Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim membahaskan belanjawan semalam (1 Okt 2012) dalam Dewan Rakyat telah bangkit Datuk Seri Panglima Lajim Ukim mencelah dengan soalan pendedahan bahawa Anwar Ibrahim pernah dianugerahkan tanah oleh Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai ketika menjadi Ketua Menteri Sabah.
Selepas itu Anwar terus memberi respon dengan yakin menyatakan "Ya Benar tetapi anugerah tanah tersebut melalui surat dan bertanya adakah pemberian tanah kepada pemimpin ini menjadi amalan ?"
Mungkin ramai yang tidak perasan atau memberi perhatian terhadap celahan Lajim semalam dan respon Anwar.
Perlu dilihat inilah amalan biasa pemimpin Sabah yang mengampu pemimpin atasan Bn demi survival politik peribadi mereka. Namun pemimpin Bn Sabah inilah antara mereka yang kononya melaungkan sentimen politikkenegerian yang menyerang pemimpin PR kononya menyibuk di Sabah, kerana bagi mereka kehadiran orang semenanjung mengganggu. Namun merekalah juga yang sanggup melihat rakyat Sabah menderita ramai tidak bertanah dan menumpang namun mereka menggunakan tanah Sabah untuk kepentingan mereka,
Sepatutnya Lajim meneruskan pertanyaan dengan bangkit mencelah selepas Anwar respon menolaktanah dengan bertanya kepada pemimpin sebelah Bn khususnya dari Sabah, benarkah Dr. Mahathir punya tanah di Sabah dan benarkah isteri pemimpin utama Bn juga punya tanah di Sabah ? Dan jika ditanya kepada ahli parlimen siapa yang ada tanah di Sabah atau Sarawak sila keluar dewan nescaya hampir kosong kerusi di sebelah Bn dan jumlah milikan tanah masing masing cukup besar di negeri termiskin di Malaysia itu.
Harap sepanjang perbahasan ini ada ahli parlimen yang berani bangkit menyambung persoalan Lajim semalam,
wa dh pening...bukan Lajim ni gang PR ke?
ReplyDeleteYa memang lajim sahabat PR kini dan soalan dia semalam memberi ruang DSAI tunjuk yang dia pernah ditawar tanah tetapi menolak... ruang ini seharusnya digunakan juga contohnya utk soal tanah mahathir dan tanah rosmah anugerah di sabah
ReplyDelete