oleh FAIZ ABDULLAH (harakah)
PAROI, 5 Nov: Gabungan Pakatan Rakyat Rembau yang terdiri daripada PAS dan KeADILAn akan memberi sokongan padu kepada pasukan bolasepak Negeri Sembilan yang akan berjuang untuk membawa pulang Piala Malaysia setelah kemarau Piala Malaysia selama 61 tahun.
Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Setiausaha KeADILan Cabang Rembau, Norazizi Aziz dalam sidang akhbar di perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi; telah mengumumkan komitmen PAS dan KeADILan Rembau dalam usaha memberi sokongan padu kepada pasukan Negeri Sembilan dengan mengerahkan seramai mungkin ahlinya untuk hadir di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada sabtu ini.
Perlawanan Akhir Piala Malaysia, Kelantan akan bertemu Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit jalil pada Sabtu, 07 November dan perlawanan akan bermula pada pukul 8.50 malam.
Kali terakhir Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia adalah pada tahun 1948.Ketika itu ianya dikenali sebagai Piala Malaya.
Sehubungan itu Mohd Taufek dalam sidang akhbar sebentar tadi meminta seluruh rakyat Negeri Sembilan termasuk penyokong Pakatan Rakyat dapat hadir ramai-ramai ke Stadium Nasional, Bukit Jalil sabtu ini untuk memberi sokongan.
" Saya difahamkan setakat tengahari ini (Khamis), hanya 13 ribu tiket sahaja yang dapat dijual di Seremban, berbanding di Kota Bahru hampir kesemua 30 ribu tiket yang diperuntukkan kepada Kelantan telah habis dijual.Malah saya juga terserempak tadi dengan puluhan penyokong Kelantan yang menetap di Kuala Lumpur datang ke Seremban untuk mendapatkan tiket kerana bimbang tiket akan habis di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.
" Justeru itu saya meminta lebih ramai penyokong bolasepak Negeri Sembilan akan membeli tiket untuk menyemarakkan lagi perjuangan negeri beradat ini", kata Mohd Taufek.
Mohd Taufek juga memohon agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyediakan khemah di kawasan tempat letak kereta di perkarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk memudahkan penyokong beragama Islam sama ada dari Negeri Sembilan mahu pun dari Kelantan dapat menunaikan solat.
" Dalam keghairahan kita menyokong dan menonton aksi pasukan kesayangan kita, kita tidak harus lupa pada kewajipan bersolat.
" Memandangkan surau di Stadium Nasional, Bukit Jalil agak kecil sudah tentu ia tidak dapat menampung lebih 85 ribu penonton yang akan membanjiri stadium tersebut pada malam sabtu ini" ujar Mohd Taufek lagi.
Mohd Taufek turut mengumumkan bahawa PAS dan KeADILan Rembau menyediakan perkhidmatan bas percuma ke Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk penyokongnya, dimana setakat ini sebuah bas sudah penuh dan pihaknya akan menambah bilangan bas percuma kepada tiga bas bergantung pada sambutan penyokong setempat.
Sementara itu Norazizi pula mengingatkan agar penyokong Negeri Sembilan dan Kelantan dapat mengawal emosi ketika perlawanan berlangsung dan juga selepas perlawanan berakhir.
" Menang atau kalah, penyokong kedua-kedua pasukan harus mengawal emosi daripada bertindak ganas seperti mana yang berlaku ketika Negeri Sembilan bertemu Kelantan di Kota Bahru dalam saingan Separuh Akhir Piala FA sebelum ini.
" Insiden membaling mercun pada penyokong juga berlaku di Terengganu dan Kangar ketika saingan Separuh Akhir Piala Malaysia minggu lepas.Saya berharap insiden sedemikian tidak berulang kerana ia akan membahayakan penonton terutama golongan kanak-kanak dan wanita", ulas Norazizi.
Norazizi juga berharap pertemuan perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Kelantan dan Negeri Sembilan dijadikan sebagai satu simbol kesatuan dan menyatupadu dua pihak penyokong dan rakyat dari negeri yang berlainan.
Mohd Taufek dan Norazizi bagi pihak penyokong Pakatan Rakyat Rembau mendoakan agar Negeri Sembilan akan menjuarai Piala Malaysia pada tahun ini.Mohd Taufek meramalkan keputusan akan berpihak kepada Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1, sementara Norazizi meramalkan Negeri Sembilan akan menundukkan Kelantan dengan jaringan 2-0.
Mohd Taufek juga mengucapkan tahniah kepada seluruh pemain Negeri Sembilan termasuk jurulatih dan pegawai pasukan diatas kejayaan membawa skuad Negeri Sembilan ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Kekadang perlu lari juo dari politik
ReplyDeleteGOMO KELATE GOMO
ReplyDeletewalaupun kami sokong PR, tapi kami x sokong negeri 9 utk final ni.gomo kelate gomo!
ReplyDeletewalaupun kami sokong pr/pas, kami tak sokong kelantan...
ReplyDeletepada mulanya atas semangat kesukanan atau fairplay kami N9 Futbol menghormati penyokong kelantan atas mencipta satu fenomena final piala malaysia...
dah lama dah bolasepak msia tidak menyaksikan aura final sprt sabtu lepas...
sejak fam memperkenalkan sistem tanpa pemain import....bolasepak msia tersungkur dikaki liga epl...wlupun liga epl skadar dpt disaksikan melalui astro....
atas sebab itu..kehadiran 65ribu pnykng kelantan mencipta semula keghairan final piala msia....
malangnya sikap ganas penyokong kelantan seawal jam 6.00ptg ketika kami mula masuk ke perkarangan std bukit jalil dkt stesyen LRT....membuatkan kami terus membenci sikap pynkng kelantan...
kami dihujani dengan botol air ...ramai yang kena botol air termasuk sy sendiri
Kelantan mulakan dulu...Rusuhan hampir tercetus apabila ribuan pynkng kelantan meluru kpd kami....
mujur tindakan pantas pihak polis menyelamatkan kami.Di dlm stadium tk yah citerlah.pnykng kltan yg dok atas menghujani pnykng n9 di bwh kt score board.mercun lg..tk kira kt bwh tu ada anak kecil.Sahabat sy melecur tgn kena mercun.
selain drpd bakar banner,bakar kerusi-slps game..anda kltn fans menunggu kami dkt LRT.menghalang rombongan N9 pergi ke tapak parkign bas&kereta.Sekali lg FRU terpaksa bertindak,pnykng kltan bertempiaran lari.
klu benda ni berlaku di eropah.game mesti dah stop dlm minit ke 20,pasukan yg jd mangsa akn diberi menang percuma.FAM harus tegas berbuat demikian,agar jd pngajaran brguna kpd fans yg ganas.biar mrk mnyesal atas sikap ganas