Kenyataan Media
4 Januari 2016
1. Pertamanya saya pertegaskan sekali lagi isu korupsi, pembaziran, penyelewengan dan salah atau lemah urus tadbir tidak kira dilakukan oleh regim Barisan Nasional atau pihak mana sekali pun yang mentadbir negara atau negeri harus ditegur dan dibongkarkan.
2. November 2015 saya mula menulis dalam blog (chegubard.blogspot.com) mendedahkan wujud projek (facelift) menaik taraf pintu gerbang (Gerbang Kota Darul Ehsan) dengan nilai hampir RM10 juta (RM9.7juta). Sebuah syarikat tempatan menggunakan nama arab memperolehi projek ini.
3. Sebaik sahaja pendedahan dilakukan maka pengampu mula membuat penafian termasuk ada yang mengatakan tuduhan saya fitnah. Namun beberapa hari selepas itu para pengampu yang menafikan terkedu apabila Menteri Besar Selangor sendiri mengakui wujud projek (facelift) tersebut dengan amaun yang dinyatakan cuma Menteri Besar Selangor melepaskan tangan dengan menyatakan tidak perlu dipertikai kerana ia diluluskan di dalam Sidang DUN Selangor dan syarikat yang menjalankan kerja mendapatkan projek melalui proses tender terbuka. Azmin juga berkali – kali menyatakan dia tak terlibat dalam jawatankuasa tender dan dia tidak bersalah. Maka jelas ada yang tidak kena dan Azmin ialah ketua kerajaan negeri ia harus bertanggung jawab dan sikap ditunjukkanya jelas sikap ala Mahathir yang sentiasa mencari kambing hitam bila ada kegagalan.
4. Saya membalas kenyataan tersebut dengan menyatakan, jika dewan dijadikan alasan untuk semua amalan pembaziran dan seumpamanya tidak boleh ditentang maka GST dan banyak perkara lagi tidak boleh dipertikai pembangkang kerana turut diluluskan melalui dewan parlimen.
5. Azmin yang begitu tertekan dan tidak mampu menjawab kemudian terus menyerang saya sebagai pencacai Umno. Azmin tidak mampu berdepan isu ini maka satu kenyataan dikeluarkan oleh salah seorang ADUN nya jelas tujuanya bagi menjelaskan dan membersihkan nama Azmin.
6. Namun kenyataan Haniza Talha itu terus mengheret isu ini ke satu bahagian yang lebih mengelirukan.
a. Haniza menyatakan projek ini diluluskan oleh Menteri besar dahulu
b. Nilai tinggi kerana ia Simbolik kepada negeri Selangor
c. RM9.8, harga munasabah ?
d. akui projek dibelakang jadual
e. Kait nama Istana ?
f. Projek ini hanya didahulukan wang kerajaan dan kemudian akan digantikan dengan derma.
7. Dalam perkembangan yang lain berkenaan isu balak, disini saya tegaskan Azmin menipu dalam kenyataan medianya apabila dia menyatakan syarikat yang memperolehi kawasan balak itu mendapatkanya melalui tender terbuka.
8. Malah dia mencabar saya membuktikan bahawa dua syarikat dapat kawasan balak bukan melalui proses tender terbuka. Jawapan saya mudah kalau ia tender terbuka mana iklan tendernya ? dan saya mahu sebut dengan jelas dalam tangan saya ada dokumen Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang membuktikan tidak ada proses tender terbuka dijalankan sebelum dua syarikat itu mendapat kawasan membalak tersebut.
9. Ramai pimpinan parti bersetuju dengan apa yang saya lakukan namun saya diperingatkan betapa ada usaha yang bersungguh mahu saya dipecat dari parti. Saya pernah ditunjukkan pintu keluar dihina dan dipijak dalam parti sendiri, saya difitnah meninggalkan parti namun realitinya saya masih disini, saya sayangkan parti ini kerana inilah rumah perjuangan saya. Saya ulang isu korupsi, pembaziran, penyelewengan dan salah atau lemah urus tadbir tidak kira dilakukan oleh regim Barisan Nasional atau pihak mana sekali pun yang mentadbir negara atau negeri harus ditegur dan dibongkarkan. Kita melawan bukan sekadar untuk ambil alih kuasa tetapi untuk menjadi lebih baik dari yang sedia ada. Janganlah perlawanan melawan korupsi, penyelewengan, pem,baziran dan salah atau lemah urus tadbir itu hanya menjadi selogan, ingat....perjuangan adalah perlaksanaan kata – kata.
10. Kenyataan media saya hari ini untuk menjawab cabaran Azmin
Sekian ;
che’GuBard
Sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/01/isu-pintu-gerbang-darul-ehsan-ikuti.html?m=1 untuk menonton video sidang media 16 Disember 2015
No comments:
Post a Comment