Semalam diumumkan keputusan UPSR 2009. Kesempatan ini cheGuBard ingin ucapkan tahniah kepada semua pelajar yang bersungguh - sungguh mengulangkaji pelajaran dan sesungguhnya semua itu berbalio dengan keputusan yang diperolehi. Kepada yang mendapat keputusan yang agak memberansangkan maka jadikan ia satu pengajaran yang berguna untuk mendepani persekolahan mendatang.
Sudah tentu juga tahniah kepada ibu bapa khususnya yang bertungkus lumus menghadapi tekanan hidup menyara keluarga tetapi masih mampu meluangkan masa untuk bersama anak - anak ke arah melahirkan anak bangsa yang berjaya. Kepada warga pendidik tidak lupa usaha bersungguh semua harus mendapat pengiktirafan juga.
Seperti biasa tiap tahun pasti keputusan akan meningkat. Namun keputusan ini masih diragui apabila sistem Gred Penilaian Nasional (GPN) masih lagi menjadi 'rahsia'. Kita punya sejarah bagaimana GPN boleh diubah demi mendapat keputusan cemerlang bagi kononya 'membuktikan' sistem persekolahan seperti PPSMI kononya berjaya. Gred direndahkan maka sudah tentu pencapaian meningkat.
Namun adakah ini membuktikan peningkatan kualiti pendidikan dan pelajar itu secara realitinya ?
Juga harus masih diberikan perhatian dalam keputusan UPSR ialah masih wujud berbezaan jurang antara sekolah bandar dan luar bandar. Jika ini gagal diberikan perhatian segera maka sudah tentu ia akan lebih memburukkan jurang masyarakat antara kawasan bandar dan luar bandar dalam negara ini selain dari jurang antara kelas masyarakat yang makin serius dalam negara.
Namun secara keseluruhanya tahiah buat semua.
p.s : hari ini berada di Pulau Pinang dan buat kerja di Pusat Khidmat YB Malek (ADUN Batu Maung), semua petugas Pusat Khidmat sedang sibuk ke semua sekolah dalam kasawan DUN mengumpulkan nama anak cemerlang UPSR untuk diberikan anugeraf inisiatif dan bantuan lanjut pelajaran. Tahniah kepada YB Malek dan pasukan petugasnya harap semua YB Pakatan boleh buat macam beliau.....
Sudah tentu juga tahniah kepada ibu bapa khususnya yang bertungkus lumus menghadapi tekanan hidup menyara keluarga tetapi masih mampu meluangkan masa untuk bersama anak - anak ke arah melahirkan anak bangsa yang berjaya. Kepada warga pendidik tidak lupa usaha bersungguh semua harus mendapat pengiktirafan juga.
Seperti biasa tiap tahun pasti keputusan akan meningkat. Namun keputusan ini masih diragui apabila sistem Gred Penilaian Nasional (GPN) masih lagi menjadi 'rahsia'. Kita punya sejarah bagaimana GPN boleh diubah demi mendapat keputusan cemerlang bagi kononya 'membuktikan' sistem persekolahan seperti PPSMI kononya berjaya. Gred direndahkan maka sudah tentu pencapaian meningkat.
Namun adakah ini membuktikan peningkatan kualiti pendidikan dan pelajar itu secara realitinya ?
Juga harus masih diberikan perhatian dalam keputusan UPSR ialah masih wujud berbezaan jurang antara sekolah bandar dan luar bandar. Jika ini gagal diberikan perhatian segera maka sudah tentu ia akan lebih memburukkan jurang masyarakat antara kawasan bandar dan luar bandar dalam negara ini selain dari jurang antara kelas masyarakat yang makin serius dalam negara.
Namun secara keseluruhanya tahiah buat semua.
AlhamdulilLah, tungkus lumus para pendidik melaksanakan tugas untuk mencapai objektif dasar pelajaran kebangsaan membuahkan hasil. Semua pihak suka dan gembira.
ReplyDeleteTak sia-sialah kerajaan menjaga kebajikan guru-guru dan pegawai-pegawai pelajaran kita sehingga anak-anak kita mendapat faedahnya.
Semoga Allah kekalkan kekuatan dan istiqomah kerajaan untuk meneruskan yang terbaik untuk seluruh rakyat Malayasia yang bersyukur dan berterima kasih.
Kita berdoa agar dikurangkan spesis rakyat yang suka mengelirukan rakyat untuk mencapai cita-cita alias keinginan tersendiri mereka.
Amin ya rabbul alamin.