Kenyataan Media Skuad keADILan P.Pinang
23 Jun 2016
Hari ini kami Skuad Keadilan P.Pinang membuat laporan Polis ekoran pendedahan baru – baru ini berkenaan pemalsuan tandatangan / akuan sokongan Deklarasi Mahathir. Perkara ini menjadi lebih serius apabila tertekan dengan pendedahan tersebut , Mahathir dan pihak seketeriat deklarasi Mahathir sndiri akhirnya mengakui memang wujud tandatangan / akuan sokongan palsu sehingga 300,000.
Ini amat memalukan, bagaimana mereka hendak menyelamatkan negara sedangkan baru nak kumpul tandatangan sokongan sudah menipu. Sebenarnya ini tidak pelik kerana Mahathir yang sememangnya terkenal sebagai pengikut machavelli dimana demi matlamat peribadinya dia sanggup menghalalkan apa jua cara. Ini yang kita semua kena perlu sedar dan jangan tertipu.
Hari ini genap 500 hari Anwar dipenjara dalam Malaysia sedang berdepan dengan perbagai masalah. Semalam baru didedahkan melalui surat terbarunya kepada Najib menjelaskan tahap kesihatan Anwar begituteruk. Ya Anwar dibawa kehospital tetapi hanya untuk memenuhi syarat dan menunjukkan seolah dia diberi hak rawatan. Contohnya Isnin lepas Anwar dihantar ke penjara dari HKL dalam keadaan tekanan darah tidak stabil dan bacaan amat tinggi. Penghantaran tergesa gesa Anwar ke penjara selepas hanya 3 – 4 hari di hospital walaupun keadaan anwar masih sakit ialah menifestasi ketakutan berterusan dan kezaliman tanpa henti pada sosok anwar.
Bagi kami, kami tidak pernah berganjak Anwar terpenjara kerana melawan, sejak 1998 lagi pemecatan Anwar kerana menhalang rompakan oleh Mahathir dan kroninya. Begitu juga kini , pembebasan Anwar tanggungjawab kita semua. Semangat juang Anwar yang konsisten tetap kuat dijiwa kami semua. Kita sudah ada deklarasi permatang pauh sejak 1998 kita tidak perlu deklarasi baru oleh mereka yang penuh dengan kepuraan.
Mohd Edy Bin Jab
Ketua Skuad keADILAN P.Pinang
|
Asrol, Ketua AMK P.Pinang (dalam gambar) turut hadir |
** sebelum ini PKR Wilayah Persekutuan dan PKR Johor telah membuat pendirian jelas teguh bersama Ketua Umum dan Presiden PKR menolak Mahathir
No comments:
Post a Comment