Jemputan kepada media telah dibuat kepada media dan pihak PDRM seawal Ahad (6 Mei). Namun pada pagi Isnin (7 Mei) kami dimaklumkan beberapa 'front' Umno secara bertungkus lumus saat akhir cuba mengumpulkan orang untuk kononya berdiri terpacak depan Bukit Aman untuk membaca ikrar taat setia. Sesuatu yang pelik dan mengundang senyuman sinin. Sebenarnya tidak lain dan tidak bukan cuma mahu mengganggu proses penghantaran memorandum yang kami rancang.
Mengetahui perancangan mereka yang mahu mencipta suasana pergaduhan maka kami membuat keputusan untuk pergi dengan bilangan kecil yang lebih sedikit untuk mengelakkan pertembungan dan mahu menumpukan kepada isu sebenar. Untuk baca isi memorandum sila klik sini. Selebihnya kami pulangkan kepada kemampuan dan kebijaksanaan polis mengawal ibupejabat mereka.
7 Mei 2012, 2.40 petang tiba di depan Bukit Aman, sememangnya kelihatan ramai orang Umno ada dalam lebih 70 orang yang berkumpul dekat tandas tempat letak kereta hadapan Bukit Aman. Kami cuma hadir sekitar 7-8 orang sahaja. Sebaik turun kereta wartawan meluru, sebaik memberitahu wartawan sidang media selepas penyerahan memorandum maka saya terus berjalan dari tempat letak kereta menuju ke hadapan pintu masuk Bukit Aman. Ketika kami menghampiri pintu Bukit Aman kami diserbu oleh berpuluh orang Umno yang diketuai oleh salah seorang exco pemuda pusat mereka.
Polis minta kami berhenti dahulu, kami akur tetapi orang - orang Umno, malah ada yang menggigil seperti 'menurun' terus memaki hamun. Kami telah sedia untuk situasi ini hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Seperti yang kami jangka polis 'terpaksa' akur dan berlembut dengan kumpulan Umno kerana mereka ini semua berlindung disebalik Menteri regim penguasa.
Hadir ACP Ramli memperkenalkan diri wakil dari Bukit Aman untuk menerima memorandum tersebut. Tidak mempedulikan Umno yang terjerit terlolong saya fokus untuk menerangkan kepada wakil Bukit Aman mengenai memorandum yang mewakili 29 pertubuhan anak muda / mahasiswa tersebut. Memorandum diterima dan salinan penerimaan telah ditandatangani oleh ACP Ramli. Umno terus terjerit - jerit tanpa menghormati kehadiran wakil Bukit Aman.
Selepas memorandum diserahkan, satu sidang media ringkas telah dilakukan di depan Bukit Aman dalam keadaan kumpulan Umno masih terjerit terlolong.
Tahniah SAMM ucapkan kepada kelompok Umno tersebut yang terjerit, terlolong dan menggil seperti menurun serta bertindak kasar dengan anggota polis di hadapan Bukit Aman kerana anda semua telah menyerlahkan lagi sikap Umno itu sebagai parti politik lama lagi tua yang gagal berhujah. Kami juga merakamkan simpati kepada anggota polis yang dipaksa akur dengan kekurang ajaran Umno semalam sehingga mereka sendiri gagal mengawal hadapan ibu pejabat mereka. Saya dapat melihat bagaimana polis begitu 'geram' dengan kurang ajar Umno yang mencaci maki tetapi apakan daya mereka semua berlindung disebalik kuasa regim penguasa.
Perlu ditegaskan SAMM dan organisasi anak muda serta mahasiswa ini tidak sama sekali anti PDRM kami cuma anti keganasan beberapa anggota polis. Sebab itu bila berlaku keganasan,kami masih komited untuk membuat laporan polis dan bukannya bertindak membelakangi polis. Kami tetap yakin dan percaya negara memerlukan sebuah pasukan polis yang berintegriti dan dihormati. kami juga menyedari polis dalam banyak keadaan dipaksa bertindak atas telunjuk regim walaupun dalam banyak keadaan mereka tidak redha. Apa yang kami lakukan ialah membantu mendesak ke arah mewujudkan sebuah institusi keselamatan yang unggul demi masa depan negara. Tidak kira siapa memerintah, walaupun parti yang menguasai regim tewas PDRM seharusnya bertindak berdasarkan keperluan perundangan dengan memahami konsep keadilan dan kemanusiaan yang tinggi.
Saya adalah ahli UMNO..tetapi apabila tengok vedeo yang jelas menunjukkan sikap kurang ajar puak2UMNO, saya menjadi malu dan tertanya tanya mengapa mereka bagitu BIADAP dan maki hamun..respectlah kat Tuan Ramli...Saya tabik habis dengan chegubard dan gang yang cool dan hormat dengan Tuan Ramli...ingatlah perangai kamu semualah yang akan membuat rakyat menjadi benci dengan umno...
ReplyDeleteSaya bekas ahli UMNO.Bekas ahli UMNO kerana telah tidak bayar yuran & datang ke mesyuarat UMNO sejak lebih 15 tahun dahulu. Namun yg peliknya setiap kali ada mesyuarat agung cawangan saya menerima surat undangan mesyuarat tersebut. Siapa yg bayar yuran saya? Sebagai bekas ahli UMNO saya malu dengan gelagat orang Melayu yg ditunjukkan oleh ahli2 UMNO yg bertindak ala samseng sama ada kejadian di Jalan kebun, Johor, Perak dan banyak lg dlm ceramah PR. Inikah tarbiyah yg diajar oleh UMNO kepada ahli2nya? Sekali lagi sikap buruk terpapar dalam kejadian di atas!Kebencian terhadap UMNO bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu tetapi juga kaum2 lain di Malaysia. Bilakah UMNO mahu berubah?
ReplyDeletetahniah chegu bard(cb)..cb mmg cool, bak kata cb 28/4/2012 tu hari dimana rakyat dan polis menjadi mangsa percaturan ( lebih kurangla) .
ReplyDeletetahniah cb.
Saya pun ahli UMNO. Tp sy dah mula rasa nk jd DAP (duduk atas pagar). Sy dh meluat dgn UMNO bkn sbb sy membenci pemimpin UMNO.. Bkn juga sokong pemimpin PR tp perasaan meluat tu disebabkan media arus perdana terutama TV3 dan utusan yg suka mengaibkan org lain setiap hari..menyebabkan sy bersimpati kpd pemimpin PR. Jd pemimpin BN tolong2 la nasihat media ni jdla media yg adil dan bertanggjawab.. Tp sy suka semangat chegubard sbg pemimpin muda muda masa dpn negara.
ReplyDeleteBiasalah memang perangai mcm tu.kalau hebat dan kuat sangat kenapa tak buat benteng masa bersih 3.0.pi mna masa tu.,taklah hebat kn lebih kurang mcm org terencat akal je.poooraah umno.
ReplyDeleteChegu Bard, teruskan usaha anda. mamat arman Pemuda UMNO tu AP dan bumi contract junkies, second hand car salesman, tiada pelajaran. Tanpa AP permit itu, tiada lah perniagaan nya. Perangai mereka sangat memalukan, itulah kelas peniaga melayu yang telah disuburkan oleh mahathir, sheesh...Tiada apa yang boleh dibanggakan oleh bangsa melayu.
ReplyDeletepatutnya kumpulan yang mcm tu la yang kena sepak terajang ngan polis..sah2 kurang ajar..bukan peserta2 BERSIH yg tinggi nilai murni dan jatidiri..kena terajang pun tak melawan.
ReplyDeleteBerapa banyak kau dapat upah buat artikel ni Bad, nak beri anak bini kau makan dengan upah kerja macam ni. Taubat la. jangan gunakan anak muda pelajar IPT.
ReplyDeletejubo chegu bard .
ReplyDeleteMamposlah kau chegubard pengkhianat agama, bangsa, dan negara!
ReplyDeleteChegubard jgn layan pencacai2 umnooooo ni..depa nk ckp org pengkhianat... ni la anwar ckp, zaman edan, org yg berjuang utk rakyat dipanggil pengkhianat, yg rasuah lembu,scorpene, tanah kt johor dll adalah pejuang melayu.. Hidup melayu.. Yg atas kaya raya.. Yg pencacai ni nganga...bodo
ReplyDeleteandaikata mati..hidup semula...aku tetap menyokong penuh perjuangan Chegubard...TERBAIK CHEGUBARD!
ReplyDeleteTahniah Chegubard,
ReplyDeleteKalau budak Tadika melihat telatah Pemuda Umno tu, "Mak, siapa org-org gila tu?"
Emak dia jawab "Tak apa, dia orang marah sebab Cikgu nak bersihkan kawasan awam , tapi org kurang siuman ini suka nak kotorkan kawasan awam."
Anak dia kata"baiklah mak, saya nak beli buku".
Emak "Baguslah, banyak membaca banyak ilmu. Dapatlah beza antara org bersih dan org tak siuman"
Demi Allah aku dan 92 org anak murid aku pasti akan meninggal kan UMNO...dah meluat dah aku dgn perangai UMNO ni.....
ReplyDeleteAku memang tak suka komen kat blog2 pembangkang ni..sebenar nya dah lama aku baca tapi aku tak pernah komen apa2...Tapi disini aku macam dah tak tahan melihat kawan2 yang aku sokong pulak berperangai macam biadap.
ReplyDeleteKepada pembangkang..terutama chegu bard aku tidak joint korang lagi sekarang ni...tapi aku tertarik dengan semangat korang
aku sentiasa memerhati kan yang lebih baik..
2x5. Umno kata pkr teruk. Pkr kata umno teruk. Alih-alih kata polis teruk. Nak ambil hati, kata kesian kat polis la, polis baik la, mcm-mcm. Cuba la berhemah..bukan fitnah..adu domba...
ReplyDeleteSaya bkn ahli Umno. PRU akan datang saya akan undi BN walaupun telah undi PR dlm PRU 12.
ReplyDeletePR gagal control kaum lain yg makin kurang ajar
Saya tinggal di PJ, Selangor. Cara pentadbiran membuatkan saya rasa sangsi bahawa kerajaan PR lebih teruk dari BN seolah-olah hendak menjual selangor untuk poket sendiri. no doubt bawah BN buat macam tu tapi PR lagi teruk. Hartanah Selangor dijual secara direct negotiation - very doubtful ianya bersih. Bagi project kat kroni yang tak ada kemampuan - contoh kontrak angkut sampah digeri kpd yg tak ada kompaktor serta kutip sampah - inilah tahap paling kotor selama lebih drp 30 thn di PJ, kontraktor potong pokok pakai parang, tangga 6 kaki dgn lori DHL. Aktiviti kawasan & sekolah langsung tak ada kisah - Orng BN jugak yang bantu walaupun DUN & PARLIMEN PR.
Mungkin wakil rakyat terlalu sibuk - Nak buat ceramah dan demonstrasi sana sini - dah lupa tanggung jawab nak tengok rakyat...Ni yang dikatakan PEMIMPIN ZALIM
ELOK LAGI POLIS, bila jiran nampak pencuri cuba perumah saya, call saja 3 minit polis dah sampai...selamat kami. TERIMA KASIH POLIS
MEMANG AKAN ROSAK SELANGOR KALAU PR TERUS MENTADBIR
Asslamualaikum,
ReplyDeleteBERSIH (which is supported & sponsored by US)is all about a strategy to misrepresent the Public. They know that a lot Malaysians (especially Malays) are stupid enough to follow - fighting on something that does not exist. Malays generally love being suffered sbb tu suka dgn lagu frust cinta walaupun kata diri rockers, muka brutal tapi jiwang.
Malays hate fact findings and always accept suffers from their illusion or something not real. That's why orng Melayu senang sangat nak ambil dadah bila menghadapi masalah tak seberapa
Malays generally tak tahu what is STRATEGY - semua berfikiran pendek, tidak tahun percaturan bangsa lain, main ikut membabi buta (babi pun tak buta macam tu)
It is the same STRATEGY when US & Britain misrepresent the WORLD that Iraq had WMD so that they can create WAR and invade the country.
They have used "DIVIDE & RULE STRATEGY" untuk memecah- belahkan Muslim countries so that they can limit military power of and steal resources from Muslim countries.
Tengok sejarah, DIVIDE & RULE STRATEGY digunakan untuk melemahkan kerajaan ACHEH & PATANI yang kuat Islam pada masa dahulu.
Kini DIVIDE & RULE STRATEGY digunakan untuk orang2 Melayu - tapi saya rasa ramai orng Melayu tak nampak.
BILA dah kena RULE, barulah teringat posting ni... Ohh kita rupanya fight for something yg tak exist, macam mana nak ambil balik kuasa ahhh? kita dah kena divide & tak boleh buat apa2
KETAHUILAH ANDA AGEN2 PENGHASUT YANG MENYAMAR UNTUK MEMECAHKAN ORANG MELAYU ada diantara kamu. Tanyalah mereka dapat fund (rasuah/gaji) dari mana.