Saturday, November 07, 2009

Selamat berjuang !!!

Selamat berjuang !! Jumpa di stadium.......

Lawan dalam semangat kesukanan....jangan gaduh-gaduh.....


JADI KEBANGGAAN... Skuad Negeri Sembilan yang berjaya menjuarai Piala HMS Malaya pada tahun 1948

PADA 1948, Negeri Sembilan telah mengukir sejarah dalam sukan bola sepak tanah air apabila berjaya menjuarai Piala HMS Malaya (kini dikenali Piala Malaysia).

Bagaimanapun, generasi muda di Negeri Sembilan tidak berkesempatan mengenali wira-wira mereka yang berjaya menjulang piala berprestij itu.

Mujur, Persatuan India Negeri Sembilan menyimpan khazanah gambar bersejarah skuad Negeri Sembilan ketika itu untuk menyingkap kembali sejarah kegemilangan bola sepak negeri ini.

Naib Presidennya, Satwant Singh berkata, beliau berbangga kerana gambar kenangan pasukan Negeri Sembilan tahun 1948 masih tersimpan baik untuk dijadikan tatapan gene- rasi muda.

"Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) pada waktu itu, M. Muthucumaru adalah individu yang bertanggungjawab menyimpan gambar tersebut sebagai simpanan persatuan ini.

"Memang sukar untuk mencari semula gambar ini dan detik bersejarah yang dirakam pada tahun 1948 perlu dikongsi bersama khususnya generasi muda kerana mereka tidak mengenali legenda bola sepak terdahulu," kata Satwant.

Beliau berharap gambar tersebut bukan sahaja dapat mengimbau nostalgia lalu tetapi meniup semangat skuad dan penyokong Negeri Sembilan menjelang pertemuan akhir menen- tang Kelantan esok.

"Saya yakin penantian selama 61 tahun untuk menjulang semula piala berprestij itu dapat direalisasikan sekiranya pemain dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi," jelasnya. - Kosmo


Sejarah bakal berulang apabila Negeri Sembilan hampir pasti menjulang Piala Malaysia edisi ke-84. HOBEN JANG HOBEN

4 comments:

  1. Anonymous7:16 AM

    Wow hebat NS9 dah menang. PAKATAN RAKYAT NS9 pun kena ikut pasukan Bolasepak ni, mengambil alih pemerintahan NS9 pada pilihan raya akan datang. Amacam brader, bolih tak?!!!

    ReplyDelete
  2. Born in Rembau as PKR Member2:32 PM

    Setiap persatuan bolasepak harus dipimpin dan ditadbir orang2 yg benar2 tahu selok belok bolasepak dan ada hati untuk memajukan bolasepak.Bukan tokoh politik yg tak reti amende psl bola.

    pastu sering masuk campur dlm soal pemilihan pemain dan jurulatih.masuk campur juga dlm soal siapa yg harus pd mlm ini, siapa yg harus diganti.

    ini lah sebab utama sy cukup kecewa dgn bolasepak msia.selagi perkara ini tidak berlaku reformasi besar-besaran, selagi itu lah bolasepak tempatan tak kan maju.

    Ranking dunia msia pun dah sama level dgn pulau2 yg dlm peta pun payah nk cari.

    semuanya tk do hati nk majukan bola dan membuat pembangunan

    diharap pr lau dah amik n9...buatlah rombakan habis2an...lantik org yg ada pengalaman dlm bolasepak sprt jurulatih menjadi tenaga pentadbir .lau amik org politk pun..amik peminat biasa pun..amiklah yg ada knowledge bolasepak yg betul2 mantap.

    org yg ado info psl bola termasuk epl.soal teknikal semua kena tahu.ramai yg ado.mat zan mat aris.anak kelahiran rembau.bekas pemain kl.bekas jurulatih kl.kini jurulatih kl plus..antara org yg boleh mengubah reformasi bolasepak n9.seorang jurulatih yg boleh membentuk winning team hanya dgn pemain muda yg lngsng tk kenal.

    seorang lagi adalah m.karathu.antara jurulatih yg boleh bikin pemain drpd unknown kpd star player.mat zan mat aris dan m.karathu merupakan coach yg menpunyai corak dan sistem develop bolasepak yg baik.

    mrk tk perlukan star player utk kejayaan..tetapi perlukan masa utk membuat asas kekuatan pasukan yg baik.apa2 pun tahniah n9.pdn muka kltan..kau org baling botol air kek den.sakit tgn den....kau org baling mercun dan objek pd fans n9...

    akhirnya balik tgn kosong...kesian tgk baner annuar musa ditanggalkan dan dibiarkan bersepah kek stadium apabila n9 mendahului 2-0...

    Sah tu semua banner yg di sponsor annuar musa sendiri kot (presiden kafa)..tk pun kroni umno yg taja...banner yg memuji2 annuar musa atas kejayaan kltn melangkah ke final

    padahal kejayaan kltn melangkah ke final bkn psl dia..bkn juga psl Sathianathan yg tk guno tu.tp psl asas yg kukuh telah dibina oleh bekas pemain West Ham United (EPL) iaitu Peter Butler.Sah juga banner tu bkn fans kltn buek...

    Aku fans N9 setia aku tahu lah.biasanya kalau kami yg wat banner kami collect duit dr rakan2.mahal tu.dah habis game kami bawa balik .duit tu.

    tak do kami nak lemparan kek std wlupun ada game yg kami dah kalah cmm final 2006 lwn perlis.mlm td.sah banner spnsor

    banner "masuk bangkul angkat sendiri".kah kah.Ibrahim ali katak pun dtg.tu yg kltn kalah agak eh..badi org pembelot.org tk knl budi

    TRM lagi cilako.asyik fokus kek pemimpin bn jer.dato husam musa hadir tk nk fokus langsung..memang tk do.

    dah kalah bakar kerusi.4 kali di bakar eh.dah kalah tu kepung kami time balik.

    memanglah awak 65 ribu.kami 20ribu jer.nasib baik FRU selamatkan kami.berkawal sehingga kami beransur dr stadium.tp sy respect dgn semangat penyokong kltn

    tp sedih dan kecewa dgn penyokong n9.negeri yg paling dokek.tp kehadiran amat kecewa.dulu lwn perlis pun camtu.

    agak eh org nogori memang mcm tu.tk do semangta kenegerian.yg kerajaan negeri pun wat dek jer.patut eh tiket harus dijual disetiap daerah

    byk komplen kami (fans n9) terima..org dr pilah tampin.jelebu.jempol tk dpt dtg ke seremban semata2 nk beli tiker psl kos dan bekerja.jab kerajaan dan agensi kerajaan negeri sembilan juga gagal mencetus fenomena final piala msia.

    patut eh setiap jabatan lau jual tiket, setiap jab 50 tiket atau 100 tiket..dah brp ribu kite leh jual penjawat awam jer?mako apabila kite melangkah ke final.sambutan eh mcm suam yoo.

    seremban tu cm tk do apo2.lau negeri lain mcm kedah.perak.lau dah masuk final.seminggu sblm final.dah meriah bandar ibunegeri mrk.demam bola dgn banner2 semangat.di bandar utama.seremban langsung tk do.salah siapo? tp lau dlm bab bodek pemimpinberebut pasang banner dan billboard beratus ribu

    ReplyDelete
  3. Tahniah CheguBard!
    N9 menang Piala Malaysia,
    PKR Rembau kena buat majlis raikan pemain N9 ni,
    Hobin Jang Hobin!!

    ReplyDelete
  4. Alex Magnfico9:47 AM

    erm..korang menang pun sebab ader nya mastermind dari johor..sodar sket..samolah konsep nya macam dalam politik skang ni..kasi sodar sket...

    ReplyDelete