Kenyataan Umum
16 Jun 2016
16 Jun 2016
Pembebasan Tebusan Abu Sayyaf : KPN Bohong Dan Perlu Minta Maaf
Susulan pembebasan empat rakyat Malaysia yang dikatakan diculik
Abu Sayyaf,, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melahirkan kesyukuran kerana
keempat-empat mangsa dapat kembali ke pangkuan keluarga semula. Namun begitu,
SAMM kesal dengan sikap Ketua Polis Negara (KPN) yang memilih untuk berbohong
dalam isu ini.
KPN seperti dipetik oleh beberapa media menyatakan tiada
sebarang pampasan dibayar untuk membebaskan keempat-empat mangsa tersebut yang
ditahan semenjak bulan April lalu. Sebaliknya KPN memilih untuk menggunakan
alasan penggantungan dagangan barangan sebagai alasan pembebasan tersebut.
Menurut The Star Online pula, mengatakan empat tebusan itu dibebaskan berikutan
beberapa siri rundingan antara Malaysia, Filipina dan kumpulan militan
terbabit.
Namun cerita sebenarnya yang diakui oleh mangsa dan keluarga
adalah wang tebusan bernilai RM 12 juta iaitu RM 9 juta didermakan oleh
penderma secara individu, RM 1 juta daripada gadai janji dua rumah keluarga di
Pulau Li Hua dan RM 2 juta dari syarikat perkapalan tempat kesemua tebusan
berkhidmat telah dibayar kepada pihak pengganas tersebut. Pihak keluarga telah
menyerahkan kira-kira 12 keping cek Bank Hong Leong yang setiapnya bernilai RM
1 juta yang disimpan di dalam beg ke Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
di Sandakan antara pukul 4 petang dan 6 petang pada 24 Mei lalu.
Persoalannya adalah mengapa KPN perlu membuat satu kenyataan
media palsu? Memahami pihak berkuasa dan Kerajaan tidak akan mengakui sebarang
bentuk bayaran pampasan atas alasan keselamatan, KPN sepatutnya memilih untuk
tidak memberikan sebarang komentar. Bukannya berbohong.
KPN memberikan kenyataan bukan bersifat peribadi tetapi
memberikan kenyataan berlandaskan kedudukannya sebagai Ketua Polis Negara.
Kenyataan itu adalah satu kenyataan yang mewakili pihak berkuasa keselamatan
Malaysia. Apabila memberikan satu kenyataan yang mengelirukan dan berbohong, ia
akan menghakis kredibiliti dan integriti bukan sahaja KPN sebagai individu
sebaliknya jawatan Ketua Polis Negara dan seluruh pasukan Polis DiRaja Malaysia
(PDRM).
SAMM kesal dengan cara KPN mengendalikan sidang media dalam kes
ini. SAMM mendesak KPN untuk menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf
atas kekeliruan yang telah berlaku. Kenyataan KPN tersebut telah menyebabkan
pihak keluarga menghadapi tekanan daripada penderma-penderma terbabit sehingga
menyebabkan pihak keluarga terpaksa mendedahkan bagaimana proses pembebasan dan
pembayaran wang tebusan dilakukan kepada pihak media.
Sinar Harian mencatatkan dalam laporannya bahawa semenjak tahun
2000, lebih kurang 10 kes penculikan dilaporkan berlaku di sekitar kawasan
perairan Sabah. Tidak pernah lagi sebelum ini mana-mana pihak mendedahkan
bayaran wang tebusan. Walaupun hal pembayaran wang tebusan ini bukanlah rahsia
kepada orang ramai, tetapi sama ada pihak berkuasa mahupun pihak keluarga
mangsa tidak pernah membuat pengakuan secara terbuka kepada umum.
Ekoran daripada kelemahan dan kesilapan besar KPN yang membuat
kenyataan media sehingga menimbulkan kekeliruan di antara pihak keluarga dan
para penderma, butiran bayaran wang tebusan itu akhirnya telah bocor kepada
pihak media. Ini pastinya akan memberikan gambaran negatif kepada pihak berkuasa
dan Kerajaan sendiri.
Lebih dibimbangi, laporan berita pembayaran wang tebusan
daripada negara kita ini akan memberikan lebih inspirasi kepada mana-mana pihak
pengganas terutama yang berada di Selatan Filipina untuk melipatgandakan usaha
menembusi sempadan perairan negara dan menculik rakyat tempatan atau pelancong
asing di Sabah.
SAMM sentiasa mengambil perhatian serius mengenai aspek
keselamatan negara terutamanya di perairan Sabah yang kelihatan begitu rapuh
pertahanannya. Sewaktu tragedi Lahad Datu, SAMM telah menghantar delegasi
bertemu dengan anggota pihak berkuasa keselamatan bagi menyampaikan memo
sokongan pada tahun 2013.
SAMM berpandangan bahawa keadaan kerapuhan pertahanan kawalan
sempadan di Sabah adalah berpunca daripada dosa Mahathir Mohamad yang telah
menjual kad pengenalan warganegara kepada Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah.
Pengkhianatan Mahathir Mohamad dan gerombolannya itulah menjadi punca kita
menghadapi pelbagai insiden penculikan dan serangan pengganas Sulu yang telah
mengorbankan nyawa anggota keselamatan kita.
SAMM secara serius mendesak Ketua Polis Negara menarik kenyataannya dan meminta maaf kerana menipu di media. Persoalan lebih besar berapa ratus juta sudah Malaysia menyumbang kepada ‘pengganas’ dikawasan tersebut melalui pembayaran tebusan sebelum ini ?
SAMM secara serius mendesak Ketua Polis Negara menarik kenyataannya dan meminta maaf kerana menipu di media. Persoalan lebih besar berapa ratus juta sudah Malaysia menyumbang kepada ‘pengganas’ dikawasan tersebut melalui pembayaran tebusan sebelum ini ?
Sekian,
che’GuBard, SAMM
Pautan Rujukan Sumber Berita
1. Mediacorp Singapura - Polis M'sia : Tiada wang pampasan dibayar bagi bebaskan 4 tebusan Abu Sayyaf http://berita.mediacorp.sg/ mobilem/world/polis-m-sia- tiada-wang/2858062.html
1. Mediacorp Singapura - Polis M'sia : Tiada wang pampasan dibayar bagi bebaskan 4 tebusan Abu Sayyaf http://berita.mediacorp.sg/
2. Free Malaysia Today - Mangsa Culik Abu Sayyah Sahkan Wang
Tebusan Dibayar http://www.freemalaysiatoday. com/category/bahasa/2016/06/ 15/mangsa-culik-abu-sayyaf- sahkan-wang-tebusan-dibayar/
3. Mstar - RM12 Juta Wang Derma Tebusan http://www.mstar.com.my/ berita/berita-semasa/2016/06/ 15/rm12-juta-wang-derma- tebusan/
4. Harian Metro - RM 12 Juta Tebus Nyata http://www.hmetro.com.my/node/ 145291
5. Sinar Harian - Wang tebusan: Keluarga mangsa culik tertekan http://www.sinarharian.com.my/ mobile/nasional/wang-tebusan- keluarga-mangsa-culik- tertekan-1.531098
No comments:
Post a Comment