Thursday, December 17, 2009

Akhirnya tak basah tunggu Bas...

Selvaraju Sadasivam, antara 'pemimpin' penduduk setempat menyatakan inilah kali pertama penduduk ditunaikan janji oleh orang politik. Beliau mengatakan beliau sendiri sudah tidak percaya orang politik kerana sememangnya penduduk taman sudah banyak kali dijanjikan macam - macam oleh orang politik tetapi semua tipu. Orang politik selama ini hanya masuk kawasan dan ambil gambar tetapi semuanya tipu..... Akhirnya beliau menjadi ahli KEADILAN petang itu kerana kepercayaan yang tinggi dengan KEADILAN

"Kami sudah minta 'hentian bas' , lampu jalan......dari sejak Ghani Hasan (Adik Mohamad Hassan) jadi ADUN Rantau.... waktu pilihanraya 2004 Bn masuk kawasan ini janji macam macam.... kami undi Bn sebab percaya... Maka ADUN Rantau, Mohamad pun jadi MB... tetapi semua tipu sama macam adiknya juga... 2008 penduduk pecah dua separuh undi Bn separuh Undi KEADILAN... kali ini PRU akan datang saya rasa satu undi pun Bn susah dapat !! " Batumalai, Pengerusi Kuil Munaeswara Alayam, Kuala Sawah, Rantau

Sudah setahun rasanya Pusat Khidmat Rakyat KEADILAN Rembau mendapat aduan dari penduduk Taman Bunga Raya, Rantau (DUN Menteri Besar N.Sembilan) mengenai beberapa perkara seperti memohon lampu jalan dan hentian bas.

Kawasan taman yang di diami agak sedikit 'terkedalam' menyebabkan keadaan juga agak tidak selamat. Ini ditambah dengan langsung tidak ada lampu jalan akan menjadi undangan secara tidak langsung kegiatan jenayah. Sudah beberapa kali ragut dan gangguan seksual berlaku terhadap warga taman tersebut yang pulang bekerja waktu malam.

Hentian bas di hadapan taman tersebut menjadi satu - satunya tempat di mana anak sekolah dan pekerja kilang menunggu bas. Mereka keluar subuh untuk tunggu bas, bayangkan jika hari hujan subuh itu mereka pasti basah dan berada di sekolah dalam keadaan tidak selesa.

Sudah beberapa kali sebelum berjumpa dengan KEADILAN masalah tersebut di adukan kepada wakil kepada MB malah kepada MB sendiri malangnya ada satu ketika penduduk yang dimarahi kerana kononya meminta dengan melampau.

Sejak mendapat aduan dari penduduk KEADILAN telah menghantar beberapa surat kepada beberapa agensi terbabit. Malah wakil KEADILAN juga telah hadir mendesak lampu jalan dan hentian bas dibina.

Alhamdunillah dua bulan lepas 2 lampu jalan telah dipasang. Walaupun melalui maklumat yang diperolehi 3 lampu harus dipasang dan sudah mendapat kelulusan namun hanya dua 'dibenarkan oleh tangan ghaib' kerana kononya kerana tak boleh pasang kesemua 3 yang diluluskan kerana ia permintaan 'pembangkang'...

Namun mengenai hentian bas, che'GuBard sendiri sudah sekali meninjau bagaimana anak sekolah terpaksa menunggu bas dalam keadaan hujan. Tidak tahan melihat perkara tersebut, maka KEADILAN Rembau telah mengusahakan pembinaan 'Bus Stop Rakyat' yang dibina secara gotong royong.

Perbelanjaan berjumlah RM 815.00 di keluarkan dan RM 190 dari perbelanjaan tersebut adalah kutipan dari semua penduduk terbabit untuk menunjukkan rasa kerjasama.

Ketika majlis ringkas penyerahan 'Bus Stop Rakyat' jam 5 petang,9 Disember 2009 dilihat wakil dari Bn...berlegar - legar ambil gambar dan maklumat..... apalah 'kaudunya' hati kamu ini orang Bn .... ?

Kami anak muda yang menerajui KEADILAN Rembau tak ada peruntukan ratus juta wang rakyat dari peruntukan DUN atau Parlimen atau memiliki saham besar tetapi kami janji akan terus berjuang melawan demi rakyat !!!

9 comments:

  1. Anonymous8:55 AM

    tahniah.... cikgu ikon anak muda !!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:22 PM

    Eleh, setakat buat bus stop pun nak kecoh... kitorang punya Dato' boleh buat lagi best la...Piiiiiirah mabuk.. Siap boleh mintak DS Anwar Ibrahim rasmikan lagi...Dahla korang, AMSS...(Anak Muda Syok Sendiri)

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:48 PM

    Selepas 52 tahun merdeka dan beberapa pilihanraya ....lagi mahu percaya ahli politik. Siapa yang bodoh ahli politik atau rayaat. Hangat hangat ....ayam.....Ubah, ubah lah.....ada ....tiada masa lagi

    ReplyDelete
  4. SYABAS ...

    KAMI MENDOAKAN AGAR PERJUANGAN CIKGU DIPERKUATKAN OLEH ALLAH SWT.AMIN

    PANGLIMASDK

    ReplyDelete
  5. tahniah che'gu n de geng...ammakk..!!! wah tak penah che'gu guna perkataan bahsa tamil sebelum ni..memang teruja lah.."kaudu" - kalau tak silap maksudnya dedak ayam...pernah menggunakan perkataan tu semasa satu masa dulu bekerja kilang campoq apek gunalan amak appak...kah kah kah..sempoilah! Kaudu punya UBN...kah kah kah...

    ReplyDelete
  6. Anonymous5:52 PM

    chegubard adalah klon Anwar ibrahim ketika dato seri masa zaman mudanya!!!
    hidup chegubard!!!

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:13 AM

    Tahniah! Teruskan usaha murni dan perjuangan menegakkan kebenaran.

    ReplyDelete
  8. budak kampung11:07 AM

    usaha yg baik.....teruskan niat murni

    ReplyDelete