Friday, November 20, 2009

Adik Najib harus perjelas pegangan saham hampir 28 juta unit

Gambar : Najib dan adiknya Nazir. Jika tanpa kedudukan Najib adakah adiknya mampu mendapat apa yang dia dapat hari ini ?

Hari ini mendapat email dari seorang kakitangan CIMB yang meminta cheGuBard mendedahkan mengenai pegangan saham adik ipar Rosmah(Adik Najib Razak), Dato Seri Nazir Razak dan Isterinya, Datin Seri Azlina Aziz yang berjumlah kira - kira 28,353,261 unit saham CIMB.

Dalam laporan tahunan CIMB 2008 dalam muka surat 69 menyatakan Dato' Seri Nazir Razak memiliki saham berjumlah 27,953,261 unit dan dalam muka surat 71 dinyatakan Datin Azlina Aziz (isterinya) memiliki 400,000 unit saham. Maknanya mereka suami dan isteri memiliki 28,353,261 unit saham yang dari segi nilaian tunainya sudah pasti lebih RM 30 juta pada kewangan berakhir pada 31 Disember 2008. Itu belum masuk lagi nilai saham yang dilupus atau jual dalam tahun tersebut yang hampir 1 juta unit saham.

Adik Rosmah atau Najib sendiri harus tampil menjelaskan perkara ini.

Sebelum ini timbul isu Obama, Presiden Amerika menghubungi Najib memberi amaran keras berkenaan dengan penglibatan bank Malaysia dalam transaksi kewangan dalam penyeludupan senjata Korea Utara dan Myanmar. sila klik sini untuk baca lanjut.

11 comments:

  1. Anonymous6:46 PM

    chegubard.... u ni banyak cerita ar...

    nik ajis sendiri pernah berkata "apa salah saya lantik anak menantu saya? sebab nabi pun begitu juga...."

    pakatan RIOT.. cerita lebey... macam la mat leather king tu...

    pakatan riot ingat, jika mereka berkuasa, kes-kes integriti ni boleh diatasi? gi mati..

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:52 PM

    anon 6.46 : better late than never.. lebih baik dedah skrg daripada jadi nanah.. sekurang-kurangnya ada usaha nak berintegriti...daripada takde langsung sampai indeks rasuah pun msia dah corot berbanding singapura... apa punya turrrr daaaa.... - Neo

    ReplyDelete
  3. UMNOI /BN DARI DULU KINI & SELAMANYA PENUH DENGAN PENYAMUN TARBUS YANG TAK PAKAI TARBUS TAPI PAKAI NECKTIE ! HARTA NEGARA & RAKYAT ADALAH HARTA MAKBAPAK MEREKA ! KAKI AMPU & PENJILAT UMNOI BANYAK ADA TAPI CEPAT PANAS BILA KEBENARAN DIDEDAH ! PERGI JAHANAM PENGAMPU-PENGAMPU PARTI PENGKHIANAT PADA AGAMA & NEGARA, TAHNIAH & SYABAS PENDEDAHAN CHEGU BARD :) TERUSKAN PENDEDAHAN SEPERTI YANG KINI KERAJAAN PR SELANGOR SEDANG BUAT,BIAR PANAS BONTOT-BONTOT PENYELEWENG KHAZANAH NEGARA & RAKYAT ! ALLAHU AKBAR !

    ReplyDelete
  4. Anonymous8:10 PM

    Memang tak salah pilih kerabat kita kalau tahu mereka berintergriti dan boleh dipercayai. Tapi taklah sampai bolot berjuta-juta, dapat kontrak sana-sini.

    ReplyDelete
  5. Anonymous8:58 PM

    chegubard.... u ni banyak cerita ar...

    nik ajis sendiri pernah berkata "apa salah saya lantik anak menantu saya? sebab nabi pun begitu juga...."

    pakatan RIOT.. cerita lebey... macam la mat leather king tu...

    pakatan riot ingat, jika mereka berkuasa, kes-kes integriti ni boleh diatasi? gi mati.

    .....................
    NI ADA LAGI ORANG GILA KOMEN..
    HAYYY KALAU NAK KOMEN PUN BACA TAJUK LA.
    KALAU TAK RETI KOMEN TU TAKUAH BACA LAA

    ReplyDelete
  6. Anonymous7:28 AM

    tu la kalau jadi peminat rasuah parti umno.......tak de langsung sikap positif nak hapus rasuah

    lu tengok la laporan audit negara terhadap negeri pakatan penang, selangor, kelantan , kedah......cemerlang punya report card

    ReplyDelete
  7. Anonymous3:47 PM

    anon 6:46 tu dia comment cam tu pasai dia pun ada share dalam najis n semah pun kitchen cabinet dah! Jange mare sama anon 6:46 tu..dia tu bengap dah!

    ReplyDelete
  8. Anonymous2:30 PM

    bila kita belum memerintah, jgn sangat kita hentam orang lain. Hari ini takde kuasa, esok lusa bila ada kuasa habis negara di jual.Tengoklah di Selangor Perak dan Penang, agama pun nak gadai

    ReplyDelete
  9. Anonymous2:31 PM

    Betul ke Chegubard terima gaji RM10,000 dari seorang pemimpin politik untk bantai UMNO dan kerajaan

    ReplyDelete
  10. salam

    terima kasih kepada yg sudi letak komen.... alhamdunillah Nik Aziz menerima teguran dan akhirnya mengarahkan menantu dia meletakkan jawatan.... tetapi ramai lagi kerabat ahli politik Bn dalam syarikat berkepentingan kerajaan... kenapa tidak melakukan perkara yang sama...

    gaji RM10,000 haha itu tuduhan lucu.... saya tempoh hari ada bekerja sekejap dengan syarikat bawah kerajaan negeri selangor dengan kelulusan yang saya ada yang saya perolehi jawatan melalui interview terbuka namun saya akhirnya melatkkan jawatan kerana mempertahankan prinsip bila berlaku pertembungan kepentingan.....

    kini tak bekerja.... full time ceramah dan jual bahan seperti cd dan buku.... kereta dah 3 bulan tak bayar... bil api air di rumah tertunggak... anak nak lahir next month pun tak tentu lagi nasib sebab wang bersalin yang diketepikan sudah digunakan untuk aktiviti parti di rembau.....

    biarlah allah maha mengetahui !

    ReplyDelete
  11. Anonymous3:08 PM

    Chegu Bard,
    Hang ni banyak cerita tah betul tah idak hang ni bukti takde cerita je tak guna. La ni orang cerita dengan fakta bukan gosip, hang ni elok jadi wartawan melodi la....Hang mesti gentle tunjuk bukti baru khairy ka MB ka takut kat hang. La ni depa tengok hang macam semut hang kat atas tu je.... APA La.

    ReplyDelete