Thursday, May 31, 2012

Kemunculan Ketua Pemuda Murut dalam Jelajah Merdeka Rakyat Peringkat P.Pinang


Kenyataan Rasmi
31 Mei 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT SIRI KE-5 : GILIRAN P.PINANG 2hb JUN 2012

Jelajah Merdeka Rakyat telah memasuki siri ke-5 dengan memilih Permatang Pauh sebagai gelanggang pidato perdana. Melihat kepada 4 siri jelajah sebelum ini, setiap siri menampilkan pelbagai kejutan dan keistimewaan tersendiri. Apa yang pasti secara keseluruhannya program Merdeka Rakyat mendapat sambutan hangat luar biasa bagaikan hari keramaian untuk rakyat setempat berhimpun menyatakan sokongan untuk sebuah kemerdekaan yang baru - kemerdekaan rakyat.

Dari sudut penyampaian dan pengisian, bantuan teknologi alat pandang dengar digunakan secara maksima bagi menampilkan bukti bergambar mahupun video dokumen atau peristiwa bagi membuktikan apa yang diperkatakan menjadi identiti program ini selain penampilan pentas yang cukup berbeza. Tayangan Video BERSIH menjadi sajian wajib pemulaan yang mengumpulkan rakaman amatur yang mampu memberikan kesedaran apa yang sebenarnya berlaku. 
 
Bermula di Gombak kemudian ke stadium 3K Kelana Jaya masing-masing dengan kehadiran yang membanggakan, Datuk Seri Anwar tampil bersama pimpinan utama Pakatan Rakyat dengan imej mengkagumkan. Kemudian di Tg Piandang pula menyaksikan satu himpunan rakyat yang luar biasa ramainya. Memandang Tg Piandang sebagai kawasan terpencil, kehadiran hampir 10 ribu menceritakan kebangkitan Perak utara condong kepada Pakatan Rakyat tidak mampu dihadang. 
 
Jelajah Merdeka Rakyat seterusnya menjengah Johor di Pasir Gudang. Suatu ketika dahulu ceramah ditempat yang sama kehadirannya tidak pernah mencecah angka 100. Adalah menjadi cabaran besar buat Seketariat Jelajah Merdeka Rakyat (SJMR) untuk memastikan sambutannya menyamai benchmark di Tg Piandang seminggu sebelumnya. Tetapi semangat reformasi itu berada di mana-mana waima kubu kuat Umno sekalipun berkecai tidak sekuat mana lagi. Akhirnya matlamat tercapai di Pasir Gudang apabila hampir 10 ribu membanjiri Dataran di Jalan Betik 1. 

Jelajah Merdeka Rakyat di Johor juga disaksikan secara langsung dari seluruh dunia melalui saluran internet dengan unique viewer mencecah angka 7 ribu. Menggunakan teknologi Ustream di channel Merdeka Rakyat, pasukan SJMR mengenalpasti kebanyakkan pengunjung adalah dari luar negara yang kita sedia maklum mempunyai maklumat yang terhad. Maka peluang untuk menyaksikan secara 'live' ini tidak dilepaskan dan turut berharap agar siaran langsung akan diteruskan dalam siri Merdeka Rakyat akan datang.
 
Siaran langsung (LIVE) siri Merdeka Rakyat di pautan berikut;
 
 
Oleh demikian, di atas permintaan ramai, pasukan SJMR bersedia untuk membawakan siaran langung dalam siri jelajah Merdeka Rakyat seterusnya iaitu di Pulau Pinang. Kali ini, pasukan SJMR mengambil peluang untuk menampilkan siaran berbentuk HD yang akan menghasilkan siaran lebih berkualiti berbanding kejayaan siaran sebelum ini di Pasir Gudang. Sumbangan pelbagai pihak dan individu juga sangat dialu-alukan bagi menjamin kelangsungan pada siri-siri akan datang khususnya siri Merdeka Rakyat. 
 
Selepas kejayaan bermakna di Johor, destinasi seterusnya Jelajah Merdeka Rakyat adalah seperti berikut : 
 
Pelancaran MERDEKA RAKYAT
peringkat P.Pinang

Tarikh & Masa: 2 Jun 2012, 8.45malam,
Lokasi: 
Padang Awam, Taman Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh. 
(pertanyaan 012-4775588 Zulkifli Ibrahim)

Semua diminta sama membantu hebahan ini dan hadir beramai - ramai bagi bersama membangkitkan dan membawa gelombang MERDEKA RAKYAT ke utara semenanjung Malaysia bermula dengan Pulau Pinang. Suatu yang agak berbeza dalam isri jelajah kali ini ialah kemunculan Sdr. Raymond Ahuar, Ketua Pemuda Persatuan Murut Sabah yang baru sahaja mengistiharkan diri keluar Umno untuk bersama dengan Pakatan Rakyat melalui permohonan menjadi ahli PKR. Ketua Pemuda persatuan yang mewakili ratusan ribu kaum Murut ini akan tampil menerangkan apa rasionalnya tindakan beliau dan ini akan menjadi antara indikasi penting politik nasional kerana Sabah yang semala ini menjadi 'simpanan tetap Umno' sudah berubah wajah.

Menyentuh mengenai serangan keganasan mutaakhir ini yang dilakukan oleh samseng tajaan parti regim penguasa, seketeriat telah bersedia. Sesungguhnya tindakan ganas mereka ini melengkapkan lagi syarat kejatuhan sesebuah regim. Jelajah ini akan memfokuskan semula rakyat dalam isu pokok khususnya menjelang pilihanraya umum.

Sekian


che'GuBard

Seketeriat Jelajah Merdeka Rakyat

Tuesday, May 29, 2012

PENGANJUR CUAI CUBA MENYALAHKAN MANGSA, MENTERI HARUS LEBIH BERTANGGUNGJAWAB

Kenyataan Terbuka
28 Mei 2012

PENGANJUR CUAI CUBA MENYALAHKAN MANGSA, MENTERI HARUS LEBIH BERTANGGUNGJAWAB
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius kejadian yang hampir melibatkan kehilangan banyak nyawa dalam sebuah acara sukan permotoran anjuran Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya awal pagi semalam. 

Merujuk laporan Portal Malaysiakini, dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, 17 penonton cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta yang terlibat dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton yang berada di kawasan yang dibenarkan untuk menyaksikan sukan permotoran itu.

Kecelakaan tersebut sepatutnya boleh dielak namun oleh kerana penganjur tidak mengendahkan aspek keselamatan, malah penganjuran sukan berisiko tinggi seperti 'drag race ' itu tidak ubah seperti penganjuran sebuah perlumbaan drag haram.

Bagi SAMM, pihak penganjur utama Himpunan Sejuta Belia termasuk menterinya harus bertanggungjawab tanpa berdolak-dalik menyalahkan takdir dan pihak lain terutamanya penonton yang menjadi mangsa penganjuran yang tidak selamat. Seharusnya kecelakaan seperti ini boleh dielak jika ciri keselamatan diutamakan.

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan juga seolah-olah melepaskan batuk di tangga dengan menganggap kononnya kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain. Sebagai menteri bertanggungjawab, kenyataan Ahmad Shabery Cheek harus lebih bijak dan berhemah selain daripada 'menyalahkan tuhan'.

SAMM juga mengutuk taktik penganjur yang menghalang daripada berita ini tersebar dengan merampas kamera mangsa dan penonton yang mengambil gambar kejadian. Kejadian di Hospital Putrajaya lebih menyedihkan apabila pelawat dan waris mangsa disekat daripada masuk ke ruang menunggu kecemasan. Taktik kotor cubaan menutup berita ini walaubagaimanapun tidak berjaya.

Pagi ini, Wakil SAMM Selangor dan Wilayah turut mengiringi Nurul Izzah selaku Naib Presiden PKR yang hadir bersolidariti melawat mangsa kejadian. Menurut mangsa, kejadian semalam adalah merupakan hari malang buat belia negara apabila penganjur cuai cuba menyalahkan orang awam yang tidak bersalah.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Najib Makin panik, pendedahan terbaru libatkan di di Bangkok


Badan hak asasi manusia, Suaram, akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai samannya dalam kes Scorpene di Bangkok, Thailand esok, kerana peguamnya dari Perancis sehingga ini masih gagal mendapatkan kebenaran memasuki Malaysia.

Tidak pasti bila peguam Suaram dari Perancis, Joseph Breham akan diberi visa kerja untuk memasuki Malaysia, dan oleh itu, pemimpin NGO berkenaan memutuskan untuk menemuinya di Thailand.

NONEBrehem (kiri) dan pasukan Suaram yang diketuai pengarahnya Cynthia 
Gabriel dan peguamnya Fadiah Nadwa Fikri akan mengadakan sidang akhbar kemudiannya mengenai perkembangan baru dalam kes kapal selam Scorpene yang difailkan oleh badan hak asasi manusia di Paris.

Gabriel berkata ia akan diadakan di Kelab Wartawan Asing di Thailand untuk mendedahkan lagi butiran hasil siasatan awal pihak pendakwa serta perkembangan terbaru kes tersebut.

Breham sepatutnya melawat Malaysia minggu ini, tetapi permohonannya untuk mendapatkan visa kerja untuk memasuki negara, masih belum diluluskan pihak berkuasa Malaysia.
Berikutan itu beliau akan menemui pihak Suaran di Bangkok.

Friday, May 25, 2012

PIDATO PERDANA MERDEKA RAKYAT BOLEH DIIKUTI SECARA 'LIVE'

 Kenyataan Rasmi

25 Mei 2012

PIDATO PERDANA MERDEKA RAKYAT BOLEH DIIKUTI SECARA 'LIVE'

Tarikh 28 April sempena himpunan rakyat BERSIH 3.0 yang merupakan himpunan terbesar rakyat yang pernah berlaku dalam tanah air ini wajar di kenang sebagai himpunan MERDEKA RAKYAT.

Rakyat dari perbagai latar bangkit dengan berani menuntut hak warga. Ia satu gelombang kesedaran rakyat. Namun ia difitnah dgn perbagai tohmahan.

Maka jelajah MERDEKA RAKYAT telah diadakan bagi membawa semangat gelombang kesedaran hak warga ke seluruh pelusuk tanah air. Rakyat harus bangkit berani menuntut hak masing - masing. Bangkit dari ketakutan dan ugutan regim.

Bermula di Gombak kemudian ke stadium 3K Kelana Jaya. Datuk Seri Anwar tampil bersama pimpinan Pakatan Rakyat dengan imej yang berbeza. Bantuan teknologi alat pandang dengar digunakan secara maksima bagi menampilkan bukti bergambar mahupun video dokumen atau peristiwa bagi membuktikan apa yang diperkatakan menjadi identiti program ini selain penampilan pentas yang cukup berbeza.

Tayangan Video BERSIH menjadi sajian wajib pemulaan yang mengumpulkan rakaman amatur yang mampu memberikan kesedaran apa yang sebenarnya berlaku.

Terakhir 18 Mei lepas walaupun diberi masa 5hari untuk persiapan dan mobilisasi, program Jelajah MERDEKA RAKYAT telah menggemparkan pekan kecil utara Perak. Hampir 10ribu rakyat dari perbagai latar telah sama bersemangat menghadiri program ini di Pekan Tanjong Piandang, Parit Buntar.

Destinasi seterusnya ialah :
Pidato Perdana bersama DS Anwar Ibrahim & pimpinan PR
Pelancaran MERDEKA RAKYAT peringkat Johor

Tarikh & Masa: 25Mei, 8.45malam,
Lokasi: Jalan Betuk 1, Kota Masai (Depan Pejabat Keadilan Pasir Gudang)
(pertanyaan 0197080692) - sebar

Semua diminta sama membantu hebahan ini dan hadir beramai - ramai bagi bersama membangkitkan dan membawa gelombang MERDEKA RAKYAT ke negeri paling selatan ini.

Paling istimewa hari ini atas permintaan ramai maka program pidato perdana siri jelajah MERDEKA RAKYAT ini akan mula disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Pengguna internet boleh menggunakan pautan seperti dibawah :

link ringkas: 
http://ustre.am/KVHd


Mohon kerjasama semua menyebarkan pautan ini. Walaubagaimanapun ini kali pertama pasukan Seketeriat Merdeka Rakyat melakukan siaran langsung maka ia masih peringkat ujian. Komen dan cadangan untuk memperbaikinya amat dialukan.

Menyentuh mengenai serangan keganasan mutaakhir ini yang dilakukan oleh samseng tajaan parti regim penguasa, seketeriat telah bersedia. Sesungguhnya tindakan ganas mereka ini melengkapkan lagi syarat kejatuhan sesebuah regim. Jika program jelajah ini diserang maka keganasan serta tindakan tidak bertamadun mereka juga akan disiarkan ke seluruh dunia secara langsung.


Sekian
che'GuBard
Seketeriat MERDEKA RAKYAT

Thursday, May 24, 2012

Selepas kain Menteri Wanita 'terselak'...kini giliran Nong Chik pula ?

Belum reda skandal projek lembu kebangsaan yang diseleweng bekas Menteri Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil melibatkan RM250 juta wang rakyat, kali ini satu lagi pendedahan membabitkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Zainal Abidin.


Ironinya kedua-dua pimpinan Umno ini sinonim dengan Lembah Pantai.
Menurut blog anaksungaiderhaka, pada 24 Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd diberikan kontrak kerajaan berjumlah RM30,800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Syarikat itu dilaporkan dimiliki Nong Chik dan ini bukan satu-satunya projek yang dianugerahkan kerajaan kepada syarikat beliau.
Anak perempuan Nong Chik, Raja Farhana, 26, disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat.
Dilaporkan, beliau memiliki 399.999 daripada 400,000 unit saham. Bermakna, secara praktikal, beliau adalah pemilik tunggal syarikat dengan pengarah yang lain hanya memiliki satu saham.
Syarikat itu yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu semasa Raja Farhana masih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta dan liabiliti semasa kira-kira RM400,000 terhadap aset semasa, sumber dipetik.
Pendedahan lebih lengkap dengan lebih banyak dokumen sila lihat di sini.

Umno upah samseng RM20 untuk maki, serang ceramah Anwar


KUALA LUMPUR 25 Mei: Tindakan terdesak Umno Barisan Nasional (BN) yang sangggup mengupah anak-anak muda sebagai samseng membuktikan budaya memalukan itu akan berterusan selagi Umno memerintah.
“Dengan upah RM20 kepada samseng-samseng didikan Umno itu membuktikan mereka sanggup mempergunakan anak-anak muda demi politik kotor mereka,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di hadapan lebih 1,000 penyokong di perkarangan Flat Pantai Permai, Lembah Pantai malam tadi.
Provokasi yang sengaja dicetuskan Umno malam tadi bukan sahaja mengganggu penyokong tetapi turut mensasarkan Anwar kerana baru 30 minit beliau berucap, insiden baling objek mula berlaku.
Akibatnya, seorang warga emas dilempar batu menyebabkan kepalanya berdarah diusung penyokong lain dari tapak ceramah dan dibawa ke hospital dalam keadaan separa sedar.
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan sewaktu Anwar berucap.
Malah, ceramah Umno yang sengaja diadakan lebih kurang 20 meter daripada tapak ceramah KEADILAN itu juga antara usaha Umno mengganggu ucapan pemimpin Pakatan Rakyat.
“Apa yang dia boleh buat, dia ada wang. Dia boleh bayar RM20 untuk pemuda jadi seperti itu. (sambil menunjuk ke arah samseng Umno).
“Dia ugut, kalau dia ingat dia nak baling batu, baling telur, dia ingat nak bagi kita lari semua?” soal Anwar disambut jawapan tidak oleh penyokong.
Tambah Anwar, sepatutnya anak muda harus sedar mereka semua hanya diperalatkan Umno.
“Ingat, dia ambik RM200 juta, dia bayar anak muda RM20 sahaja, ini keadaan sekarang.
“Kalau nak jadi pemimpin negara, jadikan anak Cina, India juga seperti anak kamu. Ini anak Najib, anak dia, anak lain anak 1Malaysia. Maka jeritlah kamu dah dapat RM20,” kata beliau disambut sorokan gemuruh penyokong.
Sepanjang ceramah itu juga, Anwar sempat menenangkan penyokong daripada terjebak provokasi oleh samseng Umno.
“Saudara jangan lupa bahawa malam ini adalah saksi, ini cara Umno dan Pemudanya, tiada akhlak, sabar-sabar…,” katanya yang tidak takut dengan ancaman samseng upahan itu yang disifatkan seperti cicak mengkarung.
Seawal 8.00 malam lagi, pelbagai usaha provokasi dirancang Umno dengan mengupah samseng-samsengnya menyekat jalan dan mengibarkan kain rentang mengutuk Pakatan Rakyat dan Anwar.
Sekumpulan samseng kira-kira 30 orang itu memakai baju merah dengan mengibarkan bendera selain sengaja menjerit dan memaki hamun orang ramai yang mahu ke ceramah anjuran Parlimen Lembah Pantai itu.
Lebih daripada itu, kumpulan penceramah anjuran Umno tanpa segan silu memaki, mencarut dan memfitnah Anwar.
Antara panel jemputannya, Ummi Hafilda Ali yang sinonim dengan sikap jeliknya apabila menyampaikan ceramah dengan mengaitkan isu liwat, seks dan sebagainya. - keadilandaily

Wednesday, May 23, 2012

23, 24, 25 Mei - Merdeka Rakyat Johor !! Sebarkan!!

Pra 'Merdeka Rakyat' Negeri Johor pada 23 dan 24 Mei 2012, sebelum kemuncak Merdeka Rakyat Johor pada 25 Mei 2012;

Istimewa: Tayangan Video BERSIH 3.0 - "MERDEKA RAKYAT"

Dapatkan DVD 45minit dokumentari ringkas terbitan SAMM dengan harga rakyat...



MALAM KEMUNCAK MERDEKA RAKYAT 

Tarikh 28 April sempena himpunan rakyat BERSIH 3.0 yang merupakan himpunan terbesar rakyat yang pernah berlaku dalam tanah air ini wajar di kenang sebagai himpunan MERDEKA RAKYAT.

Rakyat dari perbagai latar bangkit dengan berani menuntut hak warga. Ia satu gelombang kesedaran rakyat. Namun ia difitnah dgn perbagai tohmahan.

Maka jelajah MERDEKA RAKYAT telah diadakan bagi membawa semangat gelombang kesedaran hak warga ke seluruh pelusuk tanah air. Rakyat harus bangkit berani menuntut hak masing - masing. Bangkit dari ketakutan dan ugutan regim.

Bermula di Gombak kemudian ke stadium 3K Kelana Jaya. Datuk Seri Anwar tampil bersama pimpinan Pakatan Rakyat dengan imej yang berbeza. Bantuan teknologi alat pandang dengar digunakan secara maksima bagi menampilkan bukti bergambar mahupun video dokumen atau peristiwa bagi membuktikan apa yang diperkatakan menjadi identiti program ini selain penampilan pentas yang cukup berbeza.

Tayangan Video BERSIH menjadi sajian wajib pemulaan yang mengumpulkan rakaman amatur yang mampu memberikan kesedaran apa yang sebenarnya berlaku.

Terakhir 18 Mei lepas walaupun diberi masa 5hari untuk persiapan dan mobilisasi, program Jelajah MERDEKA RAKYAT telah menggemparkan pekan kecil utara Perak. Hampir 10ribu rakyat dari perbagai latar telah sama bersemangat menghadiri program ini di Pekan Tanjong Piandang, Parit Buntar.

Destinasi seterusnya ialah :
Pidato Perdana bersama DS Anwar Ibrahim & pimpinan PR
Pelancaran MERDEKA RAKYAT peringkat Johor

Tarikh & Masa: 25Mei, 8.45malam,
Lokasi: Jalan Betik 1, Kota Masai (Depan Pejabat Keadilan Pasir Gudang)
(pertanyaan 0197080692) - sebar

Lokasi ini dipilih bagi sama mengangkat isu rakyat khususnya yang berkaitan projek pembangunan terbaru yang jelas tidak mendengar suara rakyat.

Semua diminta sama membantu hebahan ini dan hadir beramai - ramai bagi bersama membangkitkan dan membawa gelombang MERDEKA RAKYAT ke negeri paling selatan ini.

Sekian


Seketeriat Jelajah Merdeka Rakyat

Tuesday, May 22, 2012

32 anggota polis serbu rumah Chegu Bard serah waran hadir mahkamah esok

SEREMBAN 21 Mei: Rumah Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin dekat sini diserbu tujuh kenderaan polis kira-kira jam 2.20 petang tadi.
Menurutnya, seramai 32 anggota polis beruniform terbabit memberi writ perintah ke mahkamah berhubung penglibatan beliua dalam perhimpunan Bersih 3.0 bulan lalu.
“Mereka bawa surat arahan dan minta saya tandatangan surat perakuan untuk ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada pukul 9.00 pagi esok,” katanya yang lebih dikenali Chegu Bard.
Tambah Chegu Bard, beliau turut menerima dua surat pertuduhan, iaitu kesalahan menghasut peserta perhimpunan Bersih 3.0 di bawah Seksyen 188 yang dibaca bersama Seksyen 109 dan 34 di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan.
“Manakala yang kedua adalah tuduhan melanggar perintah mahkamah melarang masuk Dataran Merdeka, di bawah Seksyen 42c dan 4(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 (736),” jelas beliau lagi.
“Bilangan polis yang begitu ramai seolah-olah ingin menakutkan saya dan penduduk di kawasan sekitar.
“Mereka juga datang bersama jurukamera dan rakam video dan gambar di dalam rumah, mungkin sebagai bukti saya terima dan faham isi surat yang diberi,” katanya dihubungi Keadilan Daily.
Pada 15 Mei lalu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan 1959, kerana dituduh melanggar arahan pihak berkuasa semasa perhimpunan itu.-keadilandaily

Penahanan Trio Pemimpin Rakyat Buktikan Pihak Polis Terus Diperkuda Regim


Kenyataan Media
22 Mei 2012

Penahanan Trio Pemimpin Rakyat Buktikan Pihak Polis Terus Diperkuda Regim, Ayuh Tolak Umno/Bn PRU Rejim PRU-13

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat pendakwaan yang akan dikenakan kepada Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard, Ketua Umum PKR YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan YB Azmin Ali di Mahkamah Jalan Duta pada 22 Mei 2012 amatlah tidak logik berdasarkan pendirian awal regim terhadap Perhimpunan BERS✔H.

Mengimbau kembali, dalam BERS✔H 2.0 jawatankuasa pemandu perhimpunan telah memohon menggunakan Stadium Merdeka untuk diadakan perhimpunan pada 9 Julai 2011 tetapi telah ditolak oleh regim dengan pelbagai alasan dan tipu helah. Akhirnya perhimpunan tersebut disuraikan dengan penuh trajis dan zalim dengan memperkudakan pihak polis.

Kali ini pada BERS✔H 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012, jawatankuasa pemandu perhimpunan tersebut telah mengumumkan Dataran Merdeka adalah tapak yang sesuai berhimpun memandangkan segala tuntutan pada BERS✔H 2.0 masih tidak diendahkan oleh regim. Justeru, Dataran Merdeka tetap diumumkan sebagai lokasi perhimpunan dengan mengambil semangat nama memerdekakan rakyat daripada kekotoran sistem pilihanraya di Malaysia ini.
Tinjauan SAMM mendapati, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn sengaja bersilat lidah apabila awalnya mengumumkan bahawa tidak akan menghalang perhimpunan BERS✔H kerana ianya tidak menggugat keselamatan negara. Apabila Dataran Merdeka menjadi pilihan, tiba-tiba regim seperti terkena renjatan elektrik akhirnya pihak polis meminta perintah mahkamah untuk tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebarang aktiviti perhimpunan pada 28 April hingga 1 Mei 2012. Dalam masa yang sama, Stadium Merdeka yang diharamkan kepada rakyat untuk berhimpun pada BERS✔H 2.0 dibenarkan pula untuk perhimpunan 28 April 2012. 
Zulkifli Ibrahim(kiri) Pengarah Seketariat SAMM ketika mengetuai perarakan
Tindakan memagar kawasan jalan memasuki ke Dataran Merdeka juga adalah perancangan licik regim dengan niat menimbulkan suasana kurang senang serta penuh provokasi. 
Akhirnya pihak polis menyuraikan perhimpunan BERS✔H 3.0 pada 28 April 2012 yang lepas paling ganas dan begitu menggila seolah-olah dirasuk hantu. Tindakan polis bukannya menyuraikan perhimpunan tetapi mengejar para demonstran dengan penuh dendam kononnya ada anggota mereka telah meninggal.
Apakah kewajaran pihak polis untuk menyamar sebagai peserta perhimpunan BERS✔H sepertimana yang diakui oleh Menteri KDN turut menjadi persoalan? 
Apakah kewajaran larangan penggunaan Dataran Merdeka? Apakah kewajaran menutup semua akses masuk atau jalan ke Dataran Merdeka?

Justeru, SAMM melihat pendakwaan ke atas ketiga-tiga pemimpin rakyat ini mempunyai muslihat tersembunyi dan cubaan menakut-nakutkan rakyat dengan akta perhimpunan yang baru ini. Kerajaan harus belajar daripada sejarah kebangkitan rakyat di dunia ini. Jika rakyat makin ditekan, rakyat akan terus bangun melawan.

Pendakwaan ini juga hanya cubaan untuk melewat-lewatkan perubahan total pentadbiran negara kepada kerajaan baru dan dalam pada ini juga, regim semakin rakus mengaut sisa-sisa kekayaan negara dengan tamak agar mereka boleh senang lenang jika regim tidak lagi berkuasa.
Ayuh, SAMM mencabar seluruh anak muda untuk bersama-sama menolak regim UMNO/BN pada PRU-13 dan bangun melawan penipuan yang bakal berlaku pada PRU-13 nanti. Anak Muda perlu bangkit dengan maruah, bukan bacul dengan mengadaikan negara pada regim yang tidak bertanggungjawab


Zulkifli Haji Ibrahim
Pengarah Sekretariat
SAMM Kebangsaan

Thursday, May 17, 2012

Hishamudin harus tampil perjelas peranan polis berbaju biasa menyamar dalam kelompok peserta BERSIH 3.0

Kenyataan Umum

17 Mei 2012

MENTERI DALAM NEGERI HARUS PERJELAS PERANAN ANGGOTA POLIS MENYAMAR DALAM PESERTA BERSIH.

Hampir 3 minggu telah berlalu sejak sejarah berlakunya himpunan rakyat terbesar dalam negara ini iaitu BERSIH 3.0 Himpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil yang harus ditandakan sebagai himpunan perpaduan kerana jelas semangat persaudaraan perbagai kaum dan latar belakang rakyat yang hadir sendiri secara sukarela telah dicacatkan dengan tindakan ganas polis dibawah arahan regim penguasa. Pada 7 Mei, SAMM telah menghantar satu memorandum memperjelaskan tindakan ganas dan jenayah yang melibatkan anggota polis ketika himpunan BERSIH 3.0. Dalam memorandum tersebut juga disenaraikan anggota polis yang jelas gambar mereka dirakam terlibat melakukan jenayah kekerasan. (klik sini untuk membaca memorandum)

Perbagai persoalan timbul dan masih tidak mampu diperjelaskan oleh pihak regim khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien. Malah bukan sahaja gagal memperjelaskan beberapa persoalan penting tetapi regim memusing dan menyelewengkan beberapa fakta penting pula. Namun sebenarnya ia semakin memerangkap regim dan mengelirukan orang ramai.

Terbaru pada 14 Mei lepas dalam satu sidang media di Putrajaya, Hishamuddin dengan jelas menyatakan 21 orang terdiri dari 141 individu yang tersenarai dan telah diiklankan dalam media kononya melakukan keganasan dalam himpunan BERSIH 3.0 telah menyerah diri. Apabila diasak oleh wartawan mengenai kenapa tindakan hanya pada orang awam tidak melibatkan polis yang bertindak ganas, Hishamuddin menyatakan antara 21 orang yang menyerah diri itu ada anggota polis juga.

Perhatian semua ditarik balik kepada gambar 141 orang yang kononya mengganas atau merusuh. Gambar ini konon diambil dari rakaman polis yang merakamkan secara rawak merakamkan individu yang merusuh. Bila ditanya pada sebelum itu ketika penyebaran gambar dibuat PDRM dengan yakin menyatakan individu yang diiklankan untuk desak serah diri itu semuanya dirakamkan melakukan keganasan. Tidak ada satupun dari 141 orang yang disiar gambarnya menggunakan seragam polis. Sebaliknya 14 Mei lepas Hishamuddin menyebut ada anggota polis serah diri kerana gambar mereka disiarkan.

Ini membawa maksud pengakuan dari Hishamuddin ada anggota polis berpakaian biasa juga bertindak ganas dan merusuh dalam Himpunan BERSIH 3.0. Menteri Dalam Negeri harus tampil menjelaskan perkara ini segera. Jika tidak beliau harus meletakkan jawatan kerana jelas Kementerian Dalam Negeri terlibat dalam merancang mempergunakan anggota keselamatan untuk menimbulkan kekacauan untuk memberikan kelebihan politik kepada parti politik penguasa regim.

Bagi pihak SAMM dan organisasi - organisasi Muda yang menghantar memorandum ke Bukit Aman pada 7 Mei lepas satu jawapan dan penjelasan rasmi dituntut. Kejadian 28 April jelas telah menimbulkan perbagai persepsi negatif rakyat kepada pihak keselamatan. Sehingga kini langsung tidak ada tindakan diambil. Sebaliknya PDRM terus angkuh dipergunakan untuk memburu orang ramai.

SAMM memberikan perhatian serius dalam isu peristiwa 28 April lalu dan perjuangan mendapatkan pilihanraya bebas dan adil. Kini SAMM sudah menyiapkan satu DVD khas dokumentari yang memperjelaskan BERSIH 1, Bersih 2.0 dan menperjelaskan kejadian BERSIH 3.0. DVD ini walaupun disiapkan oleh tenaga amatur muda tetapi ia merupakan dokumentari lengkap bagi memahamkan rakyat mengenai perjuangan BERSIH 3.0. SAMM juga melalui sekutu organisasi masyarakat muda (ORMAS muda) di luar negara akan turut mengadakan program menonton dokumentari ini bagi memahamkan orang muda khususnya tetangga asean mengenai perjuangan rakyat Malaysia menuntut pilihanraya bebas dan adil.

DVD ini dijangka akan dilancarkan minggu hadapan (2 Jun) dan sudah mula boleh didapati di pasaran.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Tuesday, May 08, 2012

Sikap budak-budak di hadapan Bukit Aman semalam serlahkan lagi politik kolot Umno

Hari Jumaat lepas (4 Mei) SAMM telah mula mengumpul dokongan pertubuhan anak muda dan mahasiswa untuk sama memperakui satu memorandum yang akan dihantar ke Bukit Aman pada 7 Mei 2012 berkenaan dengan desakan untuk PDRM segera mengambil tindakan terhadap anggota mereka yang terlibat dengan jenayah dan salah laku pada 28 April 2012 ketika mengendalikan Himpunan Rakyat terbesar dalam sejarah negara iaitu BERSIH 3.0

Jemputan kepada media telah dibuat kepada media dan pihak PDRM seawal Ahad (6 Mei). Namun pada pagi Isnin (7 Mei) kami dimaklumkan beberapa 'front' Umno secara bertungkus lumus saat akhir cuba mengumpulkan orang untuk kononya berdiri terpacak depan Bukit Aman untuk membaca ikrar taat setia. Sesuatu yang pelik dan mengundang senyuman sinin. Sebenarnya tidak lain dan tidak bukan cuma mahu mengganggu proses penghantaran memorandum yang kami rancang.

Mengetahui perancangan mereka yang mahu mencipta suasana pergaduhan maka kami membuat keputusan untuk pergi dengan bilangan kecil yang lebih sedikit untuk mengelakkan pertembungan dan mahu menumpukan kepada isu sebenar. Untuk baca isi memorandum sila klik sini. Selebihnya kami pulangkan kepada kemampuan dan kebijaksanaan polis mengawal ibupejabat mereka.

7 Mei 2012, 2.40 petang tiba di depan Bukit Aman, sememangnya kelihatan ramai orang Umno ada dalam lebih 70 orang yang berkumpul dekat tandas tempat letak kereta hadapan Bukit Aman. Kami cuma hadir sekitar 7-8 orang sahaja. Sebaik turun kereta wartawan meluru, sebaik memberitahu wartawan sidang media selepas penyerahan memorandum maka saya terus berjalan dari tempat letak kereta menuju ke hadapan pintu masuk Bukit Aman. Ketika kami menghampiri pintu Bukit Aman kami diserbu oleh berpuluh orang Umno yang diketuai oleh salah seorang exco pemuda pusat mereka. 

Polis minta kami berhenti dahulu, kami akur tetapi orang - orang Umno, malah ada yang menggigil seperti 'menurun' terus memaki hamun. Kami telah sedia untuk situasi ini hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Seperti yang kami jangka polis 'terpaksa' akur dan berlembut dengan kumpulan Umno kerana mereka ini semua berlindung disebalik Menteri regim penguasa. 

Hadir ACP Ramli memperkenalkan diri wakil dari Bukit Aman untuk menerima memorandum tersebut. Tidak mempedulikan Umno yang terjerit terlolong saya fokus untuk menerangkan kepada wakil Bukit Aman mengenai memorandum yang mewakili 29 pertubuhan anak muda / mahasiswa tersebut. Memorandum diterima dan salinan penerimaan telah ditandatangani oleh ACP Ramli. Umno terus terjerit - jerit tanpa menghormati kehadiran wakil Bukit Aman.

Selepas memorandum diserahkan, satu sidang media ringkas telah dilakukan di depan Bukit Aman dalam keadaan kumpulan Umno masih terjerit terlolong. 

Tahniah SAMM ucapkan kepada kelompok Umno tersebut yang terjerit, terlolong dan menggil seperti menurun serta bertindak kasar dengan anggota polis di hadapan Bukit Aman kerana anda semua telah menyerlahkan lagi sikap Umno itu sebagai parti politik lama lagi tua yang gagal berhujah. Kami juga merakamkan simpati kepada anggota polis yang dipaksa akur dengan kekurang ajaran Umno semalam sehingga mereka sendiri gagal mengawal hadapan ibu pejabat mereka. Saya dapat melihat bagaimana polis begitu 'geram' dengan kurang ajar Umno yang mencaci maki tetapi apakan daya mereka semua berlindung disebalik kuasa regim penguasa.

Perlu ditegaskan SAMM dan organisasi anak muda serta mahasiswa ini tidak sama sekali anti PDRM kami cuma anti keganasan beberapa anggota polis. Sebab itu bila berlaku keganasan,kami masih komited untuk membuat laporan polis dan bukannya bertindak membelakangi polis. Kami tetap yakin dan percaya negara memerlukan sebuah pasukan polis yang berintegriti dan dihormati. kami juga menyedari polis dalam banyak keadaan dipaksa bertindak atas telunjuk regim walaupun dalam banyak keadaan mereka tidak redha. Apa yang kami lakukan ialah membantu mendesak ke arah mewujudkan sebuah institusi keselamatan yang unggul demi masa depan negara. Tidak kira siapa memerintah, walaupun parti yang menguasai regim tewas PDRM seharusnya bertindak berdasarkan keperluan perundangan dengan memahami konsep keadilan dan kemanusiaan yang tinggi.

memorandum Desak Anggota Polis terlibat jenayah ketika BERSIH 3.0 tampil serah diri



MEMORANDUM|

KEPADA       :           POLIS DIRAJA MALAYSIA
DARIPADA  :            SOLIDARITI ANAK MUDA SAMM (SAMM)
                                    DAN 28 PERGERAKAN ANAK MUDA SERTA MAHASISWA
TARIKH         :           7 MEI 2012
TAJUK           :           DESAK ANGGOTA POLIS TERLIBAT JENAYAH KETIKA                
                                   MENGENDALIKAN #BERSIH 3.0 TAMPIL DAN SERAH DIRI
Pada 28 April 2012 yang lepas telah berlansung himpunan rakyat Malaysia terbesar dalam sejarah negara. Lebih 250 ribu orang secara sukarela telah datang ke Kuala Lumpur untuk menuntut hak warga untuk punya proses pilihanraya bersih, bebas dan adil. Himpunan ini berlansung dalam suasana penuh festival aman dan meriah dalam mood bantahan yang jelas. Sehinggalah peristiwa insiden tembakan air kimia dan gas pemedih mata di jalan raya berhampiran Dataran Merdeka berlaku.

Kalau ada pun kesalahan ialah kerana halangan (barricade) polis telah ditolak itupun turut melibatkan beberapa individu yang meragukan dan disyaki TURUT LIBATKAN anggota polis berpakaian biasa. Perintah mahkamah iaitu melibatkan kawasan padang (hijau) Dataran Merdeka tetap jauh dan tidak dimasuki. Adakah dengan hanya menolak halangan dan kemudian berundur menghalalkan tindakan ganas polis melakukan tindakan ‘membabi buta’ mengganas di hampir seluruh bandaraya Kuala Lumpur selepas itu?

Polis segera dengan kerjasama media serta pimpinan regim penguasa terus memburukan penganjur dan orang awam terlibat dengan perbagai tuduhan. Polis juga telah menyenaraikan puluhan malah dijangka ratusan akan disenaraikan orang awam sebagai orang yang dikehendaki. Kita tidak menghalang proses keadilan untuk berlaku jika benar terdapat unsur jenayah.

Namun, bagaimana dengan anggota polis yang turut terlibat dengan kegiatan keganasan dan jenayah yang berlaku ?
SAMM dan 28 organisasi massa muda dan mahasiswa dengan ini mendesak :
1.      PDRM  tampil memberikan penjelas mengenai
a.       kewujudan ramai anggota polis menyamar sebagai demonstran, sila nyatakan berapa jumlah dan dedahkan siapa mereka ? Jika tidak maka kita tidak boleh menolak cakap – cakap dikalangan awam dimana polis menghantar anggota dikalangan demonstator sebagai agen provokasi.
b.      bagaimana gambar – gambar di kawasan kawalan ketat polis digunakan oleh blogger – blogger pro regim penguasa, adakah polis membenarkan dan melindungi blogger pro regim penguasa pada hari tersebut dan dalam pada masa yang sama mengasari dan mencuri kad memori wartawan yang bertugas ? atau polis berkongsi bahan yang mereka perolehi dengan blogger pro umno ?

2.      PDRM harus melakukan siasatan
a.       Khabar angin kononya ada anggota polis yang mati telah menjadikan polis bertindak diluar batasan. Ini dimulakan oleh cybertrooper pro regim. Yang bertanggungjawab memulakan khabar angin dengan tujuan untuk memperdaya semua anggota bertugas pada hari tersebut harus dihukum jika tidak jelas ia satu yang dirancang untuk memperdayakan semua anggota pada hari tersebut.

3.      Semua kegiatan ganas dan jenayah yang dilakukan oleh anggota harus disiasat dan diambil tindakan. Adalah satu lawak jenaka apabila atasan PDRM bersungguh menyiarkan foto senarai orang awam untuk serah diri tetapi seolah tidak punya rekod anggota sendiri yang mengganas pada hari tersebut. Antara kesalahan yang dilakukan secara jelas dan ada beribu rakaman video dan gambar dan seumpamanya ialah :
a.       Secara sengaja merosakkan harta benda awam termasuk menembak gas pemedih mata ke kedai dan kenderaan. Ada ramai saksi menyaksikan bagaimana polis merosakkan gerai – gerai peniaga yang ditutup contohnya di sekitar Masjid India.
b.      Memukul secara beramai – ramai dan bertalu – talu orang awam yang ditahan walaupun tidak melawan termasuk menggunakan senjata tumpul.
c.       Mencuri barangan orang awam seperti wang tunai, kamera, memori kad, telefon bimbit dan lain – lain
d.      Memaki hamun dengan penuh sifat anti perkauman dan permusuhan agama secara sengaja terhadap orang awam yang ditahan.
e.       Menahan orang ramai ketika sedang makan, di dalam hotel, perkarangan rumah ibadat dan dalam perjalanan pulang.
f.       Polis menghalau orang ramai yang sedang makan jelas merugikan peniaga kerana ramai terpaksa beredar tanpa sempat membayar makanan.
g.      Menghalakan senjata kepada orang awam termasuk orang biasa yang tidak terlibat, orang tua, wanita dan kanak – kanak.
h.      Ada kes sekeluarga ibu, bapa dan anak – anak ditahan di hotel hanya kerana menimpan pakaian kuning.
i.        Ada juga laporan beberapa kes orang awam yang membonceng motosikal dan memandu motokar ditahan beramai – ramai ditengah jalan ditarik keluar kenderaan, kenderaan dirosakkan dan mereka dipukul hanya kerana mereka berpakaian kuning walaupun dalam perjalanan untuk balik.
j.        Tindakan juga harus diambil kepada anggota yang gagal mengawal kenderaan atau secara sengaja memandu dengan melanggar orang awam

4.      Polis dan orang awam adalah mangsa pada hari tersebut.
a.       Semua operasi pada hari 28 April 2012 diakui oleh beberapa pimpinan regim termasuk Menteri Dalam Negeri dipantau sepenuhnya, maka semua yang berlaku adalah dalam kawalan penguasa.
b.      Orang awam yang hadir lebih 250,000 orang, (ada sumber menyebut) kekuatan anggota polis pada hari tersebut ialah kira – kira 10,000 orang. Bayangkan akibatnya jika sememangnya dirancang untuk merusuh ? tetapi yakinlah ia hanya untuk menyatakan bantahan secara aman dan tidak lebih dari itu.
c.       Polis bukan musuh orang awam sebegitu juga orang awam sepatutnya bukan musuh polis. Dalam kes 28 April, Polis dan orang awam adalah mangsa regim penguasa yang takut dengan bayang – bayang sendiri. Jika sejak dari awal kalau Dataran Merdeka dibenarkan diguna, maka keadaan akan aman berkumpul dan bersurai dan anggota polis juga tidak terseksa bertugas begitu teruk. Lihat sahaja demonstrasi Anti Lynas di Kuantan semua mampu dikawal dan aman.
d.      Anggota polis bertugas juga perlu sedar sememang dirancang mereka dimangsakan. Apa keperluan untuk anggota polis bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan dengan melalui ribuan orang awam yang sedang marah kerana baru sahaja ditembak dengan gas pemedih mata, ada pergerakan tanpa keperluan dan kawasan tersebut jelas boleh dielakkan ? Disyaki arahan untuk anggota polis bergerak itu sengaja dibuat untuk menjadikan anggota polis tersebut sebagai umpan. Ini satu penghinaan oleh atasan kerana menjadikan anggota polis mangsa pada hari tersebut.

Kesan terhadap kejadian 28 April amat dalam. Imej PDRM dan orang awam begitu terjejas. Ini semua angkara regim penguasa. Suasana ini tidak bagus untuk negara. Semua harus sedar bahawa apa yang berlaku ialah ramai anggota polis diperdaya untuk bertindak sedemikian rupa, termasuk di’ brainwash’ dengan perbagai fakta songsang pro regim penguasa. Keadaan harus diperbaiki segera jika tidak hari 28 April itu yang harus dikenang dari aspek positif sebagai #Hari Merdeka Rakyat  tetapi jika tidak diperbaiki imejnya maka ia akan dikenang sebagai #Hari Rusuhan Polis.

Dengan ini SAMM dan 27 ormas muda serta mahasiswa Malaysia juga terpaksa untuk mula menyenaraikan gambar – gambar anggota polis yang telah diperdaya oleh regim penguasa untuk bertindak diluar batasan undang – undang untuk tampil menyerah diri. Jika tidak ada penjelasan dan tindakan serius dari pihak atasan PDRM atau regim penguasa sendiri, kami tidak teragak – agak untuk membuat edaran awam dengan menyenaraikan anggota yang terbabit dalam risalah dan poster.

Akhir sekali ditegaskan polis / anggota keselamatan bukan musuh kita yakinlah polis juga mangsa diperdaya regim penguasa untuk bertindak sedemikian rupa. Mengajak seluruh anak muda untuk bersama untuk sama membaiki imej hubungan orang awam dan agensi keselamatan utama negara ini.

Isu keganasan anggota polis yang diperdaya dan dipergunakan oleh regim penguasa ini juga tidak seharusnya melarikan fokus rakyat Malaysia bangkit untuk menuntut pilihanraya bersih, bebas dan adil. Tuntutan rakyat jelas bersihkan daftar pemilih sebelum pilihanraya umum berlansung. Proses pembersihan SPR harus dimulakan dengan pemecatan atau perletakan jawatan Pengerusi SPR dan Timbalanya yang jelas ahli Umno. Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya ahli parti politik. Jika ini tidak diendahkan maka bersedialah untuk mobilisasi rakyat lebih besar lagi.

che’GuBard (Badrul Hisham Shaharin)
Solidariti Anak Muda Malaysia
email : chegubard@gmail.comwebsite : www.anakmudamalaysia.comblog :http://chegubard.blogspot.com
Organisasi Masyarakat (Ormas) Muda dan mahasiswa yang turut mendokong memorandum ini

2. Malaysia Youth and Students Movement (DEMA)
3. Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI)
4. LimaPulohB Kolektif (50B)
5. Diskopi Kolektif
6. Angkatan Rakyat Muda
9. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
10. Pemuda Sosialis
11. Kelab Mangsa PTPTN
12. Free Public Forum (FPF)
13. Civil Society Committee LLG
14. Sunflower Electoral Education (SEED)
15. Distrobuku Kolektif
16. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
17. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
18. Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
19. Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
20. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
21. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
22.Pro-Mahasiswa Nasional
23. Kelab Rakan Islah Malaysia
24. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
25. Sisters in Movement
26. Sinergi Gerakan Mahasiswi
27.Majlis Pimpinan Mahasiswa Nasional
28. Institut Bangsar Utama (IBU)
29. Student Power Group