Saturday, June 28, 2014

KHUATIR KENAIKAN TARIF AIR DAN SURCAJ MENGHUKUM KELUARGA BESAR, BUKAN MENGAWAL PEMBAZIRAN

Kenyataan Umum
29 Jun 2014

Saya calon Pakatan Rakyat bagi DUN Sg Acheh (N21) Pulau Pinang pada Pilihanraya Umum Ketiga Belas (PRU13) yang lalu merasa terpanggil bagi pihak penduduk Pulau Pinang secara amnya dan Nibong Tebal khususnya untuk mendesak kerajaan P.Pinang menarik semula cadangan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), anak syarikat PBA Holdings Berhad menaikkan tarif air pada kadar purata 20% bagi pengguna domestik seperti yang diluluskan pada Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Walaupun tiada kenaikan bagi jalur penggunaan pertama di antara sifar dan 20 meter padu sebulan, caj minimum bagi semua pengguna domestik juga dicadangkan naik 20% kepada RM3.00.
Ini akan menjadi fitnah dan bahan propaganda lawan kerana jelas bertentangan dengan salah satu tawaran dalam Manifesto Pakatan Harapan Rakyat bagi PRU13 mengenai “caj air lebih rendah” di mana Pakatan Rakyat berjanji akan memastikan Kerajaan Negeri dan Persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air antaranya menerusi penamatan kontrak lumayan syarikat konsesi swasta berkaitan air demi meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung rakyat.
Malah, pada majlis menandatangani Perjanjian Penstrukturan Semula Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Pulau Pinang di antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Kewangan di Putrajaya pada 2 Jun 2011, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng telah memberi jaminan bahawa tarif air bagi pengguna domestik tidak akan dinaikkan. Perjanjian tersebut dikatakan akan memberi tujuh kelebihan kepada Kerajaan Negeri yang antara lain “mengekalkan kuasa menentukan kadar tarif air Pulau Pinang oleh warga Pulau Pinang sendiri”.
Meskipun Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) masih belum memberi kata putus ke atas cadangan menyemak semula tarif, rakyat Pulau Pinang khususnya di kalangan 546,749 pengguna air berdaftar sudah gelisah dan sudah mula menzahirkan kegusaran dan rasa tidak puas hati dengan cadangan yang bakal menyumbang kepada lonjakan kos sara hidup akibat kesan berantai ke atas harga barangan dan perkhidmatan lain.
Golongan yang akan terjejas teruk adalah keluarga besar berpendapatan rendah dan sederhana tidak kira di bandar atau luar bandar kerana di samping kenaikan tarif bagi jalur penggunaan bulanan melebihi 20 meter padu, mereka juga terpaksa membayar “water conservation surcharge” atau surcaj pemulihan air sebanyak 48 sen bagi setiap 1,000 liter sekiranya penggunaan isirumah bulanan melebihi 35,000 liter atau 35 meter padu. Surcaj ini, yang naik 100% daripada 24 sen, berkuatkuasa sejak 1 November 2013., sebenarnya “menghukum” keluarga besar yang sudah tentu mempunyai keperluan air yang tinggi dan bukannya mengekang rakyat yang boros menggunakan air.
Agak mengelirukan jika dikatakan semakan tarif air ini mampu mengelakkan catuan air seperti yang dialami di Selangor, Wilayah Persekutuan, Negri Sembilan, Johor dan Perak beberapa bulan lepas. Ini kerana ramai sedia maklum bahawa catuan air yang berlaku di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia awal tahun ini adalah disebabkan oleh musim kering tanpa hujan luar biasa yang melanda di luar jangkaan, mengakibatkan paras air di empangan turun mendadak. Tidak munasabah krisis bekalan air mentah akibat fenomena cuaca seperti ini boleh diatasi serta-merta dengan menaikkan tarif air. Penjimatan penggunaan air yang diharapkan akan mengambil masa yang agak lama untuk sebati menjadi cara hidup harian pengguna yang bilangannya meningkat saban tahun.
Sebenarnya terdapat alternatif lain agar rakyat lebih menghargai sumber semulajadi terhad seperti air. Sebagai contoh, kempen-kempen meningkatkan kesedaran dan pendidikan berterusan betapa bernilainya air boleh menggalakan penggunaaan air secara berhemat Kadar non-revenue water (NRW) atau air tidak berhasil pada paras 20% sekarang masih tinggi dan masih banyak ruang untuk diperbaiki sebelum kenaikan tarif air digunapakai sebagai kaedah mengurangkan pembaziran air.
Yang pasti, cadangan kenaikan tarif air ini, sekiranya diluluskan SPAN, bakal melipatgandakan keuntungan bagi PBA Holdings Berhad, setelah mencatatkan keuntungan bersih RM27.93 juta pada tahun kewangan 2013. Keuntungan korporat PBA Holdings Berhad yang menjadi kemegahan pentadbiran telus P.Pinang akan lebih bermakna jika ia dikongsi dengan rakyat dengan tidak menaikkan tariff air.  Walaupun tarif air di Pulau Pinang kekal terendah di Malaysia pasca-kenaikan, kenaikan tariff dan surcaj ini sama sekali tidak boleh diambil mudah kerana kredibiliti dan reputasi Pakatan Rakyat menjadi pertaruhan.

Sekali lagi bagi pihak rakyat yang gelisah akan kesan kenaikan kos tarif air di P.Pinang saya menggesa Kerajaan Negeri agar menarik semula cadangan kenaikan tersebut. Dalam keadaan rakyat terhimpit dengan perbagai kenaikan angkara kegagalan pentadbiran kerajaan pusat maka rakyat amat mengharapkan Kerajaan Pakatan Rakyat tampil sebagai peringan beban.
Sekian.

che’GuBard (Badrul Hisham B. Shaharin)


Wednesday, June 18, 2014

Polis tak fahami Undang - Undang dalam perlaksanaan Ops Warta : SAMM cabar debat dengan Peguam Zul Hazmi

Kenyataan Umum

18 Jun 2014

PDRM tak fahami undang - undang dalam melaksanakan Ops Warta cabar Ketua Trafik hadir forum dengan Peguam Zulhazmi Shariff
Membaca laporan akhbar theStar 18 Jun 2014 dengan tajuk berita "No money is no excuse under Ops Warta" ada memetik seorang Polis Trafik di Melaka namanya DSP Mohd Sham Abdullah yang menyebut lagi Polis diberikuasa untuk merampas kenderaan dalam ops warta kerana tidak bayar saman.

DSP Mohd Sham dengan angkuh berkata lagi, kebanyakan yang ditahan meminta diskaun tetapi tiada diskaun diberikan, maka mereka hendaklah membayar samanatau "face the music".


Untuk pengetahuan semua tidak ada satu pun dalam mana - mana peruntukkan khususnya Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memberi kuasa kepada Polis untuk merampas kenderaan sesiapa atas alasan mempunyai saman.

Dari laporan tersebut ternyata Polis sendiri tidak memahami peruntukan undang - undang. Peguam Zulhazmi Shariff merupakan seorang Peguam yang banyak terlibat dan sering mengeluarkan kenyataan berkenaan kes trafik dan saman ekor menegaskan dalam pelaksanaan Ops Warta ini Ramai tidak memahami apa dia notis polis, saman dan waran mahkamah.Polis sendiri tidak faham, keliru atau mengambil kesempatan atas ketidak fahaman orang ramai dalam melaksanakanya. 

Dalam laman Facebook miliknya, Zulhazmi Sharif sendiri pernah menyiarkan surat beliau menjawab 'Notis' Trafik Bukit Aman kepadanya dengan bertanyakan status saman yang terkandung dalam 'Notis' yang diberikan namun kerana ketidak fahaman Polis maka suratnya bertarikh 21 Feb. 2011 sehingga kini tidak terjawab.

Solidariti Anak Muda Malaysia mengajak rakyat melihat perkara ini dengan serius. Dalam semangat menghormati tugasan anggota Polis dan memahami perlunya penegasan undang - undang khususnya dalam bidang trafik menjaga keselamatan jalanraya, SAMM menegaskan mana mungkin pelaksanaan undang - undang itu sendiri melanggar prinsip keluhuran undang - undang.

Banyak juga kes pemalsuan nombor daftar kenderaan, salah rakam kemera yang akhirnya mengakibatkan yang tidak bersalah terpaksa menanggung beban saman yang tidak dilakukan. Saman juga bukanlah jalan penyelesaian keselamatan jalanraya. Lebih malang lagi apabila saman dilihat sebagai sumber pendapatan bukan hukuman ke arah mendidik pengguna jalanraya. 

Bukan menjadi rahsia dimana anggota polis sendiri punya kuota saman tertentu yang perlu dihabiskan dalam masa tertentu ini menggambarkan betapa terdesak menggunakan jalanraya sebagai sumber pendapatan.

SAMM dengan ini juga mengumumkan sedia menganjurkan Forum Kefahaman Undang -Undang  (saman trafik) mendidik pengguna ke arah keselamatan jalanraya. SAMM akan menghantar surat Jemputan Forum tersebut kepada SAC Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik PDRM dan Peguam Zulhazmi Shariff untuk menjadi panel dalam forum tersebut.

Diharapkan dengan penganjuran forum ini akan menambah kefahaman rakyat dan polis itu sendiri mengenai undang - undang. Yakinlah rakyat yang faham undang - undang akan lebih menghormati pelaksanaan undang - undang itu sendiri seterusnya roh keluhuran undang undang itu sendiri akan terpelihara. SAMM menjangkakan selaku institusi yang seharusnya dekat dengan rakyat PDRM sudah tentu akan mengambil kesempatan forum ini untuk menyampaikan dan menerangkan peranan serta pendirian PDRM dalam perkara ini.

che'GuBard
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
Notis polis yang pernah diperolehi oleh Zulhazmi
surat balas Zulhazmi yang sehingga kini tak terjawab oleh PDRM
Rujuk pada rekod JPJ ternyata Rosmah Mansor juga ada saman tertunggak, persoalanya adakah
Rosmah menerima saman ituatau hanya notis polis dan adakah Rosmah juga akan ditahan di tepi jalan,
kenderaannya di sita dan dibawa ke balai untuk membayar saman.

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
Mungkin dialog dibawah ini boleh membantu memahamkan apa tindakan yang harus diambil oleh pengguna jalanraya :
SUATU HARI DI JALANRAYA...

Jai (bukan nama sebenar) sedang memandu kereta dari Kota Bharu ke KL melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Apabila tiba di suatu tempat ada Polis buat Operasi (Ops Warta Khas) untuk mencari pemilik saman yang enggan membayar saman. Kata SAC Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, ada lebihkurang 1.9 juta saman tertunggak dan waran tangkap yang belum selesai.

Polis : Encik... tolong ke tepi ya...

Jai pun memandu ke bahu jalan dan berhenti.

Polis : Mintak IC & Lesen Encik.

Jai keluarkan lesen & IC. Alhamdulillah lesen memandu masih hidup. Setelah memeriksa IC & Lesen Jai, Polis tersebut berkata.

Polis : Encik, ikut rekod kami, encik ada 15 saman tertunggak dan 1 waran tangkap. Jadi Encik kena ikut saya ke Balai.

Jai : Boleh tunjuk pada saya rekod yang Encik kata tu?

Polis pun tunjuk kepada Jai rekod dalam komputer dan kemudian diprintkan kepada Jai.

Jai : Owhhhhhh ini rekod saja... mana samannya?? Saya tak pernah tau pun ada saman. Ini rekod saman ke notis? Yang waran tangkap tu kes apa? Bila saman keluar? Bila saya kena pergi Mahkamah?

Polis : Encik, setakat sekarang ni, ini ja yang saya boleh tunjuk. Kalau encik nak lebih lanjut sila ke ikut saya balai.

Jai : Ok la kalau macam tu jom kita ke balai. Saya pun nak juga tahu saman apa yang saya ada & waran tangkap tu kes apa.

** Rajin ke Polis tu nak bawak Jai ke Balai dlm dok tengah kalot operasi??**

Kalau ke balai. Di Balai.

Polis : Ok encik ini senarai saman dan waran tangkap yang encik ada.

Jai : sama je, itu hanya rekod. Saya nak tengok saman. Nak tengok waran tangkap. Sebab saya nak tahu yg dlm rekod tu betul saman ke notis. Kalau encik tak boleh bagi sekarang, saya nak balik dulu. Saya ada kerja lain lagi nak buat.

Polis : tak boleh macam tu Encik, kami ada bukti Encik ada saman tertunggak.

Jai : Ya la encik ada bukti tapi mana buktinya? Yang encik tunjuk tu rekod tapi mana samannya? kalau tak ada, encik ambil nombor telefon saya, nanti bila ada bukti boleh telefon saya ya.

SEQODAR ITULAH PERBUALANNYA. JAI PUN START KERETA BALIK KL.
 klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Gagal pertahan kepentingan PKNS : YAB Tan Sri Khalid dan YB Azmin dituntut tampil beri penjelasan

SURAT TERBUKA MEMINTA PENJELASAN AZMIN ALI KERANA GAGAL MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN ANAK SELANGOR

Beberapa hari lepas saya telah mendapat dokumen dipercayai milik PKNS yang mempunyai maklumat berkenaan projek usahasama PKNS Holding iaitu PJ Sentral Development Sdn Bhd.

Dokumen tersebut juga menunjukkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sedang menjalankan penyiasatan dalaman terhadap anak syarikatnya PKNS Holdings Sdn Bhd terutamanya dalam transaksi yang berkaitan projek PJ Sentral Development (PJ Sentral).

Jabatan Audit Dalaman PKNS digambarkan sedang menjalankan siasatan secara terperinci termasuk mendapatkan maklumat dan dokumen daripada ahli-ahli lembaga pengarah PKNS Holdings yang mewakili PKNS dalam PJ Sentral iaitu YB Mohamed Azmin Ali dan Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Projek PJ Sentral melibatkan pembangunan komersil di kawasan seluas 9,854 ekar yang menempatkan Ibu Pejabat PKNS. Pada 6 September 2007, PKNS menjual 8.05 ekar kepada Bisraya Pembinaan Sdn Bhd dan dana itu digunakan bagi membiayai pembangunan Ibu Pejabat PKNS yang baharu di kawasan tanah berbaki itu.

Anak syarikat PKNS iaitu PKNS Holdings (PHSB) telah menjalinkan kerjasama dengan Nusa Gapurna dan membentuk sebuah syarikat untuk membangunkan PJ Sentral dengan pegangan saham 30-70.

Menerusi syarikat kerjasama itu, PHSB telah diwakili oleh YB Mohamed Azmin Ali dan Datin Paduka Norazlina Zakaria yang masing-masing merupakan Ahli Lembaga Pengarah sejak dari tahun 2011 dan 2012.

Pada Februari 2013, Nusa Gapurna telah mengadakan perjanjian dengan MRCB untuk menjual 70% pegangan saham dalam PJ Sentral kepada MRCB melalui reverse takeover proposal.

Dokumen yang diperolehi menggambarkan kegagalan wakil PKNS dalam PJ Sentral untuk mempertahankan kepentingan PKNS.

Dalam dokumen tersebut juga menunjukkan YB Azmin Ali gagal hadir siasatan audit malah tercatat rentetan tarikh – tarikh yang dimana siasatan audit gagal menemui YB Azmin Ali seolah dia lari dan cuba mengelak proses siasatan.

Dari dokumen ini muncul persoalan

i. Kenapa dia lari dan mengelak lebih dari dua bulan untuk menghadiri sesi penyiasatan audit ? apa yang hendak disurukkan ?

ii. Adakah dia lemah atau sengaja dalam gagal mempertahankan kepentingan PKNS dalam projek PJ Sentral ? maaf jika dikatakan jika tidak dijelaskan maka mungkin akan wujud persepsi bahawa mungkin wujud juga imbuhan untuk berpura lemah.

iii. Adakah kegagalan ini penyebab penamatan beliau sebagai ahli lembaga pengarah ?

Kegagalan ini mempertahankan kepentingan PKNS dalam projek bernilai billion ringgit ini merupakan satu kerugian kepada semua warga Selangor secara keseluruhanya. Saya selaku anak Selangor dan juga anggota PKR menuntut jawapan dari YB Azmin Ali dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim juga harus tampil memberikan penjelasan mengenai perkara ini dan Kerajaan negeri harus menerangkan apa tindakan lanjut untuk mempertahankan atau mendapatkan semula hak warga Selangor yang hilang.

Dalam kesempatan ini juga ingin memohon penjelasan YB Azmin Ali mengenai berapa ramai kakitangan yang beliau bawa masuk dalam PKNS untuk dibayar gaji oleh PKNS selepas lantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah sehingga tidak disambung kontrak ?

Akhirnya besarlah harapan saya agar surat saya ini jangan disalah ertikan malah seharusnya dijadikan peluang dan ruang harus digunakan bagi menjelaskan kepada rakyat. Saya percaya dan yakin sama ada YB Azmin Ali mahupun YAB Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar sendiri tentu mementingkan integriti dan keterbukaan maklumat.

Sekian dan terima kasih.

Khairooll Anuar AlMegat
No. anggota PKR B 030003354
Cabang Hulu Selangor

beberapa helai dari dokumen yang diperolehi mencatatkan bagaimana
YB Azmin mengelak dari bertemu team siasatan audit dalaman

Laporan awal jawatankuasa siasatan audit dalaman
minit mesyuarat syarikat sebahagian dari
beberapa set dokumen yang diperolehi

nota kaki : Utusan Malaysia dan TV3 dilarang mengutip kenyataan sebarang terbitan dalam blog ini.
Rayuan program ramadhan (klik sini)

Tuesday, June 17, 2014

Ops Warta : soalan yang selalu timbul dalam kes saman trafik

SOALAN-SOALAN YANG SELALU DITANYA BERKAITAN SAMAN TRAFIK

a) Saman tu kena bayar ke?

Saman ialah perintah kpd OKS [Orang Kena Saman] untuk hadir ke Mahkamah bukan perintah untuk membayar denda.. dalam saman mesti ada ayat

"KAMU DENGAN INI DIPERINTAHKAN supaya hadir sendiri atau melalui peguam di hadapan Majistret di ................................" 

TIDAK ADA sepatah ayat di dalam saman mengatakan penerima saman hendaklah membayar saman tersebut. Apa yang ada dlm Saman berkaitan bayaran HANYALAH tawaran kompaun yang tertulis spt berikut :-

"Kesalahan ini ialah kesalahan boleh kompaun dan kamu boleh membayar kompaun sebanyak RM300 pada atau sebelum.....(tarikh)"

Kata kunci dalam tawaran kompaun ialah BOLEH... bermaksud tak WAJIB bayar. Jika tidak bayar kompaun, maka OKS hendaklah hadir Mahkamah pada tarikh yg ditetapkan. Ketidakhadiran OKS pd tarikh yang ditetapkan boleh menyebabkan Mahkamah mengeluarkan WARAN TANGKAP. Jika kompaun dibayar, maka Saman dianggap selesai & OKS tak perlu hadir Mahkamah. Saman selesai & tiada saman tertunggak.

b) Kalau tak bayar tak pe ke?

Seperti yang disebutkan dalam perenggan (a), Saman bukan perintah utk membayar denda, jadi tidak bayar kompaun bukan suatu kesalahan tetapi OKS hendaklah ke Mahkamah jika kompaun tidak dibayar.

c) Kalau pergi Mahkamah, denda boleh kurang ke?

Denda bagi kesalahan lalulintas kebanyakannya ialah minimum RM300 & maksimum RM2000. Denda minimum RM300 ditetapkan sama spt kompaun RM300 bertujuan utk tidak menggalakkan OKS pergi Mahkamah. Digalakkan supaya semua OKS hadir Mahkamah & jangan bayar kompaun kerana jika ke Mahkamah, ada dalam situasi2 tertentu, jika mengaku salah sekali pun Mahkamah mempunyai budibicara utk melepaskan OKS dgn amaran jika OKS mempunyai alasan2 yang kukuh yg Mahkamah berpuashati. Alasan2 bergantung kpd budibicara Mahkamah. Walau bagaimanapun jika Mahkamah tidak menerima rayuan/alasan, dendanya tetap RM300 tidak kurang krn telah ditetapkan di dalam Akta.

d) Saya tidak pernah menerima Saman tapi saya cek dlm MYEG & SMS dinyatakan saya ada saman, cane??

Saman tidak perlu disemak krn setiap saman hendaklah diserahkan kepada orang yang disaman samada secara kediri atau dihantar ke alamat berdaftar dalam Geran pemilik kenderaan. Jika Saman tidak diterima bermaksud anda tidak disaman. Tetapi jika anda bertukar alamat, anda mungkin tidak menerima saman. Jika katakan anda tidak menerima saman krn bertukar alamat tetapi tidak maklumkan pertukaran alamat kpd JPJ, anda boleh disaman krn tidak maklumkan pertukaran alamat & boleh didenda tidak kurang RM2000 jika disabitkan bersalah.

e) Kalau tak bayar nanti kena blacklist tak boleh renew roadtax & lesen memandu.

JPJ TIDAK BOLEH blacklist atau halang transaksi hanya semata2 seseorang itu mempunyai rekod saman. Pengarah JPJ perlu melakukan siasatan dgn memberikan peluang kpd seseorang yang mempunyai rekod saman untuk menjelaskan perkara tersebut. "menjelaskan" bukan maksud membayar tetapi memberikan penerangan berkaitan rekod.

Contohnya Zulhazmi ada 20 rekod kesalahan dan tidak membayar. Jadi Pengarah JPJ sebelum menyenaraihitam nama Zulhazmi, perlu memanggil Zulhazmi menerangkan apa dan kenapa rekod tersebut ada dlm sistem. Apabila Pengarah JPJ berpuashati barulah beliau boleh samada hendak senarai hitam atau sebaliknya.

Rekod dlm sistem tidak membuktikan kesalahan.

ZULHAZMI SHARIFF
18 JUN 2014

Monday, June 16, 2014

Minta Xavier dan Azmin rujuk surat kepada lembaga disiplin

Kenyataan Umum

16 Jun 2014

RESPON TERHADAP CABARAN AZMIN DAN UGUTAN SAMAN XAVIER

1. Saya dengan ini mengesahkan menerima surat peguam YB Xavier Jeyakumar menuntut meminta maaf kerana menuduh beliau berkenaan kes cubaan rasuah Malek Husin.

2. YB Xavier seorang anggota Biro Politik lantikan yang masih memegang jawatan tersebut walaupun menjadi calon Naib Presiden Pemilihan PKR 2014. Maka beliau sudah tentu mempunyai akses terhadap surat saya kepada Presiden dan Lembaga Disiplin parti berkenaan perkara tersebut malangnya setelah membaca surat peguam beliau ternyata beliau tidak merujuk surat saya berkenaan perkara itu.

3. Saya tidak menuduh sesiapa. Tindakan saya tidak lain dan tidak bukan untuk membersihkan parti dan membetulkan persepsi mengenai cerita kejadian kononya Abd Malek Husin, Ketua Panel Bantahan telah membaling sejumlah wang ke Xavier dalam satu mesyuarat biro politik.  Cerita ini setelah dua minggu berlegar dalam internet dan juga menjadi buah mulut amat tidak baik bagi parti.

4. Persoalanya adakah kejadian itu berlaku atau tidak. Walaupun sudah menjadi buah mulut tidak ada seorang pun anggota biro politik berani tampil memberikan penjelasan. Jika tidak betul nafikan , jika benar nampaknya anggota biro politik PKR semuanya penakut dan hanya berani membocorkan cerita tersebut kepada penyokong mereka melalui cakap mulut sahaja. Maka terjadilah cerita konon Xavier bagi duit bagi pihak Azmin, konon Azmin bagi dan Malek baling ke arah Xavier kerana Xavier orang Azmin malah tidak juga kurang cerita yang muncul konon Malek harap Azmin bagi banyak sebab bagi sikit maka Malek ambil jalan buang duit tersebut.

5. Teguran juga dibuat kepada semua anggota biro politik. Mesyuarat kamu itu rahsia jika nak bocorkan apa juga maklumat sila tampil dengan berani bukan bocorkan dan tinggankan begitu sahaja. Saya juga telah membuat aduan kepada lembaga disiplin yang masih sunyi tanpa jawapan berkenaan dokumen yang dibocorkan dari mesyuarat biro politik yang tersebar di internet. Setakat ini salah seorang dari ramai yang menyebarkan digantung sebaliknya yang harus diambil tindakan siapa anggota biro politik yang bocorkan. Yakinlah jika kes membocorkan dokomen itu tidak diselesaikan kes kebocoran mesyuarat biro politik pasti berulang.

6. Ia amat tidak sihat dan menjadi ejekan orang parti lawan dan sahabat. maka saya tampil menulis surat mendesak presiden dan lembaga disiplin parti agar serius memanggil siasatan 3 watak yang disebut dalam kejadian itu. Segera jika ia tidak benar perlu dinafikan segera dan jika benar tentu ada hukuman perlu dilakukan.

7. Maka dimana salah saya ? Xavier selaku anggota parti yang penuh dengan roh reformasi seharusnya menggunakan ruang ini untuk menjawab dan menjelaskan bukan bertindak sombong dan angkuh melakukan ugutan saman. Untuk muncul mendesak segera bertindak membetulkan persepsi salah setelah begitu lembab mengadapi isu sebesar ini maka saya akan disaman.... saya sedia. Saya tidak berharta mana maka saya juga sedia dibankrapkan dengan saman tersebut.

8. Lagi tidak difahami bila muncul cabaran Azmin Ali dan dalam laporan media yang sama kononya dia menjadi mangsa berbelas tahun dan cabar saya buktikan dia rasuah JPP. sila rujuk sini

9. Juga saya meminta Azmin merujuk surat saya dan fahami. Isu telah muncul dari perbagai sumber dan perbagai versi cerita tanpa ada pihak menjelaskan. Saya mendesak siasatan segera dan parti perlu tampil dengan penjelasan. Alih - alih isu dialihkan konon dia sudah berbelas tahun difitnah dan saya pula dicabar untuk buktikan dia rasuah JPP. 

10. Tiada siapa nafikan pengorbanan sesiapa selama ini. Semua ada berkorban dengan cara masing masing, semua ada menyumbang dengan cara masing masing juga tidak perlulah kita mendabik dada 'membuka kepak' kitalah yang hebat selama ini berkorban.

11. Kembali kepada isu cubaan rasuah JPP parti perlu segera tampil dengan penjelasan. Adakah kejadian baling duit dalam mesyuarat itu berlaku atau tidak ? Jika tidak tampil beritahu umum. Jika benar siapa baling duit kepada siapa ? dan siapa beri duit kepada siapa ? Jika benar Malek membaling duit tersebut lepas baling siapa mengambil duit tersebut ? juga apa dia hukuman tegas yang diambil ? kenapa susah sangat untuk muncul dengan penjelasan tersebut sehingga membiarkan anggota dan penyokong termanggu manggu diasak dengan persoalan dan ejekan.

12. Rakyat sedang memerhatikan PKR dengan penuh minat. Kesilapan sebagai sebuah organisasi besar pasti berlaku, cuma membezakan kita dengan parti penguasa ialah kita sedia mengakui, membaiki secara terbuka dan yakinlah kita akan lebih dihormati. Saya cuma anggota biasa dan saya tidak bertanding dalam Pemilihan 2014 tetapi kepentingan saya kali ini ialah memastikan parti ini memelihara demokrasi agar ia menyuburkan roh reformasi parti ini. Saya boleh berdiam diri dan berkompromi sebaliknya saya tidak mampu kerana sia sialah darah yang menyimbah jalanraya memperjuang ketelusan pilihanraya.

Sekian.

che'GuBard

Rayuan Ramadhan sila klik

Wednesday, June 11, 2014

Rayuan bantuan bagi pihak yang memerlukan sempena Ramadhan dan Syawal

Ramadhan bakal tiba lagi kemudian pasti disusuli Syawal sekali lagi. Bagi yang berkemampuan pasti kehadiran bulan ini disambut dengan penuh beerti dan bahagia. Namun yakinlah diluar sana ribuan keluarga dan insan sangat memerlukan dan kehadiran bulan mulia ini disambut penuh kesayuan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tahun ini sudah tahun yang ke 9 mengadakan program sempena Ramadhan. Kesempatan Ramadhan ini SAMM menyusun kelompok anak muda perbagai latar untuk kerja kebajikan dalam perbagai bentuk. Penyusunan sel muda dalam mood Ramadhan dan Syawal ini melatih anak muda menjadi anak muda prihatin penuh dengan nilai empati terhadap masyarakat.

SAMM telah menyusun perbagai program mendekati golongan asnaf dalam pernagai bentuk. SAMM sedia menyusun anak muda dengan program berfaedah dan menginsafkan bersama golongan asnaf, kami bersedia bagi pihak semua dermawan untuk menyampaikan sumbangan derma, sedeqah dan zakat semua kepada asnaf yang benar memerlukan.

Masih ramai yang tercicir. Program kami akan menumpukan senarai asnaf tercicir di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Bantuan akan disampaikan terus ke tangan yang memerlukan.

Kepada semua penyumbang boleh menyumbang dalam bentuk :
  • tajaan makanan asas
  • tajaan pakaian raya untuk kanak - kanak dan warga emas
  • tajaan makanan berbuka puasa dan sahur
sumbangan boleh disampaikan dengan menghubungi  Ezmir :- 0192443223 atau M. Azif :- 0166858558 atau sumbangan dalam bentuk tunai boleh terus dimasukkan ke akaun Solidariti Anak Muda (akaun maybank 555041113224) sila sms status sumbangan anda selapas dimasukkan ke akaun sms ke Niezam 0126937908 (khususnya jika ia zakat kerana ia akan di urus berasingan)

Respon dari Kenyataan yang dikatakan dari Majlis Belia Felda

SHAH ALAM, 6 JUN: Ketika umat Islam negara ini masih keliru dengan status sebenar isu DNA babi dalam coklat Cadbury, wujud dakwaan kononnya Felda Holdings Bhd adalah salah satu pemilik saham syarikat terbabit, Cadbury Confectionery (M) Sdn Bhd.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata penjelasan perlu dibuat ekoran wujudnya kenyataan media yang berlegar di laman sosial facebook yang mengaitkan Felda Holdings bhd sebagai pemegang saham syarikat pengeluar coklat terbabit.

“Ada satu kenyataan media yang mendakwa sebagai Majlis Belia Felda sebagai respon kepada status saya.

cbard“Kenyataan itu mendakwa dakwaan saya Felda memegang saham Cadbury adalah satu pembohongan kerana sebenarnyayang memiliki saham Cadbury adalah Felda Holdings Bhd dan bukannya Felda.

“Kalau betul kenyataan ini asli, jelas menunjukkan tahap pemikiran pengampu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Badrul Hisham juga percaya masyarakat Islam negara ini ingin mengetahui adakah dakwaan itu benar tidak kira sama ada besar atau kecil saham yang dipegang.

“Orang ramai perlu sedar kebanyakan syarikat besar di negara ini mempunyai pegangan saham oleh kerajaan melalui agensinya.

felda sawit“Mereka perlu ambil sikap bertanggungjawab sebab persepsi rakyat yang mengatakan disebabkan kamu yang pegang saham maka sudah jadi halal pula sukar ditolak,” katanya.

Badrul Hisham turut mempertikaikan dua laporan berbeza iaitu antara laporan makmal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kesihatan Malaysia.

“Adakah kajian makmal yang dijalankan JAKIM lebih pandai daripada pihak yang menjalankan kajian bagi Jabatan Kesihatan Malaysia atau bagaimana kerana ini menambahkan kekeliruan rakyat,” kata.
-NFN-

keratan yang dikatakan kenyataan
media Majlis Belia Felda

Kenyataan rasmi : Penggantungan dan tindakan displin

Kenyataan umum

11 Jun 2014

KENYATAAN MENGENAI ISU PENGGANTUNGAN DAN TINDAKAN DISIPLIN

1. Isu integriti, ketelusan demokrasi dalam pemilihan PKR telah saya perjuangkan sejak lama dahulu dan ramai tentu tidak lupa pada pemilihan 2010 bagaimana saya kelihatan sendirian bertungkus lumus mengenengahkan isu ini. Ketika Pemilihan 2010 berpuluh aduan saya ajukan dan ia tidak mendapat jawapan sehingga setahun selepas itu hanya mendapat balasan melalui email ringkas dari Ibu pejabat yang dihantar melalui email seorang teman.

2. Sejak mengenengahkan isu ketelusan dan memastikan demokrasi hidup saya tidak pernah kompromi sama ada di mana sahaja. Namun ketika 2010 saya dikatakan bising konon kerana saya kalah bertanding. Setelah selesai pemilihan ramai juga menjangkakan malah berharap saya keluar parti kerana kecewa. Malah ada yang cuba bekerjasama dengan wartawan arus perdana membuat berita kononya saya dalam proses keluar parti. Apa pun saya buktikan saya masih di sini dan bekerja tanpa henti demi kepentingan perjuangan bersama.

3. Pemilihan 2014 saya membuat keputusan untuk tidak bertanding, namun rasa sayang saya pada parti ini tidak memungkinkan saya untuk diam dengan melihat sahaja kepincangan berlaku. Ya saya akui banyak usaha penambah baikan telah dilakukan dalam pemilihan kali ini. Namun beberapa watak yang jelas terlibat dalam penipuan 2010 masih di posisi sama amat meragukan. Keraguan saya jelas terbukti apabila ada yang terbukti menipu, tertangkap malah ada yang digugurkan kemudianya. Cuma mengambil tindakan kepada pengawas JPP semata -mata tidak cukup kerana perlu juga bertindak sekurang - kurangnya membatalkan pencalonan mereka yang mengarahkan penipuan.

4. Selepas dari hari kedua proses pengundian saya mula membuat bising dengan tertangkapnya penipuan di Batang Sadong. Saya dikatakan memalukan parti kerana memberikan tekanan dengan membuat hebahan. Namun persoalanya bagaimana dengan penipu dan yang mengarahkan penipuan itu ? Mereka inilah yang memalukan parti.

5. Ramai mula membangkitkan kalau dalam PKR juga ada penipuan, cubaan rasuah dan seumpamanya maka PKR tidak ada beza dengan parti regim penguasa. Saya katakan sudah tentu banyak bezanya jika kita berani mengambil langkah memperakui kelemahan dan kepincangan yang wujud, kita perbetulkan secara terbuka dan sudah pasti kita akan lebih dihormati.

6. Dalam pemilihan kali ini saya membuat banyak aduan rasmi dengan siap membayar yuran bantahan. Malah saya juga membantu banyak pihak membuat aduan rasmi. Ramai kelompok yang tidak puas hati saya tampil membantu agar disalurkan bantahan mereka secara betul dan rasmi, ini semua mampu menyelamatkan keadaan dari diambil kesempatan. Namun tekanan selepas aduan juga perlu seiring kerana pengalaman 2010 mengajar saya tanpa tekanan pasti wujud kelompok berkepentingan yang akan cuba menyapu semua dibawah karpet semata - mata.

7. Usaha saya mendapat respon dari segelintir yang gusar dengan tindakan tekanan terbuka akan tetapi ramai termasuk penyokong di luar sana yang menyambut baik dengan mengatakan kita PKR tidak perlu jadi seperti parti - parti regim penguasa yang ada kepincangan semua kunci mulut kerana disumbat dengan habuan masing masing yang mana hujungnya rakyat yang rugi. 

8. Namun ada bayaran yang perlu dibayar, 28 Mei 2014 saya dikenakan tindakan tatatertib gantung serta merta dan perlu menjawab surat tunjuk sebab. Saya hanya tahu mengenai tindakan tersebut melalui media, namun saya merendah diri menghubungi terus Pengerusi Lembaga Disiplin dan meminta beliau menulis surat supaya saya boleh mengambilnya sendiri dan membuat jawapan balas. 5 Jun 2014 saya menjawab secara bertulis surat tunjuk sebab saya. Kesalahan saya kononya kerana mengeluarkan kenyataan pada media. Namun saya tegaskan jika mengeluarkan kenyataan pada media salah maka YB Zuraidah dan YB Azmin sendiri malah ramai lagi perlu juga digantung serta merta kerana turut memberikan komen kepada media mempertikaikan Jawatankuasa Pemilihan. 

9. Pada 10 Jun 2014 saya dipanggil untuk mengadap panel lembaga disiplin bagi pembelaan lisan. Saya telah hadir dan membuat pembelaan dihadapan 2 panel. 

10. berkenaan dengan surat aduan berkenaan rasuah yang turut saya ajukan kepada Lembaga Disiplin pada 5 Jun 2014 ramai yang keliru. Saya tidak mendakwa atau menuduh sesiapa. Apa yang sebenarnya ialah saya menghantar surat kepada Presiden dan Pengerusi Lembaga Disiplin Parti mendesak siasatan dan kenyataan rasmi berkenaan isu cubaan sogok JPP.

11. Telah beberapa minggu sebelum itu tersebar cerita kononya Abd. Malek Husin , Pengerusi Panel Bantahan JPP KEADILAN 2014 dalam satu mesyuarat telah membaling duit ke arah seorang calon naib Presiden yang juga anggota Biro Politik (lantikan) dengan menyebut perkataan yang membawa maksud "pulangkan semula wang ini kepada ketua kamu". Cerita ini tersebar luas. Ini amat sangat tidak baik pada imej parti. Ia tersebar tanpa penjelasan dan dimanipulasi sepenuhnya oleh musuh. Maka surat yang dihantar mendesak satu penyiasatan. Jika tidak benar dan tidak berlaku harus di umumkan penafian, jika berlaku harus ada hukuman.

12. Sekali lagi dalam perihal ini kita jangan takut dan diamkan sahaja, jika benar berlaku pun kita masih jauh ada integriti dari parti regim kerana ada cubaan rasuah tetapi ditolak dan kita perlu hukum pesalahnya. Berbeza dengan Umno ada kegiatan rasuah, pemberi dan penerima kemudian disenyapkan demi kepentingan parti yang akhirnya merugikan rakyat terbanyak.

11. Rumusannya saya menerima penggantungan saya sementara proses penyiasatan selesai. Saya tidak punya banyak kepentingan dalam pemilihan 2014 ini kerana saya tidak bertanding apa jua jawatan sama ada peringkat pusat mahupun cabang. Namun semua tekanan, aduan yang saya berikan ialah kerana dasar sayangkan parti ini. Saya yakin parti ini berbeza dan saya pasti mendapat keadilan dalam parti yang dihidupkan dengan roh reformasi ini. Saya mengajak semua melihat sisi positif terhadap semua yang berlaku. Ini semua kerana keyakinan ramai terhadap masa depan parti ini yang makin hampir melangkah masuk ke 'Putrajaya'. Ia parti masa depan harapan semua.

12. Kepada semua teman - teman perjuangan ini perlu diteruskan. Penggantungan bukan halangn terus memperjuangkan apa yang kita sama mulakan seawal 1998 lagi.

13. Saya telah digantung keanggotaan maka saya mungkin hilang kelayakan membuat aduan atau bantahan pemilihan secara rasmi, namun saya masih terus sedia membantu untuk mengajukan dan menguruskan bantahan dengan memasukkan bantahan menggunakan nama teman - teman lain. Semua aduan dan bantahan sama ada yang sudah diajukan secara rasmi mahupun yang mahu dibantu untuk diajukan secara rasmi harap boleh terus dihantarkan ke email aduanpemilihan2014@gmail.com.

Sekian

Penangguhan PAC bentang laporan NFC hanya untuk selamat nyawa pemimpin terlibat

1. Parlimen diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksa Kira-kira Wang (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata hasil siasatan ke atas skandal National Feedlot Corporation masih belum dapat dibentangkan kononya kerana kes tersebut masih di mahkamah.

2. Umum perlu ingat sejak sebelum PRU ke 13 kononya dibentuk jawatankuasa peringkat parlimen bagi menyiasat kes NFC. Namun semuanya senyap sehingga Nur Jazlan dalam laporan pada 26 November lalu menyebut, laporan itu akan dibentangkan pada 3 Disember selepas tertangguh selama seminggu dan sehingga kini.

3. SAMM berpendapat NFC satu isu besar yang menjadi contoh antara banyak kes lain yang melibatkan kehilangan wang rakyat libat pemimpin tinggi regim. Isu ini menarik perhatian ramai sehingga tertekan maka satu jawatankuasa dibentuk sebelum pilihanraya untuk menyejukkan isu ini ini terbukti sehingga pilihanraya setelah penyiasatan kononya selesai tiada laporan dibentangkan. Malang sehingga kini pun laporan tersebut tidak dibentangkan. 

4. Adakah pembentangan masih gagal dibuat kerana bagi memberikan masa jangka hanyat politik untuk pemimpin tertentu atau tidak mahu rakyat kecewa kerana laporan jawatankuasa siasatan itu hanya mengandui syor syor dangkal dan tidak mampu merungkai rahsia umum kehilangan wang rakyat ?

5. Projek NFC itupun sudah mula bertukar tangan, adakah laporan tersebut hanya akan dibentangkan apabila semua saranan sudah tidak lagi menjadi relavan atau ia akan disenyapkan begitu sahaja sehingga ia sejuk dan dilupakan rakyat. SAMM melihat regim ini tidak pernah serius dalam usaha memperkukuh integriti dalam menyelamatkan wang rakyat.

- che'GuBard, SAMM

Isu halal : Ketegasan JAKIM dituntut


Isu pengiktirafan halal oleh Jakim seperti ada pasang surutnya. Ia seolah bermusim. Musim kali ini ia dimulakan dengan kontroversi terdedahnya laporan kajian dari sebuah makmal yang mengatakan wujud DNA Babi dalam coklat Cadbury. Namun ia setelah ia berlarutan maka Jakim kemudian telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan produk tersebut halal. Namun ia tidak mematikan pertikaian berkenaan hal tersebut.

Makanan halal menjadi trend hari ini bukan hanya kerana soal hukum agama tetapi penganut agama lain turut menjadikan halal sebagai tanda aras bagi memastikan soal keselamatan dan kebersihan makanan yang diambil. Tidak dinafikan dalam hal pengiktirafan halal JAKIM ini, kita agak dihormati.

Namun menjadi persoalan mengapa dalam ramai menghormati penetapan standard halal ini persoalan keraguan halal ini wujud dan seolah bermusim. Terbaru pula tersebar dalam media sosial berkenaan isu Mee Hoon label Masjid. Bukan sahaja taraf halalnya diragui tetapi dari gambar yang tersebar jelas sekali kilang tersebut amat kotor.

Dalam hal ini Jakim dituntut ketegasanya.

Perlu diketahui pindaan Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 yang diluluskan di parlimen sejak 2010 memperuntukkan denda yang lebih berat kepada pesalah individu dan syarikat yang menyalahgunakan logo halal JAKIM.

Pindaan itu mengenakan denda RM500,000 untuk individu dan RM1 juta kepada syarikat atau penjara lima tahun atau kedua-duanya. Jika kesalahan itu diulangi, pihak berkenaan akan didenda sehingga RM1 juta bagi individu dan RM5 juta bagi syarikat atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya.

Kilang Mee Hoon Van Loong Mee Hoon beralamat 29A Batu 7, Jalan Ipoh Kuala Lumpur telah beroperasi lebih 30 tahun, dipercayai melanggar akta berkenaan. Selain kotor dan jijik, syarikat itu juga sepertimana disahkan oleh JAKIM, telah menggunakan logo halal palsu.

Nah ... apa lagi nak ditunggu, bukti dah terpampang di depan mata. Tidak cukup sekadar arahan menutup kilang oleh pihak berkuasa, JAKIM sepatutnya menggunakan akta yang sedia ada untuk mengheret syarikat dan individu terbabit ke mahkamah.

Jangan sampai ada individu di JAKIM nak buat demontrasi makan bihun pula. JAKIM jangan main-main !

Selain itu Jakim juga perlu ada pasukan penguatkuasaan yang pro aktif bukan hanya bertindak bermusim yang mana akhirnya isu halal ini dilihat menjadi mainan dan akhirnya standard halal Jakim yang disegani itu boleh dipermainkan yang mana seterusnya memberikan kesan buruk pana Islam itu sendiri.

Jakim juga diseru mempermudahkan pengiktirafan halal ini dari segi permohonanya khususnya dalam perihal kewangan,  ini kerana terdapat rungutan status halal sesebuah restoran besar boleh terganggu hanya kerana ia mendapatkan bekalan kuih dari makcik yang membuat kuih yang tidak mendapat status halal kerana ketidak kemampuan kewangan yang sememangnya dari aspek kebersihan dan sumber bahan ia halal.

Akhirnya industri kecil sederhana negara ini yang menjadi sumber kekuatan akenomi rakyat terbantut kerana isu logo halal.

Dalam isu halal inin jelas Jakim perlu tegas, pro aktif dan lebih memahami realiti bukan sekadar duduk di pejabat dan hanya bertindak berdasarkan apa yang sudah menjadi isu semata - mata.


- che'GuBard, SAMM


Monday, June 09, 2014

Memo berkaitan Pulau Batu Putih, Harga rumah dan milikan hartanah di Johor

Kenyataan Media
8 Jun 2014

Memorandum SAMM Johor kepada Menteri Besar Johor dan Ketua Pembangkang DUN Johor

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) telah menghantar satu memorandum kepada Menteri Besar Johor dan Ketua Pembangkang DUN Johor pada pagi ini. Memorandum ini telah diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar Johor dan juga Ketua Pembangkang DUN Johor. Memorandum tersebut meliputi 3 isu iaitu Rayuan terhadap pemilikan Pulau Batu Putih, penjualan hartanah dan pasir kepada entiti milik negara luar dan perumahan di negeri Johor terutamanya di Bandaraya Johor Bahru.

SAMM Johor menjunjung kasih titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor agar Nusajaya membuat rayuan berhubung pemilikan Pulau Batu Putih. SAMM Johor menyeru agar Nusajaya mendesak Putrajaya untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat dan menyediakan laporan lengkap berhubung akuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa Pejabat Peguam Negara cuai semasa perbicaraan di ICJ. Nusajaya perlu membuat siasatan lengkap dan memastikan tidak ada sebarang unsur sengaja melepaskan pulau tersebut sebelum rayuan dikemukakan kepada ICJ.

SAMM Johor juga mendesak Nusajaya untuk mengambil usaha dan tindakan proaktif bagi memastikan Pulau Pisang, Pontian tidak mengalami nasib seperti Pulau Batu Putih.

SAMM Johor menyeru Nusajaya untuk menjaga aset-aset hartanah, pasir dan perniagaan strategik di Negeri Johor tidak dijual kepada entiti milik negara luar dengan mudah khasnya di Bandaraya Johor Bahru dan Iskandar Malaysia.

Adalah sangat menjolok mata dan tidak masuk akal jika Johor menjual pasir kepada Singapura yang mana digunakan oleh negara tersebut untuk projek penambakan laut. Ini bukan sahaja menggugat sempadan perairan negara, malah mengganggu ekosistem dan punca hasil nelayan tempatan. Jika pasir ini datang daripada negeri lain maka, Nusajaya perlu mengemukakan nota bantahan kepada negeri-negeri tersebut.

Pemberian tanah-tanah dan penjualan aset perniagaan strategik kepada entiti milik negara luar dengan tidak terkawal juga menghakis kedaulatan negeri ini selain daripada mengetepikan peluang anak negeri untuk merasai nikmat kemajuan dan kemakmuran pembangunan di bumi Johor.

Nusajaya perlu memikirkan impak negatif kepada negeri Johor disebalik pemilikan asing dalam hartanah dan perniagaan strategik. Jangan terus gelap mata dengan menjadikan sandaran utama kepada keuntungan kewangan semata-mata.

SAMM Johor juga mendesak Nusajaya segera mencari satu mekanisme baru bagi menghalang spekulasi harga rumah terutama di Bandaraya Johor Bahru yang terlampau tinggi dan terlebih nilai. SAMM Johor memandang berat aspek ketidakmampuan anak muda sekitar JB  yang tergolong dalam kelompok "middle income trap" dimana mereka tidak layak memohon rumah mampu milik tetapi dalam masa yang sama juga tidak mampu untuk membeli rumah biasa.

SAMM Johor mencadangkan agar Nusajaya menyediakan skim perumahan anak negeri untuk memberi insentif kepada semua anak negeri terutama kelompok "middle income trap" agar mampu membeli rumah di sekitar Bandaraya Johor Bahru dan Iskandar Malaysia. SAMM Johor juga mendesak agar pentadbiran Nusajaya menghentikan pemberian rumah kos rendah dan mampu milik berdasarkan kepada kuota politik atau political patronage.

SAMM Johor berharap agar pentadbiran Nusajaya akan terus memastikan prinsip Demokrasi Berperlembagaan dan amalan Raja Berperlembagaan sentiasa dititikberatkan dalam merangka dasar dan enakmen negeri. Adalah amat penting agar dasar dan enakmen negeri selari dengan Perlembagaan Persekutuan bagi mengelakkan ia menjadi satu duluan yang menjejaskan amalan kita selama ini.

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor

untuk membaca memorandum penuh sila klik http://chegubard.blogspot.com/2014/06/memorandum-kepada-menteri-besar-johor.html

Memperingati Perjuangan Anti Penjajahan British Ulang Tahun Ke-66

Forum ‘Meninjau Semula Semangat Kemerdekaan dan Pembinaan Nasional'

Perjuangan Anti Penjajahan British adalah satu perjuangan rakyat pelbagai kaum menuntut kemerdekaan Malaya sepenuhnya, ia tercetus selepas Perang Dunia kedua ketika pergerakan nasionalisme menuju ke pembentukan nasion menjadi trend sedunia.
                                         
Perjuangan Anti British bermula pada 20hb Jun 1948. Pada hari tersebut pihak British menjalankan serangan malam ke subuh di seluruh negara dan menangkap lebih daripada 600 orang, lebih dari 300 parti progresif, kesatuan sekerja dan badan lain ditutup. Dua hari sebelum operasi tersebut, British mengharamkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti Komunis Malaya terpaksa kembali ke perjuangan bersenjata, ramai anggota gerakan kiri pun mamasuki hutan dan menyertai perang gerila komunis.

Perjuangan Anti British telah meninggalkan kesan besar ke atas politik dan ekonomi Malaya. Kerajaan British meluluskan undang-undang darurat untuk memburu dan menahan komunis dan pemimpin gerakan kiri. Dalam masa 12 tahun darurat, 11035 orang terbunuh, 34000 dipenjarakan tanpa bicara, seramai satu juta orang ditempatkan semula di kampung baru.

Di samping memerangi komunis dan disiden, British mengemukakan perjanjian Persekutan Tanah Melayu dan memelihara parti politik perkauman UMNO, MCA dan MIC sebagai perikatan politik yang akan mengambil alih kuasa selepas ketinggalan British. Ini adalah untuk menjaga kepentingan ekonomi British di Malaya. Ekspot Malaya mendatangkan ringgit Amerika paling banyak untuk British, perdagangan Malaya pada tahun 1938 melebih kesemua 17 tanah jajahan British di Afrika dan lebih dari separuh dari perdagangan di India.

Pendek kata, perjuangan anti British dan pelaksanaan strategi British telah mengubah landskap politik Malaysia secara mendadak, kesannya tinggal sehingga hari ini. Apakah inspirasi dan pengalaman sejarah diberi oleh perjuangan tersebut? Adakah generasi baru telah mewujudkan satu nasion impian yang bebas, demokratik dan adil serta satu sistem ekonomi yang tidak mengeksplotasikan rakyat?

Butir-butir forum awam adalah seperti berikut :

Tarikh : 19hb Jun 2014, Khamis
Masa   : 8:00 pm
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor


Ahli Panel :     

Cikgu Ishak Surin, Pejuang Kiri tahun 50-60an
Ah Chuan, Pejuang Anti British dan bekas pimpinan PKM
Hishamuddin Rais, Aktivis Sosial

Chegubard, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia


Anjuran Bersama : SIRD, Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia, Pemuda KLSCAH, Solidariti Anak Muda Malaysia, Jaringan Rakyat Tertindas, Kelab Bangsar Utama, Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia

Pemecatan Pengerusi Bank Rakyat ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya ?

Kenyataan Umum
10 Jun 2014

ADAKAH PEMECATAN PENGERUSI BANK RAKYAT ADA KAITAN DENGAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA.

Baru - baru ini Malaysia dikejutkan dengan kenyataan Tan Sri Sabaruddin Chik yang 'dipecat' dari kerusi Pengerusi Bank Rakyat. Pemecatan Sabaruddin dikatakan berkait rapat dengan kegagalan beliau menyakinkan semua lembaga pengarah untuk meluluskan pinjaman sekitar RM40 juta (ada sumber menyebut RM32juta) tanpa faedah selama 30 tahun.

Apa yang menariknya ialah pinjaman tersebut adalah untuk seorang ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishnan. Tentu Malaysia tidak lupa bagaimana beliau muncul mendedahkan bagaimana beliau yang merupakan teman rapat Rosmah Mansor terlibat dalam operasi pembunuhan Altantuya seorang gadis yang terkait dengan skandal pembelian kapal selam negara yang mana ketika pembelian tersebut Najib Tun Razak (suami Rosmah) merupakan Menteri Pertahanan. Deepak cukup rapat dengan Rosmah sehinggakan wujud sebuah 'novel pendek' bertajuk Ros Hitam yang dikatakan ditulis oleh Deepak menceritakan detik pembunuhan Altantuya dengan mendedahkan sekali dokumen (resit) pembelian barang kemas yang berkaitan watak Ros Hitam (watak yang difahami umum merujuk kepada Rosmah).

Pendedahan Deepak diketahui kerana janji laluan atau bantuan perniagaan kepadanya yang tidak ditunaikan. Ia jelas dengan bagaimana serentak dengan itu ia membuat pendedahan berkenaan rundingan tanah dan seumpamanya.

Namun selepas itu Deepak diam semula. Maka persoalan muncul adakah dia sudah mendapat habuan tertentu.

Dan apabila muncul kenyataan Pengerusi sebuah bank dipecat ekoran kegagalan menyakinkan lembaga pengarah untuk memberikan pinjaman mudah tanpa faedah selama 30 tahun berkaitan Deepak sudah tentu semua akan tertanya - tanya... adakah ini sebahagian dari pakej tutup mulut terhadap apa yang berlaku ?

Najib harus tampil menjelaskan sekali lagi perkara ini. Sampai bila keselamatan negara termasuk wang rakyat menjadi taruhan terhadap misteri pembunuhan yang tidak selesai.

Tahukah kita juga kes pembunuhan Altantuya di mahkamah juga tergantung apabila rayuan di Mahkamah tertangguh kerana suspek pembunuhan telah gagal dikesan. Persoalan yang lebih penting ialah dua suspek itu tidak punya motif untuk membunuh Altantuya.... maka siapa arahkan pembunuhan itu berlaku ?

Solidariti Anak Muda Malaysia mengajak rakyat memandang serius perkara ini. Ia melibatkan aspek keselamatan, kedaulatan undang - undang dan juga memberikan kesan ekonomi pada negara.

Sekian.

che'GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia

Sunday, June 08, 2014

Memorandum Kepada Menteri Besar Johor Dan Ketua Pembangkang DUN Johor Berkaitan Isu 1. Rayuan Terhadap Pulau Batu Putih 2. Penjualan Hartanah dan Pasir Kepada Warga Asing 3. Harga Rumah Di Johor Bahru

Memorandum Kepada Menteri Besar Johor Dan Ketua Pembangkang DUN Johor

Berkaitan Isu
1. Rayuan Terhadap Pulau Batu Putih
2. Penjualan Hartanah dan Pasir Kepada Warga Asing
3. Harga Rumah Di Johor Bahru

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor telah mengikuti dengan rapat akan titah DYMM Sultan Johor sewaktu merasmikan pembukaan Penggal Kedua, Dewan Negeri Johor Yang Ketiga Belas.
Sehubungan itu, terdapat 3 isu yang dilihat penting dan signifikan kepada kedaulatan negeri tercinta ini dan juga kepada situasi semasa kehidupan anak-anak muda di Bandaraya Johor Bahru.
Memorandum ini disediakan sebagai satu luahan suara hati anak-anak muda negeri Johor yang sangat sayangkan tanahair ini agar kedaulatan dan kesejahteraan negeri ini terus terpelihara.


Rayuan Pulau Batu Putih & Pemilikan Pulau Pisang



Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ke bawah DYMM Sultan Johor yang telah menitahkan Kerajaan Negeri untuk mengemukakan rayuan kepada ICJ bagi menuntut kembali Pulau Batu Putih yang telah terlepas sebelum ini.
Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia Johor mendesak Kerajaan Negeri Johor untuk :
Secara umumnya, spekulasi nilai hartanah di Johor Bahru berlaku tanpa kawalan sehingga telah menyebabkan berlaku keadaan kegagalan pasaran perumahan yang telah menjadi terlalu mahal dan terlebih nilai.
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor menghargai usaha untuk menyediakan rumah kos rendah dan mampu milik kepada rakyat yang berpendapatan isirumah di bawah RM3000 sebulan. Namun begitu, bagi kelompok rakyat yang berpendapatan isirumah di antara RM3000 hingga RM6000 sebulan, adalah sukar untuk mereka mendapatkan rumah di kawasan hampir dengan pusat bandaraya Johor Bahru.
Kesenjangan harga rumah yang sangat besar di antara harga rumah kos rendah dan mampu milik yang berharga diantara RM35,000 sehingga RM80,000 dengan harga rumah biasa yang ketika ini berada di paras RM300,000 hingga RM400,000. Ketiadaan rumah berharga diantara RM100,000 hingga RM299,999, telah menyebabkan kumpulan rakyat berpendapatan sederhana yang berjumlah 40.1% daripada populasi Negeri Johor tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri.
Sehubungan itu, SAMM Johor menyeru agar :
Ketiga-tiga isu yang dibangkitkan dalam memorandum ini adalah sangat penting dan signifikan dalam memastikan kedaulatan negeri Johor tidak diganggu gugat oleh negara asing dan juga untuk memastikan anak-anak Johor khasnya anak muda tidak tertinggal dan sekadar menjadi pemerhati sahaja akan arus pembangunan dan kemodenan Wilayah Iskandar Malaysia dan bandaraya Johor Bahru.




Pendahuluan


1.    Mendesak Putrajaya untuk menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat dan menyediakan kertas putih akan segala dakwaan yang telah melibatkan Peguam Negara yang mengetuai panel perundangan ke ICJ sebelum ini.

2.    Sebelum rayuan dikemukakan ke ICJ yang diketahui akan melibatkan proses yang rumit dan panjang, adalah sangat penting untuk kita terlebih dahulu menyiasat setiap butiran dan dakwaan yang terkandung di dalam Akuan Bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim.

3.    Jika tuduhan ini benar, tindakan oleh mereka yang terlibat itu adalah satu bentuk penghinaan bukan sahaja kepada seluruh rakyat Johor dan Kerajaan Negeri Johor malah kepada ke bawah DYMM Sultan Johor. Tindakan itu telah mencemar kedaulatan negeri Johor. Maka, Kerajaan Negeri tidak boleh berkompromi dan sekadar mendiamkan diri sahaja.

4.    Usaha mendapatkan kembali Pulau Batu Putih ini sememangnya didokong oleh semua pihak, maka adalah diharapkan agar semua pihak tanpa mengira ideologi partisan berusaha bersama-sama.

5.    Kerajaan Negeri perlu menyegerakan usaha dan tindakan proaktif dalam memastikan Pulau Pisang, Pontian akan terus kekal menjadi milik Negeri Johor tanpa boleh dikacau ganggu oleh negara asing.

Penjualan Hartanah Dan Pasir

Dalam pada kita berusaha untuk mendapatkan kembali Pulau Batu Putih yang telah hilang itu, adalah diharapkan juga agar pihak Kerajaan Negeri turut sama menjaga aset-aset hartanah dan pasir yang ada di negeri ini khasnya di sekitar Bandaraya Johor Bahru daripada menjadi milik warga luar.

Oleh itu, Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor menyeru Kerajaan Negeri untuk :

1.    Memastikan bahawa setiap hartanah yang ada di bandaraya Johor Bahru ini majoritinya dimiliki rakyat tempatan dan hanya dijual kepada warga asing dalam jumlah yang kecil.

2.    Pemberian tanah-tanah kepada pelabur asing juga boleh menghakis kedaulatan negeri ini disamping mengetepikan peluang rakyat tempatan untuk merasai nikmat kemajuan dan kemakmuran pembangunan negeri ini.

3.    Adalah sesuatu yang menjolok mata dan tidak dapat diterima oleh akal yang rasional apabila Singapura melakukan aktiviti tambak laut dengan menggunakan pasir yang dibeli daripada Negeri Johor sendiri.

4.    Kesan tambakan laut ini bukan sahaja boleh mengancam jarak sempadan perairan negara namun ia juga berpotensi membunuh ekonomi nelayan dan juga mengganggu ekosistem perairan di Selat Tebrau dan perairan sekitar.

5.    Sepatutnya pihak Kerajaan Negeri memikirkan dengan serius akan impak negatif yang bakal diterima oleh negara amnya dan negeri Johor khususnya ekoran daripada kerja-kerja tambakan laut oleh Singapura. Keuntungan kewangan yang dicari tidak sepatutnya memperjudikan masa depan dan kesejahteraan negeri ini.

6.    Kerajaan Negeri juga perlu mengawal penjualan aset-aset hartanah dan komplek-kompleks milik anak syarikat atau GLC Negeri Johor kepada entiti perniagaan milik asing.

Perumahan Rakyat Johor Bahru


1.    Kerajaan Negeri perlu mencari satu mekanisme baru untuk mengawal spekulasi pasaran harga rumah di Bandaraya Johor Bahru yang terlalu mahal dan terlebih nilai.

2.    Adalah dicadangkan agar Kerajaan Negeri samada melalui Lembaga Perumahan Negeri yang akan ditubuhkan atau syarikat-syarikat milik negeri untuk menjalin kerjasama strategik atau perkongsian dengan pemaju-pemaju perumahan bagi memastikan harga rumah tidak terlebih nilai dan terlalu mahal.

3.    Kerajaan Negeri juga boleh mewujudkan Skim Perumahan Anak Negeri Johor yang mana setiap anak Johor layak untuk menerima insentif atau subsidi agar dapat membeli rumah pada harga yang sedikit rendah daripada harga pasaran. Keuntungan yang diraih daripada penjualan lot-lot rumah kepada warga asing yang tinggi boleh disalurkan kepada skim ini bagi memastikan anak-anak Johor tidak terkeluar daripada mendiami kawasan di dalam Iskandar Malaysia terutamanya di Bandaraya Johor Bahru.

4.    Walaupun syarat kuota politik atau "political patronage" tidak tercatat di mana-mana syarat atau undang-undang perumahan rakyat namun ia menjadi pengetahuan umum perkara ini berlaku. Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor mendesak Kerajaan Negeri menghentikan perkara ini bagi memastikan setiap rumah kos rendah dan mampu milik hanya diberikan tepat kepada golongan sasaran dan memerlukan.