Wednesday, August 24, 2011

che'GuBard tidak perlu mohon maaf sebaliknya Rosmah harus tampil memberi penjelasan.

Sejak semalam che'GuBard dihubungi ramai wartawan dan teman khususnya apabila media arus perdana digunakan untuk 'menyerang' che'GuBard dalam isu pendedahan berlian bernilai RM24.45 juta yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor.

che'GuBard dituntut mohon maaf dan dituduh diam dan gagal menjawab apabila kononya didedahkan menipu.

Persoalan penting ialah adakah media arus perdana berani mengeluarkan kenyataan che'GuBard mengenai perkara ini.

Sudah hampir sebulan pendedahan mengenai wujud satu kemasukan berlian bernilai RM24.45 j terkait nama 'Imelda' Rosmah. Sejak itu dia diam dan membisu cuma 'pengampu-pengampu' dia yang sibuk bertungkus lumus menjawab. Cuma sekali dia menjawab itupun hanya menuduh ia fitnah tanpa sebarang penjelasan.

Menarik perlu diperhatikan di sini. Mulanya pengampu Imelda mengatakan bukti tersebut palsu dan akhirnya sudah tidak boleh menyangkal setelah SPRM mengesahkan dokumen tersebut maka muncul pula borang kastam kedua kononya belian itu dibawa keluar 4 hari selepas itu. Kononya belian itu untuk satu pameran berlian yang diadakan secara sulit, di tempat yang sulit dengan tetamu-tetamu yang sulit. Semua yang sulit itu sedang diusahakan dan disusun skripnya.

Mungkin gagal menyusun skrip pameran sulit maka seorang lagi pengampu muncul dan mengatakan belian tersebut bukan milik Rosmah tetapi milik besannya. Jadi mana yang betul sebenarnya.

Klik bahan - bahan di bawah untuk membaca mengenainya.

  • Pendedahan antara bukti yang diperolehi "gambar screen komputer kastam" yang mengandungi maklumat kemasukan belian bernilai RM24.45 j. Nilai ini saya sebut dari awal dalam RM bukan USD cuma mungkin ada blogger terkeliru dan menukarnya dalam USD. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-dan-cincin-nilai-rm244.html sebaik sahaja bukti ini disiarkan pengampu - pengampu Imelda terus mengatakan ia gambar photoshop palsu.
  • Tidak kurang juga yang konon cabar kalau berani che'GuBard tampil buat laporan SPRM. maka pada 13 Jul. che'GuBard bersama teman-teman SAMM Pulau Pinang bersama juga wakil Dewan Pemuda PAS dan AMK P.Pinang hadir ke SPRM P.Pinang untuk membuat laporan SPRM dengan menyerahkan juga bberapa bukti yang masih belum disiarkan. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/samm-tampil-buat-laporan-sprm-isu.html
  • Ketika membuat carian mengenai barang-barang kemas Imelda Rosmah terjumpa pula gambar Rosmah Mansor yang sedang menggayakan gelang tangan yang sememangnya dari Jacob & co yang merupakan syarikat pengeluar belian RM24.45j tersebut. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-memang-penggemar-jacob-co.html ini menguatkan hujah bahawa Imelda Rosmah memang peminat barangan Jacob & co.
  • Pengampu makin hilang punca dan menyerang yang kononya tidak masuk akal belian bernilai RM24.45 j wujud. Posting ini hanya untuk buktikan bahawa belian lebih mahal juga wujud dalam dunia yang mana manusia rakus mengejar kemewahan ini. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/masuk-akal-atau-tidak-cincin-bernilai.html
  • SPRm tidak boleh berdolak dalih perlu tampil untuk nyatakan pendirian mengenai kewujudan belian ini. Klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sprm-kena-muncul-menyatakan-pendirian.html posting ini membuktikan bahawa sememangnya beberapa hari sebelum belian ini masuk ke Malaysia, Rosmah dan suaminya Najib baru sahaja pulang dari New York untuk lawatan ke sana.
  • Sah bukan dipalsukan bukti tersebut kerana SPRM telah menyerbu KLIA dan menurut sumber kami di sana A.Krishnan (yang tidak bersalah) diambil dari petang hingga subuh. Siasatan SPRM pula tumpu kepada bagaimana cukai boleh kosong. nampak sangat SPRM tidak buat kerja rumah. Najib pada belanjawan yang lepas sememangnya telah menghapuskan cukai perbagai perkara seperti pakaian, perhiasan dan seumpamanya. Kini baru rakyat sedar bahawa pemasuhan cukai itu mungkin ada kena mengena dengan perangai Imelda Rosmah yang akan bawa masuk perbagai barang hiasan mewah. Sistem kastam juga telah 'diganggu' selama tiga jam. http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sistem-kastam-down-3-jam-semalam-dan.html dalam posting ini juga dinyatakan rupanya gelang Rosmah yang dibeli dari Jacob & co itu bernilai RM1.6 juta (paling murah) berdasarkan respon email Jacob & co sendiri yang di qoute dari sebuah laman portal klik http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/14/41834/ juga http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/13/now-rosmahs-diamond-bangles/
  • Pengampu panik bukti tersebut bukan palsu dan ternyata benar belian RM24.45 j masuk dan ada terkait Rosmah di dalam dokumen tersebut maka mereka masuk fasa baru dalam mengampu berkenaan isu ini. maka muncul borang kedua kononya belian itu dibawa keluar dari Malaysia ke Singapura pula selepas 4 hari di Malaysia. Konon belian itu untuk pameran di tempat rumah VVIP rahsia dengan tetamuVVIP rahsia. Semua sedang bertungkus lumus menyiapkan skrip. Namun borang kastam kedua itu banyak kelemahan klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/usaha-terdesak-untuk-lindungi-imelda.html
  • Tiba - tiba jumlah pelayar blog ini meningkat mendadak, jumlah komen juga meningkat. Hampir semua komen diluluskan kecuali yang mencarut dan lucah melampau. ternyata pengampu Umno terpaksa bertungkus lumus menjawab. kebanyakan komen dari IP yang sama termasuk yang mencarut kemudian hantar pula hadis nabi. Ini pula posting yang menyatakan komen seorang orang lama dalam Kastam mengenai kewujudan pembelaan kononya barang tersebut untuk pameran klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/maklumat-dari-orang-kastam-edyess.html
  • terbaru mereka guna media perdana termasuk Buliten Utama TV3 untuk menyerang che'GuBard. Kenyataan Anuar Shaari yang lagaknya umpama setiausaha sulit 'FLOM' menyatakan kononya berlian itu bukan milik Imelda Rosmah sebaliknya milik besannya. Ini menjadikan rakyat tertawa dengan semua hujah mengampu bela Imelda Rosmah dan lebih sedih dan marah dalam kesempitan hidup seharian.
Persoalanya mula - mula tuduh pendedahan palsu, kemudian tuduh pula untuk pameran dan terbaru mengakui bukan sahaja berlian itu wujud masuk tetapi pusing cakap pula kata kononya berlian itu milik besannya tetapi Imelda Rosmah tetap diam.

Rosmah yang samalah yang selama ini membazir bukan sedikit wang rakyat.
Ada pula geng pengampu Imelda yang tuduh kononya komplot serangan ini ada kaitan dengan Khairy Jamaluddin jawapanya ialah ia tidak ada kena mengena. Kalau mereka ada masalah antara mereka pun che'GuBard tak minat campur. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/04/khairy-mengelabah-konon-orang-nak.html

Ingat che'Gubard tidak menuduh sesiapa tetapi kewujudan borang kemasukan berlian bernilai tinggi itu dan tertera dengan jelas nama orang yang menyamar wanita pertama negara ketika rakyat susah dihimpit kenaikan kos hidup perlu diperjelaskan. Dia bukan pegawai kastam, dia bukan pegawai syarikat penghantaran dan adakah dia membuat kerja 'part time' sebagai penganjur pameran ? Adakah sesuai dengan imejnya yang menyamar sebagai wanita pertama dan membuat kerja part time ?

Ada beberapa pengampu yang kononya sejak minggu lepas mendendangkan yang che'GuBard akan disaman, tetapi yang lucunya bukan disaman oleh Imelda Rosmah tetapi oleh syarikat yahudi Jacob & co.

Tidak ada keperluan untuk che'GuBard mohon maaf. che'GuBard tidak ada kena mengena dengan permohonan maaf KOMPAS atau Pengarah Komunikasi PKR. Sebaliknya imelda Rosmah yang seharusnya tampil untuk menjelaskan duduk perkara sebenar.

Kepada pengampu - pengampu lebih baik kamu semua diam dan nasihat Rosmah untuk jawab kerana lagi banyak pengampu ini jawab makin berbelit isu berlian ini. Cubaan kamu semua mengampu sebenarnya meletakkan Imelda Rosmah dalam keadaan lebih sukar.

14 comments:

  1. Anonymous3:46 PM

    People behind you bro!keep it up.

    ReplyDelete
  2. Larry Jay2:17 AM

    The UMNO/BN/Mahathir are the worst corrupted political party in S.E.A. They are willing to sell their religion, mothers, sisters & daughters as long as they can stay in power.

    Corruption have slaughtered our nation economically created & mastered by Mahathir & now being perfected by UMNO/BN.

    We should emulate the China law when comes to corruption among government officials when death sentence is imposed.

    In Malaysia, in view of the rampant & cultured corruption practices from the PM right down to the Peon/Office Boys, I would strongly suggest that when a government official is found guilty of corruption, they should be stripped naked, walk around in town for 12 hours, flogged them in the public for 2 consecutive days, then hang from the lamp post on the 3rd day & allow their remains to be cleared by flesh eating vultures.

    Their corpse dont deserve any respect or religious rituals as they have betrayed the trust of the citizens & have cheated the people/tax-payers blood, sweat & tears.

    The Taliban method is the best formula suited for these nation's plunderers @ najis masyarakat which is mostly found in UMNO/BN

    We all know what happened in the last GE in Rembau. The whole district machinery was against the opposition. The D.O (Rawi) & A.D.O was the bloody running pariah dogs for UMNO/BN & they will pay the price for the injustice they did on the Rembau people when the judgement day comes in the eyes of God.

    Keep up the great work En. Badrul..we are all behind you all the way!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1:30 AM

      You cainis just shut up okay. You are nothing but just some immigrant from china. Nfw we're gonna accept the cainis law man.

      Slant eyed gook

      Delete
  3. always behind u bro..

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:10 AM

    Teruskan perjuanganmu, chegubard. Jangan pedulikan balaci2 rejim UMNO/BN.

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:33 PM

    KALAU MEREKA BOLEH BAYAR 57JUTA KEPADA SYARIKAT YANG ADA KONTRAK DENGAN BBC LONDON BAGI MENAIKKAN IMEJ PERDANA MENTERI DAN KERAJAAN MALAYSIA, KOMPAS ITU APA NATANG. KOMPAS KAN INDON. SUSAH KER NAK BELI ORANG YANG BERNIAGA. SEMUA AKHBAR ADALAH AHLI PENIAGA DAN SANGGUP BUAT APA SAJA JANJI ADA ONGKOSNYA. CUMA SEKARANG TIDAK BOLEH DIBUKTIKAN. INSYALLAH, SATU HARI SEMUA AKAN DIKETAHUI UMUM. ALLAH ITU MAHA BESAR DAMN KUASA ALLAH TUNGGU MASA SAJA UNTUK DIPERLIHATKAN.

    ReplyDelete
  6. ok bro,all the way with u...fight we must until achiving victory against corrupt regime....

    ReplyDelete
  7. Anonymous1:21 AM

    hg lagi pembohong besar...gila glamour...blah la chegu bard..

    ReplyDelete
  8. Anonymous1:01 AM

    perjuangan adalah perlaksanaan kata2..menentang dgn fakta..congrats samm

    ReplyDelete
  9. betina tu tak rasa bersalah apa2 pun... memang tujuan dia tinggalkan laki dia dulu nak kejar lemewahan dan kedudukan. dia akan lakukan apa saja selagi masih bernafas... kerjakan dia cukup2 sampai dia minta ampoon...

    ReplyDelete
  10. Anonymous6:29 PM

    http://pejuangmelaka.blogspot.com/2011/10/mp-dap-bawa-isu-hot-ke-parlimen.html

    sila JAWAB

    ReplyDelete
  11. Anonymous10:33 PM

    Kalau cerita chegu bard tu tak betul ia akan menjadi fitnah. Chegu akan didakwa di akhirat nanti. Bertaubatlah chegu bard

    ReplyDelete
  12. hehehe.. manusia yang berfikiran adil je yang boleh nampak kebenaran.. teruskan bro.. tak payah goyang dgn BN/UMNO nih.. kroni drang ni menongkat dunia mmg susah nak berubah.. salute!!!

    ReplyDelete
  13. Anonymous9:45 AM

    Semoga perjuangan anda diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusan dalam menegakkan kebenaran, jangan takut dan gentar, teruskan perjuangan sehingga ke akhir, Allahu Akbar!

    ReplyDelete