Bagi pihak keluarga besar KEADILAN Rembau dan cheGuBard sekeluarga secara peribadi ingin mengucapkan selamat menyambut eid al Adha dan menjalankan ibadah korban kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Ibadah korban mengajar erti taat kepada perintah Allah SWT, sabar dengan ujian, mendidik untuk terus membina keyakinan diri juga kepada mereka yang berada di sekeliling kita.
Kita diseru untuk mengambil iktibar dari tawarikh para anbiya dan solihin. Ini kerana, pada mereka ada petunjuk buat kita yang mahukan melaksanakan perintah Tuhan Yang Maha Adil, ibarat bintang gemerlapan menunjuki pelayar di lautan luas. Mereka melalui rintangan dan ujian yang dahsyat, namun inshaallah kejayaan akan dikecapi akhirnya.
Di Tanah suci ketika umat Islam menunaikan Ibadah Haji ada bencana yang terjadi. Ia harus dijadikan iktibar buat kita semua.
Kepada kerajaan Saudi pengajaran besar buat mereka, wang yang masuk ekoran ibadah haji harus digunakan untuk menyelia selenggarakan Tanah Suci sebaik mungkin. Jangan terlalu leka dengan pembangunan yang tidak menitik beratkan sistem saliran.
Tahun ini KEADILAN Rembau tidak dapat bersama dalam ibadah Qorban. Ketidak kemampuan dari segi kewangan penggerak utama KEADILAN Rembau menjadi faktor. Malah banner ucapan selamat juga tidak dibuat. Wang sedikit yang ada pada tabung cabang telah di fokuskan untuk aktiviti terdekat dan percambahan ranting juga untuk menampung sewa pejabat.
Namun cheGuBard amat terharu dengan teman sekeliling yang sama sudi mendermakan darah atas nama Kempen Derma Darah KEADILAN Rembau sempena Hari Raya eidulAdha. Walaupun tak mampu membeli lembu kambing dan seumpamanya tidak bermakna roh pengorbanan kami kurang dan sesungguhnya ia tidak menghalang KEADILAN Rembau menzahirkan roh korban yang tinggi dan luhur dalam diri.
Go bard Go!!! I'll give u 5 stars...teruskan usaha murni anda dgn idea2 yg bernas sebagai alternative...insyallah, rezki tetap ada spt yg dijanjikan ilahi...
ReplyDelete