Wednesday, December 16, 2015

ADAKAH LAPORAN RASUAH SAYA KE ATAS SKANDAL BALAK KELANTAN DI SAPU BAWAH KARPET SEPERTI LAPORAN RASUAH BERSANGKUTAN PEMIMPIN BN LAIN ?

KENYATAAN MEDIA

16 DISEMBER 2015

ADAKAH LAPORAN RASUAH SAYA KE ATAS SKANDAL BALAK KELANTAN DI SAPU BAWAH KARPET SEPERTI LAPORAN RASUAH BERSANGKUTAN PEMIMPIN BN LAIN ?

Pada 27 Oktober 2015 yang lepas saya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  berkenaan satu set dokumen yang saya yakini ada kaitan dengan ‘skandal pembalakan’ di negeri Kelantan.
Berikut ialah laporan saya di mana saya serahkan sekali dengan semua dokumen yang disebut.

Pada 19 Oktober 2015  beralamat di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) SAMM, No 344, Jalan Haruan 5-8, Oakland Commercial Centre II, Negeri Sembilan, saya (penama di atas) telah menerima satu sampul yang mengandungi sejumlah dokumen yang saya percaya ianya berkaitan penyalahgunaan kuasa dan rasuah melibatkan Komplek Perkayuan Kelantan (KPK).

Bersama ini, saya sertakan :

i. 1 surat bertarikh 08 Oktober 2013, dari Lapangan Desiran Sdn Bhd, kepada Komplek Perkayuan Kelantan, yang menyenaraikan 8 perkara sumbangan / habuan / bayaran berkaitan perjanjian di antara KPK dan syarikat tersebut. Dari sumbangan / habuan / bayaran yang disenaraikan, jelas terdapat wujudnya rasuah.

ii. Dokumen pembuktian transaksi sumbangan / habuan / bayaran 10 ekor lembu berkaitan perkara (i). – Resit penghantaran dan Salinan Kad Pengenalan penerima lembu tersebut disertakan

iii. Salinan surat sewa beli Public Islamic Bank sebuah kenderaan model Toyota Fortuner, D110 berkaitan perkara (i) sebahagian imbuhan

iv. Salinan cek bernombor 395721 Public Bank Kota Bharu Kelantan, milik syarikat Biotrend Asia (M) Sdn Bhd, bernilai RM1 juta dibayar kepada Zahri Bin Ismail berkaitan berkara (i).

v. Salinan invoice IFC Holding Sdn Bhd, yang dibilkan ke atas penama surat perkara (i), membekalkan 167 kotak PVC Vinyl tile code 3211, 167 kotak PVC Vinyl tile code 3111 dan 13 tin PVC Vinyl glue yang bernilai RM34,544.80 yang mempunyai kaitan dengan perkara (i).

vi. Salinan surat / perjanjian oleh Dato Zahri Bin Ismail, beralamat di Istana Negara Kuala Lumpur bertarikh 20 November 2012, kepada Dato Peter Sow Chin Chuan, yang beralamat Jalan Hospital Kota Bharu, menyatakan perjanjian jual beli 5000 ekar konsesi pembalakan milik KPK di mana Dato Zahri Bin Ismail bertindak atas kepentingan KPK menerima bayaran tunai RM150,000 dan tercatat baki RM4,850,000 (RM4.85juta). Salinan surat / perjanian jelas melibatkan penama-penama yang terkandung dalam perkara (i).

vii. Salinan resit pembayaran daripada Dato Sow Chin Chuan kepada Adli Aznam & Akram (peguambela & peguamcara) bernilai RM1 juta melalui cek Public Bank bernombor 395711.

viii. Salinan cek Public Bank Kota Bharu Kelantan, bertarikh 14 Ogos 2012, milik Biotrend Asia (M) Sdn Bhd bernilai RM1 juta, dibayar kepada Adli Aznam & Akram.

ix. 1 risalah 24 muka surat bertajuk ‘Surat Dato’ Husam Musa kepada YAB Menteri Besar Kelantan, Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Baldah Toyyibah yang diteliti ada kaitan dengan perkara-perkara di atas.

x. Salinan surat Dato’ Haji Husam Musa bertarikh 4 Oktober 2015, kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan, bertajuk ‘Selamatkan Kelantan, Hentikan Pemberian Hutan Simpan Kekal Untuk Ladang Hutan’ yang mempersoalkan syarikat yang mendapat keistemewaan membalak di Hutan Simpan Kekal Kelantan.

xi. Daftar perniagaan DHR Kelstar Plantation Sdn Bhd, syarikat yang berkaitan dengan surat perkara (x).

xii. Salinan gambar skrin akaun facebook Zahri Ismail yang diyakini disebut dalam beberapa dokumen di atas.

Dalam dokumen (vi) seorang yang dikenali sebagai Datuk Zahri Ismail telah menggunakan alamat Istana Negara. Ini menimbulkan keraguan. Carian di Laman social Facebook nama tersebut telah menemukan sebuah akaun yang mana individu tersebut secara jelas menampilkan diri dengan gambar – gambar bersama beberapa pimpinan kerajaan pusat. Penama ini amat meragukan dan disyaki cuba manipulasi (menipu) menggunakan hubungan beliau dengan beberapa pimpinan utama. Persoalan juga muncul bagaimana penama itu boleh menerima wang atas nama syarikat kerajaan negeri (KPK) dan menggunakan Istana Negara sebagai alamat penama.

Dengan semua dokumen ini SPRM seharusnya tidak ada alasan tidak memulakan siasatan malah cukup untuk mensabitkan penama – penama terbabit.

Saya telah tampil membuat laporan SPRM selaku anak muda Kelantan yang mana saya cukup gusar dengan perkembangan mutakahir ini. Selama ini saya dan kawan – kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan Barisan Nasional.
Tujuan saya membuat kenyataan media dan mendedahkan semua dokumen ini kepada umum adalah untuk membersihkan nama saya kononya saya hanya mereka fitnah dan tidak punya asas dalam membuat laporan SPRM. Malah saya merasa amat kecewa apabila ada antara ‘pemuka’ yang saya kenali yang juga rapat dengan Kerajaan Negeri mahupun PAS itu sendiri menyambut saya umpama musuh, adakah begitu cara Islam meraikan aduan salah laku ? Malah tanpa selindung saya juga menerima ugutan namun saya abaikan kerana yakin ini kerja orang terdesak.

Saya juga melahirkan rasa kecewa saya terhadap SPRM yang sehingga kini kelihatan tidak bergerak.
Saya mengajak untuk mengimbas laporan SPRM kononya Almarhum Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz menerima rasuah pakej haji. Hanya beberapa jam selepas laporan dibuat, SPRM mengumumkan wujud asas aduan dan SPRM telah membuka kertas siasatan rasmi. Malah Pemuda Umno terlibat membuat demonstrasi menghantar memorandum kepada SPRM.

Satu lagi kes, apabila laporan kononya Tan Sri Khalid Ibrahim melakukan ‘pecah amanah’ atau rasuah berkaitan agihan 46 lembu korban yang diagihkan di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Hanya dengan antara bukti selemah gambar agihan lembu yang mempunyai imej sebuah syarikat kaitan kerajaan negeri maka SPRM telah mengeluarkan kenyataan siasatan dijalankan dan hasil siasatan diserahkan kepada Peguam Negara.

Malangnya dalam kes yang punya bukti sekukuh yang dilampirkan, SPRM kelihatan langsung tidak bertindak malah membisu. Tiada kenyataan dibuat. Yang ada saya disiasat berjam – jam berkenaan laporan yang saya buat.

Selama ini saya hanya mendengar mengenai ‘cerita’ laporan SPRM yang dibuat oleh beberapa orang ke atas korupsi berkaitan Bn atau pemimpin Bn, hasilnya pelapor disiasat berjam – jam. Disabit kesalahan kerana membuat pendedahan tetapi yang melakukan korupsi terus dilindungi. Kali ini saya sendiri rasakan perkara yang sama. Cuma persoalanya adakah laporan yang saya buat juga dilindungi kerana ada kepentingan Bn atau mereka telah menjadi sekutu yang juga mendapat perlindungan ?

Sekian.

MOHD AFIQ BIN AYOB














4 comments:

  1. Anonymous8:25 PM

    Cikgu bangang dah melalak ..duit dah abis ke beb ...keluarlah tv3 lagi ..lepas tu check account ..dah bank in dah tu

    ReplyDelete
  2. Truskn usha skiranya isu pnipuan itu bkn 1 ftnah thdap kjaan klantan...ini 1 pndedahan utk slmtkn hrta klantn kira prlu brlpang dada utk mgakui ada slah laku dr phk kjaan klntn..klntn era tgna mmg kbykkn akui ktlusan pmmpinya kcuali phk umnobn dn stlh pmrgiannya tgn2 prosak kmbli pnjang utk kaut sdkit sbykk kkayaanya

    ReplyDelete
  3. Truskn usha skiranya isu pnipuan itu bkn 1 ftnah thdap kjaan klantan...ini 1 pndedahan utk slmtkn hrta klantn kira prlu brlpang dada utk mgakui ada slah laku dr phk kjaan klntn..klntn era tgna mmg kbykkn akui ktlusan pmmpinya kcuali phk umnobn dn stlh pmrgiannya tgn2 prosak kmbli pnjang utk kaut sdkit sbykk kkayaanya

    ReplyDelete
  4. Amanda Firma Pinjaman adalah satu-satunya pemberi pinjaman benar talian kerana saya mendapat pinjaman saya daripada mereka.
    Saya mahu menggunakan peluang ini untuk memperingatkan semua orang di sini untuk berhati-hati semua pemberi pinjaman pinjaman yang menimbulkan untuk menjadi nyata. Mereka semua penipuan dan palsu dan niat mereka adalah untuk merobek anda wang keras anda lakukan.
    Selepas saya bertemu dengan terma dan syarat syarikat, pinjaman saya diluluskan dan saya terkejut besar, ia telah dipindahkan ke dalam akaun bank saya dalam masa kurang daripada 24 jam.
    Anda boleh menghubungi Puan Amanda melalui e-mel beliau amandarichardssonloanfirm@gmail.com atau amandarichardson686@gmail.com dan anda juga boleh hubungi saya di e-mel saya rasheedamuhammad10@gmail.com
    Saya mahu anda mendapat faedah daripada tawaran pinjaman beliau.

    ReplyDelete