Koperasi adalah entiti berbeza dengan SAMM sebagai sebuah gerakan rakyat. Dalam Koperasi kita menumpukan perniagaan dan keusahawanan sepenuhnya. Kita berjuang sekian lama ramai yang tercicir dalam kepayahan bukan bantuan tanya khabar pun kadang - kadang jarang sekali. Ketika gaji YB, gaji lembaga pengarah GLC dilantik menjangkau puluhan ribu kita diminta terus mengutip derma untuk parti. Jangan salahkan sesiapa kerana tidak ada sesiapa memaksa kita berjuang. Maka kerana keinsafan itu SAMM menubuhkan Koop untuk sama membina diri dan masa depan keluarga.
Selama 4 bulan sejak proses permohonan dibuat barulah Suruhanjaya Koperasi Malaysia meluluskan untuk membenarkan satu mesyuarat agong penubuhan dibuat dan pada 28 Febuari 2015 telah berlangsung Mesyuarat Penubuhan Koperasi atas nama Koperasi Solidariti Anak Malaysia Merdeka Berhad atau singkatanya Koop SAMM Berhad dengan kehadiran seramai lebih 100 orang penyelaras dan penggerak SAMM dari perbagai peringkat dari seluruh negara. Seramai 15 orang ahli lembaga pengarah telah terpilih bagi menyelesaikan pendaftaran dan memulakan projek bersama.
Juga melalui proses yang panjang dan berliku selepas itu akhirnya 31 Julai 2015 barulah Koop SAMM Berhad sah didaftarkan dibawah Akta Koperasi 1993.
Kenapa koperasi ?
dengan konsep kerja sama untuk manafaat semua. Dengan koperasi ini maka semua boleh berkongsi pengalaman, peluang dan kepakaran dalam perbagai bidang untuk sama meneroka perbagai bidang perniagaan. Ia akan menjadi 'one stop centre' (OSC) kepada semua anggota bagi berkongsi dan membentuk rangkaian perniagaan yang besar.
Koperasi SAMM Berhad merupakan koperasi peringkat nasional dan mempunyai 5 cawangan utama iaitu Malaysia Timur, Selatan, Tengah, Utara dan Pantai Timur.
Keanggotaan ?
Keanggotaan Koperasi ini dibuka buat semua aktivis dari perbagai latar belakang. Borang keanggotaan boleh diperolehi dari wakil - wakil Cawangan 5 zon yang dinyatakan atau terus menghubungi Setiausaha Koperasi sdr. Azif Mohd Aris ditalian 0196858558 atau email sukoopsammberhad@gmail.com.
Yuran Pendaftaran RM20, Yuran Tahunan RM10 dan saham minima RM110 wajib untuk diterima sebagai anggota. Sebaik mengisi borang dapatkan salinan borang pendaftaran, resit rasmi dan dalam tempoh 60 hari anda akan menerima sijil saham, buku undang - undang kecil Koop SAMM Berhad dan surat akuan terima keanggotaan.
Sijil saham ini boleh ditunaikan semula bila anda tidak mahu lagi menjadi anggota koperasi dan wang anda akan dipulangkan.
Anda boleh memiliki lebih dari satu unit saham tetapi dari segi kiraan undi dalam mesyuarat agong nanti anda tetap punya satu undi seperti yang lain. Koop diterajui oleh sekumpulan 15 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang dipilih berdasarkan undi majoriti dan untuk memastikan ia berkembang dan ramai mempunyai peluang maka setiap tahun Koop SAMM memastikan 5 muka baru dalam ALK dipilih.
Kelebihan menjadi anggota koperasi ?
Pulangan keuntungan tahunan berdasarkan milikan saham.
Ahli Koop SAMM juga layak mendapatkan pinjaman melanjutkan pelajaran ke IPTA / IPTS melalui penyertaan Koop SAMM di dalam Angkasa.
Kursus percuma perbagai bidang perniagaan dan kemahiran untuk jangka masa panjang dan jangka masa pendek melalui Maktab Koperasi Malaysia dan perbagai agensi lain
Koop juga berperanan menjadi pusat sehenti (OSC) bagi membimbing dan berkongsi ruang perniagaan. Koop akan sentiasa bertindak pro aktif dalam mendapatkan kerjasama dan menandatangani persefahaman dengan perbagai agensi seperti Mara, Tekun, perbagai institusi kewangan dan seumpamanya.
Setiap dua bulan sekali akan menerima buliten Koop SAMM yang berkongsi perbagai peluang perniagaan dan peluang mengembangkan perniagaan sedia ada.
Khairat kematian bagi anggota dan keluarga (bermula Januari 2016)
Projek pertama koperasi ?
Projek pertama koperasi yang dalam peringkat akhir sedang diusahakan ialah untuk memiliki sangkar ikan di Zon Industri Akuakultur (ZIA) di Pulau Pinang. Projek bernilai hampir RM1juta ini mendapat sokongan Jabatan Perikanan dan perbagai agensi lain.
Sebelum akhir tahun ini akan diadakan Majlis Menandatangani Persefahaman (MOU) dengan 6 pihak terbabit. Dengan penglibatan beberapa syarikat berpengalaman 15 tahun dalam bidang yang sama sebagai rakan perkongsian bijak (smart partnership) dan sokongan agensi - agensi berkenaan , SAMM sudah membuka ruang pasaran dalam dan luar negara.
Projek ini dalam jangka masa panjang juga akan melahirkan rangkaian usahawan seluruh negara dikalangan anggota koperasi dengan rangkaian Kiosk Ikan Rakyat (ikan harga murah dari pasaran) dan Sangkar Ikan terapung di lautan yang Koop miliki juga akan turut menjadi pusat pelancongan dengan memiliki 'home stay' dengan konsep pelancongan pertanian yang baru.
Kita pernah berjuang bersama, dengan kesungguhan dan keikhlasan yang kita curahkan selama ini maru kita beri sedikit penumpuan bersama berganding tangan membina kehidupan kita sendiri. Masa depan kita di tangan kita.
Ayuh sertai Koop SAMM Berhad, ia milik Anak Malaysia Merdeka....
No comments:
Post a Comment