Monday, December 23, 2013

Majlis Setiausaha PR harus tumpu misi tubuh PR

Kenyataan Terbuka

23 Disember 2013

MAJLIS SETIAUSAHA PR HARUS TUMPU MISI REALISASI HADAPI PRU DENGAN SATU LOGO PR
Terbaca kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar iaitu Hj Wan Nik bin Wan Yussof di atas kenyataan beliau pada 21/12/13 di Konvesyen Intelek Graduan Kelantan 2013 yang bertempat di Kota Bharu Trade Centre.

Beliau mengatakan PKR adalah sama dengan HAMIM, BERJASA dan Semangat 46 yang akhirnya berkubur di Kelantan. Kenyataan beliau ketika sesi soal jawab ini seolah menggambarkan PAS tak perlu PKR.
Kejadian seperti tersebut seringkali terjadi dan kemuncaknya ialah apabila peluang terbaik untuk memenangi PRU turut digagalkan sebahagian faktornya kehilangan keyakinan apabila semasa gabungan PR sendiri bertembung di beberapa tempat. Ini juga berlaku kerana kebanyakan pimpinan juga belum merasai gabungan itu secara rasminya.

1. Kali terakhir mendengar usaha serius dalam mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti ke arah bertanding Pilihanraya dengan satu logo ialah ketika usaha itu diterajui oleh Datuk Zaid Ibrahim, namun selepas beliau keluar dari PKR dan menubuhkan parti lain jujurnya langsung tidak kedengaran usaha serius dalam perkara ini.

2. Tanpa berselindung usaha ini harus menjadi tumpuan utama semua Setiausaha Agong Parti Gabungan Pakatan Rakyat kerana tanpa merialisasikan gabungan politik atau bertanding dengan satu logo yakinlah usaha mengambil alih negara pasti akan sedikit terganggu.

3. Ada baik buruknya bertanding atas satu logo. Hujah aspek buruk yang sering dihujahkan ialah pengundi tradisi akan sedikit terganggu ketika mengundi kerana pengundi pendalaman Kelantan akan tercari - cari Bulan atau pengundi di Kampung Baru Cina akan tercari - cari Roket. Ini hujah dangkal kerana jika dibuat dari awal sudah tentu semua akan berjaya disedarkan dengan kewujudan satu logo PR. Satu lagi faktor yang mungkin ramai yang menggunakan hujah ini terlupa ialah ramai antara pengundi sebenarnya lebih kepada mengosongkan kotak berlogo Bn (anti Bn) dan memilih alternatif selain Bn maka kewujudan satu logo berlawan Bn lebih menyakinkan pengundi yang mengundi kerana sentimen menolak Bn itu. Juga dalam dunia media baru ini sudah tentu tak sesukar dahulu kempen memperkenalkan logo gabungan PR itu nanti.

4. Bertanding dengan satu logo juga akan memudahkan kawalan disiplin seperti bertanding semasa gabungan PR yang kesanya bukan sahaja di kawasan ditandingi tetapi menyeluruh seluruh negara. Kawalan displin juga akan lebih mudah contohnya anggota parti didapati berkempen untuk calon bukan gabungan Pakatan Rakyat tidak boleh diambil tindakan kerana dia tidak menentang partinya kerana parti gabungan longgar yang bertanding. Jika bertanding dengan satu logo maka hanya satu watikah akan keluar maka dapat dielakkan lobi saat akhir sehingga parti sendiri mengeluar watikah bagi melawan kawasan yang telah diperuntukan untuk parti gabungan PR yang lain.

Contohnya Presiden sebuah parti gabungan PR sendiri turun berkempen bagi meraih undi calon bebas yang melawan calon gabungan parti PR ini pasti merumitkan keadaan. klik sini

5. Tahukah bahawa antara alasan Gabungan PR ditolak kerana Pnedaftar Pertubuhan mensyaratkan tidak kurang dari 7 parti politik atau 7 organisasi perlu bergabung untuk mewujudkan sebuah pakatan atau majlis. Jika  ini antara alasanya maka perlu diselesaikan segera. PR seharusnya membuka lembaran baru pakatan politik yang bukan sahaja mengandungi parti politik tetapi organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk melengkapkan angka bagi memenuhi syarat tersebut.

6. Semua orang tahu Pilihanraya Negeri Sarawak akan muncul sekitar dua tahun lagi dan 4 tahun lagi akan datang Pilihanraya Umum pula, sewajarnya pimpinan PR itu sendiri juga sedar hakikat ini. Maka apa persiapan serius dalam merialisasikan gabungan politik satu logo bagi menentang Barisan Nasional ? Jangan bila sudah dekat PRU maka pertembungan semasa PR berlaku dan akhirnya alasan sama dinyanyikan kerana regim takut mendaftarkan PR sebagai entiti sah, bukan apa takut rakyat bosan dengan alasan sama.

7. Pengalaman Parti Sosialis Malaysia (PSM) wajar dijadikan sandaran, tiada siapa menyangka pada ketika PSM menghantar permohonan (1998) untuk kelulusan parti tersebut mampu diluluskan dengan mengekalkan nama sosialis itu . Namun kerana istiqamah dan fokus PSM tak berganjak maka akhirnya PSM berjaya didaftarkan tahun 2008. Pengalaman ini harus dijadikan sandaran. Jika tidak bawa sahaja masuk PSM dalam Pakatan Rakyat dan berikan tanggungjawab kepada Setiausaha Agung PSM untuk mengepalai misi mendaftarkan PR itu.

Ya, memang regim takut untuk membenarkan gabungan politik sah melawan mereka namun masih banyak ruang untuk merialisasikannya jika kita serius untuk mendepani Bn melalui pilihanraya.


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

No comments:

Post a Comment