pembeli dan penjual. Beliau juga tidak mendapat apa-apa habuan luar biasa hasil daripada penjualan rumah tersebut kepada Ketua Menteri.

Fitnah 1

Pada 17 Mac 2016, Ahli Parlimen UMNO Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya menuduh di Parlimen bahawa Lim Guan Eng telah membeli rumahnya dengan harga murah dan ini adalah berkaitan dengan penjualan tanah kerajaan di Taman Manggis kepada KLIDC.

Fakta:

Phang Li Koon tidak mempunyai kaitan dengan KLIDC sama ada sebagai pengarah mahupun pemegang saham. Syarikat beliau bukan anak syarikat KLIDC dan KLIDC juga bukan anak syarikat kepada syarikat beliau. Dalam akuan berkanun Phang bertarikh 22 Mac 2016, beliau menyatakan dengan jelas bahawa beliau “bukan pengarah atau pemegang saham KLIDC…juga tidak terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut.”

Fitnah 2

Gerakan mendakwa tanah Taman Manggis dijual pada harga murah, RM11 juta sedangkan harga tanah itu boleh mencecah sekurang-kurangnya RM22.4 juta.

Fakta:

Tanah Taman Manggis dijual kepada KLIDC pada tahun 2010 melalui tender terbuka pada harga RM11.5 juta. Dua tahun kemudian, pada tahun 2012, Gerakan mendakwa bahawa harganya adalah RM22.4 juta dan menawar untuk membeli pada harga itu. Gerakan menubuhkan sebuah “syarikat tujuan khas”, Taman Manggis Fasa Dua Sdn. Bhd yang didakwa mempunyai RM22.4 juta daripada sumber yang tidak dinamakan untuk membeli tanah tersebut.

Syarikat itu kemudian membayar 1% deposit sebanyak RM224,000.00 kepada kerajaan negeri tetapi akhirnya gagal untuk membayar baki 99% harga belian tersebut sebanyak RM22 juta. RM 224,000.00 deposit yang dibayar oleh syarikat milik Gerakan telah disita oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pada akhir tahun 2012.

Sehingga kini tiada siapa yang tahu apa yang telah berlaku kepada RM22 juta yang didakwa oleh Gerakan dikumpulkan oleh mereka bagi tujuan pembelian tanah Taman Manggis.

Fitnah 3

Kini pada tahun 2016, Gerakan pula mendakwa bahawa tanah Taman Manggis bernilai RM45.3 juta pada tahun 2010 berdasarkan perbandingan penilaian swasta dan kerajaan telah kerugian RM33.8 juta daripada penjualan tanah dengan hanya RM11.5 juta.

Fakta:

Pada tahun 2009, Jabatan Penilaian kerajaan persekutuan menilai tanah Taman Manggis pada harga RM8.5 juta. Adalah mustahil untuk nilai tanah itu meningkat sebanyak 500% dalam masa satu tahun sahaja daripada RM8.5 juta kepada RM45.3 juta.

Jika Gerakan meragui penilaian kerajaan persekutuan maka mereka harus mempersoalkan kerajaan persekutuan dan bukannya menuduh sebarangan terhadap kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, ujian yang terbaik untuk sesuatu penilaian adalah dengan tender terbuka. Berbeza dengan kerajaan persekutuan yang tidak mengamalkan tender terbuka, tanah Taman Manggis telah dijual melalui tender terbuka kepada tawaran tertinggi, iaitu RM11.5 juta.

Fitnah 4

Kerajaan negeri BN sebelumnya mendakwa kerajaan negeri kini telah menjual tanah yang telah dirancang untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan menyoal mengapa tanah tersebut boleh digunakan untuk membina hospital tetapi tidak boleh membina PPR.

Fakta:

Salah satu dokumen yang terawal adalah pelan oleh Jabatan Perumahan Negara pada tahun 2001 yang menandakan tanah Taman Manggis sebagai “pembangunan masa depan”. Dalam erti kata lain, tidak ada projek PPR khusus yang telah dirancang untuk tanah tersebut.

Walau bagaimanapun, minit Mesyuarat Exco Pulau Pinang pada 28 September 2005 menunjukkan bahawa kerajaan negeri BN mahukan tanah tersebut ditender kepada pemaju swasta untuk projek pembangunan bercampur bagi membina rumah-rumah kedai dan kuarters Kerajaan.

Menurut minit Mesyuarat EXCO tersebut, Ahli EXCO dari Gerakan, Teng Chang Yeow mencadangkan agar tanah Taman Manggis digunakan untuk projek pembangunan bercampur bagi membina “rumah kedai dan kuarters kerajaan”. Ketua Menteri pada masa itu, Koh Tsu Koon bersetuju dan menyaran agar tanah tersebut ditawarkan kepada pemaju swasta supaya kerajaan negeri tidak perlu menanggung kos pembinaan yang tinggi.

Akhirnya, pada 28 Mac 2007, semasa mesyuarat EXCO, kerajaan negeri BN secara rasmi menolak permohonan kerajaan persekutuan untuk membina perumahan awam di Taman Manggis.

Kepadatan untuk pembangunan komersil adalah lebih tinggi berbanding untuk perumahan, bukan sahaja di Pulau Pinang malah di seluruh negara. Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Chor Chee Heung berkata bahawa keluasan minima tanah untuk perumahan awam mestilah sekurang-kurangnya 2 ekar. Justeru, pembangunan komersil seperti hospital boleh dibangunkan di atas tanah yang lebih sempit kerana dibenarkan mempunyai kepadatan serta had ketinggian yang lebih daripada pembangunan jenis perumahan.

Fitnah 5

UMNO / BN mendakwa kerajaan negeri pimpinan DAP telah mengabaikan untuk membina perumahan awam di Taman Manggis.

Fakta:

Tidak ada rancangan untuk perumahan awam di tanah seluas satu ekar Taman Manggis tersebut, walaupun oleh pentadbiran BN dahulu. Pada tahun 2013, sebidang tanah 11 ekar di Jalan SP Chelliah telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri sekarang untuk membina 2,093 unit perumahan mampu milik (mengikut garispanduan kerajaan persekutuan
). Keluasan tanah tersebut 10 kali ganda keluasan tanah Taman Manggis. Pembinaan telah bermula sejak Mac 2015 dan setakat Mac 2016, ia sudahpun siap 20%.

Berikut merupakan unit-unit perumahan yang akan dibina di Jalan SP Chelliah:

Jenis Unit Harga
Rumah kos sederhana rendah 770 (36%) RM 72,500
Rumah mampu milik 883 (42%) RM 200,000
Rumah mampu milik 440 (21%) RM 300,000 – RM400,000
Total 2,093
Kerajaan negeri Pakatan Harapan telah membina lebih tiga kali ganda jumlah perumahan awam berbanding kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini:

Tahun Unit kos rendah Unit kos sederhana rendah Jumlah unit
2001-2007 (BN) 4,355 769 5,124
2008-2015(PH) 8,092 8,107 16,199
Fitnah 6

Pada 23 Mac 2016, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan mendakwa bahawa terdapat satu sub-sale tanah Taman Manggis oleh KLIDC kepada pihak ketiga untuk keuntungan segera.

Fakta:

Carian tanah menunjukkan bahawa hakmilik tanah masih berdaftar kepada KLIDC. Jika ada apa-apa percubaan untuk menjual tanah tersebut kepada pihak ketiga, KLIDC perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada kerajaan negeri. Kerajaan negeri bukan sahaja tidak pernah memberi kebenaran tersebut, malah tiada sebarang permohonan seumpamanya telah dibuat oleh KLIDC kepada kerajaan negeri.

Fitnah 7
Pada 5 April 2016, Abdul Rahman Dahlan telah menukar dakwaan beliau dan kini berkata bahawa yang dijual kepada pihak ketiga bukan tanah Taman Manggis, tetapi pemilik syarikat KLIDC telah menjualkan saham beliau dalam syarikat tersebut kepada pihak ketiga.

Fakta:
Rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa tiada pertukaran pemilikan saham dalam KLIDC.

Fitnah 8

Abdul Rahman Dahlan juga mendakwa bahawa kerajaan negeri telah mengubah pembangunan Taman Manggis kepada 30% hospital dan 70% tujuan komersial.

Fakta:

Syarat nyata hakmilik tanah dengan jelas menyatakan bahawa tanah tersebut hanya boleh dibangunkan untuk tujuan hospital (66%) serta servis suite dan hotel (34%) bagi menampung pesakit dan keluarga mereka.

Pulau Pinang kini merupakan destinasi pelancongan perubatan utama di Malaysia, meliputi lebih kurang 50% daripada pelancong perubatan di seluruh negara. Menurut kerajaan persekutuan, kira-kira 1000 pesakit sehari berkunjung ke Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan perubatan. Oleh itu, ada keperluan untuk mempertingkatkan kemudahan pelancongan perubatan di negeri ini.

Kesimpulan

Kempen fitnah UMNO/BN ini jelas merupakan satu percubaan untuk mencemar reputasi cemerlang pentadbiran bersih kerajaan negeri Pulau Pinang yang telah menerima pujian Laporan Ketua Audit Negara untuk lebihan belanjawan setiap tahun dan pengurangan hutang negeri sebanyak 90%. Hutang Pulau Pinang kepada kerajaan persekutuan, adalah yang terendah, dengan nilai RM69 juta, berbanding, sebagai contoh, Pahang sebanyak RM2.9 billion. Tambahan pula, Pulau Pinang adalah satu-satunya kerajaan negeri dalam sejarah Malaysia yang dipuji oleh Transparency International pada tahun 2009 kerana mengamalkan tender terbuka.

Tuesday, June 28, 2016

CIMB Aviva @ Sun Life Malaysia Bhd syarikat insuran tidak bertanggung jawab ?

Kenyataan Umum

28 Jun 2016


CIMB Aviva @ Sun Life Malaysia Bhd syarikat insuran tidak bertanggung jawab ?

1. Beberapa minggu lepas 'viral' di media sosial bermula dari pasukan media sosial yang memperkenalkan diri mereka sebagai The Mercenaries berkenaan dengan CIMB Aviva @Sun Life Malaysia Bhd yang hanya membayar RM150 kepada bapa yang kematian anaknya. Seorang bapa bernama Shaharuddin Bin Md Zaki telah membayar secara tetapmelalui potongan gaji, RM48.00 sebulan untuk dua anaknya selama 10 tahun dibawah skim "CIMB AVIVA Takaful Child Protection Plan"

2. Dua minggu lepas salah seorang anaknya yang dilindungi polisi tersebut, Shazwani Bt. Shaharuddin telah meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya di Cherating, Pahang. Namun apa yang sangat dikesali apabila Shaharuddin menghubungi syarikat insuran memaklumkan kematian anaknya, beliau hanya diberikan RM150.00 sebagai bayaran penamatan polisi arwah anaknya. Paling mengejutkan ialah polisi tidak termasuk kes kematian.

3. Ini bukan soal perundangan, dari aspek perundangan mungkin pihak syarikat insuran betul tetapi dari aspek moral ternyata pihak syarikat memperdaya pelanggan. Shaharuddin seorang pemandu lori yang mungkin tidak berpendidikan tinggi, sayangkan anaknya lalu dengan gaji yang terhad itu beliau tetap melanggan polisi insuran bagi anaknya. Bayangkan dalam kes seperti ini berapa ramai menjadi mangsa dengan polisi yang kebanyakanya bertulisan kecil berbahasa Inggeris lalu ditandatangani begitu sahaja. Paling utama KEGILAAN apa insuran tidak 'cover' kematian ?

4. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak CIMB yang mana syarikat induknya dikepalai oleh Datuk Seri Nazir Razak yang juga merupakan adik kepada Perdana Menteri Malaysia mengambil tanggungjawab. Bagi kami pembayaran RM150 kepada keluarga si mati selepas membayar insuran selama 10 tahun merupakan satu penghinaan. CIMB boleh memilih untuk mendiamkan sahaja kes ini kerana ia melibatkan keluarga miskin dan bukan 'taikun' kaya tapi yakinlah kumpulan - kumpulan kecil marhaen sedang bergabung untuk melanggar dan kami akan pastikan pemodal sebesar CIMB jatuh jika tidak mengambil tanggungjawab.

Sekian.


che'GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

JEMPUTAN DISKUSI DAP KAFIR HARBI KEPADA YANG BERBAHAGIA SAHIBUS SAMAHAH MUFTI PAHANG

Kenyataan Umum
27 Jun 2016
Kenyataan Umum
28 Jun 2016

JEMPUTAN DISKUSI DAP KAFIR HARBI KEPADA YANG BERBAHAGIA SAHIBUS SAMAHAH MUFTI PAHANG
Susulan daripada polemik DAP adalah Kafir Harbi sejak beberapa hari kebelakangan ini ekoran daripada pandangan Yang Berbahagia Sahibus Samahah Mufti Pahang yang disiarkan di beberapa media, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pada hari ini menghantar sepucuk surat jemputan kepada beliau untuk menjadi ahli panel dalam satu program diskusi bertajuk DAP Kafir Harbi seperti berikut :
Selain daripada Yang Berbahagia Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman, SAMM juga akan mengutuskan surat undangan kepada Yang Berbahagia Prof. Madya Dato Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis dan wakil daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk bersama-sama dalam program diskusi ini.
Program diskusi ini akan diadakan pada 17 Julai 2016, jam 9.00 hingga 11.00 malam bertempat di KLSCAH, Kuala Lumpur.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan ruang kepada semua pihak yang terlibat untuk tampil sepentas bagi membincangkan polemik ini berasaskan kepada semangat keilmuan dan kebebasan memberikan pandangan. Ia juga bertujuan untuk merungkai kekeliruan masyarakat umum berkaitan perkara ini.
Program wacana ilmu ini adalah penting ekoran daripada masyarakat sering menganggap setiap pandangan yang dilontarkan oleh seorang Mufti adalah merupakan satu fatwa. Program ini bukan sahaja dapat merungkai kekeliruan dunia Islam tanahair, malah akan juga turut memberikan kefahaman dan penjelasan yang tuntas kepada masyarakat bukan Islam.
SAMM sememangnya berharap agar semua pihak yang diundang dapat menyatakan persetujuan untuk hadir dalam majlis ilmu ini nanti. Hanya melalui perbincangan dan diskusi ilmiah yang keluar daripada kerangka sentimen dan emosi, polemik ini dapat dijernihkan dan tiada salah faham, persepsi atau prejudis akan terus bersarang dalam diri masyarakat.
Sekian, terima kasih
Zamri Zanal
Penyelaras SAMM Pahang

Monday, June 27, 2016

Ahli PKR sambut cabaran Wan Azizah kepada Mahathir


Kenyataan Umum

27 Jun 2016

Ahli akar umbi sambut baik cabaran Presiden kepada Mahathir

22 Jun Akhbar Berita Harian memetik Wan Azizah berkata Mahathir perlu bertanding pada pilihan raya umum akan datang sekiranya negarawan itu mahu terus membabitkan diri dalam kancah politik negara dan bertindak seolah beliau ketua pembangkang.
Malah, katanya, tindakan berkenaan juga bagi membuktikan Mahathir layak untuk menyertai blok pembangkang.
"Kalau Tun (Dr Mahathir) mahu jadi ketua pembangkang, beliau perlu bertanding dulu. Saya naik (menjadi ketua pembangkang) pun kerana bertanding dan ada kerusi di Parlimen.
"Saya harap Tun pun boleh buat begitu," Wan Azizah dilaporkan media berkata.
Bagi saya dan ramai akar umbi PKR menyifatkan kenyataan Wan Azizah ini tepat dan disambut baik. Mahathir kena faham sejak tahun 60 an dia menunggang pembangkang atas matlamat peribadi. Mahathir merupakan penganut Machiavellianism tegar yang sanggup menggunakan apa jua cara asalkan matlamatnya tercapai.
Bagi saya surat panjang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan ketidak hadiran Wan Azizah, Nurul Izzah dalam semua program melibatkan Mahathir sepatutnya menjadi isyarat jelas kepada pimpinan PKR yang terhegeh - hegeh membontoti Mahathir. 
Tahniah kepada PKR Wilayah Persekutuan yang mengeluarkan kenyataan terbuka dan PKR Johor yang membuat keputusan dalam mesyuarat MPN yang menolak Mahathir dan teguh bersama agenda Reformasi yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim sendiri.
Teman - teman akar umbi PKR yang ditemui sebenarna cukup kesal dengan sikap terhegeh - hegeh pemimpin PKR yang kononya marah membela Mahathir apabila Mahathir diserang tetapi membisu menikus apabila Mahathir terus menerus menyerang Anwar Ibrahim.
Mengenai perkembangan pendedahan akuan sokongan atau tandatangan palsu dalam deklarasi Mahathir , ini telah membuktikan bagaimana kumpulan ini mampu selamatkan Malaysia jika dalam bab tandatangan sokongan pun mahu menipu. Mereka peringkat awal kelihatan terkejar - kejar seperti esok mahu menghantar ke Istana Deklarasi dan sokongan namun selepas dilempang pendedahan tandatangan palsu maka isu menghantar ke istana kini seolah tidak kedengaran lagi.
Kepada pemimpin ketahuilah apa yang akar umbi PKR mahukan anda mampu menjadikan PKR parti penyatu dalam Pakatan Harapan dan memperkukuh PH seperti mendesak satu logo, mengasak isu pilihanraya penuh penipuan dan seumpamanya bukan membontoti Mahathir yang dia sendiri tidak mengakui penipuan pilihanraya di Malaysia dan beban jenayah pentadbiran yang sangat banyak.  Kami juga sangat kesal dimana pemimpin PKR sendiri ada yang seolah mengenepikan peranan dan pengorbanan Anwar Ibrahim.
Sekian.
Faizal AB Rahman
Bekas Ketua AMK Balik Pulau




SAMM menanti jawapan Mufti Pahang

Kenyataan Umum

27 Jun 2016


Isu 'Kafir harbi' : SAMM sedia anjur diskusi terbuka hanya menanti respon Mufti Pahang

1. Baru ini kita negara digemparkan dengan kenyataan SS Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman  yang menyatakan bahawa DAP merupakan kelompok kafir harbi. Ia mendapat respon bercampur selepas itu.

2. Bagi orang biasa apa jua kenyataan Mufti merupakan satu fatwa dan bagi orang biasa 'kafir harbi' bermaksud kelompok yang wajib diperangi malah ada yang menyifatkan halal darah mereka. Maka merujuk kepada pemahaman kebiasaan ini maka kenyataan Mufti Pahang ini sangat - sangat bahaya.

3. Namun bagi sebuah gerakan pro pembaharuan maka SAMM meminta semua bertenang. SAMM melihat perkara ini sebagai peluang untuk membawa gaya politik baru dan mendidik rakyat. Maka SAMM telah memutuskan untuk mengadakan satu diskusi terbuka yang melibatkan Mufti Pahang, wakil pimpinan utama DAP dan turut menjemput seorang lagi panel ilmuan yang disegani masyarakat.

4. Jika diskusi terbuka ini dapat diadakan maka ia perluang rakyat mendengar hujah bagi mencapai pemahaman dan keputusan dan ini akan lebih mematangkan pemikiran masyarakat. Ini juga kesempatan Mufti Pahang berhujah bagi mempertahankan tuduhannya, malah pimpinan DAP juga sudah tentu ada jawapan balas mereka. Rakyat juga boleh mengajukan soalan yang timbul bagi mencari kebenaran sendiri.

5. Hari ini 27 Jun, sekitar jam 12 tengahari tadi beberapa aktivis SAMM  Pahang telah hadir ke Pejabat Mufti Pahang di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang. Surat yang telah diserahkan oleh Komrad Zamri Zanal dan Komrad Syawal telah diterima Pegawai Khas Pejabat Mufti dan berjanji akan memberi jawapan balas dalam masa terdekat.

6. SAMM amat yakin Mufti Pahang mengambil kesempatan ini bagi tampil ditengah kelompok masyarakat bagi menyampaikan hujahnya. Sebaik sahaja mendapat pengesahan kehadiran Mufti Pahang, SAMM akan membuat pengumuman dan menyelesaikan kerja lain termasuk logostik. Percaya program ini akan menjadi titik penting dalam mencari kematangan masyarakat Malaysia

Sekian dan terima kasih ;

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Zamri dan Syawal sebaik sahaja keluar dari pejabat Mufti.

Jika tak percaya institusi maka lebih baik salur terus ke asnaf atau pertubuhan diyakini

Kenyataan Umum
27 Jun 2016
Lebih Baik Bayar Zakat Terus Kepada Asnaf, Jika Ragui Institusi Zakat
Zakat merupakan tuntutan wajib Rukun Islam ke 4. Wajib ke atas umat islam yang memenuhi syarat dan perlu disampaikan kepada lapan ketegori asnaf (Penerima Zakat) yang dinama dalam Al-quran termasuk golongan fakir miskin.
Bagi melaksanakan tuntutan agama islam ini tidak semestinya hanya melalui institusi zakat. Ada yang memilih untuk terus bayar zakat kepada asnaf kerana mahu memastikan wang zakat itu tidak disalahgunakan. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sendiri memilih untuk bayar zakat terus kepada asnaf.
Banyak cerita kita dengar mengenai betapa sukarnya golongan asnaf memohon zakat daripada pihak berwajib. Malah ada mendakwa berlaku penyelewengan, Duit zakat digunakan untuk tujuan lain dan pelbagai cerita buruk mengenai istituti zakat.
Kalau dilihat dari sebuah negara besar, SAMM bersetuju supaya zakat diserahkan kepada amil dan amil serahkan kepada asnaf. Namun realitinya hari ini istitusi zakat dinegara ini diragui.
Hujung minggu lalu, SAMM peringkat akar umbi di seluruh negara peringkat Hulu Selangor, Sungai Besar, Meru, Kuala Terangganu dan beberapa lagi kawasan telah mengerakkan sendiri pemberian zakat secara terus kepada asnaf. Atas inesiatif kesedaran anak muda tuntut perubahan komrad SAMM berkerjasama dengan beberapa organanisi lain telah mengambil langkah itu.
SAMM menyarankan supaya Istitusi Zakat dinegara ini direformasikan semula, Bermula dari peringkat tertinggi pentadbiran sehingga ke peringkat akar umbi pentabdiran. Selagi institusi ini tidak direformasikan selagi itulah rakyat akan meragui Institusi zakat di negara ini.
Sekian,
Faisal Zainal
Penyelaras Muda
Solidari Anak Muda Malaysia (SAMM)

Thursday, June 23, 2016

Muhyiddin harus jawab namun taktik serangan peribadi dikecam

Kenyataan Umum

23 Jun 2016

1. Sekali lagi apabila berlaku pertembungan politik khususnya melibatkan Umno maka serangan peribadi dijadikan antara senjata politik. Tindakan ini sebenarnya membawa politik Malaysia mundur. Sepatutnya jika ada masalah pertembungan ia harus diperdebatkan secara tuntas dan biar rakyat menilai. Sama ada mencari titik temu atau siapa benar / salah atau mencari jalan yang terbaik untuk rakyat itu harus berlaku.

2. Terbaru, sejak minggu lepas tersebar apa yang saya sifatkan sebagai serangan peribadi kepada Muhyiddin Yassin, bekas Timbalan Perdana Menteri. Bukan sahaja tersebar di laman sosial malah saya sendiri dihantar satu salinan yang dikatakan akuan bersumpah seorang lelaki yang bernama Stenley Clement Augustin , seorang bekas Timbalan Pendakwaraya, yang dikatakan membuat akuan bersumpah tersebut sebagai bahan sokongan dalam kes penceraian dia dengan isterinya Nika Gee Siew Yee. Di mana dalam akuan bersumpah tersebut menyatakan dengan jelas mengenai hubungan isterinya Nika dengan (Tan Sri) Muhiyuddin Yassin sejak menjawat jawatan Menteri Besar Johor. Ini serangan peribadi yang sangat jijik oleh musuh politik.

3. Namun dalam akuan bersumpah ini, lelaki tersebut turut menyatakan isterinya memperolehi hak pembangunan kawasan perumahan di atas tanah kastam milik kerajaan negeri. Malah dinyatakan juga ketika Muhyiddin menjadi Menteri Belia dan Sukan , isterinya mendapat hak penswastaan Kompleks Sukan Kampung Pandan, KL. Menurut Stenley semua ini diperolehi isterinya kerana hubungan intim dengan Muhyiddin.

4. Apa pun Muhyiddin harus tampil memberikan penjelasan bukan sekadar penafian kosong semata - mata. Benarkah projek yang disebut oleh Stenley benar melibatkan Nika secara langsung atau tidak langsung ? Kes berkaitan penceraian Stenley dan Nika kini sudah difailkan di Mahkamah Keluarga Kuala Lumpur, kes yang dijadualkan dibicarakan dihadapan Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad sehingga kini masih tidak mendapat tarikh perbicaraan lagi. Dihebahkan di media sosial juga ada usaha bagi mendesak penyelesaian luar mahkamah. Jika Muhyiddin tidak memberikan penjelasan dan kes ini pula diselesaikan diluar mahkamah maka sudah tentu ada satu misteri akan terus menjadi tanda tanya. Perihal kes peribadi dan Muhiyuddin diserang ia sangat memualkan tetapi bagi kes pemberian kontrak dan projek itu rakyat berhak persoalkan.

che'GuBard,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)




Skuad Keadilan P.Pinang buat laporan polis isu tandatangan Palsu Deklarasi Mahathir

Kenyataan Media Skuad keADILan P.Pinang 23 Jun 2016 Hari ini kami Skuad Keadilan P.Pinang membuat laporan Polis ekoran pendedahan baru – baru ini berkenaan pemalsuan tandatangan / akuan sokongan Deklarasi Mahathir. Perkara ini menjadi lebih serius apabila tertekan dengan pendedahan tersebut , Mahathir dan pihak seketeriat deklarasi Mahathir sndiri akhirnya mengakui memang wujud tandatangan / akuan sokongan palsu sehingga 300,000. Ini amat memalukan, bagaimana mereka hendak menyelamatkan negara sedangkan baru nak kumpul tandatangan sokongan sudah menipu. Sebenarnya ini tidak pelik kerana Mahathir yang sememangnya terkenal sebagai pengikut machavelli dimana demi matlamat peribadinya dia sanggup menghalalkan apa jua cara. Ini yang kita semua kena perlu sedar dan jangan tertipu. Hari ini genap 500 hari Anwar dipenjara dalam Malaysia sedang berdepan dengan perbagai masalah. Semalam baru didedahkan melalui surat terbarunya kepada Najib menjelaskan tahap kesihatan Anwar begituteruk. Ya Anwar dibawa kehospital tetapi hanya untuk memenuhi syarat dan menunjukkan seolah dia diberi hak rawatan. Contohnya Isnin lepas Anwar dihantar ke penjara dari HKL dalam keadaan tekanan darah tidak stabil dan bacaan amat tinggi. Penghantaran tergesa gesa Anwar ke penjara selepas hanya 3 – 4 hari di hospital walaupun keadaan anwar masih sakit ialah menifestasi ketakutan berterusan dan kezaliman tanpa henti pada sosok anwar. Bagi kami, kami tidak pernah berganjak Anwar terpenjara kerana melawan, sejak 1998 lagi pemecatan Anwar kerana menhalang rompakan oleh Mahathir dan kroninya. Begitu juga kini , pembebasan Anwar tanggungjawab kita semua. Semangat juang Anwar yang konsisten tetap kuat dijiwa kami semua. Kita sudah ada deklarasi permatang pauh sejak 1998 kita tidak perlu deklarasi baru oleh mereka yang penuh dengan kepuraan. Mohd Edy Bin Jab Ketua Skuad keADILAN P.Pinang


Asrol, Ketua AMK P.Pinang (dalam gambar)  turut hadir


** sebelum ini PKR Wilayah Persekutuan dan PKR Johor telah membuat pendirian jelas teguh bersama Ketua Umum dan Presiden PKR menolak Mahathir

Wednesday, June 22, 2016

Ekslusif : surat YB Nurul Izzah Anwar kepada PM berkenaan kesihatan DSAI

Ekslusif : surat YB Nurul Izzah Anwar kepada PM berkenaan kesihatan DSAI

---------- Forwarded message ----------

Y.A.B.Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Pejabat YAB Perdana Menteri Blok Utama,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.

YAB Dato' Sri ;

PENJAGAAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SEPENUHNYA DI HOSPITAL KUALA LUMPUR ATAS FAKTOR KESIHATAN YANG MEMBIMBANGKAN

Pada tarikh 15 Jun 2016 Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke hospital kerana mengadu kesakitan di bahagian belakang.

2. Semalam, pihak keluarga dimaklumkan tentang penangguhan rawatan Magnetic Resonance Imaging (MRI) disebabkan tekanan darah yang masih tinggi dan tidak sesuai untuk prosedur MRI.

3. Berikut merupakan senarai faktor yang dikenalpasti menyebabkan tekanan darah yang tidak stabil :

* Setelah berbelas laporan perubatan termasuk laporan daripada barisan panel doktor yang dilantik oleh kerajaan, yang dipinta adalah penjagaan rapi menepati keadaan beliau yang uzur di umur menjangkau 70 tahun, di hospital sepenuhnya. Malangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami pemindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara drastik. Dari penjara ke mahkamah, penjara ke hospital, kemudian ke penjara lagi. Pastinya proses perpindahan ini akan menyebabkan tekanan darah menjadi tidak menentu.

* Beliau sepatutnya menerima rawatan fisioterapi berkala yang secara optimalnya sementara menunggu pelaksanaan pembedahan reverse shoulder replacement yang ditawarkan oleh Georgetown University, untuk kesakitan otot bahu kanan akibat kemalangan 2 tahun lalu, dan melarat sehingga kerosakan otot.

* Wujudnya ketumbuhan dalam ginjal.

4. Perlu diingat, semasa mula-mula ditahan, Datuk Seri Anwar hanya mengalami 'frozen shoulder.' Namun, kerana penahanan yang berlangsung di dalam lokap tanpa katil buat bulan pertama dalam tahanan, sebelum dipindahkan ke ruang yang lebih selesa, kecederaan bahu beliau semakin runcing. Fisioterapi yang jarang-jarang berlaku, memandangkan keengganan pihak penjara menghantar Datuk Seri Anwar ke hospital untuk rawatan intensif (seperti tahun-tahun 1999-2004) akhirnya menjadikan kecederaan bahu bertindan dengan sakit tulang belakang yang berulang. Saya tidak boleh terus melihat kesihatan ayahanda terus merosot dengan tempat penahanan yang tidak sesuai dengan keperluan ayahanda yang bakal mencecah umur 70 tahun.

5. Justeru, saya kira Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan bekas pegawai kerajaan kedua tertinggi di negara, sewajarnya mendapat layanan yang jauh lebih baik daripada mantan Menteri Besar Selangor yang diberi kemudahan tahanan parol di rumah walaupun sabitan kurang setahun.

Besarlah harapan saya sekeluarga agar pihak Y.A.B Datuk Seri mempertimbangkan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan dirawat di hospital sepenuhnya sehingga beliau mendapat ruang menjalankan pembedahan kelolaan Georgetown University.

Yang benar,

Nurul Izzah Anwar

Monday, June 20, 2016

ADUAN RASMI SKMM MENGENAI PENYEBARAN AKUAN BERSUMPAH PALSU

Kenyataan Media

20 Jun 2016

ADUAN RASMI SKMM MENGENAI PENYEBARAN AKUAN BERSUMPAH PALSU

pada 8 Jun (sekitar  10malam) yang lalu telah terbaca satu akaun facebook atas nama KELAB PENYOKONG MUKHRIZ MAHATHIR yang menyiarkan satu akuan bersumpah palsu atas nama Azharuddin Othman yang membabitkan nama saya. Setelah itu saya membuat beberapa carian akuan bersumpah tersebut juga disiar beberapa akaun facebook yang dikenali sebagai penyokong tegar satu Deklarasi yang diketuai Mahathir. Kesemua akaun – akaun tersebut saya telah saya serahkan buktinyasekali.

Untuk pengetahuan semua pada 26 Mei 2016, saya telah mengiringi Azharuddin Othman bagi mendedahkan pengakuan (akuan bersumpah) keterlibatan dia dalam membekalkan pengkalan data bagi tujuan pemalsuan akuan sokongan Deklarasi Mahathir. Pengakuan ini telah menyentak banyak pihak, malah perancangan Seketeriat Deklarasi Mahathir untuk kononya untuk segera ke Istana bagi menghantar Deklarasi dan 1 juta lebih akuan sokongan telah tertangguh sehingga kini. Mereka akhirnya termasuk Mahathir sendiri kemudian terpaksa mengaku memang ada akuan sokongan palsu. Mungkin tertekan dengan pendedahan ini maka taktik jahat telah digunakan dengan menyebarkan satu lagi akuan bersumpah palsu dan fitnah.

Sebaik sahaja mengetahui kewujudan akuan bersumpah (palsu) yang membabitkan nama saya, saya terus menghubungi Azharuddin (individu yang kononya membuat akual bersumpah – palsu). Azharuddin menyatakan bahawa akuan bersumpah tersebut palsu dan dia sendiri memuat naik dalam laman facebooknya penafian idak sampai 1 jam selepas saya menghubunginya (rujuk lampiran 2). Malah saya sendiri turut membuat penafian melalui laman facebook saya dan laman twitter saya. Malah saya turut menghantar masej  whats app kepada rakan – rakan wartawan yang saya ada no telefon mereka termasuk wartawan Malaysiakini menyatakan semua perlu berhati hati dengan kewujudan akuan bersumpah palsu membabitkan nama saya.

9 Jun (sekitar 4 petang) saya mula dihujani panggilan telefon dan masej pesanan ringkat termasuk melalui aplikasi whats app. Bertanya mengenai kenapa saya membayar Azharuddin untuk menipu ? Malah ada masej caci maki juga dihantar. Setelah diselidiki rupanya Malaysiakini.com telah menyiarkan berita menyatakan akuan bersumpah palsu itu sebagai betul dan berita tersebut jelas berniat jahat apabila menggunakan tajuk “SAYA DIUPAH UNTUK BACA TESK OLEH CHEGUBARD”.

Ini sangat serius kerana penulisan berita tersebut ditulis seolah wartawan mendapat maklumat terus dari Azharuddin. Ini sangat tidak beretika dan jahat kerana sudah berbelas jam akuan bersumpah itu diperjelaskan palsu namun Malaysiakini.com boleh menulis ia sebagai benar.

Pihak saya menghubungi beberapa kenalan yang dikenali bekerja dengan Malaysiakini.com selepas dihubungi berita tersebut di ‘edit’ beberapa kali. Menjelang malam kami hubungi lagi kerana tajuk jahat tersebut masih tidak berubah. Hanya sekitar 10 malam barulah tajuk tersebut diubah dan ditelahkan nota editor dihujung berita tersebut.

Berita asal yang jahat itu sudah disalin dalam bentuk tulisan mahupun print screen telah disebar ke ratusan ribu seluruh negara. Malah pembaca yang meletakkan komen awal ketika berita itu belum diedit dan kemudian baru ditukar tajuk sudah pun memberikan komen yang amat negative.

Pada 10 Jun oleh kerana tindakan tidak beretika dan jenayah pemalsuan dokumen akuan bersumpah, saya dan Azharuddin bersama beberapa teman terpaksa mengadakan sidang media. Azharuddin sendiri menjelaskan dihadapan media bahawa akuan bersumpah yang disebar sebagai kononya akuan bersumpah keduanya itu adalah palsu.  Laporan polis juga dibuat. (salinan diserahkan sebagai lampiran)

Saya telah menghantar surat terbuka kepada Malaysiakini pada 18 Jun 2016 menuntut memadam posting walaupun sudah diedit dan membuat posting penjelasan dan meminta maaf namun sehingga kini tidak ada respon. Ini amat memalukan dan sangat tidak beretika. Kalaupun Malaysiakini hendak menyokong Deklarasi Mahathir namun dengan cara melaporkan benda bohong sebagai betul itu sangat – sangat tidak bermoral.

Mewujudkan akuan bersumpah palsu adalah satu jenayah. Tujuan aduan ini dibuat adalah untuk meminta SKMM memulakan siasatan siapa yang memulakan dan menyebarkan akuan bersumpah palsu ini dan mengambil tindakan ke atas semua mereka yang menyiarkan akuan bersumpah palsu sebagai benar.

Sekian dan terima kasih.

che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Saturday, June 18, 2016

Surat terbuka : MEMOHON ‘POSTING’ PENJELASAN DAN MAAF.

BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN a.k.a che’GuBard ,
Pusat Gerakan Rakyat (PaGER) SAMM,
No. 344 (Tingkat 1 & 2),
Jalan Haruan 5/8, Oakland Commercial Centre,
70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

18 Jun 2016

Kepada :

Pihak Malaysiakini.com,
No. 9, Jalan 51/205A, Off Jalan Tandang,
46050 Petaling Jaya, Selangor
Email : newsroom@kinitv.com
             editor@malaysiakini.com

Saudara ;

Surat terbuka : MEMOHON ‘POSTING’ PENJELASAN DAN MAAF.

Merujuk kepada satu posting berita dengan tajuk “SAYA DIUPAH UNTUK BACA TESK OLEH CHEGUBARD” pada 9 Jun 2016 (sekitar waktu petang) yang melaporkan seolah Malaysiakini dapat bercakap dengan Azharuddin Othman yang mengatakan bahawa saya mengupahnya untuk membaca tesk akuan bersumpah yang menyatakan dia terlibat dalam memalsukan akuan sokongan Dekralasi yang diketuai Mahathir bagi menyingkirkan Najib. Ternyata apabila dihubungi oleh pihak SAMM wartawan Malaysiakini telah mengesahkan ia hanya melaporkan berdasarkan wujudnya satu SD (palsu) yang berkeliaran di media social tanpa mendapat pengesahan dari saya (che’GuBard) atau Azharuddin sendiri.

Setelah dihubungi kali pertama wartawan Malaysiakini hanya membuat perubahan (edit) berita sahaja tanpa mengubah tajuk yang jelas berniat jahat. Setelah dihubungi sekali lagi dengan menyatakan rasa kesal SAMM dengan berita tersebut, sekali lagi wartawan Malaysiakini membuat perubahan isi berita dan mengubah tajuk tersebut tanpa sebarang penjelasan.

Malangnya tajuk awal Malaysiakini sudah pun mempengaruhi banyak pengguna media social malah maki hamun termasuk melibatkan nama keluarga saya telah menjadi viral malah termasuk dalam ruangan komen Malaysiakini sendiri.  Malam itu juga sekali lagi pihak SAMM menghubungi wartawan Malaysiakini yang terlibat untuk menuntut berita tersebut ditarik dan satu penjelasan baru dan permohonan maaf dibuat namun berita itu tidak ditarik hanya nota kaki dibuat dalam berita tersebut. Namun ia tidak mengubah keadaan sama sekali kerana tajuk berita Malaysiakini sudah pun disebarkan oleh pengguna laman sosial.

Amat malang sekali ialah laporan Malaysiakini terhadap SD palsu yang dilaporkan betul itu dibuat walaupun Azharuddin, saya dan beberapa pihak sendiri sudah menyiarkan mengenai SD palsu itu sebagai palsu. Namun oleh kerana pengaruh Malaysiakini yang mempunyai pembaca ramai maka laporan Malaysiakini tersebut benar – benar telah mengganggu saya, Azhar dan keluarga.

Ini memaksa esoknya saya dan Azhar terpaksa memanggil satu sidang media, malangnya saya tidak faham adakah Malaysiakini punya masalah dengan saya, SAMM atau terlalu pro Mahathir sehingga penafian dan penjelasan Azhar tidak menjadi utama sebaliknya Malaysiakini melaporkan seolah saya panik lari dan menamatkan sidang media tergesa – gesa sedangkan jika melihat video penuh sidang media tersebut perkara dilapor Malaysiakini jelas tidak berlaku.

Untuk pengetahuan pihak tuan, saya dan Azharuddin bukan sahaja telah membuat penafian terbuka ,  juga telah membuat laporan polis secara berasingan mengenai SD palsu tersebut. Namun laporan Malaysiakini yang menyatakan saya sangat jahat membayar Azharuddin untuk menipu itu sangat memberi kesan. Saya didesak keluarga dan teman – teman untuk membuat laporan SKMM dan membuat tuntutan undang – undang namun perbincangan panjang saya dan SAMM membawa kepada ingatan panjang kami dan jasa Malaysiakini dalam susah payah perjuangan ini.

Saya dengan ini memohon pertimbangan Malaysiakini untuk dalam tempoh 48 jam agar dapat :
·         Menarik semula posting berita yang dimaksudkan (menarik bermaksud memadam sepenuhnya)
·         Menulis posting berita baru dengan tajuk Malaysiakini “Ternyata SD kedua palsu : permohonan maaf kepada Azharuddin dan che’GuBard”

Permohonan ini rasanya sangat tidak melampau dengan mengambil kira kesan laporan dengan tajuk dan berita awal yang disifatkan jahat dan tidak bertanggungjawab.Saya dalam pertimbangan cadangan untuk laporan SKMM dan tindakan undang – undang, saya sangat berharap pihak Malaysiakini dapat membantu saya untuk tidak meneruskan pertimbangan tersebut.

Dikesempatan ini juga saya dan keluarga besar SAMM mengucapkan terima kasih atas sokongan pihak Malaysiakini selama ini dan amat berharap perkara ini dapat diselesaikan lantas dapat sama meneruskan hubungan yang sangat kami hargai.

Sekian dan terima kasih.


che’GuBard
Pengasas,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
http://chegubard.blogspot.com
chegubard@gmail.com

salinan kepada Peguam

Friday, June 17, 2016

Kenyataan Zahid Hamidi Mahu Memperbodohkan Rakyat

Kenyataan Media
17 Jun 2016

Kenyataan Zahid Hamidi Mahu Memperbodohkan Rakyat

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menafikan wang RM 12 juta yang dibayar bagi pembebasan empat rakyat Malaysia dari Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf pada April lalu adalah bukan wang tebusan tidak menjernihkan keadaan. Sebaliknya ia adalah satu kenyataan lucu yang hanya mahu memperbodohkan rakyat.

Jika Zahid menyatakan wang tersebut disalurkan kepada badan tertentu di Filipina yang membantu perjuangan direstui ajaran Islam yang tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas atau penjenayah, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Zahid untuk mendedahkan nama badan tersebut dan menunjukkan bukti transaksi penyaluran wang tersebut kepada akaun badan yang sah dan berdaftar di Filipina tersebut.

Zahid tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut. Jika mahu memberikan sumbangan kepada badan tertentu, mengapa Kerajaan tidak mencari jalan untuk mengumpulkan dana untuk tujuan sumbangan tersebut? Malahan Zahid juga boleh menjualkan koleksi kereta peribadinya bagi mencukupkan jumlah RM 12 juta yang ingin diberikan kepada badan tersebut.

Paling tidak pun, Kerajaan sepatutnya menggunakan sedikit derma yang diberikan oleh Kerabat DiRaja Saudi untuk tujuan ini. Sebaliknya keluarga mangsa terpaksa berhempas pulas mengutip derma sehingga sejauh negara China dan terpaksa menjual rumah untuk mengumpul wang RM 12 juta seperti yang dipinta.

SAMM berpandangan Zahid tidak perlu mengeluarkan apa-apa komen yang langsung tidak menambah baik keadaan. Setiap komen-komen yang lucu sebegini hanyalah satu cubaan untuk memperbodohkan rakyat semata-mata. Tidak perlu ditambah persepsi dan inspirasi kepada pihak pengganas untuk menerobos sempadan negara dan menculik mana-mana rakyat lagi nanti.

Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri sepatutnya memberikan tumpuan sepenuhnya bagi menghentikan sepenuhnya kegiatan penculikan di perairan Sabah. Insiden demi insiden penculikan yang berlaku hanyalah semakin menyerlah kegagalan Kerajaan Persekutuan dalam menjaga keselamatan sempadan negara. Zahid dan Hishamuddin adalah dua Menteri yang gagal dalam perkara ini.

Sekian,
Che'GuBard, SAMM

kenyataan lanjut di http://chegubard.blogspot.com

Thursday, June 16, 2016

Pembebasan Tebusan Abu Sayyaf : KPN Bohong Dan Perlu Minta Maaf

Kenyataan Umum

16 Jun 2016

Pembebasan Tebusan Abu Sayyaf : KPN Bohong Dan Perlu Minta Maaf

Susulan pembebasan empat rakyat Malaysia yang dikatakan diculik Abu Sayyaf,, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melahirkan kesyukuran kerana keempat-empat mangsa dapat kembali ke pangkuan keluarga semula. Namun begitu, SAMM kesal dengan sikap Ketua Polis Negara (KPN) yang memilih untuk berbohong dalam isu ini.
KPN seperti dipetik oleh beberapa media menyatakan tiada sebarang pampasan dibayar untuk membebaskan keempat-empat mangsa tersebut yang ditahan semenjak bulan April lalu. Sebaliknya KPN memilih untuk menggunakan alasan penggantungan dagangan barangan sebagai alasan pembebasan tersebut. Menurut The Star Online pula, mengatakan empat tebusan itu dibebaskan berikutan beberapa siri rundingan antara Malaysia, Filipina dan kumpulan militan terbabit.

Namun cerita sebenarnya yang diakui oleh mangsa dan keluarga adalah wang tebusan bernilai RM 12 juta iaitu RM 9 juta didermakan oleh penderma secara individu, RM 1 juta daripada gadai janji dua rumah keluarga di Pulau Li Hua dan RM 2 juta dari syarikat perkapalan tempat kesemua tebusan berkhidmat telah dibayar kepada pihak pengganas tersebut. Pihak keluarga telah menyerahkan kira-kira 12 keping cek Bank Hong Leong yang setiapnya bernilai RM 1 juta yang disimpan di dalam beg ke Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Sandakan antara pukul 4 petang dan 6 petang pada 24 Mei lalu.

Persoalannya adalah mengapa KPN perlu membuat satu kenyataan media palsu? Memahami pihak berkuasa dan Kerajaan tidak akan mengakui sebarang bentuk bayaran pampasan atas alasan keselamatan, KPN sepatutnya memilih untuk tidak memberikan sebarang komentar. Bukannya berbohong.

KPN memberikan kenyataan bukan bersifat peribadi tetapi memberikan kenyataan berlandaskan kedudukannya sebagai Ketua Polis Negara. Kenyataan itu adalah satu kenyataan yang mewakili pihak berkuasa keselamatan Malaysia. Apabila memberikan satu kenyataan yang mengelirukan dan berbohong, ia akan menghakis kredibiliti dan integriti bukan sahaja KPN sebagai individu sebaliknya jawatan Ketua Polis Negara dan seluruh pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

SAMM kesal dengan cara KPN mengendalikan sidang media dalam kes ini. SAMM mendesak KPN untuk menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf atas kekeliruan yang telah berlaku. Kenyataan KPN tersebut telah menyebabkan pihak keluarga menghadapi tekanan daripada penderma-penderma terbabit sehingga menyebabkan pihak keluarga terpaksa mendedahkan bagaimana proses pembebasan dan pembayaran wang tebusan dilakukan kepada pihak media.

Sinar Harian mencatatkan dalam laporannya bahawa semenjak tahun 2000, lebih kurang 10 kes penculikan dilaporkan berlaku di sekitar kawasan perairan Sabah. Tidak pernah lagi sebelum ini mana-mana pihak mendedahkan bayaran wang tebusan. Walaupun hal pembayaran wang tebusan ini bukanlah rahsia kepada orang ramai, tetapi sama ada pihak berkuasa mahupun pihak keluarga mangsa tidak pernah membuat pengakuan secara terbuka kepada umum.

Ekoran daripada kelemahan dan kesilapan besar KPN yang membuat kenyataan media sehingga menimbulkan kekeliruan di antara pihak keluarga dan para penderma, butiran bayaran wang tebusan itu akhirnya telah bocor kepada pihak media. Ini pastinya akan memberikan gambaran negatif kepada pihak berkuasa dan Kerajaan sendiri.

Lebih dibimbangi, laporan berita pembayaran wang tebusan daripada negara kita ini akan memberikan lebih inspirasi kepada mana-mana pihak pengganas terutama yang berada di Selatan Filipina untuk melipatgandakan usaha menembusi sempadan perairan negara dan menculik rakyat tempatan atau pelancong asing di Sabah.
SAMM sentiasa mengambil perhatian serius mengenai aspek keselamatan negara terutamanya di perairan Sabah yang kelihatan begitu rapuh pertahanannya. Sewaktu tragedi Lahad Datu, SAMM telah menghantar delegasi bertemu dengan anggota pihak berkuasa keselamatan bagi menyampaikan memo sokongan pada tahun 2013.
SAMM berpandangan bahawa keadaan kerapuhan pertahanan kawalan sempadan di Sabah adalah berpunca daripada dosa Mahathir Mohamad yang telah menjual kad pengenalan warganegara kepada Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah. Pengkhianatan Mahathir Mohamad dan gerombolannya itulah menjadi punca kita menghadapi pelbagai insiden penculikan dan serangan pengganas Sulu yang telah mengorbankan nyawa anggota keselamatan kita.

SAMM secara serius mendesak Ketua Polis Negara menarik kenyataannya dan meminta maaf kerana menipu di media. Persoalan lebih besar berapa ratus juta sudah Malaysia menyumbang kepada ‘pengganas’ dikawasan tersebut melalui pembayaran tebusan sebelum ini ?

Sekian,

che’GuBard, SAMM

Pautan Rujukan Sumber Berita

1. Mediacorp Singapura - Polis M'sia : Tiada wang pampasan dibayar bagi bebaskan 4 tebusan Abu Sayyaf http://berita.mediacorp.sg/mobilem/world/polis-m-sia-tiada-wang/2858062.html
2. Free Malaysia Today - Mangsa Culik Abu Sayyah Sahkan Wang Tebusan Dibayar http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/06/15/mangsa-culik-abu-sayyaf-sahkan-wang-tebusan-dibayar/
4. Harian Metro - RM 12 Juta Tebus Nyata http://www.hmetro.com.my/node/145291

Istihar sokong BN oleh orang yang kecewa

Kenyataan umum
15 Jun 2016
Istihar sokong BN oleh orang yang kecewa
1. SAMM Selangor tidak pelik dengan perkembangan mengenai satu sidang media yang diadakan oleh sekumpulan yang kononnya ahli Amanah menyatakan sokongan kepada calon BN.
2. Mereka ini sebenarnya ialah bekas anggota PKR yang kecewa malah ada antara mereka sudahpun berpindah ke beberapa parti sebelum ini kerana kecewa tidak mendapat tempat.
3. Yahya Arbi yang hadir dalam sidang media tersebut ialah bekas anggota PKR yang terlibat selaku "pegawai Jawatakuasa pemilihan parti 2014" yang penuh dengan penipuan yang mana beratus laporan penyelewengan telah dibakul-sampahkan. Malah laporan di kawasan dia bertugas terlibat penipuan juga banyak. Selepas pemilihan kononya dia kecewa kerana tidak mendapat habuan seperti dijanjikan telah masuk Amanah dan menjadi pengerusi penaja di Sungai Besar. Kemudian sekali lagi kecewa bila tidak mendapat tempat dalam Mesyuarat Agong Pemilihan yang pertama. Dia hanya berjaya menjadi pemeriksa kira - kira kawasan Sg Besar.
4. Begitu juga watak Sapigni Tulus yang menjadi jurucakap sidang media tersebut. Bukan pelik, Sapigni pernah terlibat menubuhkan sebuah NGO menjelang PRU ke 13 dan semasa kempen saat akhir NGO ini mengistiharkan diri menyokong BN dan angka 30 lebih itupun mereka hanya sebut yang mana jumlah sebenarnya mereka hanya ada seperti yang muncul di tv itu sahaja. Saya sangat kenal mereka ini kerana mereka sempat bergerak dalam PKR sungai besar yang mana saya antara pengasasnya.
5. Mood kempen bertambah baik, Amanah juga diterima baik. Memang banyak kekurangan khususnya berdepan dengan Umno yang punya kekuatan kerajaan pusat dan Pas yang punya exco, ahli majlis termasuk ketua-ketua kampung di bawah Kerajaan Selangor. Keadaan sebenarnya makin keliru apabila kehadiran MB Selangor dengan membawa sekali calon pas ke dalam kempen Amanah semalam cukup mengganggu mood kempen.
6. Kerana panik perkembangan Amanah mula diterima baik maka agen-agen perosak telah menggunakan taktik terdesak seperti kononnya ada ahli Amanah sokong calon BN dan kami juga menganggap usaha MB menjemput calon pas dalam program Amanah semalam ialah kerja sabotaj. Dalam ucapan calon pas semalam terang dikatakan dia hadir atas jemputan MB, malah MB secara sengaja memberitahu orang ramai dia sokong amanah namun doa calon Pas berjaya.
Inilah gambaran PRU akan datang jika semua masih tidak tegas membetulkan keadaan.
SAMM sejak dari sebelum penamaan sudah memulakan gerak kerja. Jentera kecil kami tanpa henti mendekati pengundi dalam perbagai cara. SAMM juga bekerja rapat dengan NGO tempatan seperti Per3 Sungai Besar dan lain lain dalam usaha mencari kemenangan bagi Amanah dan Pakatan Harapan. SAMM Sg Besar yang merupakan base utama SAMM Selangor sendiri punya jaringan aktivis pengundi parlimen Sg Besar yang cukup besar.
Sekian
Azhar Achil
Penyelaras SAMM Selangor
Solidariti Anak Muda Malaysia
100 bunting kempen sumbangan SAMM digantung sekitar Sg.Besar

edaran bubur lambuk di setiapBaazar Ramadhan


aktiviti SAMM turut disertai Per3 Sg.Besar




50 banner kempen digantung sekitar Sg.Besar
Majlis buka puasa tertutup Pemuda Amanah, SAMM dan Per3 Sg.Besar
bersama Calon AMANAH PRK Sg.Besar








SAMM Seru Anak Perantau Sungai Besar dan Kuala Kangar, Balik Mengundi

Kenyataan Umum
16 Jun 2016
SAMM Seru Anak Perantau Sungai Besar dan Kuala Kangar, Balik Mengundi
Dua hari lagi adalah hari pembuangan undi bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru kepada semua anak perantau pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang tinggal diluar kawasan Parlimen tersebut agar pulang bagi membuang undi. Faktor pengundi yang tinggal diluar kawasan terutama sekali anak muda adalah faktor penting penentu kemenangan calon pada PRK kali ini.
SAMM tanpa berselindung menyokong penuh calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan dalam pertandingan kali ini. Ini adalah PRK terakhir sebelum PRU 14 diadakan kerana sudah memasuki fasa matang dan Parlimen sudah boleh dibubarkan.
Sabtu lepas, SAMM berkesempatan turun sendiri ke Sungai Besar untuk membantu jentera Pakatan Harapan. Kehadiran SAMM dengan kekuatan beberapa komrad SAMM Kebangsaan sambil di bantu kekuatan SAMM Sungai Besar. SAMM sempat meninggalkan beberapa bahan kempen kepada jentera pilihanraya Pakatan Harapan. Antara bahan kempen yang ditinggalkan Booklet Skandal Rasuah Balak Kerajaan Negeri Kelantan, Risalah kisah Politik Najib dan beberapa lagi bahan kempen terbitan SAMM.
Walaupun PRK ini tidak mampu merubah kerajaan pemerintah sedia ada sama ada siapa menang atau kalah. Namun ia amat penting bagi Pakatan Harapan yang buat pertama kali menyertai Pilihanraya. Jika Pakatan Harapan menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ia akan mencipta momentum baru yang membuktikan tidak mustahil menang 3 penjuru menentang BN dan sekutunya PAS. Seterusnya, mampu menjadi pemangkin kemenangan PRU14 yang juga dijangka bakal bertembung 3 penjuru antara PH - BN dan PAS.
SAMM turut menberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia agar memastikan PRK kali ini berjalan dengan lancar dan bersih tanpa ada unsur penipuan pilihanraya.
Kepada pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pilihlah wakil rakyat anda yang betul dan wakil rakyat yang mampu bawa suara anda ke Parlimen. Akhir sekali SAMM mengucapkan selamat memilih.
Sekian,
Faisal Zainal
Penyelaras Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)

Monday, June 13, 2016

SAMM lancarkan e Booklet 'Bukti Skandal Balak kelantan siri 1"


Kenyataan umum

13 Jun 2016

E - BOOKLET BUKTI SKANDAL BALAK KELANTAN

1. Pada 27 Oktober 2015, SAMM telah mengiringi sekumpulan anak muda Kelantan yang diketuai oleh Mohd Afiq Bin Ayob untuk membuat laporan dan menyerahkan sejumlah dokumen berkaitan bukti berkaitan skandal Balak Kelantan. Bukti - bukti tersebut antaranya mengaitkan juga peranan seorang ADUN Kerajaan Kelantan dalam kegiatan korupsi melibatkan balak di negeri itu.

2. Dokumen yang diserahkan dan bantuan yang kami beri bukan sahaja mewajibkan SPRM membuka kertas siasatan malah turut seharusnya sudah melengkapkan dan pendakwaan boleh dilakukan pun. Menurut maklumat yang kami perolehi SPRM sudahpun menyita beberapa fail termasuk kenderaan yang dinyatakan dalam antara dokumen bukti tersebut. SPRM juga dikatakan telah 'mengambil' ADUN tersebut untuk siasatan dan rakaman percakapan. Namun sehingga kini SPRM terus bisu tidak seperti ketika agensi regim mendepani kes - kes kaitan pemimpin pembangkang kebiasaannya. Contohnya kes konon melibatkan banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, dimana media digunakan secukupnya, SPRM kelihatan tergesa gesa menyiapkan kertas siasatan untuk dihantar ke Peguam Negara bagi pendakwaan namun ia kelihatan lucu kertas siasatan tersebut terpaksa dihantar semula ke SPRM kerana tidak lengkap. Ini sangat berbeza dengan kes skandal balak Kelantan ini.

3. Kecewa  terhadap SPRM yang sehingga kini kelihatan tidak bergerak. Mengajak untuk mengimbas laporan SPRM kononya Almarhum Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz menerima rasuah pakej haji. Hanya beberapa jam selepas laporan dibuat, SPRM mengumumkan wujud asas aduan dan SPRM telah membuka kertas siasatan rasmi. Malah Pemuda Umno terlibat membuat demonstrasi menghantar memorandum kepada SPRM.

Satu lagi kes, apabila laporan kononya Tan Sri Khalid Ibrahim melakukan ‘pecah amanah’ atau rasuah berkaitan agihan 46 lembu korban yang diagihkan di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Hanya dengan antara bukti selemah gambar agihan lembu yang mempunyai imej sebuah syarikat kaitan kerajaan negeri maka SPRM telah mengeluarkan kenyataan siasatan dijalankan dan hasil siasatan diserahkan kepada Peguam Negara.

Malangnya dalam kes yang punya bukti sekukuh yang dilampirkan, SPRM kelihatan langsung tidak bertindak malah membisu. Tiada kenyataan dibuat. Yang ada cuma pengadu disiasat berjam – jam berkenaan laporan yang dibuat, ini tak ubah seperti membuat laporan korupsi kaitan pemimpin Bn.

4. Pada awal April 2016 SAMM telah menerbitkan Booklet Skandal Balak Kelantan, 25,000 naskah dicetak kini cuma tinggal sekitar 5,000 sahaja dalam simpanan. Namun ia masih belum menyeluruh. Booklet ini perlu dimiliki semua untuk melihat betapa PAS itu sudah berkawan dengan Umno. Sejak tersebar booklet ini turut dipos ke beberapa pemimpin PAS namun tidak ada langsung penafian dilakukan. Tidakkah kita berasa pelik bagaimana kes sejelas ini didiamkan seperti kes kaitan pemimpin Umno.

5. Sempena PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar ini SAMM dengan ini menerbitkan E - Booklet "Bukti Skandal Balak' untuk disebarkan. ia boleh dicapai di http://anakmudamalaysia.com/e-booklet/ atau terus ke https://drive.google.com/open?id=0Bw6GhtwgNjcGblVNR24yQkFmbWM

di bawah ini beberapa 'keratan' dokumen yang masih dalam simpanan juga untuk dijawab oleh pemimpin PAS berkaitan.

antara ratusan dokumen yang masih dalam simpanan kami

dokumen dari syarikat balak beli durian untuk pegawai kerajaan di Kelantan ? 
Kerajaan Negeri tidak boleh menafikan tidak kenal tauke balak yang bergerak atas beberapa syarikat yang terlibat membelikan toyota Fortuner, lembu qorban untuk ADUN dan beli bahan untuk ubahsuai rumahdipercayai rumah ADUN Kelantan. Watak tauke sama terlibat memberikan sumbangan kepada kerajaan negeri. Jika salah mohon MB nafi... 
derma ke sekolah pondok untuk kurangkan pembayaran premium ? Adakah ini benar dan apa keputusannya ? Derma diterima? Premium dikurangkan ?
Maka kita mohon semua pihak dapat menyebar luaskan E Booklet yang SAMM terbitkan ini khususnya kepada pengundi Sg. Besar dan Kuala Kangsar. E - Booklet ini boleh dimuat turun secara percuma dan untuk membantu aktiviti SAMM boleh terus salurkan ke akaun Maybank "Solidariti Anak Muda" no. akaun : 555041113224

Buat pengundi Sg. Besar dan Kuala Kangsar yakinlah pilih Pas sama seperti memilih Umno/Bn.


che'Gubard, SAMM

untuk dapatkan versi cetak sila klik http://chegubard.blogspot.my/2015/12/adakah-laporan-rasuah-saya-ke-atas.html

Friday, June 10, 2016

11 Jun, bersama SAMM di PRK Sg. Besar

Program Edaran Bubur Lambok & risalah penerangan Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia-SAMM Selangor Dan Per3 Selangor berserta Calon Amanah Ustaz Azhar*
Di : Bazar Ramadhan Sungai Besar
Jam. : Jam 5.00 petang
Tarikh : 11/6/2016
Program Iftar Anak Muda Bersama Calon Amanah Ustaz Azhar*
Tempat :Restoren Ayam Kampung Tali Air 8, Sungai Leman, Sekinchan.
Jam : 6.45 petang
Tarikh. : 11.6.2016
Di jemput beramai-ramai..
**10,000 booklet penerangan kes Anwar Ibrahim terbitan SAMM akan diedarkan.
** juga turut akan dilancarkan ialah booklet bukti skandal balak Kelantan... Pas = Umno