Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia
16 Nov 2012
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memerhati dari dekat perjalanan muktamar Dewan Pemuda PAS di Kelantan yang ke 53 yang berlangsung di K.Bharu.
Selaku sayap muda parti politik yang punya kekuatan jaringan logistik
yang terkuat maka sewajarnya SAMM melihat perbincangan dan keputusan
dalam muktamar tersebut penting dalam gerakan rakyat dalam negara Malaysia.
SAMM dengan ini memandang serius cadangan melalui perbahasan
perwakilan Dewan Pemuda PAS yang menolak mobilisasi besar sebelum
pilihanraya umum. Menghormati dan memahami hujah seharusnya sumber yang
ada seharusnya difokuskan kepada aktiviti kempen pilihanraya namun harus
diingatkan jika padang Pilihanraya Malaysia ini rata sudah lama regim Bn ini diturunkan dari tampuk kuasa. Masalahnya kini bukan kempen
pilihanraya tetapi proses pilihanraya yang pincang dan penuh penipuan.
Seharusnya selaku pemain - pemain berpengalaman dalam arena politik
Malaysia, SAMM yakin dewan pemuda PAS cukup matang menilai dan menyedari
hakikat penipuan dalam proses pilihanraya yang diketengahkan. SAMM
gusar kita menyedarkan rakyat mengenai penipuan pilihanraya kemudian
kita mengajak rakyat terus memasuki proses pilihanraya yang jelas
disedari menipu tanpa berbuat apa-apa dan selepas kita tewas kerana
penipuan baru mengajak rakyat turun ke jalan maka ketika itu kita akan
ditertawa.
SAMM yakin dewan pemuda PAS punya perbagai kepakaran, penipuan
pilihanraya harus ditangani dengan perbagai cara. SAMM mengharapkan
dewan pemuda pas tampil dengan proses perundangan membawa bukti - bukti
penipuan pilihanraya ke mahkamah dan memohon penangguhan PRU selagi
proses PRU tidak diperbetulkan dan penting daftar pengundi
dibersihkan.Selain turun ke jalan banyak yang boleh dilakukan tetapi
turun ke jalan bukan untuk bersuka ria, ia keputusan besar yang menuntut
komitmen tinggi namun ketika tidak banyak pilihan maka itu satu yang
wajar.
Satu fakta yang tidak harus dilupakan ialah jika PRU itu boleh
menyebabkan regim ini hilang kuasa maka yakinlah PRU itu juga akan
diharamkan. Ini telahpun berlaku dalam undi ke tiga rakyat Malaysia yang
hilang begitu sahaja.
Bila negara rosak maka kembalilah kepada kuasa rakyat. BERSIH 2007
telah menghasilkan keputusan PRU 2008. Kita memerlukan momentum rakyat
bangkit melawan penipuan dan penindasan.
Kepada semua rakyat Malaysia ayuh sedia untuk aksi terbesar dalam sejarah negara.
cheGuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
Yang penipu dan pembuat fitnah tu kau bodoh, jangan pakai gelaran cekgu buat malu golongan cekgu saja, golongan cekgu mana ada buat fitnah dan penipu macam kau.
ReplyDelete