Thursday, December 31, 2009

Kenyataan media hukum sebat MB NS


Solidariti Anak Muda Malaysia
(S.A.M.M)

31 Disember 2009

Kenyataan Media

HUKUMAN SEBAT OLEH MAHKAMAH RAKYAT DIJATUHKAN KEPADA PENGKHIANAT EKONOMI NEGARA MOHAMAD HASSAN, ROSMAH MANSOR DAN LAIN – LAIN YANG TERLIBAT MENYELUDUP WANG KE LUAR NEGARA.

Pada 26 Okt 2009, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Walaubagaimanapun Bank Negara tidak memberi alasan dan sebab pembatalan lesen-lesen yang dinyatakan.

Antara bukti-bukti diperolehi BNM, didapati maklumat yang menunjukkan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan telah dikaitan dengan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang dibatalkan) dalam mengirim sejumlah wang yang bernilai kira - kira RM10 juta ke London pada tahun 2008.

Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998 antaranya,

Seksyen 30(1)(b), “… perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pengiriman atau pemindahan dana ke luar Malaysia…” dan;

Seksyen 35(b), “memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam sesuatu butir material bagi mana-mana Akta ini”.

Turut dikaitkan dengan penghantaran wang secara haram ke luar negara ialah Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam penghantaran haram RM 600,000 (dipercayai sebagai tambahan kepada wang membeli belah yang tak cukup ketika berada di Dubai) Tan Sri Abu Sahid, tokoh korporat Melayu yang diberikan ruang mengetuai Perwaja dan Maju Holding terlibat dalam penghantaran haram RM 22.2juta dan seorang lagi tokoh korporat yang rapat dengan regim pemerintah adik Syed Mokhtar al Bukhari iaitu Syed Mohammad setakat ini dikesan terlibat dalam menghantar wang secara haram sebanyak RM 1.19 juta.

Perkara ini telah dibangkitkan di Dewan Rakyat. Pada 16 Nov. Satu surat (terbuka) rasmi telah dihantar kepada MB Negeri Sembilan memohon jawapan namun sehingga kini bukan sahaja surat tidak dibalas tetapi media dihalang menyiarkan berita mengenainya. Pada 24 Nov. Mohamad juga gagal menjawab soalan berkaitan di dewan. Bank negara tidak menafikan, Mohamad dan pesalah yang lain juga tidak menafikan sehingga kini.

Pada 3 Dis lepas satu laporan rasmi berkaitan perkara ini turut difailkan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Namun seperti biasa PDRM semakin dilihat gembira menjadi kuda tungggangan regim maka sehingga kini tiada respon terhadap susulan yang kami lakukan.

SAMM selaku seguah gerakan anak muda yang percaya dengan perubahan dan sayangkan negara ini, dengan ini memandang serius jenayah penyeludupan wang secara haram keluar negara ini. Jenayah ini merupakan sabotaj terhadap ekonomi negara. Mereka inilah sebenar pengkhianat negara yang sebenar.

Maka hari ini 'atas nama Mahkamah Rakyat' maka kesemua penderhaka dan pengkhianat ini dijatuhkan hukuman sebat.

Walaupun ia hanya 'olok-olok' tetapi ia mewakili suara derita rakyat yang bergelumang dengan kepayahan tetapi di atas sana orang kaya di keliling regim pemerintah terlalu mewah dan tidak kisah mengkhianati ekonomi negara. SAMM menyeru rakyat supaya bangkit dengan berani melawan regim yang melindungi kepentingan kapitalis dan terus tanpa sedar dan tidak sedar menindas rakyat.

Amaran kami kepada sistem perundangan negara. Jangan sampai 'olok-olok' ini menjadi benar.

Sekian demi memperkasa ketuanan rakyat.


che'GuBard
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia

cheGuBard@gmail.com
http://chegubard.blogspot.com

p/s : kenyataan media ini dibaca sebelum upacara hukum sebat Mohamad Hassan

Wednesday, December 30, 2009

Jom sertai peristiwa bersejarah hukum sebat MB


Jom sertai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam upacara hukum 'sebat' MB NS - pengkhianat ekonomi negara, seludup RM10juta pada 31 Dis 2009 , 5.00 ptg, berkumpul depan Pej.KEADILAN NS, Jln Rahang (pertanyaan 0123696474)

Datang ramai - ramai saksikan peristiwa bersejarah ini.

31 Dis 2009, aksi anak muda

Makluman media.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius isu penyeludupan wang (haram) RM 10 juta mengaitkan Menteri Besar Negeri Sembilan. Jenayah ini merupakan pengkhianatan terhadap (ekonomi) negara yang menjejaskan rakyat terbanyak. Itu hanyalah apa yang dapat dikesan berdasarkan pembatalan lesen pengurup wang yang menguruskan penghantaran tersebut. Bayangkan jumlah yang masih belum boleh dikesan.

SAMM telah membuat sidang media mendedahkan perkara ini, malangnya hanya sebahagian akhbar berbahasa cina sahaja yang berani mengeluarkan cerita ini sebaliknya majoriti media khususnya arus perdana tidak mengeluarkan pendedahan ini kerana arahan tangan ghaib.

Satu laporan rasmi (sila klik) telah dibuat malangnya pihak berkuasa hanya membakul sampahkan laporan tersebut dan apabila diminta respon terus tidak melayan. Kami sudah desak sehingga pertanyaan mengenai perkara ini dibangkitkan didalan DUN NS malangnya MB NS tidak memjawab dan membisu.........

Rakyat perlu disedarkan hakikat sebenar.... Rakyat perlu diselamatkan dari pengkhianatan....

Kami telah menghantar makluman kepada pihak polis Seremban (sila klik). Satu sidang media khas dan aksi anak muda akan dibuat oleh SAMM pada 31 Dis 2009 (hari Khamis) bagi mendesak perkara ini diselesaikan.

sebarang pertanyaan sila hubungi 0123696474 (Norazizi, penyelaras SAMM NS)

Dah tak boleh elak...

Dah buat sidang media tapi ada tangan ghaib yang arah media jangan siar, dah tanya dalam dewan undangan tapi dia membisu, dah buat report kepada pihak berkuasa tapi dibakul sampahkan.....

RM 10 juta diseludup ke luar negara.... dia pengkhianat terhadap ekonomi negara, dia pengkhianat negara......

berikut ialah surat kepada OCPD Seremban memaklumkan akan ada aksi anak muda penutup tahun baru........

Tuesday, December 29, 2009

Perasmian Ranting Sendayan, Ranting Kg. Batu dan Ceramah Umum Kg. Semerbok

Alhamdunillah pada 26 Disember yang lepas telah berjaya diadakan perasmian Ranting Sendayan, Perasmian Ranting Kampung batu dan Ceramah Umum di Kg. Semerbuk, Astana Raja.

Program pada 26 Disember lalu seharusnya dihadiri oleh Ybhg Dato Fauzi Abd Rahman. Namun oleh kerana beliau ditahan di Institut Jantung Negara untuk rawatan maka beberapa perubahan telah dilakukan.

Prog. dimulakan pada jam 6.30 petang dengan pelancaran Ranting Sendayan (Cabang Rembau) oleh YB Amirudin Shari (ADUN Bt. Caves). Majlis ringkas ini turut dihadiri oleh Sdr. Kamel Yasin, Ketua Cabang Rasah, Pn Aisah Lamsah, Ketua Wanita Negeri dan selain cheGuBard sendiri. Dalam majlis ini YB Amirudin Shari sudi menyumbangkan vest KEADILAN dan naskah Buku tulisan Anwar Ibrahim iaitu Gelombang Kebangkitan Asia.
Dalam ucapan perasmian oleh YB Amirudin
YB Amirudin menyerahkan vest kepada Mustafar selaku ketua Ranting Sendayan

Selepas itu jam 8.30 malam diadakan Pelancaran Ranting Kg. Batu (DUN Kota), Cabang Rembau. Perasmian dibuat oleh wakil Dato Fauzi Abd Rahman, iaitu Sdr. Nizam Hamid selaku penasihat Undang - Undang KEADILAN Pahang dan Ketua Cabang Temerloh. Sebanyak 19 ahli Umno setempat telah keluar dan memohon masuk KEADILAN.

Jam 9.30 malam pula ceramah umum di Kg. Semerbok dimulakan. Selain cheGuBard dan Sdr. Nizam (wakil Dato Fauzi) turut berceramah malam tersebut ialah Pn. Hjh Zainon, Naib Ketua Wanita Pusat, YB Taufek (ADUN Paroi/ AJK PAS Pusat) dan cabang amat menghargai dengan kesudiaan YB Tian Chua hadir berceramah walaupun dijemput saat akhir. Ceramah ini amat membanggakan kerana ia merupakan program pertama berjaya menembusi kawasan yang kononya 'kubu' Umno.

Saturday, December 26, 2009

Dua AMK NS ditahan kerana edar risalah Anwar

Ketua AMK Negeri Sembilan bersama rakannya Isma Ariffin pula ditahan semalam dengan dakwaan mengedar risalah tanpa permit, meminta Mahkamah Syariah mempercepatkan kes liwat yang didakwa oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua AMK ...saudara Rebin Birham (kanan sekali)

Kedua-dua mereka ditahan di pekarangan Masjid Ampangan Seremban, Negeri Sembilan selepas solat Jumaat tadi.

Jumaat lalu, dua pemimpin kanan AMK ditahan polis atas kesalahan yang sama di pekarangan Masjid Negeri di Shah Alam.

“Mereka ditahan ketika mengedarkan risalah berkaitan dengan kes Datuk Seri Anwar dan mereka sedang diambil keterangan, kami dimaklumkan polis bahawa kemungkinan mereka akan dibebaskan hari ini,” kata ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin (che'GuBard), dari Negeri Sembilan ketika dihubungi.

Anwar, 62, yang juga penasihat KEADILAN membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Saiful, 23, yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.

Ia mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah turut mendengar kes liwat terhadap Anwar, serentak dengan kes di mahkamah sivil.

Sebaik sahaja mengetahui mengenai berita tangkapan tersebut selepas solat Jumaat che'GuBard bersama Sani Md Shah (Timbalan Ketua AMK Rembau) bergegas ke balai. Setelah bertemu dengan pegawai polis berunding serta mendesak pembebasan maka Polis berjanji akan membebaskan yang ditahan hari ini juga (semalam).

Tangkapan ini membuktikan bahawa ketakutan regim Bn apabila ada usaha untuk menyebarkan risalah menerangkan kebenaran khususnya dalam kes Anwar Ibrahim.

Berita pembebasan 2 AMK sekitar jam 7.10 petang diketahui apabila che'GuBard dan teman - teman dalam perjalanan ke Bukit Gantang untuk menghadiri ceramah anjuran AMK Bukit Gantang.

Thursday, December 24, 2009

Bukan sampai kucing bertanduk tapi sampai jadi fosil...

Lukisan kartun yang 'makan dalam oleh Enot berkaitan dengan Laporan Polis 3 Disember oleh SAMM dan SMM. sila klik sini untuk baca lanjut

Banner / bunting (harga murah) hubungi Enot 0196426679 / 0123040715. Enot ialah kartunis reformasi yang banyak melahirkan kartunkritik sosial sejak awal 1999. Dia juga penyumbang banyak bahan kempen era reformasi.

Wednesday, December 23, 2009

KEADILAN Rembau bantu Suresh dapatkan sijil lahir dan MyKad setelah sering terima janji kosong Bn

Sempat melawat keluarga di Rantau yang baru mendapat surat beranak dan MyKad untuk anaknya yang tiada pendaftaran lahir.

Beberapa hari lalu cheGuBard bersama Azizi (S/U Cabang Rembau) dan Sani (Timb. AMK Rembau) telah menziarahi rumah Puan Lachmy a/p Potharajoo di Rantau.

Setahun Lachmy telah menghubungi Pusat Aduan Rakyat Rembau memaklumkan bahawa amat risau dengan anaknya tidak mempunyai sijil pendaftaran lahir. Anaknya yang berumur 14 tahun tidak bersekolah selain dari kerana kemiskinan ialah kerana tidak mempunyai sijil lahir.

Selama ini dia percaya pemimpin Bn akan selesaikan. Rumahnya sendiri pernah dihadiri oleh Datuk Rajagopaloo, (pengerusi Mic Negeri Sembilan) ketika menjadi exco Kerajaan Negeri bersama dengan media kononya bersedia dan berjanji membantu mengeluarkan keluarga mereka dari kemiskinan. Rajagopaloo disiarkan oleh media khususnya yang berbahasa India ketika melawat rumah Lachmy berjanji akan menyelesaikan isu anak tanpa sijil lahirnya.

Namun janji tinggal janji....

Pusat Aduan Rakyat (KEADILAN) Rembau, melalui Selvam a/l Subramaniam (selaku jawatankuasa KEADILAN Rembau) telah berusaha sehingga ke Pahang, Kuala Pilah, Putrajaya dan banyak pejabat demi pejabat kerajaan yang dimasuki demi menyelesaikan masalah. Jika difikirkan mahu kecewa sudah lama kami kecewa namun atas semangat ingin membela rakyat akhirnya sijil kelahiran dan MyKad 'Sureh' telah diperolehi.

Di Rembau bepuluh kes anak India tanpa sijil kelahiran tanpa pembelaan.... mana Mic, mana parti baru Makhal Sakhti.... semua parti perkauman hanya guna isu kaum bukan membela...

Walaupun dihimpit perbagai kekurangan KEADILAN Rembau akan meneruskan pembelaan ke arah memperkasakan rakyat!!!

Iklan percuma : PAK NGAH CAFE

pemandangan dari restoran
Kedai yang kemas dan bersih
Kemasan kedai yang menarik

Peta ke Warung Pak Ngah
Menu yang perbagai dengan harga yang amat munasabah

PAK NGAH CAFE - sebuah restoran makan-makan yang berlokasi di MENARA TINJAU AMPANG S'GOR - menyediakan pelbagai menu istimewa Asia dan Western - nikmatilah makanan sambil meninjau pemandangan indah dari atas bukit - tiada yang indah dan enak melainkan indah dan enak sesaja!

Kami juga menyediakan ‘sistem’ CATERING untuk semua majlis keramaian / majlis perkahwinan / majlis hari jadi / majlis ulang tahun / majlis tahlil / majlis meraikan rakan / majlis gather-gather di ofis / majlis bos pulang dari overseas / majlis potong jambul ataupun majlis suka-suka buat majlis makan-makan. Penyediaan hidangan kami amat istimewa – masakan ala-Kampung, masakan ala-Mid East, masakan ala-Pasific, masakan ala-Western, masakan ala-Thai dan juga masakan ala-la-la-la!

Untuk keterangan lanjut – 019-6697942 (Mak Ngah) / 012-2585656 (Mak Nani)

Ceramah 25hb Dis Di Tmn Molek


masej dari cabang Bukit Gantang

Ceramah 25hb Dis Di Tmn Molek

Ceramah 25hb Dis Di Tmn Molek
Program dijadualkan pada 25hb Dis 2009 bertempat di Halaman Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang (Taman Molek, Simpang) bermula jam 9.00 malam
Penceramah telah mengesahkan kehadiran: @ En Badrul Hisham Shaharin (Che'guBard)
@YB Dr Lee Boon Chye-Ahli Parlimen Gopeng
@ YB Abdul Yunus Jamhari (Ketua Angkatan Muda Perak)
@ YB Zuraida Kamaruddin-Ketua Wanita Keadilan
@ Ust Akmal Kamarudin-Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Perak,

War-warkan

Tuesday, December 22, 2009

Lahirnya semula semangat perlawanan 'kelas'...Karl Zameer Adzim



6 Disember lepas ketika berceramah di Felda Pasir Raja, telefon bergetar banyak kali...lepas ceramah terus tengok ada 5 'miss called' dari Era Hanim, isteri di rumah. Sebaik sahaja selesai ceramah, orang ramai datang berkerumun bersalam... sementara Sani dan Yasir yang memang sudah kepenatan kerana jadual yang bersambung -sambung untuk perjalanan jauh sibuk menjual VCD untuk tampung perbelanjaan minyak, tol dan makan minum.

Cari ruang terpencil sikit telefon Era. Dia kata ok lagi tapi lambat lagi ke balik.... Hati mula risau kerana Era menunggu hari. Cuma risau kurang sikit kerana Era di rumah, papa dan mama di Seremban, jika 'urgent' sangat papa mungkin boleh hantar ke hospital.

Ramai geng anak muda yang hadir malam itu. Kesempatan tidak harus dilepaskan, walaupun dalam mula hati risau namun Zabidie, Lan, Aidil, 'pentol' dan 'geng nakal' lain perlu diajak bersembang untuk sama saling memberi semangat dan idea dalam gerakan. Anak muda ini tidak pernah mimpin nak projek besar...mereka tak pernah idam nak jawatan penting tetapi mereka nak berjuang maka zalim rasanya untuk 'kedekut' sedikit masa buat mereka.

Sembang sambil menghirup kopi 'baginda' membawa ke jam hampir 2 pagi. Alhamdunillah syukur dalam keadaan 'kewangan' yang agak parah tiba - tiba ada hamba Allah yang tidak dikenali membayar semua minuman kami.....terima kasih!!!

Perjalanan dimulakan dengan Sani bawa kereta, Yasir duduk di belakang tertidur dengan cd zikir Ust.Akhil Hay yang baru dibelinya tadi. Seperti biasa che'GuBard on netbook untuk menulis sesuatu... tiba - tiba Sani bertanya 'kita kat mana ni...?'

Hahaha.... Sani sesat... terpaksa patah balik ambil dekat 20 minit... Sani yang memang keletihan dan nanti 9pagi pula dia kena pergi kerja pagi hanya mampu bertahan sehingga R & R Pagoh. Yasir terlalu lena di belakang. cheGuBard ambil alih pemanduan kerana tak nak buang masa.... dua teman tidak tahu yang cheGuBard tengah risau.... tak apa lah biar mereka tidur dah terlalu letih...

Teman - teman yang ikut bantu bawa kereta tak pernah cheGuBard bayar...tetapi mereka hadir membantu secara suka rela... wang jualan seperti cd sedikit untuk menampung tol, minyak dan makan minum... kadang - kadang ada penganjur yang sedikit mampu ada menghulur sedikit wang minyak...itupun 'kadang - kadang'.... tapi sebagai tanggungjawab diangkat sebagai pemimpin maka tiada alasan untuk berkata tidak apabila diminta turun...

cheGuBard memandu dalam kepala yang penuh berfikir.... risau... bukan takat risaukan yang Era nak bersalin kena cepat sampai tetapi fikirkan banyak benda... wang yang sepatutnya untuk Era bersalin telah digunakan untuk bilik gerakan anak muda di Bagan Pinang. Mujur Anuar Md Nor teman lama meminjamkan sedikit wang untuk wang hospital... tetapi barang bayi semua belum beli....

Kad kridit pula dah limit dan hutang makin meningkat faedahnya... Kad Kridit che'GuBard guna semata - mata untuk minyak... patutnya masa 8 bulan pakai kad kridit tempoh hari terasa sedikit mewah hahahahaaa.... pergi ceramah lepas jualan cd tolak duit belanja makan dan tol masih ada baki terlepas pandang minyak dibayar guna kad kridit... perjalanan cheGuBard sebulan wang minyaknya hampir seribu... kerana hampir tiap hari 'travel' keluar...

Haha..Umno kata pemimpin Pakatan Rakyat suka pilihanraya kecil.... mereka tak tahu hakikatnya semua pilihanraya kecil telah mensifarkan akaun bank che'GuBard.

Kereta pula dah 3 bulan lebih tak bayar...cuma Alhamdunillah pegawai Bank tempat pinjaman dibuat agak prihatin bantu lewatkan keluar surat tarik... namun Jumaat lepas dah terima panggilan dari bank memberi tahu kalau tak bayar Isnin nanti surat terpaksa keluar...

Argh....!! berat kepala... tiba - tiba sebaik sahaja melepasi tol Ayer Keroh telefon bergetar lagi... Era telefon !! katanya sakit sangat mungkin dah tiba masa... Ya Allah... kelajuan ditambah hampir ke tahap maksimum yang menyebabkan Yasir dan Sani terjaga...

Sani sendiri beritahu tak payah hantar ke rumahnya di Senawang cukup terus turun di tol Rasah dekat dengan Bukit Chedang dia akan usaha dengan Yasir untuk balik.... che'GuBard cukup tersentuh sahabat amat memahami....

Tiba di rumah mama papa di Bukit Chedang, terus angkat che'Nur tidurkan ke dalam kereta, bawa Era terus menuju ke Hospital Pakar AnNur, Bandar Baru Bangi... dalam perjalanan kepala makin berat berfikir, panik sedikit kerana mengikut jangkaan lagi dua minggu baru bersalin maka sempat dicarikan kewangan untuk beli barangan bayi dan lain - lain...namun nampaknya Karl mahu cepat!..

Entah panik sangat .... sehingga sms melalut dihantar pada Azizi...ternyata dia juga tidak tidur...

Sampai di Hospital doktor kata perlu tunggu untuk sakit bersalin datang lebih kerap... Era kata takpalah kita balik dulu kerana kalau masuk Hospital sekarang caj wad akan dikenakan lebih sehari...tunggu hingga lepas 9 pagi baru ke hospital... Era amat memahami kedudukan..

Balik solat subuh, urus cheNur yang baru terjaga... jam 9pagi tepat Era bagi tahu dah tak tahan sangat... che'GuBard terus bawa Era... sampai Hospital terus masuk dewan bersalin.... mujur tingkap dewan bersalin betul mengadap depan tempat letak kereta.. dalam keadaan melayan Era sakit bersalin dan terpaksa asyik mengintai kereta yang risau kalau - kalau ditarik... Era tak tahan sakit... Doktor datang tanya kena pakai 'epidural' sejenis bius untuk bersalin ... Era tak nak bisiknya harga bius itu mahal... namun che'GuBard kata dengan doktor itu ' ok epidural..'

Alhamdunillah... jam 10.14 pagi, Karl Zameer Adzim lahir..... cheGuBard azankan di telinga kanan dan qamat di telinga kiri tanpa sedar air mata cheGuBard juga mengalir...

cheGuBard hantar sms maklumkan kelahiran Karl kepada beberapa orang, Azizi maklumkan juga pada yang lain... ada beberapa sms 'tahniah' masuk cuma Dato Husam Musa yang menelefon mengucapkan tahniah dan tanya khabar...

Petang itu Doktor maklumkan Karl ada alahan terpaksa ditahan 24 jam untuk pemerhatian, Era Alhamdunillah sihat namun kena juga 'berkubu' di wad bersama Karl.

Sebaik sahaja semuanya selamat che'GuBard terus pulang dan 'adjust' semua benda untuk membolehkan keluar membeli sedikit barang keperluan bayi.

Selepas hari kedua doktor maklumkan Karl kena demam kuning teruk mungkin kena tahan dalam seminggu dua.... cheGuBard dah tersandar rasanya ...Ya Allah mana nak cari duit.... ?

Namun hari ketiga Era buat keputusan tak apalah kita jaga Karl dirumah sahaja kerana tak akan termampu membayar kesemua kos jika terus di hospital... di saat itulah rasanya air mata menitis.... Kali pertama che'GuBard rasa diri ini tak segagah cheGuevara....

Memang pernah Era cadang untuk bersalin di Hospital biasa namun che'GuBard berkeras untuk dia bersalin di An Nur selain dari lebih berkualiti ...apa salahnya Era yang telah banyak susah diberi layanan 'sedikit' sempurna ketika melahirkan zuriat....

namun...

Selama ini cheGuBard korbankan semua yang ada pada diri ini untuk 'rakyat' ....che'GuBard tak pernah rasa pentingkan diri... tapi kali ini che'GuBard terperangkap dalam rasa ego pentingkan 'rakyat' sehingga korbankan insan-insan yang paling dekat...

Ego terus dihimpit lagi apabila Sani, Azizi dan Yasir pula hadir menghulurkan bantuan tunai yang che'GuBard pun tak tahu mereka pinjam mana kerana yakin mereka juga dalam keadaan yang amat tidak mampu.... namun itulah komrad perjuangan....

Namun melihat Era terus bersemangat Bard menjadi kuat... Karl boleh pulang walaupun doktor kata tidak boleh... doktor mungkin tidak tahu Karl juga 'pejuang'!!!!

Alhamdunillah hari ini Karl sudah dua minggu.... dia makin sihat...

Dia perlu faham perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata... dia dilahirkan sebagai pejuang... cheGuBard akan besarkan dia InsyaAllah sebaik mungkin sebelum pulangkan semula ke tengah 'rakyat' untuk dia sama melawan penindasan.....

Lahirlah Karl dengan semangat marhaenis bangkit melawan atas nama kelas rakyat !!! Dia dilahirkan dalam kepayahan tersendiri.... dia anak rakyat...

Dalam mengharung getir perjuangan ini dengan menyeret keluarga tiba - tiba terbaca satu artikel fitnah dari seorang penulis upahan Umno yang gunakan nama 'Ruang Bicara Faisal' yang menulis kononya che'GuBard dapat gaji RM13,000 sebulan dan menggunakan kereta mercerdis.

Tahniah pada penulis yang berselindung di balik internet tanpa berani menyiarkan identiti dan menyerang dengan fitnah.....teruskanlah...

Memang ketika ini ada yang sedang 'menangguk hasil' .... memang pada masa ini ada yang tak pernah kenal lokap dan rotan polis sedang sibuk mencatur... memang pada ketika ini ada yang satu ketika dahulu lari dari perjuangan datang kembali mengutip 'hasil'.... namun bagi cheGuBard kalau nak merajuk memang boleh.... tetapi itu semua bukan matlamat... che'GuBard citakan revolusi... ia satu jalan panjang dan berduri...

che'Nur Zaima Jahida dan Karl Zameer Adzim membesarlah kamu agar satu hari nanti dapat berdiri di tengah massa sambung apa yang papa mungkin tak sempat lihat !!!! Buat masa sekarang biarlah kita susah asal jangan jadi hamba pemikiran kapitalis penjajah rakyat...

Anak pertama (perempuan) diberi nama che'Nur Zaima Jahida dgn semangt cahaya che'Guevara (che'Nur) & Ket. Pejuang Jihad Wanita (Zaima Jahida) dan kali ni anak ke dua (lelaki) dgn nama Karl Zameer Adzim sempena nama pemikir pmbela 'ekonomi' rakyat Karl Max & Zameer Adzim maksud pmimpin Agong...... bau revolusi rakyat makin kuat mengharum!!!

Enjin RM50 juta hilang. Menteri dan Panglima harus tanggungjawab..letak jawatan!!!

Bukan satu rupanya dua enjin pesawat tempur F-5E TUDM. Ia hilang dalam masa 5 bulan sahaja. Boleh lihat kronologi di bawah seperti yang dilaporkan dalam Berita harian 22/12/2009.

Kronologi kehilangan enjin pesawat tempur F-5E TUDM

• 26Jun 2007 – enjin pertama dihantar keluar

• 1November 2007 – enjin kedua dihantar keluar

• Mei 2008 – enjin disedari hilang

• 4 Ogos 2008 – laporan polis dibuat

• 13 Mei 2009 – kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara

• 25 Jun 2009 – kertas siasatan dipulangkan dengan arahan untuk lengkapkan siasatan

• 18 November 2009 – kertas siasatan dihantar semula.

Kehilangan Enjin ini didalangi oleh 'pihak atasan'. Lihat fakta kes, dari November 2007 tiada data mengenai kewujudan enjin tersebut sehingga enjin hanya disedari hilang pada Mei 2008 dan laporan polis hanya dibuat pada 4 Ogos 2008.

Ini menggambarkan kelemahan sistem keselamatan negara dari November 2007 Enjin hanya disedari hilang pada Mei 2008.

Keduanya ia menggambarkan konspirasi pihak atasan mencuri enjin tersebut dan memberikan masa yang cukup untuk enjin tersebut dihantar keluar dan dijual. Disedari hilang Mei 2008 tetapi laporan hanya dibuat pada 4 Ogos 2008, malah laporan tersebut disembunyikan.

Selepas ini akan muncul pula Malaysia disenaraikan dalam rangkaian pengganas dunia kerana terlibat menjuat peralatan tentera kepada pihak pengganas di pasaran gelap, untuk menutup kemarahan Amerika Malaysia dibawah Najib akan gadai lagi sebahagian kedaulatan negara.

Bila untung regim sapu bila rugi rakyat tanggung !!!

Paling menarik ketika Enjin itu hilang (sila baca: dijual dipasaran gelap) Najib a.k.a isteri Rosmah ialah Menteri Pertahanan dan kini dia Perdana Menteri. Pada ketika itu Panglima Angkatan Tentera Udara yang bertanggungjawab ialah Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin yang kini ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia..... jahanam negara !!!

che'GuBard tuduh dua orang ini bertanggungjawab penuh kehilangan (baca: penjualan di pasaran gelap) enjin tersebut. Mereka harus letak jawatan dan dihukum!!!

Jamban lagi bagus dari Mahkamah Malaysia

Saman Anwar Ibrahim terhadap Mahathir sebanyak RM100juta ditolak pada 9 Dis lepas. Walaupun asas saman tersebut kukuh menurut banyak pemerhati undang - undang Malaysia namun ia ditolak oleh Hakim kerana menggunakan Bahasa Inggeris dalam prosiding Mahkamah. Kononya penggunaan Bahasa Melayu adalah 'wajib' dalam prosiding Mahkamah. Ini lawak bangsat taraf jamban oleh Hakim Mahkamah Jamban Malaysia. Kita semua tahu berapa banyak kes mahkamah yang dijalankan dalam bahasa Inggeris....namun semua berjalan lancar...

Mungkin ramai yang baca kata che'GuBard emosi .... bagaimana tak emosi kalau sistem negara hancur.... hari ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam (kamar Hakim Hinshawati) telah menerima prosiding kes Big Scope walaupun dalam bahasa Inggeris.....

Dalam perkembangan ini menyentuh juga kempen AMk yang desak DSAI dibicarakan dalam Mahkamah Syariah... baguslah walaupun dalam 'scale' kecil namun AMK alhamdunillah bergerak juga.... tetapi jauh dari itu che'GuBard tak bersetuju dengan kempen tersebut kerana ia 'mengarut'....

Pertamanya kenapa perlu didesak bicarakan di mahkamah Syariah...walaupun apa hujahnya orang Malaysia tahu dah Mahkamah Syariah dah jadi Mahkamah kelas dua dan ramai tak kisah...orang yang terlibat dalam sistem mahkamah syariah juga tak kisah dengan perkara itu...

Keduanya orang akan lihat kemungkinan DSAI takut untuk dibicarakan di mahkamah sivil dan cuba larikan isu ke mahkamah syariah... lepas ini akan muncul lawak bila ditangkap kerana apa jua kesalahan orang akan diminta didakwa ke mahkamah syariah pula....

Persoalanya jika regim Bn ini setuju bicarakan Anwar di mahkamah syariah dan kemudian mengawal perbicaraan mahkamah syariah sehingga Anwar didapati bersalah di mahkamah syariah adakah AMK akan mengakui keputusan tersebut ??

Seharusnya rakyat digerakkan menolak sepenuhnya sistem mahkamah jamban Malaysia... Sistem negara ini hanya memelihara individu yang dekat dengan kekuasaan... mahkamah untuk orang kaya... orang miskin curi coklat dihukum penjara tetapi yang rasuah berjuta lepas bebas.....

Bangkitlah rakyat jika masih punya maruah....!!!

che'GuBard pernah ditahan di depan istana KEADILAN, Putrajaya (yang selepas itu dikenali sebagai Palace of Justice dan kemudian ditukar nama lagi ke Istana Kehakiman) kerana memberi komen "fuck of Malaysia Judiciary system" di hadapan wartawan selepas penghakiman yang mengarut. Ditangkap dan kemudian dibebaskan tanpa didakwa... dan hari ini cheGuBard nak cakap sekali lagi 'fuck of Malaysia Judicuary system...mahkamah Malaysia macam jamban!!'

Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi ?

Kita sering mengeluh itu dan ini.... tetapi sudahkah kita mendaftarkan diri kita dan memastikan kawan - kawan, jiran tetangga dan ahli keluarga mendaftar sebagai pengundi ?

Kepada anak - anak rembau semua dijemput kembali sebagai pengundi di Rembau.....

1. pergi ke pejabat pendaftaran terdekat, tukar alamat anda ke alamat kampung kelahiran di Rembau (termasuk Mambau, Sendayan, Rantau dan Kota mahupun Lubuk Cina)
2. selepes itu pergi ke Pejabat SPR terdekat minta borang tukar pusat mengundi berdasarkan pertukaran alamat

Program Dato' Fauzi Abd. Rahman ( Mantan Timb Menteri Penerangan ) ke Rembau pada 26.12.2009

1) Perasmian Ranting Sendayan (DUN Rantau)
No. 381, Jalan Utama, Bandar Sri Sendayan (Rumah Tanggam)
Jam 6.00 Petang
019-6428525 (Tapoi)
2) Perasmian Ranting Kampung Batu (DUN Kota)
Kampung Bintongan, Kota, Rembau (Rumah Yusof Tapa)
Jam 8.00 Malam
019-6602784 (Yusof Tapa)
3) Ceramah Umum Pakatan Rakyat
Dato' Fauzi Abd Rahman, YB Taufek Abd. Ghani, Aisah Lamsah & Che'GUBard
Kampung Semerbok, Kota, Rembau (Rumah Harun Manaf)
Jam 9.00 Malam
013-2101797 (Rasli), 017-2468258 (Harun)
Sebarkan. Sebarang pertanyaan : Norazizi 012-3696474

Monday, December 21, 2009

'Jelajah' Felda 5-6 Disember

5 - 6 Disember lalu berada di bumi Johor bersama beberapa aktiviti yang di susun oleh saudara Zabidi, Ketua Angkatan Muda Johor.

5 Disember aktiviti dimulakan dengan menghadiri beberapa kenduri kahwin dalam kawasan Parlimen Rembau. Kenduri yang terakhir dihadiri ialah perkahwinan anak Sdr. Majid, aktivis kuat KEADILAN di 'felda' Sendayan dan kemudian hantar Era dan che'Nur ke Bukit Chedang sebelum ambil Yaser dan Sani di rumah masing - masing sebelum sama bertolak ke Johor.

Dsstinasi Felda Tenggaroh 2, dari Seremban, menyelusuri K.Pilah, Palong, Muadzam, Mersing dan Tenggaroh (ikut jalan ke Kota Tinggi) mengambil masa agak panjang cuma jalan ini dipilih kerana bebas tol. Sampai di Mersing, sdr. Syam 'Mersing' sedia menanti dengan kereta kancil penuh keluarga untuk iring tunjuk jalan ke Tenggaroh.

Sampai di Tenggaroh 9.00 malam, setia menanti sdr. Zabidi dan Sdr. Ismail, aktivis kuat KEADILAN yang sebelum ini terpaksa meninggalkan Tenggaroh kerana disisih oleh AJKKR dan pengurusan setempat kerana menentang Umno. Kini beliau tekad kembali untuk lawan lebih kuat lagi.

Malam ini ceramah dimulakan dengan penerangan Kes Felda Kemahang yang menang kes saman Felda dengan nilai RM11 juta kerana mahkamah mendapati ada unsur penipuan dalam penggredan buah kelapa sawit. Beliau dapat menerangkan dengan baik, walaupun isu felda agak asing dengan che'GuBard tetapi dengan penerangan Sdr. Wan Rohaimi sudah difahami betapa felda menipu dalam hal dan peneroka menjadi mangsa.

Isu pertama bab perahan sawit, ternyata Kilang Felda tipu rata - rata perahan satu negara digredkan dengan 16 - 18 % nilai perahan tetapi jika dihantar ke Kilang Luar perahan akan meningkat sehingga 25 % ke atas.

Keduanya minyak 'kernel' yang ternyata kualiti tinggi dan mahal tidak pernah disitiharkan.

Ketiga minyak hitam atau minyak 'busuk' yang disalur di tanggi keluar kilang kononya dibuang tetapi turut dijual.

Keempat skandal penipuan felda dalam kiraan BK (bayaran hutang kembali) yang hampir rata - rata dikira berlebih

Ke lima 'penipuan' diteruskan apabila tanam semula dilakukan Felda Technoplant Sdn Bhd (FTPSB) dengan pengubahsuaian perjanjian dan penyambungan hutang yang berat sebelah.... malah penanaman semula dan kualiti kerja, baja dan benih yang tidak bermutu merugikan peneroka....

Ada peneroka malam itu selepas ceramah datang menemui dengan rasa amat kecewa setelah menyedari betapa mereka tertipu dan dinafikan hak mereka.... malah sebenarnya jauh dari itu memang ramai yang paham dan tahu penipuan tersebut cuma rasa keseorangan untuk melawan penindasan felda ke atas mereka. Kehadiran kami khususnya peguam Wan Rohaimi sedikit memberikan sinar baru bangkit melawan menuntut hak sendiri.

Malam itu tidur di rumah Sdr. Ismail, terima kasih kepada Sdr. Ismail sekeluarga yang begitu baik melayan cheGuBard dan rombongan. Banyak yang kami bualkan sehingga ke subuh.

Pagi itu (6 Disember) selepas bersarapan di Felda Tenggaroh 2 rombongan kami dikepalai Sdr. Zabidie terus menuju ke Felda Ulu Dengar. Kami agak terlewat sejam dari dijadualkan. Seramai 40 orang peneroka sedia menanti untuk membincangkan mengenai permasalahan mereka dan bertukar pendapat. Akhir pertemuan satu jawatankuasa bertindak berjaya dibentuk.

Pertemuan kira - kira 4 jam itu berakhir dengan makan tengahari dan kemudian rombongan kami terus ke Pekan Kluang. Destinasi ialah untuk bersama dalam majlis pratonton filem "Kayuh" yang merakam detik bersejarah bagaimana anak muda Malaysia berbasikal seluruh negara demi mengenengahkan tuntutan rakyat. Di akhir majlis pratonton filem ini sempat diadakan sedikit perbincangan dengan teman - teman 'JERIT' mengenai bagaimana membangkitkan kesedaran rakyat melawan cukai barangan (GST).

Sebaik sahaja selesai terus bekejar ke Felda Bukit Besar. Bertemu dengan sekumpulan Peneroka Felda yang mahu menubuhkan SEPAKAT iaitu gabungan peneroka Felda di Malaysia yang bangkit membela nasib diri sendiri. Pertemuan yang turut disertai oleh Sdr. Wan Rohaimi ini akhirnya mengikat persetujuan melantik Wan Rohaimi sebagai peguam bagi beberapa gugusan Felda untuk menyaman Felda atas beberapa kes penipuan mereka.

Selepas solat Maghrib dan makan malam perjalanan dimulakan ke Felda Pasir Raja, Kulai. Ceramah malam ini dimulakan oleh Sdr. Mazlan Aliman, YDP PAS Tenggara dan kemudian Peguam Wan Rohaimi. Difahamkan oleh teman - teman AMK setempat ramai orang Umno juga hadir malam tersebut maka 'full gear' digunakan untuk menjawab isu Melayu. Laporan ceramah boleh diikuti di Suara Johor Online dengan klik di sini.

Ketika ceramah telefon berbunyi banyak kali. Sebaik sahaja selepas ceramah terus hubungi isteri yang telah membuat 5 misscall. Dia cuma tanya lambat lagi ke balik ? Hati tak sedap juga sebab Era cuma tunggu hari..... namun kesempatan turun ke Johor perlu digunakan sepenuhnya untuk 'memblast' gerakan. Beberapa teman anak muda setempat dikumpulkan untuk sesi sembang dan minum yang membawa ke jam 1.40 pagi.

Sani memandu pulang, selepas siap sesat dia hanya mampu membawa kereta hingga R & R Pagoh. Yasir pula 'keras' tak jaga terlelap di belakang.... che'GuBard amat faham semua mereka letih sangat... 'travel' yang panjang... mereka juga tak tahu apa yang che'GuBard risaukan... Era sedang menunggu hari... 'stereng' cheGuBard ambil alih Sani tidur di sebelah kesian juga esok Isnin pagi dia perlu pergi kerja... inilah perjuangan yang sukar difahami oleh pemimpin tinggi.... telefon berbunyi.. Fauzi AMK Batu Pahat telefon dia ajak minum sebentar di Ayer Keroh.. permintaannya berjaya dikuntau oleh Sani...

Jam 5.00 pagi melepasi tol Ayer Keroh, Era telefon beritahu sakit perut mungkin nak bersalin... ha... tak tahu kenapa tiba - tiba che'GuBard pula panik... rupanya dari tengah malam tadi Era sudah menahan sakit ... Citra dipandu selaju mungkin... Sani tak sempat dihantar ke Senawang... dia hanya ditinggalkan dirumah Yasir di Kg. Dato Mansor......

Karl Zameer Adzim mula mengetuk jendela dunia......

Tahniah buat pejuang muda di Johor kalian meredah jalan berduri demi membela rakyat dan memperkasa Pakatan Rakyat. che'GuBard janji akan berikan sepenuh tenaga dan usaha untuk membantu bersama dengan jentera anak muda demi melihat perobahan negara.

Jentera muda dibawah ini telah berkorban masa, wang dan tenaga..... kita telah berkonvensyen tetapi apakah yang difahami oleh pemimpin tinggi di atas sana ... ? turun dan jengoklah mereka dibawah ...bersamalah dengan kepayahan rakyat jangan hanya keluar arahan dia atas...

Bayangkan KEADILAN ada rasanya hampir 40 MPP yang menang bertanding dan dilantik.... banyangkan jika semua turun satu kawasan/cabang sebulan maka ada 50 cabang akan diperteguhkan semangat juang setiap bulan maka pasti parti ini kuat !!! tetapi .....

Memetik kata - kata Tn Hj Baharuddin, Timbalan Ketua KEADILAN Tampin "Jangan kita ini mati berunding sudah lah....."

Najib dan Felda

Untuk setengah abad yang lalu, FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) memainkan peranan yang penting di tanahair Malaysia, khususnya dalam masyarakat Melayu, termasuklah bidang ekonomi, sosial, dan yang paling penting, politik.

Malah, tsunami politik 8 Mac 2008 mungkin telah mengaramkan UMNO-BN seandainya FELDA tidak wujud. Menurut perhitungan ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, FELDA memainkan peranan yang penting di kira-kira 50 kawasan parlimen.

Pengaruh FELDA terserlah, dan dilihat sebagai kubu politik UMNO. Pengasasnya Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Abdul Razak bin Hussein yang dikenang kerana jasanya membangunkan tanah kawasan luar bandar, yang pada ketika itu didiami orang Melayu kebanyakannya.

53 tahun sudah berlalu. FELDA kini diwarisi oleh anak Bapa Pembangunan. "UMNO perlu berubah", demikianlah slogan yang dilaungkan sebelum menemui hasil sebenar. Kesudahannya belum pasti. Yang pastinya, FELDA telah berubah sebaik sahaja PM keenam, Najib Razak menerajui tampuk pimpinan kerajaan.

Felda sebagai kubu UMNO

Penguasaan terhadap FELDA memberi makna penting dalam politik Melayu. UMNO memenangi 74 kerusi parlimen daripada 117 yang ditanding dalam PRU ke-12. Senario ini jauh berbeza daripada kemenangannya dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, menyapu 109 kerusi parlimen, iaitu setengah daripada jumlah kerusi di Dewan Rakyat ketika itu.

Pada hakikatnya, UMNO perlu menguasai FELDA untuk menguasai kawasan luar bandar. Dengan kata lain, UMNO perlu menguasai FELDA untuk mengekalkan kuasa. Menurut seorang pegawai atasan dalam Felda Holdings Berhad, interaksi antara Najib dengan FELDA bertambah kerap setelah beliau menyandang jawatan PM. Malah, pertemuan dengan peneroka diaturkan hampir setiap dua minggu, selagi Najib dapat meluangkan masanya.

Menurut sumber maklumat ini, selain peruntukan tanah, masyarakat peneroka juga diberi subsidi baja, bahkan menerima dividen dari masa ke masa. Malah, sesetengah peneroka menjual baja yang diperolehi secara percuma itu sebagai "skim cepat kaya". Jelas, Najib sedar bahawa kepentingan UMNO hanya terlindung apabila kepentingan peneroka FELDA dijaga.

FELDA sebagai kuasa ekonomi

Walau bagaimanapun, FELDA bukan sekadar berperanan untuk mengagih sumber sambil menerima undi sebagai pulangannya. Menurut maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sayap komersial FELDA, iaitu Felda Holdings Berhad mencatat pendapatan sejumlah RM15.3 bilion, dan keuntungan bersih sejumlah RM635.7 juta pada tahun kewangan 2008.

Pada masa yang sama, syarikat tersebut memiliki wang simpanan tetap sejumlah RM 1.4 bilion, dan wang tunai serta simpanan bank sejumlah RM 222.7 juta pada akhir tahun 2008.

Selain itu, menurut laporan media, FELDA memiliki 850,000 hektar tanah tanaman, 38 buah anak syarikat, 75 buah kilang minyak kelapa sawit, dan 7 buah kilang pengekstrak minyak kelapa sawit -- penanam dan pengurus tanaman yang terbesar di dunia. Malah, FELDA menakluki 20% pasaran kelapa sawit di dunia. Secara puratanya, pendapatan FELDA mencecah RM15 bilion setahun, dan memperolehi keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.3 bilion pada tahun 2008.

FELDA menerokai dunia global

Demikianlah hasilnya setelah setengah abad penerokaan dan pembangunan tanah di Malaysia. Kini, FELDA merancang untuk mengembangkan sayapnya ke peringkat global mengikut jejak Petronas.

Menurut laporan media pada 2 Julai 2009, Felda Global Venture Holdings telah ditubuhkan untuk mengambil alih dan membangunkan perusahaan pelaburan komersial di bawah FELDA. Malah, Felda Global telah mengumumkan kesediaannya untuk melabur lebih daripada RM 6 bilion untuk memperluaskan perusahaannya dalam masa lima tahun yang akan datang.

Persoalannya, apakah latar belakang Felda Global? Syarikat ini telah ditubuhkan pada Disember 2007, namun hanya diumumkan struktur organisasinya pada Julai 2009. Sebelum ini, Felda Global berada dalam keadaan separuh-lelap, dan hanya bangkit apabila Najib menjadi PM secara rasmi pada April 2009.

Felda Global telah memulakan pelaburannya di luar negeri, walaupun apa yang diumumkan kepada khalayak adalah terhad. Selain penerokaannya di peringkat global, Felda Global memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi Malaysia. Baru-baru ini, Felda Global telah membeli Malayan Sugar Manufacturing Company Bhd daripada Raja Gula, Robert Kuok dengan RM1.22 bilion.

Najib, dan konco-konconya

Cuma, siapa pula di sebalik Felda Global? Jawapannya, Mohd Bakke Salleh (gambar kiri), orang rapat Najib yang dikhabarkan bakal mengambil alih jawatan Hassan Marican pada Februari 2010 sebagai CEO Petronas. Bagaimanapun, pegawai khas Najib ketika beliau menjadi TPM, Omar Mustapha Ong akhirnya yang dilantik memasuki Lembaga Pengarah Petronas untuk menutup spekulasi yang tersebar.

Bakke Salleh, menguasai Felda Holdings Berhad sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global. Jelas, perlantikannya diiringi dengan misi daripada Najib untuk membangunkan Felda Global seiring dengan Petronas. Bakke Salleh pernah menganggotai Lembaga Pengarah Danaharta dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji pada tahun 2001, untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi oleh Lembaga Tabung Haji.

FELDA terpesong dari matlamat asal

Misi penerokaan ke dunia global yang diamanahkan kepada Felda Global sememangnya memperlihatkan agenda politik dan kepentingan golongan tertentu di sebaliknya. Namun, seandainya diimbas kembali matlamat asal penubuhan FELDA, kita terpaksa mengakui bahawa sudah tiba masanya untuk merombak agensi ini.

FELDA ditubuhkan pada tahun 1956 untuk membantu orang Melayu di luar bandar dengan rancangan penerokaan dan pembangunan tanah. Pertanian diusahakan sebagai salah satu langkah untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu.

Tetapi, FELDA semakin terpesong dari matlamat asalnya, apabila peneroka mula mencari rezeki di luar kawasan FELDA, dan menjadikan aktiviti pertanian sebagai kerja sampingan. Keadaan ini berlaku terutamanya setelah Malaysia melalui tahun 1980-an, apabila peneroka mula pindah ke bandar untuk bekerja di kilang industri, yang pendapatannya lebih stabil berbanding dengan aktiviti pertanian. Malah, pekerja asing diupah untuk mengusahakan tanah pertanian yang asal.

Lebih-lebih lagi, generasi kedua dan ketiga masyarakat peneroka memilih untuk mencari rezeki di bandar, apabila arus perindustrian kian menderas. Tanah ditinggalkan kepada peneroka yang sudah lanjut usianya, malah tidak larat lagi untuk membanting tulang di kebun.

Keadaan bertambah dahsyat apabila nilai tanah melonjak berikutan proses urbanisasi. Kawasan bandar diperluaskan. Tanah diterokai untuk membina bangunan komersial dan perumahan. Maka, sesetengah peneroka bandar memilih untuk menjual tanahnya dengan kebenaran kerajaan, lantas menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Realitinya, perkembangan terkini memperlihatkan bagaimana FELDA semakin hari semakin kehilangan tanah tanamannya. Secara makronya, masyarakat Melayu mungkin mewarisi kekayaan daripada rancangan FELDA, yang sudah terpesong daripada matlamat asalnya. Secara mikronya, Najib mungkin mewarisi legasi ayahandanya, tetapi bukan jiwanya.

Saturday, December 19, 2009

Kenakan cukai GST untuk jadikan Malaysia negara maju...?

"Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) bertujuan meletakkan ekonomi negara pada tahap yang sama dengan negara maju dan sesuai dengan peredaran zaman."

Itulah ayat palik lawak bangang yang keluar dari mulut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Dalam kenyataanya yang dilaporkan oleh laman berita MyStar (BM) dia juga berkata berkata, pelaksanaan GST memberi kelebihan, terutama kepada kerajaan dalam meningkatkan aliran pendapatan yang kemudiannya boleh digunakan bagi melaksanakan projek-projek untuk manfaat seluruh rakyat, ia tidak membebankan rakyat !!


Hahahahaaaaa.... gelak ...gelak... letak cukai pada rakyat agar negara boleh jadi negara maju kerana kebanyakan negara maju kenakan cukai barangan.... BANGANG !!!! Cukai tak akan membebankan rakyat ?

Rakyat seharusnya menyanggah kenyataan bangang ini kononya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan tidak akan membebankan rakyat.

Kenyataan menteri itu sebagai tidak masuk akal, pengenalan CUKAI akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung lebih RM 6.4 bilion cukai yang sepatutnya diperolehi daripada pihak industri.

Jika perolehan cukai daripada para peniaga akan dikurangkan sehingga RM 5.4 bilion dan dalam masa yang sama pendapatan negara bertambah kepada RM 13 bilion, bermaksud jumlah cukai RM 6.4 bilion akan diperolehi daripada rakyat.

Persoalannya bagaimana menteri boleh keluarkan kenyataan rakyat berpendapatan rendah mampu menyimpan seperti mereka yang berpendapatan tinggi?. Pengecualian cukai RM 6.4 bilion yang dinikmati oleh para peniaga akan dibayar oleh pengguna yang terdiri daripada pekerja berpendapatan rendah, pesara, pelajar ataupun golongan pertengahan.

apa pasal nak sibuk-sibuk pasal Bung Mokhtar dengan Zizie

Tiba - tiba gempar pasal seorang ahli Parlimen yang cakap banyak dalam dewan, Bung Mokhtar dari Kinabatangan, Sabah. Tempat dia ni orang memang susah... patutlah dia bising cuma dia pun sikit - sikit kaki 'belasah' gak.....

Tengah sibuk-sibuk sempat juga dia 'mengorat' Zizie si pelakon tu....

entah lah bak kata Syafiq dalam Facebook "sama ada dah taste Zizie macam itu atau Bung kuat baca...tak tahu lah..."

Mula media lapor macam macam respon... Zizie tak nak komen... Mak Zizie pula kata restu... tapi Bung Mokhtar pula nafi... tapi terbaru, kawan Bung Mokhtar yang sama bising dalam dewan dari Sri Gading, Mohammad Aziz kata "hahaha Bung dah Selamat !!'....

Apapun biarlah nak kahwin ke apa ke itu hak peribadi masing - masing.... cuma media telah menjadikan minat rakyat ke arah sensasi.... apa sibuk pasal orang nak kahwin..

Cuma 'perangai' kencing tak sudah2 oleh ahli parlimen banyak cakap seperti Bung Mokhtar perlu diberi perhatian sikit.... dia nafi dia kahwin sedangkan kawan dia ahli Parlimen Seri Gading sendiri kata 'Ya...' Dah lah bab berani - berani takut masa September lepas ya..ya.. benar kata nak tinggal Bn sebab anak tiri penduduk Borneo kene gempak dengan Najib terus tak mengaku.... ni pasal kahwin pun tak kan nak takut2 juga...

Lagi satu yang menarik ialah tak sabar nak tunggu Bung Mokhtar bersama Zizie masuk sehati berdansa tahun depan......

Balik pada media yang membanggangkan rakyat......Benda yang besar tak diterangkan kepada rakyat... sekarang ini rakyat akan dibala dengan cukai barang (GST) ....baik orang miskin atau kaya akan kena cukai barang...itu tengah diperdebat dalam parlimen..... itu yang harus dibangkitkan kepada rakyat...

Harap nanti bila nak undi tak ada lagi ahli parlimen PR yang ke Indonesia sebab peribadi atau ke mana - mana kerana kucing nak beranak.....

Thursday, December 17, 2009

Salam maal hijrah



Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah semoga semangat Hijrah menyemarakan nafas perjuangan menegakan keADILan dan kebenaran.

Semangat Hijrah ini bukan sahaja ketika menyambut 1 Muharram tetapi ia seharusnya merupakan jalan panjang yang seharusnya diallui oleh setiap muslim. Peristiwa Hijrah ini mempunyai seribu satu pengajaran. Tetapi bagi posting kali ini che'GuBard ingin memperingatkan diri ini dan semua yang ingin berkongsi mengenai betapa Islam itu datang dengan semangat perpaduan. Islam tidak pernah mengasingkan atau datang dengan sistem 'kasta' dalam kehidupan. Semua manusia itu sama yang membezakan mereka hanya ilmu dan amal.

Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.

Mari kita dalami bait2 lagu Ma'al Hijrah di bawah:

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuanganHijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman..

Akhirnya tak basah tunggu Bas...

Selvaraju Sadasivam, antara 'pemimpin' penduduk setempat menyatakan inilah kali pertama penduduk ditunaikan janji oleh orang politik. Beliau mengatakan beliau sendiri sudah tidak percaya orang politik kerana sememangnya penduduk taman sudah banyak kali dijanjikan macam - macam oleh orang politik tetapi semua tipu. Orang politik selama ini hanya masuk kawasan dan ambil gambar tetapi semuanya tipu..... Akhirnya beliau menjadi ahli KEADILAN petang itu kerana kepercayaan yang tinggi dengan KEADILAN

"Kami sudah minta 'hentian bas' , lampu jalan......dari sejak Ghani Hasan (Adik Mohamad Hassan) jadi ADUN Rantau.... waktu pilihanraya 2004 Bn masuk kawasan ini janji macam macam.... kami undi Bn sebab percaya... Maka ADUN Rantau, Mohamad pun jadi MB... tetapi semua tipu sama macam adiknya juga... 2008 penduduk pecah dua separuh undi Bn separuh Undi KEADILAN... kali ini PRU akan datang saya rasa satu undi pun Bn susah dapat !! " Batumalai, Pengerusi Kuil Munaeswara Alayam, Kuala Sawah, Rantau

Sudah setahun rasanya Pusat Khidmat Rakyat KEADILAN Rembau mendapat aduan dari penduduk Taman Bunga Raya, Rantau (DUN Menteri Besar N.Sembilan) mengenai beberapa perkara seperti memohon lampu jalan dan hentian bas.

Kawasan taman yang di diami agak sedikit 'terkedalam' menyebabkan keadaan juga agak tidak selamat. Ini ditambah dengan langsung tidak ada lampu jalan akan menjadi undangan secara tidak langsung kegiatan jenayah. Sudah beberapa kali ragut dan gangguan seksual berlaku terhadap warga taman tersebut yang pulang bekerja waktu malam.

Hentian bas di hadapan taman tersebut menjadi satu - satunya tempat di mana anak sekolah dan pekerja kilang menunggu bas. Mereka keluar subuh untuk tunggu bas, bayangkan jika hari hujan subuh itu mereka pasti basah dan berada di sekolah dalam keadaan tidak selesa.

Sudah beberapa kali sebelum berjumpa dengan KEADILAN masalah tersebut di adukan kepada wakil kepada MB malah kepada MB sendiri malangnya ada satu ketika penduduk yang dimarahi kerana kononya meminta dengan melampau.

Sejak mendapat aduan dari penduduk KEADILAN telah menghantar beberapa surat kepada beberapa agensi terbabit. Malah wakil KEADILAN juga telah hadir mendesak lampu jalan dan hentian bas dibina.

Alhamdunillah dua bulan lepas 2 lampu jalan telah dipasang. Walaupun melalui maklumat yang diperolehi 3 lampu harus dipasang dan sudah mendapat kelulusan namun hanya dua 'dibenarkan oleh tangan ghaib' kerana kononya kerana tak boleh pasang kesemua 3 yang diluluskan kerana ia permintaan 'pembangkang'...

Namun mengenai hentian bas, che'GuBard sendiri sudah sekali meninjau bagaimana anak sekolah terpaksa menunggu bas dalam keadaan hujan. Tidak tahan melihat perkara tersebut, maka KEADILAN Rembau telah mengusahakan pembinaan 'Bus Stop Rakyat' yang dibina secara gotong royong.

Perbelanjaan berjumlah RM 815.00 di keluarkan dan RM 190 dari perbelanjaan tersebut adalah kutipan dari semua penduduk terbabit untuk menunjukkan rasa kerjasama.

Ketika majlis ringkas penyerahan 'Bus Stop Rakyat' jam 5 petang,9 Disember 2009 dilihat wakil dari Bn...berlegar - legar ambil gambar dan maklumat..... apalah 'kaudunya' hati kamu ini orang Bn .... ?

Kami anak muda yang menerajui KEADILAN Rembau tak ada peruntukan ratus juta wang rakyat dari peruntukan DUN atau Parlimen atau memiliki saham besar tetapi kami janji akan terus berjuang melawan demi rakyat !!!

Wednesday, December 16, 2009

UMNO Ns kuat atau PR NS lembek.....?

Mungkin ramai yang terkejut baca tajuk atas.... tapi itulah persoalan yang ingin ditimbulkan....

Kita dikejutkan dengan aksi demo Bn di Pulau Pinang dan aksi serangan Bn ke atas Tok Guru di Kota Bharu..... isunya kecil dan 'simple' tetapi diperbesarkan oleh Bn sebagai isu politik.... bagi cheGuBard itu 'tak salah' kerana biasalah Bn sebagai parti politik menggunakan semua ruang yang ada untuk menyerang dan mempolitikkan semua isu....

Namun di N.Sembilan isunya cukup besar.....

ADUN Bn dalam dewan mencarut , menghina wanita dan kaum India.... Dalam sidang dewan yang lepas baru ini, ketika YB Wong May May, ADUN DAP Mambau bangun bahaskan belanjawan negeri, adun Bn ganggu ucapan beliau dengan perkataan yang mempunyai maksud berganda lucah dengan sengaja. Adun Bn secara lucah dengan secara sikap 'seksis' menyebut masuk...masuk...ha..sudah masuk ka..ada rasa ka....

Kedua ADUN Bn juga secara sengaja bangun dengan aksi hendak membaling botol air mineral kepada ADUN KEADILAN PD Bandar, YB Ravi dengan berkata 'PUNDEK ! diamlah.....' perkataan ini diucapkan sebaik sahaja Ravi bangun untuk bangkitkan masalah masyarakat India di N.Sembilan....

Ketiga .....sah!!!...tak boleh nafi dah...penglibatan Menteri Besar Negeri Sembilan dalam transaksi RM10 juta yang melibatkan sebuah syarikat pengurup wang sehingga menyebabkan syarikat tersebut dibatal lesen oleh Bank Negara. Ini kegiatan sabotaj ekonomi .....

Namun atas ke tiga - tiga isu ternyata Pakatan Rakyat Negeri Sembilan gagal bertindak.... SAMM dan buat report di Bukit Aman... ia mobilisasi sederhana untuk menarik perhatian media.... cheGuBard selaku Ketua Keadilan Rembau sudah menulis surat rasmi terbuka juga untuk tarik perhatian media....

Bagaimana dengan mobilisasi rakyat, bagaimana dengan risalah penerangan yang seharusnya bertaburan di Negeri Sembilan negerangkan isu ini.......

Mana pimpinan utama Pakatan di Negeri Sembilan, kenapa tidak ada tindakan bersama secara besar - besaran... Isu seludup wang ini setaraf malah lebih besar dari yang dilakukan oleh bekas MB Selangor.......

Kalau che'GuBard mulakan ada yang kata ia kerja bodoh... tak ikut saluran rasmi..... tak ikut itu tak hormat ini........kalau che'GuBard buat terus ada yang bukan setakat tak nak ikut tapi bagi arahan tak tentu arah arah jangan ikut.... tetapi mana.... mana..... apa tindakan secara rasmi.... mana ?

Memang negeri ini beza Bn dan Pakatan cuma 4 kerusi namun ketahuilah jika kita tak susun gerakan bukan empat kerusi yang nak dikejar tak dapat tetapi yang ada akan hilang.... Jangan sibuk main politik sesama sendiri....

Bangkit !!! Bangkit!!!! Umno , Bn makin lemah tapi kita tak cukup kuat untuk belasah regim yang makin melemah....

Maaf atas posting ini kalau ia menyakitkan tetapi ...........

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat 'terlepas' cipta sejarah

Kali pertama dalam sejarah negara, belanjawan atau buget negara diluluskan dalam dewan rakyat dengan majoriti yang amat kecil.

Budget 2010 diluluskan hanya dengan majoriti 3 undi sahaja, itu pun selepas Najib dan beberapa orang Menteri Kabinet dipanggil untuk hadir ke Dewan Rakyat malam tadi.

Boleh dianggap bahawa majoriti ahli parlimen Barisan Nasional tidak menyokong Budget 2010 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, Tindakan 70 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan semalam, mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak bajet berkenaan.

Hanya 66 orang sahaja yang hadir bagi menyokong usul budget berkenaan dan ini adalah kurang dari separuh dari jumlah keseluruhan ahli parlimen yang sepatutnya hadir.

Jika Najib menolak andaian Ahli Parlimen Bn memboikot buget yang dibentangnya, maka beliau terpaksa mengakui bahawa perangai ahli parlimen Bn yang ponteng.

Namun apa yang lebih dikesalkan rakyat ialah ahli parlimen Pakatan Rakyat telah terlepas peluang mencipta sejarah untuk menolak buat kali pertama belanjawan negara.

Cuma ada 63 undi menolak dari Pakatan Rakyat, mana lagi kira kira 20 undi ...... Ini amat - amat - amat memalukan... adakah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga kaki ponteng ?

Datuk Seri Anwar, Hj Hadi Awang dan Karpal Sigh sebagai pemimpin 3 parti komponen utama seharusnya bertindak tegas. Cadangkan keluarkan surat tunjuk sebab kenapa mereka gagal hadir. Mereka harus hadir kerana mereka dibayar dengan wang rakyat untuk mewakili suara rakyat di Parlimen Malaysia.

Kerajaan Malaysia bina rumah RM 12 juta untuk bekas PM ?

Semalam dewan Rakyat dikejutkan dengan pengakuan Kerajaan telah membina rumah bernilai RM12 juta untuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

Perbelanjaan sebesar ini tidak pernah dibentangkan diparlimen.

Adakah perbelanjaan ini untuk senyapkan bekas PM Abdullah supaya tak serang PM macam Mahathir serang Abdullah ketika jadi PM.....

Rakyat mampos berjuang dibawah nak beli pakaian naka sekolah tapi 'negara' membazir RM 12 juta senang - senang kerana nak buat rumah Abdullah dan JIN.....

Gampang !!!!!!!! SPRM mampos, PDRM mampos......

Tuesday, December 15, 2009

Najib minum arak ?

Gambar ini diperolehi dari email seorang pembaca blog yang memetik dari laman pro Umno yang tak sukakan Najib. Gambar kononya Najib sedang minum kemungkinan arak bersama dengan Perdana Menteri Thailand.

sumber : http://selamatkanumno.blogspot.com

Dalam perkembangan berkaitan pula kononya Rosmah bercakap di Singapura dia tak akan layan serangan liar kepadanya.... Rosmah beritahu media Malaysia di Singapura kononya dia diberitahu isteri pemimpin lain juga diserang sepertinya hahahahaaa.... dia tak nak jawab tuduhan liar atau tak dapat jawab tuduhan kerana dia yang liar.....

sumber : http://www.malaysiakini.com/news/119894

Monday, December 14, 2009

Jawatankuasa Khas Parlimen 'selamatkan' SetPol Najib

Nama Setiausaha Politik Najib, (Datuk) Shafie Abdullah tiba - tiba menjadi porpular apabila disebut dalam perbahasan belanjawan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Wee Chee Keong.

Wee mengaitkan Shafie dengan beberapa tindakan 'pecah amanah' khususnya kegiatannya sebagai 'penjaga tol' dalam projek kerajaan di Wilayah Persekutuan.

Sebenarnya nama Shafie ini cheGuBard dah bangkitkan lama dah. Pada awal Januari ketika SPRM ditubuhkan sudah dihantar beberapa set dokumen bukti rasuah Shafie. Namun seperti biasa SPRM dibawah Najib diam membisu.

Apabila terbaru sudah tidak tahan di asak. Maka satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan di Parlimen. Hanya untuk alih pandangan dan isu serta lebih kepada menyelamatkan Shafie.

Umum perlu paham Jawatankuasa tersebut bukan untuk siasat rasuah Shafie tetapi kepada tindakan 'babarian' Shafie serang Wee sebaik sahaja Wee keluar dari Dewan. Jawatankuasa itu untuk kononya siasat tindakan serang Wee. Bukan untuk siasat rasuahnya.....

Mana SPRM....mampos tak bernisan..... Baru ini SAMM sudah memfailkan laporan bertulis kepada PDRM namun sehingga kini masih senyap...... Mana Musa Hassan yang tidak 'ber egg' dalam kes berkaitan pemimpin Bn atau dia disimpan dipuncak PDRM sebagai pelindung jenayah individu berkepentingan Bn.

Rakyat ada maruah adakah masih mahu peluk tubuh..... ????????????

Ini sebagai bukti 'jelas' impian nak tengok integriti bawah Najib meningkat sebagai anagan kosong kerana Najib sendiri menyimpan Shafie bawah ketiaknya.... kenapa mungkin Shafie tahu apa ada bawah ketiak Najib.... ??

Tuesday, December 08, 2009

Sah : Konvensyen pertama Pakatan Rakyat

Ramai yang menanti - nanti tarikh bersejarah di mana satu gabungan kuasa 'perjuangan' dan politik bergabung demi kemerdekaan sebenar rakyat.

pkatan rakyatBAGI memperkukuh ikatan dan pemuafakatan di antara KEADILAN, PAS DAN DAP maka satu Konvensyen Pakatan Rakyat akan dianjurkan pada 19 Disember ini di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.
"Persiapan rapi sedang diatur dan semua pihak, ketiga-tiga parti gabungan, sedang bekerja keras bagi menjayakan konvensyen ini,"kata Setiausaha Agung Keadilan, Dato Sallehuddin Hashim.

Menurut beliau, lagu tema "Angin Pendamai" dicipta oleh Ito dari Kumpulan Blues Gang dalam masa seminggu.

Logo ini menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan lima kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun.
Sallehuddin berkata, "lebih 500 perwakilan dijangka hadir dan kita tidak boleh memandang mudah terhadap persiapan yang perlu kita lakukan."

Setuju, desakan Mahfuz...Arif patut letak jawatan !!

che'GuBard setuju dengan kenyataan Naib Presiden PAS, iaitu mendesak Ariff (menantu Nik Aziz) letak jawatan segera !!!

Kedegilan kamu akan akibatkan banyak lagi persepsi salah !!!!

Ariff letak jawatan sekarang.... tolonglah letih bagi orang yang melawan di bawah apabila semua usaha ditidakkan dengan persepsi yang salah.......

petikan Malaysia kini

Ariffahmi, letak jawatan segera: Mahfuz

kemaskini 7.55pm Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendesak menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan segera sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menteri besar Kelantan sebagai pengerusi perbadanan itu harus mengarahkan Abdul Ariffahmi Ab Rahman berundur segera atau berhenti membuat keputusan yang boleh mengikat penggantinya dalam soal kewangan atau projek, kata Mahfuz lagi.

"Kedudukan Ariffahmi harus ditamatkan dengan serta-merta. PMBK, sebagai badan korporat, harus memelihara etika korporat.

"Menteri besar boleh membuat pilihan dengan membayarnya sebulan gaji dan mengarahkannya berhenti serta-merta.

"Beliau tidak harus memanjangkan lagi kontroversi ini," tambah wakil rakyat Pokok Sena di lobi Parlimen petang ini.

Mahfuz juga berkata Nik Abdul Aziz boleh meminta pandangan lembaga penasihat PMBK untuk meneruskan bayaran gaji kepada menantunya itu bagi tempoh tiga bulan tersebut - sehingga melepaskan jawatan 23 Mac tahun depan.

Abdul Ariffahmi mendapat kritikan apabila didakwa melengah-lengahkan peletakan jawatan tersebut dengan alasan harus memberikan notis tiga bulan dan juga menyelesaikan beberapa tugasan.

Jumaat lalu, Abdul Ariffahmi yang juga exco Pemuda PAS Kelantan berkata beliau akan menghantar notis peletakan jawatan pada 24 Disember ini, sebulan selepas mengumumkan untuk berbuat demikian pada 23 November lalu.

Beliau juga berkata tarikh peletakan jawatan dirancang sedemikian bagi membolehkan bapa mertuanya, sebagai menteri besar Kelantan, mencari penggantinya.

Seorang penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz, bekas pegawai perhubungan korporat PMBK yang bertembung dengannya secara terbuka, menyifatkan pengumuman itu sebagai "sandiwara Nik Abdul Aziz". [Baca berita penuh]

Malaysiakini gagal mendapatkan ulasan Abdul Ariffahmi berhubung kenyataan pemimpin kanan PAS itu.

Sementara itu, ahli jawatankuasa perhubungan Umno Kelantan, Mat Yusoff Abd Ghani berkata beliau bersetuju dengan desakan Mahfuz dengan alasan "terdapat sesuatu yang tidak kena" dalam PMBK.

"Kita setuju dengan desakan Mahfuz itu. Kenapa beliau (Abdul Ariffahmi) kena tangguh dan tidak segera meletakkan jawatan? Ini menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena.

"Cuma kita tidak tahu apa perkara itu. Macam ada perkara yang tidak selesai," katanya, yang juga ADUN Nenggiri, ketika diminta mengulas kontroversi berlarutan perbadanan tersebut.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mat Yusoff bagaimanapun tidak dapat menjelaskan lanjut "perkara yang tidak kena itu" dengan alasan beliau hanyalah "orang luar".

"Kita tidak ada maklumat lengkap. Lagi pun, mereka ini rahsia sangat. Hanya segelintir sahaja yang tahu apa sebenarnya berlaku," jelasnya.

Mengaitkan krisis panjang dalam PMBK itu dengan kelemahan kepimpinan Nik Abdul Aziz, Mat Yusoff berkata: "Kalau ketua pentadbirnya (Nik Aziz) ada masalah, semua yang lain juga akan ada masalah."

Mat Yusoff, yang membangkitkan kelemahan urus tadbir PMBK dalam DUN Kelantan sebelum ini, dituduh mendapat maklumat dalaman daripada Syed Azidi – yang dinafikan oleh penulis blog ini.

Ditanya berhubung tuduhan menerima maklumat itu, Mat Yusoff berkata: "Saya cakap berdasarkan buku. Semua fakta diakses daripada buku bajet."

Sementara itu, seorang lagi anggota badan perhubungan parti itu, Datuk Nozula Mat Diah berkata, cara menteri besar itu mengendalikan kes menantunya itu menunjukkan beliau tidak konsisten dalam sesuatu perkara.

Menteri beri kereta mewah pada artis...


Memecah sunyi lama tak buat posting dengan posting yang bertajuk sensasi....

Membaca tajuk sudah tentu semua membayangkan ada Menteri membela artis seksi dengan beri kereta mewah.....itulah persepsi ramai bila baca tajuk ....

tapi kali ini lain...

petikan dari laman Umno

Ribut dan kalut ! Tabloid Suara Keadilan mendedahkan ada Menteri Kanan yang telah menghadiahkan kereta mewah kepada seorang artis lelaki. Menteri Kanan juga seorang lelaki dikatakan memberi kereta mewah tersebut dan ini menimbulkan banyak spekulasi. www.selamatkanumno.blogspot.com turut bertanya kepada kawan-kawan media siapa Menteri Kanan itu dan siapa artis terbabit.

TERKEJUT – menurut rakan media – Menteri Kanan itu adalah Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan artis itu adalah Anuar Zain kata rakan media. Alamat – kita tidak mahu meneruskan spekulasi ini dan meminta Menteri Kanan tersebut menafikan secepat mungkin sebelum PKR meneruskan spekulasi tersebut. Tindakan ini perlu dilakukan segera agar spekulasi itu tidak merosakkan Umno tambahan ini melibatkan Menteri Kanan – saudara Perdana Menteri – dah la Perdana Menteri penuh dengan spekulasi dan tuduhan penglibatan dengan kes Altantuya, SU Politiknya dengan rasuah, rakan baiknya Razak baru terbebas dari tuduhan membunuh, ini saudaranya pula dikatakan terlibat dengan skandal bagi Anuar Zain kereta mewah.

Sunday, December 06, 2009

'Roh' Teoh berlegar di SPRM Shah Alam ?

Tiga individu mendakwa mereka ternampak satu lembaga yang menyerupai mendiang Teoh Beng Hock merayau-rayau di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam.

Menurut laporan akhbar China Press, lembaga tersebut dilihat di tingkat lima bangunan tersebut - tempat Teoh ditemui mati dan di tingkat 14, iaitu pejabat SPRM Selangor.

Laporan itu menyebut seorang pengawal keselamatan dan dua pegawai SPRM terserempak dengan lembaga itu sekitar bulan Oktober lalu - lebih dua bulan selepas Teoh ditemui mati.

Pengawal keselamatan tersebut yang enggan namanya disebut berkata, dia tidak nampak muka lembaga itu, tetapi ia berpakaian sama seperti yang dipakai mendiang ketika datang ke pejabat SPRM dulu.

"Saya nampak mayatnya selepas jatuh. Saya pasti ianya Teoh walaupun saya hanya lihat bahagian belakangnya," katanya sambil menambah kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang.

Ketika mencerita semula kejadian itu, pengawal tersebut berkata dia pergi ke bilik air di tingkat lima di mana secara dia tiba-tiba terdengar bunyi orang berjalan. Pengawal keselamatan yang lain tidak bertugas ketika itu.

"Saya rasa pelik. Biasanya pada waktu itu tiada orang lain di situ. Lalu saya berjalan ke arah tandas... kemudian saya nampak seorang lelaki di depan lif, dia memakai kot hitam dan berseluar putih," katanya.

Pada masa itu, tidak terlintas di fikiran pengawal tersebut bahawa ia adalah lembaga yang menyerupai Teoh itu.

"Saya bertanya dia hendak ke mana kerana tiada orang di atas. Dia menjawab "saya nak naik ke atas", lalu masuk ke dalam lif.

"Ketika itulah saya terfikir yang dia nampak seperti Teoh, jadi saya bergegas ke bilik keselamatan untuk melihat CCTV, tetapi tiada seorang pun dalam lif tersebut.

Mobilisasi aksi masa bukan isnin tapi akan di umum dlm masa terdekat

Hari Jumaat jam 5 ptg telah diadakan pertemuan ringkas bincangkan mengenai aksi massa isu MB seludup wang ke luar negara dan ADUN BN hina wanita dan masyarakat India.

Semua setuju 'mesti' adakan aksi masa. Namun akan adakan 'lewat' sedikit kerana perlu lebih masa untuk mobilisasi. Tarikh dan masa akan ditentukan dalam pertemuan Isnin ini.

cheGuBard dapat banyak respon positif dari sms, email dan panggilan telefon nak sokong jika aksi masa diadakan , InsyaAllah pasti akan diadakan namun tunggu pengumuman nanti.

Bagi Sabtu dan Ahad ini berada di bumi Johor untuk program parti dan anak muda.

Program aksi massa oleh SMM di depan Pejabat PM di Putrajaya yang dijadualkan Isnin akan ditangguhkan ke Selasa kerana 2 orang aktivis Mahasiswa yang dituduh dalam kes 'Perempuan Puaka - Rosmah' akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur Isnin jam 9 pagi

Oleh itu, di harapkan teman-teman perjuangan dapat hadir bersama-sama pimpinan SMM bagi kedua-dua program tersebut.

1) Pendakwaan dan Perbicaraan Kes Rosmah Puaka.
Tarikh: 7hb Disember 2009
Jam : 8 Pagi
Tempat: Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, Jalan Duta.

2) Serahan Memorandum kepada PM berkenaan masalah masyarakat Labuan.
Tarikh: 8hb Disember 2009
Jam: 10 pagi
Tempat: Pintu Masuk, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.


"Perjuangan rakyat adalah perjuangan mahasiswa"