Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia
16 Nov. 2011
SAMM sokong Md Sabu Istihar harta dan semua calon harus ikuti.
Solidariti
Anak Muda Malaysia dengan ini mengucapkan tahniah di atas komitmen Tn
Hj Mohamad Bin Sabu, Timbalan Presiden PAS untuk mengistiharkan harta
sebelum menyertai PRU 13 jika dinamakan oleh parti sebagai calon,
Komitmen beliau telah dtegaskan melalui ucapan dalam Perasmian Muktamar
Dewan Pemuda PAS ke 53 di Kelantan beberapa hari lalu. Tindakan berani
ini perlu kerana PRU dan pentadbiran negara masa mendatang ini
memerlukan komitmen tinggi pemimpin dan ahli politik yang telus dan
penuh berintegriti.
SAMM menyeru rakyat atau pengundi menjadikan pengistiharan harta ini
sebahagian syarat wajib untuk mendapatkan undi rakyat. Rakyat
seharusnya bangkit tolak pemimpin calon yang tidak mengistiharkan
hartanya. Pengistiharan harta juga perlu dibuat secara serius turut
mengumumkan harta calon, isteri, anak dan saudara terdekat. Ini penting
dan mengelakkan salah guna kuasa dan rasuah. Ramai ahli politik yang
menjadi kaya mendadak walaupun baru sahaja memegang jawatan tertentu
dalam pentadbiran negara. Baik Bn atau PR selepas mengistiharkan harta
sebelum PRU maka apabila ingin memasuki PRU berikut rakyat boleh menilai
berapa banyak laba yang diperolehi apabila duduk sesuatu jawatan atau
mandat yang diberikan rakyat. Tanpa menafikan sememangnya bukan sedikit
mereka yang dahulunya hidup sederhana malah susah tetapi selepas PRU
meraih laba yang melampauapabila duduk mengalas sesuatu amanah yang
diberi rakyat.
Rakyat juga perlu menilai kejujuran dan kebenaran harta yang
diistiharkan dan keadaan semasa kehidupan seseorang bakal calon.
Makenisma istihar harta mungkin ada kelemahan tetapi yang penting wajib
istihar dan rakyat akan melihat betapa serius kita melakukannya demi
menjamin pentadbiran yang berintegriti. Sama ada ia inisiatif SPR
menjadikan ia perkara wajib, atau usaha parti politik mahupun individu,
yang pastinya rakyat harus menjadikan pengistiharan harta sebagai satu
kreteria wajib sebelum memilih calon.
Sekian;
che'GuBard
Penyelaras SAMM kebangsaan
No comments:
Post a Comment