Tuesday, October 02, 2012

SAMM Melaka akan lapor SPRM isu perbelanjaan melampau perkahwinan anak Ali Rustam

Kenyataan terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka

2 oktober 2012

Pertama sekali SolidaritiAnak Muda Malaysia (SAMM) Melaka dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Ketua menteri Melaka atas acara gilang gemilang persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26.

Acara berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain. Siti Nurhaliza juga didatangkan klhas dalam majlis tersebut untuk mendendangkan lagu.

Namun menjadi persoalanya kini menurut laporan media kehadiran lebih 100,000 tetamu (ada laporan yang mengatakan 130,000orang juga). Jika dalam kiraan minima dan mudah seorang tetapu majlis persandingan itu menelan perbelanjaan RM10 maka tidak berdasarkan laporan media lebih 100,000 tetamu maka kos makanan sahaja sudah RM1juta lebih.

Dengan kehadiran yang angkanya jauh lebih besar dari rumah terbuka PM dan persediaan serta sambutan yang lebih hebat angka mungkin menelan belanja lebih RM2juta. Itu kiraan minima tetapi melihat persediaan majlis yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri melaka, Sultan Selangor dan ramai VVIP lain rasanya menjangkau perbelanjaan mungkin lebih RM30 seorang maka akan sampai RM3 juta lebih. Maka persoalanya kini mana sumber penganjuran majlis berkenaan. Jika RM sendiri, adakah ia angka munasabah simpanan seorang Ketua Menteri, jika ia tajaan siapa yangmenajanya dan apa kepentingan pihak yang menaja ?

Dalam majlis yang gilang meilang ini bukan sedikit agensi kerajaan juga turut kelihatan dikerah untuk menjayakan program ini. Berapa banyak wang rakyat terbazir membawar kos pengangkutan anggota kerajaan terbabit, elaun lebib masa termasuk makan dan minum mereka ? Adakah wajar dalam keadaan anggota keselamatan negara kurang maka mereka dikerah menjayakan kenduri kahwin anak Ketua Menteri ? Adakah ini tidak wujud unsur penyalah gunaan kuasa ?

Maka atas dasar tanggungjawab terhadap wang rakyat Malaysia khususnya negeri Melaka SAMM Melaka mendesak Ketua Menteri yang sebelum ini pernah dihalang bertanding dalam Umno kerana Rasuah Politik untuk tampil memberikan penjelasan jujur dalam perbelanjaan majlis perkahwinan anaknya ini atau SAMM akan tampil membuat laporan SPRM dalam perkara ini.

Sekian.












Zuraidi Abdullah
Penyelaras SAMM Melaka

No comments:

Post a Comment