PKM adalah Parti Komunis Malaya yang telah ditubuhkan pada tahun
1930 sebagai sebahagian daripada Comintern (Komunis Antarabangsa).
PKM
telah berjuang menentang penjajahan Jepun sebagai MPAJA dan kemudian
menentang penjajahan British dan menuntut kemerdekaan. PKM adalah parti
pertama dalam negara yang menuntut kemerdekaan dari British.
Mereka
akhirnya meletakkan senjata dan membuat perjanjian damai dengan
kerajaan Malaysia pada tahun 1989 dan hari ini tidak lagi wujud sebagai
sebuah parti yang aktif.
PSM pula memohon untuk pendaftaran pada
tahun 1998 dan berideologi sosialis. Setelah sebelas tahun berjuang,
akhirnya PSM mendapat kelulusan pendaftaran parti pada tahun 2008. PSM
pula mendaftar untuk melibatkan diri dalam proses pilihan raya dan telah
bertanding dalam tiga pilihan raya setakat ini.
Benarkah PSM hidupkan fahaman komunis?
Perjuangan PSM berlandaskan ideologi sosialisme dan bukannya komunisme.
Sosialisme
adalah sistem ideologi yang mengatakan sumber kekayaan negara mesti
dimiliki oleh awam daripada sektor swasta. Program PSM mengutamakan
rakyat, memastikan pengagihan kekayaan dan sumber negara secara adil dan
saksama.
Antara perjuangan PSM ialah pendidikan untuk semua,
kesihatan untuk semua dan segala kemudahan asas seperti air, letrik dan
perumahan selesa untuk semua.
Maka, kempen-kempen yang sedang
dijalankan oleh PSM ialah tuntutan Akta Gaji Minima untuk
pekerja-pekerja bergaji rendah, pemansuhan GST agar tidak memiskinkan
lagi rakyat, hak perumahan selesa untuk rakyat berpendapatan rendah dan
peneroka bandar, hak pendidikan percuma dan kempen membantah penswastaan
hospital.
PSM juga bersama kumpulan-kumpulan masyarakat madani
yang berjuang untuk hak demokrasi seperti pilihanraya kerajaan tempatan,
dan pilihanraya yang bersih dan adil.
Fahaman Komunis secara idealnya adalah satu tahap dimana kaum pekerja memiliki segala harta dan tidak ada sektor swasta.
Kenapa PSM mengagung-agungkan pemimpin-pemimpin komunis?
Apa
salahnya PSM mengiktiraf pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah
menentang penjajahan British dan Jepun sehingga negara mendapat
kemerdekaan.
Antara pejuang-pejuang ini Abdullah CD, Ibrahim
Yaakob, Ahmad Boestamam, Suriani, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan Chin
Peng yang mewakili organisasi-organisasi seperti PKMM, API, AWAS dan
PKM.
Malah sejarah juga membuktikan bahawa selepas perjanjian
perdamaian ditandatangani antara kerajaan Malaysia (IGP Hanif Omar) dan
Parti Komunis Malaya (Chin Peng & Rashid Maidin) pada tahun 1989,
peranan yang dimainkan oleh PKM dalam perjuangan kemerdekaan negara
telah diiktiraf. Suriani dan Abdulah CD juga telah diperkenan oleh DYMM
Sultan Azlan Shah pada tahun 1998.
Mereka bercakap lebih dua jam, malah Permaisuri sendiri tertarik dengan cerita perjuangan pejuang-pejuang ini!
Sepatutnya
kerajaan Umno-BN (dulu Perikatan) patut dipersoalkan kenapa mereka
mengenepikan sumbangan pejuang-pejuang kiri kemerdekaan tanah air dalam
Buku-Buku sejarah kurikulum akademik masa kini.
Kenapa Umno-BN menyeleweng dari sejarah sebenar? Adakah disebabkan UMNO mendapat
kemerdekaan kerana bersekongkol dengan British?
Pakar-pakar sejarah juga telah mengakui bahawa sejarah Malaysia harus ditulis semula.
Sejak bila T’shirt Chin Peng dan Rashid Maidin menjadi senjata untuk melancarkan perang ke atas Yang di Pertuan Agung?
Kenapa
perlu PSM berjuang selama 10 tahun untuk pendaftaran selepas lebih 20
tahun bekerja di bawah NGO? Kerana Perdana Menteri ketika itu, Tun
Mahathir Mohammad mencabar rakyat Malaysia untuk bertanding dalam
pilihan raya jika tak puas hati.
PSM membuat permohonan
pendaftaran pada 30 April 1998. Sejak itu hingga PSM didaftarkan pada
August 2008 dan sehingga hari ini, segala aktiviti-aktiviti PSM adalah
secara terbuka dan diketahui oleh semua pihak
Sejak tahun 1999,
PSM telah ambil bahagian dalam sistem pilihanraya di mana calon PSM
telah bertanding dalam pilihanraya di bawah tiket DAP dan PKR oleh
kerana PSM masih belum di daftar.
Semua aktivis-aktivis PSM dan
pemimpin-pemimpinnya memang diketahui umum termasuk pihak polis.
Pemimpin-pemimpin PSM selalu di ‘front line’ dalam semua isu rakyat
seperti isu kenaikan harga barang, masalah pengusiran paksa, isu akta
gaji minima, protes GST dan penswastaan hospital.
Jangan
memperkudakan PSM. Terbukti sudah paranoia BN apabila Buku Kartun Zunar,
T’shirt Rashid Maidin dan kini sajak sasterawan negara dikatakan
anti-kerajaan dan hasutan !
Kalau T-shirt pemimpin komunis
antarabangsa seperti Che Guevara, Mao Tse Tung, Ho Chi Ming dan
lain-lain dapat dipakai secara bebas, mengapa pula T-shirt komunis
tanahair tidak boleh dipakai ?
PSM menggunakan BERSIH untuk menjatuhkan kerajaan dan mempropagandakan ideologi komunis?
BERSIH
adalah usaha bersama masyarakat madani (NGO-NGO) di negara ini dan
Perhimpunan BERSIH adalah untuk mendesak kerajaan untuk reform proses
pilihanraya dan bukannya untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Tuntutan-tuntutan
ini adalah bertujuan untuk pilihanraya bersih dan adil. Jika berlaku
pertukaran kerajaan, ia adalah melalui pilihanraya bersih dan adil. PSM
menyokong tuntutan-tuntutan BERSIH seperti mana parti-parti PAS, DAP dan
PKR kecuali parti-parti di bawah BN, PERKASA dan ‘katak-katak’ lain.
Usaha
NGO-NGO ini turut menerima sokongan majoriti rakyat. Kita semua tahu
itulah punca kenapa kerajaan BN-Umno sekarang bertindak tidak tentu arah
dan mahu menangkap semua yang memakai baju kuning dan mengedarkan
risalah kuning. Warna Diraja juga kuning, apakah ini bermaksud kita
boleh menuduh kerajaan Umno-BN anti-monarki?
Bukankah propaganda anti-kerajaan PSM boleh mengancam keselamatan negara?
PSM
adalah satu badan politik yang berideologikan sosialisme dan perjuangan
PSM adalah seperti mana yang di katakan di atas (1) iaitu berjuang
untuk memastikan rakyat tidak ditindas dan dieksploit oleh segelintir
yang kaya dan berkuasa.
Sebagai parti politik, PSM berhak
membuat kempen pilihanraya seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan BN
sendiri yang membuat kerja-kerja kempen dan propagandanya sepanjang
tahun dan selama-lamanya.
Seperti mana juga PKR, PAS, DAP dan parti-parti lain, PSM juga membuat kempen
BN
kata ‘Rakyat di dahulukan dan pencapaian diutamakan’ tapi polisi-polisi
dan undang-undang yang dibuat membuktikan sebaliknya dan PSM menentang
dan mendedahkan segala polisi-polisi kerajaan yang anti-rakyat,
menindas dan mengeksploitasi rakyat – apa salahnya?
Maka PSM membuat kempen “udahlah itu...bersaralah ”. Tapi Umno-BN yang paronoid menuduh ini adalah sebahagian kempen BERSIH
PSM memiliki bahan-bahan berunsur komunis spt T shirt.
Era
perang dingin telah berlalu dan semua bahan-bahan zaman itu seperti
memoir sedia didapati dipasaran dan boleh dibeli mana-mana sahaja. Ia
sudah menjadi bahan ‘fashionable’.
Di seluruh dunia kita boleh
dapat T shirt, selipar, key chain dan bermacam-macam lagi dengan
gambar-gambar pemimpin-pemimpin dunia Lenin, Chandra Bose, Martin
Lurther King, Ho Chin
Minh, Che Guevara, simbol tukul dan sabit komunis serta simbol bintang .
Adakah ini bermaksud mereka yang memakai semua ini juga berfahaman komunis?
T-shirt
ini dan juga T-shirt Chin Peng, Suriani memang boleh dibeli dari
pelbagai tempat seperti Chow Kit, Petaling Street dan sebagainya.
Kerajaan Umno-BN sudah paranoia sehingga citarasa rakyat pun mahu di
kongkong!
Kalau kerajaan Umno-BN begitu anti-komunis, kenapa mahu ada hubungan dengan kerajaan-kerajaan komunis?
Bekas
Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah melawat Pemimpim Parti Komunis
China Mao Tse Tung pada tahun 1974 dan tahukah anda gambar (foto)
perjumpaan ini pula telah digunakan semasa pelancaran Barisan Nasional!
Lawatan
ke negara komunis Cuba oleh Mahathir dan lawatan Fidel Castro ke
Malaysia. Kenapa Petronas dan lain-lain kumpulan kapitalis membuka
pernigaan di negara-negara komunis seperti Vietnam?
Akhir kata
PSM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PDRM dan KDN
kerana telah mempopularkan PSM di kalangan rakyat Malaysia dan sekali
gus memberikan peluang kepada kita mendidik rakyat tentang apakah
berbezaan antara PSM dan PKM dan sosialis dan komunis.
Penulis adalah setiausaha agung PSM
No comments:
Post a Comment