Monday, November 23, 2015

Apa beza berkecuali ADUN PKR dgn Berkecuali MP Pas ? Ada utusan dari Selangor ?

Catatan umum

23 Nov. 2015

1. Baru terbaca kenyataan AMK P.Pinang yang tidak ada penama berkenaan kejadian beberapa ADUN PKR mengambil sikap berkecuali dalam mengundi usul yang dibawa oleh ADUN Umno. Walaupun tidak ada penama dgn hanya meletakkan AMK Pulau Pinang namun kenyataan ini harus dipuji kerana sekurang - kurangnya ia boleh dikatakan kenyataan pertama menjelaskan pendirian parti dalam perkara tersebut. Selaku anggota PKR saya merakamkan rasa kecewa apabila ini bukan sekali berlaku di mana kelihatan PKR agak lambat respon. Perkara seperti ini seharusnya sebaik sahaja selepas apa belaku PKR peringkat negeri sudah tampil dengan penjelasan kepada rakyat. Tak kanlah perkara seperti ini juga memerlukan campur tangan peringkat pusat ?

2. Agak tersenyum bila membaca pendirian AMK yang menyatakan berkecuali dalam mendepani pengundian usul yang dibawa Umno dalam dewan bukan bererti menyokong Umno. Pertanyaan muncul, jika itu perkiraannya kenapa pula ketika Pas berkecuali dalam mengundi Usul bajet yang dibawa oleh Umno, kamu berkokok mengatakan Pas kianat dan sokong Umno ?

3. Kepada penulis kenyataan AMK P.Pinang yang tidak berani menulis nama sendiri itu saya peringatkan. Betul atau salah itu bukan kerana siapa melakukan atau dipihak mana perlaku berada tetapi apa yg dilakukan. Saya hormati seruan pertahankan hak suara ADUN dalam dan luar dewan tetapi ia akan menjadi tertawa kerana kelihatan sangat tidak terancang dan tersusun.

4. Tidak adakah 'pre-council' sebelum persidangan ? Kenapa tidak ada 'pre-council' untuk mesyuarat sepenting sidang DUN ? Maaf saya sebut sebagai pemerhati luar sistem kekuasaan dan pentadbiran Pulau Pinang tindakan tersebut juga boleh digambarkan sebagai betapa tidak tersusunnya ADUN PKR di P.Pinang.

5. Saya juga mendapat perkhabaran bagaimana adanya pertemuan seorang ADUN (Pemimpin PKR) Selangor dengan beberapa ADUN PKR Pulau Pinang sebelum kejadian tersebut. Saya cuba setakat ini menolak andaian bahawa adakah yang terjadi ini kerana angin kekalutan MB Selangor yang pertahankan kerjasama dengan Pas dan menyerang DAP kerana jika ini benar ia keadaan lebih parah dari apa yang kita jangka. Kalau itu benar maknanya Azmin bukan sahaja membuat celaru dalam parti tp juga peranan Hadi menghancurkan PR kini dimainkan Azmin dalam PH.

che'GuBard
Ahli Seumur Hidup
Parti Keadilan Rakyat.

Sunday, November 22, 2015

Sebelum tanya Izzah, Zahid harus tunai janji

Kenyataan Umum

22 November 2015

SEBELUM TANYA IZZAH, RAKYAT TUNTUT JANJI ZAHID

Apabila melihat gambar Nurul Izzah Anwar bersama Jacel Kiram (anak kepada individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu yang pernah terlibat dalam tragedi pencerobohan Sabah, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sudah menjangkakan ia akan mencetuskan isu.

Gambar tersebut benar - benar dipergunakan sepenuhnya oleh beberapa pihak untuk kepentingan tertentu malah ada yang tampil membuat laporan polis. Bukan sahaja itu ada menteri juga membuat kenyataan berkenaannya.

Sebenarnya ia bukan satu isu besar jika ia dijelaskan secara betul. Gambar tersebut dirakamkan dengan permintaan Jacel Kiram untuk bergambar bersama ketika Izzah dan Jacel bertemu dalam program  anjuran Council on Philippine Affairs & The Asian Institute For Democracy. Program itu juga anjuran bersama Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filippina. Program ini diadakan khas untuk menyokong laporan UN Working Group on Arbitrary Detention yang menggesa pembebasan Anwar Ibrahim.

Jika ia salah maka kesalahan itu sama tarafnya dengan pertemuan dan bergambarnya Perdana Menteri Malaysia dengan Ketua negara haram Israel yang mana mereka hadir bersama dalan satu persidangan.

Bagi SAMM ini sudah menjelaskan mengenai gambar Izzah dan Jacel Kiram tersebut.

Namun jika merujuk mengenai tragedi pencerobohan Lahad Datu 2013 yang harus diingat ialah hutang Zahid Hamidi yang ketika itu merupakan menteri pertahanan.

Ketika tragedi itu, SAMM sendiri menghantar sukarelawan dan deligasi ke kawasan konflik. (Klik sini) Memang banyak kecurigaan dan misteri tidak terungkai.

Namun yang harus diingatkan bahawa laporan media 26 April 2013, Zahid Hamidi dengan jelas menyatakan bahawa kononya dia sudah memiliki butiran mengenai 3 nama pemimpin pembangkang yang menjadi dalang pencerobohan tersebut.

Namun apabila di desak beliau agak panik dan mencari alasan sudah menyerahkan nama tersebut kepada Peguam Negara dan akan mendedahkan selepas kes ini ke mahkamah. Namun setelah satu tempoh masa Zahid masih gagal mendedahkan dia panik kerana masih gagal mendedahkan maka dia sebut dengan jelas akan dedahkan hanya selepas pilihan raya Umum ke 13 kerana tidak mahu dijadikan isu politik.

Kini sudah hampir 3 tahun tetapi Zahid masih gagal dedahkan. Jelas Zahid telah menjadikan isu Lahad Datu sebagai sebagai modal politik PRU lepas tanpa rasa simpati dengan mangsa dan bertanggungjawab terhadap apa terjadi.

Hingga kini Zahid menipu untuk mendedahkan nama 3 pemimpin pembangkang yg konon dia tahu menjadi dalang. Yakinlah dia akan terus mengelak kerana dia menipu dan mengambil kesempatan politik terhadap apa terjadi.

Zahid didesak tampil menjelaskan. SAMM jelas amat kecewa dengan sikap Zahid dan kerajaan Bn keseluruhannya dalam menangani perkara ini.

Bagus juga isu gambar Izzah - Jacel Kiram ini muncul sebab ia menginatkan kita kepada Zahid yang menipu.

che'GuBard
Pengasas SAMM

Friday, November 20, 2015

Azmin dan Zaidy harus tampil perjelas pembaziran RM9.7 juta untuk pintu gerbang.

Kenyataan Umum

20 Nov 2015

RM9.7 juta hanya untuk pintu gerbang satu pembaziran

1. Selama ini kita disajikan perbagai pembaziran oleh kerajaan Bn, malah salah satu punca Bn tumbang di Selangor ialah kerana pendedahan pembaziran dan kebocoran wang rakyat. Namun sangat terkejut membaca berita sebuah portal yang melaporkan pembaziran RM9.7 juta wang rakyat Selangor hanya untuk menaik taraf pintu gerbang. Sila klik sini

2. Selepas Menteri Besar gagal menjelaskan rasional penubuhan syarikat RM2 untuk mengawal aset Selangor. Menteri Besar yang hanya mampu menjawab bahawa kononya DEIG tidak beroperasi lagi malangnya dengan rekod pernah memohon pinjaman awal sebelum itu jelas MB menipu.Itu belum lagi apabila muncul ura - ura kenaikan tarif air yang mengecewakan rakyat. Bayangkan pula jika skandal agihan zakat yang dikumpul dari Selangor yang diagih ke seluruh negara melalui penyokongnya Azmin Ali dalam PKR pula terdedah secara terperinci pasti akan menyesakkan nafas anak Selangor yang sememang terhimpit dengan perbagai kenaikan kos hidup. Itu juga belum menyebut kelulusan membina lebuhraya bertol yang diberi baru ini kepada syarikat swasta dan kegagalan Kerajaan Selangor melalui Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik mewakili pegangan saham rakyat Selangor dalam beberapa syarikat konsesi tol dalam menghalang kenaikan tol.

3. RM9.7 juta jumlah yang mungkin sikit jika diperkatakan oleh orang yang bergaji puluhan ribu seperti Menteri dan Exco kerajaan negeri mahupun ahli lembaga pengarah yang dilantik kerana rakyat mengundi bukan Barisan nasional tetapi ia jumlah besar bagi marhaen biasa. Berpuluh ribu keluarga mampu menarik nafas lega walaupun seketika seketika jika dana itu dicairkan kepada mereka. Malangnya di bawah Azmin selaku MB dan Exconya Zaidi dari Pas telah memilih sebuah syarikat dengan nama 'Islah' (nama Arab) hanya untuk mencantikkan pintu gerbang. Ia sungguh memilukan. Tidak mahu bercakap berkenaan proses penganugerahan tender syarikat dengan nama istilah arab tersebu atau bagaimana sumber buget tersebut, tetapi saya hanya memfokuskan kenapa jumlah sebegitu hanya untuk cantikkan pintu gerbang ?

sekali lagi saya ulang jumlah ini kecil bagi mereka yang sedang menikmati tampuk kuasa tetapi jika jumlah ini disalurkan kepada anak muda dalam bentuk latihan keusahawanan dan pinjaman modal awal perniagaan berapa banyak usahawan muda akan terbentuk.... ia hakikat menyakitkan... ini hanya yang terdedah melalui media apa lagi yang belum terdedah ?

4, Ini jelas adalah selama ini yang kita sebut perangai Umno. Mohon PKR sebuah parti yang diyakini mampu menerajui Malaysia, sebuah parti yang begitu dekat di hati rakyat kerana isu porpular dalam memberi harapan kepada rakyat..... Mohon untuk bertindak segera.

akhir sekali saya berdoa agar berita RM9.7 juta tersebut tidak benar dan rekaan semata - mata sebab bukan sahaja penyokong biasa kecewa, malah saya ahli seumur hidup PKR juga kecewa.

Sekian

cheGuBard
Ahli seumur hidup PKR.

Nota : teringat cheGuevara bila ada kuasa tutup padang golf bina sekolah seni kebangsaan atas padang golf dan beri pendidikan percuma

Wednesday, November 18, 2015

Aksi bantah kezaliman dan penindasan zionisma depan Obama

Kenyataan Media
18 November 2015
Himpunan Bantah Penindasan Amerika dan Zionisma Sempena Kedatangan Obama!
Bersempena dengan kehadiran Presiden Amerika, Barrack Obama ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-27, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama sekutu anak muda bertekad untuk mengadakan sebuah aksi bantahan di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Mewakili suara ramai rakyat Malaysia, SAMM dan rakan sekutu organisasi massa lain akan berperanan memberitahu dunia bahawa kedatangan Obama tidak disenangi sama sekali.
Kedatangan Obama ke rantau ini juga dijangka bagi memuktamadkan perjanjian TPPA yang merupakan satu perjanjian berat sebelah dan hanya memberi manfaat kepada syarikat-syarikat transnasional besar Amerika. Perjanjian TPPA juga dikenali sebagai satu penjajahan baru terhadap tanahair yang turut akan menjejaskan kedaulatan negara, merompak hasil bumi dan satu pembulian ekonomi.
Rakyat Malaysia juga tidak mengalu-alukan kehadiran Obama di atas polisi peperangan oleh pentadbiran Rumah Putih. Amerika perlu mendesak negara haram Israel menghentikan serangan terhadap Palestin dan Amerika juga harus menghentikan semua perang di mana Amerika terlibat secara langsung atau tidak langsung (dengan menggunakan proksi di sesebuah negara).
Maka dengan ini kami mengumumkan aksi bantahan seperti berikut;
Himpunan Bantahan Kedatangan Obama
Tarikh: 20 November 2015 (Jumaat)
Masa : 2 petang
Lokasi : Bermula di Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Media tempatan dan antarabangsa dialu-alukan untuk membuat liputan.
Sekian,
EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

SMS dari IPD Petaling Jaya maklumkan akan didakwa semula

19 November 2015

Kenyataan Terbuka



Petang tadi sama menerima pesanan ringkas dari satu nombor yang tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai anggota Polis dari IPD Petaling Jaya. Memaklumkan bahawa dia mendapat arahan dari Putrajaya untuk didakwa di Mahkamah Petaling Jaya.

Saya telah menghubungi Peguam Zul Hazmi dan Peguan YB Gobind Sigh memaklumkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa kebetulan saya berada diluar kawasan untuk urusan rasmi. Saya cuma berada di Lembah Kelang dan boleh bertemu anggota polis terbabit Selasa akan datang.

Setelah berbincang dengan peguam saya telah membalas sms yang diterima memaklumkan untuk bertemu pada Selasa akan datang.

Saya rasa kes ini berkaitan dengan tuduhan menganjurkan himpunan 'haram' yang dikaitkan dengan Himpunan bantahan penipuan pilihanraya di Padang Timur depan Amcorp Mall pada 2013 yang lalu.

Minggu lepas Mahkamah Kuala Lumpur baru membuat keputusan membebaskan 15 orang dan memerintahkan 18 yang lain (termasuk saya) kerana dua tuduhan iaitu himpunan yang berpotensi menimbulkan kekacauan awam dan engkar arahan polis.

sila klik sini untuk membaca berkenaan kes di Mahkamah Kuala Lumpur.

Agak segan untuk meminta tetapi sememangnya ketika ini sangat tidak berkemampuan, untuk minggu hadapan saya dengan rendah diri memohon sesiapa yang berkemampuan untuk tampil sebagai penjamin (jika diperlukan). Selepas kes selesai anda boleh mengambil semula wang jaminan tersebut.

Sekian.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Monday, November 16, 2015

Jom sertai Koop SAMM Berhad

 

 Menyedari betapa ramai aktivis muda kian terhimpit dengan kehidupan dan betapa ramai aktivis muda punya potensi dan keinginan untuk berniaga tetapi berdepan banyak kekangan terutama bab modal dan bimbingan maka Berdasarkan rapat 03/2014 , SAMM telah membuat keputusan untuk menubuhkan koperasi.

Koperasi adalah entiti berbeza dengan SAMM sebagai sebuah gerakan rakyat. Dalam Koperasi kita menumpukan perniagaan dan keusahawanan sepenuhnya. Kita berjuang sekian lama ramai yang tercicir dalam kepayahan bukan bantuan tanya khabar pun kadang - kadang jarang sekali. Ketika gaji YB, gaji lembaga pengarah GLC dilantik menjangkau puluhan ribu kita diminta terus mengutip derma untuk parti. Jangan salahkan sesiapa kerana tidak ada sesiapa memaksa kita berjuang. Maka kerana keinsafan itu SAMM menubuhkan Koop untuk sama membina diri dan masa depan keluarga.

Selama 4 bulan sejak proses permohonan dibuat barulah Suruhanjaya Koperasi Malaysia meluluskan untuk membenarkan satu mesyuarat agong penubuhan dibuat dan pada 28 Febuari 2015 telah berlangsung Mesyuarat Penubuhan Koperasi atas nama Koperasi Solidariti Anak Malaysia Merdeka Berhad atau singkatanya Koop SAMM Berhad dengan kehadiran seramai lebih 100 orang penyelaras dan penggerak SAMM dari perbagai peringkat dari seluruh negara. Seramai 15 orang ahli lembaga pengarah telah terpilih bagi menyelesaikan pendaftaran dan memulakan projek bersama.


Juga melalui proses yang panjang dan berliku selepas itu akhirnya 31 Julai 2015 barulah  Koop SAMM Berhad sah didaftarkan dibawah Akta Koperasi 1993.



Kenapa koperasi ?

dengan konsep kerja sama untuk manafaat semua. Dengan koperasi ini maka semua boleh berkongsi pengalaman, peluang dan kepakaran dalam perbagai bidang untuk sama meneroka perbagai bidang perniagaan. Ia akan menjadi 'one stop centre' (OSC) kepada semua anggota bagi berkongsi dan membentuk rangkaian perniagaan yang besar. 

Koperasi SAMM Berhad merupakan koperasi peringkat nasional dan mempunyai 5 cawangan utama iaitu Malaysia Timur, Selatan, Tengah, Utara dan Pantai Timur.

Keanggotaan ?

Keanggotaan Koperasi ini dibuka buat semua aktivis dari perbagai latar belakang. Borang keanggotaan boleh diperolehi dari wakil - wakil Cawangan 5 zon yang dinyatakan atau terus menghubungi Setiausaha Koperasi sdr. Azif Mohd Aris ditalian 0196858558 atau email sukoopsammberhad@gmail.com. 

Yuran Pendaftaran RM20, Yuran Tahunan RM10 dan saham minima RM110 wajib untuk diterima sebagai anggota. Sebaik mengisi borang dapatkan salinan borang pendaftaran, resit rasmi dan dalam tempoh 60 hari anda akan menerima sijil saham, buku undang - undang kecil Koop SAMM Berhad  dan surat akuan terima keanggotaan.

Sijil saham ini boleh ditunaikan semula bila anda tidak mahu lagi menjadi anggota koperasi dan wang anda akan dipulangkan.

Anda boleh memiliki lebih dari satu unit saham tetapi dari segi kiraan undi dalam mesyuarat agong nanti anda tetap punya satu undi seperti yang lain. Koop diterajui oleh sekumpulan 15 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang dipilih berdasarkan undi majoriti dan untuk memastikan ia berkembang dan ramai mempunyai peluang maka setiap tahun Koop SAMM memastikan 5 muka baru dalam ALK dipilih.

Kelebihan menjadi anggota koperasi ?

Pulangan keuntungan tahunan berdasarkan milikan saham.

Ahli Koop SAMM juga layak mendapatkan pinjaman melanjutkan pelajaran ke IPTA / IPTS melalui  penyertaan Koop SAMM di dalam Angkasa.

Kursus percuma perbagai bidang perniagaan dan kemahiran untuk jangka masa panjang dan jangka masa pendek melalui Maktab Koperasi Malaysia dan perbagai agensi lain

Koop juga berperanan menjadi pusat sehenti (OSC) bagi membimbing dan berkongsi ruang perniagaan. Koop akan sentiasa bertindak pro aktif dalam mendapatkan kerjasama dan menandatangani persefahaman dengan perbagai agensi seperti Mara, Tekun, perbagai institusi kewangan dan seumpamanya.

Setiap dua bulan sekali akan menerima buliten Koop SAMM yang berkongsi perbagai peluang perniagaan dan peluang mengembangkan perniagaan sedia ada.

Khairat kematian bagi anggota dan keluarga (bermula Januari 2016)

Projek pertama koperasi ?

Projek pertama koperasi yang dalam peringkat akhir sedang diusahakan ialah untuk memiliki sangkar ikan di Zon Industri Akuakultur (ZIA) di Pulau Pinang. Projek bernilai hampir RM1juta ini mendapat sokongan Jabatan Perikanan dan perbagai agensi lain.

Sebelum akhir tahun ini akan diadakan Majlis Menandatangani Persefahaman (MOU) dengan 6 pihak terbabit. Dengan penglibatan beberapa syarikat berpengalaman 15 tahun dalam bidang yang sama sebagai rakan perkongsian bijak (smart partnership) dan sokongan agensi - agensi berkenaan , SAMM sudah membuka ruang pasaran dalam dan luar negara.

Projek ini dalam jangka masa panjang juga akan melahirkan rangkaian usahawan seluruh negara dikalangan anggota koperasi dengan rangkaian Kiosk Ikan Rakyat (ikan harga murah dari pasaran) dan Sangkar Ikan terapung di lautan yang Koop miliki juga akan turut menjadi pusat pelancongan dengan memiliki 'home stay' dengan konsep pelancongan pertanian yang baru.







Kita pernah berjuang bersama, dengan kesungguhan dan keikhlasan yang kita curahkan selama ini maru kita beri sedikit penumpuan bersama berganding tangan membina kehidupan kita sendiri. Masa depan kita di tangan kita.

Ayuh sertai Koop SAMM Berhad, ia milik Anak Malaysia Merdeka....

Sunday, November 15, 2015

Azmin dalam PH memainkan peranan Hadi dalam PR

Catatan Umum

16 November 2015
  1. 1999 wujud gabungan politik yang dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA), melalui gabungan ini Pas memenangi negeri Terengganu dan mengekalkan Kelantan. Namun selepas itu gabungan ini berpecah kerana Pas berkeras mahukan "Dokumen Negara Islam" diangkat sebagai agenda kononya ia akan memenangkan undi orang Melayu. DAP bertindak keluar BAdan BA hanya tinggal PKR dan Pas sahaja. Dengan Pas berkeras dengan Dokumen Negara Islamnya telah menyaksikan bukan sahaja BA berpecah tetapi Terengganu juga terlepas dari penguasaan dan kemenangan tipis di Kelantan.
  2. Menghadapi PRU 2008 dengan BA ( Pas dan PKR) dan hanya kesepakatan asas berlaku antara PKR dan DAP. Namun atas perbagai faktor tahun itu dikenali sebagai tsunami perubahan rakyat. Barisan nasional (Bn) tumbang di Selangor, Perak, Kedah, P.Pinang selain mengekalkan Kelantan dengan majoriti besar.
  3. Kerajaan Pulau Pinang boleh dibentuk dengan selesa kerana DAP menguasai majoriti DUN dengan selesa. Kedah juga tidak banyak masalah kerana kerusi Pas yang banyak lebih dari parti lain. Begitu juga Kelantan. Namun di Selangor dan Perak keadaan agak tidak mengelirukan mulanya apabila DAP mempunyai kerusi lebih diikuti PKR dan kemudian Pas. Di Selangor juga seakan begitu. Namun atas semangat dan desakan rakyat maka lahirlah Pakatan Rakyat di mana DAP melantik Ketua Menteri di Pulau Pinang, Pas melantik Menteri Besar di Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor diberikan kepala PKR. Walaupun ketika itu ada pihak berunding dengan Umno untuk kononya mewujudkan kerajaan campuran Melayu Islam namun ia berjaya digagalkan kerana mood dan gelombang rakyat yang kuat.
  4. Jelas yang mengikat Pakatan harapan ialah mimpi ke putrajaya dan desakan rakyat. Namun selepas itu tidak pasti oleh kerana umpan yang terus di hidangkan atau mimpi putrajaya yang memudar ikatan PR makin melonggar dan selepas Anwar (faktor) . Hadi dan beberapa sekutunya memainkan watak penting dalam menguburkan PR. Akhirnya Pakatan Rakyat berpecah dan berkubur dan rakyat dilihat sangat kecewa.
  5. Berpecah kerana faktor DAP dan Pas saling tidak mempercayai dan tidak boleh duduk sekali. Krisis dalam PR memberi kesan dalam kepada Pas itu sendiri sehingga Pas berpecah dan pemimpin progresif yang pro Pakatan akhirnya keluar dan menubuhkan Amanah dan Presiden PKR mengumumkan PKR, Amanah dan DAP mewujudkan Pakatan Harapan. Kewujudan Pakatan Harapan disambut dengan kelegaan rakyat.
  6. Malangnya hari yang sama Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) umumkan Pakatan Harapan , Menteri Besar Selangor yang merupakan Timbalan kepada Azizah mengumumkan bahwa Selangor tidak ada kena mengena dengan PH. Sebaliknya P.Pinang bertindak pro aktif apabila Lim Guan Eng mengumumkan Pulau Pinang sebagai Negeri PH.
  7. Konflik berbalas kenyataan terus mengelirukan rakyat. Akhirnya Azmin di dalam PH dilihat memainkan peranan Hadi ketika dalam PR. Kononya PH perlu membawa masuk Pas dalam gabunganya. Persoalan penting ialah jika Pas boleh duduk bersama Dap dan disiplin berada dalam gabungan pembangkang , kenapa PR perlu dikuburkan ? PR dikubur kerana Dap dan Pas tidak boleh duduk sama tetapi jika gabunganb baru masih ada Pas dan DAP sekali maka ia akan jadi lawak jenaka seolah mempermainkan rakyat.
  8. Amanah pula wujud apabila sekumpulan pemimpin progresif dalam Pas tidak lagi boleh menerima tindak tanduk pimpinan utama Pas yang berbaik dengan Umno - Bn. Maka lebih jenaka lagi apabila gabungan baru ini turut disertai Amanah dan Pas yang duduk bersekali. Maknanya kalau boleh duduk sekali kenapa perlu lahirkan Amanah dan PR perlu dikuburkan ?
  9. Dan apa jaminan PH ini tidak dikuburkan dan apa harapan baru pada rakyat dengan pemian - pemain watak yang sama duduk sekali lagi membawa tawaran sama kepada rakyat ?
  10. Di kebanyakan kawasan yang pemimpin PKR merupakan penyokong Azmin Ali dilihat menolak dengan jelas program - program Pakatan Harapan. Contohnya Ahli Parlimen Teluk Kemang tidak hadir program pelancaran PH di N.Sembilan walaupun Presiden PKR sendiri hadir. Di Kelantan wujud strategi bisik - bisik dikalangan pemimpin PKR yang memastikan anggota tidak terlibat program PH di Kelantan. Terbaru pemimpin Amanah bertemu Azmin Ali, namun keputusanya masih kabur.
  11. Kononya semua selesai setakat ini dan Pas masih dalam gabungan Kerajaan Negeri kerana wujud perjanjian dimana Pas berjanji terus memegang dasar PR. Persoalanya adakah PR masih wujud ? dan mana dokumen perjanjian ? dan jika wujud perjanjian tersebut kenapa ia diluar pengetahuan pemimpin utama PH ?
  12. Betulkah Pas pegang janji kesepakatan asas dalam PR ? Jika Pas pegang janji kenapa perlu PR berpecah, bagaimana dengan hubungan Pas dengan Umno seperti Pas gagal mengikut keputusan PR dalam krisis Menteri Besar tempoh hari dan bersama Bekas MB dan Umno membentuk kerajaan dengan memecat exco PKR dan DAP.
  13. Bukankah Pas terlibat dalam menawarkan Azmin sebagai MB dengan bekerjasama dengan Umno dan membawa beberapa wakil rakyat PKR sekali. atau adakah Azmin terikat untuk kekal dengan status melayan Pas ini kerana risau kegiatan terselindung kartelnya bersama Pas ketika krisis Menteri Besar yang melibatkan Umno dimana Azmin melobi jawatan MB ikut pintu belakang dan kianat presiden parti sendiri.
  14. Atau atau tidak Pas Kelantan melantik penyelaras Parlimen di Parlimen Tumpat seolah kawasan itu diwakili Bn dan dlm masa sama Azmin beri ruang pada Pas. Tumpat kini kerusi PKR apakah peranan Azmin selaku timbalan presiden PKR ?
  15. Dalam konteks Selangor kita akan hilang undi porpular jika kita masih bermain bolak balik dan masih mengharap Hadi dan pasukanya.
  16. Tolonglah, ramai merayu, tamatkan krisis berpanjangan ini segera atau rakyat akan muak dan membuat keputusan luar jangka. Jika keadaan ini kekal dan Najib berjaya Mahathir singkirkan dan menggantikan dengan PM bonekanya maka pembangkang akan mengalami kekalahan yang teruk. Jangan yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat. Masanya membina Pakatan Harapan yang kuat, biarkan Pas yang berangan menjadi penasihat Bn. 
Bertindak segera !

che'GuBard

Promosi Sewaan Dewan dan Bilik Mesyuarat Koop SAMM Berhad


Koperasi Solidariti Anak Malaysia Merdeka Berhad (Koop SAMM Berhad) menawarkan anda untuk menyewa Bilik Mesyuarat dan Dewan dengan harga promosi sehingga 1 Febuari 2016.

Alamat : No. 334, Jln Haruan 5/8, Oakland Commercial Center II, 70300 Seremban


dengan kawasan tempat letak kereta yang selesa dan ruang solat untuk lelaki dan perempuan serta bilik air yang selesa.


Bilik Mesyuarat dilengkapi :

Meja Mesyuarat - 10 orang

tempat duduk pemerhati 12 orang

berhawa dingin

papan putih besar

Sewaan : RM60/ 5 jam (RM12 untuk jam berikutnya)


Dewan Kuliah : 

(boleh menempatkan 200 orang)

tersedia 104 kerusi

3 meja banquet

berhawa dingin

papan putih

p.a sistem

 RM100/ 5 jam (RM18 untuk jam berikutnya)


untuk tempahan sila hubungi 0183557923

** pihak kami juga bersedia menguruskan tempahan makanan dan minuman

Dr. Mahathir benar - benar sudah nyanyuk atau dia alami Alzheimer terpilih yang kronik

Catatan Umum

15 November 2015


  1. Membaca Malaysiakini dengan tajuk Pemimpin buruk lahir dari demokrasi yang disalah guna telah menyakinkan bahawa Mahathir kini benar - benar nyanyuk atau dia alami Alzheimer yang terpilih kronik. Awal Oktober lepas saya telah menulis "Mahathir dan agennya mengalami Alzheimer terpilih yang kronik"  sila klik sini untuk membaca lanjut.
  2. Cara Mahathir akhir - akhir ini benar - benar seolah dia lupa dengan apa yang berlaku selama 20 tahun lebih pemerintahanya, lebih - lebih lagi di hujung pemerintahanya bagaimana sifat kuku besinya mencengkam negara. Dia menyebut sebelum itu bahawa Menteri boleh didakwa kerana hidup mewah tetapi adakah dia lupa dengan kemewahan keluarganya khususnya anak - anaknya ? atau dia masih ingat rakyat Malaysia mudah diperbodohkan seperti di bawah pentadbiranya ?
  3. Bercakap soal demokrasi memilih pemimpin buruk adakah dia lupa bukan sahaja pilihanraya umum pincang sebaliknya peristiwa padam lampu ketika mengira undi pemilihan Umno yang memenangkan dia secara haram ketika berdepan Tunku Razalight yang akhirnya Umno itu sendiri diharamkan. Adakah dia lupa bagaimana dia menghambat dan menzalimi penentangnya. Kini dia meraih simpati , merengek hanya kerana dipanggil polis untuk memberikan kenyataan.
  4. Saya , SAMM dan sekutu tidak berganjak dari menyatakan Mahathir tidak layak untuk mempertikaikan Najib dalam perihal demokrasi dan korupsi. Jika Najib dituduh pencuri maka Mahathir ialah perompak. Dia 'mahazalim' dan 'mahafiraun' yang sangat rakus dan zalim. Perjuanganya kini hanya untuk memastikan Umno terus berkuasa dan proses pengambil alihan harta dari proksinya dan proses menaikkan anak - anak nya dalam perniagaan dan politik dengan penuh 'terjamin' berjalan lancar. Jika secara biologinya ya, Najib itu anak Tun Razak tetapi secara politiknya Najib itu anak Mahathir yang hanya mewarisi dan melanjutkan sistem yang dihancurkan oleh Mahathir.
  5. Kepada pembangkang diingatkans ekali lagi jangan sama sekali terperangkap mengherokan Mahathir ini. Kita depani Najib dan Umno, Bn itu dengan kuasa dan kekuatan kesedaran rakyat. Ingatlah Mahathir hanya mahu menukar Najib dengan Perdana Menteri pupet pilihannya. Setelah dia berjaya menjelang PRU akan datang dia akan menyerang pembangkang dengan lebih hina dan teruk. Ingat sejarah selepas berjaya menggantikan Pak Lah dengan Najib Mahathir yang kita latih rakyat mengherokannya menyerang pembangkang. Rakyat yang kita latih herokan Mahathir ketika sama menjatuhkan Pak lah akhirnya ada yang terpedaya. Begitu juga kali ini.
  6. Di kesempatan ini juga saya ingin rakamkan rasa pelik apabila saya dituduh macai. Kami raikan malah gembira serangan bertali arus kepada Najib dan regim penguasa. Tidak pernah sepatah kami membela tetapi apabila semua sudah menyerang Najib apa guna kami tabur garam dilautan yang sememang sudah sedia masin ia tidak mengubah apa pun. Kami menfokuskan serangan kepada Mahathir (Umno) yang sedang cuba mengulang strategi memperdaya rakyat untuk menukar Perdana Menteri bonekanya dan apabila kami menyerang Mahathir (Umno) yang menjadi punca kehancuran sistem ada pula yang 'kepanasan'.... adakah mereka - mereka ini telah termakan 'sihir' Mahathir atau termakan 'dedak' Mahathir itu tidak dipastikan. Kerana dari beberapa sumber dikenali bukan sedikit proksi Mahathir menabur dedak disana - sini.
#sudahlahMahathir

che'Gubard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

jemput baca juga 



(Video) Pakatan khianati harapan rakyat - Arul

Berikut ialah video rakaman rumusan forum Harapan Rakyat, apa harapan baru kepada rakyat ? yang diadakan pada 11 Oktober 2015 di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) SAMM DI Seremban.

Arul menyifatkan Pakatan hanya berpecah kerana isu yang remeh , seolah orang dalam Pas dan DAP sememangnya seolah menunggu nak pecah dan ia pengkhgianatan kepada rakyat.

Kajang move, krisis Menteri Besar  dan seumpanya ialah satu proses pembodohan. 

PSM sangat jelas, dalam masa singkat perlu gabungan namun soalan bukan kenapa PSM tidak mahu bersama Pakatan tetapi soalan lebih tepat ialah kenapa Pakatan tidak mahu bersama PSM.

sila tonton





sila klik sini untuk bantu projek blue print Jalur Perubahan  :  http://chegubard.blogspot.my/2015/09/mohon-beli-buku-ini-sambil-membantu.html

Kes Bantahan Penipuan PRU 13 (Blackout 505) depan Parlimen 15 termasuk saya dipanggil bela diri

Kenyataan Umum

15 November 2015

KES BANTAHAN PRU 13, 15 DIPANGGIL BELA DIRI
  1. Pilihanraya Umum ke 13 , 2013 merupakan antara pilihanraya paling kotor dalam sejarah negara. Ia menyaksikan Kerajaan Malaysia dibentuk dengan undi porpular hanya 47.4%. Maka Bn bukan sahaja menipu pilihanraya tetapi Kerajaan yang dibentuk bukan lagi kerajaan majoriti.
  2. Keputusan itu disambut dengan protes rakyat bermula dengan himpunan rasaksa di Klana Jaya. Satu siri jelajah protes dan penerangan penipuan pilihanraya dengan tema Black out 505 telah diadakan seluruh negara. SAMM dan sekutu sendiri terlibat selaku penganjur antara himpunan "Blackout 505" yang terbesar iaitu di Padang Timur, Petaling Jaya, di mana hampir dua tahun saya berdepan pertuduhan 'menganjurkan himpunan haram'. Kes tersebut saya mulakan dengan membela diri dan pertengahan kes tersebut hadir Sdr. Eric Paulsan dan teman- teman peguam dari Lawyers4Liberty membantu yang mana berakhir dengan saya dibebaskan.Selain saya Komrad Azhar Achil (Penyelaras SAMM Selangor) juga berdepan tuduhan di Mahkamah Kelang kerana menganjurkan program BlackOut 505 di Sungai Besar.
  3. Kemuncak kempen "Blackout 505" ialah Himpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Walaupun ada pihak kalangan kita sendiri cuba menggagalkan dengan perbagai alasan antaranya kerana tidak berjaya mendapat jawatan Menteri Besar namun kerana mood rakyat yang kuat himpunan pada petang Sabtu tersebut tetap berjaya.
  4. Tetapi beberapa aktivis telah bersetuju untuk bermalam di Kuala Lumpur dan pada hari Isnin ketika majlis aangkat sumpah (hari pertama sesi pertama penggal ke 13) kami bersetuju bersama untuk menghantar memorandum bantahan ke Parlimen.
  5. Subuh Isnin tersebut masih segar di ingatan bagaimana sebelum subuh, khemah kami 'disamun' oleh penguasa yang hadir dengan jumlah yang cukup ramai dan lengkap bersenjata. Pagi itu kami bergerak bersama ke Parlimen. Rundingan dibuat beberapa ahli parlimen setuju untuk turun mengambil memorandum bantahan, malah Ketua Polis Daerah yang dirunding bersetuju membenarkan.
  6. Namun apabila anggota keselamatan mula bertindak kasar keadaan agak luar kawal. 33 orang dari yang hadir telah ditahan dan dilokap. Tangkapan yang agak kasar telah mengakibatkan ada antara kami yang cedera.
  7. Selepas itu kami terus dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan menyertai himpunan haram malah 17 orang dari 33 orang mendapat pertuduhan ke dua iaitu merusuh yang boleh membawa kepada hukuman penjara 2 tahun bagi pertuduhan di bawah Kanun 147 manakala bagi pertuduhan kanun 143 pula 6 bulan penjara.
  8. Setlah lebih 2 tahun kes ini dibicarakan pada 13 November 2015 yang lepas Mahkamah melalui Hakim Abdul Rashid Daud telah membacakan keputusan di mana 15 orang bebas dan 18 yang lain termasuk saya dikehendaki membela diri kerana wujud 'prima facie'.
  9. Sehingga kesempatan ini saya dan 33 teman - teman yang dibicarakan mengucapkan terima kasih atas sokongan perbagai pihak khususnya peguam - peguam. Banyak yang kita sama lalui. Dalam kes ini ada seorang warga emas terpaksa berulang dari Johor dan tidur di masjid sebelum disedari dan diberi tumpang oleh teman-teman OKT. Ada OKT yang diambil tindakan disiplin oleh majikan kerana tidak hadir kerja kerana ke mahkamah.
  10. Tahniah kepada 15 orang yang dibebaskan. Saya dan 18 yang lain akan meneruskan perjuangan di mahkamah dengan InsyaAllah tanpa rasa gentar. Bagi kami ia perjuangan suci ke arah mendapatkan pilihanraya bebas dan adil yang menjadi hak asas dalam negara demokrasi. Malaysia seharusnya malu dengan negara tentera Myanmar yang berjaya mengadakan pilihanraya tanpa kritikan keras dunia. Sebaliknya Malaysia bukan sahaja dalam negara malah dunia mehamburkan kritikan terhadap proses pilihanraya negara.
  11. Bagi kami ia pendakwaan terpilih kerana kami bersuara secara aman, kami didera dengan sistem perundangan yang dimanipulasi oleh penguasa monoriti ini. Sebaliknya pro Kerajaan banyak lakukan himpunan khususnya mutaakhir ini langsung tidak ada tindakan malah kelihatan seperti dilindungi. Adakah kebebasan bersuara itu hanya dimiliki oleh pro Kerajaan ?
  12. Kes ini akan disambung 3 hari berturut - turut Januari 2016. Mungkin kami akan didapati bersalah atau tidak kami serahkan kepada kebijakan peguam dan berserah pada Allah namun sama sekali tidak mematahkan semangat kami. Disini saya berjanji saya tidak akan membayar satu sen pun kepada sistem perundangan 'songsang' ini dan jika ditakdir bersalah saya akan memilih penjara dari tunduk menyerah wang sebagai akuan bersalah.
  13. Kepada semua khususnya politikus pemimpin utama parti - parti politik, isu pilihanraya bebas dan adil ini harus jangan berhenti diperjuangkan. Jangan ia hanya diingati selepas kalah PRU14 nanti dan anda merengek kembali kepada rakyat. Ketika kami merayu tangguhkan angkat sumpah sehari sahaja supaya ia menjadi perhatian dunia , kamu dengan angkuh mengangkat sumpah kononnya mahu gunakan kesempatan duduk dalam parlimen untuyk melawan. Namun apa yang terjadi... masuk parlimen tidur, tanya soalan salah malah berapa ramai yang ponteng termasuk sesi - sesi penting. Amat juga kecewa apabila ada pemimpin yang kononya progresif yang menyatakan sokong Najib kerana dia dipilih dalam pilihanraya bebas dan adil.
  14. Kesempatan ini juga saya menyeru kepada BERSIH supaya kembali memfokuskan perjuangan pilihanraya bebas dan adil. Biarkan isu najib dipelopori oleh parti dan pihak lain. Kini BERSIH tumpu untuk undi tidak percaya Najib. Isunya ialah adakah Najib dijatuhkan ia akan digantikan oleh (orang dalam Umno) orang yang akan memastikan pilihanraya BERSIH ? Ya isu Najib banyak seharusnya BERSIH ambil isu pengakuan Najib bahawa wang RM2.6 billion digunakan untuk pilihanraya maka ia membawa jumlah yang salah dengan akta pilihanraya. Seret mereka ke mahkamah, bukan saja Najib tetapi kemenangan Bn itu sendiri haram. BERSIH harus guna kesempatan ini untuk mobilisasi rakyat, desak PRU bersih. SPR ditukar dan proses melihan suruhanjaya dengan penglibatan rakyat. Saya tidak boleh menyelindungkan kecewa saya apabila bersih seolah hilang fokus dan tersedut dengan sentimen bukan sahaja politik kepartian malah ia politik hanya menggantikan sosok tubuh semata.
  15. Yakinlah perjuangan menuntut pilihanraya bersih ini merupakan perjuangan yang payah dan panjang umpama menuntut kemerdekaan kedua bagi pihak rakyat. Perjuangan ini memerlukan pengorbanan. Doakan saya dan teman - teman terus tabah melangkah. Janji kami selagi terdaya kami akan terus berjuang. Bagi kami dari duduk bersimpun baik rebah merempuh.

Sekian

che'GuBard,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Saturday, November 14, 2015

(video) Gabungan politik baru, tergesa - gesa ? - respon YB Tian Chua

Berikut ialah video rakaman rumusan forum Harapan Rakyat, apa harapan baru kepada rakyat ? yang diadakan pada 11 Oktober 2015 di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) SAMM DI Seremban.

YB Tian Chua menyatakan kalau nak lancar gabungan baru kena buat penilaian kepada PR tidak berjaya dahulu. Pas dan Darp bertanggung jawab terhadap kegagalan PR.

Tian menyatakan Dap terlalu alah (super elergi) dengan semua berunsur Islam, sebut sahaja hudud atau Islamic state maka Dap akan meloncat.

dari gabungan ketika semangat 46 hingga kini kita menurut Tian tidak belajar. 

Tindakan DAP umumkan Pakatan Rakyat mati beberapa minggu sebelum isu 1MDB atau sebelum Muhiyuddin dipecat amat besar implikasinya dan ia merugikan menurut Tian




sila klik sini untuk bantu projek blue print Jalur Perubahan  :  http://chegubard.blogspot.my/2015/09/mohon-beli-buku-ini-sambil-membantu.html

(video) Amanah tertubuh selepas kalah pemilihan dalam Pas ? - ikuti respon YB Khalid

Berikut ialah video rakaman rumusan forum Harapan Rakyat, apa harapan baru kepada rakyat ? yang diadakan pada 11 Oktober 2015 di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) SAMM DI Seremban.

Polimik PR memberi impak dalaman Pas itu secara langsung.

YB Khalid menjawab adakah benar Amanah tertubuh selepas kalah pemilihan ?

Beza utama ialah ialah semua yang pro (tahalulsiasi) Pakatan Rakyat sudah keluar tubuh Amanah.

Yang tinggal dalam Pas kini ialah yang pro gabungan dengan Umno satu ketika dulu.

Trend Pas dilihat menyerang Amanah dan Dap menjadi keutamaan tetapi bukan meletakkan Umno - Bn sebagai musuh utama.

sila tonton

(video) kenapa pakatan rakyat berpecah - YB Khalid Samad

Berikut ialah video rakaman rumusan forum Harapan Rakyat, apa harapan baru kepada rakyat ? yang diadakan pada 11 Oktober 2015 di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) SAMM DI Seremban.


YB Khalid Samad menyatakan dalam Pas jelas ada dua aliran, satu aliran pro gabungan politik pembangkang dan satu lagi aliran lagi menolak Pakatan Rakyat. 

DAP bukan masalahnya kerana DAP berusaha memahami sistem pentadbiran Islam sehingga membawa rombongan ke timur tengah, Mesir dan Tunisia.

Ini jelas dalam Pas menggunakan peluru Umno untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

sila tonton




(video) mengapa Pakatan Rakyat berpecah - Tian Chua

Berikut ialah video rakaman rumusan forum Harapan Rakyat, apa harapan baru kepada rakyat ? yang diadakan pada 11 Oktober 2015 di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) SAMM DI Seremban.

Tian mengimbau sejarah bagaimana Arwah Ust Fadzil juga pada awalnya tidak ada kemahuan untuk penyatuan gabungan parti sehingga pada peringkat awal Ust Fadzil dan Kit Siang tidak mahu duduk sepentas. Katanya DAP dan PAS tidak ada keinginan untuk bergabung tetapi hanya kerana "kuasa politik' dan dipaksa rakyat.

PR berpecah juga bukan hanya salah PAS tetapi juga kerana DAP. 

Sila tonton ;


(video) Pakatan harapan tidak ikhlas berkongsi kuasa - Arul

Berikut ialah video rakaman rumusan forum Harapan Rakyat, apa harapan baru kepada rakyat ? yang diadakan pada 11 Oktober 2015 di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) SAMM DI Seremban.

Berikut ialah rakaman hujah Sdr Arul mengenai kesediaan PSM menyertai Pakatan Harapan

Arul dengan tegas menyatakan Pakatan Harapan tidak ikhlas berkongsi kuasa.


(video) Apa beza Pakatan Harapan dengan Pakatan Rakyat ? - Tian Chua

Berikut ialah video rakaman rumusan forum Harapan Rakyat, apa harapan baru kepada rakyat ? yang diadakan pada 11 Oktober 2015 di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) SAMM DI Seremban.

Berikut ialah rakaman hujah Tian Chua yang menerangkan nebgenai beza Pakatan Harapan dengan Pakatan Rakyat ?

Tian menceritakan pengalamannya sememangnya satu kebiasaan persetujuan dibuat untuk dilanggar cuma yang membezakanya mahu duduk bincang semula atau tidak.

Antara yang dibongkarkan bukan sahaja PAS malah DAP juga banyak kali melanggar prinsip persepakatan dalam Pakatan Rakyat, antaranya apabiula mengenengahkan "anti Hopping Law, Local Council Election antara perkara yang diketengahkan oleh DAP tanpa melalui Majlis Presiden cuma pada ketika itu 'kita' memilih untuk tidak berpecah dan duduk membincangkanya semula.

Tian berpandangan dia tidak halang undang - undang hudud

(Video) Rumusan Forum Harapan Baru kepada Rakyat ?

Berikut ialah video rakaman rumusan forum Harapan Rakyat, apa harapan baru kepada rakyat ? yang diadakan pada 11 Oktober 2015 di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) SAMM DI Seremban.

antara perkara yang disentuh oleh semua panel dalam sesi penutup ialah :

- isu kritikal yang menjadi halangan kepada Pakatan Harapan Rakyat ?
- undi tidak percaya kepada PM, berjaya atau tidak  ?
- Pas halangan gabungan politik ?
di jemput menonton

#PrayForParis - SAMM Urged To Restore Peace and Harmony

Kenyataan Umum
14 November 2015
‪#‎PrayForParis‬ - SAMM Kecam Insiden Serangan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) kesal dan mengutuk insiden serangan di kota Paris, Peranchis yang mengakibatkan ratusan orang awam terbunuh. SAMM mengucapkan takziah kepada seluruh kaum keluarga mangsa yang terbunuh dan cedera dalam insiden tersebut.
SAMM menggesa dunia untuk menilai semula sikap terhadap masyarakat Islam di seluruh pelusuk dunia pasca 9/11. Gerakan-gerakan Islamophobia yang subur selepas itu akhirnya telah mengheret reaksi ganas daripada sekelompok Muslim walaupun Islam sememangnya menolak kekerasan dan keganasan.
Peranchis sendiri berdepan dengan keadaan institusi kerajaan yang tidak kondusif bagi masyarakat Muslimnya. Bukanlah satu rahsia bagaimana masyarakat Muslim di sana di layan seperti Alien sedangkan Peranchis merupakan negara antara yang teramai Muslim di Eropah. Sepatutnya Peranchis meneroka jalan perdamaian, persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyatnya selepas sahaja insiden Charlie Hebdo berlaku awal tahun ini.
Dalam perkembangan yang sama, Amerika Syarikat juga mempunyai peranan dalam membenihkan gejala pengganas di seluruh dunia. Amerika Syarikat adalah punca tertubuhnya tentera-tentera mujahidin hanya untuk memenuhi keinginan Amerika Syarikat meruntuhkan Kesatuan Soviet dan menguasai dunia. Kini, dunia terpaksa berdepan dengan kesan dahsyat dosa-dosa Amerika Syarikat ini.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) dan seluruh dunia harus berhenti sejenak, merenung kembali dan mencari jalan untuk menghentikan semua kegilaan ini. Sama ada Islamophobia mahupun reaksi ganas Muslim, ia harus dihentikan segera. Kita perlu mengembalikan keamanan dan keharmonian, dan menyebarluaskan kasih sayang antara satu sama lain, bukannya kebencian dan prejudis.
Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
--------------------------------------------
Media Statement
November 14, 2015
#PrayForParis - SAMM Urged To Restore Peace and Harmony
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) condemned the attack on the city of Paris, France, which resulted in hundreds of civilians succumb to this horrific tragedy. Our first thought goes to the victims, the injured, their families, and friends. To them and to everyone, our deepest condolences and the testimony of our sympathy.
We cannot condone to this inhuman and lunatic action. This terror action are not related to Islam nor its teaching. This cruelty and madness are the result of the manipulated or corrupted minds. Thus, SAMM would like to urged every Muslims in this world to avoid doing things that can make Islam being amalgamated to extremist violent.
SAMM also urged the world to reassess our attitude towards the Muslim community around the world in the aftermath of 9/11. The Islamophobia that evolved after 9/11 has finally triggered the violent reaction from certain quarters of Muslims. All parties must put a serious effort and commitment to bring peace and harmony throughout the globe.
The France Government's institutions itself also plays a major part to put an end on this issue. France should provide the Muslim community a conducive enviroment, at the same time ensure the people's safety regardless their religion.
The Muslim community in France should not be treated as an alien object of analysis. As the largest Muslim population in Western Europe, France should explore how to bring peace, understanding and solidarity among its citizens especially after the Charlie Hebdo's incident occurred earlier this year.
Meanwhile, the United States also played major role in creating terrorists around the world. Hillary Clinton's testimony clearly stated that United States has funded the formation of Mujahideen in order to topple the Soviet Union and to dominate the world. Now, the world has to faced the consequences of their sins.
The United Nations (UN), the Conference of Islamic Countries (OIC) and the rest of the world should find a way to stop all this madness. Whether Islamophobia or violent Muslim's reaction, it must stopped immediately. We should restore peace and harmony, and spread love towards each other not hatred and prejudice.
Ahmad Anwar Asyraf
Director
Pemikir Muda SAMM

Thursday, November 12, 2015

Esok 13 Nov, himpunan di KKM Putrajaya dan Keputusan Mahkamah

📣 MAKLUMAN MEDIA 📣

1. KEPUTUSAN PERBICARAAN KES BLACKOUT PARLIMEN

Esok 13 November 2015 (Jumaat) merupakan hari penentuan penting keputusan mahkamah terhadap kes himpunan depan parlimen (BlackOut505) bagi 33 aktivis, samada perlu pembelaan (prima facie) atau tidak.

Tarikh: 13 November 2015
Masa: Bermula 9 pagi.
Lokasi: Mahkamah Seksyen 3 (Jenayah) tingkat 4, Kompleks Mahkamah Jalan Duta
Pertanyaan: 01118685019 Edy

2. PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Penyerahan Memorandum oleh SAMM dan Vapor Malaysia (VM) sebuah gagasan kumpulan peniaga dan pengguna vape seluruh Malaysia bersabit dengan isu diskriminasi ke atas komuniti vaper yang dilakukan oleh KKM.

Tarikh : 13 Nov 2015 (Jumaat)
Lokasi : Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya
Waktu : 11.00 pagi
Pertanyaan: 018-3557923 Hery

Semua pengamal media dijemput hadir membuat liputan bagi kedua-dua event.

Makluman oleh;
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Wednesday, November 11, 2015

Pendedahan skandal balak disambut ugutan dan ancaman di Kelantan

Sejak semalam saya berada di Kelantan utk perbagai program dan msyuarat.

Semalam di Pasir Puteh, ramai terkejut kerana pendedahan lengkap dokumen termasuk salinan cek, resit serta perjanjian dgn tandatangan saksi sekali skandal balak libat wang lobi hampir RM5juta terkait ADUN Kelantan.

Semalam Sdr. Salahuddin Ayub yg turut bersama tayar keretanya di toreh.

Semalam juga isteri YB Dato Husam menerima ugutan "bunuh".

Baru sebentar tadi dihubungi Ketua Pemuda Amanah Kelantan minta saya lebih berhati hati kerana prog.mlm ini mendapat ugutan akan diganggu gangster.

Saya tegaskan kita teruskan sahaja 9mlm ini (11 Nov) di Lubuk Jong, rantau panjang dan selebihnya kita serah kepada Allah. Malam ini Presiden Amanah , Hj Mohammad Sabu dan Pengerusi Amanah Kelantan, Dato Hj Wan Rahim turut akan bersama. Begitu juga wakil PKR dan DAP.

Saya berada baru selesai perjumpaan tertutup dengan komrad - komrad muda di Pengkalan Chepa. Sdr. Mohd Afiq yg menjadi pelapor SPRM tempoh hari juga bersama.

cheGuBard
PENGASAS SAMM

Monday, November 09, 2015

Pembentangan Cadangan Dana Politik Kepada Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP)

Kenyataan Umum
31 Oktober 2015
Pembentangan Cadangan Dana Politik Kepada Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP)
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah pun memulakan inisiatif untuk mengadakan satu blueprint Tuntutan Jalur Negara Perubahan iaitu satu garapan cadangan memperbetulkan segala kepincangan sistem urustadbir dan politik Malaysia pada penghujung Ogos yang lalu. Antara tuntutan yang turut dicadangkan adalah mengenai Dana Politik.
Sehubungan itu, pada 30 Oktober 2015, SAMM telah pun dijemput untuk membentangkan kertas cadangan Dana Politik ini di hadapan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur.
Delegasi SAMM diketuai oleh Saudara Che’GuBard selaku Pengasas SAMM dan disertai oleh Saudara Edy Noor Reduan – Pengarah Propaganda SAMM, Saudara Ahmad Anwar Asyraf – Pengarah Pemikir Muda SAMM dan Saudara Muhamad Zulhairie Dzulcaply.
Kehadiran delegasi SAMM disambut oleh Dr. Anis Yusal Yusoff yang merupakan Presiden Institut Integriti Malaysia, Encik Mohd Hafizdi Che Md Akhir, Kordinator Program Politik dan Pemimpin dan pegawai-pegawai lain.
Pembentangan dan perbincangan di antara SAMM dengan JKNMPP meliputi perkara seperti berikut :
1. SAMM sangat bersetuju bahawa Malaysia sangat memerlukan satu Akta Dana Politik untuk menggariskan mekanisme penyaluran dana politik, pembiayaan politik dan lain-lain perkara yang berkaitan,
2. Menubuhkan satu Jawatankuasa Tetap Parlimen Berkaitan Dana Politik yang terdiri daripada Blok Kerajaan dan Blok Pembangkang dengan tujuan melakukan semak-dan-imbang terhadap dana yang diterima oleh Parti Politik,
3. Setiap sumbangan, derma atau dana yang diterima perlulah diperjelaskan mengenai sumber meliputi nama penyumbang, nilai sumbangan dan tujuan sumbangan dan laporan kewangan perlulah diserahkan kepada Jawatankuasa Tetap Parlimen,
4. Kerajaan Pemerintah tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang bentuk tekanan atau halangan atau intimidasi atau sabotaj ke atas pihak yang memberikan sumbangan kepada mana-mana parti atau gerakan politik,
5. Kerajaan Pemerintah juga perlu memberikan subsidi percuma waktu penyiaran di media massa elektronik kepada semua parti politik,
6. Deklarasi Harta dan Pendapatan Wakil Rakyat, Pemimpin Utama Kerajaan, Pemegang Jawatan Tertinggi Parti Politik perlu diisytiharkan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Tetap Parlimen selain mengekalkan sistem sedia ada iaitu diserahkan kepada Kabinet dan SPRM. Masyarakat sivil dan pihak berkepentingan lain dibenarkan akses kepada maklumat ini untuk menyemak dan memantau perkara ini,
7. JKNMPP perlu mengkaji kesesuaian sistem pemberian dana politik mengikut jumlah undi popular yang diterima oleh parti politik semasa pilihanraya untuk diaplikasikan di negara ini.
Dalam pertemuan ini juga, SAMM telah mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Blueprint Jalur Tuntutan Negara Perubahan yang mengandungi 6 teras tuntutan iaitu Parlimen, Sistem Pilihanraya, Perlantikan Anggota Suruhanjaya, Dana Politik, Media Bebas dan Kerajaan Tempatan.
SAMM sangat gembira kerana pihak Institut Integriti Malaysia menyambut baik inisiatif SAMM untuk meneroka idea dan pencerahan pendidikan politik – hak warga kepada setiap lapisan masyarakat demi untuk meletakkan Malaysia kembali ke landasan yang tepat bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal tetapi juga pembinaan sebuah masyarakat demokrasi yang madani.
SAMM tidak meletakkan ukuran tempoh untuk direalisasikan tetapi iltizam SAMM adalah untuk membawa tema Negara Perubahan ini ke segenap sudut negara. Rakyat perlu diberikan kefahaman dan pencerahan pendidikan politik agar tidak terus menerus dinafi hak dan menjadi aparat parti politik bagi mengekalkan kuasa semata-mata.
SAMM bersedia untuk menjalin kerjasama dengan apa juga institut, agensi, NGO, pertubuhan dan kumpulan fokus seperti mahasiswa dan anak muda lainnya agar usaha kecil ini dapat memberikan impak positif kepada pengukuhan pemikiran politik rakyat.
SAMM mengucapkan terima kasih kepada YB Senator Datuk Paul Low, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) kerana memberikan peluang kepada SAMM untuk mengambil ruang di dalam perkara ini. SAMM menyeru semua gerakan muda negara untuk sama-sama tampil bukan sahaja mengkritik dan membantah tetapi mencuri peluang yang ada bagi memulihara tanahair ini.
SAMM sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pihak Dr. Anis Yusal Yusoff dan pegawai-pegawai Institut Integriti Malaysia kerana sudi menjemput SAMM untuk memberikan pandangan dan cadangan serta berdiskusi ke arah menghentikan amalan korupsi yang telah pun menjadi satu mantra dan budaya di dalam negara ini. SAMM amat memandang serius kepentingan integriti di dalam urustadbir negara dan juga perjalanan politik tanahair.
Sekian,
Mohd Faizal Ab. Rahman
Penyelaras SAMM Kebangsaan
faizal9883@yahoo.com

Sunday, November 08, 2015

Ceramah umum dedah bukti yang diserahkan kepada SPRM (Balak Kelantan)

Bersama che'GuBard dan turut hadir Mohd Afiq (pelapor SPRM)

Datang dan dengar sendiri penjelasan mengenai laporan SPRM berkaitan adun dan seorang brgelar datuk terlibat skandal balak dgn seorang tauke cina.

- pendedahan bukti penuh ?
- siapa terlibat ?
- kenapa laporan SPRM di buat ?

10 Nov , 9mlm
Dataran R, Pasir Putih,Kelantan

11 Nov , 9mlm
Gelanggang Futsal Lubok Jong, Rantau Panjang,Kelantan

Penceramah Utama : Hj Mohammad Sabu dan bbrp pimpinan utama Pakatan Harapan
Mohon sebar khususnya buat kawan2 di pantai timur