Simbolik
kedatangan 10 Zulhijjah atau Aidiladha yang disambut seluruh umat Islam
diseluruh dunia saban tahun wajar dihayati dalam aspek pengorbanan
dalam bernegara dan kepedulian anak muda terhadap masa depan tanahair.
Anak
muda seharusnya tidak terperangkap dengan janji-janji atau
omongan-omongan pemain-pemain politik tempatan tidak mengira pihak
Pemerintah atau Pembangkang. Anak muda seharusnya memiliki fikrah yang
utuh dan juga jiwa yang besar dalam menilai setiap janji yang
diungkapkan oleh politikus. Malah, tidak keterlaluan anak muda harus
menjadi vocal dalam menilai setiap tindak tanduk mereka-mereka yang
berada di Koridor Kuasa sementelah kita ini merupakan pewaris masa depan
negara.
Pengorbanan
pejuang-pejuang Kemerdekaan adalah tidak bermakna sekiranya kita terus
menerus menutup mata, membiarkan wabak korupsi dan penyelewengan kuasa
terus menjangkiti system pemerintahan Negara.
Persoalan
utama yang harus kita muhasabahkan sempena dengan kehadiran Aidiladha
ini adalah system pengurusan dan penyampaian Kerajaan yang telah
dihinggapi wabak ini selama 55 tahun hasil pemerintahan UMNO/BN. Ia
adalah sesuatu yang sangat busuk lagi membusukkan hingga mengakibatkan
daya saing kita terus merosot.
Wabak
korupsi ini semakin membusukkan sewaktu pemerintahan Tun Mahathir, di
kala Dasar Penswastaan dilaksanakan hingga muncul beberapa konglomerat
UMNOputera yang segera mendaki puncak kekayaan dengan berselindung di
sebalik Dasar Ekonomi Baru memunggah hasil khazanah Negara untuk
memenuhkan kantung sendiri. Hendak jalan mudah, beri rasuah sana, duit
kopi sini, komisyen sana, komisyen sini, daripada Menteri hinggalah
Pembantu Tadbir, semuanya rosak ibarat sinki bocor yang mengalirkan
untung kepada orang yang terpilih.
Ketirisan,
kepincangan dan ketidakteguhan prinsip telah di dedahkan dalam Laporan
Ketua Audit Negara. Segenap lapisan aparat Pemerintahan Negara
berhadapan dengan keadaan ini. Bekalan Peralatan yang dihantar ke rumah
individu, bekalan bahan makanan untuk pelajar yang rendah mutu hinggalah
pendedahan beberapa GLC milik Kerajaan Negeri yang memiliki saham dalam
industry yang disifatkan sebagai memeras kantung rakyat. Pemberian
komisyen juga semakin parah. Bukan setakat pembelian Kapal Selam
dikaitkan dengan pemberian komisyen malah kini ia melarat kepada
pemberian Geran Kebajikan untuk Persatuan Bekas Polis Malaysia. Inilah
masalah fundamental utama Negara, janji ditepati, janji manismu,
segalanya memerlukan komisyen.
Di
sebalik pelbagai janji cakerawala Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana
Menteri tempohari, Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia telah
menyatakan secara jelas akan kemungkinan tariff elektrik akan dinaikkan.
Inikah janji mensejahterakan rakyat yang gah disebut Najib dalam Bajet
2013? Rakyat khasnya anak muda perlu terus menolak BN dalam PRU 13 agar
usaha terancang Rejim BN dalam memperdayakan rakyat melalui gula-gula
Bajet 2013 dan kemudiannya menarik semula segala nikmat itu melalui
kenaikan harga gula, kenaikan tariff utility dan juga pengenalan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST). Rakyat patut sedar sehingga kini RUU
GST tidak pernah ditarik balik, sebaliknya ditangguhkan dari perbahasan
di Dewan Rakyat. Najib dan kroni sedang menunggu masa yang sesuai untuk
menyedut kantung rakyat.
Manakala,
mereka-mereka yang sedang mengintai peluang dan ruang untuk berada di
Koridor Kuasa juga tidak harus lupa akan jeritan rakyat. Polisi yang
sedang dirangka tidak harus indah di mata tetapi perlaksanan fizikal itu
juga haruslah indah. Sikap seperti Rejim BN yang gemar memberi janji
indah tanpa perlaksanaan rapi haruslah diubah.
Pendedahan
berhubung pegangan saham sebuah GLC milik Kerajaan Negeri dalam
syarikat IPP dan konsesi Tol harus segera diperjelaskan. Apakah
“Lucrative Investment” itu terus menenggelamkan prinsip dan janji-janji
yang dimeterai di dalam beberapa dokumen? Alasan, bahawa ia diwarisi
daripada Pemerintah lama juga merupakan satu alasan tipikal atau “Lame
Excuses” yang sekadar hanya untuk melepaskan diri semata-mata.
Sudah
sampai masanya, anak muda harus bangkit menegur politikus-politikus di
Koridor Kuasa ini untuk melaksanakan prinsip yang diperjuangkan.
Bukannya sekadar retorika jalanan menyedapkan halwa rakyat. “Walk the
Talk” harus dibisikkan di telinga mereka.
Banyak
lagi yang boleh dicoretkan, Kadar Hutang Negara yang mencecah RM 500
billion, terus meningkat tanpa diperlihatkan langkah-langkah untuk
mengawalnya. Sudah pasti kita tidak mahu melihat Negara tercinta ini
mengalami nasib yang sama seperti Greece. Kesan kebankrapan itu pasti
akan menyebabkan situasi Negara kucar kacir dan rakyat akan terpaksa
menghadapi bahana tersebut. Kesan kenaikan kos sara hidup semasa Negara
turut menghimpit pemikiran kita. Anak muda ketika ini, sudah menjadi
umpama robot. Keluar setiap hari mencari rezeki agar dapat digunakan
untuk membayar kos-kos sara hidup harian. Bekerja pagi hingga ke petang
untuk melunaskan tuntutan bil utility, PTPTN, kereta, rumah sewa, makan
dan minum hinggakan ada di antara kita yang tidak dapat menghulurkan
sedikit wang tanda ingatan dan menghargai jasa kedua ibu bapa yang telah
membesarkan kita selama ini.
Sempena
kedatangan Hari Raya Aidiladha ini dapat kita bersama-sama insafi
pengertian sebuah pengorbanan agar masa depan Negara ini terus
bergemerlapan tanpa penindasan terhadap mana-mana entity di dalamnya.
Anak muda juga perlu berani untuk bersama-sama di dalam pertempuran
terhebat dalam sejarah tanahair iaitu PRU 13. Anak muda harus keluar
menjadi agen-agen penyampai maklumat. Rejim yang korup dan menindas
rakyat harus kita singkirkan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Ahmad Anwar Asyraf Ismail
Penyelaras
SAMM Johor
No comments:
Post a Comment