Kenyataan Media
16 Disember 2015
AZMIN ALI MEMALUKAN : DARI ISU
ZAKAT KE DEIG, PEMBAZIRAN MELAMPAU DAN KORUPSI TERANCANG ?
1.
Sehingga kini YAB Datuk Seri Azmin Ali, Menteri
Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih
gagal menjelaskan isu agihan Zakat (jutaan RM) dari Selangor yang diagih ke
seluruh negaran (Ramadhan lepas) bukan saja menggunakan jentera parti tetapi ia
diagih secara terpilih melalui pemimpin parti penyokongnya sahaja. Langsung
tiada makenisma bagi memantau ketirisan dan kelayakan agihan serta penerimanya.
Ini jelas satu pengkhianatan kepada Institusi Baitulmal Selangor itu sendiri.
(sila klik : rujuk lampiran 1)
2.
Sehingga kini Azmin Ali telah memberikan
reputasi yang buruk kepada PKR apabila berbolak balik dalam isu DEIG apabila
konon mengatakan ia belum beroperasi tetapi sebaliknya amat memalukan apabila
ADUN Umno Selangor berjaya buktikan penipuan tersebut apabila DEIG mendapat
pinjaman bank dalam jumlah besar ketika tempoh yang Azmin sebut DEIG belum
beroperasi. Mujur DEIG dibangkitkan oleh teman – teman ADUN dalam sidang DUN
Selangor jika tidak skandal DEIG ini akan lebih parah dari 1MDB. (sila klik : rujuklampiran 2)
3.
Terbaru muncul pula isu dimana peruntukan
sebesar RM9.7juta dibazirkan hanya untuk membaiki (cat/facelift) pintu gerbang. Projek (cat/facelift) Gerbang Kota Darul
Ehsan dengan nilai sedemikian amat tidak masuk akal dan membazir. Bila ditanya
oleh media, Azmin hanya menjawab projek tersebut tidak boleh dipertikai kerana
telah diluluskan melalui sidang dewan. Soalnya GST (contohnya) diluluskan dalam
sidang dewan juga, adakah Azmin ingin mengatakan GST (oleh kerajaan pusat Bn)
sesuatu yang wajar dan tidak boleh dipersoal kerana diluluskan melalui sidang
dewan. RUU MKN yang baru diluluskan, adakah Azmin ingin menyatakan ia tidak
wajar ditentang walaupun berpotensi melahirkan diktator hanya kerana diluluskan
melalui dewan ? (sila klik : rujuk lampiran 3)
4.
Tindakan RM9.7juta hanya untuk (cat/facelift)
pintu gerbang sesuatu yang sangat membazir. Bayangkan jika disalurkan melalui
dana usahawan atau pendidikan, berapa ramai anak miskin mampu lahir sebagai
usahawan atau mendapat pendidikan percuma. Bila saya bangkitkan perkara ini
beberapa pemimpin PKR Selangor cuba menjelaskan kononya projek ini diluluskan
oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, ini amat melucukan kerana mereka perlu sedar yang
saya pertikaikan bukan Azmin selaku individu tetapi pembaziran tersebut. Ada
pula yang lebih lucu cuba mengheret nama Sultan kononya projek itu bagi
memenuhi kehendak Sultan. Tindakan ini memalukan parti dan memberikan modal
buat musuh. Itu baru persoalan nilai projek belum diselongkar bagaimana proses
tender dilakukan.
5.
Terbaru saya telah dibekalkan maklumat wujud, kawasan
hutan simpan yang mempunyai kayu balak bernilai tinggi telah diserahkan dengan
cara meragukan (tanpa proses tender yang betul). Tenaga Nasional Berhad (TNB)
telah diluluskan bagi projek jajaran talian penghantaran elektrik yang melalui
kawasan hutan di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Iaitu melibatkan talian penghantaran Sungai Terentang,
Rawang dan Mahkota Cheras. Dilaporkan Jabatan Perhutanan Selangor telah
meletakkan RM8 juta dan RM13 juta sebagai nilai bayaran bagi kayu balak yang
dibersihkan bagi laluan 2 projek tersebut. Berdasarkan beberapa syarikat
perkayuan menyatakan nilai kayu balak selalunya 4 kali dari nilai bayaran yang
dikenakan oleh Jabatan Perhutanan. Maka jika ini dikira nilai kayu 2 kawasan projek ini tidak kurang dari
RM45juta.
6.
RM45 juta nilai projek (kawasan balak hutan
simpan) telah diserahkan kepada dua syarikat tanpa proses tender ? Hari ini saya akan
menghantar surat (serahan pos laju) kepada Pengarah Jabatan Hutan Selangor
mengenai perkara ini. Beliau bertanggung jawab penuh atas perkara ini. Tanpa
tender ia adalah salah dan dia harus dihukum. Atau beliau perlu tampil
mengesahkan maklumat mengenai ‘arahan khas’ yang dia dapat untuk memberikan
kepada dua syarikat yang beralamat di Melaka dan Johor ini. Sangat pelik antara
syarikat yang mendapat kawasan pembalakan ini ialah sebuah syarikat yang
perniagaannya dalam bidang ‘Beuty and Spa’. Selain dari Pengarah Jabatan
Perhutanan Selangor wajar memberikan penjelasan, pihak Pejabat Menteri Besar
Selangor juga harus tampil kerana maklumat yang kami perolehi cukup untuk
mengaitkan kamu dalam perkara ini.
7.
Untuk ini kami menanti jawapan dan respon dalam
masa 14 hari dari Pejabat Menteri Besar dan Jabatan Perhutanan Selangor dalam
perkara ini.
che’GuBard
Anggota seumur hidup
Parti Keadilan Rakyat
Anggota seumur hidup
Parti Keadilan Rakyat
Azmin dah dato seri.Kau tu masih sampah tepi jalan. Sudah2lah Bad ..
ReplyDeleteDendam kesumat sejak pemilihan 2010 masih tak padam lagi..
ReplyDeleteAmanda Firma Pinjaman adalah satu-satunya pemberi pinjaman benar talian kerana saya mendapat pinjaman saya daripada mereka.
ReplyDeleteSaya mahu menggunakan peluang ini untuk memperingatkan semua orang di sini untuk berhati-hati semua pemberi pinjaman pinjaman yang menimbulkan untuk menjadi nyata. Mereka semua penipuan dan palsu dan niat mereka adalah untuk merobek anda wang keras anda lakukan.
Selepas saya bertemu dengan terma dan syarat syarikat, pinjaman saya diluluskan dan saya terkejut besar, ia telah dipindahkan ke dalam akaun bank saya dalam masa kurang daripada 24 jam.
Anda boleh menghubungi Puan Amanda melalui e-mel beliau amandarichardssonloanfirm@gmail.com atau amandarichardson686@gmail.com dan anda juga boleh hubungi saya di e-mel saya rasheedamuhammad10@gmail.com
Saya mahu anda mendapat faedah daripada tawaran pinjaman beliau.