Monday, August 25, 2014

Pemuda Umno PP buat laporan polis ke atas akaun twitter che'GuBard

Kenyataan Umum

25 Ogos 2014


LAPORAN POLIS OLEH PEMUDA UMNO PULAU PINANG

Telah dimaklumkan semalam (24 Ogos 2014) berita di TV9 telah melaporkan sekumpulan pemuda Umno P.Pinang telah membuat laporan polis ke atas akaun twitter milik che'GuBard yang kononya menghina mangsa serta waris mangsa MH17.

klik sini untuk menonton berita TV 9 tersebut.

Pertama sekali terima kasih kepada pemuda Umno yang telah mengikuti dan memberi perhatian terhadap akaun twitter che'GuBard. Keduanya terima kasih juga kerana membuat laporan polis dan jika isu ini boleh besar maka akan memberi ruang kepada che'GuBard memberikan penjelasan dan menyampaikan apa yang berada dibenak pemikiran che'GuBard.

Simpati tanpa belah bagi kepada semua mangsa dan keluarga mangsa trajedi pembunuhan MH17. Semoga Allah mengampun dosa dan menerima semua amal baik di dunia semua mangsa serta kita juga. 

Yang dipertikaikan bukan penghormatan buat jenazah, walaupun ada pendapat yang mengatakan

  • Ini adalah mangsa yang dianiaya (kes sengaja menyebabkan kematian), jadi apa bezakan mereka dengan kes penganiayaan lain ? Adakah kita memerlukan kajian semula 'perintah protokol' negara khususnya dalam bab pengurusan jenazah dengan penghormatan negara... siapa yang layak dan sebagainya...
  • jika dikatakan meninggal dengan jumlah yang ramai serentak bagaimana dengan mangsa kemalangan bas dan sebagainya ?
  • bagaimana sebelum ini tokoh atau prajurit yang layak kita abaikan dalam menghormati pengkebumian mereka ? Apa perasaan keluarga mereka melihat semua ini ?
  • atau adakah kita sekadar meniru Belanda yang mengadakan acara hampir serupa. Mengapa pula kali ini kita ketepikan fatwa Majlis Fatwa 1987. Pejabat Mufti Perlis secara jelas menyatakan Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengeluarkan sekeping memo bertarikh 22 Ogos 2014, yang tersebar di laman sosial facebook dan twitter, menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan program tafakur anjuran Kerajaan Pusat berkenaan kerana perbuatan itu didakwa melanggar Faktwa Kebangsaan Tahun 1987 dan Fatwa Negeri Perlis tahun 1974 "
  • apa yang berlaku ialah penasihat strategi media Perdana Menteri telah memberikan nasihat yang sangat baik agar kesempatan trajedi MH17 ini diambil kesempatan baik menumpukan rakyat ke atas titik trajedi dengan kesedihan agar melupakan persekitaran dan kelemahan Perdana Menteri yang lain dan kali ini ia sebenarnya sangat berjaya. Nah sekarang siapa yang mempolitikkan isu ini sebenarnya ?
Yang ditimbulkan bukan untuk menghina, kematian satu kehilangan yang amat menyedihkan lebih - lebih lagi jika yang tersayang mati menjadi mangsa dan ada pelakunya. Maka yang paling utama diperlukan ialah keadilan terhadap kejadian ini. Rakyat khususnya waris mangsa perlu tahu apa perkembangan dan usaha ke arah mengheret 'pembunuh' terlibat ke muka pengadilan ? Apa isi kotak hitam dan apa perkembangan siasatan ?

Tahukah kita berapa ramai dalam senarai mangsa tersebut merupakan sumber utama atau satu satunya sumber pendapatan keluarga ? Perbelanjaan yang berjuta dihabiskan seharusnya ditumpukan kepada perkara ini bagi meneruskan kelansungan kepada mereka yang hidup.

Dalam memperkatakan MH370, kita diajak bersedih setiap hari dengan menonton pada ketika itu kenyataan berulang ulang dari Perdana Menteri kepada sepupunya yang ketika itu memangku jawatan Menteri Pengangkutan. Bukan setakat jawapan berbelit dihadapan media antarabangsa memalukan tetapi kita mengundang senyum dunia apabila Sidang Media tergempar maklumat terbaru telah mengumumkan setakat ini tidak ada maklumat terbaru juga dari mulut menteri. 

Masih ingatkah kita lagi dengan 
  • bagaimana kajian ilmiah membuktikan majoriti rakyat Malaysia yakin 'Putrajaya' menyembunyikan maklumat sebenar MH370 (sila klik sini)
  • ketika siasatan dilakukan semua senarai menifest kargo dan senarai penumpang dipadamkan dari sistem. (klik sini untuk membaca lanjut)
  • dan apa yang diyakini ialah Malaysia menjadi kuasa pertembungan kuasa politik kuasa besar dunia dan Najib Razak sendiri tersepit (sila klik sini)
MH370 misteri kerana Najib lemah dan tersepit dalam menguruskannya.

Rakyat dalam dan luar negara terus bangkit mempersoalkan maklumat sebenar mengenai MH370 namun seperti sudah jatuh ditimpa tangga, MH17 pula menjadi mangsa pertembungan yang Malaysia sendiri tidak punya kepentingan. Semua sedih, namun kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Najib Razak dan team propagandanya .... maka semua hampir dilupakan. 

Maka siapa bertanya akan dituduh menghina mangsa, tidak sensitif dan mengkhianati negara. 

Sekali lagi persoalanya siapa yang mempolitikkan kejadian demi kejadian untuk menutup kelemahan.

Ada juga patutnya kenyataan Dr. Mahathir Mohammad ; Najib Razak , Perdana Menteri yang lemah.

Cuma kini adakah polis cukup masa dan anggota untuk dibazirkan dengan laporan 'sengal' pemuda Umno ini dalam keadaan banyak kes yang lebih penting tertangguh kerana tidak cukup anggota.


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia.

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

No comments:

Post a Comment