Wednesday, November 18, 2015

SMS dari IPD Petaling Jaya maklumkan akan didakwa semula

19 November 2015

Kenyataan Terbuka



Petang tadi sama menerima pesanan ringkas dari satu nombor yang tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai anggota Polis dari IPD Petaling Jaya. Memaklumkan bahawa dia mendapat arahan dari Putrajaya untuk didakwa di Mahkamah Petaling Jaya.

Saya telah menghubungi Peguam Zul Hazmi dan Peguan YB Gobind Sigh memaklumkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa kebetulan saya berada diluar kawasan untuk urusan rasmi. Saya cuma berada di Lembah Kelang dan boleh bertemu anggota polis terbabit Selasa akan datang.

Setelah berbincang dengan peguam saya telah membalas sms yang diterima memaklumkan untuk bertemu pada Selasa akan datang.

Saya rasa kes ini berkaitan dengan tuduhan menganjurkan himpunan 'haram' yang dikaitkan dengan Himpunan bantahan penipuan pilihanraya di Padang Timur depan Amcorp Mall pada 2013 yang lalu.

Minggu lepas Mahkamah Kuala Lumpur baru membuat keputusan membebaskan 15 orang dan memerintahkan 18 yang lain (termasuk saya) kerana dua tuduhan iaitu himpunan yang berpotensi menimbulkan kekacauan awam dan engkar arahan polis.

sila klik sini untuk membaca berkenaan kes di Mahkamah Kuala Lumpur.

Agak segan untuk meminta tetapi sememangnya ketika ini sangat tidak berkemampuan, untuk minggu hadapan saya dengan rendah diri memohon sesiapa yang berkemampuan untuk tampil sebagai penjamin (jika diperlukan). Selepas kes selesai anda boleh mengambil semula wang jaminan tersebut.

Sekian.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments:

Post a Comment