16 Jun 2014
RESPON TERHADAP CABARAN AZMIN DAN UGUTAN SAMAN XAVIER
1. Saya dengan ini mengesahkan menerima surat peguam YB Xavier Jeyakumar menuntut meminta maaf kerana menuduh beliau berkenaan kes cubaan rasuah Malek Husin.
2. YB Xavier seorang anggota Biro Politik lantikan yang masih memegang jawatan tersebut walaupun menjadi calon Naib Presiden Pemilihan PKR 2014. Maka beliau sudah tentu mempunyai akses terhadap surat saya kepada Presiden dan Lembaga Disiplin parti berkenaan perkara tersebut malangnya setelah membaca surat peguam beliau ternyata beliau tidak merujuk surat saya berkenaan perkara itu.
3. Saya tidak menuduh sesiapa. Tindakan saya tidak lain dan tidak bukan untuk membersihkan parti dan membetulkan persepsi mengenai cerita kejadian kononya Abd Malek Husin, Ketua Panel Bantahan telah membaling sejumlah wang ke Xavier dalam satu mesyuarat biro politik. Cerita ini setelah dua minggu berlegar dalam internet dan juga menjadi buah mulut amat tidak baik bagi parti.
4. Persoalanya adakah kejadian itu berlaku atau tidak. Walaupun sudah menjadi buah mulut tidak ada seorang pun anggota biro politik berani tampil memberikan penjelasan. Jika tidak betul nafikan , jika benar nampaknya anggota biro politik PKR semuanya penakut dan hanya berani membocorkan cerita tersebut kepada penyokong mereka melalui cakap mulut sahaja. Maka terjadilah cerita konon Xavier bagi duit bagi pihak Azmin, konon Azmin bagi dan Malek baling ke arah Xavier kerana Xavier orang Azmin malah tidak juga kurang cerita yang muncul konon Malek harap Azmin bagi banyak sebab bagi sikit maka Malek ambil jalan buang duit tersebut.
5. Teguran juga dibuat kepada semua anggota biro politik. Mesyuarat kamu itu rahsia jika nak bocorkan apa juga maklumat sila tampil dengan berani bukan bocorkan dan tinggankan begitu sahaja. Saya juga telah membuat aduan kepada lembaga disiplin yang masih sunyi tanpa jawapan berkenaan dokumen yang dibocorkan dari mesyuarat biro politik yang tersebar di internet. Setakat ini salah seorang dari ramai yang menyebarkan digantung sebaliknya yang harus diambil tindakan siapa anggota biro politik yang bocorkan. Yakinlah jika kes membocorkan dokomen itu tidak diselesaikan kes kebocoran mesyuarat biro politik pasti berulang.
6. Ia amat tidak sihat dan menjadi ejekan orang parti lawan dan sahabat. maka saya tampil menulis surat mendesak presiden dan lembaga disiplin parti agar serius memanggil siasatan 3 watak yang disebut dalam kejadian itu. Segera jika ia tidak benar perlu dinafikan segera dan jika benar tentu ada hukuman perlu dilakukan.
7. Maka dimana salah saya ? Xavier selaku anggota parti yang penuh dengan roh reformasi seharusnya menggunakan ruang ini untuk menjawab dan menjelaskan bukan bertindak sombong dan angkuh melakukan ugutan saman. Untuk muncul mendesak segera bertindak membetulkan persepsi salah setelah begitu lembab mengadapi isu sebesar ini maka saya akan disaman.... saya sedia. Saya tidak berharta mana maka saya juga sedia dibankrapkan dengan saman tersebut.
8. Lagi tidak difahami bila muncul cabaran Azmin Ali dan dalam laporan media yang sama kononya dia menjadi mangsa berbelas tahun dan cabar saya buktikan dia rasuah JPP. sila rujuk sini
9. Juga saya meminta Azmin merujuk surat saya dan fahami. Isu telah muncul dari perbagai sumber dan perbagai versi cerita tanpa ada pihak menjelaskan. Saya mendesak siasatan segera dan parti perlu tampil dengan penjelasan. Alih - alih isu dialihkan konon dia sudah berbelas tahun difitnah dan saya pula dicabar untuk buktikan dia rasuah JPP.
10. Tiada siapa nafikan pengorbanan sesiapa selama ini. Semua ada berkorban dengan cara masing masing, semua ada menyumbang dengan cara masing masing juga tidak perlulah kita mendabik dada 'membuka kepak' kitalah yang hebat selama ini berkorban.
11. Kembali kepada isu cubaan rasuah JPP parti perlu segera tampil dengan penjelasan. Adakah kejadian baling duit dalam mesyuarat itu berlaku atau tidak ? Jika tidak tampil beritahu umum. Jika benar siapa baling duit kepada siapa ? dan siapa beri duit kepada siapa ? Jika benar Malek membaling duit tersebut lepas baling siapa mengambil duit tersebut ? juga apa dia hukuman tegas yang diambil ? kenapa susah sangat untuk muncul dengan penjelasan tersebut sehingga membiarkan anggota dan penyokong termanggu manggu diasak dengan persoalan dan ejekan.
12. Rakyat sedang memerhatikan PKR dengan penuh minat. Kesilapan sebagai sebuah organisasi besar pasti berlaku, cuma membezakan kita dengan parti penguasa ialah kita sedia mengakui, membaiki secara terbuka dan yakinlah kita akan lebih dihormati. Saya cuma anggota biasa dan saya tidak bertanding dalam Pemilihan 2014 tetapi kepentingan saya kali ini ialah memastikan parti ini memelihara demokrasi agar ia menyuburkan roh reformasi parti ini. Saya boleh berdiam diri dan berkompromi sebaliknya saya tidak mampu kerana sia sialah darah yang menyimbah jalanraya memperjuang ketelusan pilihanraya.
terbaik !!!
ReplyDeleteBadrul. Kau pun tak cerdik. Apabila tersebar cerita baling duit yang dikaitakan denga kamu sepatutnya kamu awal2 lagi membuat penafian. Kenapa selapas berminggu2 cerita tersebut berlegar dan tersebar luas hingga berlaku ugutan saman baru kamu berdolak dalik macam ni?
ReplyDeletemenawarkan pinjaman Kami adalah organisasi hukum yang diciptakan untuk membantu orang-orang dalam kebutuhan membantu,
ReplyDeletesebagai bantuan keuangan. Jadi jika Anda mengalami kesulitan keuangan atau
Anda berada dalam kekacauan keuangan, dan Anda perlu dana untuk memulai bisnis Anda sendiri,
atau Anda membutuhkan pinjaman untuk melunasi utang atau membayar tagihan Anda, memulai bisnis yang baik,
atau mengalami kesulitan mendapatkan pinjaman modal dari bank lokal, hubungi kami hari ini melalui
Email: thomasloan3@gmail.com
Jadi jangan biarkan kesempatan ini berlalu.
Bagi mereka pikiran serius dan God fearing People.
PINJAMAN APLIKASI FORMULIR:
Nama: _________
Alamat: _________
Sandi: _________
Negara: _________
Pekerjaan: _________
Pinjaman Request__________
Tujuan untuk
Pinjaman Duration__________
Pendapatan Bulanan: _________
Telepon: _________
Silahkan kembali ke kami melalui email kami
Email: thomasloan3@gmail.com
chegu bard sepatutnya dipecat pkr bukanya digantung keahlian.
ReplyDeletecerita fitnah chegu bard amat memalukan pkr.,,.
saman dr xavier perlu diteruskan,,pkr tak akan berkompromi dengan fitnah dan rasuah,,
sempang melaikat 44...PKR dna amno
ReplyDeleteJgn risau chegu bard. Berani kerana benar. Anak muda yg x poyo bersama chegu bard. Bergerak dlm SAMM rasanya lebeh baik dari bersama sama hipokrik2 parti politik. Ular menyusur akar x ilang bisanya. Anak muda bersama SAMM.
ReplyDeleteApakah Anda mencari pinjaman bisnis, pinjaman pribadi, pinjaman rumah, mobil
ReplyDeletepinjaman, pinjaman mahasiswa, pinjaman konsolidasi utang, pinjaman tanpa jaminan, usaha
modal, dll .. Atau kau menolak pinjaman oleh bank atau keuangan
lembaga untuk satu atau lebih reasons.You di tempat yang tepat untuk
solusi pinjaman Anda! Saya seorang pemberi pinjaman pribadi, saya memberikan pinjaman kepada
perusahaan dan individu pada tingkat bunga rendah dan terjangkau dari 2%. Silahkan hubungi kami via email sureloanfirm@gmail.com