9
Ogos 2016 (Selasa)
LOBI
KORPORAT DI BELAKANG PERTUKARAN STATUS LOT 68054 ? SIAPA PROKSI DAN BERAPA
NILAI BERTUKAR TANGAN ?
1. Berdasarkan
Minit Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
bilangan 11/2014 secara jelas (Febuari 2014) menyebut dengan jelas Kerajaan Negeri Selangor (ketika itu Menteri
Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim) telah
menolak untuk menukar status lot 68054, Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat
kerana lot tersebut terletak di dalam kawasan Paya Indah Wetland.
2. Kenyataan
Media saya dengan tajuk "PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR
MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA" dijawab
kerajaan negeri dengan mengatakan tiada pertukaran status dan perlengkungan
semula adalah satu pembohongan. Ini mungkin kerana mereka memikirkan saya tidak
punya dokumen lengkap. Namun setelah saya jawab dengan dokumen rasmi kerajaan
Selangor sendiri nampaknya mereka panik dan cuba mengalihkan isu dengan merujuk
jawapan mereka kepada nombor lot lain. Ia mengundang ketawa ramai kerana lain
yang ditanya lain yang dijawab. Panik kerajaan negeri juga ditunjukkan oleh
Menteri Besar dengan lari dari media.
3. Untuk
pengetahuan semua melalui kerajaan Umno – Barisan Nasional sebelum ini tanah
seluas 619 hektar (1529 ekar) itu telah diberi milik kepada tauke cina yang
memegang tanah tersebut pada tahun 1994 melalui syarikat Salak Land Development
Sdn Bhd. Namun 4 Menteri Besar tidak ‘berani’ menukar status tanah tersebut
untuk dibangunkan kerana ia terletak di dalam zon Hijau Paya Indah Wetland
iaitu kawasan khazanah alam yang penting dan sebarang pertukaran status akan
memberikan impak besar terhadap kestabilan alam.
4. Terakhir
Bulan Febuari 2014 ia ditolak. Ini
beerti 22 tahun cubaan memajukan tanah ini gagal kerana ia terletak di dalam
kawasan Paya Indah Wetland. Namun tiba – tiba September 2014 Gamuda telah
mengumumkan membeli tanah tersebut melalui pembelian syarikat Salak Park
Development dengan nilai RM784.3 juta.
5. Investor
Central yang berpusat di Singapura telah membuat "#survey"
berhubung pembelian tanah Salak Land berharga RM784.3 juta oleh GAMUDA. Antara
yang dibangkitkan ialah adakah berbaloi dan sepadan dengan nilai? soalan paling
panas ialah "Apakah akan berlaku jika Gamuda tidak mendapat kebenaran
untuk menukar status tanah pertanian kepada pembangunan bercampur? Apakah yang
membuat GAMUDA berani membeli tanah yang 22 tahun gagal ditukar status malah
baru saja 6 bulan sebelum itu ditolak untuk pertukaran status ? Mungkin
strategi khusus sudah diatur ?
6. 5
Disember 2014: Gamuda Berhad umum menjual 40% kepentingannya dalam Syarikat
Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor menawarkan RM250.6 juta namun harga ini masih dalam
perundingan. Pihak Gamuda ada bertemu dengan Azmin Ali bagi menyelesaikan
penjualan ini. [http://www.thestar.com.my/business/business-news/2014/12/05/gamuda-splash-worth-at-least-rm28bil/
]. Laporan ini turut menyentuh
tanah di Mukim Tanjong Dua Belas
7. 24
Januari 2015: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 3/2015 mengesahkan
Pengubahan Rancangan Tempatan (RT) Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020. Pindaan
Sebahagian Zoning Guna Tanah dalam RT Kuala Langat. Tapak BPK 1.15 Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala
Langat Utara sebagai kawasan pembangunan.
8. 9
Februari 2015: Majlis Daerah Kuala Langat mengesahkan tiada halangan untuk
sebagaimana MMKN 3/2015. Penukaran status tanah Pertanian kepada Bangunan
Kediaman. - sebelum itu 6 Februari 2015 tidak menyokong cadangan ini. Menurut
rekod yang ada Jabatan Alam Sekitar (JAS) membantah.
9. 17
Februari 2015: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Azmin
Ali selaku Menteri Besar meluluskan pertukaran status selepas Pengezonan semula
itu.
10. 6
April 2015: Azmin Ali terus mesra bekerjasama dengan Kumpulan Gamuda. Azmin Ali
merasmikan Pusat Pemborong GM Klang bersama Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn
Bhd, Datuk Lim Seng Kok. Gamuda dengan yakin umumkan bakal menjadi pusat
sehenti pemborong antarabangsa terbesar dan komprehensif di Malaysia sekali gus
menjadikan Klang, Selangor sebagai sebuah pusat perdagangan serantau. [http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/gm-klang-sasar-laluan-luar-negara-1.376537]
11. 25
Mei 2016: Ditengah kemelut penjualan saham SPLASH kepada kerajaan Negeri dan
pertukaran status tanah Lot 68054, YAB Dato' Seri Azmin Ali mengambil peluang
untuk Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Gamuda Land membina 714 unit rumah
mampu milik menerusi Rumah Selangorku di Jade Hills, Kajang. GDV RM1.3bilion.
12. 9
April 2016: Pejabat Tanah dan Galian Selangor meluluskan pertukaran nama Geran
Lot tanah 68504 kepada GAMUDA BERHAD. Ia dilihat banyak pihak sebagai ‘segera’
13. Ketika
ramai mengeluh kerja pembangunan tanah di Selangor banyak ‘red tape’,
pelengkungan semula ( re zone) tertangguh seperti contoh ada kawasan dalam
Majlis Perbandaran Selayang tertangguh pelengkungan semula lebih kurang 3 tahun
kerana isu tiada bajet dan bukan tumpuan kenapa tiba – tiba dikawasan tersebut
ia dilajukan ? Adalah jelas Rancangan
Tempatan Kuala Langat 2020 dipinda dengan memberikan kesan bukan sahaja kawasan
Paya Indah Wetland malah Hutan Simpan Kuala Langat Utara sebagai kawasan
pembangunan dibuat atas keperluan Gamuda.
14. Kenapa
tanah ini menjadi keutamaan untuk diselesaikan pertukaran status pada bulan -
bulan awal Azmin menduduki kerusi MB, adakah ia ada kaitan dengan 'membalas
jasa' tokoh - tokoh korporat yang menjadi pelobi pintu belakang ketika
perebutan kerusi MB dari Presiden Parti Keadilan Rakyat ? Sangat diyakini
ada pertembungan kepentingan (conflict
of interest) . Pasukan yang dibentuk sejak Mac lalu yang dianggotai oleh
aktivis masyarakat, aktivis alam sekitar, peguam, ahli akedemik dan mendapat
sokongan serta kerjasama perbagai pihak termasuk pegawai kerajaan sedang
meneliti beberapa fakta dan dokumen dalam usaha menjejaki jika ada proksi dan
dalam projek yang bernilai berbilion ini, berapa puluh atau ratus juta komisyen
pula bertukar tangan ?
15. Untuk
itu kita akan membuat pengumuman dari masa ke semasa untuk semua penemuan dan
InsyaAllah sebaik sahaja lengkap kita akan mulakan tindakan dengan merujuk
kepada proses perundangan dan pihak berwajib. Sehingga kini tuntutan kami jelas
Kerajaan Negeri perlu menukar semula kawasan tersebut kepada kawasan hijau semula
dan yang bertindak menipu bagi pihak kerajaan negeri dalam penafian palsu wajib
letak jawatan. Kami lakukan ini semua demi memastikan khazanah alam terpelihara
dan integriti kerajaan yang dinaikkan atas nama rakyat terus terpelihara.
che’GuBard
Pengasas,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Pengasas,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
No comments:
Post a Comment